MESYUARAT
AGUNG
TAHUNAN PIBG
KALI KE-49PERASMIAN OLEH :
YB DATUK ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
EXCO PEMBANGUNAN, PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Merangkap
ADUN TELOK MAS
TARIKH: 25 JUN 2022
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI
1
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE 48
2 TENTATIF MAJLIS 3-4
3 KATA ALUAN GURU BESAR 5
4 KATA ALUAN YDP PIBG 6
5 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49 7
6 LAPORAN SEKOLAH 8-9
10-20
* LAPORAN UNIT PENTADBIRAN / AKADEMIK
* LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID ( HEM ) 21
22
* LAPORAN UNIT KOKURIKULUM 23 - 24
* LAPORAN PPKI 25 - 32
7 LAPORAN PIBG 33
*SENARAI NAMA JK PIBG 2021-2023 33
* AKTIVITI UTAMA PIBG 2021 34
* LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG TERKINI 35
* LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 DAN
PERKARA BERBANGKIT
8 MAKLUM BALAS USUL BERTULIS DAN USUL LISAN MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-48
9 USUL BERTULIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49
10 PENGHARGAAN
11 PENGHARGAAN KEPADA PENYUMBANG
2
3
4
4
MASA ATURCARA CATATAN
Dewan SK Alai
AKTIVITI Pasukan kompang SK
Alai
1.45 tengah Pendaftaran ibu bapa dan guru
hari Astaka SK Alai
2.00 petang Kehadiran VVIP
Perarakan masuk VVIP
2.10 petang Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Melaka Maju Jaya
2.25 petang Bacaan Doa
2.30 petang Persembahan Murid
2.40 petang Tayangan Montaj
Ucapan Aluan Guru Besar
2.50 petang Ucapan YDP PIBG
3.20 petang Ucapan Perasmian
4.00 petang Oleh : YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman
EXCO Pembangunan, Pertanian dan Industri Asas Tani
Merangkap ADUN Telok Mas
Persembahan Murid
Jamuan VVIP
YB bergerak ke program seterusnya
5
Bismillahirrahmanirahim…
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia
Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Dipertua PIBG Sesi 2022-2023, Encik Hafizan bin Hassin, Naib Yang Dipertua PIBG,
Puan Sarinah binti Ali, semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang telah memberi kerjasama
dan komitmen kepada pihak sekolah semasa saya menjalankan tugas dan tanggungjawab saya
di sini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan di atas usul dan cadangan yang telah dikemukakan.
Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya mencari alternatif dan jalan penyelesaian
untuk mengatasi dan memperbaiki mana-mana kelemahan dan kekurangan demi kemajuan
serta keselesaan semua pihak terutama anak-anak didik SK Alai, Melaka.
Peranan dan tangungjawab PIBG amat penting terutama dalam bidang akademik
dan kokurikulum murid-murid. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan sesebuah sekolah
adalah terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru sokongan padu PIBG amatlah
diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah
diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan
murid-murid.
Akhir kata saya amat berharap kerjasama antara dua pihak terjalin erat dan sentiasa
sepakat demi kecemerlangan anak-anak murid di sekolah ini. Semoga Sekolah Kebangsaan Alai,
Melaka terus unggul dan cemerlang dalam semua aspek.
Sekian, wabilahi taufiq walhidayah wassalam’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
En. Mohamad Azmir bin Hj. Abu Hassan,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Alai,
Melaka
6
Bismillahirrahmanirahim…
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul dan
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 49.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada ibubapa /penjaga yang dapat hadir ke Mesyuarat
Agung PIBG kali ke- 49 ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, komitmen dan maklumbalas dari tuan/puan
menjadi pemangkin berterusan kepada kejayaan sekolah amnya dan anak-anak tuan/puan khususnya.
Sebagai menyokong usaha sekolah di dalam melahirkan modal insan yang berkualti, PIBG SK Alai
telah menggariskan beberapa sasaran utama antaranya;
1. Menyokong sekolah di dalam pencapaian akademik/ko-kurikulum pelajar.
2. Meningkatkan penglibatan ibubapa di dalam program sekolah.
3. Penglibatan berterusan PIBG dan sekolah dengan komuniti setempat.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, tahun 2021 merupakan cabaran besar buat guru-guru dan
ibu bapa serta murid-murid kerana kita semua berada dalam fasa pandemik. Walaubagaimanapun, kejayaan
turut dapat dihasilkan oleh guru dan murid dalam tempoh fasa tersebut sama ada dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum.
Di dalam bidang kurikulum, PIBG berterima kasih kepada pihak guru-guru dan ibubapa/penjaga
kerana telah banyak membantu dalam meningkatkan prestasi akademik murid. Sehubungan dengan itu,
PIBG berharap agar ibu bapa terus memberikan komitmen dan kerjasama kepada pihak sekolah
dalam memastikan kejayaan murid.
Manakala di bidang ko-kurikulum, SK Alai telah meneruskan kecemerlangan di mana telah
berjaya membentuk kemenjadian murid aliran perdana dan juga PPKI dalam beberapa pertandingan yang
telah disertai. Antara kejayaan tersebut adalah Johan Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Sport
Stacking League 2021 bagi murid PPKI. Murid aliran perdana juga melakarkan kejayaan dan menjulang nama
SK Alai dalam Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan dan Berjaya mendapat Johan Peringkat
Negeri Melaka. Saya percaya, dengan komitmen dan motivasi yang tinggi dari segenap peringkat, kejayaan ini
akan berterusan dalam
bidang lain.
