PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI DAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA TAHUN 2024 TARIKH : 20 JUN 2024 | KHAMIS MASA : 8.00 PAGI TEMPAT :SJKC SERDANG BARU 2
MAKLUMAT UMUM PERTANDINGAN PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TARIKH :20 JUN 2024 |KHAMIS MASA :8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SJKC SB2 TARIKH :20 JUN 2024 |KHAMIS MASA :8.00 PAGI TEMPAT : AUDITORIUM SJKC SB2
ATUR CARA PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI & BERCERITA BAHASA MELAYU SJKC 8.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan dan Pendaftaran Peserta Sarapan Pagi 8.30 pagi : Majlis Perasmian Pembukaan ▪ Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Selangor ▪ Ucapan Alu-aluan ▪ Ucapan Perasmian Pembukaan ▪ Sesi Pengenalan Hakim Pertandingan 8.45 pagi : Slot 1 Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI Slot 2 Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Pengenalan Latar Belakang Hakim Pengenalan Latar Belakang Hakim Penerangan Peraturan Pertandingan Penerangan Peraturan Pertandingan Giliran Peserta 1-13 Giliran Peserta 1-13 Rehat (5 minit) Rehat (5 minit) Giliran Peserta 14-26 Giliran Peserta 14-26 12.00 tengah hari : Merarau Perbincangan Hakim dan Pengiraan Markah 1.00 tengah hari : Majlis Perasmian Penutupan ▪ Persembahan ▪ Ulasan Ketua Hakim Pidato Aspirasi Generasi MADANI ▪ Ulasan Ketua Hakim Bercerita ▪ Penyampaian Sijil dan Tanda Mata Hakim ▪ Penyampaian Hadiah Pertandingan ▪ Ucapan Perasmian Penutupan 2.30 petang : Bersurai
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI SJKC 1.0 PENGENALAN Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audiens. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahasa yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Oleh itu, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman. 2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid berpidato secara bersahaja dan meyakinkan. 2.2 Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya ilmiah penulis tempatan dan luar negara. 2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. 2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 3.0 KATEGORI Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 2 (Tahun 4-6) 4.0 PERATURAN DAN SYARAT 4.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka dan setiap peserta dibenarkan menyertai satu (1) jenis pertandingan sahaja, sama ada Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI atau Bercerita. 4.2 Penyertaan adalah secara individu. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar dua (2) peserta sahaja.
4.3 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu Tahap 2 (Tahun 4-6), warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh Malaysia dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. 4.4 Setiap peserta dikehendaki menghantar satu (1) salinan sijil lahir kepada pihak pengelola sebagai bukti pengesahan perkara 4.3. 4.5 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola pertandingan. 4.6 Peserta tidak boleh menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 4.7 Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks. 4.8 Para peserta WAJIB berpakaian sekolah biasa iaitu PUTIH dan BIRU sahaja pada pertandingan peringkat daerah antara sekolah-sekolah SJKC. Pakaian pengawas atau memakai blazer tidak dibenarkan. 4.9 Peserta tidak dibenarkan memperkenalkan diri dan nama sekolah masing-masing semasa menyampaikan pidato. 4.10 Tidak dibenarkan menggunakan prop, muzik, kesan bunyi semasa menyampaikan pidato. 4.11 Guru pembimbing dilarang memberikan sebarang bentuk bantuan atau tunjuk ajar kepada peserta yang sedang membuat persembahan. 5.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan pidato Peringkat Daerah dijalankan satu pusingan sahaja, iaitu Pidato Bahagian Pertama (Hafalan): 5.1.1 Tema: Aspirasi Generasi MADANI 5.1.2 Tajuk disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan tema seperti di atas. 5.1.3 Tajuk yang dipilih mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif, politik dan perkauman. 5.1.4 Tempoh masa berpidato : 5 minit sahaja. 5.1.5 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa berpidato berbaki seminit. Loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa berpidato telah tamat. 5.1.6 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan tidak diberikan markah, malah markah akan ditolak. 5.2 Bahagian kedua (spontan) tidak dijalankan. 5.3 Peserta pidato yang mendapat johan dan naib johan pada peringkat daerah layak ke peringkat negeri Selangor antara Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
