Nama :Muhammad Aqiff
Bin Saipul Azizul.
Sekolah :SK Kesang Tua
Tajuk :Keluarga Malaysia
INDEKS m/s 2
1.Maksud Keluarga Malaysia m/s 3
2.Squad Keluarga Malaysia m/s 4
3.Yayasan Keluarga Malaysia m/s 5
4.Pas Keluarga Malaysia m/s 6
5.Jualan Keluarga Malaysia m/s 7
6.Lagu Keluarga Malaysia m/s 9
7.Teras Keluarga Malaysia
Maksud Keluarga Malaysia:
Keluarga Malaysia ialah gagasan yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia
ke-9, Ismail Sabri Yaakob pada 22 Ogos 2021.
Konsep ini antara lain menyeru rakyat
Malaysia mengetepikan perbezaan dalam
memulihkan semula negara bagi
menggembeleng tenaga dalam cabaran
mendepani pandemik COVID-19 dan
merealisasikan Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030.
Squad Keluarga Malaysia:
Skuad Keluarga Malaysia telah ditubuhkan bagi
menyelaras semua mekanisme penyampaian
bantuan, untuk rakyat yang memerlukan di
seluruh negara. Diterajui oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, skuad ini merupakan kolaborasi
pelbagai agensi di bawah kementerian
berbeza, pihak swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan (atau NGO).
Yayasan Keluarga Malaysia:
Yayasan Keluarga Malaysia
dilancarkan pada 23 Oktober 2021
dengan malamat untuk membantu
anak-anak Keluarga Malaysia yang
terkesan akibat penularan pandemik
COVID-19 di Malaysia. Melalui
yayasan INI, anak-anak Keluarga
Malaysia berpeluang memperoleh
sokongan terutama dari aspek
pendidikan sehingga mereka
mencapai usia 18 tahun.
Pas Keluarga Malaysia:
Pas Keluarga Malaysia dilancarkan
pada 22 November 2021 bagi
menggalakkan orang ramai
menggunakan perkhidmatan awam
dan dikeluarkan oleh Prasarana
Malaysia Berhad (Prasarana). Pas ini
membolehkan empat individu dalam
satu kumpulan menikmati
perjalanan satu hari tanpa had pada
Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan
harga RM15 sahaja.
Jualan Keluarga Malaysia:
Program Jualan Keluarga Malaysia
dilancarkan pada 2 Disember 2021
dengan strategi serampang dua mata
iaitu membasmi peranan orang
tengah dan menawarkan barangan
pada harga subsidi demi manfaat
rakyat. Ia dilaksanakan di lokasi
terpilih dan kekerapannya akan
ditambah mengikut kesesuaian dari
semasa ke semasa, berbanding
perancangan asal dua kali sebulan.
Lagu Keluarga Malaysia:
Lagu tema gagasan ini, "Keluarga
Malaysia" ialah hasil nukilan Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Annuar
Musa terbitan Yayasan Persahabatan
Malaysia (PERMAI) dengan kerjasama
Rocketfuel Entertainment. Ia
dipersembahkan oleh Ara Johari, Masya
Masyitah, Putra Muhammad dan Sufi
Rashid. Lagu ini diperdengarkan buat
pertama kalinya kepada umum semasa
Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 pada
31 Ogos 2021.
Teras Keluarga Malaysia:
Konsep 'Keluarga Malaysia'
menggariskan 3 teras utama dan 20
pengkayaan nilai yang mendasari
kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri,
untuk bekerja secara bersama-sama
dalam memulihkan negara daripada
masalah dan kesan pandemik COVID-
19. Tiga teras utama tersebut ialah
Keterangkuman, Kebersamaan dan
Kesyukuran.
Terima Kasih
SINOPSIS:
Apakah maksud Keluarga
Malaysia,Teras Keluarga Malaysia
dan macam macam lagi.Anda nak
tahu bacalah buku ini sampa
habis ya.Teerma kasih kerana sudi
membacanya.