The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdazrijalil, 2019-03-05 00:51:29

10 Pemarkahan Kokurikulum TERBAHARU 2013 (1)

10 Pemarkahan Kokurikulum TERBAHARU 2013

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

PENILAIAN DAN PENGIRAAN MARKAH
AKTIVITI KOKURIKULUM

DALAM DASAR MENGGUNAPAKAI 10% MARKAH
KOKURIKULUM UNTUK KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UNIT KOKURIKULUM

2013

1

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

PENILAIAN DAN PENGIRAAN MARKAH AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM
DASAR MENGGUNAPAKAI 10% MARKAH KOKURIKULUM UNTUK
KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDAHULUAN

1. Program kokurikulum matrikulasi merangkumi aktiviti pasukan beruniform (KK), kelab dan
persatuan (KP) serta sukan permainan (KS) merupakan aktiviti luar bilik darjah. Program ini adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan aktiviti ini juga setara
dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan
pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2. Pada masa ini matrikulasi menawarkan pelbagai jenis kegiatan dalam komponen pasukan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan permainan mengikut kemampuan dan kemudahan
prasarana kolej. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada tiga
komponen tersebut.
3. Bermula tahun 2006, Kementerian Pengajian Tinggi telah mensyaratkan kemasukan pelajar
ke IPTA dikira berdasarkan merit calon dengan mengambilkira 10% markah kokurikulum selain
90% markah akademik. Ianya memainkan peranan yang amat penting dalam pemilihan calon -colan
yang layak untuk mengikuti kursus-kursus kritikal yang ditawarkan di IPTA.

OBJEKTIF
4. Di antara objektif yang hendak dicapai ialah :

4.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai
oleh semua peringkat pengajian.

4.2 Membantu Bahagian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-
pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi.

4.3 Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum di akhir pengajian matrikulasi.

4.4 Memastikan semua pelajar program matrikulasi melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum di sepanjang tempoh pengajian mereka di kolej-kolej matrikulasi.

2

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM.
5. Jabatan/Sektor/Unit Kokurikulum hendaklah mempunyai pengurusan / kemudahan berikut:

5.1 Perancangan yang jelas.
5.2 Tempat penyimpanan Rekod Kehadiran dan Penilaian.
5.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum.
5.4 Semua pelajar mesti mempunyai Rekod Kehadiran kokurikulum dan Rekod Penilaian

kokurikulum secara kolektif.
5.5 Bekerjasama dengan bahagian peperiksaan untuk merekod dan menyerahkan data

pencapaian pelajar.
5.6 Mengadakan taklimat kepada setiausaha / Penolong Pengarah Peperiksaan, dan

pensyarah penasihat / pemimpin.
5.7 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat kolej.
5.8 Memastikan semua pelajar mendapat peluang menyertai aktiviti Badan Beruniform,

Kelab dan Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan.
5.9 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.
5.10 Ketua Jabatan / Bahagian Matrikulasi melakukan pemantauan secara berkala.

3

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM

CARTA ALIR STRATEGI

Mula

Bentuk JK

Beri Kesedaran

Kumpul Maklumat
Penglibatan

Beri Bimbingan

Buat Penilaian

Masalah Kumpul dan Kemaskini
Data Penilaian

Pensijilan Dan Perakuan

Maklumbalas
Permohonan On-line

/ Analisa

Tamat

4

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

6. Aspek-aspek yang dinilai:

6.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai
adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:
a. Kehadiran
b. Penglibatan
c. Pencapaian
d. Jawatan disandang

6.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukan adalah seperti jadual 1

Jadual 1

ASPEK MARKAH PENILAIAN ( % )
Kehadiran 50
Penglibatan 20
Pencapaian 20
Jawatan disandang 10
JUMLAH 100

6.3 Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk
menggalakan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang
maksimum berasaskan kepada jumlah minggu pembelajaran dalam satu semester;
dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali
seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam masa pertemuan. Pengecualian
kehadiran hanya dipertimbangkan jika pelajar sakit, menyertai kegiatan lain dengan
kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam
pengetahuan pihak kolej.

6.3.1 Pengiraan Markah Kehadiran =a
=b
Jumlah kehadiran pelajar =c
Jumlah perjumpaan semester
Ketidakhadiran diluluskan = a
x 50
Markah kehadiran

b -bc

5

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

6.4 Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli
berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan
dan sumbangan dalam program khidmat masyarakat yang disertai.

Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Pemberian
markah-markah adalah seperti jadual 2.