6.0 KRITERIA PEMARKAHAN 6.1 Peserta akan dinilai berdasarkan keseluruhan persembahan peserta dan menepati kriteria yang telah ditetapkan. 6.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan halhal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 6.3 Lima (5) markah maksimum sahaja akan diberikan kepada peserta yang membaca nota atau teks. 6.4 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan tidak diberikan markah, malah akan ditolak markah bagi pengurusan masa. 6.5 Sistem Penolakan Markah bagi pengurusan masa adalah seperti berikut: 6.5.1 Selepas 5 minit: - 1 markah (5.01s - 5.30s) 6.5.2 30saat seterusnya: - 1 markah (5.31s - 6.00s) 6.6 Peserta akan dinilai berdasarkan kriteria seperti yang berikut: 6.6.1 Idea/Isi = 30 markah 6.6.2 Bahasa = 20 markah 6.6.3 Penyampaian dan Persembahan = 50 markah 6.6.4 Jumlah keseluruhan = 100 markah 7.0 PENGHAKIMAN 7.1 Peringkat daerah dinilai oleh tiga orang hakim termasuk ketua hakim. 7.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara holistik. 7.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri. 7.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 8.0 HADIAH 8.1 Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut bagi setiap pertandingan: Johan Trofi + sijil pencapaian Naib Johan Trofi + sijil pencapaian Ketiga Trofi + sijil pencapaian Keempat Trofi + sijil pencapaian Kelima Trofi + sijil pencapaian Ke-6 hingga Ke-10 Trofi + sijil pencapaian (Cemerlang) Ke-11 hingga Ke-26 Trofi + sijil pencapaian (Kepujian) 8.2 Peserta pidato yang mendapat johan dan naib johan pada peringkat daerah layak ke peringkat negeri Selangor antara Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SJKC 1.0 PENGENALAN Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberikan pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens. 2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan. 2.2 Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya kreatif penulispenulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. 2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. 2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan. 2.6 Menggalakkan murid menjana idea spontan berdasarkan bahan rangsangan. 3.0 KATEGORI Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 2 (Tahun 4-6) 4.0 PERATURAN DAN SYARAT 4.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka dan setiap peserta dibenarkan menyertai satu (1) jenis pertandingan sahaja, sama ada Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI atau Bercerita. 4.2 Penyertaan adalah secara individu. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar dua (2) peserta sahaja.
4.3 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu Tahap 2 (Tahun 4-6), warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh Malaysia dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. 4.4 Setiap peserta dikehendaki menghantar satu (1) salinan sijil lahir kepada pihak pengelola sebagai bukti pengesahan perkara 4.3. 4.5 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola pertandingan. 4.6 Peserta tidak boleh menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 4.7 Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks. 4.8 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan cerita. Penggunaan kostum dan tatarias dibenarkan. Pakaian seragam sekolah juga dibenarkan. 4.9 Penggunaan prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan. Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. Kesemua unsur ini tidak boleh melebihi satu minit daripada keseluruhan cerita. 4.10 Unsur lakonan dan main peranan tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan adalah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. 4.11 Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan. 4.12 Peserta tidak dibenarkan memperkenalkan diri dan nama sekolah masing-masing semasa menyampaikan cerita. 4.13 Guru pembimbing dilarang memberikan sebarang bentuk bantuan atau tunjuk ajar kepada peserta yang sedang membuat persembahan. 5.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan bercerita peringkat daerah dijalankan satu pusingan sahaja, iaitu Bercerita Bahagian Pertama (Hafalan): 5.1.1 Tema: BEBAS 5.1.2 Tajuk disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan tema seperti di atas. 5.1.3 Tajuk yang dipilih mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif, politik dan perkauman. 5.1.4 Tempoh masa bercerita: 6-7 minit sahaja.