Dikesempatan ini, saya mewakili semua AJK PIBG ingin mengucapkan terima kasih kepada warga SK Alai
di atas sokongan berterusan kepada perjalanan PIBG SK Alai. Saya juga memohon maaf jika ada berlaku
kelemahan dalam menjalankan tugas sepanjang penggal ini. Saya mendoakan agar SK Alai terus mencapai kejayaan
dalam membentuk kemenjadian murid.
Sekian, wabilahi taufiq walhidayah wassalam’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hafizan bin Hassin
YDP PIBG 2021 – 2023
Sekolah Kebangsaan Alai
7
8
1
9
2
LAPORAN UNIT PENTADBIRAN DAN AKADEMIK
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI
Program / Aktiviti Kurikulum
1. Program / Aktiviti Pusat Sumber Sekolah SK Alai 2021 REFLEKSI
BIL PROGRAM / AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN
1 Mesyuarat JK Kerja dan Induk Kali 1 - 27 April
2 Mesyuarat JK Nilam Kali 2 – 7 September
KKaallii 31 -–2172ADpisriel mber
3 Mesyuarat Pengawas PSS Kali 2 – 7 September
4 Kursus Kepimpinan Pengawas Kali 3 –F1e2brDuaisrei mber
20 Mac
5 Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Murid April
6 Pelancaran Program Nilam, S-Lib dan April
Laman Maya SK Alai
7 Bulan Kemerdekaan Ogos -tidak lagi
8 Minggu Bahasa Melayu September dijalankan secara
9 Minggu Bahasa Inggeris September atas talian.
10 Program 1 minggu 1 poster Sepanjang PdPR
-masih dijalankan
11 Dekad membaca kebangsaan Mei sehingga hari ini
12 Program 5 minit bacaan pagi dan rehat Bermula Disember -masih diteruskan
secara beransur-
13 Program Naik Taraf Perpustakaan Bermula November ansur
10
1
LAPORAN AKTIVITI BERKALA PUSAT SUMBER SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2021/2022
TEMPOH PROGRAM / AKTIVITI REFLEKSI
Januari -
November Mesyuarat Pengawas PSS ❖ Dapat dilaksanakan hanya
1 kali iaitu Februari sahaja
Januari - Program Bacaan Nilam kerana sekolah ditangguh
Disember sepanjang PKP dan perlu
Pembelian buku daripada pembekal mematuhi SOP yang
Januari - Proses Bahan Buku ditetapkan
Oktober
Pendaftaran Buku dan Ahli PSS di dalam ❖ Bacaan dijalankan secara
Januari- Sistem S-Lib. atas talian melalui
Disember pemberian poster di
dalam aplikasi
Februari - “WhatsApp” kelas dan
Oktober melalui Laman Maya yang
Januari - disediakan.
Disember
Januari - ❖ Dapat dilaksanakan hanya
Disember 2 kali iaitu Jan – Mac
Januari- sahaja kerana sekolah
Disember ditangguh sepanjang PKP.
❖ Terberhenti seketika
kerana sekolah
ditangguhkan sepanjang
PKP. Proses ini diteruskan
semula apabila sekolah
mula dibuka.
❖ Sama seperti proses bahan
buku.
Pengisian Data Nilam ❖ Telah dikutip selepas
Mengemaskini papan kenyataan PSS. memperolah data
daripada pihak BTPN.
Literasi Maklumat
❖ Tergendala seketika
kerana penutupan
sekolah.
❖ Hanya dapat dijalankan
semasa bersemuka
dengan murid di sekolah
sahaja.
211
Bil. Program Tarikh
9.8.2021 – 28.8.2021
2. Panitia Bahasa Inggeris
12.3.2021
1.1 Program HIP 14.4.2021
- Newscasting 22.4.2021
- Singing Competition 23.4.2021
29.4.2021
1.2 English Week 30.4.2021
- Singing 5.5.2021
- Nursery Rhymes 7.7.2021
- Jazz Chant 6.8.2021
- Book Review Setiap Jumaat
- Story Telling 19.10.2021
- Newscasting 28.8.2021
1.3 Julai 2021
3. Panitia Pendidikan Agama Islam
2.1 Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Sekolah
2.2 Sambutan Ambang Ramadhan Peringkat Sekolah
2.3 Pertandingan Puisi Islam (Sajak & Syair) Peringkat Sekolah
2.4 Pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Sekolah
2.5 Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah
2.6 Pertandingan Da’ie Cilik Peringkat Sekolah
2.7 Majlis Penyampaian Sumbangan Untuk Anak Yatim & Fakir
Miskin Sempena Program Ihya’ Ramadhan
2.8 Kem Bestari Solat (Secara Online)
2.9 Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sekolah
2.10 Bacaan Surah Al-Kahfi & Yasin
2.11 Ceramah Sempena Maulidur Rasul 1443H Oleh Ustazah
Asni bt Abu Mansor secara Online)
4. Panitia Matematik
Mathemathics Online Challenge
5. Panitia Sains
4.1 Karnival STEM
- Bridge Building
-
LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID ( HEM )
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI
MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang
seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal,
memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.
132
OBJEKTIF
● Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
● Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat
sekolah.
● Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.
