NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK MUHIDIN BIN SALUDIN 2253070 AG MUHD FIRDAUS BIN AG RAMLAN 2253072 MUHAMMAD FARIS HAKIM BIN NASARUDIN 2253080 MUHAMMAD AZBIN IZHAQQ BIN AHMAD SHAHARUDIN 2253085 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU 3183) Pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui Perkahwinan Campur Disediakan untuk: Puan Nor Azlina Endut DIPLOMA PERGURUAN (PENDIDIKAN ISLAM) SEMESTER 1 SESI 2022/2023 Disediakan oleh:
PENDAHULUAN PENGENALAN DEFINISI SEJARAH PERKAHWINAN CAMPUR KONSEP HUBUNGAN ETNIK MELALUI PERKAHWINAN KELAHIRAN BUDAYA BAHARU MANFAAT PERKAHWINAN CAMPUR KESIMPULAN RUJUKAN Isi kandungan 1 2 2 3-6 7-8 9-13 14-16 17-19 20
Pada zaman pascakemerdekaan ini, Malaysia mula bersaing dengan negara-negara besar seperti amerika syarikat, united kingdom dan pelbagai negara di seluruh dunia. Oleh itu, kesepaduan rakyat dalam sebuah negara amatlah penting lagi-lagi negara kita yang mempunyai rakyat berbilang kaum agar dapat menstabilkan ekonomi dan memangkinkan ekonomi negara ke peringkat persada dunia. Jelaslah di sini bahawa kepentingan kesepaduan rakyat yang berbilang kaum dalam negara ini amat penting. Justifikasinya, kita sebagai warganegara yang mencintai tanah air haruslah mencari cara untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum? Antara Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum adalah dengan melakukan perkahwinan campur. Perkahwinan campur merupakan sebuah penyatuan yang terdiri daripada dua pihak yang berlainan bangsa atau kaum atau berlainan agama ataupun berlainan warganegara. Proses ini disifatkan sebagai penyatuan dua golongan insan yang berbeza sama ada agama atau bangsa. Dalam kehidupan masyarakat setiap orang mempunyai hak untuk bergaul dan berkawan serta berkenalan dengan sesiapa sahaja, begitu juga kepelbagaian bangsa yang masuk ke Malaysia pada hari ini telah memberikan satu kesan khusus terhadap sistem perkahwinan campur di negara ini, keadaan ini boleh mendorong ke arah untuk berkenalan dengan bangsa lain yang masuk ke Malaysia justeru tidak mustahil adanya kemungkinan untuk mereka saling jatuh cinta sehingga terjadinya perkahwinan campur. Pendahuluan pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 1
Perkahwinan campur di Malaysia merupakan suatu tanda dari kepelbagaian budaya dan agama yang ada di negara ini. Dengan adanya perkahwinan ini, dua individu yang berbeda latar belakang, budaya, agama, atau bahkan warna kulit, boleh berkahwin dan menjalin ikatan yang abadi dengan menghormati dan memperkukuhkan perbedaan mereka. Dalam perkahwinan campur, pasangan tersebut memilih untuk membaurkan kebudayaan dan tradisi masing-masing, membentuk suatu keluarga yang unik dan kaya dengan tradisi. Perkahwinan campur juga mencerminkan perkembangan sosial dan budaya Malaysia yang terus berkembang dan membuka diri kepada perubahan. Keberanian pasangan untuk memilih jalan hidup yang berbeza dan menghormati perbezaan merupakan suatu tindakan yang harus dicontohi oleh masyarakat. Oleh karena itu, perkahwinan campur di Malaysia merupakan sebuah pemikiran yang bersifat progresif dan memberikan harapan bagi masyarakat untuk hidup bersama dalam harmoni, menghormati perbedaan, dan membangun masyarakat yang lebih toleran dan inklusif. Pengenalan Definisi Perkahwinan campur adalah suatu bentuk pernikahan di mana dua individu yang berbeza latar belakang, budaya, agama, ras, atau warna kulit memutuskan untuk menjadi suami isteri. Dalam perkahwinan campur, pasangan tersebut memilih untuk menghormati dan memperkukuhkan perbezaan mereka, serta membaurkan kebudayaan dan tradisi masing-masing untuk membentuk suatu keluarga yang unik dan kaya dengan tradisi. Perkahwinan campur membuktikan bahwa cinta dan kasih sayang tidak terbatas oleh perbezaan kaum dan menjadikan agama sesuatu yang harus dihormati dan diterima. pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 2
pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 3
