The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pastel Modern Abstract Design Element Page Border

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 424-12-khairul, 2022-09-15 09:11:08

Pastel Modern Abstract Design Element Page Border

Pastel Modern Abstract Design Element Page Border

BUKU LOG

MPU3062 - KOKURIKULUM (UNIT BERUNIFORM)

NAMA : KHAIRUL IKRAM BIN ZULKIFLI
KELAS : PJMS 1
NAMA SEKAWAN : SEKAWAN MERAH
NO. KAD PENGENALAN : 021214-05-0365
NO. ANGKA GILIRAN : 2021152340111
NO. KUMPULAN & NEGERI : NO.14, KLM
NAMA PENSYARAH : EN. TAMILCHELVAN A/L MUTUSAMY
TARIKH HANTAR 28 OGOS 2022

BIODATA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
RAJA MELEWAR

NAMA : KHAIRUL IKRAM BIN ZULKIFLI
ANGKA GILIRAN : 2021152340111
NO. KAD PENGENALAN : 021214-05-0365
UNIT : PENDIDIKAN JASMANI (SK)
PROGRAM : PISMP - SEMESTER 3
AMBILAN : JUN 2021
ALAMAT E-MEL : 424-12-
[email protected]
NO. TELEFON : 0199087112

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN PENGAKAP

Fasal 1: Nama dan Alamat
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP.
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah sekolah.

Fasal 2: Tujuan Persatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan
mengurangkan masalah disiplin murid.
iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui
aktiviti yang disediakan.

Fasal 3: Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun
4, 5 dan 6).
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal
tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah
bilangan ahli persatuan.

Fasal 4: Tanggungjawab dan Hak Ahli
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan
mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik
memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN PENGAKAP

Fasal 5: Mesyuarat

i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu
pada awal tahun untuk:
• Memilih ahli Jawatankuasa persatuan
• Kewangan
• Ucapan penangguhan
• Cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)

iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun
dan pada akhir tahun berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang
aktiviti tahunan persatuan.
v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada
jumlah keseluruhan ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan
ahli-ahli jawatankuasa.

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN PENGAKAP

Fasal 6: Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan
i. Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk
memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut
perlembagaan.
ii. Setiausaha Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan,
menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan
segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan,
apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai
nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7: Punca Kewangan / Pendapatan
i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : -
a. Wang SUWA (Kokurikulum).
b. Sumbangan PIBG.
c. Derma daripada ahli dan orang ramai.

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti
persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod
perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8: Pindaan Perlembagaan Persatuan
i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali
dengan keputusan mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat
persetujuan Guru Besar.

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN PENGAKAP

Fasal 9: Tafsiran
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam
perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat
Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah
muktamad.
Fasal 10: Pembubaran
i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru
Besar atau Pentadbir Sekolah.

PENGENALAN

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah
suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para
beliawan dan beliawanis. Ia sebahagian daripada
pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global
iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World
Organization of the Scout Movement.

Satu pertubuhan sukarela, bebas dari politik, dan
terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul bangsa
dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan,
prinsip, dan kaedah kepengakapan (scout method).
Pengakap juga merupakan suatu program/ aktiviti
penuh dengan cabaran dan keseronokan yntuk
melatih golongan muda. Pengakap merupakan satu
pergerakan belia bertaraf antarabangsa dan tertua di
dunia.

WOSM

(World Organization of the Scout Movement)

VISI

Menjelang tahun 2023, Pengakap akan
menjadi pergerakan belia yang

berpendidikan terkemuka di dunia,
membolehkan 100 juta anak muda menjadi

warganegara aktif dengan mewujudkan
perubahan positif dalam komuniti mereka

dan di dunia melalui perkongsian nilai."

MISI

Misi Pengakap adalah menyumbang kepada
pendidikan anak muda, melalui satu sistem
nilai berdasarkan Persetiaan dan Undang-

undang Pengakap, membantu membina
dunia yang lebih baik di mana setiap individu

dapat memenuhi keperluan diri dan
memainkan peranan yang konstruktif dalam

masyarakat

Keutamaan Strategi
WOSM

Penglibatan Muda Remaja

Memberi peluang kepada anak muda untuk
mengembangkan kemahiran dan pengetahuan,
serta berkemampuan untuk mengambil bahagian
secara aktif dalam Pergerakan dan komuniti
mereka.

