BUKU SKRAP
PERKEMBANGAN EKONOMI DI
SARAWAK PADA ABAD KE-19
DISEDIAKAN OLEH:
KU MAHHERA BINTI KU MANSOR (D20192092035)
HSM 3023 MALAYSIA ABAD KE-19 KUMPULAN C
PENSYARAH: DR. WAN NOORLIZAWATI BINTI
WAN MAT ALI
ISI KANDUNGAN Muka Surat
Kandungan
1.0 Pengenalan. .2
2.0 Kegiatan Ekonomi di Sarawak 3
3.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Ekonomi 4
Di Sarawak Pada Abad Ke-19
4.0 Ekonomi Tradisional Di Sarawak 6
5.0 Ekonomi Di Sarawak Pada Penghujung Abad ke-19 11
6.0 Tanaman Komersial Di Sarawak Pada Penghujung Abad Ke-19 14
7.0 Kesimpulan 16
Rujukan 17
2
2
1.0 Pengenalan
Sarawak merupakan negeri terbesar dalam Persekutuan Malaysia, mempunyai warisan budaya
yang kaya dan berwarna-warni daripada kepelbagaian adat dan tradisi penduduknya yang
berbilang kaum.1 Sungai Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia.
Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak
sebagai pusat biokepelbagaian.
Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian iaitu Kuching, Kota Samarahan, Sri
Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu
negeri dan pusat pentadbiran negeri.2 Sarawak juga digelar sebagai Bumi Kenyalang dan ia
merupakan sebuah negeri yang terletak di wilayah barat di pulau Borneo.
Dengan kawasan seluas 124,451 kilometer persegi, Sarawak merupakan negeri
terbesar di Malaysia. Keluasan dan khazanah bumi Sarawak yang begitu kaya menjadikan
Sarawak sebagai negeri kedua terkaya dengan sumber ekonomi di Malaysia. Antara sumber
ekonomi di Sarawak ialah antimoni, gambir, kelapa sawit, balak, petroleum dan gas asli.
Keluasan tanah juga menjadikan Sarawak sebagai kawasan yang sesuai untuk menjalankan
aktiviti ekonomi.
Rajah 1:Peta Negeri Sarawak
Rujukan: Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal
Perindustrian dan Pembangunan Usahawan
1 Haslinda Md.Nazri, 2018, “Aspek Sosial dan Kebudayaan Masyarakat Iban di Sarawak”, Idealogy Journal of
Arts and Social Science, Bil. 2, Bandar Seri Iskandar: Universiti Teknologi Mara, hlm. 79.
2 Pentadbiran Bahagian Kuching, “Sejarah Kuching”, 7 Disember 2021, <https://kuching.sarawak.gov.my/page-
0-14-60-Sejarah-Kuching.html>
3
3
2.0 Kegiatan Ekonomi di Sarawak
Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke Sarawak, masyarakatnya sudah menjalankan
kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan adalah berbentuk sara diri
yang melibatkan aktiviti bercucuk tanam, mengutip hasil hutan, menternak dan memburu
binatang. Sejak abad ke-19 lagi, kegiatan ekonomi dikuasai oleh golongan bangsawan dan
aristokrat tempatan yang bukan sahaja menguasai hal ehwal pentadbiran tetapi turut menguasai
kegiatan ekonomi. Penguasaan ekonomi sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah ini turut
didominasi oleh orang Cina manakala orang Dayak mahupun masyarakat peribumi lain
berfungsi sebagai pemungut hasil hutan dan terlibat dengan aktiviti pertanian yang lain. Bentuk
aktiviti ekonomi yang dilakukan adalah berbentuk sara diri dan komersial. Walaupun bersifat
komersial, namun urusan jual beli hanya dilakukan di antara daerah dan kawasan sekitarnya
sahaja. 3 Penggunaan matawang masih belum diperkenalkan kepada penduduk di wilayah
Borneo. Namun, selepas kedatangan kuasa-kuasa Eropah, berlaku transformasi ekonomi dari
segi peningkatan kadar pengeluaran, peningkatan permintaan terhadap komoditi tertentu,
pengenalan komoditi import dan eksport baru, perubahan jalan perdagangan antarabangsa dan
monopoli perdagangan. Hal ini kerana, kuasa-kuasa Eropah memerlukan bahan mentah dan
hasil hutan untuk dieksport ke Eropah.