5.1.5 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit keenam. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit ketujuh menandakan masa bercerita telah tamat. 5.1.6 Penyampaian cerita selepas loceng penamat dibunyikan tidak diberikan markah, malah markah akan ditolak. 5.2 Bahagian kedua (spontan) tidak dijalankan. 5.3 Peserta pidato yang mendapat johan dan naib johan pada peringkat daerah layak ke peringkat negeri Selangor antara Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina. 6.0 KRITERIA PEMARKAHAN 6.1 Peserta akan dinilai berdasarkan keseluruhan persembahan peserta dan menepati kriteria yang telah ditetapkan. 6.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan halhal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 6.3 Lima (5) markah maksimum sahaja akan diberikan kepada peserta yang membaca nota atau teks. 6.4 Penyampaian cerita selepas loceng penamat dibunyikan tidak diberikan markah, malah akan ditolak markah bagi pengurusan masa. 6.5 Sistem Penolakan Markah bagi pengurusan masa adalah seperti berikut: 6.5.1 Sebelum 6 minit: -1 markah 6.5.2 Selepas 7 minit: - 1 markah (7.01s - 7.30s) 6.5.3 30saat seterusnya: - 1 markah (7.31s - 8.00s) 6.6 Peserta akan dinilai berdasarkan kriteria seperti yang berikut: 6.6.1 Teknik persembahan = 30 markah 6.6.2 Bahasa dan pertuturan = 30 markah 6.6.3 Penghayatan cerita = 20 markah 6.6.4 Mesej/nilai dalam cerita = 10 markah 6.6.5 Tempo penceritaan / perkembangan cerita = 10 markah 6.6.6 Keterampilan peserta = - markah 6.6.7 Jumlah keseluruhan = 100 markah 7.0 PENGHAKIMAN 7.1 Peringkat daerah dinilai oleh tiga orang hakim termasuk ketua hakim. 7.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara holistik. 7.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri. 7.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
8.0 HADIAH 8.1 Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut bagi setiap pertandingan: Johan Trofi + sijil pencapaian Naib Johan Trofi + sijil pencapaian Ketiga Trofi + sijil pencapaian Keempat Trofi + sijil pencapaian Kelima Trofi + sijil pencapaian Ke-6 hingga Ke-10 Trofi + sijil pencapaian (Cemerlang) Ke-11 hingga Ke-26 Trofi + sijil pencapaian (Kepujian) 8.2 Peserta pidato yang mendapat johan dan naib johan pada peringkat daerah layak ke peringkat negeri Selangor antara Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
SENARAI NAMA PESERTA BAGI PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA GILIRAN NAMA PESERTA TAJUK PIDATO 1 GOH HE SHUANG PERPADUAN TERAS KEAMANAN NEGARA 2 CHAN DI SHAN MALAYSIA MADANI ASAS KESEJAHTERAAN NEGARA 3 H'NG YUN XI GENERASI MADANI, MEMBANGUN MALAYSIAMADANI 4 VALERIE YAP SHU YAN ASPIRASI PERPADUAN MADANI, MENYEJAHTERAKANMALAYSIA 5 SEAH EAN ZUAN GENERASI MADANI ASPIRASI KESEJAHTERAANNEGARA 6 CHAN SHU KAI GENERASI MADANI PEMANGKIN PEMBANGUNANMAMPAN 7 TAN QING XUAN PERANAN GENERASI MADANI DALAM MEMUPUKPERPADUAN 8 LEE YEW ZEN PERPADUAN DIJULANG NEGARA TERBILANG 9 LEE UE QIAN BELIA BERVISI PEMACU ASPIRASI MADANI 10 LOO