BANTUAN MURID
Kerajaan memberikan Pendidikan Percuma kepada murid warganegara melalui bantuan- bantuan
berikut :
1. Skim Pinjaman Buku Teks
2. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
3. Program Susu 1 Malaysia (PS1M)
4. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP)
5. Elaun Khas Murid Kelainan Upaya (OKU) bagi murid Pendidikan Khas
6. Bantuan Makan Prasekolah
7. Bantuan Pakaian Seragam Sekolah oleh Tabung Amanah Pelajar Miskin Negeri Melaka
(TAPEM)
8. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
AKTIVITI HEM SEPANJANG TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2021/2022
BIL. AKTIVITI TARIKH
14 – 18 Januari 2021
1. Hari Jualan Buku secara penggiliran 25 – 29 Januari 2021
2. Pemulangan dan Penerimaan Buku Teks secara pandu lalu 18 Februari 2021
Bermula 1 Mac 2021
3. Prog Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir (dalam talian) Bermula 1 Mac 2021
4. Bantuan Rancangan Makanan Tambahan Murid 8 Mac 2021
11 Mac 2021
5. Bantuan Program Susu Sekolah 12 Mac 2021
15 Mac 2021
6. Prog Guru Penyayang – Selamat Kembali Ke Sekolah 23 Mac 2021
26 Mac 2021
7. Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 9 April 2021
11 April 2021
8. Sambutan Isra’ dan Mikraj Peringkat Sekolah (dalam talian) 12 April 2021
14 April – 5 Mei 2021
9. Majlis Perasmian Program Amalan Guru Penyayang 23 April 2021
26 April 2021
10. Sumbangan Pakaian Sekolah oleh Petronas 29 April 2021
Sepanjang Ramadan
11. Majlis Persaraan Pn. Haliza binti Awang
12. Majlis Perpisahan En. Sabri bin Abu Samah
13. Mesyuarat Agong PIBG ke-48 di Balai Raya Alai
14. Pelancaran Program Ihya’ Ramadan 13
15. Program Tadarus Al-Quran setiap pagi
16. Pengagihan Bubur Lambuk
17. Sambutan Hari Lahir Bulan Jan – April
18. Kaunter Zakat Fitrah
19. Tabung Infaq Ramadan
4
13
20. Tazkirah Ramadan (setiap minggu hari Jumaat) Sepanjang Ramadan
21. Sumbangan Ramadan (Prudential Al-Isra’ Shah Alam) 5 Mei 2021
22. Majlis Khatam Tadarus & Penutup Ihya’ Ramadan 7 Mei 2021
23. Pemberian duit raya kepada semua murid 7 Mei 2021
24. Majlis Perpisahan En. Salahhuddin bin Salleh (dalam talian) 5 Julai 2021
25. Penyerahan Bantuan KWAPM secara pandu lalu 16 Julai 2021
26. Sambutan Maal Hijrah (dalam talian) 6 Ogos 2021
27. Majlis Perpisahan Pn. Diana binti Abu Talib (dalam talian)
28. Majlis Perasmian & Sambutan Bulan Kemerdekaan 20 Ogos 2021
29. Majlis Persaraan Pn. Zaidah binti Latip (dalam talian) 23 Ogos 2021
30. Program Pembudayaan Al-Quran (Bacaan Yaasin/ Al-Kahfi) 17 September 2021
31. Gotong-royong Sempena Pembukaan Semula Sekolah Setiap Jumaat 2021
32. Aktiviti Kitar Semula 5 – 8 Oktober 2021
33. Sambutan Maulidur Rasul (dalam talian) 12 Oktober 2021
34. Pelaksanaan Ujian Saringan Kendiri Covid-19 (setiap Rabu) 19 Oktober 2021
35. Taklimat Saringan Covid-19 (Pelaksaan Saringan Di Rumah) Mulai 1 Disember 2021
35. Program Perkembangan Awal Remaja 12 Januari 2022
36. Program Mandi Hadas Tahun 6 (Amali) 26 Januari 2022
37. Bantuan Awal Persekolahan secara pandu lalu 27 Januari 2022
38. Pemulangan dan Penerimaan Buku Teks secara pandu lalu 28 Januari 2022
39. Derma Kilat kepada murid/ waris ditimpa musibah 14 Februari 2022
40. Pengisian Amalan Baik Murid di dalam SSDM Sepanjang tahun
Sepanjang tahun
JUMLAH MURID MENGIKUT KELAS 2022
TAHUN AL- KHAWARIZMI AL-GHAZALI AL-FARABI JUMLAH
36 109
1 36 37 23 68
26 78
2 22 23 26 76
28 86
3 27 25 31 93
33
4 26 24 25
568
5 29 29
6 31 31
PPKI
Pra Sekolah
JUMLAH
Disediakan oleh,
Pn. Siti Fatehah binti SH Mohd Nasir
Setiausaha HEM
SKAlai,Melaka
154
LAPORAN PENCAPAIAN AKTI
MURID ALIRAN PERDA
15
IVITI / PROGRAM KOKURIKULUM
ANA DAN PPKI SK ALAI 2021
1
16
1
17
2
18
3
19
4
20
Disediakan oleh;
En. Masrizal bin Rahmat
GPK Kokurikulum
SK Alai
5
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SK ALAI 2021-2023
BIL NAMA KAD JAWATAN
PENGENALAN
1. MOHAMMAD AZMIR BIN HAJI ABU HASAN 730412-04-5067 PENASIHAT PIBG
2. HAFIZAN BIN HASSIN 780614-04-5511 YDP PIBG
3. SARINAH BINTI ALI NYDP PIBG
4. MOHD FIRDAUS BIN MAT AMIN @ IBRAHIM 890420-11-5929 SETIAUSAHA
5. SHAZIRA BINTI YUSOFF 811229-03-5594 N. SETIAUSAHA
6. MOHD SYAIFULHASRY BIN ABD AZIZ BENDAHARI
7. SAKIMAH BINTI DOL HAKIM 640113-04-5826 AHLI JAWATANKUASA
8. NORARMAN BIN NAWAWI 730714-05-5033 AHLI JAWATANKUASA
9. MASRIZAL BIN RAHMAT 791021-01-5871 AHLI JAWATANKUASA
10. AHMAD ZULKIFLI BIN MANOH 701004-04-5081 AHLI JAWATANKUASA
11. RUSUHAILA BINTI SULAIMAN 801231-01-5884 AHLI JAWATANKUASA
12. MOHD ZABANI BIN JALIL 871225-04-5255 AHLI JAWATANKUASA
13. MOHAMMAD SHAHARUM NIZAM BIN MOHD 770903-04-5519 AHLI JAWATANKUASA
SAJORI
14. HASZIAH BINTI HASSAN 790104-04-5086 AHLI JAWATANKUASA
15. SAZILLAWATI BINTI DOLAH \ 791009-04-5133 AHLI JAWATANKUASA
16. HANIFAH BINTI ROJIKAN 701215-01-5704 AHLI JAWATANKUASA
17. NURUL AZIZAH BINTI OMAR 881027-11-5194 AHLI JAWATANKUASA
18. SUHAILA BINTI AHMAD 791104-04-5208 AHLI JAWATANKUASA
19. KHAIRUL AZNOR BIN ANWAR 790913-04-5203 AHLI JAWATANKUASA
20. AZWAN BIN AZIS 750712-04-5227 AHLI JAWATANKUASA
1 21
AKTIVITI e-SARANA PIBG
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ( BPSH ) sebagai peneraju utama Inisiatif #62: Penglibatan Ibu Bapa
Komuniti dan Sektor Swasta dalam pendidikan (PIBKS) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah membuat beberapa penambahbaikan inisiatif bagi tujuan
mentransformasi sistem pendidikan negara.
