UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 0 Kit Lembaga Pengarah UTM UTM Sekilas Pandang Urusetia Lembaga Pengarah UTM
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 1 PRAKATA Buku ini diterbitkan untuk memberi sedikit latar belakang kepada semua Ahli Lembaga Pengarah, khususnya yang baharu dilantik mengenai Universiti Teknologi Malaysia. Secara ringkasnya buku ini mengandungi sedikit sejarah penubuhan Universiti. Governan Universiti yang ditunjukkan di dalam buku ini dapat membantu ahli mengetahui bagaimana tadbir urus Universiti Awam. Maklumat ini diharapkan dapat memberi gambaran ringkas kepada Lembaga Pengarah bagaimana Universiti Awam beroperasi. Perkembangan dunia pendidikan menuntut universiti melaksanakan transformasi yang lebih distruptive untuk bersaing. Di sinilah pengalaman di luar institusi dan industri Ahli Lembaga Pengarah sangat diperlukan untuk Universiti mengurus perubahan dengan baik untuk terus releven. Laporan oleh KPMG 2020 mendapati bahawa keupayaan sesebuah institusi banyak membantu universiti berkeupayaan untuk menangani perubahan ”The ability to transform will be the critical one for all education institutions to cultivate, so they can shape and respond to a changing world of education.” “The future of higher education in a disruptive world, 2020. Moga buku ini dapat membantu Lembaga Pengarah untuk menyesuaikan peranan yang boleh diberikan untuk membantu Universiti lebih melonjak dalam arena pendidikan tinggi di peringkat global disamping melahirkan profesional beradab dengan jati diri yang tinggi.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 2 KANDUNGAN Bahagian 1 Latar Belakang Universiti 1.1 Pendahuluan 1.2 Sejarah Penubuhan UTM 1.3 Falsafah UTM 1.4 Visi UTM 1.5 Misi UTM 1.6 Nilai Teras 1.7 Motto Universiti 1.8 Tagline Universiti 1.9 Hala Tuju Strategik Universiti : enVision 2020 - 2025 Bahagian 2 Pihak Berkuasa Universiti 2.1 Canselor 2.2 Pro Canselor 2.3 Pihak Berkuasa Universiti dan Lembaga Pengarah Universiti 2.4 Jawatankuasa Pengurusan Universiti 2.5 Dekan Fakulti 2.6 Struktur Universiti Bahagian 3 Governan Universiti 3.1 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pindaan 2012 3.2 Perlembagaan UTM 3.3 Statut Universiti 3.4 Pihak Berkuasa 3.5 Struktur Governan Universiti Bahagian 4 Lembaga Pengarah 4.1 Peruntukan yang Berhubungan dengan Lembaga 4.2 Perjalanan Sementara Fungsi Pengerusi
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 3 4.3 Fungsi dan Kuasa Lembaga 4.4 Peranan Lembaga 4.5 Buku Guide to Assessing Good Governance in Malaysian University 4.5 Carta Struktur Lembaga Pengarah Universiti Bahagian 5 Pengurusan Lembaga Pengarah Universiti 5.1 Senarai Jawatankuasa Di Bawah Lembaga Pengarah Universiti 5.2 Kemudahan yang Diterima oleh Lembaga Pengarah Universiti 5.3 Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti 5.4 Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Universiti 5.5 LPU Retreat 5.6 Sistem Mesyuarat Lembaga Pengarah Unviersiti 5.7 Setiausaha Lembaga Pengarah 5.8 Dashboard Lembaga Pengarah Bahagian 6 Penutup dan Rujukan 6.1 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pindaan 2021 6.2 Perlembagaan UTM 6.3 Statut Universiti 6.4 Terma Rujukan Jawatankuasa Di Bawah Lembaga Pengarah Universiti 6.5 Pekeliling Perbendaharaan (WP7.1) 6.6 Borang ALPU 6.7 Menandatangani Borang Pengisytiharan Kepentingan
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 4 Bahagian 1 Latar belakang Universiti 1.1 Pendahuluan 1.2 Sejarah Penubuhan UTM 1.3 Falsafah UTM 1.4 Visi UTM 1.5 Misi UTM 1.6 Nilai Teras 1.7 Motto Universiti 1.8 Tagline Universiti 1.9 Hala Tuju Strategik Universiti : enVision 2020 - 2025
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 5 BAHAGIAN 1 LATAR BELAKANG UNIVERSITI 1.1 Pendahuluan Kampus utama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah di Johor Bahru seluas 1,144 hektar dan mempunyai 9 buah Fakulti iaitu : 1. Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) 2. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) 3. Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) 4. Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT) 5. Fakulti Komputeran (FK) 6. Fakulti Sains (FS) 7. Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) 8. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) 9. Fakulti Pengurusan (FM) Manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 35 hektar dan mempunyai 3 Fakulti iaitu : 1. Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR) 2. Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) 3. Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Pagoh pula berkeluasan 50 hektar. UTM Pagoh menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan. 1.2 Sejarah Penubuhan Universiti Sejarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada tahun 1904 dengan tertubuhnya Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur. Hasrat penubuhan sekolah ini pada awalnya adalah untuk melahirkan tenaga kerja dalam bidang teknikal merangkumi Pembantu Teknik untuk berkhidmat di Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keretapi, Tanah Melayu.