Sejarah Menurut catatan sejarah, hubungan antara kerajaan Melayu dengan tamadun-tamadun lain khususnya tamadun China, India, Arab dan lain-lain telah berlaku sejak awal Masihi lagi. Liang Liji (1996) menyatakan bahawa hubungan antara negera China dengan Alam Melayu telah lama wujud sebelum abad pertama lagi, iaitu pada abad kedua sebelum Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-177 S.M). Sehubungan dengan itu, hubungan persahabatan yang terjalin antara kerajaan Melaka dengan kerajaan China yang begitu kukuh terjalin baik dari segi aspek persahabatan, perdagangan dan lain-lain lagi telah membawa kepada berlakunya perkahwinan campur diantara dua buah negara ini. Buktinya, perkahwinan antara Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur Syah telah menjadi perintis kepada sejarah perkahwinan campur di Melaka hingga tersebar ke seluruh pelosok tanah jajahannya. Dengan itu, Jalinan persahabatan dan perdagangan serta hubungan diplomatik antara dua buah negara ini akan semakin kukuh melalui perkahwinan ini. Bukan setakat itu sahaja, perhubungan antara Kesultanan Melayu Melaka dengan negara China yang begitu kukuh juga turut membawa kepada berlakunya perkahwinan campur di negara ini. Hubungan baik yang terjalin antara dua buah negara ini mendorong lebih banyak masyarakat Cina datang berhijrah ke Melaka. Rentetan daripada itu, berlakulah migrasi orang-orang Cina ke Melaka yang akhirnya mendorong kepada asimilasi kebudayaan sehingga wujudnya keturunan Baba dan Nyonya hasil dari perkahwinan campur antara masyarakat Cina dengan masyarakat tempatan. Putri Hang Li Po pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 4
Dalam pada itu, ada antara mereka yang terus menetap dan berkahwin dengan masyarakat tempatan sehingga membentuk satu komuniti baru di Tanah Melayu pada ketika itu. Perkahwinan campur antara masyarakat Cina dan orang tempatan di Melaka telah melahirkan masyarakat Baba Nyonya sehingga ke hari ini, mereka juga membentuk komuniti mereka sendiri pada awal abad ke-17 dan abad ke-18 dengan menetap di Melaka dan Pulau Pinang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa interaksi yang baik antara masyarakat Cina dan orang tempatan ini telah melahirkan masyarakat baru di Melaka malahan turut mewujudkan satu budaya baru di negara ini. Proses akulturasi yang berlaku dengan baik pada masa dahulu mewujudkan keharmonian kaum dan perkongsian budaya antara kaum sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang meninggalkan peristiwa bersejarah di negara ini. Baba Nyonya Selain itu, sejarah perkahwinan campur di Malaysia juga bermula ekoran kedatangan masyarakat India ke Tanah Melayu pada masa dahulu lagi. Alam Melayu khususnya Melaka bukan sahaja menjalin hubungan dengan negara China malahan turut menjalin perhubungan dengan negara-negara lain seperti India. Terdapat beberapa pandangan sarjana yang berpendapat bahawa kedatangan masyarakat India ke alam Melayu adalah disebabkan oleh faktor perdagangan di negeri-negeri Melayu seperti di Gangga Negara, Beruas dan Melaka. Menurut catatan sejarah lampau, penempatan awal masyarakat ini di Melaka adalah di Tanjung Keling. Dalam hal ini, sejarah perkahwinan campur bermula apabila para pedagang India yang datang ke Tanah Melayu berkahwin dengan orang tempatan sehingga mewujudkan golongan India campuran Melayu yang beragama India Muslim. pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 5
Bukan itu sahaja, sejarah perkahwinan campur di negara kita juga berlaku semasa era penjajahan kuasa asing di negara ini. Penjajahan kuasa asing seperti Portugis ke atas Melaka umpamanya telah meninggalkan pelbagai kesan yang dapat dilihat sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, kedatangan kuasa Portugis ke Melaka telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur antara masyarakat tempatan dengan orang Portugis. Hal ini terjadi disebabkan oleh tindakan Alfonso de Albuquerque yang menggalakkan perkahwinan campur dalam kalangan orang Portugis dan wanita tempatan. Dalam hal ini, lelaki yang berkahwin dengan masyarakat tempatan ini dipanggil sebagai “casado” dan perkahwinan campur antara orang Portugis dengan wanita tempatan telah melahirkan masyarakat baru di Melaka yang dikenali sebagai Mestizo dan melahirkan anak berbangsa “eurasian”. pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 6
pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 7
ASIMILASI Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa tetapi hidup sebagai komuniti yang berasingan seperti Melayu, Cina, India serta bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kewujudan masyarakat majmuk ini adalah disebabkan oleh penjajahan British di Tanah Melayu pada dahulu kala. Mereka membawa buruh-buruh dari China dan India masuk ke Tanah Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, masyarakat majmuk boleh didefinisikan sebagai masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Setiap kaum atau bangsa mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan pemikiran sendiri namun masyarakat Malaysia dapat hidup bercampur antara satu sama lain walaupun berlainan kaum atau bangsa. Salah satu cara untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum ini adalah melalui perkahwinan campur. Terdapat dua konsep hubungan etnik yang melibatkan perkahwinan iaitu asimilasi dan amalgamasi. Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama. Ini bermakna kumpulan budaya atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.Dalam perkahwinan campur, pasangan dapat memilih untuk mengikuti budaya yang dominan dan meninggalkan budaya asal mereka. Dalam hal ini, satu dari pasangan mungkin merasa terpaksa untuk mengorbankan budaya asal mereka demi menyesuaikan diri dengan budaya pasangan. AMALGAMASI Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baru. suatu proses di mana dua budaya atau lebih bercampur dan berinteraksi secara harmonis, menghasilkan suatu budaya baru yang unik dan berbeza dari budaya asal. Dalam perkahwinan campur, pasangan dapat memilih untuk membaurkan budaya dan tradisi masing-masing untuk membentuk suatu keluarga yang beragam dan kaya akan tradisi dan biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik. pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 8
pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 9
Perkahwinan campur adalah suatu proses percantuman antara dua kaum atau bangsa yang berbeza seperti perkahwinan antara cina dan india, melayu dan cina, india dan melayu dan perkahwinan campur antara matsalleh dan cina atau india ataupun melayu. Bukan setakat itu sahaja, perkahwinan campur juga lebih kerap berlaku kepada orang bumiputera iaitu Sabah dan Sarawak yang merupakan negeri yang mempunyai pelbagai bangsa dan etnik seperti bangsa bajau, dusun, brunei, murut, iranun, sungai dan bermacam-macam bangsa lagi. Akibat daripada perkahwinan campur ini adalah melahirkan budaya baharu. Budaya baharu ini berlaku apabila anak daripada hasil perkahwinan campur tersebut mengikuti perayaan keduadua kaum atau bangsa tersebut. Sebagai contoh yang boleh kita lihat pada hari ini adalah babanyonya yang meresapi budaya setempat namun tidak mengakui beliau dari bangsa asalnya. Babanyonya adalah hasil perkahwinan campur antara melayu dan cina. pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 10
Berikut adalah beberapa contoh bagaimana perkahwinan campur antara etnis Cina dan Melayu, Melayu dan India, India dan Cina, dan orang luar (orang Inggris) dan Melayu dapat melahirkan budaya baharu: BUDAYA BAHARU CINA-MELAYU Dalam perkahwinan campur ini, pasangan dapat membaurkan unsur-unsur budaya Cina dan Melayu, seperti tradisi makan, adat istiadat, dan musik. Contohnya, hidangan Cina-Melayu seperti Nasi Lemak Cina dan rendang Cina. BUDAYA BAHARU INDIA-MELAYU Dalam perkahwinan campur ini, pasangan dapat membaurkan unsur-unsur budaya Melayu dan India, seperti pakaian, musik, dan hidangan. Contohnya, hidangan Melayu-India seperti roti canai dengan dal. BUDAYA BAHARU INDIA-CINA Budaya Baharu India-Cina: Dalam perkahwinan campur ini, pasangan dapat membaurkan unsur-unsur budaya India dan Cina, seperti pakaian, musik, dan hidangan. Contohnya, hidangan India-Cina seperti naan dengan char siu. BUDAYA BAHARU ORANG INGGERIS-MELAYU Budaya Baharu Orang Inggris-Melayu: Dalam perkahwinan campur ini, pasangan dapat membaurkan unsur-unsur budaya Orang Inggris dan Melayu, seperti adat istiadat, pakaian, dan hidangan. Contohnya, hidangan Orang Inggris-Melayu seperti fish and chips dengan sambal. pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 11