Masyarakat peribumi di Sarawak masih meneruskan kegiatan mereka walaupun
kedatangan kuasa-kuasa Eropah campur tangan dalam kegiatan ekonomi mereka. Masyarakat
peribumi misalnya Dayak terkenal sebagai pemungut hasil hutan dengan memungut hasil hutan
seperti damar, gambir, sarang burung, rotan, sisik tenggiling, cengkerang kura-kura dan
sebagainya. Hal ini demikian kerana masyarakat peribumi lebih arif dengan suasana di hutan
dan mengetahui selok belok hutan. Mereka dianggap penyumbang terbesar kepada hasil hutan
lantas terus dikekalkan oleh kuasa Eropah untuk bekerja sebagai pemungut hasil hutan kerana
hasil hutan menjadi komoditi eksport pada tahun 1870. Brooke menggalakan masyarakat
Dayak untuk meneroka dan mengumpul hasil hutan kerana ia berkait rapat dengan tradisi
masyarakat Dayak. Selain Dayak, Kayan dan Kenyah turut terlibat dengan kegiatan memungut
hasil hutan dan kegiatan perdagangan.4 Kayan dan Kenyah telah didedahkan dengan sistem
3 Kenneth R. Hall, 2011, A History of Early Southeast Asia : Maritime Trade and Societal Development 100 –
1500. Rowman Wittlefield Publisher. USA, hlm. 3
4 Sabihah Othman, 1972, "Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak pada Abad ke Sembilan Belas: Satu
Tinjauan Sejarah." Malaysia In History, Bil 2, hlm. 7.
4
4
kewangan seperti matawang, sistem kredit serta berhubung dengan pedagang daripada luar.
Masyarakat Kayan dan Kenyah dilihat lebih terdedah dengan kemajuan dalam bidang
perdagangan jika dibandingkan dengan masyarakat Dayak. Seperti mana masyarakat Bidayuh
mereka agak ketinggalan daripada masyarakat peribumi yang lain kerana menerima tekanan
daripada majikan mereka iaitu masyarakat Melayu. Namun mereka tetap terlibat dalam
kegiatan ekonomi sebagai buruh lombong dan petani. Masyarakat Melanau pula terlibat dalam
perusahaan sagu dan diusahakan di sepanjang sungai Igan, Oya dan Mukah.
Rajah 2 : Gambar masyarakat Melanau yang terlibat dalam perusahaan sagu
3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Ekonomi Di Sarawak Pada Abad
ke-19
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan ekonomi di Sarawak pada abad
ke-19. Antara ialah keadaan masyarakat tempatan. 5 Masyarakat di Sarawak mempunyai
pengetahuan tentang komuniti-komuniti yang terdapat di Sarawak, pola-pola dan sistem
ekonomi yang terdapat dalam sistem perdagangan yang dijalankan. Sebagai contoh,
masyarakat peribumi lebih arif dengan suasana di hutan dan mengetahui selok belok hutan
menyebabkan mereka menjadi penyumbang terbesar kepada hasil hutan. Jelaslah di sini faktor
yang penting adalah keadaan semula jadi dan geografi.
5 D.S. Ranjit Singh, “Pertumbuhan Ekonomi Sarawak, 1824-1941”, Jurnal Sejarah, Vol. 10, 2002, hlm. 77.
5
5
Selain itu, perkembangan ekonomi di Sarawak juga dipengaruhi oleh faktor
geografi. Faktor geografi ini amat penting kerana ia menentukan aktiviti ekonomi yang
dijalankan oleh masyarakat, corak penempatan mereka, taburan penduduk di sesuatu kawasan,
bahan-bahan mentah, galian yang diperoleh. Keadaan geografi dan bentuk muka bumi Sarawak
inilah yang telah mendorong perkembangan ekonomi di Sarawak. Negeri Sarawak merupakan
sebuah negeri yang kaya dengan hasil hutan dan bahan-bahan mentah.bahawa keadaan
masyarakat tempatan turut menjadi salah satu faktor perkembangan ekonomi di Sarawak.
