The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM70621 Muhammad Arif Asyraaf Bin Nor Aizan, 2020-10-31 21:47:37

Tugasan 1 Kemahiran Belajar GKB1053

Tugasan 1 Kemahiran Belajar GKB1053

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)

NAMA PELAJAR KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD ARIF ASYRAAF BIN NOR AIZAN

ANGKA GILIRAN 2020192310126

NOMBOR KAD PENGENALAN 020901080545

KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)

NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR

KOD KURSUS GKB1053

NAMA PENSYARAH HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD

TARIKH HANTAR 2 NOVEMBER 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurniaNya
dapat saya menyiapkan kerja kursus tugasan satu Kursus Kemahiran Belajar ini dengan
jayanya.Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pensyarah saya iaitu Puan Haslinda Binti
Mohamad Saad atas bantuan yang diberikan sebagai panduan bagi melaksanakan tugasan satu
kerja kursus ini dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan,dan semua pihak yang sudi membantu
dan memberi sedikit dorongan kepada saya bagi menyempurnakan tugasan ini.

SENARAI KANDUNGAN Halaman
Kandungan 1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT 1 2-3
3
2.1 Plus Minus Interesting (P.M.I) 4
2.2 Consider All Factors (CAF) 4
2.3 Consequences and Sequel (C&S) 5
2.4 Aims,Goals,and Objectives (AGO) 5-6
2.5 First Important Priority (FIP) 6
2.6 Alternatives,Possibilities and Choices (APC)
2.7 Other People’s View (OPV) 7

3.0 RUMUSAN 8

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Pada era globalisasi yang penuh cabaran ini,terdapat pelbagai masalah yang sering timbul seiring
dengan kematangan usia kita.Hal ini kerana,semakin kita matang dan membesar,semakin banyak
masalah yang bakal dialami oleh seseorang individu tersebut.Oleh hal yang demikian,satu
platform persediaan perlulah dilakukan agar masalah-masalah tersebut dapat diatasi dan
diselesaikan dengan cara yang betul dan berkesan iaitu dengan mempunyai gaya pemikiran yang
luas dan cerdik bagi menguruskan hal-hal tersebut.Menyebut tentang pemikiran,berdasarkan
(Moseley et al., 2005),pemikiran ini boleh ditafsirkan sebagai aktiviti metal dalam kehidupan
harian.Dalam pada itu, pemikiran juga melibatkan proses-proses mental seperti penyelesaian
masalah, penaakulan, mereka cipta, melakukan pengkonsepsian, mengimbas kembali,
mengklasifikasi, membuat perlambangan, merancang dan lain-lain menurut(Siegler & Alibali,
2005).

Maka dengan itu,bagi menjadikan kita sebagai seorang pemikir yang boleh berfikir secara
sistematik ,berpandangan jauh dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah,ianya memerlukan
panduan dan rujukan serta alat-alat yang khusus bagi memudahkan kita menangani masalah
tersebut dengan penuh dedikasi menurut (Mohd.Nasuha 1995).Menurut Dr. Edward de Bono
telah mengemukakan beberapa kemahiran berfikir antaranya yang paling popular dan sering
digunakan oleh masyarakat kini adalah melalui Pelajaran Berfikir iaitu lebih dikenali sebagai
CoRT 1 atau Cognitive Research Trust yang telah direka pada tahun 1969.Berdasarkan pendapat
Dr.Edward de Bono menyatakan bahawa CoRT 1 ini terbahagi kepada beberapa jenis alat-alat
berfikir yang dibahagikan kepada tujuh seperti yang tertera di dalam gambar rajah di bawah ini.