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 6 Pembangunan pesat Malaysia yang memerlukan tenaga kerja teknikal lebih mahir dan berkelayakan menyebabkan Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur dinaik taraf menjadi Maktab Teknik Kuala Lumpur (MTKL) pada 1 Mac 1955. MTKL telah berperanan mengendalikan kursus Kejuruteraan di peringkat ikhtisas bertaraf ijazah dengan pelajar-pelajarnya menduduki peperiksaan ikhtisas anjuran Institution of Civil Engineers dan Institution of Mechanical Engineers, United Kingdom untuk menjadi jurutera. Kemudian, MTKL dinaik taraf menjadi Universiti pada 14 Mac 1972 apabila DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan penubuhan Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) di bawah Subseksyen 6(1), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Seksyen 22, Akta Tafsiran 1948 dan 1967. ITK menawarkan kursus peringkat ijazah dan diploma di tiga fakulti dan satu pusat pengajian bertaraf fakulti. ITK telah dijenamakan sebagai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1 April 1975, yang memulakan pengambilan lebih daripada 2,000 orang mahasiswa melalui lima fakulti dan dua pusat pengajian bertaraf fakulti. Pada 1 September 1989, UTM Johor Bahru diisytiharkan sebagai Kampus Induk, manakala UTM Kuala Lumpur berstatus Kampus Cawangan. Sejak itu, UTM terus berkembang dan sehingga kini merupakan penyumbang utama sumber tenaga negara dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. UTM telah diumumkan sebagai sebuah Universiti Penyelidikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 10 Jun 2010. UTM adalah sebuah Universiti Penyelidikan yang berasaskan inovasi berteraskan keusahawanan dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi; malah telah dikenali sebagai peneraju kepakaran dan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Status UTM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan turut disokong dengan penubuhan sebuah Kampus Cawangan UTM di daerah Muar, Pagoh yang khususnya berfungsi sebagai pusat penyelidikan pada 2 Mei 2017. Pada 8 Januari 2012, UTM telah menempa sejarah apabila diumumkan sebagai sebuah Universiti Berautonomi. Hasil penarafan ini, maka UTM diberi kuasa substantif untuk menentukan matlamat, strategi, dan program yang hendak dilaksanakan bagi mengukuhkan peranan dan prestasi Universiti. UTM kekal berdaya saing dengan peningkatan kemantapan melalui penampilannya
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 7 menerusi jaringan kerjasama strategik dengan universiti-universiti ternama dunia, agensi-agensi korporat, dan industri yang berwibawa. 1.3 Falsafah Universiti Teknologi Malaysia Hukum Allah adalah dasar kepada ilmu. Sejajar dengan kehendak-Nya, UTM komited secara menyeluruh dan bersepadu demi mencapai kecemerlangan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat. 1.4 Visi Universiti Teknologi Malaysia Menjadi sebuah institusi akademik dan penyelidikan utama dunia, cemerlang dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. 1.5 Misi Universiti Teknologi Malaysia Menjadi peneraju dalam pembangunan bakat holistik dan teknologi berinovasi untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat 1.6 Nilai Teras (a) Integriti Integriti memerlukan pematuhan kepada nilai-nilai moral dan prinsip etika yang kukuh. Sifat terpuji ini mesti dihayati dalam hati dan jiwa dan dimanifestasikan melalui kesetiaan, peribadi, tingkah laku, perbuatan dan tindakan secara hikmah dan amanah. (b) Sinergi Sinergi menanamkan semangat berpasukan, kebersamaan, keterangkuman, keserakanan, kepercayaan, hormat-menghormati, keluhuran budi dan kerjasama. Ia juga menyuburkan sifat tidak mementingkan diri sendiri, timbul dari rasa keprihatinan terhadap orang lain mengatasi kepentingan sendiri, di samping menghargai kepelbagaian dan perbezaan.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 8 (c) Kecemerlangan Kecemerlangan merujuk pencapaian dan penyampaian tinggi yang akan menghasilkan kejayaan gemilang dalam semua aspek merangkumi pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan penyediaan perkhidmatan. (d) Kelestarian Kelestarian terhasil melalui pemacuan secara holistik oleh komuniti kampus dalam mengintegrasi dan mengimbangi bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan sedia ada dan berkekalan. 1.7 Motto Universiti “Kerana Tuhan untuk Manusia” Tujuan penubuhan UTM adalah berkait dengan aktivitinya yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan falsafahnya bertumpu kepada prinsip teras dalam Islam.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 9 1.8 Tagline Universiti Menginovasi Penyelesaian menjadi tagline UTM yang selari dengan bidang teras UTM dalam bidang sains dan teknologi melalui kesarjanaan untuk membantu menyelesaikan masalah komuniti, industri dan manusia dan sejagat melalui inovasi. 1.9 Hala tuju Strategik Universiti : enVison 2020 – 2025 enVision UTM 2025 ialah dokumen strategik yang mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan mengenai usaha strategik UTM untuk lima tahun akan datang. enVision UTM 2025 merupakan pelan hala tuju strategik universiti dalam menekankan pendekatan positif untuk memperkasa dan memberi inspirasi kepada komuniti UTM untuk berusaha dan berkembang maju di tengah-tengah cabaran semasa dan akan datang. (Rujukan – www.utm.my).