Seterusnya, ekonomi di Sarawak juga berkait rapat dengan dua perkembangan yang
berlaku iaitu yang pertama adalah zaman Negeri Sarawak moden dibentuk dan ditubuhkan dan
yang kedua pembentukan Sarawak moden oleh Dinasti Brooke.6 Pertumbuhan ekonomi yang
berlaku banyak dipengaruhi oleh dasar dan falsafah raja-raja Brooke. Ini termasuklah
perubahan yang berlaku dalam bidang politik, pertukaran wilayah dan pergolakan yang berlaku
dalam masyarakat. Perluasan kawasan yang berlaku membawa kepada corak ekonomi yang
baru di Sarawak diikuti dengan pertambahan penduduk baru, hasil-hasil yang baru serta
perdagangan yang lebih luas. Dasar-dasar Brooke yang dilaksanakan menetapkan satu corak
ekonomi yang baru. Contohnya, pada tahun 1880, Raja Charles Brooke telah menggalakkan
kemasukan imigran Cina ke Sarawak secara besar-besaran untuk memajukan penanaman padi.7
James Brooke dan Charles Brooke merupakan dua Raja Putih yang telah mentadbir Sarawak
pada abad ke-19.
Rajah 3:James Brooke dan Charles Brooke
Rujukan: Laman Web Rasmi Kerajaan Sarawak
6 D.S. Ranjit Singh, “Pertumbuhan Ekonomi Sarawak, 1824-1941”, hlm. 77.
7 Emyzul Ismail, 2019, "Perkembangan Sektor Pertanian Di Sarawak, 1970-1981: Development Of Agriculture
Industry In Sarawak, 1970." Sejarah: Journal of the Department of History, Bil 2, hlm. 28.
6
6
Di samping itu, peningkatan nilai perdagangan antara China dan British juga
menjadi faktor mempengaruhi perkembangan ekonomi di Sarawak. Perdagangan antara China
dan British semakin meningkat dalam pertengahan abad ke-19. Hal ini menunjukkan bahawa,
jalan perdagangan yang menghubung British di Borneo dan China sangat penting bagi
memastikan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar samada dengan China dan
pelabuhan-pelabuhan yang lain. Dengan memastikan kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar
British perlu mengambil kira aktiviti yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah yang lain sekitar
perairan Borneo dan keselamatan jalan perdagangan yang didominasi oleh mereka.
Faktor terakhir ialah kerancakkan kegiatan ekonomi yang berlaku pada abad ke 19
menyebabkan kuasa-kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkan hasil bahan mentah dan hasil
hutan yang terdapat di Sarawak. Kewujudan beberapa pelabuhan yang berstatus entreport
seperti Brunei, Kuching, Jesselton dan sebagainya menyebabkan banyak kapal dagangan,
syarikat perdagangan mahupun pedagang-pedagang Eropah serta sekitar Borneo yang datang
berkunjung untuk berdagang di pelabuhan tersebut.8 Hal ini kerana, pelabuhan-pelabuhan di
wilayah Borneo memperdagangkan hasil seperti sago, lada, rempah, getah, sarang burung dan
sebagainya. Dengan kedudukan negeri Sarawak yang turut terletak di jalur perdagangan Asia
Tenggara menyebabkan ia dilalui oleh banyak kapal dagang yang terdiri daripada syarikat
persendirian, pedagang-pedagang asing dan daripada kepulauan Melayu. Seawal abad ke-19,
jumlah kedatangan pedagang daripada Eropah, Cina dan sekitar wilayah Asia Tenggara
meningkat daripada sebelumnya. Tuntutan kepada hasil bahan mentah, hasil laut dan hasil
hutan menyebabkan mereka datang berkunjung ke pulau Borneo termasuk Sarawak.
4.0 Ekonomi Tradisional Di Sarawak
Perkembangan ekonomi tradisional di Sarawak banyak dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa
politik. Peristiwa-peristiwa politik tersebut adalah termasuk pemberontakan yang berlaku di
Sarawak dari tahun 1836 sehingga 1840, penyerahan Sarawak kepada James Brooke pada
tahun 1846, pemberontakan Cina pada tahun 1857, eskpansionisme Brooke, ekspedisi-
8 Hanisah Idris, 2004, Perkembangan Perdagangan, Perkapalan, dan Pelabuhan di British Borneo 1800 – 1963.
Thesis PHD. Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya. Kuala
Lumpur.
7
7
ekspedisi militari Brooke terhadap orang Iban dan pembentukan Sarawak Moden.9 Dasar raja-
raja Brooke pada masa ini ialah bergantung kepada ekonomi tradisional iaitu dengan
memperluaskan kawasan dan mempertingkatkan kegiatan ekonomi masyarakat bumiputera.
