The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FARIZA H, 2021-06-13 05:25:47

HUDA Kerja Kursus Tahun 5

HUDA Kerja Kursus Tahun 5

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

Kerja Kursus Sejarah

TAJUK TUGASAN
PAHLAWAN KEBANGGAAN KU

“TOK JANGGUT”
NAMA PENUH

NUR FATNUN HUDA BINTI MOHD FARIDZALL
NO KAD PENGENALAN
101216010324
TAHUN/KELAS
5 JADE

GURU SUBJEK/PENYELIA
MOHD SALEH BIN IDRIS
TARIKH AKHIR PENGHANTARAN

15 Jun 2021

1

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan kepada :

a) Pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan serta kebenaran untuk
menjalankan kajian sejarah ini.

b) Cikgu Mohd Saleh bin Idris, Guru Sejarah kelas saya yang telah
banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan semasa kajian
dijalankan.

c) Kedua ibu bapa saya yang tersayang yang telah memberi banyak
sokongan, keprihatin dan semangat kepada saya bagi
menyempurnakan kajian ini.

d) Rakan-rakan kelas saya yang telah memberi kerjasama serta
sumbangan semasa kajian dijalankan. Semoga mereka dapat berjaya
dalam segala lapangan yang diceburi.

e) Akhir sekali mereka yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung. Semoga anda sentiasa diberkati dalam kehidupan.

2

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 Penyataan masalah 4

2.0 Objektif kajian 4

3.0 Kaedah kajian 5

4.0 Hasil dapatan/ tesis

4.1 Pengenalan Tokoh – “Tok Janggut” 6

4.2 Sebab-Sebab Penentangan 6

4.3 Kronologi Kejadian 7

4.4 Kesan Akibat Penentangan 8

5.0 Kesimpulan 8

6.0 Rujukan 9

LAMPIRAN 10

3

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

1.0 Penyataan masalah

Kerja kursus kajian kes ini memberi pendekatan terhadap kenapa dan mengapa
kedatangan kuasa asing menjajah Tanah Melayu telah mencetuskan penentangan
tokoh dan penduduk tempatan. Kajian juga akan memilih seorang tokoh pejuang
bangsa dan menyelidiki sebab dan kronologi penentangan terhadap campur
tangan dan penjajahan kuasa asing itu. Akhir sekali kajian akan menghuraikan
kesan dan menjelaskan apakah pengajaran terhadap peristiwa penentangan
tersebut dalam pembentukan sebuah negara bangsa, Malaysia.

2.0 Objektif kajian

Objektif utama kajian :
- Untuk memenuhi keperluan dan kehendak sukatan mata pelajaran Sejarah

Tahun 5.

Objektif khusus kajian :
(a) Mengenali tokoh perjuangan tempatan.
(b) Menghargai jasa perjuangan tokoh tempatan
(c) Memupuk rasa cinta dan bangga terhadap Bangsa dan Negara.
(d) Menguasai kemahiran mencari,mengumpul,merekod dan menganalisis

maklumat.
(e) Memberi pendedahan awal kepada tugasan kerja kursus Sejarah.

4

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

3.0 Kaedah kajian
Kaedah kajian yang saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini.saya telah
menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta menganalisis maklumat,
iaitu:
(a) Rujukan buku/jurnal kajian
Saya merujuk kepada buku/jurnal kajian dengan mengkaji dan meneliti serta
mencatatkan isu isu dan gambar-gambar yang diperlukan.
(b) Kaedah perbincangan
Saya berbincang dengan Guru Sejarah saya, ibu dan ayah saya dan juga
kawan-kawan baik saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.
(c) Internet
Saya membuat carian di internet untuk mendapatkan maklumat dan gambar-
gambar menarik sebagai rujukan dan lampiran kerja kursus ini.

5

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

4.0 Hasil dapatan/ tesis
4.1 Pengenalan Tokoh – “Tok Janggut”

Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Munas. Beliau dikenali
sebagai Tok Janggut kerana beliau memelihara janggut sampai ke paras dada.

Beliau dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan. Beliau mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekah. Semasa
di sekolah pondok, beliau berguru dengan seorang guru agama yang berasal dari
Minangkabau. Tok Janggut turut menunaikan rukun haji semasa melanjutkan
pelajaran ke Mekah. Beliau bekerja sebagai petani dan peniaga. Beliau menetap
di Kampung Nering. Beliau seorang yang mahir dalam ilmu persilatan.

Beliau meninggal dunia semasa pertempuran dengan pihak British pada
tahun 1915 pada berusia 65 tahun.