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 10 Bahagian 2 Pihak Berkuasa Universiti 2.1 Canselor 2.2 Pro Canselor 2.3 Pihak Berkuasa Universiti dan Lembaga Pengarah Universiti 2.4 Jawatankuasa Pengurusan Universiti 2.5 Dekan Fakulti 2.6 Struktur Universiti
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 11 BAHAGIAN 2 PEGAWAI UNIVERSITI 2.1 Canselor Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Permaisuri Johor D.K.(Johor), D.K. (Perak), S.P.M.J., S.P.C.M., M.A. (Oxon) 2.2 Pro Canselor Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam D.K.1 (Johor), S.P.M.J.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 12 Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor P.S.M., D.S.N.S., D.S.P.M., K.M.N., P.J.N., A.M.P. (Harvard), Ph.D (Forestry)(Michigan), Hon. D.Sc. (UKM), Hon. D.Sc. (Arbedeen) M.Sc. (Forestry), B.Sc. (Forestry)(Adelaide), Dip. (Forestry)(Canberra), F.A. Sc. (M) Tan Sri Dato’ Sri Jamaludin bin Ibrahim P.S.M., S.S.A.P., D.P.P.J., D.J.M.K., D.S.A.P. MBA (Quantitative Methods)(Portland State University) USA B.Sc. (Business Administration)(Minor in Mathematics)(California State University) USA 2.3 Pihak Berkuasa Universiti dan Lembaga Pengarah Universiti Pihak berkuasa Universiti mengikut Perlembagaan UTM; (1) Pihak Berkuasa Universiti iailah Lembaga, Senat, jawatankuasa Pengurusan Universiti atau dengan apa apa juga nama ia disebut, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademik, Institut, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pekerja, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti. (2) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, keanggotaan, kuasa dan tatacara bagi Pihak Berkuasa itu hendaklah ditetapkan oleh statut.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 13 (3) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi ahli Pihak Berkuasa. Lembaga Pengarah Universiti (1) Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada: (a) Pengerusi; (b) Naib Canselor; (c) Dua (2) orang pegawai daripada perkhidmatan awam; (d) Seorang (1) yang mewakili masyarakat di tempat terletaknya Universiti itu; (e) Seorang (1) profesor Universiti yang dipilih oleh Senat daripada kalangan ahli yang disebut dalam perenggan 22(1)(d); dan (f) Lima (5) orang yang terdiri daripada tiga (3) orang daripada sector swasta, seorang (1) daripada alumni Universiti dan seorang (1) lagi dari dalam atau luar Universiti yang pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang boleh membantu Lembaga. (2) Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bursar dan Penasihat Undang-Undang hendaklah menjadi ahli ex-officio Lembaga tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat Lembaga. (3) Tertakluk kepada kelulusan Menteri, setiap ahli yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) boleh melantik seorang ahli silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Lembaga jika ahli itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab. (4) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang ahli silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai ahli Lembaga. Tan Sri Azman bin Hj. Mokhtar (Pengerusi) Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail (Naib Canselor) Dato’ Hj. Ismail bin Karim (Wakil Masyarakat)
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 14 (Belum diisi) (Wakil MOF) YBhg. Dato’ Ir. Mohammed Noor bin Abu Hassan (Wakil Alumni) Dato’ Prof. Emeritus Ir. Ts. Dr. Zainai bin Mohamed (Wakil Senat) Prof. Emerita Datuk Dr. Asma binti Ismail (Wakil Berpengetahuan dan Berpengalaman) Prof. Dr. Azlinda binti Azman (Wakil Kementerian Pengajian Tinggi) Dato’ Ir. Low Keng Kok (Wakil Swasta) Encik Mohd Razlan bin Mohamed (Wakil Swasta) Puan Dzuleira binti Abu Bakar (Wakil Swasta) Puan Nor Azizah binti Ismail Pendaftar/Setiausaha
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 15 2.4 Jawatankuasa Pengurusan Universiti Senarai ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail Naib Canselor (Belum diisi) Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Rosli bin Md. Illias Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Puan Nor Azizah binti Ismail Pendaftar Tuan Haji Abu Bakar bin Mohd. Salleh Bendahari
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 16 Puan Nor Asikin binti Mohamad Ketua Pustakawan Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur) Prof. Ts. Dr. Safian bin Sharif Pengarah (Kampus UTM Pagoh) Encik Jaffrey bin Samsul Bahrin Timbalan Pendaftar (Setiausaha) Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim Menjalankan Tugas Pengarah Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat (Ahli Turut Hadir) Co-Presenting Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim Pengarah UTMDigital (Ahli Turut Hadir)
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 17 2.5 Dekan Fakulti Prof Dr Edy Tonizam bin Mohamad Menjalankan tugas Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam Prof. Dr. Jafri bin Din Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Prof. Sr Dr. Kherun Nita binti Ali Dekan Fakulti Alam Bina & Ukur Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmad Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Prof. Eng. Dr. Rahmat bin Mohsin Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga Prof. ChM. Dr. Zaiton binti Abdul Majid Dekan Fakulti Sains Prof. Dr. Arieff Salleh bin Rosman Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir Dekan Faculty Komputeran Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Naz’ri bin Mahrin Dekan Fakulti Teknologi & Informatik (Razak)