Walaupun pada ketika ini raja-raja Brooke mengamalkan dasar anti-kapitalis Barat,
namun mereka tetap membenarkan kemasukan kapitalis Barat secara terhad seperti Borneo
Company. Borneo Company telah ditubuhkan pada tahun 1856 dan diberi monopoli dalam
perlombongan antimoni, arang batu dan emas. Syarikat ini juga mengusahakan ekonomi
tradisional seperti industri sagu dan hasil hutan.10 Selain daripada kemasukan kapitalis Barat
dalam bidang ekonomi di Sarawak secara terhad pada zaman ini, orang Cina turut memainkan
peranan penting dalam perlombongan emas di Bau dari tahun 1820 sehingga 1857. Antara
kegiatan ekonomi tradisional yang penting di Sarawak ialah pemungutan hasil hutan,
perlombongan emas, perlombongan antimoni dan industri sagu.
Hasil Hutan
Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi tradisional yang penting di Sarawak. Antara hasil
hutan pada ketika itu adalah gutta perca, rotan, sarang burung, damar dan kapur barus. 11
Kawasan sungai Batang Lupar, Kerian, Rejang, Saribas dan Baram menjadi pengeluar utama
bahan-bahan tersebut.
Hasil hutan ini dikumpul oleh suku kaum bumiputera yang mengumpul termasuklah orang
Melayu, orang Iban, orang Kayan, orang Bisaya dan orang Kenyah. Orang Melayu pada masa
ini menjadi pedagang utama hasil hutan. Pada ketika itu, Raja Charles Brooke melihat hasil
hutan ini sebagai sumber yang penting bagi ekonomi Sarawak dan cuba menggalakkan
perkembangannya. Oleh itu, pada tahun 1870 dan 1880, beliau telah menggalakkan kedatangan
orang Iban ke Rejang, Balleh, Trusan dan Baram supaya mereka dapat memajukan kegiatan
pengumpulan hasil hutan di kawasan-kawasan tersebut.12
9 Runciman S, 2011, The white Rajah: a history of Sarawak from 1841 to 1946. Cambridge University Press, hlm.
123.
10 Runciman S, 2011, The white Rajah: a history of Sarawak from 1841 to 1946, hlm. 124.
11 Ibid, hlm. 85.
12 Ibid.
8
8
Perlombongan Emas
Perlombongan emas merupakan kegiatan ekonomi tradisional yang diusahakan di Sarawak.
Kegiatan melombong emas dilakukan oleh orang Melayu dan Dayak dengan mendulang dan
manalung di sungai-sungai kecil. Pada tahun 1820, penemuan emas di kawasan Bau telah
menjadikan perlombongan emas sebagai satu hasil yang penting. Disebabkan itu, orang Cina
dari Sambas telah berpindah ke kawasan Bau dan membentuk sebuah kongsi untuk
menjalankan kegiatan perlombongan secara besar-besaran. Pada tahun 1850, bilangan
penduduk kongsi Cina semakin bertambah kepada 4,000 orang. 13 Penemuan hasil bahan
mentah seperti emas, antimoni, dan merkuri telah ditemui di kawasan Bau telah memberikan
impak dalam sejarah ekonomi di Sarawak.14
Rajah 4: Tasik Biru yang menjadi tapak perlombongan emas di Sarawak pada abad ke-19
Perlombongan Antimoni
Pada tahap ini, industri ekonomi yang penting ialah perlombongan antimoni. Pada
tahun 1820 dan 1830, Sarawak mula menjadi kaya apabila terdapat penemuan antimoni di Bau
pada tahun 1824.15 Antimoni diusahakan oleh orang Dayak Darat atau lebih dikenali sebagai
Orang Bidayuh tetapi hasil daripada lombong-lombong antimoni tersebut diperoleh oleh
pembesar-pembesar Melayu. Antimoni yang diperoleh dapat dipasarkan ke Singapura dengan
harga yang tinggi dan ini membolehkan pembesar-pembesar Melayu dan nakhoda-nakhoda
Melayu mendapat keuntungan. Keuntungan yang diperoleh oleh Sarawak menyebabkan
13 Ibid., hlm. 83.
14 Ooi Keat Gin. 1997, Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic Development 1841 –
1941. Oxford University Press, hlm. 68.
15 Ibid.
9
9
kerajaan Brunei mula melihat bahawa Sarawak perlu ditadbir secara langsung agar kekayaan
itu dapat disalurkan pada ibu kota Brunei. Oleh itu, Pengiran Indera Mahkota yang merupakan
pembesar Brunei dihantar untuk melaksanakan dasar tersebut. Namun, pemerintahannya
ditentang oleh orang Melayu dan orang Dayak sehingga terjadinya pemberontakan dari tahun
1836 hingga tahun 1840. Keadaan yang berlaku ini membolehkan James Brooke menguasai
Sarawak asal.16.
