The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN 5
1) HAZIQAH HAMIMAH BINTI ZULKARNAIN
2) NURJANNATUL IRDINA BINTI AZHURI
3) MASNIZA AYUNI NADIRA BINTI MAHARAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 998-16-haziqah, 2023-03-25 11:06:27

MORFOLOGI TUGASAN 2

KUMPULAN 5
1) HAZIQAH HAMIMAH BINTI ZULKARNAIN
2) NURJANNATUL IRDINA BINTI AZHURI
3) MASNIZA AYUNI NADIRA BINTI MAHARAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB3203-MORFOLOGI BAHASA MELAYU TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK


MASNIZA AYUNI NADIRA BINTI MAHARAM NURJANNATUL IRDINA BINTI AZHURI HAZIQAH HAMIMAH BINTI ZULKARNAIN KUMPULAN 5


PENILAIAN ISU PEMBENTUKAN KATA BAHARU


ISU: Menurut Abdullah (1987), pembentukan kata baharu ini menjadi asing kerana timbulnya kekacauan iaitu suatu norma yang agak seragam, atau suatu dialek bahasa yang digunakan oleh sesuatu golongan penutur untuk perhubungan dan sebagainya. Menurut beliau lagi, bahasa inggeris telah dikenal pasti sebagai pengaruh pertama yang merosakkan bahasa kebangsaan sehingga menyebabkan penggunaan bahasa melayu itu sendiri adalah 'pembentukan kata baharu.'


PENILAIAN ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA


ISU: Kesalahan penggunaan kata ini wujud kerana sikap sesetengah masyarakat yang mengambil remeh terhadap bahasa tutur dan komunikasi yang digunakan setiap hari. Isu penggunaan kesalahan kata ini bukan sahaja melalui percakapan, akan tetapi juga wujud melalui penggunaan papan tanda, media sosial, media bercetak, dan sebagainya.


KESALAHAN BAHASA PADA PAPAN TANDA


Analisis Pembentukan Kata Baru : Keterangan: Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Contohnya seperti kaunter pembayaran. Tetapi, masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'cashier' untuk digunakan di dalam ayat. Isu kesalahan penggunaan kata : Keterangan: 'Cashier' yang sepatutnya digunakan sebagai kaunter pembayaran.


Analisis Pembentukan Kata Baru : Keterangan: Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Contohnya seperti telefon bimbit. Tetapi, masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'handphone' untuk digunakan di dalam ayat. Isu kesalahan penggunaan kata : Keterangan: 'Handphone' sepatutnya digunakan sebagai telefon bimbit.


Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Perkataan 'pump' telah diserap ke dalam bahasa melayu dengan ejaan baharu 'pam' Papan tanda ini masih mengeja dengan ejaan bahasa inggeris bagi pam dengan 'pump'. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'pump' sepatutnya dieja dengan pam.


PENILAIAN KESELURUHAN KESALAHAN BAHASA PADA PAPAN TANDA Kesalahan bahasa ini didapati daripada papan tanda dan juga iklan yang digunakan dalam kalangan masyarakat dalam kehidupan seharian. Ia adalah aspek pembentukan kata baharu daripada bahasa inggeris . Antara isu kesalahan seperti perkataan 'cashier' dan 'handphone' dimana ia banyak digunakan dalam komunikasi harian masyarakat tanpa mereka sedar bahawa itu adalah sejenis kesalahan dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah kaunter pembayaran bagi 'cashier' dan telefon bimbit bagi 'handphone'. Pembentukan kata baharu disini ialah kaunter pembayaran dan telefon bimbit. Isu kesalahan yang lain ialah berlaku kesalahan ejaan pada perkataan yang telah diserap daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa melayu. Contohnya, perkataan 'pump' yang telah diserap ke dalam bahasa melayu namun, masyarakat masih mengejanya dengan 'pump'. Perkataan yang betul ialah 'pam' dimana pam ialah pembentukan kata baharu dalam bahasa melayu hasil serapan daripada kata pinjaman bahasa inggeris.


KESALAHAN BAHASA MELALUI MEDIA CETAK


Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Contohnya seperti atas talian. Tetapi, masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'online' untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : Keterangan: 'Online' yang sepatutnya digunakan sebagai 'atas talian'.


Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Contohnya seperti tempat. Tetapi, masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'port' yang diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : Keterangan: 'Port' yang sepatutnya digunakan sebagai 'tempat'.


Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Terdapat dua pembentukan kata baharu seperti pesanan, pesan ke hadapan Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'forward' dan 'message' untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'forward' yang sepatutnya digunakan sebagai sebar ke hadapan 'message' yang sepatutnya digunakan 'pesanan'


PENILAIAN KESELURUHAN KESALAHAN BAHASA PADA PAPAN TANDA Kesalahan bahasa ini didapati daripada media cetak iaitu keratan akhbar dan majalah yang digunakan dalam kalangan masyarakat dalam kehidupan seharian. Ia adalah aspek pembentukan kata baharu daripada bahasa inggeris . Antara isu kesalahan seperti perkataan 'online' , 'message' , 'forward' dan 'port' dimana ia banyak digunakan dalam komunikasi harian masyarakat tanpa mereka sedar bahawa itu adalah sejenis kesalahan dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah atas talian bagi 'online' dan tempat bagi 'port'. Selain itu, 'forward' sepatutnya digunakan sebagai sebar ke hadapan. Pembentukan kata baharu disini ialah atas talian, tempat dan sebar ke hadapan. Isu kesalahan yang lain ialah berlaku kesalahan ejaan pada perkataan yang telah diserap daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa melayu. Contohnya, perkataan 'message' yang telah diserap ke dalam Bahasa Melayu namun, masyarakat masih mengejanya dengan 'message'. Perkataan yang betul ialah 'mesej' dimana mesej ialah pembentukan kata baharu dalam bahasa melayu hasil serapan daripada kata pinjaman Bahasa Inggeris.


KESALAHAN BAHASA MELALUI MEDIA SOSIAL


Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Pembentukan kata baharu seperti 'mesin pencetak'. Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'printer' untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'printer' sepatutnya ialah mesin pencetak.


Analisis pembentukan kata baharu: Proses pembentukan kata baharu ini, adalah melalui pinjaman bahasa inggeris dan ada juga, pinjaman penggunaannya sahaja yang dinormalisasikan dalam masyarakat. Contohnya, pembentukan kata baharu seperti 'tular', 'papan tanda', dan 'hubungi'. Namun begitu, dalam contoh yang disertakan ini, pengguna menunjukkan beberapa: Kesalahan penggunaan kata dari sudut morfologi iaitu: 'viral' sepatutnya ialah tular. 'signboard' sepatutnya ialah 'papan tanda' 'call' sepatutnya ialah 'hubungi.'


Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Terdapat tiga pembentukan kata baharu seperti selesaikan, kehidupan dan sibuk Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'settle' , 'life' dan 'busy' untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'settle' sepatutnya ialah selesaikan. 'life' sepatutnya ialah 'kehidupan'. 'busy' sepatutnya ialah 'sibuk'.


Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ini ialah daripada pinjaman bahasa parsi. Pembentukan kata baharu seperti 'bazar'. Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'bazaar' untuk digunakan di dalam ayat. Penggunaan ini masih digunakan dalam aplikasi maps dan sebagainya. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'bazaar' sepatutnya ialah bazar.


Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ini ialah daripada pinjaman bahasa inggeris. Pembentukan kata baharu seperti 'mi'. Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'mee' untuk digunakan di dalam ayat. Penggunaan ini masih digunakan dalam aplikasi 'facebook' dan sebagainya. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'mee' sepatutnya ialah mi.


PENILAIAN KESELURUHAN KESALAHAN BAHASA MELALUI MEDIA SOSIAL Kesalahan bahasa ini didapati daripada media sosial seperti 'tiktok' , 'whatsapp' , 'twitter' , 'maps' , 'facebook' dan sebagainya yang digunakan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Ia adalah aspek pembentukan kata baharu daripada bahasa inggeris dan bahasa parsi. Antara isu kesalahan seperti perkataan 'viral' , 'printer' , 'signboard' , 'call' , 'settle' , 'life' , 'busy' dan 'mee.' Ia banyak digunakan dalam komunikasi harian masyarakat tanpa mereka sedar bahawa itu adalah sejenis kesalahan dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah 'tular' , 'mesin pencetak' , 'papan tanda' , 'hubungi' , 'selesai' , 'hidupan' , 'sibuk' dan 'mi.' . Namun begitu, penggunaan kata yang betul ini menjadi suatu pembentukan kata baharu dalam masyarakat kini. Isu kesalahan yang lain ialah berlaku kesalahan ejaan pada perkataan yang telah diserap daripada bahasa parsi ke dalam bahasa melayu. Contohnya, perkataan 'bazaar' yang telah diserap ke dalam bahasa melayu namun, masyarakat masih mengejanya dengan 'bazaar'. Perkataan yang betul ialah 'bazar' yang merupakan pembentukan kata baharu dalam bahasa melayu hasil serapan daripada kata pinjaman bahasa parsi.


KESIMPULAN Isu ini perlulah dititik beratkan dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat melayu itu sendiri. Hal ini demikian kerana, ia ibarat permata orang melayu. Jika hilangnya permata, maka tidak teserlahlah keindahan Bahasa Melayu iaitu Bahasa kebangsaan kerana terlalu banyak serapan atau pinjaman daripada bahasa asing.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version