KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANDINGAN
KARNIVAL BAHASA TAMIL
2018
PANDUAN DAN SYARAT
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
1
PERATURAN AM
PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA TAMIL
1.0 HAKIM
1.1 Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
1.2 Keputusan para hakim adalah muktamad.
2.0 PAKAIAN PESERTA
2.1 Peserta dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang tidak
menunjukkan identiti sekolah.
2.2 Peserta dikehendaki memakai tali leher.
2.3 Peserta digalakkan memakai blazer.
PERTANDINGAN BERCERITA SJKT (TAHAP 1)
1.0 NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Bercerita SJKT (Tahap 1)
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran bercerita.
2.2 Menggalakkan berfikir secara kreatif.
2.3 Mengukuhkan pembacaan dan penghayatan karya kreatif.
2.4 Meningkatkan keyakinan diri.
3.0 KELAYAKAN / SYARAT
3.1 Murid Tahap 1 (Tahun 1 - 3) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak
mengambil bahagian.
3.2 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran atau nilai murni.
3.3 Setiap peserta diberi masa 5 minit.
3.4 Peserta tidak dibenarkan membaca teks cerita.
3.5 Props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
3.6 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik,
peribadi dan sebagainya.
4.0 BILANGAN PESERTA
4.1 Johan di peringkat Daerah layak ke Peringkat Negeri.
5.0 TAJUK
5.1 Unsur pengajaran atau nilai murni.
6.0 HAD MASA
6.1 Setiap peserta diberi masa bercerita 5 minit.
6.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 4.
6.4 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya
masa pertandingan.
3
7.0 CARA PENGHAKIMAN
7.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut :
Persembahan : 30 markah
Kelancaran : 10 markah
Sebutan : 10 markah
Jumlah : 50 markah
7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya
akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria
seperti di bawah.
I. Persembahan
II. Kelancaran
III. Sebutan
8.0 PENYERTAAN
8.1 Semua borang penyertaan dan teks cerita hendaklah dihantar kepada
Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri.
9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Negeri.
4
PERTANDINGAN MELAFAZ THIRUKKURAL SJKT (TAHAP 1)
1.0 NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Melafaz Thirukkural SJKT (Tahap 1).
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memupuk penghayatan nilai-nilai murni dalam Thirukkural.
2.2 Menggalakkan murid mengaplikasi nasihat dan pengajaran daripada
Thirukkural.
2.3 Meningkatkan keyakinan diri murid.
3.0 KELAYAKAN / SYARAT
3.1 Murid Tahap 1 (Tahun 1 - 3) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak
mengambil bahagian.
3.2 Murid-murid dikehendaki menghafal Thirukkural yang terkandung dalam
DSKP Bahasa Tamil (Tahun 1 - 6) sebanyak 30.
3.3 5 Thirukkural akan dipilih secara undian oleh peserta.
3.4 Peserta dikehendaki melafazkan 5 Thirukkural yang dipilih berdasarkan
kepada perkataan awal atau akhir yang disebut oleh hakim.
3.5 Setiap peserta dikehendaki memberi maksud bagi 3 Thirukkural daripada
5 yang dilafazkan. Tiga Thirukkural ini akan dipilih oleh hakim.
4.0 BILANGAN PESERTA
4.1 Johan di peringkat Daerah layak ke Peringkat Negeri.
5.0 CARA PENGHAKIMAN
5.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut :
Penghafalan : 15 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 5 markah
Kelancaran : 5 markah
Maksud Thirukkural : 15 markah
Jumlah : 50 markah
5
5.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya
akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria
seperti di bawah.
I. Penghafalan
II. Maksud
III. Sebutan
6.0 HAL- HAL LAIN
6.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Negeri.
6
PERTANDINGAN MENGARANG ESEI SJKT (TAHAP 2)
1.0 NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Mengarang Esei SJKT (Tahap 2).
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan.
2.2 Berkeupayaan menghasilkan hasil tulisan yang kreatif dan kritis.
3.0 KELAYAKAN / SYARAT
3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4 - 6) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak
mengambil bahagian.
3.2 Peserta diminta memilih 1 tajuk daripada 3 tajuk esei berfakta yang
diberikan pada hari pertandingan.
