The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 830-11-sahabudeen, 2024-03-08 07:33:35

STRATIFIKASI SOSIAL DALAM PENDIDIKAN

2021202340390

STRATIFIKASI SOSIAL DALAM PENDIDIKAN PENULIS: Sahabudeen Ibrahim


Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Budaya sekolah 2.1 Definisi 2.2 Konsep 3.0 Stratifikasi Sosial 3.1 Definisi 3.2 Konsep 4.0 Impak stratifikasi sosial kepada budaya sekolah 5.0 Bagaimana impak stratifikasi sosial terhadap budaya sekolah dapat dimanipulasi untuk membentuk budaya positif di sekolah


Penghargaan Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan Sosiologi dalam pendidikan kod kursus EDUP3143 ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, Dr. Rosninah binti Ghani kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.


1.0 Pengenalan Persekitaran sekolah yang pelbagai etnik merupakan lingkungan yang kaya dengan kepelbagaian. Lingkungan seperti ini menawarkan banyak peluang bagi guru untuk mempelajari, merasai, dan merayakan kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah persekitaran. Peluang ini membolehkan guru memahami lebih banyak perkara tentang budaya seterusnya membangunkan ikatan sosial yang kuat antara satu sama lain. Perkara ini amat berkait rapat dengan ganjaran yang berbeza untuk kedudukan sosial atau status yang berlainan dalam kumpulan atau masyarakat iaitu juga dipanggil sebagai ketaksamaan sosial. Ketaksamaan sosial secara umumnya ditafsirkan sebagai kedudukan manusia dalam struktur sosial yang tidak memberikan ganjaran ataupun keistimewaan sosial yang sama rata kepada semua dan ianya wujud hasil daripada peranan, Tindakan sosial dan kedudukan dalam sesebuah masyarakat. Situasi ini seterusnya akan mempengaruhi idea,kepercayaan dan nilai-nilai yang dipegang bersama oleh anggota sesebuah masyarakat.


Budaya Sekolah 2.1 Definisi Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi sekelompok manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah. Budaya secara ringkasnya merujuk kepada cirri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Tylor (1871) menyatakan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling kita. Menurut T.Marimuthu (1990;96) budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain. Ringkasnya, sekolah mempunyai suatu budaya yang tersendiri yang sememangnya berbeza daripada budaya institusi yang lain. Ini kerana sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang wujud dengan adanya para guru dan pelajar. Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai, menyumbang dan menimba ilmu pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu budaya. Dalam erti kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada interaksi di antara guru dan pelajar.


Ringkasnya, sekolah mempunyai suatu budaya yang tersendiri yang sememangnya berbeza daripada budaya institusi yang lain. Ini kerana sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang wujud dengan adanya para guru dan pelajar. Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai, menyumbang dan menimba ilmu pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu budaya. Dalam erti kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada interaksi di antara guru dan pelajar.


Konsep Budaya sekolah merangkumi norma, peraturan serta idea. Kesemuanya diterima dan dipraktikkan di sebuah sekolah. Budaya sekolah turut merangkumi peraturan yang tidak tertulis serta juga sebuah tradisi, norma dan ekspektasi dalam sesebuah sekolah. Budaya sekolah juga boleh ditakrifkan sebagai cara hidup di sekolah yang sebenarnya dihasilkan oleh pelajar dan sebahagiannya oleh guru. Bukan sahaja guru dan pelajar, malah juga boleh melibatkan hubungan antara guru dan pentadbiran serta sistem pentadbiran dengan perilaku murid di sekolah. Terdapat dua jenis budaya iaitu budaya formal dan budaya informal. Budaya formal ini mementingkan pencapaian akademik dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut. Manakala budaya informal sekolah pula ialah apa sahaja selain untuk mencapai kepentingan budaya formal sekolah seperti budaya bertutur, berpakaian, berbahasa dan lain-lain.


Stratifikasi Sosial 3.1 Definisi Menurut dewan Bahasa dan Pustaka, stratifikasi sosial membawa maksud pembahagian masyarakat kpd beberapa lapisan atau kelas yg berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kpd atau pembentukan strata. Secara ringkasnya, boleh dikatakan bahawa stratifikasi sosial merupakan penggolongan masyarakat dalam kelas yang dapat disusun secara bertingkat. Contohnya, dalam kehidupan masyarakat yang beragama, wujud perbezaan antara satu individu dengan individu yang lain atau dengan kelompok lain dan perkara tersebut adalah wajar untuk berlaku. Agama dalam masyarakat adalah sebuah fenomena sosial yang sifatnya yang bersifat umum dan pelbagai mengikut perbezaan pendapat individu. Perbezaan antara anggota masyarakat dalam ilmu sosiologi dikenal sebagai stratifikasi sosial dan stratifikasi inilah yang akhirnya mewujudkan jurang antara setiap individu dan kelompok yang memiliki sesuatu perbezaan.