Pada tahun 1841, James Brooke dilantik sebagai wakil Sultan Brunei di Sarawak
dan diberi penguasaan sepenuhnya atas lombong-lombong antimoni. Selepas tahun 1841,
lombong-lombong antimoni turut diusahakan di Bau, Bidi, Jambusan dan Paku. Kegiatan
melombong itu dilakukan oleh pekerja-pekerja Cina dan Melayu. Sekitar tahun 1840,
pengeluaran antimoni di lombong-lombong mula meningkat kepada 1,500 tan. Selepas tahun
1853 pula, antimoni juga turut diusahakan di Sadong, Batang Lupar,
Hulu Rejang, Sarikei, Lundu dan Semarahan. Dari tahun 1824 hingga tahun 1880, sebanyak
83,000 tan biji antimoni telah dihasilkan.17
.
Industri Sagu
Pada abad ke-19, tanaman sagu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Tanaman sagu merupakan eksport utama Sarawak pada ketika itu. Disebabkan permintaan
yang banyak serta harga yang tinggi, orang Melanau mula menanam pokok sagu di kebun-
kebun kecil untuk dieksport. Kawasan penempatan orang Melanau seperti sungai-sungai Oya,
Mukah, Igan dan Bolingian muncul sebagai sumber utama pengeluaran sagu pada pertengahan
abad ke-19.18 Dari tahun 1840-an hingga 1850-an, perniagaan sagu berkembang pesat sehingga
peniaga sagu dari Sarawak meraih keuntungan yang lumayan.
16 D.S. Ranjit Singh, 1984, “Brunei 1839–1983: The Problems of Political Survival”, Singapore: Oxford
University Press, hlm. 45.
17 J Hepburn, 1949, The Handbook of Sarawak, Singapore: Malaya Publishing House, hlm. 126-128.
18 Morris, H. S., 1977, "Melanau Sago 1820-1975" In Sago 76, Paper of the First International Sago
Symposium, Kemajuan Kanji Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 125.
10
10
Rajah 5: Pokok Rumbia
Rujukan: International Journal of the Malay World and Civilisation
Rajah 6: Perusahaan sagu oleh orang Melanau
Rujukan: International Journal of the Malay World and Civilisation
Perdagangan sagu ini telah dikuasai oleh orang Melayu. Pada ketika itu juga,
Borneo Company telah membina kilang jentera wap yang mahal.19 Hal ini menyebabkan James
Brooke dan Borneo Company hampir muflis. Oleh sebab itu, untuk menyelamatkan kedudukan
ekonomi Sarawak dan kedudukan kewangan Borneo Company, James Brooke juga telah
mengambil alih “sungai-sungai sagu”. Dasar ekspansionisme ke sungai-sungai ini
menyebabkan tercetusnya “Krisis Mukah” pada tahun 1860. Kesannya, James Brooke telah
19 Morris, H. S.,"Melanau Sago 1820-1975", hlm. 127.
11
11
berjaya mengambil alih sungai-sungai tersebut dari Sultan Brunei pada tahun 1863.20 Perkara
ini menyebabkan nilai eksport sagu semakin bertambah dan orang Cina mula menguasai
industri sagu dari segi pemprosesan dan perdagangan. Ini menjadikan Sarawak sebagai
pembekal sagu yang amat penting di dunia.
5.0 Ekonomi Di Sarawak Pada Penghujung Abad ke-19
Pada penghujung abad ke-19, ekonomi di Sarawak telah mengalami pertumbuhan yang pesat.
Pendapatan kerajaan bertambah, bandar-bandar baru dan lama pesat membangun serta berlaku
kemajuan dalam bidang pendidikan, infrastruktur dan kemudahan sosial. Orang Cina juga telah
mengambil alih peranan orang bumiputera dan berjaya mendominasi bidang ekonomi.
