The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rabiatul.adawiyahh88, 2021-11-24 00:56:28

BBM SCRAP BOOK DIGITAL (DIRIKU BERSIH)

BBM SCRAP BOOK DIGITAL (DIRIKU BERSIH)

Keywords: ISTINJAK

PIMK2073R

H E L L O

PEDAGOGI

PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN 1

PENGHASILAN
PRODUK

pengenalan diri

NAMA PELAJAR : HABIBAH RABI'ATUL
'ADAWIYAH BINTI MAT HASHIM
NO ANGKA GILIRAN : 2021202400304
PROGRAM : PDPP AMBILAN JUN 2021
KUMPULAN : 2.11
TARIKH HANTAR : 24 NOVEMBER 2021
NAMA PENSYARAH : PUAN NORMA BINTI SENIK

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah
SWT kerana diatas limpah dan inayah-Nya, dapat saya siapkan tugasan ini dengan

cemerlangnya. Sekalung ucapan penghargaan yang tidak terhingga saya dedikasikan
khas buat pensyarah yang amat saya hormati, Puan Norma binti Senik yang tidak pernah

jemu memberi tunjuk ajar kepada saya dari segenap aspek.



Ucapan jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada suami dan ibu bapa saya, yang
tidak pernah putus asa untuk memberikan inspirasi, semangat dan dorongan kepada

saya untuk menyiapkan tugasan ini mengikut waktu yang telah ditetapkan.

PENGHARGAAN

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa berada disisi saya
khususnya rakan-rakan dari kuliyah yang banyak memberi idea, maklumat penting serta
pendapat yang dapat saya aplikasikan dan gunakan sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya rakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja
yang secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbangkan masa, tenaga serta
ilmu untuk sama-sama membantu untuk menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu rekod
khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran. seperti yang kita sedia maklum, bahawa
RPH adalah dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan
lebih sistematik serta mampu mencapai apa yang diobjektifkan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. RPH adalah sangat penting
dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran
kepada murid. Ianya juga untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru
telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke
kelas.

PENGENALAN

Terdapat beberapa kepentingan RPH kepada seseorang guru, iaitu:

1) Dapat meningkatkan keyakinan guru pelatih pelatih sebelum masuk
mengajar
2) Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada
perkara yang hendak diajar
3) Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran
4) Menggunakan masa pengajaran secara optimum
5) Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.

TAHUN 2 1 2
BIDANG SET INDUKSI
IBADAH LANGKAH 1
(DIRIKU 3
BERSIH) 4
LANGKAH 2
LANGKAH 3
5
6
LANGKAH 4
PENUTUP

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

MURID-MURID AKAN DAPAT:

1) Menyenaraikan alat-alat beristinjak selain
daripada air

2) Menerangkan syarat-syarat beristinjak selain
daripada air

3) Menjelaskan cara-cara beristinjak selain
daripada air.

MUQADDIMAH

SET INDUKSI

Membuat Melihat Membentuk puzzle
simulasi ke tayangan daripada sampul
surat
tandas video

langkah 1

ALAT-ALAT ISTINJAK

LANGKAH 2 : ciri-ciri
berISTINJAK

SYARAT-SYARAT BERISTINJAK

https://www.youtube.com/watch?v=KBHxKJVGoro

LANGKAH 3 :
CARA

BERISTINJAK

https://www.youtube.com/watch?v=jXpTjVnHZJg&t=264s

langkah 4

Aktiviti
Pengukuhan





langkah 4

Penutup
1) Koognitif : Yakin
2) Sosial : Bersyukur

REFLEKSI

Alhamdulillah dengan izin-Nya, dapatlah saya menyiapkan tugasan
PIMK2073R ini dengan sebaiknya dan jayanya. Tugasan ini adalah
merupakan tugasan individu yang mana saya perlu menyediakan tugasan
berbentuk RPH dan BBM berbentuk Scrap Book Digital dan ianya sesuai
untuk diaplikasikan pembelajaran secara atas talian. Setelah saya mendapat
arahan tentang tugasan ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa
aplikasi seperti ini adalah sangat menarik perhatian murid kerana murid
akan lebih fokus di dalam pembelajaran mereka. Selain itu, saya juga
berasa lebih berminat dalam penghasilan pembelajaran berbentuk digital
ini dan seharusnya guru perlu lebih meneroka aplikasi yang terdapat dalam
talian supaya sejajar dengan arus perkembangan teknologi pada masa kini.

REFLEKSI

Walau bagaimana pun, saya juga dapat mempelajari banyak ilmu
ketika penyediaan bahan pembelajaran untuk lebih efektif dan berkesan. Di
samping itu, bahan pembelajaran berbentuk digital ini juga sangat sesuai
dipraktikkan pada masa kini kerana dunia telah digemparkan dengan
penularan Covid-19 dan menyebabkan sesi pembelajaran pada asalnya
dilaksanakan atas talian. Oleh itu, pembelajaran berbentuk digital ini
merupakan salah satu aplikasi yang bagus dan bersesuaian untuk
diterapkan dalam kalangan murid-murid pada masa kini.

Akhir sekali, semoga dengan usaha dan pembelajaran seperti ini
dapat mejadikan saya lebih bermotivasi bagi membantu dalam menjayakan
objektif pembelajaran murid-murid kelak.


Click to View FlipBook Version