SINOPSIS
a) Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.
b) Dalam bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan kepada watak utama, iaitu Adnan. Adnan digambarkan sebagai seorang anak
muda yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan dalam dirinya . Dia memiliki sifat keberanian yang jarang-jarang terdapat pada orang yang
seusia dengannya.
c) Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam
serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampung telah memberi kesedaran kepada ayah Adnan, iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib
bangsanya. Mereka tidak harus kekal menjadi petani yang miskin. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberi didikan yang
sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa, dan negara.
d) Dalam bahagian perumitan, Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya
belajar di sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad . Hal ini mengundang rasa
kurang senang penduduk Kampung Sungai Ramal . Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-
cita tersebut. Namun, Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya .
e) Dalam bahagian klimaks, berlaku pertempuran sengit antara tentera British yang dibantu oleh askar Melayu menentang tentera Jepun.
Kejatuhan negeri-negeri di Tanah Melayu ke tangan Jepun menyebabkan British terpaksa mempertahankan Singapura sebagai kubu
terakhir mereka. Leftenan Adnan merupakan pegawai tentera yang diamanahkan untuk mempertahankan kubu di Pasir Panjang dan Bukit
Candu. Berlaku beberapa siri pertempuran yang hebat antara askar Melayu dengan tentera Jepun. Pertahanan askar Melayu di Bukit
Candu semakin meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera Jepun. Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada
anak-anak buahnya.
f) Peleraian cerita apabila Jepun berjaya menawan Bukit Candu dalam satu pertempuran. Semua anggota askar Melayu terkorban kecuali
Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob. Leftenan Adnan berjaya ditangkap. Leftenan Renya Mutaguchi melepaskan perasaan marahnya
terhadap Leftenan Adnan. Tentera Jepun mengikat Leftenan Adnan yang cedera dan menggantungnya pada pokok ceri. Leftenan Renya
Mutaguchi mengambil bayonet lalu menikam perut Leftenan Adnan. Seorang demi seorang tentera Jepun mengambil giliran menikam
tubuh Leftenan Adnan. Jeneral A.E. Percival akur akan kekalahan tenteranya kepada pihak Jepun.
TEMA
(a) Tema ialah sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuatu penceritaan.
(b) Tema dianggap sebagai perkara utama atau idea pokok yang menjadi
keutamaan kepada persoalan-persoalan lain yang terdapat dalam mana-mana
cerita.
(c) Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa memaparkan tema keberanian dan
keperwiraan seorang anak muda yang bernama Adnan bin Saidi dalam usaha
mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh orang asing.
(d) Adnan sanggup berjuang bermati-matian sehingga titisan darah yang
terakhir untuk mempertahankan bumi tercinta ini daripada ditakluki oleh
tentera Jepun. Keberanian yang tiada tolok bandingnya itu mendapat
penghormatnya dan pujian banyak pihak.
PERSOALAN
1.Pengorbanan dalam menempuh kehidupan.
Pak Saidi dan Mak Milah merelakan Adnan menjadi askar sebagai menghormati cita-cita Adnan
sejak kecil.
Adnan terpaksa menghantar anak dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar ura-ura
Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura. Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan
berjauhan daripada suaminya.
Pak Saidi mendapat berita yang mengejutkan, iaitu anaknya Ahmad telah meninggal dunia.
Ahmad terkorban di medan perang setelah kapal yang dinaikinya tenggelam diserang oleh
tentera jepun.
2. Kebijaksanaan menggunakan taktik dalam peperangan.
Pesawat pengintip gagal mengesan kedudukan kapal-kapal Jepun kerana cuaca
yang buruk. Peluang ini diambil oleh Jeneral Tomoyuki dengan mengarahkan tenteranya ,
bertukar arah laluan, iaitu belayar ke utara menuju Teluk Siam.
Tentera Jepun bijak mengatur strategi peperangan apabila mengarahkan
konvoinya berpecah kepada tiga pasukan untuk mengelirukan pihak musuh.
Serangan darat tentera Jepun sukar dihalang kerana strategi pegawainya yang
berkemahiran tinggi dalam peperangan. Jeneral Yamashita mengarahkan kapal
terbang Jepun menyerang Lapangan Terbang Kuantan secara mengejut. Akibatnya,
banyak kemalangan dan kerosakan peralatan penerbangan dialami oleh tentera British.
Kebijaksanaan Leftenan Adnan menghidu penyamaran askar Jepun yang berlagak
seperti tentera Sikh mendapat pujian daripada Jeneral A.E. Percival. Kesemua tentera
Jepun yang menyamar itu berjaya dibunuh.
3. Perasaan dendam yang menebal.
Kematian Leftenan Adnan masih belum memuaskan hati Jeneral Yamashita. Hal ini
demikian kerana, adiknya sendiri terkorban setelah ditikam dengan bayonet oleh
Leftenan Adnan.