Mulai tahun 2019, Inisiatif #62 dan Inisiatif #66: Peluasan Penglibatan Sektor Swasta telah digabungkan
menjadi Inisiatif #62 dengan hasrat bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah yang melaksanakan
bidang keutamaan yang lebih berfokus dan mampu mentransformasi sistem sekolah secara menyeluruh.
Pihak BPSH telah menggariskan 5 aktiviti utama dan aktiviti sukarela melibatkan ibu bapa yang wajib
dilaksanakan di semua sekolah di bawah KPM seperti berikut :
BIL AKTIVITI PELAKSANAAN PENGISIAN DATA
1 HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 19.3.2022 MULAI 31 MAC 2022
2 MESYUARAT AGUNG PIBG
3 HARI PELAPORAN 25.6.2022 MAC – JUN 2022
4 HARI SUKAN
5 HARI KECEMERLANGAN JULAI - NOV MULAI 30 NOV - 4 DIS
6 PENGLIBATAN IBU BAPA SECARA SUKARELA OGOS - NOV 2022
DALAM AKTIVITI PIBG/SEKOLAH 30 NOV - 4 DIS 2022
JANUARI 2023 MAC 2022 – JANUARI
2023
JANUARI – DISEMBER
2022 MULAI 31 MAC – DIS 2022
KPI PIBKS 2022 adalah seperti berikut :
KPI 1 : Peningkatan program kerjasama awam-swasta dalam pendidikan sekurang-kurangnya 5%
daripada TOV pada tahun 2021.
KPI 2 : Peratus PPD yang mempunyai sekurang-kurangnya 75% buah sekolah yang mencapai 50%
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kesukarelawanan.
222
LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG
RINGKASAN PERBELANJAAN PIBG 2022
TARIKH BUTIRAN DEBIT (RM) KREDIT (RM)
1-Jan-22 Baki Bank b/h Disember 2021 RM 3,308.47 RM 3,020.80
24-Jan-22 Sumbangan PIBG (POTRET BINA ENT.) -ORM55681402- RM 1,500.00 RM 0.50
26-Jan-22 Sumbangan PIBG (PZH ENT.) -ORB75591089- RM 300.00
28-Jan-22 Sumbangan PIBG (ATM DEPOSIT) -702446700005907- RM 300.00 RM 1,100.00
Sumbangan PIBG (HASAN BASRI BIN SELAH) -ORB00206532- RM 200.00 RM 0.50
4-Feb-22 Pengeluaran -702473000003655- RM 200.00 RM 1.00
6-Feb-22 Cas Cek RM 500.00 RM 45.00
7-Feb-22 Sumbangan PIBG (SHAARI BIN MAT SAOD) -702482000075037- RM 300.00 RM 600.00
Sumbangan PIBG (CURAZIUM RESOURCES) -7024860021322- RM 500.00
8-Feb-22 Sumbangan PIBG (MAHAT ENT) -702486200023234- RM 250.00
18-Feb-22 Sumbangan PIBG (MAZLAN KONTRAKTOR) -702486200034379- RM 500.00
22-Feb-22 Sumbangan PIBG (KELUARGA HJ WAHAB) -702485000011587- RM 100.00
6-Apr-22 Sumbangan PIBG (KHALIFAH AMETROPE EYEWEAR) -702486200064080- RM 200.00
11-Apr-22 Sumbangan PIBG (FR GLOBAL VENTURE) -702486200078269- RM 300.00
12-Apr-22 Sumbangan PIBG (ZAINUDDIN BIN SULAIMAN) -702486200103007- RM 200.00
Sumbangan PIBG (AXIAMAS HOLDINGS) -702486300010053- RM 250.00
13-Apr-22 Sumbangan PIBG (NORAISHAH SABRI) -702489800049135- RM 200.00
14-Apr-22 Sumbangan PIBG (WAN NUZULAMNI MD JUS) -702489800060151-
15-Apr-22 Sumbangan PIBG (BINTANG PRINTING) -702527800000260- RM 200.00
19-Apr-22 Pengeluaran -702542100004255- RM 200.00
20-Apr-22 Cas Cek RM 50.00
Sumbangan ihya Ramadan (DOUBLE Q CRADLE) -702713200000295- RM 10.00
Sumbangan ihya Ramadan (HAZIANI KAMARUDDIN) -702732400107100- RM 10.00
Sumbangan ihya Ramadan (NOOR ZULIANA) -702736400014348- RM 30.00
Sumbangan ihya Ramadan (RABIATUL ADAWIYAH) -702736400102225- RM 10.00
Sumbangan ihya Ramadan (RABIATUL ADAWIYAH) -702736400102654- RM 50.00
Sumbangan ihya Ramadan (NURUL IZYANI MARZUKI) -702740000005436- RM 500.00
Sumbangan ihya Ramadan (NAZATUL SHIMA) -702744100066904-
Sumbangan ihya Ramadan (AFEZA AHMAD) -702747800008079-
Sumbangan ihya Ramadan (SITI ZUBAIDAH) -702747800039916-
Cas Perkhidmatan -702761500001271-
Pengeluaran - 983214-