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 18 Prof. Dr. Rosmini binti Omar Dekan Sekolah Perniagaan Azman Hashim Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat Dekan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) Assoc. Prof. Dr. Ahmad bin Jusoh Dekan Fakulti Pengurusan
___22.6 Struktur Organisasi
UTM Sekilas Pandang __________________________________________________________ 0
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 20 Bahagian 3 Governan Universiti 3.1 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pindaan 2012 3.2 Perlembagaan UTM 3.3 Statut Universiti 3.4 Pihak Berkuasa 3.5 Struktur Governan Universiti
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 21 2.6 Struktur BAHAGIAN 3 GOVERNAN UAkta Universiti dan Kolej BAHAGIAN 3 GOVERNAN UNIVERSITI 3.1 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pindaan 2012 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (pindaan 2019) (AUKU 1971) merupakan suatu akta yang digubal dan memperuntukkan berkaitan punca kuasa penubuhan sebuah universiti awam, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Pindaan terkini 2019 AUKU 1971 adalah pemansuhan Seksyen 15(2)(c) dengan membenarkan pelajar melibatkan diri dalam politik di dalam dan di luar kampus. 3.2 Perlembagaan UTM Selain AUKU 1971, dokumen rujukan perundangan Universiti adalah Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia 2010 P.U.(A) 449/2010 dan 450/2010 dibaca bersamasama pindaan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia 2012 P.U (A) 388/2012 dan 389/2012. Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia memperuntukkan kuasakuasa universiti, bidangkuasa pegawai universiti dan pihak berkuasa universiti, peruntukan kewangan serta peruntukan-peruntukan am berkaitan universiti. 3.3 Statut Universiti Terdapat 14 statut-statut UTM (telah mendapat perkenan Canselor UTM) dan diwartakan pada 24 Disember 2020, kaedah -kaedah dan peraturan -peraturan Universiti (kelulusan Lembaga Pengarah Universiti dan Senat mengikut bidangkuasa masing-masing). 3.4 Pihak Berkuasa (i) Pihak Berkuasa Universiti ialah Lembaga, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti atau dengan apa-apa jua nama ia disebut, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pekerja, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar,
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 22 dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti. (ii) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, keanggotaan, kuasa dan tatacara bagi Pihak Berkuasa itu hendaklah ditetapkan oleh statut. (iii) Peruntukan jadual hendaklah terpakai bagi ahli Pihak Berkuasa. 3.5 Struktur Governan Universiti Merujuk Rajah 1 di bawah merupakan struktru governan Universiti yang boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu peringkat perundangan, eksekutif dan operasi. Struktur ini membantu Universiti beroperasi secara teratur dan telus.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 23 Bahagian 4 Lembaga Pengarah 4.1 Peruntukan yang Berhubungan dengan Lembaga 4.2 Perjalanan Sementara Fungsi Pengerusi 4.3 Fungsi dan Kuasa Lembaga 4.4 Peranan Lembaga 4.5 Buku Guide to Assessing Good Governance in Malaysian University 4.5 Carta Struktur Lembaga Pengarah Universiti
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 24 BAHAGIAN 4 LEMBAGA PENGARAH 4.1 Peruntukan yang Berhubungan dengan Lembaga 4.1.1 Pelantikan ahli Lembaga kecuali Naib Canselor, hendaklah dibuat oleh Menteri bagi tempoh tiga tahun dan apabila habis tempoh itu ahli Lembaga itu layak dilantik semula. 4.1.2 Tempoh ahli yang dilantik di bawah perenggan 17(1)(e) hendaklah selama tempoh keanggotaannya dalam Senat. 4.1.3 Pendaftar hendaklah menjadi setiausaha Lembaga. 4.1.4 Pengerusi dan empat ahli lain tidak termasuk ahli ex-officio Lembaga hendaklah membentuk kuorum bagi apa-apa mesyuarat Lembaga. 4.1.5 Ahli Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. 4.1.6 Tertakluk kepada Perlembagaan ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri. 4.2 Perjalanan Sementara Fungsi Pengerusi 4.2.1 Menteri boleh melantik mana-mana ahli Lembaga, selain Naib Canselor untuk menjalankan fungsi Pengerusi semasa apa-apa tempoh yang Pengerusi kerana apa-apa sebab tidak dapat menjalankan fungsinya atau semasa apaapa tempoh kekosongan dalam jawatan Pengerusi. 4.2.2 Seseorang ahli yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (1) hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi, di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi. 4.3 Fungsi dan Kuasa Lembaga 4.3.1 Lembaga hendaklah menjadi badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti, dan boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti kecuali setakat yang kuasa itu diberikan oleh
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 25 Perlembagaan ini atau statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan kepada Pihak Berkuasa, badan atau kepada pegawai lain Universiti. 4.3.2 Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga berhubung dengan apa-apa perkara dalam kuasa Senat, tetapi Lembaga boleh menghantar pendapatnya kepada Senat mengenai apa-apa perkara dalam kuasa Senat, bagi pertimbangan Senat. 4.3.3 Sebagai tambahan kepada fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah : (a) Mengadakan perancangan pengawasan yang strategik yang bercirikan pendidikan dan misi Universiti; (b) Menggalakkan pengurusan yang cekap dan berkesan dan mengadakan kajian semula yang menyeluruh mengenai operasi menyeluruh; (c) Membangunkan hubungan dengan masyarakat, sektor korporat dan industri; (d) Memupuk hubungan global dan keantarabangsaan berhubung dengan pelajaran tinggi dan penyelidikan; (e) Memastikan pelaksanaan Perlembagaan, undang-undang dan dasar Universiti dan untuk memastikan bahawa tiap-tiap Pihak Berkuasa, Jawatankuasa, Pegawai atau jawatankuasa sentiasa bertindak menurut kuasanya dan bidang tugasnya. 4.4 Peranan Lembaga Pematuhan peranan serta tanggungjawab asas Lembaga adalah seperti berikut: • Peranan 1 : Mencalon, Menyelia dan Menyokong Naib Canselor • Peranan 2 : Memastikan Kecukupan Bajet Serta Penjanaan Kewangan Universiti • Peranan 3 : Mempertahankan Misi Universiti [Enhancing University Board Governance and Effectiveness (UniTP)]