4.2 Sebab-Sebab Penentangan
 Tok Janggut tidak bersetuju dengan pengenalan Sistem Penasihat British.
 Penduduk tempatan dipaksa menerima sistem cukai dan peraturan tanah
baharu yang membebankan mereka.
 Peraturan baharu British menimbulkan kesulitan kepada penduduk
tempatan.

6

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

4.3 Kronologi Kejadian
4.3.1 Pada tahun 1915, Tok Janggut bersama Engku Besar Jeram,Penghulu

Adam dan Che Sahak Merbol menyerang Pasir Puteh dan berjaya
meguasai Pasir Puteh.
Pasir Puteh diduduki mereka selama tiga hari. Kemudian, Pasir Puteh
diisytiharkan bebas daripada cengkaman British. Tuan Ahmad (Ungku Besar
Jeram) dilantik sebagai Raja Pasir Puteh. Tok Janggut pula dilantik sebagai
Perdana Menteri. Hadiah sebanyak 500 dolar ditawarkan British kepada sesiapa
yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya.

4.3.2 British menyerang balas Tok Janggut yang berkubu di Kampong Dalam
Pupuh.
Rumah Tok Janggut dan pengikutnya dibakar oleh British kerana mereka enggan
menyerah diri..

4.3.3 Tok Janggut terkorban dalam petempuran itu.
Tok Janggut meninggal dunia semasa pertempuran sengit yang berlaku dengan
pihak British. Mayat Tok Janggut kemudiannya diarak ke Pasir Puteh dan Kota
Bharu serta digantung secara songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu
selama empat jam. Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan.

7

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

4.4 Kesan akibat Penentangan

Peristiwa kematian Tok Janggut telah menambah kebencian orang Melayu
kepada British dan seterusnya mencetuskan semangat kebangsaan yang lebih
kuat di kalangan penduduk tempatan.

Walaupun penentangan Tok Janggut di Kelantan tidak berjaya, tetapi
peristiwa ini telah memberikan pengajaran berguna kepada penduduk Tanah
Melayu supaya tidak menggunakan kekerasan bagi menentang British.

Justeru itu, masyarakat menjadi lebih bijak menyusun strategi
penentangan terhadap British. Contohnya, penubuhan organisasi politik bagi
melawan kehadiran pihak British. Antaranya, penubuhan kesatuan Melayu di
setiap negeri seperti Kesatuan Melayu Singapura dan Kesatuan Melayu Muda.

5.0 Kesimpulan

Dalam kajian ini, saya membuat satu rumusan bahawa penjajah British telah
menyebabkan penderitaan dan penghinaan. Kekayaan tanah air telah dibolot
oleh penjajah dan penduduknya pula ditindas.

Demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara, pahlawan
tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang
penjajah. Tetapi Bristish telah menggunakan tipu helah, kekuatan tentera dan
menguatkuasakan undang-undang untuk melumpuhkan perjuangan mereka.

Walaupun perjuangan mereka gagal, namun semangat dan keberanian
mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang seterusnya. Untuk
kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat, adalah
menjadi tanggung jawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa
dan negara. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

8

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

6.0 Rujukan

(a) Buku/jurnal/majalah
Ahmad Hishanuddin bin Ramli, Jayakumary a/p Marimuthu dan Hasfalila
binti Hassan, 2020. Buku Teks Sejarah Tahun 5. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latip Talib, 2010. Tok Janggut : Pahlawan Kelantan. Batu Caves :
PTS Publishing House.

Hamdan Mohd. Ali, 2020. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan. Selangor :
Penerbitan Afdal.

(b) Sumber internet/laman web rasmi
http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/seminar-100-tahun-memperingati-
perjuangan-tok-janggut

http://mdtumpat.kelantan.gov.my/index.php/pelawat/destinasi-
menarik/destinasi-menarik/113-destinasi-menarik/285-makam-tok-janggut

https://online.anyflip.com/vvqbt/ndiw/mobile/index.html

(c) Orang sumber

 Guru Sejarah : Mohd Saleh bin Idris

 Ibu : Fariza binti Hakim

 Bapa : Mohd Faridzall bin Marzukhi

9

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

LAMPIRAN

Peta yang menunjukkan kawasan penentangan Tok Janggut di Kelantan

Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pihak British
10

PAHLAWAN KEBANGGAAN KU
“TOK JANGGUT”

Antara tempat bersejarah yang berkaitan dengan Tok Janggut

Antara buku yang mengisahkan perjuangan Tok Janggut
11


Click to View FlipBook Version