Peranan Komuniti Cina Mula Meningkat
Raja Charles Brooke berpendapat hanya terdapat satu cara untuk membangunkan ekonomi
Sarawak iaitu dengan menggalakkan kemasukan imigran Cina secara besar-besaran. Bilangan
mereka berkurangan akibat pemberontakan Cina yang berlaku pada tahun 1857. Pada tahun
1871, bilangan orang Cina di Sarawak dianggarkan sekitar 5,000 orang.21 Oleh itu, Charles
Brooke telah membuat rancangan untuk membawa masuk imigran Cina ke Sarawak dengan
tujuan untuk memajukan sektor pertanian khususnya penanaman padi dan tanaman-tanaman
komersial yang lain.
Imigran-imigran Cina yang datang ke Sarawak diberi beberapa kemudahan dan
keistimewaan iaitu tanah yang mencukupi dengan bayaran yang murah, tambang perjalanan,
elaun bulanan dan kawalan polis. Dasar ini menunjukkan keberhasilannya apabila ramai
imigran Cina mula datang ke Sarawak khususnya dari negeri China, Sarawak dan Kalimantan.
Petempatan orang Cina juga ditubuhkan khasnya mereka yang datang dari negeri China.
Misalnya, petempatan orang Hakka yang terletak di sekitar Kuching, orang Cantonese dan
orang Foochow di Sibu dan orang Henghua di Igan.
20 D.S. Ranjit Singh, “Brunei 1839–1983: The Problems of Political Survival”, hlm. 59.
21 Runciman, The White Rajahs. hlm. 207.
12
12
Bilangan penduduk Cina di Sarawak terus meningkat dengan pesat setiap tahun.
Perkembangan yang berlaku ini telah mengubah corak demografi Sarawak secara radikal.22
Pada masa ini, imigran-imigran Cina tidak berminat untuk mengusahakan penanaman
padi dan lebih berminat kepada penanaman tanaman komersial seperti gambir, lada hitam dan
getah. Mereka juga turut melibatkan diri dalam industri-industri tradisional seperti industri
sagu, hasil hutan dan perlombongan. Selain itu, mereka juga bergiat aktif dalam bidang
perdagangan tempatan dan antarabangsa.
Pada penghujung abad ke-19, industri tradisional seperti sagu, perlombongan emas dan hasil
hutan menunjukkan perkembangan yang lebih pesat. Hal ini disebabkan beberapa perkara
termasuklah penglibatan orang Cina dan permintaan yang tinggi.23
Industri Sagu
Orang Cina telah memperluaskan kegiatan mereka dalam industri sagu dengan menembusi
kawasan-kawasan pengeluaran bahan ini. Mereka juga turut membina kilang-kilang untuk
memproses sagu mentah. Pada tahun 1899, terdapat sepuluh buah kilang memproses sagu
mentah di Kuching.24 Kelebihan yang ada pada orang Cina seperti mempunyai perkapalan
sendiri, mendapat sagu secara langsung dari punca pengeluaran, meggunakan teknik
pemprosesan yang murah dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pedagang di Singapura
membolehkan mereka menyaingi dan memusnahkan pesaing-pesaing mereka seperti pedagang
Melayu dan Borneo Company. Dari segi nilai eksport, sagu berada pada kedudukan teratas
sebagai eksport Sarawak pada tahun 1870 dan 1890. Perkembangan dalam industri sagu dapat
dilihat apabila berlakunya peningkatan nilai eksport sagu sejak tahun 1870 sehingga 1907.