- Iftar PIBG
- Lalulintas Jan-Apr
233
22-Apr-22 - Tumpang lalu Ihya Ramadhan RM 10.00 RM 1,060.00
29-Apr-22 - Sumbangan PIBG SRA JAIM Alai 2 RM 10.00 RM 100.00
- Duit Raya Murid RM 550.00
19-May-22 Cas Cek RM 0.50
Sumbangan ihya Ramadan (NOR SYAZWANI) -702774600052916-
2-Jun-22 Sumbangan ihya Ramadan (NORHAPIZAH) -702774600111600- RM 1,820.00
Pengeluaran -983215- RM 20.00
- Pembelian Container 130 nos (130 x RM14) RM 0.50
- Tumpang lalu Ihya Ramadhan
Cas Cek RM 50.00
Pengeluaran -983216- RM 400.00
- Saguhati Guru Berpindah (Pn Anita Yahya) RM 0.50
- Jamuan Makan Murid Hari Guru
Cas Cek RM 396.50
Pengeluaran -983217- RM 90.00
- Makan dan minum murid program merentas desa RM 0.50
- saguhati murid patah tangan (3 orang)
Cas Cek
RM 10,188.47 RM 9,256.30
RM 932.17
BAKI TERAKHIR PADA 10/6/2022
Disediakan oleh;
(MOHD SAIFULHASRY BIN ABD AZIZ)
Bendahari PIBG
SK Alai, Mel
Disahkan oleh;
(SARINAH BINTI ALI)
NYDP PIBG
SK Alai, Melaka
Disemak oleh;
Juru Audit Kewangan 1 Juru Audit Kewangan 2
2021 2021
424
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI
KM 8 , ALAI MELAKA
TEL : 06-2682727 FAKS : 06-2686522
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK ALAI KE-48
TARIKH : 11 APRIL 2021
TEMPAT: BALAI RAYA ALAI
MASA: 8.45 PAGI
KEHADIRAN : 74 ORANG (IBU BAPA & GURU)
1. UCAPAN ALUAN
1.1 Mantan Guru Besar SK Alai, En. Sabri bin Abu Samah menyampaikan ucapan aluan. Beliau
mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK Mesyuarat Agung PIBG atas penganjuran
mesyuarat tersebut. Mesyuarat Agung PIBG 2021 perlu disegerakan sebelum Jun 2021 atas
arahan JPM. Beliau turut kesal berkenaan kehadiran ibu bapa / penjaga yang kurang memuaskan
setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK
Alai yang baharu menggantikan beliau iaitu En. Mohamad Azmir bin Hj. Abu Hassan kerana sudi
menjemput beliau ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 48 ini.
Tindakan : Makluman
1.2 Mantan Guru Besar turut memberi penjelasan kepada ibu bapa / penjaga tentang situasi
terkini SK Alai :
1.2.1 SK Alai merupakan sekolah yang hebat
1.2.2 Peratusan subjek yang tinggi dalam peperiksaan
1.2.3 Kehadiran murid ke sekolah adalah 80% - 85% - ibu bapa / penjaga memainkan
peranan penting dalam meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
1.2.4 Murid tidak memberikan maklum balas yang baik ketika PdPR
Tindakan : Makluman
1.3 Mantan Guru Besar memuji usaha guru-guru sepanjang PdPR kerana telah berusaha keras
dalam memastikan murid-murid SK Alai dapat belajar dengan baik walaupun ketika PKP
Tindakan : Makluman
1.4 Mantan Guru Besar memohon jasa baik ibu bapa / penjaga untuk menjadi ibu bapa yang hebat
kerana mempunyai anak-anak yang hebat. Kerjasama ibu bapa amat penting dalam membantu
mengajar anak-anak di rumah dan mempraktikkan segala kemahiran kepada anak-anak.
Tindakan : Makluman
1.5 En. Sabri bin Abu Samah turut menyatakan bahawa YDP PIBG, En. Mohd Nizam bin Omar
telah banyak berkorban untuk sekolah sepanjang beliau menjadi YDP PIBG.
Tindakan : Makluman
255
1.6 Beliau turut menyarankan agar ibu bapa mendidik anak-anak mengikut zaman mereka di
mana pada masa kini penggunaan internet dan teknologi amat meluas dalam zaman maya ini.
Tindakan : Makluman
1.7 Ibu bapa / penjaga juga disarankan agar sentiasa menjaga kebajikan anak-anak dengan
menyediakan sarapan dan memberikan makanan yang seimbang kepada anak-anak.
