Lampiran 1
PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK.
BMW3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU
PORTFOLIO 2
KEPENTINGAN SUKAN DAN REKREASI DALAM KALANGAN
PELAJAR DI SEKOLAH
BIL NAMA PELAJAR NO. MATRIK
1. KU MAHHERA BINTI KU MANSOR D20192092035
2. NOOR IRFARAHANIM BINTI ANHAR D20201093226
3. RINAH BINTI RAMSHA D20201093051
4. NUR HASNITA BINTI ARAMIN D20201094779
KUMPULAN KULIAH AL
NAMA PENGAJAR NORSALIZA BINTI MOHD SHUHAINI
BAHAGIAN A Lampiran 2
1. Kutipan langsung lebih 40 patah perkataan
Teks asal
Impak pendidikan fizikal dan sukan terhadap matlamat pendidikan adalah luas
(Richard & Mary, 2010). Antaranya adalah pencapaian akademik kekal dan
bertambah baik dengan peningkatan pendidikan fizikal, aktiviti fizikal, atau
sukan. Pertambahan sejam masa pendidikan fizikal mendorong kepada kelancaran
proses pembelajaran di dalam kelas.
Teks kutipan
Menurut Richard & Mary, 2010, menjelaskan bahawa “impak fizikal dan sukan
terhadap matlamat pendidikan adalah luas. Antaranya adalah pencapaian
akademik kekal dan bertambah baik dengan peningkatan fizikal, aktiviti fizikal
atau sukan” (m/s 23).
2. Kutipan langsung kurang 40 patah perkataan
Teks asal
Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia pada 2011 untuk menggalak dan mewajibkan penglibatan murid dalam
aktiviti sukan seterusnya melahirkan murid yang seimbang dalam aspek akademik
dan perkembangan fizikal. Dasar tersebut telah mewajibkan semua murid tahun 4
hingga tahun 6 bagi sekolah rendah dan murid peralihan hingga tingkatan enam di
sekolah menengah termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan dan
permainan.
Teks kutipan
Merujuk kepada Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (2011):
Untuk menggalak dan mewajibkan penglibatan murid dalam aktiviti sukan
seterusnya melahirkan murid yang seimbang dalam aspek akademik dan
perkembangan fizikal. Dasar tersebut telah mewajibkan semua murid tahun 4
hingga tahun 6 bagi sekolah rendah dan murid peralihan hingga tingkatan enam di
sekolah menengah termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan dan
permainan (ms. 2).
3. Kutipan tidak langsung (Parafrasa)
Teks asal
Teks kutipan
Matlamat pendidikan masa kini ialah melahirkan pelajar yang mahir, cergas,
harmoni dan seimbang daripada semua aspek. Matlamat ini dapat dicapai apabila
pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar-pelajar yang menyertai
aktiviti kokurikulum dapat melangkaui halangan-halangan dalam akademik, lebih
bersemangat dan menunjukkan sikap positif. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
kokurikulum yang berperanan sebagai aktiviti luar kelas mempunyai hubungan
dengan subjek yang dipelajari dalam kelas. Penyertaan pelajar dalam aktiviti-
aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan, unit beruniform serta persatuan
dan kelab dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar. Antara manfaat yang
dapat diperoleh ialah dapat melatih para pelajar untuk lebih berdisiplin,
bertanggungjawab, berdikari di samping menambahkan kemahiran mereka dalam
bidang tertentu mengikut kesesuaian diri mereka (Yahya Don, 2016).
4. Kutipan tidak langsung (Meringkaskan)
Teks asal
Teks Kutipan
Kecemerlangan seseorang khususnya para pelajar sering kali dikaitkan kepada
prestasi akademik manakala aspek personaliti pula terpinggir. Oleh itu, pelbagai
langkah yang perlu dilakukan untuk melahirkan pelajar cemerlang dari segi
kurikulum dan kokurikulum dengan melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas
dan aktiviti yang bersifat fizikal di luar kelas seperti bersukan dan seumpamanya.