Kaedah Pendidikan

Penyediaan program untuk belia perlu seiring
dengan kemampuan belia untuk menghadapi
cabaran pada masa akan datang. Program yang
menarik diperlukan untuk melatih dan
mengekalkan ciri kesukarelawanan bagi menjamin
kualiti dalam melaksanakan program.

Kepelbagaian & Inklusif

Pengakap adalah cerminan masyarakat di mana ia
wujud dan menerima semua individu tanpa
diskriminasi. Kepelbagaian ini bukan hanya dapat
dilihat pada keahliannya, tetapi turut meliputi
kaedah dan program yang dilaksanakan dalam
Pergerakan Pengakap.

Keutamaan Strategi
WOSM

Impak Sosial

Ahli Pengakap harus terlibat dalam aktiviti khidmat
masyarakat dan berkongsi pengalaman dengan
orang lain. Melalui kaedah ini, Pengakap
berkhidmat kepada komuniti sekaligus membentuk
ciri kepimpinan yang positif.

Komunikasi & Hubungan luar

Profil Pengakap harus menggambarkan arah tuju
yang jelas serta menerapkan budaya perkongsian
melalui kaedah komunikasi yang berkesan, dan
pelibatan dalam perkongsian pelan strategik selari
dengan pergerakan belia bertaraf dunia.

Takdbir Urus

WOSM harus telus, bertanggungjawab, cekap, dan
jelas dengan strategi yang berfokuskan kepada
pencapaian visi dan misi Pergerakan. Peranan dan
tanggungjawab di setiap peringkat organisasi harus
difahami dengan jelas, serta berfokus kepada
pelanggan.

PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA

(PPM)

Menjelang tahun 2023,

Persekutuan Pengakap Malaysia

akan menjadi pertubuhan

V pendidikan golongan muda

I terunggul, moden, berdikari,
yang akan melatih golongan
S muda negara menjadi

I warganegara aktif yang menjadi

agen perubahan positif kepada

masyarakat melalui nilai-nilai

kepengakapan.

“Misi kepengakapan adalah M
menyumbang kepada pendidikan
generasi muda melalui satu sistem I

nilai yang berdasarkan kepada S
Persetiaan dan Undang-undang I
Pengakap, membantu membina
dunia yang lebih baik, di mana
rakyatnya boleh berdikari sebagai
individu dan memainkan peranan
yang berguna kepada masyarakat”

LOGO PENGAKAP
MALAYSIA

LOGO PENGAKAP
DUNIA

UNDANG-UNDANG
PENGAKAP



PERSETIAAN
PENGAKAP



SEJARAH

PERGERAKAN PENGAKAP

Sejarah Pengakap Dunia telah bermula pada tahun 1907 di
Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula
apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau
berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert
Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang
Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari
medan pertempuran.

Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap
dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk
budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan
pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku "
Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri.

Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan
pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-
negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun
sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada
tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di
seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang
pertama telah diadakan di Olympia, London.

Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia
manakalakerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of
Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara
pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau
mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari
1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum
sempat menyambut ulang tahun ke 84.

ROBERT BADEN-POWELL

BIODATA BADEN
POWELL

Pengasas Pergerakan
Pengakap Dunia, Ketua
Pengakap Sedunia
Potret Baden-Powell yang
dipaparkan telah dihasilkan
oleh David Jagger pada tahun
1929

Lahir : 22 Februari 1857 di Paddington, London
(United Kingdom).
Nama sebenar ROBERT STEPHENSON SMYTH
BADEN-POWELL (B-P).
Ayahnya Reverend HG B.Powell ialah profesor di
University Oxford, England.
B-P mempunyai 7 orang adik-beradik.
Masa kecil, B-P suka melakukan aktiviti di luar
rumah serta alam semulajadi.
B-P mula berkhidmat dalam pasukan tentera
British, berpangkat Leftenan Muda pada 20 Februari
1876.
Pengakap bermula sebagai satu kesedaran awal
semulajadi dari awal zaman kanak-kanak sehingga
kerjaya B-P dalam tentera.

SEJARAH PENGAKAP

Selepas perang Boer, B-

P menjadi Ketua

Pasukan Polis Afrika

Selatan.

Beliau mereka cipta

pakaian seragam (baju,

seluar pendek, skaf,

dan topi bertepi lebar)

yang mempengaruhi

pakaian seragam

Pengakap .

Pada tahun 1899, semasa berkhidmat di Mafeking
(Afrika), B-P menggunakankhidmat budak-budak
sebagai penyampai berita dan pesanan semasa
Mafeking diserang.