Tindakan : Makluman
1.8 Ramai ibu bapa yang tidak mengambil bantuan kewangan di sekolah. Ia perlu diambil segera
kerana pihak sekolah tidak boleh menyimpan bantuan kewangan tersebut dalam tempoh yang
lama dan perlu dipulangkan semula jika bantuan kewangan tidak diambil segera.
Tindakan : Makluman
1.9 Borang-borang yang diberikan kepada ibu bapa untuk diisi, tidak dikembalikan kepada pihak
sekolah dan meminta kerjasama ibu bapa untuk menghantar borang kepada pihak sekolah agar
dapat diproses dn tiada keciciran bantuan.
Tindakan : makluman
1.10 Beliau turut berharap agar semua pihak dapat meberi sokongan kepada Guru Besar baharu,
cari kelebihan bukan kekurangan. “Pandanglah seseorang dengan mata lebah, bukan dengan
mata lalat”. En. Sabri bin Abu Samah, mantan Guru Besar SK Alai memperkenalkan Guru Besar
baharu SK Alai, En. Mohamad Azmir bin Hj. Abu Hassan kepada semua yang hadir.
Tindakan : Makluman
1.11 En. Sabri bin Abu Samah akan berpindah dan berkhidmat di SK Telok Mas.
Tindakan : Makluman
1.12 Beliau memaklumkan bahawa Yuran PIBG iaitu hampir 40 keluarga tidak membayar
sumbangan PIBG. Menurut beliau, walaupun ianya tidak wajib tetapi bayaran yuran tersebut
diperlukan untuk membantu dalam pembangunan dan kegunaan program sekolah. Harapan beliau
agar semua dapat membayar yuran PIBG tersebut sebanyak RM50.00, dan ianya boleh dibayar
secara ansuran.
Tindakan : Ibu bapa/ Penjaga
SK Alai
1.1.3 Beliau mengucapkan terima kasih atas pihak penganjur, menyatakan rasa berat hati untuk
meninggalkan SK Alai dan berharap agar ibu bapa dan guru sentiasa bekerjasama dalam
memastikan kemenjadian murid.
Tindakan : Makluman
6
26
2. UCAPAN GURU BESAR, EN MOHAMAD AZMIR BIN HJ. ABU HASSAN
2.1 Guru Besar mengucapkan salam dan memperkenalkan diri kepada semua hadirin yang hadir.
Beliau amat berharap agar dapat menghidupkan semula Alumni SK Alai. Bagi beliau, guru-guru
dan murid SK Alai merupakan insane yang hebat. Ketika pandemik, guru-guru tetap cuba
menaikkan nama SK Alai dengan memberikan komitmen penuh kepada murid-murid. Guru
berperanan untuk melahirkan warga yang berintegriti.
Tindakan : Makluman
2.2 Beliau menyatakan bahawa akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan jawatankuasa
untuk membincangkan program-program di sekolah.
Tindakan : JK PIBG
2.3 Beliau menyarankan agar ibu bapa dapat memberi ruang kepada anak-anak untuk membuat
perancangan masa dalam belajar dan bermain. Ibu bapa juga perlu mendidik norma-norma
kemanusiaan dalam diri anak-anak kerana ianya telah semakin kurang.
Tindakan : Makluman
2.4 SK Alai banyak melakar kejayaan dalam beberapa pertandingan, ianya atas usaha guru dan
ibu bapa dalam memperkembangkan bakat anak-anak.
Tindakan : Makluman
2.5 Harapan beliau adalah anak-anak SK Alai perlu sentiasa menjaga solat kerana ia merupakan
salah satu perkara penting dalam kemenjadian murid. Ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak
sentiasa dipantau berkenaan solat mereka ketika di rumah.
Tindakan : Makluman
2.6 Pesanan beliau dalam mengakhiri ucapan, “Kalau tidak boleh jadi garam, janganlah jadi
langau” iaitu jika kita tidak dapat memberikan manfaat yang banyak kepada orang lain, janganlah
cuba untuk merosakkan sesuatu perkara yang baik.
Tindakan : Makluman
3. UCAPAN EN. MOHD NIZAM BIN OMAR, YDP PIBG SK ALAI (2019 – 2020)
3.1 Beliau mengatakan bahawa pihak sekolah ada mewujudkan kumpulan whatsapp dan telegram
dengan ibu bapa sebagai medium komunikasi dua hala.
Tindakan : Makluman
3.2 Beliau menyatakan hasrat pihak sekolah yang ingin meraikan anak-anak murid SK Alai agar
dapat hak yang sama rata.
Tindakan : Makluman
3.3 Beliau memaklumkan tentang baki perumtukan PIBG untuk tahun 2020 ada sebanyak RM
9,000.
Tindakan : Makluman
3.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada En. Ramli bin Ismail, NYDP PIBG kerana telah
menjalankan tugas memangku tugas YDP PIBG bagi pengurusan PIBG tahun 2020 dengan baik.
Tindakan : Makluman
277
4. PELANTIKAN AJK PIBG 2021 – 2023
4.1 NYDP PIBG, En. Ramli bin Ismail (Pengerusi Sementara) mengendalikan Pelantikan AJK
baharu 2021 – 2023.