Di Sabah dan Sarawak, perkahwinan campur antara masyarakat yang berbeza budaya dan etnik merupakan pemangkin kepada perkembangan budaya baharu. Masyarakat yang berbeza menerima dan memahami budaya pasangan mereka, dan dengan demikian, menghasilkan budaya baharu yang unik dan kaya dengan elemen dari pelbagai budaya. salah satu budaya baharu yang lahir dari perkahwinan campur di kedua-dua negeri ini. Budaya ini terdiri dari elemen budaya Kadazan dan Bajau, dan menekankan pada pemeliharaan budaya tradisional serta pemahaman dan penerimaan terhadap budaya Bajau. Upacara adat seperti upacara perkahwinan dan tradisi makan adalah contoh bagaimana budaya ini memperkuatkan hubungan antara masyarakat berbeza. KADAZAN-BAJAU budaya baharu yang lain yang berkembang dari perkahwinan campur antara masyarakat Iban dan Melayu. Budaya ini menekankan pada pemeliharaan budaya tradisional Iban serta pemahaman dan penerimaan terhadap budaya Melayu. Upacara adat dan tradisi pembuatan rumah adalah contoh bagaimana budaya ini memperkuatkan hubungan antara masyarakat berbeza. IBAN-MELAYU pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 12
DAYAK-CINA Budaya Dayak-Cina adalah contoh lain dari budaya baharu yang lahir dari perkahwinan campur di keduadua negeri. Budaya ini menekankan pada pemahaman dan toleransi terhadap pelbagai budaya dan menggabungkan elemen dari budaya Dayak dan Cina. Ini termasuk pemeliharaan tradisi dan budaya Dayak serta penerimaan terhadap budaya Cina. LUN BAWANG-MELAYU Budaya Lun Bawang-Melayu adalah budaya baharu lain yang lahir dari perkahwinan campur di kedua-dua negeri. Budaya ini menekankan pada pemeliharaan budaya tradisional Lun Bawang serta pemahaman dan penerimaan terhadap budaya Melayu. Upacara adat dan tradisi makan adalah contoh bagaimana budaya ini memperkuatkan hubungan antara masyarakat berbeza. Secara keseluruhan, perkahwinan campur di Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting dalam membentuk budaya baharu yang unik dan kaya. Ini membantu memperkayakan budaya dan memperkuatkan hubungan antara masyarakat berbeza. Ia juga membantu mengatasi perbezaan dan memperkuatkan toler pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 13
Manfaat Perkahwinan Campur pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 14
Terdapat banyak manfaat yang dapat kita peroleh daripada perkahwinan campur ini. Antara manfaat-manfaat berikut adalah: Merapatkan hubungan silaturahim Mempelajari budaya bangsa lain. Memperkembanga nkan ajaran Islam. Betul ke mereka akan memperolehi anak yang pintar dan cantik? Manfaat perkahwinan campur pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 15
1. Merapatkan hubungan silaturahim. Salah satu hikmah perkahwinan campur adalah dapat merapatkan hubungan silaturahim antara berlainan bangsa. Sebelum ini, mungkin anda tidak mempunyai kenalan atau rakan rapat daripada berlainan bangsa. Namun apabila anda atau ahli keluarga anda sudah berkahwin dengan berlainan bangsa, ia akan merapatkan ukhwah antara anda dan keluarga pasangan anda. Hubungan yang sebelum ini mungkin renggang pasti akan menjadi lebih erat. Mungkin pasangan anda juga berasal dari luar negara dan ia akan merapatkan hubungan keluarga di antara dua buah negara. 2. Mempelajari budaya bangsa lain. Jika sebelum ini, anda mungkin tepu kerana langsung tidak mengetahui atau langsung tidak ada sifat ingin tahu tentang budaya bangsa lain yang terdapat di muka bumi ini. Melalui kahwin campur ia akan menambahkan ilmu anda tentang bagaimana budaya kaum lain. Budaya yang dimaksudkan di sini ialah cara pemakanan, gaya hidup, pemakaian, perayaan, cara pergaulan dan pelbagai lagi aspek yang melambangkan budaya hidup sesuatu kaum itu. 3. Memperkembangankan ajaran Islam. Hikmah lain untuk kahwin campur ialah dapat menguatkan lagi ajaran Islam di mata dunia. Perkahwinan campur juga sebenarnya mengukuhkan lagi agama Islam secara langsung dan tidak langsung. Islam tidak melarang mana-mana umatnya untuk kahwin campur atau berkahwin dengan berlainanan agama, tetapi dengan syarat, pasangan bukan Islam yang hendak berkahwin dengan orang Islam hendaklah memeluk agama Islam terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa Islam amat tegas dengan pendirian kepada mana-mana bukan Islam tidak boleh berkahwin dengan orang Islam dengan sewenang-wenangnya. Apabila anda berkahwin dengan pasangan yang baru memeluk Islam (mualaf), ia akan membuatkan bilangan masyarakat Islam di dunia bertambah ramai. Ia juga mungkin akan menarik keluarga pada pasangan yang belum memeluk Islam tadi untuk memeluk Islam kerana terpaut dengan keindahan Islam. 