Khidmat budak-budak serta kebolehan mereka itu,
meninggalkan kesan yang mendalam kepada B-P.

Apabila pulang ke England pada tahun 1907, B-P
menganjurkan satu perkhemahan percubaan pada 1
hingga 8 Ogos 1907 di Pulau Brownsea yang disertai
oleh 20 budak- budak lelaki daripada pelbagai latar
belakang.

Hasil dan pengalaman daripada perkhemahan itu,
pada tahun 1908, B-P mengarang buku “Scouting for
Boys”.

SEJARAH PENGAKAP

DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di
Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang
peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di
Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal.

Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat
dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah
memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika
itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di
negeri-negeri Melayu dan Borneo.

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas
Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember
1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama
kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai
Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada
tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak
Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan
Malaysia.

STRUKTUR ORGANISASI
PPM

STRUKTUR ORGANISASI
PPM NEGERI

STRUKTUR ORGANISASI
PPM DAERAH

STRUKTUR ORGANISASI
PPM KUMPULAN (PKK)

STRUKTUR ORGANISASI
KLM 14

Penaung Bersama : Dr. Mazlan Bin Aris
Pengarah, IPG Kampus Raja Melewar

Penasihat 1 : Pn. Hjh. Halimah Binti Hj. Che Mat
Timbalan Pengarah, IPG Kampus Raja Melewar

Penasihat 2 : Pn. Azibah Binti Baharom
Penyelaras Unit Beruniform, IPG Kampus Raja Melewar

Ketua Pengerusi Pengakap : Dr. Kamarudin Abu Hassan
Pesuruhjaya Daerah, KLM14, IPG Kampus Raja Melewar

Pen. Pengerusi Pengakap : En. Vishnu A/L Krishnan
Penolong Pesuruhjaya Daerah, KLM14, IPG Kampus Raja
Melewar

STRUKTUR ORGANISASI

JAWATANKUASA KECIL

Pengerusi : Abdul Basir Bin Muhamad
Naib Pengerusi : Puravee A/L Kunasekaran
Setiausaha : Siti Nur Adlina Binti Musa
Pen. Setiausaha : Nur Rodiatul Rusyda Binti
Mohamed Radzuan
Bendahari : Cherishielda Jison
Pen. Bendahari : Muhammad Najwan Bin Shahidan

AKTIVITI
PENGAKAP

LAUNG AGUNG

Tradisi dalam Diamalkan di
Istiadat seluruh dunia

Pengakap Kanak-
Kanak.

Mengingatkan Untuk
Pengakap Kanak- menghormati
Kanak supaya ‘BUAT
tetamu.
HABIS BAIK”

Melahirkan
semangat
setiakawan,perpadu
an serta membina

displin

ISTIADAT
LAUNG AGUNG

IA DILAKUKAN APABIILA :
SETIAP KALI DIADAKAN
PERJUMPAAN
SETIAP KALI
MENAMATKAN
PERJUMPAAN

LAGU-LAGU
PENGAKAP

LAGU RASMI PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA

KAMI PENGAKAP MALAYSIA
HARAPAN NUSA DAN BANGSA
BERIKRAR SETIA PADA
PERTIWI TERCINTA

MELATIH GENERASI MUDA
MENJADI INSAN YANG BERGUNA
PERSETIAAN PENGAKAP
TERAS DIPEGANG BERSAMA

MENOLONG ORANG SETIAP MASA
MENABUR BAKTI DI MANA SAHAJA
DEMI TUHAN, RAJA DAN NEGARA

BERBUDI, BERSAUDARA
TAAT MENURUT PERINTAH
KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA
PENGAKAP MALAYSIA

KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA
PENGAKAP, PENGAKAP MALAYSIA

LAGU-LAGU
PENGAKAP

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

DIPERCAYAI TAAT BERGUNA
BERSAUDARA BERBUDI
KASIHKAN BINATANG
MENURUT PERINTAH
TABAH HATI, BERJIMAT
SUCI FIKIRAN
SUCI PERKATAAN
SUCI PERBUATAN

BERTEMU DAN BERPISAH

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN
ADAT MANUSIA BIASA

HILANG DIMATA TAPI DIHATI TIDAK LUPA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN
SENTOSA
SEMOGA DAPAT KITA BERJUMPA DI LAIN
MASA
SEMOGA DAPAT KITA BERJUMPA DI LAIN
MASA