LEANN MEMBANGUN MALAYSIA MADANI MELALUI PENDIDIKAN, PERPADUAN SOSIAL DAN KELESTARIAN ALAM. 11 YONG HUI KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA WARISANGENERASI MADANI 12 LAW YEE CHING PERPADUAN TONGGAK GENERASI MADANI 13 TAN CHIHIRO RAKYAT BERSATU, NEGARA MAJU 14 LIM KAI JER MALAYSIA MADANI ASAS GENERASI TERBILANG 15 TAN ZHUO XIN RAKYAT SEJAHTRERA TERAS MALAYSIA MADANI 16 LO YEE TIENN GENERASI MADANI PEMANGKIN NEGARA BANGSA 17 ENG YEUN XUAN DEMI ASPIRASI MALAYSIA MADANI : SATU IDEOLOGI,SATU FALSAFAH DAN SATU BAHASA 18 RENEI FOONG WAN HEI BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN KE ARAHPEMBENTUKAN MALAYSIA MADANI 19 ARTHUR CHONG SHENGHUNG GENERASI MADANI, MEMPERKASA NEGARA BANGSA 20 GIOVANNE LIM TONG EN MALAYSIA MADANI PEMACU NEGARA TERBILANG 21 TEONG XING HUI GENERASI MADANI PEMANGKIN PENYATUANNEGARA BANGSA 22 JOY XUE QIAO EN GENERASI MALAYSIA MADANI 23 CHANG KAI XIN PERPADUAN MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA 24 LOO XIN THING PERPADUAN ASAS GENERASI MADANI 25 CHONG YONG QII GENERASI MADANI TONGGAK PEMBANGUNANNEGARA 26 ELIANA LIM CHING EN BAHASA MELAYU TONGGAK ASPIRASI GENERASIMADANI
SENARAI NAMA PESERTA BAGI PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SJKC PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA GILIRAN NAMA PESERTA TAJUK CERITA 1 LUCAS LOW MAN ENN KASUT KELOPAK JANTUNG 2 VAKSHANA NAVIN A/PKANAGARAJU ANAK MERDEKA 3 NG JO YI BUNGA BUNGA RIANG 4 ELLY TAN XIAN XIN KAMPUNG KELUBI DAN KAMPUNG KELADI 5 LAU WAI LIANG JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT 6 TREVOR CHEW PEREZ KASIH IBU 7 COCO BUDIONO SIM KISAH ANGSA DAN MUSANG 8 LOW YUAN SEE TIGA LAKSAMANA KECIL 9 CHUA YU RU TAMAN PERPADUAN 10 TAN YU WEN DENAI KEBEBASAN 11 NG JING YAO MAK KATEK YANG BERANI 12 YEOH SHAN XI DODOL 13 ONG EE VIENN KEMBARA ALISHA 14 HUM QIAO ER BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH 15 CLARABELLE CHONG YING QI HEBATNYA PERPADUAN 16 KHOR ZE YU WIRA MUDA 17 QUEK XIN YEE TIGA SAHABAT 18 LIEW NADYN JIRAN 19 SIEW BOON HAN TRAGEDI DI KAMPUNG SEPAKAT 20 CHAN KAR LOK MAK LABU 21 TEO SZE INN SARANG TEMPUA 22 CHRISTOPHER XAVIER BONGXUAN ZHI MONYET DAN GERGASI 23 CHEAH XING EN BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING 24 LEE XIN YAN TIGA SEKAWAN YANG BIJAKSANA 25 TAN YU XIN SETIA DAN BERSATU PADU. 26 CHAI HAO ZHE PEWARIS LADANG SELAMAT
JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN PIDATO & BERCERITA BAHASA MELAYU SJKC DAERAH PETALING PERDANA TAHUN 2024 JAWATAN NAMA GURU Pengerusi Pn. Chee Fooi Foon Naib Pengerusi Pn. Loh Chew Koon Penyelaras En. Mohd Tarmizi Bin Sudin Setiausaha/Dokumentasi Pn. Noor Azira Azreen Binti Adnan Juruacara Pn. Azmarina Binti Harun (Bercerita, Majlis Pembukaan dan Penutup) Cik Nik Hanis Binti Nik Haris (Pidato) Penjaga Masa Pn. Foo Gin Gin (Bercerita) Pn. Cheah Ai Lee (Pidato) Buku Program, Kad Jemputan, Info arah ke destinasi pertandingan & tempat parkir Pn. Koay Lay Keow Slide Power Point i) Majlis Pembukaan dan Penutup ii) Syarahan