The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut adalah merupakan penghasilan produk yang telah siap bagi Tugasan 1 untuk Kursus BMMB1104.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 282-21-marcella, 2022-03-21 03:19:33

PENGHASILAN PRODUK BMMB1104 T1

Berikut adalah merupakan penghasilan produk yang telah siap bagi Tugasan 1 untuk Kursus BMMB1104.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM 98000 MIRI SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS

BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TUGASAN 1
PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : MARCELLA ANAK ASOI
: 2021022310043
ANGKA GILIRAN : 030723130886
: PPRBMM2-2
NO. KAD PENGENALAN : PUAN SELINA BINTI AHMAD
: 21 MAC 2021
KUMPULAN / UNIT

NAMA PENSYARAH

TARIKH HANTAR

PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA
PENSYARAH

SOALAN TUGASAN:
TUGASAN 1 (Individu): Penghasilan Produk- (30%)

Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan manifestasi pemikiran
berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat dengan maklumat dan isian sama ada
bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan
masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu
berikut:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu…………………………………………1
2.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu…………………………………….........1

2.1 Pendidikan dan Hiburan……........................................................1

2.2 Dakwah……………………………………………………………….1-2
2.3 Kritikan Sosial…………………………………………………………2

3.0 Maksud Manifestasi dan Akal Budi………………………………...........2
3.1 Manifestasi Akal Budi Pantun- Pantun Melayu …………….........2-3

4.0 Rumusan……………………………………………………………………3

5.0 Sumber Rujukan…………………………………………………………...4

Objektif Pelaksanaan Berterusan:

Pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep dam fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi
akal budi dalam pantun tradisional.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya “Aroma
Arabica di Alhambra” (Lampiran 1)

1

1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu adalah merujuk kepada sesuatu hasil karya seni yang terdapat dalam kalangan
masyarakat Melayu yang merupakan satu rekaan atau ciptaan seni sastera yang ditonjolkan melalui bahasa.
Perkataan kesusasteraan yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu susastera membawa maksud huruf
atau buku yang indah. Menurut (Muhammad Haji Salleh, 2000), keindahan dalam sesuatu karya sastera
yang dihasilkan adalah sangat penting di samping dapat menjadi alat ukur dalam penciptaan seni sastera
dalam kalangan masyarakat Melayu.

Dalam konteks ini, bahasa adalah merupakan bahan utama dalam menghasilkan sesuatu karya
sastera dan kebanyakan sastera yang dihasilkan adalah bagi tujuan untuk melahirkan perasaan dan buah
fikiran masyarakat Melayu zaman dahulu melalui penulisan karya sastera mereka. Dalam pada itu, bahasa
juga merupakan alat yang digunakan untuk memberi penghayatan serta menjadi rangsangan dan daya
tarikan kepada pembaca. Selain itu, kesusasteraan juga dapat dijadikan sebagai alat hiburan dan komunikasi
dalam masyarakat iaitu hasil sastera tersebut mampu mewarisi budaya sesuatu bangsa secara turun-
temurun. Oleh itu, impaknya akan dapat menjadi cerminan atau contoh kepada masyarakat yang
mencatatkan segala perkara yang berlaku dalam sesuatu masa tertentu. (A.Wahab Ali, 2012:13).

2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Di samping itu, penghasilan kesusasteraan Melayu juga mempunyai fungsinya tersendiri iaitu karya-karya
sastera yang dihasilkan oleh tokoh atau pengarang sastera adalah untuk dijadikan sebagai bahan bacaan
masyarakat umum. Hal ini dikatakan sedemikian kerana perlunya karya sastera adalah sangat berkait rapat
dengan kehidupan masyarakat dan saling melengkapi.

2.1 PENDIDIKAN DAN HIBURAN

Fungsi pertama sastera adalah untuk mendidik serta memberi hiburan kepada masyarakat umum yang
membaca sesuatu penghasilan karya sastera. Sastera dikatakan mampu memberi hiburan dan didikan
seperti maklumat kepada masyarakat terutamanya kepada golongan yang kurang memiliki pengetahuan
dalam sesuatu aspek kehidupan. Menurut Nik Hassan Basri (2005), sesuatu karya sastera misalnya sastera
remaja dikatakan dapat mengukuhkan serta mencerminkan keterampilan berbahasa dalam diri remaja dan
memupuk nilai-nilai estetik agar memiliki kesedaran yang tinggi dalam sesuatu karya yang dibaca.

2.2 DAKWAH

Selain itu, kesusasteraan juga berfungsi untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Melalui
sastera, dakwah boleh disampaikan secara terus kepada masyarakat. Misalnya, seperti ajaran-ajaran agama
dalam sesuatu suku bangsa. Dalam konteks ini, dakwah yang disampaikan melalui sastera mampu
mendorong masyarakat agar dapat menjadi umat-Nya yang sentiasa patuh dan taat kepada ajaran agama
di samping dapat melahirkan individu yang memiliki akhlak serta keperibadian diri yang baik dan dipandang

2

mulia oleh masyarakat di sekeliling. Oleh itu, individu yang berpendidikan lebih dalam agama sudah pastinya
akan dapat mengekang diri daripada melakukan perkara yang salah di sisi agama, (Asmawati Suhid 2005).

2.3 KRITIKAN SOSIAL

Di samping itu, kesusasteraan memainkan peranan sebagai kritikan sosial yang menjadi instrumen
atau alat yang boleh digunakan dalam sistem kemasyarakatan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kritikan
sosial lebih sesuai digunakan dalam karya sastera untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada
masyarakat kerana ia lebih berkesan untuk menjawab segala persoalan dalam kehidupan bermasyarakat,
(Agus Wibowo, 2008). Penggunaan gaya bahasa yang indah, beradab serta menarik dalam kritikan sosial
untuk menyampaikan pengajaran kepada manusia akan menyebabkan kritikan tersebut sampai secara
berkesan kerana sesuatu penulisan yang baik akan menunjukkan impak yang positif kepada pembaca.

