The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FARIZA H, 2021-06-09 06:43:23

PEMBENTUKAN MALAYSIA

PEMBENTUKAN MALAYSIA

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

KERJA KURSUS SEJARAH

PEMBENTUKAN MALAYSIA

NAMA : MUHAMMMAD FADLI HADI BIN MOHD FARIDZALL
MYKID : 090621-14-0025-14-0025
KELAS : 6 TOPAZ
NAMA GURU : AHMAD AIMAN BIN MOHAMED

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN
1 Jun 2021

0

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

1

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulilah kerana dengan izin Allah S.W.T, saya telah diberi
kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan kerja kursus sejarah ini dengan
jayanya.

Di sini saya ingin mengucapkan setingi-tinggi penghargaan kepada semua yang
menjayakan buku skrap ini. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada guru sejarah saya iaitu Cikgu Ahmad Aiman bin Mohamed. Terima
kasih tidak terhingga buat kedua orang tua saya yang menjadi sumber dan telah
sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan
ini. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan
tidak langsung.

Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna.
Sekian, terima kasih.

2

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA

1.0 PENYATAAN MASALAH 4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

3.0 KAEDAH KAJIAN 5

4.0 HASIL DAPATAN

4.1 PENGENALAN 6

4.2 SEBAB-SEBAB PEMBENTUKAN MALAYSIA 6

4.3 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 7

4.4 PERISTIWA PENGISYTIHARAN MALAYSIA 8

4.5 NEGERI-NEGERI YANG MEMBENTUK MALAYSIA 9

4.6 PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MENYUMBANG KE ARAH

PEMBENTUKAN MALAYSIA 10

4.7 KEPENTINGAN MUAFAKAT DAN KERJASAMA BAGI 12
MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG HARMONI

5.0 KESIMPULAN 13
6.0 RUJUKAN 14
7.0 LAMPIRAN 15

3

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

1.0 PENYATAAN MASALAH

Kerja kursus kajian kes ini memberi pendekatan terhadap persoalan kenapa dan
mengapa pembentukan Malaysia terjadi. Kajian juga akan memberi keutamaan kepada
sebab-sebab pembentukan Malaysia, langkah-langkah pembentukan Malaysia, negeri-
negeri yang membentuk Malaysia dan peristiwa Pengistiytiharan Malaysia. Selain itu,
pemimpin-pemimpin yang menyumbang ke arah pembentukan Malaysia juga
ditampilkan dalam kerja kursus ini bagi menghargai sumbangan dan jasa mereka. Akhir
sekali kajian akan menghuraikan kepentingan muafakat dan kerjasama bagi
mewujudkan sebuah Negara yang harmoni.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian :
- untuk memenuhi keperluan dan kehendak sukatan mata pelajaran Sejarah Tahun 6.

Objektif khusus kajian :
a) Mengetahui sebab-sebab pembentukan Malaysia.
b) Mengetahui langkah-langkah pembentukan Malaysia.
c) Mengetahui negeri-negeri yang membentuk Malaysia.
d) Mengetahui peristiwa pengisytiharan Malaysia
e) Mengenali dan menghargai jasa perjuangan pemimpin-pemimpin yang
menyumbang ke arah pembentukan Malaysia.
f) Memupuk rasa cinta dan bangga terhadap Bangsa dan Negara.
g) Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis
maklumat.
h) Memberi pendedahan kepada tugasan kerja kursus Sejarah.

4

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

3.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta menganalisis
maklumat, iaitu:

(a) Rujukan buku /jurnal kajian
Saya merujuk kepada buku/ jurnal kajian dengan mengkaji dan meneliti
serta mencatatkan isu-isu dan gambar-gambar yang diperlukan.

(b) Kaedah perbincangan
Saya berbincang dengan Guru Sejarah saya, ibu dan ayah saya dan juga
kawan-kawan baik saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

(c) Internet
Saya membuat carian di internet untuk mendapatkan maklumat dan gambar-
gambar menarik sebagai rujukan dan lampiran kerja kursus ini.

5

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

4.0 HASIL DAPATAN

4.1 Pengenalan

Gagasan pembentukan Malaysia telah dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj semasa beliau berucap dalam satu majlis Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara
di Singapura pada 27 Mei 1961.

4.2 Sebab-sebab pembentukan Malaysia

 Menjamin keselamatan negara
- Singapura dan Sarawak menghadapi ancaman komunis.
- Pihak komunis berusaha menjadikan Sarawak sebagai sebuah negara
komunis bagi menyebarkan pengaruhnya di Asia Tenggara.
- Persekutuan Tanah Melayu telah mempunyai pengalaman dalam
menghadapi ancaman komunis.