iii) Bercerita Cik Oh Yi Hui (Bercerita & Majlis Pembukaan) Cik Hii Bii Hui (Dewan & Majlis Penutup) Hadiah/Sijil/ Cenderamata Pn. Ho Zi Xin Cik Leong Reh Xing Penyediaan Hakim & Teks Ucapan Dr. Mohd Hazreen Shah Bin Hassan Jurugambar Cik Chai Jie Cheng Pn. Azelina Luk Tzcr Hwey Persediaan Tempat Dewan, Auditourium, Tempat parkir *En. Soh Sai Suan Pn. Ooi Lee Yin Makanan VIP, Guru Pengiring dan Murid Pn. Siti Fatin Farhana Binti Pn. Lau Siew Mei PA Sistem/ Siaraya En. Lee Wee Chan, Pn. Khoo Huey Yi (Auditorium) En. Lim Chun Ho, Pn.Chang Pin Lin (Dewan) Pengira Markah dan Pengiring Hakim Pn. Heng Kun Kun Pn. Mah Hong Ting Guru pemerhati SJKC Kheng Chee Guru pemerhati SJKC Bukit Serdang (Pidato) Persembahan & Pameran Pn. Pang Huei Ling (Pameran) Pn. Ling Suk Lei (Pameran) Pn. Ain Farhana Binti Kamari(Pameran) Cik Nur Ayuni Binti Ghazali (Tarian) Pn. Ooi Ching Ping (Tarian) Pendaftaran & Persediaan Peserta Pn. Moh Siau Yen Pn. Chan Chee Aan Cik Anis Syahirah Binti Fauzan Dr. Mohd Hazreen Shah Bin Hassan Pengiring Peserta/ Majlis (Usher) Pn. Looi Wing Lin (Dewan) Pn. Su Lye Keang (Auditorium)
ENCIK AZIZUL SHAH BIN ABDUL RAHMAN GURU PENOLONG KANAN PETANG SK BUKIT JELUTONG PENGALAMAN PANEL HAKIM PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI ❖ Ketua Hakim Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu SJKC & SJKT PPD Petaling Perdana dan Petaling Utama. ❖ Ketua Hakim Pertandingan Pidato Sekolah Rendah PPD Petaling Perdana. ❖ Hakim Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Selangor. ❖ Hakim Pertandingan Bahas Ala-Parlimen Peringkat Negeri Selangor. ❖ Pegawai Teknikal Koakademik Pidato Daerah Petaling Perdana 2010 – 2020. KETUA HAKIM
ENCIK NOOR ISMAHISHAM BIN ISMAIL PANEL HAKIM PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR HAKIM 1 PENCAPAIAN ❖ Tempat ke-3 Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2019. ❖ Tempat ke-3 Pertandingan Pidato Alam Sekitar dalam Talian anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Alam Sekitar. ❖ Pengurus Pasukan dan Jurulatih Pasukan Bahas Guru Negeri Selangor. ❖ Wakil Selangor Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2019. ❖ Hakim Pertandingan Debat Universiti. ❖ Hakim Pertandingan Pidato Keusahawanan UITM 2019. ❖ Hakim Pidato Kepenggunaan Universiti-universiti Awam Malaysia 2021. ❖ Hakim Pertandingan Pidato Anti Rasuah Kolej Vokasional dan SM Teknik Peringkat Zon Tengah 2022 PENGALAMAN
PUAN SITI HABIBAH BINTI JUDDIN PANEL HAKIM PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR HAKIM 2 PENCAPAIAN ❖ Pembahas Terbaik Keseluruhan bagi Bahas Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. ❖ Tempat Ke-4 bagi Bahas Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. ❖ Mewakili Petaling Perdana dan Negeri Selangor dalam Bahas Guru ❖ Pegawai Teknikal Bahas Sekolah Menengah Selangor ❖ Hakim Pertandingan Pidato Sekolah Rendah dan Menengah Petaling Perdana dan Negeri Selangor. ❖ Hakim Pertandingan Bahas Sekolah Rendah dan Menengah Petaling Perdana dan Negeri Selangor. PENGALAMAN