22 Chin, John M., 1981. The Sarawak Chinese. Kuala Lumpur: Oxford University Press.hlm. 55.
23 Ibid, hlm. 88.
24 Ibid, hlm. 129.
13
13
Hasil Hutan
Nilai hasil hutan meningkat pada masa ini kerana harga yang tinggi dan mendapat
permintaan yang baik dalam pasaran antarabangsa. Hasil hutan seperti rotan dan gutta percha
mendapat harga tinggi dan membawa kekayaan kepada lembah Baram dan Rejang. Bandar
Marudi yang terletak di Lembah Baram pesat membangun kerana peningkatan perdagangan
hasil hutan. Pada waktu ini, komuniti Cina dan Iban mendapat banyak faedah daripada industri
hasil hutan.25 Peranan masyarakat pribumi dalam perdagangan hasil hutan telah diambil alih
oleh pedagang Cina pada penghujung abad ke-19. Hal ini demikian kerana pedagang Cina
mempunyai modal yang lebih tinggi dan menggunakan cara-cara yang lebih agresif.26
Negeri Sarawak sememangnya kaya dengan pelbagai hasil hutan. Hasil hutan ini diusahakan
oleh penduduk peribumi yang arif dengan selok belok hutan tebal. Di wilayah Borneo, terdapat
pelbagai hasil hutan yang menjadi komoditi eksport iaitu kayu balak. Kayu balak menjadi
komoditi eksport yang penting di Sarawak.27
Rajah 7: Kayu balak
Rujukan: Bernama
25 Chew, Daniel, 1983, "Chinese pioneers on the Sarawak frontier, 1841-1941." PhD diss., Murdoch University,
hlm. 61-62.
26 Chew, Daniel, "Chinese pioneers on the Sarawak frontier, 1841-1941", hlm. 73.
27 Owen Rutter. 2008, British North Borneo : An Account of Its History, Resources and Natives Tribe. Opus
Publication. Kota Kinabalu. hlm. 91.
14
14
Perlombongan Emas
Perlombongan emas juga turut berkembang pada ketika ini. Perlombongan emas dimajukan
oleh Borneo Company setelah emas-emas yang terdapat di permukaan tanah sudah habis
dilombong oleh komuniti Cina dan bumiputera. Hal ini demikian kerana orang Cina tidak lagi
mempunyai kaedah, jentera dan modal untuk menggali emas di bawah tanah. Pada tahun 1882
dan 1900, Borneo Company telah membawa jentera-jentera yang lebih moden dengan tujuan
untuk melombong dan memproses emas di Bidi dan Bau.28
6.0 Tanaman Komersial di Sarawak Pada Penghujung Abad ke-19
Tanaman-tanaman baru secara komersial iaitu lada hitam dan gambir telah muncul di Sarawak
pada penghujung abad ke-19.
Lada Hitam
Pada penghujung abad ke-19, tanaman lada hitam secara komersial mula diusahakan oleh
imigran-imigran Cina terutamanya orang Foochow di Sibu, Sarikei, Binatang, dan orang Hakka
di sekitar Kuching, Bau dan Serian. Borneo Company turut menceburkan diri dalam
membangunkan industri ini. Pada tahun 1896, nilai eksport lada hitam adalah sebanyak
230,693 Straits Dollars.29.
Rajah: Lada Hitam
Rujukan : Laman Web Rasmi Jabatan Pertanian Sarawak
28 Everett, A. Hart. 1878, "Notes on the Distribution of the Useful Minerals in Sarawak." Journal of the Straits
Branch of the Royal Asiatic Society. Bil 1, hlm. 16-18.
29 Ibid, hlm. 43-47.
15
15
Gambir
Seterusnya, gambir juga turut menjadi salah satu komoditi eksport terpenting di Sarawak.
Sekitar tahun 1900, gambir telah mendapat permintaan tinggi daripada pedagang kerana ia
digunakan sebagai bahan perencah dalam makanan oleh orang Cina.30 Pada penghujung abad
ke-19, gambir mula ditanam secara komersial oleh Borneo Company dan Orang Cina. Pada
tahun 1895, nilai eksport gambir adalah sebanyak 210,433 Straits Dollar.
Rajah : Gambir
Rujukan: Taman Herba Institut Tadbiran Awam Negara (Sarawak)
30 Henry Carpenter Longhurst, 1956, The Borneo Story : The History of the First 100 years of Trading in Far East
by The Borneo Company Limited. Neame Publication. London. hlm. 57.