3.3 Kertas tulis akan dibekalkan oleh penganjur. Alat tulis harus dibawa
oleh peserta sendiri.
3.4 Jumlah perkataan tidak kurang daripada 150 patah perkataan.
3.5 Masa yang diperuntukkan 45 minit sahaja.
3.6 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik,
peribadi dan sebagainya.
4.0 BILANGAN PESERTA
4.1 Johan di peringkat Daerah layak ke Peringkat Negeri.
5.0 CARA PENGHAKIMAN
5.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan rubrik yang disediakan pihak
penganjur.
5.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya
akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria
seperti di bawah:
I. Ejaan
II. Persembahan
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Negeri.
7
PERTANDINGAN SYARAHAN SJKT (TAHAP 2)
1.0 NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Syarahan SJKT (Tahap 2).
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran berhujah dalam kalangan murid.
2.2 Menggalakkan pembacaan pelbagai sumber.
2.3 Mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif.
2.4 Membantu meningkatkan keyakinan serta potensi diri murid.
3.0 KELAYAKAN / SYARAT
3.1 Murid tahap 2 (Tahun 4 - 6) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak
mengambil bahagian.
3.2 Syarahan mesti berdasarkan tema yang ditetapkan.
3.3 Setiap peserta diberi masa 5 minit.
3.4 Tidak mengandungi isu-isu sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi
seseorang dan sebagainya.
4.0 BILANGAN PESERTA
4.1 Johan di peringkat Daerah layak ke Peringkat Negeri.
5.0 TAJUK
5.1 Syarahan mesti berdasarkan tema-tema berikut :
I. Pendeta
II. Bahasa
III. Perayaan kebudayaan India
6.0 HAD MASA
6.1 Setiap peserta diberi masa 5 minit.
6.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 4.
6.3 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya
masa pertandingan.
8
7.0 CARA PENGHAKIMAN
7.1 Setiap peserta akan dinlai berdasarkan kriteria berikut :
Isi : 20 markah
Persembahan : 20 markah
Sebutan : 10 markah
Jumlah : 50 markah
7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya
akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria
seperti dibawah.
I. Persembahan
II. Isi
III. Sebutan
8.0 PENYERTAAN
8.1 Semua borang penyertaan dan teks syarahan hendaklah dihantar kepada
Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri.
9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Negeri.
9
PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK SJKT (TAHAP 2)
1.0 NAMA PERTANDINGAN
1.0 Pertandingan Mendeklamasi Sajak SJKT (Tahap 2).
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran mendeklamasi sajak
2.2 Menghayati unsur-unsur sastera Tamil.
2.4 Meningkatkan keyakinan serta potensi diri.
3.0 KELAYAKAN / SYARAT
3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4 - 6) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak
mengambil bahagian.
3.3 Hanya sajak bentuk tradisional (Marabu Kavithai) sahaja dibenarkan.
3.4 Salinan sajak yang dipilih perlu dilampirkan bersama borang pendaftaran.
3.5 Peserta dilarang menyanyikan sajak yang dipilih.
3.6 Peserta dilarang mendeklamasi sambil melihat teks sajak.
3.7 Tidak mengandungi isu-isu sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi
seseorang dan sebagainya.
4.0 BILANGAN PESERTA
4.1 Johan di peringkat Daerah layak ke Peringkat Negeri..
5.0 TAJUK
5.1 Peserta boleh memilih tema sajak seperti dibawah:
I. Bahasa
II. Kebudayaan
III. Pendidikan
IV. Nilai murni
V. Patriotik
6.0 HAD MASA
6.1 Setiap peserta diberi masa 3 minit.
6.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 2.
6.3 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya
masa pertandingan.
10
7.0 CARA PENGHAKIMAN
7.1 Setiap peserta akan dinlai berdasarkan kriteria berikut:
Intonasi : 10 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 10 markah
Kelancaran : 10 markah
Persembahan : 10 markah
Jumlah : 50 markah
7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya
akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria
seperti dibawah.
i. Intonasi
ii. Gaya
8.0 PENYERTAAN
8.1 Semua borang penyertaan dan teks sajak hendaklah dihantar kepada
Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri.
9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Segala pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Negeri