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 26 Peranan 1 : Mencalon, Menyelia dan Menyokong Naib Canselor i. Lembaga boleh mencadangkan pelantikan semula Naib Canselor sedia ada dengan mengambil kira pendapat ahli Senat (juga pengurusan eksekutif universiti). ii. Lembaga boleh mencalonkan individu yang memenuhi kriteria umum dari dalam dan luar universiti kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Lembaga perlu mengemukakan senarai Panjang dan senarai pendek kepada Kementerian Pengajian Tinggi (Jawatankuasa Pemilih Tetap Naib Canselor Universiti Awam). iii. Lembaga juga berperanan menyemak dan menilai prestasi Naib Canselor berbanding sasaran yang telah ditetapkan. iv. Lembaga berperanan menyokong usaha dan inisiatif Naib Canselor dalam menjalankan kuasa Eksekutif, Akademik, Pengurusan Sumber Manusia, Hal Ehwal Kewangan, Perniagaan, Legislatif, Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, Legitimasi dan Fidusiari dengan merujuk kepada Akta masing-masing. Peranan 2 : Memastikan Kecukupan Bajet Serta Penjanaan Kewangan Universiti i. Menubuh dan melantik ahli Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK). Bagi memastikan kecukupan bajet, Lembaga juta mempunyai kuasa meluluskan anggaran hasil dan perbelanjaan teramasuk anggaran perbelanjaan tambahan Universiti dan anak syarikatnya. ii. Menimbang dan meluluskan Laporan Tahunan UA dan Kewangan Universiti dan anak syarikatnya sebelum dikemukakan kepada agensi pusat. iii. Menerima endowmen bagi membantu kewangan universiti mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 27 iv. Memberikuasa kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk menandatangani kontrak yang melibatkan perbelanjaan universiti. v. Melantik Juruaudit untuk mengaudit akaun-akaun Universiti, menubuh dan melantik Ahli Jawatankuasa Audit Dalam. vi. Membuat pinjaman wang daripada institusi-institusi yang dipersetujui oleh Menteri Pengajian Tinggi dengan kelulusan Menteri Kewangan. Peranan 3 : Mempertahankan Misi Universiti i. Bersama-sama pengurusan universiti dalam menentukan halatuju dan strategi universiti ii. Memastikan program akademik yang ditawarkan sejajar dengan strategi dan halatuju universiti iii. Meneliti dan meluluskan polisi universiti iv. Memastikan UA mempunyai Pelan Penggantian Pengurusan Universiti 4.5 Peranan merujuk di dalam Buku Guide to Assessing Good Governance in Malaysian University ada menyatakan peranan Lembaga seperti berikut : i. Lembaga akan mematuhi peraturan dan arahan Kerajaan dalam pelaksanaan dasar bagi memastikan aspirasi dasar pengajian tinggi negara tercapai. ii. Lembaga perlu mematuhi prinsip asas dalam menjalankan tanggungjawab. iii. Lembaga boleh mengubahsuai arahan-arahan dan peraturan-peraturan berdasarkan kepada keperluan semasa universiti dan kepentingan Negara dengan menyediakan arahan-arahan dan peraturan-peraturan sendiri dimana aspek prinsip asas dikekalkan.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 28 iv. Lembaga boleh menggubal/menyedia dasar operasi universiti dalam empat (4) bidang autonomi berteraskan kepada prinsip asas. v. Bagi Arahan/Peraturan/Pekeliling Perbendaharaan yang tidak dipersetujui oleh Kementerian Kewangan untuk diperturunkan kuasa kepada Lembaga, maka universiti perlu melalui proses biasa Kementerian Kewangan. vi. Lembaga perlu memastikan universiti mempunyai mekanisme pengiraan ‘penjualan perkhidmatan’ bagi program-program yang dijalankan. vii. Lembaga bertanggungjawab ke atas aktiviti perjalanan pendapatan dan memastikan penggunaan dana yang dihasilkan adalah untuk kepentingan universiti. viii. Lembaga hendaklah menilai dan membincangkan pencapaian pendapatan dalaman universiti meliputi sumbangan anak syarikat setiap tahun. ix. Lembaga perlu memastikan bahawa Naib Canselor tidak menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat universiti berkenaan. x. Lembaga perlu memastikan universiti mempunyai peraturan khusus mengenai proses peminjaman kakitangan universiti berkhidmat di dalam syarikatnya. xi. Lembaga bertanggungjawab memastikan universiti mempunyai blueprint sumber manusia. xii. Lembaga boleh membuat pelantikan dan meletakkan ganjaran tertentu menggunakan sumber dana yang dijana bagi bidang terpilih dan kritikal (akademik dan pentadbiran) dan individu yang dilantik tidak berstatus penjawat awam. xiii. Lembaga boleh memperakui kakitangan (akademik dan pentadbiran) yang berprestasi tinggi untuk kenaikan pangkat berdasarkan top up dengan tidak melibatkan perubahan pencen dan peruntukan Kerajaan serta mengguna sumber pendapatan yang dijana sendiri. xiv. Lembaga boleh memperakukan universiti membuka entiti akademik/program baru dan meluluskan penggunaan dana sendiri dengan memastikan penyaluran sumber pembiayaan boleh ditanggung oleh universiti.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 29 xv. Lembaga perlu memastikan auditan dijalankan secara berjadual bagi memastikan sistem governan bagi 4 bidang autonomi ini dijalankan mengikut prinsip asas. xvi. Lembaga perlu memastikan Unversiti melapor pencapaian autonomi yang ditetapkan. xvii. Lembaga mesti mengambil tindakan ke atas teguran dan laporan audit yang dijalankan olehnya, agensi luar atau Kerajaan.