Konsep Stratifikasi sosial adalah proses di mana masyarakat dibagi menjadi lapisan-lapisan atau kelompok-kelompok hierarki berdasarkan berbagai faktor seperti kekayaan, kekuasaan, status dan pendidikan. Dalam sistem stratifikasi sosial, individu ditempatkan dalam posisi berbeza dalam hierarki sosial, yang memengaruhi akses mereka terhadap sumber kekuasaan, dan kesempatan. Stratifikasi sosial menciptakan ketaksamaan dalam masyarakat, di mana kelompok tertentu memiliki akses yang lebih besar terhadap kekayaan, pendidikan, pekerjaan yang berpuak dan kekuasaan politik daripada yang lain. Ini dapat memengaruhi pebbagai aspek kehidupan individu, termasuk kesihatan, pendidikan, kesempatan kerja, dan kualiti hidup secara keseluruhan. Sistem stratifikasi sosial dapat bervariasi daripada satu masyarakat dengan masyarakat yang lain bergantung kepada faktor seperti nilai budaya, struktur ekonomi, dan kebijaksanaan politik. Namun, secara umumnya, sistem stratifikasi sosial menciptakan ketaksamaan yang menciptakan pembahagian antara kelompok-kelompok dengan tahap akses yang berbeza terhadap sumber daya dan kesempatan


4.0 Impak stratifikasi sosial kepada budaya sekolah Stratifikasi sosial dapat memiliki impak yang signifikan pada budaya sekolah, yang mencakup norma, nilai, dan praktikal yang ada dalam lingkungan pendidikan. Ini merangkumi aspek budaya, ekonomidan sosial di sekolah. Namun dalam isu ini, penting untuk diingat bahwa budaya sekolah tidak statik dan dapat berubah seiring waktu, bergantung pada interaksi antara berbagai faktor, termasuk stratifikasi sosial. Keupayaan untuk mengurangkan ketimpangan sosial dan meningkatkan inklusi di sekolah dapat membantu menciptakan budaya sekolah yang lebih inklusif, adil, dan mendukung bagi semua individu. Walaubagaimanapun, ianya tepat memberi impak yang merubah keadaan atau persekitaran sesebuah sekolah. 4.1 Sosial Apabila dipandang dari sudut sosial di sekolah, murid daripada keluarga yang berkemampuan lebih cenderung mendapat akses kepada pendidikan seperti kelas tusyen dan sebagainya berbanding keluarga yang kurang berkemampuan. Ini menjadikan perbezaan kedudukan di dalam kelas Dimana pelajar yang pandai akan berada di kelas hadapan manakala pelajar yang lemah akan berada di kelas belakang. Ini menjadikan wujudnya jurang antara dua golongan daripada kelauarga yang berbeza seterusnya menyebabkan murid kurang bersosial antara satu sama lain


4.2 Ekonomi Setiap sekolah memiliki persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Tujuannya adalah bagi merapatkan lagi hubungan antara guru, ibu bapa serta masyarakat. Menurut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan dengan tujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru. Apabila wujudnya persatuan ini, pasti adanya kutipan dana serta sumbangan dana daripada ibu bapa. Dalam situasi ini, murid cenderung untuk mendapatkan layanan yang lebih Istimewa jika ibu bapa mereka memberikan sumbangan yang banyak kepada sekolah. Ini menjadikan layanan guru terhadap kesemua pelajar berbeza iaitu juga mempengaruhi sumbangan yang ibu bapa mereka berikan kepada pihak sekolah 4.3 Budaya Sekolah SK kebanyakkan kurang menerima murid berbangsa lain seperti cina dan juga india. Bangsa lain lebih kerap memasuki sekolah mengikut bangsa sendiri seperti murid berbangsa India di SJKT dan murid berbangsa Cina di SJKC. Apabila ini berlaku, bangsa yang menjadi minoriti di sesebuah sekolah itu akan lebih tersisih akibat budaya dan adat berbeza yang dibawa mengikut bangsa masing-masing. Contohnya, Murid berbangsa India akan disisih atau diejek kerana gaya pemakanan mengikut agama atau budaya mereka iaitu tidak memakan daging serta memakan sayuran sahaja pada hari-hari tertentu.