Namun, terdapat segelintir masyarakat berpendapat bahawa kecemerlangan
seseorang pelajar akan dilihat dalam akademik sahaja sedangkan kecemerlangan
seorang pelajar merangkumi kejayaan dalam akademik dan aktiviti kokurikulum
iaitu aktiviti fizikal. Penyelidikan saintifik telah menunjukkan terdapat hubungan
positif antara penglibatan para pelajar dalam aktiviti fizikal, kecergasan, sukan
dan rekreasi terhadap prestasi pelajar. Terdapat beberapa kesan sukan kepada diri
pelajar antaranya dapat meningkatkan daya tumpuan pelajar setelah melakukan
aktiviti sukan, mengelakkan pelajar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat
atau tidak baik dan yang paling jelas dilihat ialah dapat meningkatkan kecerdasan
dan kesihatan mereka serta pelajar dapat mengamal rasa kebimbangan dan
tekanan. Jelas menunjukkan pelbagai kesan positif yang dapat diperoleh oleh
pelajar sekiranya aktif melakukan aktiviti bersukan ini. Richard & Mary (2010)
juga telah memberi pendapat mereka terhadap kesan pendidikan fizikal dan
aktiviti sukan ini iaitu pencapaian akademik akan kekal dan bertambah baik
dengan peningkatan pendidikan fizikal, aktiviti fizikal atau sukan, Aktiviti
bersukan sudah jelas menunjukkan mempunyai pelbagai pengaruh positif yang
boleh diperoleh oleh para pelajar demi menjamin kesihatan dan membantu
mengurangkan tekanan mereka. Berdasarkan analisis yang dilakukan mendapati
terdapat beberapa faktor yang menjadi dorongan sesetengah pelajar untuk
melakukan aktiviti fizikal antaranya disebabkan dorongan yang diberikan oelh ibu
bapa dan sekolah serta minat. Namun, penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal
sama ada bersenam, berjogging, bersukan dan menyertai pertandiangan adalah
sederhana. Hal ini berlaku disebabkan pelajar terseut kurang terdedah dengan
aktiviti fizikal serta kurangnya motivasi dalaman untuk menguatkan azam diri
pelajar bagi melakukan aktiviti fizikal. Kesimpulannya, setiap pelajar perlulah
menanam sikap minat untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan bagi
menjamin kesihatan mereka dan terdapat banyak lagi faedah sekiranya pelajar
melakukan aktiviti sebegini. Bagi memupuk minat pelajar supaya aktif dalam
bersukan ini pelbagai pihak perlulah membantu pelajar untuk membina sikap
sedemikian dengan memberi motivasi dan dorongan serta teladan yang baik
kepada mereka agar timbulnya perasaan minat mereka untuk melakukan aktiviti
tersebut (Syed Lamsah Bin Syed Chear, Mohd Imran Bin Mohd & Sareena
Hanim Hamzah, 2018).
BAHAGIAN B
Penulisan rujukan mengikut gaya APA Edisi ke-6
Aidah Abdullah. (2017). Fungsi pengetua dalam pengurusan kokurikulum dan
hubungannya dengan prestasi kokurikulum murid di sekolah menengah, (Tesis
Sarjana). Diperoleh daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68219/1/FP
P% 202017%2041%20IR.pdf.
Kilue, D. & Tajul Arifin Muhamad. (2017). Cabaran pengajaran subjek Pendidikan
Jasmani di sekolah menengah di Malaysia. Journal of Nusantara Studies, 2(2),
53-65. Diperoleh daripada https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.Php/jonus/
article/download/185/121.
Syed Lamsah Syed Chear, Mohd Imran Mohd & Sareena Hanim Hamzah. (2018).
Kepentingan aktiviti fizikal dalam membina personaliti dan meningkat prestasi
akademik. Jurnal Sains Sukan Dan Pendidikan Jasmani, 7(1), 21-33. Diperoleh
daripada https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=
NzcyNjQ%3D.
Yahya Don. (2016). Kokurikulum dan penjajaran konstruktif di sekolah. Diperoleh
daripada https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=5dEOEAAAQB
AJ &oi=fnd&pg=PA1&dq=info:1ktVhP-eOO4J:scholar.google.com.
Zahanim Ahmad, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Mahzan Awang. (2019). Kajian
kolerasi kesejahteraan emosi pelajar cemerlang: Signifikasi positif aktiviti
senggang. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 6(1), 130-143. Diperoleh
daripada http:/jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/82/65.
Zainal Ariffin Zainuddin, Yaacob Daud & Saiful Azmi Mohd Nor. (2016).
Pengurusan Kokurikulum Dan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum Di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu.
International Seminar On Generating Knowledge Through Research, UUM-
UMSIDA. Diperoleh daripada http://repo.uum.edu.my/23083/1/ICECR
S%2C%201%20%282016%29%20.pdf.
Lampiran Kutipan Langsung Kurang 40 Patah Perkataan
Lampiran Kutipan Langsung Lebih 40 Patah Perkataan
Lampiran Kutipan Tidak Langsung (Parafrasa)
Lampiran Kutipan Tidak Langsung ( Meringkaskan)