___34.6 Carta Struktur Lembaga Pengarah Universiti
UTM Sekilas Pandang __________________________________________________________ 0
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 31 Bahagian 5 Pengurusan Lembaga Pengarah Universiti 5.1 Senarai Jawatankuasa Di Bawah Lembaga Pengarah Universiti 5.2 Kemudahan yang Diterima oleh Lembaga Pengarah Universiti 5.3 Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti 5.4 Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Universiti 5.5 LPU Retreat 5.6 Sistem Mesyuarat Lembaga Pengarah Unviersiti 5.7 Setiausaha Lembaga Pengarah 5.8 Dashboard Lembaga Pengarah
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 32 BAHAGIAN 5 PENGURUSAN LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI 5.1 Jawatankuasa Lembaga Pengarah Universiti Universiti mempunyai sebanyak 13 Jawatankuasa Lembaga Pengarah di bawah Lembaga Pengarah Universiti iaitu; (a) Lembaga Pengarah UTM (b) Jawatankuasa Kewangan (4/Tahun) (c) Jawatankuasa Audit (d) Jawatankuasa Pelaburan (Tunai dan Ekuiti) (e) Jawatankuasa Pelaburan Harta Tanah (f) Jawatankuasa Pengurusan Risiko Universiti (g) Jawatankuasa Pemilih bagi Pelantikan ke Suatu Jawatan Kursi, Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan (h) Jawatankuasa Pencalonan (Nomination Committee) (i) Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Malaysia Tatatertib Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Dengan Tujuan (j) Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Malaysia Tatatertib Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Dengan Tujuan Buang Kerja atau Turun Pangkat) (k) Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Malaysia Tatatertib Bagi Kumpulan Sokongan (Dengan Tujuan Buang Kerja atau Turun Pangkat) (l) Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Malaysia Tatatertib Bagi Kumpulan Sokongan (Bukan Dengan Tujuan Buang Kerja @ Turun Pangkat) *Pengerusi - Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (m) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib UTM (n) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar UTM (o) Mesyuarat Lembaga Perolehan Universiti
___35.1 Senarai Jawatankuasa Di Bawah Lembaga Pengarah UniversiBIL LEMBAGA PENGARAH (1) Tan Sri Azman Hj. Mokhtar (2) Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail (3) Encik Mohd. Razlan bin Moham ed ProEmDatAsbinIsmJAWATANKUASA P A P A P A P 1 Lembaga Pengarah UTM (6/Tahun) √ √ √ 2 Jawatankuasa Kewangan (4/Tahun) √ √ 3 Jawatankuasa Audit (4/Tahun) √ 4 Jawatankuasa Pelaburan (Tunai dan Ekuiti) (2/Tahun) √ √ √ 5 Jawatankuasa Pelaburan Harta Tanah (4/Tahun) √ 6 Jawatankuasa Pengurusan Risiko Universiti (4/Tahun) √ 7 Jawatankuasa Pemilih bagi Pelantikan ke Suatu Jawatan Kursi, Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan (6/Tahun) √ Kekerapan Mesyuarat Berkala 1 5 4
UTM Sekilas Pandang __________________________________________________________ 3 ti (4) of. merita tuk Dr. ma nti mail (5) Dato' Ismail Karim (6) Wakil MOF (7) Prof. Dr. Azlinda binti Azman (8) Dato’ Prof. Emeritus Ir. Ts. Dr. Zainai bin Mohamed (9) WAKIL ALUMNI (10) Dato’ Low Keng Kok (11) Pn. Dzuleira binti Abu Bakar A P A P A P A P A P A P A P A √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 5 3 3 3 2 1 3 5