5.0 Bagaimana impak stratifikasi sosial terhadap budaya sekolah dapat dimanipulasi untuk membentuk budaya positif di sekolah 5.1 Sosial Penetapan kelas di dalam sesebuah sekolah adalah atas faktor kebaikan dan bukan kerana mewujudkan jurang atau perkara-perkara negatif. Ianya adalah bai memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kemampuan setiap murid. Jadi, perbezaan kelas tidak seharusnya dianggap sebuah jurang anatar peluang pendidikan, namun ianya lebih sesuai dijadikan sebuah persaingan yang sengit dalam pendidikan demi mencapai satu matlamat yang sama iaitu kecemerlangan dalam akademik. Ini dapat mewujudkan sebuha budaya yang lebih positif dan seterusnya membawa kepada kesan yang baik kepada guru dan murid. 5.2 Ekonomi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) seharusnya menjadi sebuah persatuan yang bergiat aktif dalam menggerakkan aktiviti serta program kearah kemajuan tahap murid di sekolah. Jadi, dana dan sumber kewangan menjadi salah sebuah faktor penting dalam menggerakkan sesebuah aktiviti atau program di sekolah. Sumbangan yang diberikan oleh ibu bapa akan menambahkan lagi program serta aktiviti yang berupaya mengembangkan potensi serta Kemahiran yang ada pada diri setiap murid. Manfaat kepada sumbangan-sumbangan besar oleh ibu bpaa bukan hanya diperoleh oleh murid kepada ibu bapa


tersebut sahaja, malah dikongsi dengan semua warga sekolah. Jadi, ianya merupakan sebuah usaha yang baik dan mendatangkan hasil yang positif kepada semua warga sekolah khusunya murid-murid. 5.3. Budaya Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam sebuah artikel, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai dan signifikan untuk menyemai semangat perpaduan murid dan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Disebalik perbezaan kaum dan kesannya kepada murid, wujud sebuah peluang yang besar dalam menyemai semangat perpaduan dengan adanya murid berbilang kaum. Aktiviti-aktiviti yang menjurus kearah memperkenalkan kaum yang pelbagai dapat digiatkan lagi supaya semua murid memiliki pengetahuan yang tinggi berkaitan kaum yang ada di Malaysia. Ini seterusnya akan mewujudkan sebuah generasi yang memiliki semangat perpaduan antara kaum yang pelbagai di Malaysia.


6.0 Penutup Persekitaran serta budaya sekolah yang pelbagai etnik merupakan lingkungan yang kaya dengan kepelbagaian. Lingkungan seperti ini menawarkan banyak peluang bagi guru untuk mempelajari, merasai, dan merayakan kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah persekitaran. Peluang ini membolehkan guru memahami lebih banyak perkara tentang budaya seterusnya membangunkan ikatan sosial yang kuat antara satu sama lain. Perkara ini amat berkait rapat dengan ganjaran yang berbeza untuk kedudukan sosial atau status yang berlainan dalam kumpulan atau masyarakat iaitu juga dipanggil sebagai ketaksamaan sosial. Ketaksamaan sosial secara umumnya ditafsirkan sebagai kedudukan manusia dalam struktur sosial yang tidak memberikan ganjaran ataupun keistimewaan sosial yang sama rata kepada semua dan ianya wujud hasil daripada peranan, Tindakan sosial dan kedudukan dalam sesebuah masyarakat. Situasi ini seterusnya akan mempengaruhi idea,kepercayaan dan nilai-nilai yang dipegang bersama oleh anggota sesebuah masyarakat.


7.0 Rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Stratifikasi Sosial. Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=stratifikasi Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Budaya Sekolah. Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=budaya Khuzainey. (2017). Pengelasan Sosial. ResearchGate | Find and share research. https://www.researchgate.net/publication/345038522_478 7134-pengelasan-sosial MASTURA SURADI dan KHAIRUL MOHD. ALI. (2021, April 19). Jangan mulakan perpecahan kaum Di sekolah. Utusan Malaysia.https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/jan gan-mulakan-perpecahan-kaum-disekolah/#google_vignette Peranan PIBG Persatuan Ibu Bapa Dan guru Di Sekolah. (2022, August 14). iRujukan.my. https://www.irujukan.my/pibg-persatuan-ibu-bapa-danguru/#google_vignette


Click to View FlipBook Version