1

2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT 1

2.1 Plus Minus Interesting (P.M.I)

Antara alat-alat berfikir yang terdapat dalam CoRT 1 yang pertama adalah dikenali sebagai
(P.M.I.) iaitu plus,minus and interesting manakala dalam terjemahan Bahasa Melayu adalah plus
adalah baik,manakala minus pula adalah buruk dan seterusnya interesting adalah
menarik.Menurut (Mohd.Nasuha 1995) bahawa plus adalah perkara yang difikirkan baik bagi
sesuatu idea yang diusulkan manakala minus pula adalah suatu perkara yang difikirkan buruk
atau tidak baik terhadap sesuatu idea tersebut.Seterusnya, interesting merupakan perkara atau
isu yang tidak termasuk dalam plus dan minus akan tetapi ianya menarik tentang idea tersebut.

Sebenarnya,alat-alat berfikir ini boleh digunakan ketika dalam sesi perbincangan
terhadap sesuatu masalah atau isu apabila kita membahas sesuatu idea baru yang
dikemukakan.Sebelum membuat sesuatu keputusan,seharusnya kita menggunakan alat ini bagi
mendapatkan keputusan yang terbaik dan memberangsangkan.Sebagai contoh,suatu idea telah
dikemukakan iaitu semua pelajar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya sesi tahun
pertama tidak dibenarkan menggunakan kenderaan kereta dan motosikal di kawasan kampus
tersebut.Hal ini tentu akan menyebabkan ramai pelajar UM ingin menolak idea tersebut,akan
tetapi dengan adanya alat berfikir (P.M.I.) menyebabkan kita dapat mempertimbangkan idea
tersebut sebelum menolak atau menerima pernyataan tersebut.

Melalui tiga aspek ini iaitu aspek pertama adalah Plus (baik) iaitu fikirkan perkara
baik.Sebagai tamsilnya,dengan larangan yang diusulkan sebentar tadi dapat mengurangkan
pencemaran udara serta dapat mengurangkan bunyi bising yang sering mengganggu
pembelajaran.Selain itu juga,dapat mengelakkan kecederaan dan kematian akibat daripada
kemalangan jalan raya.Seterusnya,aspek yang kedua adalah Minus (buruk) iaitu fikirkan
keburukan yang bakal dialami sekiranya larangan tersebut dikuatkuasakan,sebagai
contohnya,pergerakan pelajar mahasiswa dan mahasiswi akan menjadi perlahan dan lewat tiba
di dewan kuliah.Selain daripada itu,akan menyebabkan pembaziran berlaku kepada sebahagian
pelajar yang sudah memiliki kereta dan motosikal.Di samping itu,aspek yang ketiga adalah
interesting (menarik) iaitu fikirkan perkara yang menarik contohnya ramai pelajar akan

2

menggunakan basikal atau dengan berjalan kaki sahaja yang baik untuk kesihatan kerana dapat
bersenam secara tidak langsung atau tanpa disedari.Ini amat berguna kepada mereka iaitu
pelajar yang mempunyai masalah berat badan.Seterusnya,pelajar dapat menanam nilai berjimat-
cermat dalam menguruskan kewangan mereka kerana tidak perlu mengeluarkan wang untuk kos
penyelenggaraan kereta dan motosikal seperti minyak dan lain-lain.Oleh itu,tiga aspek pemikiran
ini dapat memberikan kita keputusan yang lebih tepat dan terbaik kepada diri kita dan dapat
mengelakkan kita daripada melakukan keputusan secara terburu-buru.

2.2 Consider All Factors (CAF)

Alat berfikir yang terdapat dalam CoRT 1 yang kedua adalah ambil kira semua faktor Consider All
Factors (CAF) iaitu cara berfikir apabila keadaan memaksa kita untuk memilih satu perkara
daripada dua atau tiga perkara.Alat berfikir ini (CAF) dapat membantu kita untuk membuat
pilihan keputusan yang tepat dan memaksimumkan kepuasan diri.Apabila menggunakan
CAF,kita perlu menyenaraikan semua faktor yang terlibat dalam sesuatu perkara atau idea dan
hanya memilih mana-mana yang sangat penting dan bermanfaat kepada kita sahaja.Sebagai
contoh,seorang pelajar ingin memilih sama ada untuk tinggal di asrama atau tinggal di rumah
sewa.Dalam kes ini,pelajar tersebut boleh menyelesaikan masalah ini menggunakan alat berfikir
yang pertama iaitu PMI dan juga alat CAF,iaitu menyenaraikan semua faktor yang
baik,buruk,menarik dan semua faktor lain yang terlibat.