___3BIL LEMBAGA PENGARAH (1) Tan Sri Azman Hj. Mokhtar (2) Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail (3) Encik Mohd. Razlan bin Moham ed PEmDatAbIsJAWATANKUASA P A P A P A P 8 Jawatankuasa Pencalonan (Nomination Comittee) √ √ 9 Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Malaysia Tatatertib Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Dengan Tujuan Buang Kerja atau Turun Pangkat) √ 10 Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Malaysia Tatatertib Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Dengan Tujuan Buang Kerja atau Turun Pangkat) √ √ 11 Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Malaysia Tatatertib Bagi Kumpulan Sokongan (Dengan Tujuan Buang Kerja atau Turun Pangkat) √ √ 12 Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Malaysia Tatatertib Bagi Kumpulan Sokongan (Bukan Dengan Tujuan Buang Kerja @ Turun Pangkat) *Pengerusi - Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
UTM Sekilas Pandang __________________________________________________________ 4 (4) Prof. merita tuk Dr. Asma binti smail (5) Dato' Ismail Karim (6) WAKIL MOF (7) Prof. Dr. Azlinda binti Azman (8) Dato’ Prof. Emeritus Ir. Ts. Dr. Zainai bin Mohamed (9) WAKIL ALUMNI (10) Dato’ Low Keng Kok (11) Pn. Dzuleira binti Abu Bakar A P A P A P A P A P A P A P A √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
___3BIL LEMBAGA PENGARAH (1) Tan Sri Azman Hj. Mokhtar (2) Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail (3) Encik Mohd. Razlan bin Moham ed ProEmDatAsmbinIsmJAWATANKUASA P A P A P A P 13 Jawatankuasa Rayuan Tatatertib UTM *Pengerusi √ 14 Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar UTM Kekerapan Mesyuarat Mengikut Keperluan 2 3 2 JAWATANKUASA P A P A P A P 15 Mesyuarat Lembaga Perolehan Universiti √ Kekerapan Mesyuarat 12 kali setahun - 1 - JUMLAH JAWATANKUASA TETAP 3 9 7 Pengerusi Jawatankuasa 3 4 1
UTM Sekilas Pandang __________________________________________________________ 5 (4) of. merita tuk Dr. ma nti mail (5) Dato' Ismail Karim (6) WAKIL MOF (7) Prof. Dr. Azlinda binti Azman (8) Dato’ Prof. Emeritus Ir. Ts. Dr. Zainai bin Mohame d (9) WAKIL ALUMNI (10) Dato’ Low Keng Kok (11) Pn. Dzuleira binti Abu Bakar A P A P A P A P A P A P A P A √ √ √ √ √ 2 4 1 1 4 2 - - A P A P A P A P A P A P A P A √ √ √ - - 1 1 1 - - - 5 8 5 5 7 1 5 6 2 3 - 1 1 - - -
___35.2 Kemudahan yang Diterima oleh Lembaga Pengarah UniversitiJENIS-JENIS ELAUN ELAUN TETAP BULANAN (ETB) ELAUN MENGHADIRI MESYUARAT (EMM) ELAUN MENGHADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA (EMMJ) PENGERUSI AHLI PENGERUSI AHLI AHLI SILIH GANTI PENGERUSI AHLI ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 40% atas dua gred lebih tinggi daripada matagaji maksimum gred. RM11,715.20 (sebulan) 30% daripada ETB Pengerusi RM3,514.5 6 (sebulan) RM500.00 terhad kepada satu (1) mesyuarat LPU sebulan RM500.00 terhad kepada satu (1) mesyuarat LPU sebulan M500.00 terhad kepada satu (1) mesyuarat LPU sebulan 1. Mempengerusi Jawatankuasa Lembaga - dibayar sebanyak RM750.00 sekali mesyuarat, terhad kepada satu (1) mesyuarat sebulan. 2. Ahli Jawatankuasa Lembaga - dibayar sebanyak RM500.00 sekali mesyuarat, terhad kepada satu (1) mesyuarat sebulan.