16
16
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya. kegiatan ekonomi di Sarawak sememangnya sudah bermula sebelum
kedatangan kuasa-kuasa Eropah. Penglibatan penduduk peribumi dalam kegiatan ekonomi
seperti mencari hasil hutan, pertanian, perikanan dan sebagainya merupakan titik permulaan
kegiatan ekonomi mulai berkembang di Sarawak. Dengan struktur geografi fizikal negeri
Sarawak yang mempunyai aliran sungai yang banyak menyebabkan pelabuhan-pelabuhan
didirikan di bahagian tepi sungai yang boleh mewujudkan jalinan interaksi perdagangan
dengan kawasan lain. Dari segi geografi, kedudukan Sarawak di wilayah Borneo terletak di
laluan perdagangan yang menghubungkan China dan Singapura turut menyebabkan persaingan
kuasa berlaku dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah untuk menaungi Sarawak. Dengan
kedatangan pedagang Eropah, syarikat persendirian dan kapal dagang yang banyak telah
menyebabkan wilayah di Borneo termasuk Sarawak menjadi pertaruhan antara kuasa Eropah
ini. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, Amerika, Jerman, Dutch dan British
masing-masing bersaing untuk bertapak di wilayah Borneo. Akhirnya, British berjaya memiliki
Sarawak.
Di samping itu, penemuan hasil bahan mentah pada abad ke- 19 di Sarawak seperti antimoni
dan emas menyebabkan kuasa Eropah melihat potensi ekonomi ada di situ. Selain itu, sagu
turut menjadi komoditi eksport yang penting di Sarawak. Dalam pada itu, Sarawak juga kaya
dengan hasil hutan contohnya seperti kayu balak. Kayu balak menyumbang kepada kekayaan
negeri Sarawak apabila menjadi salah sebuah wilayah terbesar yang mengeksport kayu balak
ke luar negara. Akhir sekali, pengenalan tanaman komersial seperti lada hitam dan gambir juga
turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi di Sarawak. Oleh itu, dengan kedatangan
kuasa British, mereka telah memberi impak kepada ekonomi di Sarawak. Pada abad ke-19,
ekonomi di Sarawak semakin berkembang dengan pesat hasil daripada penguasaan jalan
perdagangan, penemuan bahan mentah, pengenalan tanaman komersial, hasil hutan, komoditi
import dan eksport. Kita dapat lihat bahawa ekonomi di Sarawak telah mengalami
perkembangan pada abad ke-19 ini bermula dengan ekonomi tradisional dan kemudiannya
ekonomi ini semakin berkembang pada penghujung abad ke-19 dengan kemunculan tanaman
komersial seperti lada hitam dan gambir.
17
17
Rujukan
C. A. Lockard, 1973. The Southeast Asian Town in Historical Perspective: A Social History of
Kuching. Madison: University of Wisconsin.
Chew, Daniel, 1983, "Chinese pioneers on the Sarawak frontier, 1841-1941." PhD diss.,
Murdoch University, hlm. 63-97.
D.S. Ranjit Singh, 1984, “Brunei 1839–1983: The Problems of Political Survival”, Singapore:
Oxford University Press.
D.S. Ranjit Singh, 2002, “Pertumbuhan Ekonomi Sarawak, 1824-1941”, Jurnal Sejarah, Vol.
10, 77-94.
Everett, A. Hart, 1878, "Notes on the Distribution of the Useful Minerals in Sarawak." Journal
of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, Bil 1, 13-30.
Hanisah Idris, 2004, Perkembangan Perdagangan, Perkapalan, dan Pelabuhan di British Borneo
1800 – 1963. Thesis PHD. Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Fakulti Sastera dan Sains
Sosial. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Haslinda Md.Nazri, 2018, “Aspek Sosial dan Kebudayaan Masyarakat Iban di Sarawak”,
Idealogy Journal of Arts and Social Science, Bil. 2, Bandar Seri Iskandar: Universiti
Teknologi Mara, 79-90.
Henry Carpenter Longhurst, 1956, The Borneo Story : The History of the First 100 years of
Trading in Far East by The Borneo Company Limited, London: Neame Publication.
Kenneth R. Hall, 2011, A History of Early Southeast Asia: Maritime Trade and Societal
Development 100 – 1500. USA: Rowman Wittlefield Publisher.
John Chin, 1981. The Sarawak Chinese. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Morris, H. S., 1977, "Melanau Sago 1820-1975." In Sago 76, Paper of the First International
Sago Symposium, Kemajuan Kanji Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 121-139.
Ooi Keat Gin. 1997, Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic
Development 1841 – 1941. Oxford University Press.
18
18
Runciman S, 2011, The white Rajah: a history of Sarawak from 1841 to 1946. Cambridge
University Press.
Sabihah Othman, 1972, "Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak pada Abad ke Sembilan
Belas: Satu Tinjauan Sejarah." Malaysia In History, Bil 2, 3-13.
19