Sebagai contoh,apabila pelajar tersebut tinggal di asrama, terdapat beberapa faktor yang
baik dan juga faktor yang buruk.Antara faktor yang baik adalah mempunyai kemudahan asas
yang cukup,keselamatan terjamin dan mudah mendapat rujukan pelajaran.Manakala faktor yang
buruk pula adalah peraturan asrama yang mengongkong.Seterusnya,menyenaraikan faktor
apabila tinggal di rumah sewa iaitu antara faktor baik adalah boleh belajar berdikari,peraturan
yang kurang mengongkong dan kadar sewa yang rendah apabila dikongsi bersama.Manakala
faktor buruknya adalah pelajar tersebut memerlukan kenderaan untuk bergerak menuju ke
kampus dan kawalan keselamatan yang kurang terjamin serta terdedah dengan masyarakat
sekeliling yang mempunyai kelakuan berbeza dan tidak menentu.Akhir sekali,pelajar tersebut
akan menilai semua faktor yang terdapat di atas dan dapat membantunya untuk melakukan
keputusan yang bijak serta mampu memberikan keselesaan yang cukup buat dirinya.

3

2.3 Consequences and Sequel (C&S)

Consequences and Sequel (C&S) ini adalah kesan mengikut jangka masa iaitu cara kita berfikir
untuk menentukan sesuatu keputusan dan impak keputusan tersebut pada satu jangka masa
akan datang sama ada jangka masa pendek atau jangka masa yang panjang.Menurut (Abdul
Hamid 2003) jangka masa ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu jangka masa serta
merta,jangka masa pendek iaitu 1 tahun hingga 5 tahun,jangka masa sederhana iaitu,6 hingga 25
tahun dan jangka masa panjang iaitu lebih daripada 25 tahun.Oleh sebab itu,kita perlu fikirkan
kesan-kesan daripada keputusan yang kita lakukan kerana kesan daripada keputusan ini bukan
sahaja memberi kesan kepada diri sendiri malah kepada orang lain.Akhirnya,sebelum kita
hendak melakukan sebarang keputusan,kita perlulah fikir masak-masak agar kesan daripada
keputusan kita pada jangka masa akan datang akan memberi kebaikan pada diri sendiri dan juga
orang lain.Sebagai contoh,cuba kita fikirkan apabila kita membuat keputusan untuk mewakafkan
sebuah masjid kepada sesebuah kampung,maka akan memberi kesan dan impak yang besar pada
jangka masa panjang iaitu masjid itu dapat digunakan lebih 25 tahun dan juga dapat memberi
faedah dan manfaat kepada ramai warga penduduk kampung tersebut.

2.4 Aims,Goals,and Objectives (AGO)

Seterusnya,bagi mencapai sesuatu matlamat atau kejayaan yang ingin dikecapi,seseorang itu
haruslah mempunyai sasaran,tujuan dan objektif bagi meningkatkan karisma dan semangatnya
serta caranya juga perlu berubah bagi mengejar sasaran yang ditujunya.Penggunaan alat berfikir
(AG0) ini mampu membantu seseorang individu tersebut untuk meraih dan mencapai impian dan
cita-cita tersebut iaitu dengan meletakkan atau menyenaraikan sasaran,matlamat dan objektif
yang perlu dikecapi.Sebagai tamsilnya,sekumpulan pelajar GIATMARA mengambil kos Seni
Gunting Rambut dengan sasaran mereka supaya mahir dalam bidang tersebut.Akan tetapi,setiap
matlamat daripada mereka adalah berbeza,contohnya individu A ingin mendapat kemahiran
dalam bidang tersebut agar mudah untuknya mencari pekerjaan pada masa akan datang
manakala individu B pula ingin mendapat kemahiran tersebut sebagai pendapatan sampingan
sahaja kerana telah mempunyai kerjaya yang lebih stabil.Oleh itu,objektif mereka juga akan
berubah iaitu individu A akan membuat banyak latihan dan praktikal lebih daripada individu B
kerana matlamat A lebih kuat berbanding tahap matlamat yang diletakkan oleh individu B.