Jadual 2

PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH
Kumpulan Kuliah / Praktikum / Unit 17
Antara Praktikum / Kolej Kediaman 18
Peringkat Matrikulasi / Negeri 19
Antara Matrikulasi / KAKOM / Kebangsaan / SUKMA 20
/ SIPMA / Antarabangsa

6.5 Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam
pertandingan diperingkat Praktikum / Kolej Kediaman / Peringkat Matrikulasi / Negeri /
Antara Matrikulasi / KAKOM / Kebangsaan / SUKMA / SIPMA / dan Antarabangsa.

Pencapaian yang dinilai berpandukan kepada penglibatan pelajar mengikut peringkat
penyertaan. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan
adalah sama. Markah-markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti jadual 3.

Jadual 3

PERINGKAT MARKAH
PERTANDINGAN PENYERTAAN
Kumpulan Kuliah / Praktikum / Unit
Antara Praktikum / Kolej Kediaman 17
Peringkat Matrikulasi / Negeri 18
19
Antara Matrikulasi / KAKOM / Kebangsaan / SIPMA
/ SUKMA / Antarabangsa 20

Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah
tertinggi yang layak diperoleh oleh seorang pelajar. Umpamanya jika seorang pelajar
pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek yang
diambil kira hanyalah di peringkat antarabangsa (20 markah).

6.6 Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu yang
memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam program kokurikulum. Sungguhpun
begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga diperuntukan markah mengikut
jenis jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah
seperti jadual 4.

6

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

Jadual 4 MARKAH
10
JAWATAN 9
Pengerusi / Ketua Pasukan / Ketua Platun 8
Naib Pengerusi / Setiausaha / Bendahari /
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari 7
Ahli Jawatankuasa / Peserta KAKOM / ATAU
Sukarelawan KAKOM @ SIPMA /
Ahli Biasa

Sebarang penganugerahan dan pengiktirafan yang dicapai oleh pelajar yang diakui
dan diluluskan oleh KPM layak diberi markah pencapaian berdasarkan jadual 5.

Jadual 5

JAWATAN MARKAH
10
Pengakap Diraja / Pandu Putri Raja / PW1 / Bentara Kanan /
Sub-Inspektor / Drum Major / Band Major / Anugerah Remaja 8
Perdana Emas / Tali Pinggang Hitam / Pangkat-pangkat lain
yang difikirkan sama taraf 7

PW11 / Staf Sarjan / Sarjan Mejar / Ketua Trup / Anugerah 5
Ketua Pesuruhjaya / Sekurang-kurangnya 6 lencana kecekapan
/ Anugerah Perdana Perak / Tali pinggang coklat, biru / 3
Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf.

Sarjan / Penolong Trup / PP Kelas 1 / Ketua Platun / Anugerah
Remaja Perdana Gangsa / Peroleh Sekurang-kurangnya 5
lencana kecekapan/ Tali pinggang hijau, kuning / Quarter
Master / Pangkat-Pangkat yang difikirkan sama taraf

Koperal / Lans Koperal / Ketua Patrol / Penolong Ketua Patrol /
AJK / Jawatan-Jawatan / Sekurang-kurangnya 4 lencana
kecekapan / Tali pinggang kuning, merah / Pangkat-Pangkat
yang difikirkan sama taraf

Pra-Persetiaan / Ahli Biasa / Tali pinggang Putih Pangkat-
Pangkat yang difikirkan sama taraf Pangkat-Pangkat yang
difikirkan sama taraf

PROGRAM KOKURIKULUM YANG DINILAI

7. Setiap pelajar Matrikulasi diwajibkan memilih salah satu dari tiga komponen kokurikulum
dengan memilih sama ada pasukan beruniform atau kelab persatuan atau sukan permainan.

8. Dalam hal ini setiap pelajar perlu memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap
bidang program kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian program adalah berdasarkan :

a. Aktiviti pasukan beruniform seperti Kadet Remaja Matrikulasi ,Kadet Rela, Kadet
Jabatan Pertahanan Awam, Seni Bela Diri dan sebagainya.

7

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

b. Aktiviti Kelab Persatuan seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Kebudayaan, Kelab
Pecinta Alam, Kelab Pendidikan Luar, Kelab Seni Foto dan sebagainya

c. Aktiviti Sukan Permainan seperti Olahraga, Kelab Bola Sepak, Kelab Bola Tampar,
Kelab Badminton / Tenis dan sebagainya.

9. Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh pelajar akan dinilai berdasarkan aspek-aspek yang
telah dinyatakan dalam 6.1.1 dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti
yang dinyatakan dalam perkara 6.1.2 (Rujuk Jadual 1).