UTM Sekilas Pandang __________________________________________________________ 6 i KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN INSURANS PERUBATAN KEMUDAHAN TABLET PC LAIN-LAIN PENGERUSI AHLI PENGERUSI AHLI PENGERUSI AHLI ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ - - Layak mendapat kemudahan perubatan sama seperti Naib Canselor tetapi terhad kepada dalam negara sahaja - - 1. Kad Nama 2. Cap Nama (Pengerusi Sahaja) 3. Songkok 4. Baju Korporat Univesiti 5. Jubah Konvokesyen 6, Business Card UTM
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 37 5.3 Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti 5.3.1 Kekerapan mesyuarat diadakan sebanyak dua (2) kali sebulan yang tarikhnya ditentukan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah. 5.3.2 Korum mesyuarat Lembaga ialah 2/3 daripada ahli mesyuarat termasuk Pengerusi. Mesyuarat pada kebiasaannya akan diadakan pada jam 9:30 pagi kecuali atas sebab-sebab tertentu oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Jadual mesyuarat tahunan akan diedarkan kepada semua ahli dan bahagian bagi membolehkan bahagian-bahagian membuat perancangan sewajarnya dari segi penyediaan kertas kerja, mengemukakan laporan dan sebagainya. 5.3.3 Terdapat dua (2) kategori perbincangan kertas kerja yang dibincangkan di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti iaitu: (i) Kertas kerja untuk kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kertas kerja yang telah disetuju terima untuk dibincangkan dalam mesyuarat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah atau Naib Canselor atau Setiausaha Lembaga Pengarah Universiti dan memerlukan keputusan Lembaga sebelum dialksanakan atau dikemukakan kepada pihak agensi pusat. (ii) Kertas kerja untuk makluman Lembaga Pengarah Universiti Kertas kerja mengenai perkara-perkara yang perlu dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah seperti yang ditetapkan tetapi bukan bertujuan untuk mendapat kelulusan Lembaga. 5.4 Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Universiti Mesyuarat untuk menimbangkan perkara-perkara yang khusus dan mustahak atau perkara-perkara yang timbul dalam keadaan tergempar pada bila-bila masa yang difikirkan perlu oleh Pengerusi Lembaga Pengarah. Dalam keadaan ini, persediaan dan pengedaran kertas-kertas kerja seperti yang tersebut dalam Peraturan ini tidaklah semestinya dipatuhi.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 38 5.5 Program LPU Retreat Program ini merupakan acara tahunan Lembaga sesi Pegawai Kanan Universiti bersama Lembaga Pengarah dalam menyemak dan membangunkan strategi Universiti. Berikut merupakan antara objektif program ini; 5.5.1 Mewujudkan sesi perkongsian ilmu diantara Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan Universiti. 5.5.2 Sebagai platform maklumbalas Lembaga Pengarah dalam memacu halatuju Universiti. 5.5.3 Membentuk sinergi ukhuwah berteraskan penjanaan minda kreatif dan inovatif. 5.6 Sistem Maklumat Mesyuarat Lembaga Pengarah Sistem Mesyuarat Lembaga Pengarah UTM merupakan sistem yang dibangunkan untuk menyimpan semua dokumen mesyuarat. Semua ahli diberikan akses dengan user dan password bagi membolehkan ahli mengakses dokumen di mana-mana dengan mudah. Inisiatif ini dapat memudahkan semua ahli merujuk dokumen mesyuarat dengan mudah. Tahap keselamatan dokumen ini adalah bertaraf SULIT. Maklumat boleh diakses di https://registrar.utm.my/lpu// 5.7 Dashboard Lembaga Pengarah 5.7.1 Maklumat Dashboard Dashboard Lembaga Pengarah dibangunkan untuk memberikan maklumat mengenai data pelajar, staf, aset dan berkaitan UTM bagi memberi gambaran kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UTM. Ia membantu Lembaga Pengarah untuk membantu membuat keputusan terhadap perkara-perkara yang memerlukan maklumat dan data.
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 39 5.7.2 Tahap Keselamatan Akses terhadap data ini memerlukan user dan password yang dikhaskan. Datadata ini adalah dalam kategori SULIT. 5.8 Setiausaha Lembaga Pengarah Dilantik oleh Pengerusi Lembaga Pengarah yang boleh merupakan seorang Ahli Lembaga Pengarah atau bukan Ahli Lembaga Pengarah. Antara lain tugas Setiausaha Lembaga Pengarah ialah memastikan semua urusan yang berkaitan dengan Lembaga Pengarah khususnya Mesyuarat Lembaga Pengarah dijalankan dengan cekap dan berkesan. Alamat Setiausaha Lembaga Pengarah ialah: Setiausaha Lembaga Pengarah Universiti Pejabat Pendaftar, Jabatan Pendaftar Aras 4, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Johor Bahru Johor Darul Takzim
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 40 Bahagian 6 Penutup dan Rujukan 6.1 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pindaan 2021 6.2 Perlembagaan UTM 6.3 Statut Universiti 6.4 Terma Rujukan Jawatankuasa Di Bawah Lembaga Pengarah Universiti 6.5 Pekeliling Perbendaharaan (WP7.1) 6.6 Borang ALPU 6.7 Menandatangani Borang Pengisytiharan Kepentingan
UTM Sekilas Pandang ____________________________________________________________ 41 BAHAGIAN 6 PENUTUP 6.1 PENUTUP Lembaga merupakan kuasa tertinggi dalam tadbir urus universiti. Tadbir urus yang teratur dan cekap akan memantapkan pengurusan dan keurusetiaan Lembaga dan hal ehwal yang berkaitan dengannya. Jawatankuasa yang membawa kuasa Lembaga membantu melancarkan pengurusan dan pentadbiran universiti. Had kuasa yang jelas yang diperuntukkan kepada jawatankuasa yang membawa kuasa Lembaga akan menggalakkan pembuatan keputusan dan meningkatkan kecekapan. Lembaga boleh menetapkan apa-apa tatacara berdasarkan Akta/Perlembagaan untuk pengurusan Lembaga masing-masing. 6.2 RUJUKAN 6.1 AUKU 1971 Pindaan 2019 6.2 Perlembagaan UTM 6.3 Statut Universiti 6.4 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) 6.5 Terma Rujukan Jawatankuasa Di Bawah Lembaga Pengarah Universiti 6.6 Enhancing University Board Governance and Effectiveness (UniTP) 6.7 Guide to Assessing Good Governance in Malaysia University 6.8 Pekeliling-Pekeliling Berkaitan 6.9 Pekeliling Perbendaharaan (WP7.1) 6.10 Borang ALPU 6.11 Menandatangani Borang Pengisytiharan Kepentingan