4.2 Berikut adalah agenda sepanjang Mesyuarat Agung PIBG ke- 48 :-
BIL PERKARA CADANGAN TINDAKAN
1. Pegesahan Minit 2020 Puan Sarinah Ali : En Shahrul :
Cadangan pengesahan Sokongan
Mesyuarat PIBG tahun
2020
2. Pembentangan Penyata Kewangan En. Shaharum Nizam En. Rasul bin Sabudin :
dan perbelanjaan tahun 2020 oleh mencadangkan Laporan Sokongan
En. Mohd Syaifulhasry Kewangan 2020
- sila rujuk lampiran penyata
kewangan 2020
3. Pelantikan AJK 2021-2023
• Pembubaran AJK PIBG
2019-2020 AJK PIBG 2021-2023 Disokong sebulat suara
• Pelantikan YDP baharu oleh ahli mesyuarat
YDP PIBG
En. Hafizan bin Hassin
NYDP PIBG
Pn. Sarinah bt Ali
Setiausaha
En. Mohd Firdaus bin
Mat Amin @ Ibrahim
AJK Ibu Bapa
En. Zabani bin Jalil
En. Mohammad
Shaharum Nizam bin
Mohd Sajori
Pn. Haszian bin Hassan
Pn Rusuhaila Sulaiman
Pn. Sharifah Suraya bt.
Syed Alywi
4. Pelantikan AJK 2021 – 2023 dari Senarai AJK PIBG
kalangan guru akan dilantik oleh 2021 -2023,
Guru Besar SK Alai Sila rujuk lampiran 1
Tindakan : JK PIBG
288
5. PENYERAHAN MAJLIS KEPADA AJK PIBG BAHARU
5.1 Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PIBG baharu iaitu En. Hafizan bin Hassin. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam pelantikannya sebagai YDP PIBG bagi tahun
2021 – 2023. Beliau amat berharap agar dapat bekerjasama dengan baik bersama-sama Jawatankuasa
lantikan baharu dan ibu bapa SK Alai.
5.2 Pembentangan Usul 2021
5.2.1 Usul daripada en. Zuhairi Ramli iaitu tandas murid perlu kerap dicuci
Jawapan :
En. Sabri bin Abu Samah menjelaskan :
i. Pekerja pembersihan menjalankan pembersihan mengikut jadual pembersihan
ii. Masalah biasa terjadi (tandas kotor) adalah pada waktu kemuncak iaitu waktu
rehat
En. Hafizan
i. Cuba kekalkan kebersihan tandas, pembersihan sepanjang masa
En. Abdul Halim
i. Isu lain lebih besar untuk dibincangkan mengenai sekolah, ibu bapa didik anak-
anak jaga kebersihan – tanggungjawab kendiri
5.2.2 Usul daripada Siti Nazirah Omar, Pengawal keselamatan mengawal kesesakan lalu
Lintas
Jawapan :
En. Sabri Abu Samah menjelaaskan :
i. Tugas melintaskan murid pada waktu datang dan balik adalah dengan
mendapatkan bantuan pekerja pembersihan sekolah
En. Mohd Nizam mencadangkan :
i. Upah anggota RELA
ii. Kerjasama ibu bapa untuk membuat sumbangan
En. Mohamad Azmir memohon kerjasama:
i. Ibu bapa ambil anak dan terus balik untuk mengurangkan kesesakan di depan
pintu pagar sekolah
En. Abdul Halim memaklumkan :
i. Perbincangan telah dibuat dengan RELA, perlu membuat permohonan dengan
RELA dan bayaran bulanan telah ditetapkan
ii. Boleh dilaksanakan sekiranya surat disediakan
9 29
5.2.3 Usul daripada Pn. Zaleha dan En. Norawi mencadangkan hari Rabu agar murid balik
jam 2 petang
Jawapan :
En Sabri bin Abu Samah memberikan maklum balas :
i. Tidak dapat dilaksanakan kerana mengikut jadual kelas dan “credit hours” PDPC
ii. Kerjasama ibu bapa diperlukan untuk mengambil anak-anak mengilkut waktu
yang ditetapkan
5.2.4 Usul Lisan daripada Pn. Noranita, beliau mencadangkan agar penggunaan WhatsApp
kelas dioptimumkan dan kerjasama guru untuk memasukkan tugasan dalam grup WhatsApp
sekolah
Jawapan :
Guru Besar, En. Mohamad Azmir memaklumkan bahawa guru-guru akan diberikan makluman
berkaitan perkara tersebut.
5.2.5 Usul Lisa daripada Pn. Aziani Kamaruddin iaitu menu murid semasa rehat perlu
dipelbagaikan dan kantin menyediakan makanan yang lebih seimbang dan sihat
Jawapan :
Guru Besar memaklumkan bahawa pemantauan akan dibuat dan akan membincangkan perkara
tersebut. Penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa.
5.2.6 Usul Lisan daripada Pn. Azila iaitu guru-guru juga perlu memberi latihan kepada murid
dalam buku kerja / buku aktiviti
Jawapan :
Guru Besar memaklumkan bahawa Buku Aktiviti sebagai penambahbaikan dan mesyuarat guru
akan diadakan bagi membincangkan mengenai aktiviti murid.
5.2.7 Usul Lisan daripada En. Abdul Halim iaitu guru-guru perlu kerap menberikan latihan dalam
Buku Aktiviti / Buku Kerja. Selain itu,guru-guru perlu gunakan buku yang sedia ada untuk murid
membuat latihan dan guru membuat semakan.
Jawapan :
Guru Besar memaklumkan bahawa Buku Aktiviti sebagai penambahbaikan dan mesyuarat guru
akan diadakan bagi membincangkan mengenai aktiviti murid.
1300
5.2.8 Usul daripada En. Abdul Halim iaitu YDP kenalpasti dan panggil pihak JKR untuk melihat
sendiri masalah yang berlaku di sekolah terutama masalah lalu lintas murid – perlunya bonggol
untuk mengurangkan kelajuan kenderaan pada waktu puncak
Jawapan :
En. Hafizan, YDP PIBG memaklumkan akan membuat surat kepada JKR “ highlight” kan
masalah utama kenapa pihak JKR perlu datang dan melihat sendiri masalah yang berlaku.