 Memajukan sosioekonomi
- Meningkatkan permintaan pasaran barangan tempatan.
- Dapat menarik pelabur luar.
- Memajukan taraf hidup rakyat.

 Mencapai keseimbangan kaum
- Pembentukan Malaysia membentuk keseimbangan kaum.

6

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

4.3 Langkah-Langkah Pembentukan
Malaysia

Mei 1961
 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyatakan gagasan pembentukan
Malaysia.
 Usaha-usaha untuk menyebarkan idea pembentukan Malaysia dipergiat.

Julai 1961
 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan bagi
memberikan penerangan tentang pembentukan Malaysia.
 Jawatankuasa ini telah mencapai persetujuan untuk menyokong pembentukan
Malaysia.

Januari 1962
 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah bersetuju menubuhkan
sebuah suruhanjaya untuk menilai reaksi penduduk negeri-negeri yang terlibat.
 Ahli suruhanjaya tersebut terdiri daripada Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir
David Watherston, Tan Sri Wong Pow Nee dan Tun Muhammad Ghazali bin
Shafie.
 Suruhanjaya ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold.

September 1962
 Referendum diadakan di Singapura.
 Penduduk Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia.

Julai 1963
 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menerima cadangan
Laporan Suruhanjaya Cobbold.
 Hasilnya, persetujuan dicapai untuk menubuhkan Malaysia.
 Perjanjian Malaysia telah ditandatangani oleh wakil kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura.

7

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

Ogos 1963
 Pembentukan Malaysia mendapat tentangan daripada Indonesia dan Filipina.
Oleh itu, Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju mencari penyelesaian
dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 Wakil PBB telah datang untuk meninjau pandangan penduduk Sarawak dan
Borneo Utara terhadap pembentukan Malaysia.
 Tinjauan menunjukkan majoriti penduduk Sarawak dan Borneo Utara menerima
idea pembentukan Malaysia.

September 1963
 Pada 16 September 1963, Malaysia telah diisytiharkan.

4.4 Peristiwa Pengisytiharan Malaysia

Pembentukan Malaysia berjaya dilaksanakan setelah melalui pelbagai proses
perundingan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jalur pada bendera
Malaysia telah ditambah apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara
dan Singapura bergabung membentuk Malaysia. Perlembagaan Malaysia pula telah
digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemasyhuran Malaysia
pada 16 September 1963 telah diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan
Kuching.

8

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

4.5 Negeri-Negeri Yang Membentuk
Malaysia

PERLIS

KEDAH NEGERI SEMBILAN PAHANG

KELANTAN

PERAK TERENGGANU SABAH

V
K

SELANGOR

SARAWAK

MELAKA JOHOR
PULAU PINANG
SINGAPURA

9

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

4.6 Pemimpin-Pemimpin Yang
Menyumbang Ke Arah Pembentukan
Malaysia

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyatakan gagasan pembentukan Malaysia.
Beliau telah melawat Sarawak dan Borneo Utara untuk menerangkan matlamat
pembentukan Malaysia. Beliau juga telah mengetuai Persekutuan Tanah Melayu dalam
upacara menandatangani Perjanjian Malaysia di London.

Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien merupakan Timbalan Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu. Antara tugas beliau adalah untuk menerangkan tujuan
pembentukan Malaysia. Beliau juga terlibat dalam membincangkan hak dan
kepentingan penduduk Sarawak dan Borneo Utara.

Lee Kuan Yew
Lee Kuan Yew merupakan pemimpin utama Singapura yang menyokong pembentukan
Malaysia untuk menghalang ancaman komunis di Singapura.

Tun Muhammad Ghazali bin Shafie
Tun Muhammad Ghazali bin Shafie ialah pengawai kanan kerajaan yang menjadi
anggota dalam Suruhanjaya Cobbold. Sebagai ketua setiausaha tetap kementerian luar,
beliau telah diberi tugas untuk merealisasikan pembentukan Malaysia.

Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
Tun Datu Mustapha bin Datu Harun yang mengasaskan United Sabah National
Organisation (USNO) telah menyokong pembentukan Malaysia. Beliau juga menjadi
ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). Beliau merupakan Yang
di-Pertua Negeri Sabah yang pertama.

10

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

Tun Muhammad Fuad Stephens
Tun Muhammad Fuad Stephens merupakan pengasas United National Kadazan
Organization (UNKO) telah menyokong pembentukan Malaysia. Beliau juga dilantik
menjadi pengerusi (JPPM). Setelah pembentukan Malaysia, beliau telah dilantik
menjadi Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan
Tan Sri Datuk Amar Stephen kalong Ningkan yang menubuhkan Sarawak National
Party (SNAP) telah menyokong pembentukan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli
JPPM. Selepas pembentukan Malaysia, beliau telah dilantik sebagai Ketua Menteri
Sarawak yang pertama.