PANEL HAKIM PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SJKC Penerima Anugerah Pengasuh Ilmu Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. ❖ Ketua Hakim Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu SJKC PPD Petaling Perdana ❖ Ketua Hakim Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah PPD Petaling Perdana ❖ Johan Pidato Kenegaraan Negeri Selangor 2014. ❖ Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka Majlis Bandaraya Shah Alam 2018 ❖ Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan WPKL 2018. ❖ Johan Pertandingan Deklamasi Sajak NUTP Negeri Selangor 2019. ❖ Tempat ketiga Pertandingan Deklamasi Sajak NUTP Peringkat Kebangsaan 2019. ❖ Tempat ketiga Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat WPKL 2021. ❖ Johan Pertandingan Mencipta dan Mendeklamasi Sajak Peringkat Kebangsaan anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam tahun 2021. ❖ Pemenang Penonton Istimewa Majlis Anugerah Sastera Negeri Selangor 2021. ❖ Johan Pertandingan Berbalas Pantun anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah tahun 2022. ❖ Johan Pertandingan Menulis Puisi Sempena Hari Pekerja 2023 . ❖ Pemenang Utama Pertandingan Mencipta Pantun Ramadan anjuran Hotel SamaSama, KLIA Sepang Selangor 2024. ❖ Pertandingan Siri 1 Buka Dulu Baru Eja anjuran DBP dan Hotel i Cook Asia 2024. ❖ Karya beliau telah dibukukan (65 buah antologi pelbagai genre dan 12 e-book). ENCIK AHMAD BIN HARUN SK PADANG JAWA KETUA HAKIM PENGALAMAN PENCAPAIAN
ENCIK MAKMOR BIN ZAKARIA PANEL HAKIM PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SJKC GURU PENOLONG KOKURIKULUM SK PUNCAK PERDANA HAKIM 1 ❖ Penggiat Aktif Teater. ❖ Pegawai Teknikal Teater Kebangsaan. ❖ Pegawai Teknikal Teater Negeri Selangor. PENGALAMAN
PUAN ZUHANA BINTI ABDUL SAMAD PANEL HAKIM PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SJKC GURU PENOLONG KOKURIKULUM SK PUNCAK PERDANA HAKIM 2 ❖ Hakim Pertandingan Syair Peringkat PPD Petaling Perdana. ❖ Hakim Pertandingan Syair Peringkat Negeri Selangor. ❖ Hakim Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah PPD Petaling Perdana. ❖ Hakim Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri Selangor. PENGALAMAN
SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH DAN PENGHARGAAN Jawatankuasa Pelaksana berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada: ▪ Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ▪ Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana ▪ Persatuan Guru Besar SJKC Selangor Cawangan Petaling Perdana ▪ Lembaga Pengelola Sekolah SJKC Serdang Baru 2 ▪ Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Serdang Baru 2 ▪ Barisan hakim pertandingan ▪ Guru-guru pengiring ▪ semua peserta pertandingan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI dan Bercerita Bahasa Melayu SJKC Peringkat Daerah Petaling Perdana 2024. KALAU ADA SUMUR DI LADANG, BOLEH KAMI MENUMPANG MANDI, KALAU ADA UMUR YANG PANJANG, BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.