Guru Besar, En. Mohamad Azmir memaklumkan bahawa pihak sekolah akan membincangkan
perkara ini bersama-sama pihak JKR dan PIBG serta menyediakan surat berkenaan.
Pn. Sarinah binti Ali, NYDP PIBG memaklumkan bahawa bonggol bagi keselamatan murid ini
akan dibincangkan dan tindakan akan diambil
5.2.9 Usul daripada Pn. Sarinah Ali iaitu berkaitan Yuran PIBG iaitu sama ada perlu ditetapkan
nilai yuran tersebut atau mengikut budi bicara ibu bapa.
Jawapan :
Guru Besar memaklumkan bahawa sebanyak RM 50.00 (wajib) dan sekiranya ada ibu bapa yang
ingin memberikan lebih, ianya tiada masalah
Tindakan : Makluman
6. HAL-HAL LAIN
6.1 En. Abdul Halim selaku AJK PIBG 2019-2020 mengucapkan terima kasih kepada En. Sabri bin
Abu Samah, mantan Guru Besar SK Alai atas jasa yang diberikan kepada sekolah. Beliau turut
memohon jasa baik ibu bapa untuk membuat bayaran yuran PIBG sekolah agar ia dapat digunakan
untuk kegunaan sekolah dan murid. Bagi beliau, ibu bapa perlu memepunyai kesedaran terhadap
kepentingan mesyuarat dan perbincangan serta kepentingan untuk hadir ke Mesyuarat PIBG SK Alai.
Komitmen ibu bapa untuk hadir serta memberi kerjasama kepada sekolah.
6.2 Alumni SK Alai akan diaktifkan semula, perbincangan akan dilakukan dari semasa ke semasa.
Sokongan semua sangat diperlukan untuk membantu barisan kepimpinan yang baharu dan juga pihak
sekolah.
6.3 Yuran tahunan PIBG dikekalkan RM 50.00 setiap keluarga
Tindakan : JK PIBG
7. PENANGGUHAN
7..1 En. Hafizan Hassin menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG ke 48 pada jam 12.00 tengah hari dan
berharap agar AJK PIBG baharu dapat memberikan kerjasama dalam membantu membangunkan
kecemerlangan murid-murid SK Alai.
31
11
1322
MAKLUM BALAS USUL BERTULIS DAN USUL LISAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
BIL. USUL BERTULIS CATATAN
1. Tandas murid perlu kerap dicuci. En. Mohd Zuhaili Ramli
2. Mencadangkan agar Pengawal Keselamatan untuk mengawal Pn. Siti Nazirah binti Omar
laluan di depan pintu masuk sekolah untuk mengelakkan
kesesakan lalu lintas.
3. Mencadangkan agar hari Rabu murid tahap 2 untuk balik Pn. Zaleha Ibrahim /
sekolah pada jam 1.00 petang untuk persiapan ke sekolah En. Mohd Nor Awi
agama petang.
USUL BERTULIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49
BIL. USUL BERTULIS PEMBERI USUL
1. Sediakan almari untuk letak buku kerana kasuhan kepada Rosiana binti Kadir
anak-anak membawa beg yang besar dan berat dari badan
mereka. Kami sebagai ibubapa boleh keluarkan sedikit duit
utk kemudahan mereka.
2. Borang kaji selidik gaji ibu bapa Ibtisam Binti Hadzir
(Berkenaan dengan borang kaji selidik gaji ibu bapa)
3. 1. Penambahbaikan khidmat security/ kawalan kenderaan Hussin bin Hj. Said
sewaktu melintas semasa datang sekolah.
2. Penambahbaikan khidmat cleaner utk kebersihan tandas
secara berkala.
4. 1. Sediakan kotak isi buku dalam kelas bagi murid-murid Hashimah bte Hanafi
2. Buat kutipan RM1 setiap minggu untuk buat program
dalam kelas supaya senang ada duit dari kutipan tersebut
5. Bagi murid kelas permulihan, harap jasa baik cikgu selalu Rosmah bte Nasir
whatsapp secara personal dgn penjaga tentang masalah anak
penjaga di dalam kelas dan sekiranya ada latihan yang perlu
dibuat oleh murid
6. Memohon jasa baik guru untuk menyemak semula jadual Siti Nazirah binti Omar
murid kerana beg yang perlu dibawa sangat berat
1333
PENGHARGAAN
Terima kasih diucapkan kepada
YB DATUK ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
EXCO PEMBANGUNAN, PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Merangkap
ADUN TELOK MAS
En. Hafizan bin Hassin
YDP PIBG, SK Alai
Pn. Sarinah binti Ali
NYDP PIBG, SK Alai
En. Mohamad Azmir bin Hj. Abu Hassan
Guru Besar, SK Alai
Pn. Sakimah binti Dolhakim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Alai
En. Norarman bin Nawawi
Guru Penolong Kanan HEM, SK Alai
En. Masrizal bin Rahmat
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Alai
En. Ahmad Zulkifli bin Manoh
Guru Penolong Kanan PPKI, SK Alai
AJK PIBG SK Alai
Barisan Guru-Guru SK Alai
Serta
Ibu Bapa / Penjaga Murid SK Alai
Dalam menjayakan
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49
14
PENYUMBANG
Terima kasih diucapkan kepada
penyumbang-penyumbang
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49
KHALIFAH AMETROPE EYEWEAR
MAHAD ENTERPRISE
POTRET BINA ENTERPRISE
ARANG CAFÉ
EMPERIO RESIDENCE, MELAKA
HOMESTAY D’ASYRAFF, MELAKA
SYH CYCLES SDN BHD
15