4

2.5 First Important Priority (FIP)

First important priority bermaksud kepentingan utama akan didahulukan iaitu menurut (Abdul
Rashid 1999).Setelah kita teliti dan menggunakan alat-alat berfikir yang lain seperti
PMI,CAF,C&S, dan juga AGO,akan menyebabkan timbulnya masalah dalam membuat pemilihan di
antara banyak faktor,objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan.Bagi tujuan pemilihan
ini,kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana tidak
dapat melakukan semua perkara tersebut secara serentak.Maka di situlah bermulanya kaedah
alat berfikir FIP iaitu kepentingan yang utama akan didahulukan terlebih dahulu.Antara aspek
yang perlu diperhatikan mengikut keutamaan adalah mengetahui bahawa keutamaan individu
adalah berbeza dan tidak sama.Seterusnya,perlu mempunyai alasan yang tepat lagi munasabah
bagi perkara atau faktor yang dipilih sebagai keutamaan.

Di samping itu,apabila mendapati bahawa terlalu sukar untuk memilih keutamaan
daripada senarai yang telah dibuat,maka gugurkan faktor atau perkara yang dikira kurang
penting dan kemudian lihat apa yang tinggal,akan tetapi faktor atau perkara yang digugurkan
tidak seharusnya diketepikan,tetapi,ditimbang semula selepas faktor keutamaan dipilih.Alat
berfikir FIP ini kebiasaannya akan digunakan selepas menggunakan semua alat berfikir yang
terdahulu seperti PMI,CAF,C&S, dan juga AGO.Sebagai contoh yang ringkas,kita ingin membeli
sepasang kasut yang cantik dan berjenama terkenal,selepas meneliti kasut tersebut
menggunakan CAF,kita akan mempertimbangkan semula dengan menggunakan prinsip FIP bagi
melakukan keputusan yang drastik,realistik,dan analitik.

2.6 Alternatives,Possibilities and Choices (APC)

Alat berfikir ini iaitu Alternatives,Possibilities and Choices (APC) dapat kita terjemahkan sebagai
alternatif,kemungkinan,dan pilihan terhadap sesuatu perkara menurut (Abu Samah
1994).Antara situasi yang memerlukan alat berfikir ini adalah ketika mana kita mempunyai
pilihan yang kurang dan terhad oleh disebabkan sesuatu kekangan dan juga halangan.Sebagai
contoh yang boleh digambarkan dengan situasi yang dekat dengan kita adalah sewaktu menerima
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang kurang memberangsangkan.

5

Hasil daripada keputusan SPM yang kurang cemerlang ini akan menyebabkan seseorang
pelajar itu mendapat tawaran dan pilihan yang kurang berbanding dengan pelajar yang mendapat
keputusan yang lebih cemerlang sekaligus menyukarkan dan menyulitkannya untuk
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana syarat yang ditetapkan oleh
universiti tidak melayakkannya.Dengan adanya kaedah alat berfikir APC ini dapat membantu
pelajar tersebut untuk mencari alternatif yang lain dengan berusaha mencari maklumat yang
lebih luas mengenai penyambungan pelajaran lepasan SPM.Oleh itu,alat APC ini dapat membantu
kita untuk membuka minda supaya melihat sesuatu idea atau perkara yang diberikan dengan
pandangan yang lebih luas yang tidak mematikan harapan kita untuk memilih sesuatu walaupun
terdapat beberapa halangan.