LAGU-LAGU
PENGAKAP

TANYA SAMA POKOK

TANYA SAMA POKOK
APA SEBAB GOYANG
NANTI JAWAB POKOK
ANGIN YANG GONCANG
APA SEBAB GONCANG
NANTI JAWAB ANGIN
LANGIT NAK HUJAN
TANYA SAMA LANGIT
APA SEBAB HUJAN
NANTI JAWAB LANGIT
TANYA LAH AWAN
AWAN NANTI KATA
AKU KANDUNG AIR
SAMPAI TEMPAT SEJUK
AKU PUN CAIR
TENGOK DALAM AIR
NAMPAK BAYANG-BAYANG
CAMPAK SATU BATU
BAYANG PUN HILANG

LAGU-LAGU
PENGAKAP

DISINI BERKUMPUL

DI SINI DI SINI KITA BERKUMPUL
DI SINI DI SINI KITA BERKUMPUL
SALAM SALAM SALAM SALAM SALAM OII
HERE WE ARE HERE WE ARE A
HERE WE ARE AGAIN
HERE WE ARE HERE WE ARE A
HERE WE ARE AGAIN
HELLO HELLO HELLO HELLO HELLO OII
CAI CELI, CAI CELI, WOH MEH CAI CELI
CAI CELI, CAI CELI, WOH MEH CAI CELI
HUAN SI, HUAN SI, HUAN SI, HUAN SI,
HUAN SI OII
PORENGEH PORENGEH, ENGEH
PORENGEH
PORENGEH PORENGEH, ENGEH
PORENGEH
ANEH ANEH ANEH ANEH ANEH OII

LAGU-LAGU
PENGAKAP

TEPI GUNUNG

TEPI GUNUNG AIR TERJUN
TEMPAT ORANG BERMAIN
TEMPAT TINGGAL TUKANG KEBUN
DAN ANAKNYA MAHANI
SUNGGUH CANTIK RUPA ANI
HIDUNG MANCUNG SELUDANG
BETIS BAGAI BUNTING PADI
TAK JEMU MATA MEMANDANG
TIDUR DALAM MIMPI-MIMPI
ANI DATANG KE RUMAH
TAPI KINI SUDAH PERGI
HATI ANI BERUBAH

DI SINI SENANG DI SANA SENANG

DI SINI SENANG DI SANA SENANG
DI MANA-MANA HATIKU SENANG
DI SINI SENANG DI SANA SENANG
DI MANA-MANA HATIKU SENANG
LAI LAI LAI LAI LAI LAI

SIMPULAN DAN
IKATAN

Salah satu identiti ahli Pengakap ialah kemahiran
menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan.

Kemahiran ini menjadi ukuran dan penilaian dalam ujian
mendapatkan lencana Pengakap.

Berikut ditunjukkan beberapa simpulan dan ikatan biasa
yang digunakan dan perlu dipelajari oleh
setiap ahli Pengakap

1.BUKU SILA ✓ Menyambungkan dua tali yang
sama besar.
✓ Mengikat bungkusan
✓ Mengikat atau mematikan

✓ anduh.
Dikenali juga sebagai ‘left over
right and right over left

2. BUNGA GETI

✓ Menyambung dua tali yang
✓ tidak sama besar.

Menyambungkan penjuru
kain dengan tali seperti
mengikat bendera dengan

tali.

SIMPULAN DAN
IKATAN

3. SIMPULAN SENTAK

✓ Mengikat tali sampan ke tiang
✓ jeti.

Tidak sesuai digunakan di leher
haiwan kerana mudah terjerut.

4. TINDIH KASIH

✓ Untuk membuat ikatan yang
✓ pantas.

Menyelamatkan orang di
dalam kecemasan (menaikkan

✓ atau menurunkan orang).
Mengikat atau menarik kayu

5. SIMPUL MANUK

✓ Mengikat benda yang licin
seperti kayu, hujung,

✓pancang khemah dan botol.
Mudah diikat /
disimpulkan dan mudah
ditanggalkan / dibuka

SIMPULAN DAN
IKATAN

6. LILIT DUA SIMPUL

✓ Mudah untuk mengikat tali pada
pancang khemah.

7. IKATAN SERAYA

✓ Untuk menyambung 2 batang
✓kayu yang bersilang secara 90'

mulakan dan tamatkan
dengan simpulan manok
kemudian lilitkan dengan ketat.

8. IKATAN SERONG

✓ Untuk menyambungkan 2

batang kayu yang bersilang

✓ secara selari.
mulakan dan tamatkan
dengan simpulan manok
kemudian lilitkan dengan

ketat.


Click to View FlipBook Version