3.0 DEFINISI MANIFESTASI DAN AKAL BUDI

Manifestasi membawa erti untuk menyatakan sesuatu pendapat atau pemikiran serta perasaan seseorang
individu mengenai sesuatu hal. Dalam konteks ini, manifestasi dapat disampaikan melalui pelbagai kaedah
misalnya menerusi hasil karya sastera yang juga mempunyai akal budi dalam penyampaiannya. Akal budi
pula merujuk kepada kepintaran dan kebijaksanaan seseorang dalam menyampaikan idea dan pemikirannya
dalam kesusasteraan.

3.1 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN-PANTUN MELAYU

Seterusnya, bagi membincangkan manifestasi akal budi bagi pantun rangkap pertama yang membawa erti
semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang itu, namun dia tetap akan merendah diri serta tidak bersikap
sombong terhadap masyarakat yang berada di sekelilingnya. Dalam konteks ini, padi dijadikan sebagai
kalimat untuk menggambarkan seseorang yang berpangkat serta berpendidikan tinggi disebabkan sifat
pertumbuhan padi yang semakin berisi semakin menunduk, begitu juga dengan tingkah laku atau peradaban
seseorang yang berdarjat tinggi tetapi masih merendah diri dan tidak mengabaikan individu lain. Namun
sedemikian, sifat merendah diri bukanlah semata-mata untuk memikirkan kekurangan pada diri kita namun
sifat ini mampu mendorong diri kita untuk lebih berusaha demi kebaikan diri serta individu yang memerlukan
bantuan, (Berita Harian Rencana Interaktif 16 Disember 2016)

Selain itu, maksud bagi pantun rangkap kedua pula boleh ditakrifkan sebagai seseorang individu yang
tinggi budinya akan dipandang mulia oleh masyarakat di sekitarnya, manakala martabat sesuatu bangsa
pula akan dinilai dari segi bahasa dan tutur kata yang digunakan semasa melakukan komunikasi dengan
individu lain. Hal ini sedemikian kerana apabila seseorang memiliki akhlak diri yang tinggi serta berbudi
kepada masyarakat di sekeliling, maka individu tersebut akan dianggap sebagai orang budiman iaitu berbudi
pekerti mulia serta beradab sopan menyebabkan nilai diri dipandang tinggi oleh masyarakat. Menurut
(Hashim Hj. Musa, 2008, hlm. 12), budi adalah merupakan akal untuk individu memahami sesuatu hal dan
berusaha untuk mewujudkan keupayaan dan kebijaksanaan sekali gus melahirkan masyarakat yang
Budiman. Sementara itu, bahasa dan tutur kata yang digunakan untuk berkomunikasi juga merupakan

3

cerminan peribadi diri seseorang individu iaitu kemampuan untuk menuturkan bait-bait kata yang sopan serta
tidak meyinggungkan perasaan individu lain. Oleh itu, penggunaan bahasa yang beradab dan halus adalah
mustahak dan tidak seharusnya dipandang enteng oleh masyarakat yang berbilang bangsa dan agama
kerana ia melambangkan martabat sesuatu bangsa.

Dalam pada itu, manifestasi akal budi pantun yang terakhir ialah jika ilmu yang dituntut tidak sempurna,
maka tiadalah faedahnya kepada seseorang. Dalam konteks ini, keperluan dan niat untuk menuntut sesuatu
ilmu haruslah dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh agar dapat mencapai kejayaan dalam hidup
di samping dapat membanggakan keluarga, masyarakat serta negara. Namun begitu, sekiranya seseorang
individu malas atau tidak ikhlas menuntut ilmu, maka ia akan menjejaskan masa depan serta menyebabkan
diri dipandang rendah oleh masyarakat kerana tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Oleh itu, pentingnya
memiliki pengetahuan melalui ilmu yang diperoleh akan menjadikan seseorang individu sebagai individu
yang bermaklumat serta berpengetahuan luas.

4.0 RUMUSAN

Tuntasnya, masyarakat harus tahu bahawa setiap karya kesusasteraan banyak mendatangkan manfaat
kepada setiap lapisan golongan masyarakat. Dalam pada itu, kewujudan kesusasteraan ini seharusnya tidak
dipandang enteng kerana setiap penghasilan karya sastera mengandungi mesej dan isi yang penting untuk
disampaikan kepada masyarakat umum agar dapat melahirkan serta membentuk keperibadian yang baik
dan mulia dalam kalangan masyarakat. Akhir sekali, masyarakat juga patutlah sedar kerana kesusasteraan
adalah merupakan salah satu budaya manusia yang mencerminkan ekspresi diri seseorang melalui karya
sastera yang dihasilkan oleh seseorang pengarang.

(1006 patah perkataan)

4

SUMBER RUJUKAN:
Agus Wibowo. 2008. Sasterawan dan Kritik Sosial: Jurnal Nasional, Esai Sastera.

Asmawati Suhid. Kerelevanan pendidikan nilai dan agama dalam pembentukan masyarakat madani.
Jurnal Pendidikan Islam, jilid 11, Bil.2, Mac 2005, hal. 69-82.

Berita Harian Rencana Interaktif 16 Disember 2016

Hashim Hj. Musa. Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Muhammad Haji Salleh. (2000). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Hassan Basri. (2005). Citra komsas. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris


Click to View FlipBook Version