4. Betul ke mereka akan memperolehi anak yang pintar dan cantik? Mereka yang berkahwin campur juga biasanya akan memperolehi anak yang pintar dan cantik. Ia bukanlah suatu yang pasti namun, kebanyakannya adalah begitu. Lihat sahaja artis-artis di Malaysia ini yang cerdik dan cantik seperti Neolofa contohnya, seorang artis dan usahawan yang berjaya. Ia mungkin disebabkan campuran genetik di antara ibu dan ayah yang berlainan bangsa menghasilkan gen yang lebih baik bakanya. pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 16
Kesimpulan pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 17
Jelas kepada kita bahawa perkahwinan campur membawa banyak kebaikan jika ianya dilayari atau dilalui dengan lunas-lunas yang betul menurut syariat dan panduan yang benar. Dalam hal ini, walaupun Islam membenarkan perkahwinan campur dengan syarat mesti bersatu di bawah satu agama yang satu yakni Islam, tetapi masalah dari segi keagamaan, akhlak,budaya dan adap resam hendaklah diambil kira kerana inilah punca permasalahan yang timbul dalam perkawinan campur. Dalam soal ini, pertimbangan yang wajar harus dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam perkahwinan campur agar bahtera perkahwinan yang dilayari kekal bahagia hingga ke akhirnya. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya atau nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Seelok-eloknya hendaklah setiap pasangan meraikan warisan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa kepada keharmonian bahkan akan mencetuskan masalah yang berlarutan. Perkahwinan campur patut dijadikan kesempatan untuk memahami dan mempelajari nilainilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan dihormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah SWT nyatakan di dalam al-Quran : َه َّل ِإَّن ٱل ُك ۚۡم ۡتَق ٰى ِه َأ َّل ۡك َرَم ُكۡم ِعنَد ٱل ِإَّن َأ ۚ۟ا ۤو ۤإِى َل ِلَتَعاَرُف َب َن ٰـ ُكۡم ُشُعوࣰبا َو َق نَثٰى َوَجَعۡل ۡقَن ٰـ ُكم ِّمن َذَك ࣲر َوُأ ا َخَل َّن َها ٱلَّناُس ِإ ُّی ٰۤـَأ َی َعِلیٌم َخِبیࣱر [Surah Al-Hujurât: 13] Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 18
Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama sekaligus mengundang kahancuran sesebuah rumahtangga. Bagi muslim pula , hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salah faham terhadap Islam. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur akan lebih membawa kepada kebaikan. Sememangnya diakui wujud permasalahan-permasalahan dalam perkahwinan campur. Namun, permasalahan-permasalahan ini tidak wajar diletakkan atas dasar ianya merupakan perkahwinan campur, tetapi lebih tepat dikatakan bahawa ianya adalah disebabkan individu samada suami atau isteri yang terlibat dalam perkahwinan campur itu yang gagal untuk menurut lunas-lunas yang seharusnya dalam perkahwinan. Walaubagaimanapun permasalahan yang timbul dari perkahwinan campur bukanlah masalah yang bersifat kekal kerana selagi ada usaha kearah menghindarinya dan mencari jalan penyelesaian yang bersungguh, maka masalah tersebut akan dapat diatasi serta matlamat perkawinan yang bahagia akan dapat dikecapi. pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 19
Rujukan pemantapan Kesepaduan Etnisiti di Malaysia Melalui perkahwinan campur | 20 https://udakwah.com/perkahwinan-campur/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya https://jopepah0186.blogspot.com/2018/09/perkahwinan-campur.html https://shahlin8287.blogspot.com/2015/12/perkahwinan-campurbenarkah-ada-masalah.html http://raziosman.blogspot.com/2017/07/perkahwinan-campur-dimalaysia.html#:~:text=Perkahwinan%20campur%20sebenarnya%20s udah%20berlangsung,kerabat%20diraja%20Kesultanan%20Melayu% 20Melaka