10. Pengiraan markah 10% kokurikulum akan mengambil kira markah yang tertinggi dalam
penglibatan pelajar sepanjang berada di program matrikulasi.
Contoh pengiraan: Pelajar X didaftarkan dalam subjek kokurikulum di bawah Kelab
Persatuan (KP). Namun pelajar X aktif dalam kegiatan sukan bola tampar sepanjang tempoh
pengajian dan mewakili kolej dalam KAKOM. Pelajar ini juga melibatkan diri secara aktif
dalam kumpulan koir kolej.

Cara pengiraan markah kokurikulum :

Jadual 6

i) Subjek Kokurikulum: Kelab Persatuan (Penilaian Berterusan - PB )
Aktiviti Kelas: Kelab Kebudayaan

Aspek Penilaian Prestasi Markah
50
a) Kehadiran Penuh (18/18) 18

b) Penglibatan Pertandingan Boria Antara 18

Praktikum 10

c) Pencapaian Penyertaan Peringkat 96

Matrikulasi

d) Jawatan Pengerusi Kelab

disandang

JUMLAH

ii) Aktiviti Kokurikulum : Kelab Bola Tampar

Aspek Penilaian Prestasi Markah
50
a) * Kehadiran Penuh (18/18) 20
20
b) Penglibatan KAKOM 8
98
c) Pencapaian Penyertaan KAKOM

d) Jawatan Pemain bola tampar

JUMLAH

* Kehadiran dikira dari kedatangan semasa pengajaran dan pembelajaran
Subjek Kokurikulum

8

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

iii) Pengiraan Markah 10%: Markah akan mengambil kira tahap yang
terbaik antara subjek dan aktiviti kokurikulum:

Perkara Aspek Penilaian Prestasi Markah
a) Kehadiran Penuh (18/18) 50
b) Penglibatan KAKOM ( Bola Tampar) 20
c) Pencapaian Penyertaan KAKOM 20
d) Jawatan Pengerusi Kelab Kebudayaan 10
Jumlah 100
Bonus
JUMLAH KESELURUHAN 100

11. Gred Penilaian Program kokurikulum

11.1 Gred penilaian setiap markah yang diperoleh adalah seperti Jadual 7

Jadual 7

GRED MARKAH
A Antara 80 hingga 100
B Antara 60 hingga 79
C Antara 40 hingga 59
D Antara 20 hingga 39
E
19 ke bawah

MARKAH BONUS

12. Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang pelajar
dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran unit dan jabatan di
matrikulasi. Perjawatan tersebut merangkumi:

12.1 Perjawatan Peringkat Matrikulasi seperti JPP, PRD, JAKTEE, JAPIM, SRN, Imam
12.2 dan sebagainya.
12.3 Perjawatan Peringkat Blok Kediaman seperti Ketua asrama, Ketua aras / bilik dan
sebagainya
Perjawatan Peringkat Praktikum seperti Ketua Praktikum dan sebagainya.

13. Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada pelajar di
atas sumbangan pengkhidmatan kepada Matrikulasi. Markah bonus yang ditetapkan adalah
seperti Jadual 8.

9

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

Jadual 8

BIL JAWATAN MARKAH BONUS

1. YDP JPP, 10

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
Aktif dalam membantu aktiviti pengurusan kolej

2. Timbalan / NYDP JPP I dan II, 9

Pengerusi Peringkat Matrikulasi: SPR, SRN, PRD,
JAKTEE, JAPIM, Kolej Kediaman,Rakan Masjid,

Dokumentasi dan sebagainya.

3 Exco JPP: Ketua Biro-biro Agama, Pendidikan, 8
Dokumentasi, Sukan dan sebagainya,

Timbalan / Naib Pengerusi : SPR, SRN, PRD,

JAKTEE, JAPIM, Kolej Kediaman,Rakan Masjid,
Dokumentasi dan sebagainya. Imam (lantik khas)

4. Jawatankuasa badan-badan perkhidmatan atau 7

pengurusan utama yang ditubuhkan untuk

membantu institusi pelajaran - perpustakaan,, surau,

kebajikan pelajar (JPP, SPR, SRN, PRD, JAKTEE,

JAPIM), pilihanraya dan asrama.

5. Rakan pelatih Pasukan KAKOM / Jurulatih, 6

Pengadil,Hakim, Urusetia @ Sukarelawan Karnival

Peringkat Kolej

6. Aktif 3 atau lebih elemen dalam kategori sukan dan 5

permainan / kelab dan persatuan / unit beruniform

(dalam masa yang sama )
Sijil-sijil penyertaan anjuran KPM

7. JK badan-badan perkhidmatan atau pengurusan 4
sokongan – asrama, setor peralatan, makanan dan

lain-lain

8. Ahli-ahli PRS, PRD, JAKTEE, JAPIM, SRN dan 3
sebagainya.

9. Ketua Praktikum / Kuliah / Bilik 2

10. Penolong Ketua Praktikum / Kuliah / Bilik 1

14. Setiap pelajar hanya layak menerima satu markah bonus untuk jawatan yang paling tinggi
yang disandang sepanjang pengajian di program matrikulasi.

15. Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes
disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira

GRED KESELURUHAN

16. Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang pelajar dalam kegiatan
kokurikulum yang disertai berserta markah bonus.

17. Gred keseluruhan boleh diperolehi dangan mencampurkan jumlah markah tertinggi dalam
setiap aspek yang dinilai. Kemudian nilai tersebut dicampur dangan markah bonus yang

10

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat
pada Jadual 7.

18. Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperoleh Pelajar X, perkiraan gred
keseluruhan adalah seperti berikut (Rujuk Jadual 6) :

Jumlah Markah Subjek Kokurikulum : Kelab Persatuan = 96
Jumlah Markah Aktiviti Kokurikulum : Bola Tampar = 97

* Dalam kes ini markah yang tertinggi diantara komponen dalam subjek dan aktiviti
kokurikulum akan diambil kira sebagai Markah Sebenar 10% kokurijulum pelajar X.
(Sila rujuk pengisian jadual permarkahan pada jadual 6 para iii)

Jumlah Markah 10% kokurikulum = 100 %
Gred Keseluruhan = A ( Jadual 7 )

PELAKSANAAN

19. Semua kolej matrikulasi diminta menggunakan format dan borang yang sama dalam
membuat penilaian aktiviti pelajar (Lihat Lampiran Kad Penilaian Kokurikulum)

20. Proses penilaian adalah berkala dan mengikut carta gantt yang dilampirkan. Semua markah
hendaklah dihantar ke Bahagian Matrikulasi selewat-lewatnya 15 MAC tahun berkenaan.

21. Untuk makluman pensyarah :
` Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh pelajar berada di program

matrikulasi, pihak kolej perlu menyediakan Buku Kemajuan Kokurikulum yang telah
diseragamkan oleh BMKPM. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod kemajuan
dan pemindahan rekod sekiranya pelajar berpindah ke kolej lain dan kemasukan ke IPT
(Bermula 2007)

22. Pihak kolej hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada:

Penasihat : Pengarah Kolej

Pengerusi : Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar Kolej

Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum Kolej

AJK : Penolong Pengarah HEP Kolej

Penolong Pengarah Kaunseling Kolej

Penolong Pengarah Peperiksaan

Pegawai Sistem Maklumat

Semua Pensyarah Kokurikulum Kolej

2 orang staff pentadbiran.

11

MATRIKULASI
PENILAIAN 10 % KOKURIKULUM

23. Setiap borang penilaian kokurikulum disemak oleh mentor sebelum disahkan oleh Ketua Unit
Kokurikulum dan / atau Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

24. Penilaian Di Matrikulasi mengambil kira penyertaan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Pelajar – pelajar yang telah menamatkan PLKN, boleh memilih markah prestasi
PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, pelajar
mempunyai dua pilihan peringkat matrikulasi dan PLKN yang perlu dipilih untuk menentukan
markah kokurikulumnya. Jika prestasi pelajar didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka
markah tersebut akan diambil kira bagi markah 10% kokurikulum.

PEMARKAHAN PLKN

25. Pengiraan markah bagi peserta PLKN adalah mengambil kira 2 komponen iaitu Jawatan
Yang Disandang dan Tahap Penglibatan. Jadual 9 dan Jadual 10 adalah kriteria
permarkahan bagi pelajar yang menyertai PLKN :

Jadual 9
Jawatan Yang Disandang

BIL JAWATAN YANG DISANDANG MARKAH
30
1 Ketua Pelatih 30
30
2 Ketua Wira 20

3 Ketua Wirawati 20

4 Ketua Kompeni / Ketua Dorm 10

5 Penolong Ketua Kompeni / Ketua
Dorm

6 Pelatih Biasa

Jadual 10

Tahap Penglibatan

BIL TAHAP PENGLIBATAN MARKAH

1 Amat Cemerlang 70

2 Cemerlang 60

3 Amat Baik 50

4 Baik 40

5 Memuaskan 30

6 Kurang Memuaskan 20

* Markah dikira dengan mencampurkan kedua-dua komponen (Jawatan Yang Disandang
dan Tahap Penglibatan). ( * Telah ditetapkan oleh JK PLKN )

KES – KES KHAS
26. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi hendaklah dinilai berbeza dan

setaraf dengan atlit berprestasi tinggi.
27. Bagi pelajar kurang upaya dinilai dalam kelompok kurang upaya.

12


Click to View FlipBook Version