METEOROID,
AESTEROID, KOMET
Nama: NUR AZZALIA BINTI AZMAN
Kumpulan: 11
Subjek: SAINS
Guru Bimbingan: CG. ROSYILAH
13.1 JASAD LAIN DALAM SISTEM SURIA,
IAITU METEOROID, AESTEROID DAN KOMET
KOMET
Komet terdiri daripada campuran ais, gas, debu beku dan batuan kecil yang
beredar mengelilingi Matahari mengikut orbitnya yang bentuk elips.
1. Kepala komet boleh mencapai 250 000 km. Ekor komet boleh
memanjang sehingga 150 juta km.
2. Komet bergerak dengan kelajuan antara 10 km s-1 hingga 70 km s-1.
3. Apabila mendekati Matahari, haba Matahri melaburkan sebahagian ais
beku menjadi gas yang membentuk ekor komet.
4. Ekor komet paling panjang apabila paling dekat dengan Matahari.
5. Apabila komet berada jauh dari Matahari, ekor komet akan hilang.
7. Komet kelihatan berbara kerana memantulkan cahaya Matahari.
8. Ekor komet sentiasa menjauhi Matahri disebabkan tiupan angin Suria dari
Matahari.
9. Komet berasal dari dua tempat yang berbeza, iaitu lingkaran Kuiper dan
awan Oort.
ASTEROID
Asteroid ialah batuan besar dan logam seperti besi dan nikel yang
mengorbit Matahari.
1. Kebanyakan asteroid berasal dari jalur asteroid yang terletak di antara
orbit Marikh dengan Musytari.
2. Saiznya berbeza daripada beberapa sentimeter hingga beberapa kilometer.
3. Kelajuan puratanya ialah 25 km s-1.
4. Asteroid juga disebut planet kecil dan boleh mengandungi sebatian organik.
5. Asteroid terlalu kecil dan terlalu banyak untuk dipertimbangkan sebagai planet.
6. Beribu-ribu asteroid yang besar telah dinamakan oleh ahli astronomi, iaitu Ceres (paling
besar), Pallas, Juno dan Vesa.
7. Orbit asteroid mungkin berubah secara perlahan disebabkan oleh tarikan graviti planet
yang lebih besar. Dari masa ke masa, perubahan ini mungkin menyebabkan perlanggaran.
8. Ahli astronomi telah menemui bukti tentang satu asteroid yang besar telah berlanggar dengan
planet kira-kira 2.3 juta tahun yang lalu. Perlanggaran ini menyebabkan perubahan iklim dan cuaca
yang besar dan mungkin telah menyebarkan kepupusan dinosour yang hidup masa itu.
METEOROID
Meteoroid ialah serpihan batu dan logam kecil seperti besi dan nickel
yang terapung di angkasa lepas.
1. Saiz meteoroid adalah berbeza, iaitu antara 10 pm hingga 1 m.
2. Meteoroid lebih kecil daripada asteroid dan komet.
3. Meteoroid berasal daripada serpihan komet dan asteroid.
4. Meteoroid bergerak dengan kelajuan yang berbeza (paling laju 42 km
s-1).
5. Meteoroid bergerak mengelilingi Matahari dalam orbit yang sama
dengan komet dan asteroid.
6. Suhu meteoroid di angkasa lepas adalah dalam lingkungan 0 celsius.
7. Meteoroid yang merempuh masuk ke atmosfera Bumi (disebabkan oleh
daya tarikan graviti Bumi) dan kelihatan sebagai satu coretan cahaya
yang dikenal sebagai meteor atau tahi bintang. Keadaan ini disebabkan
oleh geseran antara molekul udara dengan meteoroid.
8. Meteoroid yang belum habis terbakar di atmosfera yang sampai ke Bumi
akan menghasilkan kawah dikenali meteorit.
10. Kawah meteorit yang terkenal ialah Kawah Meteor Barringer yang
berdiameter kira-kira 1.2 km.
RISIKO PERLANGGARAN METEOR,
ASTEROID DAN KOMET DENGAN BUMI
1. Asteroid dan meteoroid di angkasa lepas lazimnya tidak mengancam
bumi.
2. Terdapat orbit asteroid yang berada di luar lingkaran seperti Apollo.
Yang berhampiran dengan orbit Bumi.
3. Tarikan graviti planet luar yang kuat boleh menyebabkan komet
terkeluar dari orbitnya dan berlanggar dengan Bumi.
4. Jika jasad angkasa lepasmitu berlanggar dengan Bumi, letupan besar
akan berlaku dan menyebabkan kemusnahan besar Bumi.
5. Asteroid yang menghampiri Bumi mungkin boleh dimusnahkan atau diubah
arah pergerakannya.
6. Ahli astronomi sentiasa berwaspada tentang jarak selamat asteroid di
angkasa lepas dari orbit Bumi.