2.7 Other People’s View (OPV)

Akhir sekali,alat berfikir yang terdapat dalam CoRT 1 yang terakhir ini adalah dikenali sebagai
alat berfikir pandangan orang lain atau Other People’s View (OPV).Penggunaan alat berfikir OPV
ini amat mudah sekali jika ingin dibandingkan dengan alat berfikir yang lain sebelum ini.Ianya
adalah dengan memikirkan apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap tindakan yang kita
lakukan atau dengan kata yang lebih mudah kita meletakkan diri kita pada pandangan orang lain
di sekitar kita.Sebagai contoh yang mudah,cuba kita bayangkan bahawa kita menjadi seorang
ketua pengawas di sekolah kita.Setiap pergerakan dan tindak-tanduk kita akan sentiasa diperhati
oleh orang lain baik cikgu,rakan sekelas yang lain,mahupun tukang kebun dan penjaga
keselamatan sekolah itu.Apabila kita melakukan perkara yang baik seperti menjalankan
tanggungjawab dengan menegakkan disiplin sekolah,seluruh warga sekolah akan melihat diri
kita dengan pandangan yang positif dan sebagai pengawas yang menjalankan amanah,akan
tetapi,jika kita melampaui batas dengan menghukum seseorang pelajar yang lain sewenang-
wenangnya mengikut kehendak kita,maka warga sekolah akan melihat kita dengan pandangan
mereka bahawa kita merupakan seorang pembuli yang mengambil kesempatan di atas kesalahan
pelajar tersebut.Walaupun demikian,alat berfikir OPV ini tidak boleh diguna pakai untuk
pembentukan undang-undang negara atau pembentukan sesuatu peraturan atas risiko-risiko
tertentu.

6

3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya,setiap daripada keputusan dan tindakan kita perlulah difikirkan terlebih dahulu
dengan menggunakan semua alat berfikir ini agar keputusan yang dibuat adalah keputusan yang
terbaik dan tepat mengenai cita-cita kita sebelum membuat atau melakukan keputusan yang
muktamad yang tidak dapat diubah di kemudian hari bak kata pepatah “bagai nasi sudah menjadi
bubur”.Oleh kerana itu,kita perlulah meneliti setiap faktor-faktor yang ada dengan sebijaknya
agar tidak melepaskan suatu peluang keemasan yang berharga di hadapan kita.

7

RUJUKAN

Jamidin, M. N. (1995). KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BELAJAR. 40000 Shah Alam,Selangor Darul
Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Abdul Hamid, M. A. (2003). Meningkatkan Daya Fikir: Panduan Memahami
Konsep-konsep Asas Serta Fungsi Pemikiran dalam Kehidupan Manusia.
Kuala Lumpur: Percetakan Cergas.

Abdul Rashid, A. R. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum: Pendekatan
Pedagogi dan Wawasan Pendidikan Bestari. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

Abu Samah, A. (1994). Ke arah sistem pendidikan yang unggul: Cabaran & masa
depan. dlm. Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia. Siri Forum Ehwal
Semasa MSRC 2. Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia.

Balakrishan, G. (2002). Penilaian Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
dan Kritis dalam Matapelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 4 Satu Kajian
Kes di daerah Tampin dan Rembau, Negeri Sembilan. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana.

Chalupa, M. R. (1992). Critical thinking-getting minds to work. Business Education
Forum, 47(1), 21-24.

Chua, Y. P. (2004). Creative and Critical Thinking Styles. Kuala Lumpur: Universiti
Putra Malaysia Press.

Costello, P. J. M. (2003). Thinking Skills and Early Childhood Education. London:
David Fulton Publishers

8


Click to View FlipBook Version