Jeneral Yamashita mengarahkan Leftenan Renya Mutaguchi pergi ke Semenanjung
Tanah Melayu bagi menjejaki keluarga Leftenan Adnan kerana menganggap
keluarga Leftenan Adnan juga bertanggungjawab terhadap kematian tentera Jepun.
PERWWAATATAKKUATNAMUTAADMAAND3AN
CONTOH
1. Watak utama novel ini ialah Leftenan Adnan atau Adnan bin Saidi.
Leftenan Adnan
Suami kepada Sophia, iaitu an1a.k Pak Fakih.
Beliau mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Mokhtar dan
Zainudin.
Seorang yang rajin. Buktinya, Adnan banyak membantu ayahnya
menoreh getah, bersawah padi, dan memungut buah durian di
dusun duriannya.
LATAR MASA
Pada 9 Disember 1941, askar Jepun menguasai Lapangan Terbang Kota
Bharu. Serangan darat tentera Jepun sukar untuk dihalang kerana strategi
pegawainya yang berkemahiran tinggi dalam peperangan. Jeneral
Yamashita mengarahkan kapal terbang Jepun menyerang Lapangan
Terbang Kuantan secara mengejut . Akibatnya , banyak kemalangan dan
kerosakkan peralatan penerbangan dialami oleh tentera Jepun.
Pada 10 Disember 1941, Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Pulau Pinang
telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa yang singkat.
Pada 14 Disember 1941, tentera Jepun memasuki Bandar Alor Setar tanpa
mendapat apa-apa tentangan.
5 GAYA BAHASA BESERTA CONTOH
a) Simile. Contohnya, macam ayam berak kapur,
seumpama ombak besar menghempas pantai.
b) Metafora. Contohnya, api kemarahan, menyentuh jiwa.
c) Personifikasi. Contohnya, Fikirannya melayang-layang
mengenang kembali peristiwa dua hari yang lalu dan cuaca
sejuk menusuk hingga ke tulang sum sum.
d) Hiperbola. Contohnya, Bahangnya terasa perit
membakar kulit.
e) Peribahasa. Contohnya, ...sepandai-pandai tupai
melompat , akhirnya jatuh ke tanah jua dan sediakan
payung sebelum hujan...
3 PENGAJARAN
a) Kita perlulah memiliki wawasan dan berpandangan jauh. Contohnya, Pak Saidi
memilih sekolah aliran Inggeris untuk anak-anaknya kerana beliau sedar banyak
ilmu pengetahuan yang dapat ditimba di sana.
b) Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Contohnya,
Leftenan Adnan bertanggungjawab memberikan kata-kata semangat kepada
anak-anak buahnya dalam medan pertempuran, walaupun bilangan mereka sedikit
dan mereka telah kehabisan peluru.
c) Kita hendaklah bersifat pemurah dan baik hati. Contohnya, Pak Saidi tidak
marah sekiranya ada orang yang datang ke dusunnya mengambil buah-buahan.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang amat cinta akan tanah air.
Contohnya, Leftenan Adnan sanggup menjadi askar kerana
cintanya yang mendalam terhadap negara.
Masyarakat yang memiliki keberanian yang luar biasa.
Contohnya, Leftenan Adnan serta askar Melayu dengan penuh
keberanian bermati-matian mempertahankan tanah air
daripada musuh.
Masyarakat yang berpandangan jauh ke hadapan. Contohnya,
Pak Saidi menghantar anak-anaknya belajar di sekolah aliran
Inggeris kerana beliau sedar anak-anaknya akan banyak
memperoleh ilmu pengetahuan di sana.
LATAR TEMPAT
Kampung Sungai Ramal , Kajang.
Tempat kelahiran Adnan dan keluarganya.
Pagar Ruyung.
Pak Saidi menjelaskan bahawa moyangnya berasal dari Pagar
Ruyung , Minangkabau.
Kampung Sungai Merah dan Kampung Sungai Ramal.
Perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merab dengan
Kampung Sungai Ramal kerap diadakan.
3 NILAI MURNI
Nilai rasional. Contohnya, Pak Saidi mampu menilai perkara
yang betul dan perkara yang salah. Beliau yakin tindakan
menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris
merupakan langkah yang tepat.
Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Pak Saidi bijak apabila
menghantar anak-anaknya belajar di sekolah aliran Inggeris
kerana beliau sedar anak-anaknya akan banyak memperoleh
ilmu pengetahuan di sana.
Nilai keprihatinan. Contohnya, Pak Saidi sekeluarga pergi ke
tempat berlangsungnya pertandingan pidato bahasa Inggeris
sebagai usaha untuk memberikan sokongan semangat kepada
Adnan.
AHLI KUMPULAN
Shobhanaa Manivannan Keshiyni Vejanthern
(Purnama) (Segara)
Davina Deshri a/p Stephen
(Buana)