Tun Temenggong Jugah anak Barieng
Tun Termenggong Jugah anak Barieng merupakan pemimpin Parti Pesaka Anak
Sarawak (PESAKA). Antara tanggungjawab beliau adalah bagi mendapatkan sokongan
penduduk bumiputera untuk menyokong Sarawak menyertai pembentukan Malaysia.
Beliau telah dilantik menjadi Menteri Persekutuan dan Menteri Hal Ehwal Sarawak
selepas pembentukan Malaysia.

Tan Sri Datuk Amar Ong Kee Hui
Tan Sri Datuk Amar Ong Kee Hui memainkan peranaa penting dalam penubuhan
Sarawak United Peoples Party (SUPP). Pada awalnya, parti beliau menolak idea
pembentukan Malaysia. Namun, demi kepentingan masa depan Sarawak, SUPP
menyokong penubuhan pembentukan Malaysia.

11

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

4.7 Kepentingan Muafakat Dan
Kerjasama Bagi Mewujudkan
Sebuah Negara Yang Harmoni

Peristiwa pembentukan Malaysia ini banyak memberikan pengajaran kepada pemimpin
tentang kepentingan muafakat dan kerjasama bagi mewujudkan sebuah negara yang
harmoni. Antaranya ialah :

 Permuafakatan Antara Pemimpin Negara
 Pembentukan beberapa jawatankuasa menunjukkan permuafakatan antara
pemimpin.

 Mengamalkan Sistem Demokrasi
 Referendum telah diadakan di Singapura dalam proses pembentukan
Malaysia.
 Rakyat telah diberi peluang untuk menyertai pembentukan Malaysia.

 Bijak Merancang Strategi
 Pembentukan Malaysia telah dapat menyekat pengaruh komunis. Suasana
aman damai menjamin kesejahteraan rakyat.

 Membentuk Perpaduan Kaum
 Pelbagai kaum dan etnik telah dapat disatukan dalam pembentukan
Malaysia.
 Keunikan ini dikekalkan sehingga hari ini dan permuafakatan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum terus terpelihara.

12

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

5.0 KESIMPULAN

Dalam kajian ini, saya merasakan pembentukan Malaysia amat penting bagi menjamin
keselamatan dan memajukan sosisoekonomi negara, serta mencapai keseimbangan
kaum. Sehubungan itu, pemimpin kita telah menempuh pelbagai onak dan duri dalam
merealisasikan pembentukan Malaysia.

Keinginan untuk membentuk Malaysia dapat dilihat melalui usaha yang
bersungguh-sungguh dalam kalangan pemimpin tempatan. Pemimpin kita telah
melakukan pelbagai cara untuk mengekalkan kedamaian tanah air kita ini. Kita berasa
bangga melihat usaha gigih para pemimpin dalam memastikan kejayaan pembentukan
Malaysia. Oleh itu, kita perlulah menghargai segala usaha yang telah dilakukan oleh
pepimpin-pemimpin tempatan ini supaya Malaysia kekal menjadi sebuah Negara yang
berdaulat dan kita kekal memjadi bangsa yang bermaruah.

Rumusan yang dapat saya buat ialah muafakat dan kerjasama adalah amat
penting bagi membentuk sebuah negara yang harmoni. Saya berpendapat bahawa
adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa
dan negara. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

13

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

6.0 RUJUKAN

 Buku/jurnal/majalah
Sivarajan a/l Ponniah, Sharifah Afidah binti Syed Hamid dan Ahmad Salehee bin
Abdul, 2020. Buku Teks Sejarah Tahun 6. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka,

 Sumber internet/ laman web rasmi

 Youtube Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia
Sejarah pembentukan Malaysia
https://youtu.be/Nou-AzWIAOA

 Laman Web Rasmi Arkib Negara Malaysia
http://hids.arkib.gov.my/#/index_peristiwa?q=&day=27&month=5&year=1961
http://hids.arkib.gov.my/#/index_peristiwa?q=&day=27&month=5&year=1961

 Orang sumber
 Guru Sejarah
Ahmad Aiman bin Mohamed

 Ibu
Fariza binti Hakim

 Bapa
Mohd Faridzall bin Marzukhi

14

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

7.0 LAMPIRAN

Pemimpin-Pemimpin yang menyumbang ke arah pembentukan Malaysia
15

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

Antara keratan akhbar tentang pembentukan Malaysia
16

PEMBENTUKAN
MALAYSIA

Antara tarikh-tarikh penting dalam pembentukan Malaysia
17


Click to View FlipBook Version