The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26175683, 2022-06-23 03:26:04

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

ALAT MUZIK KAUM MELAYU

Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya
diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari
bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan
kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah
Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau
melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Gampus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya
membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya
ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini
digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian
serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-
lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana
adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-
pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang
dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang
dikenali sebagai Rebana ubi.

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM CINA

Erh Hu

Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan
sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu
didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari
tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.

Pipa
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat
dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda

titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung
bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian
kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga
sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”,
disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang
pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan
bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina
ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM INDIA

Dholak
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia
dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang
dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang
diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak
untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

Tabla

Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat
kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai
sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada
satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan
jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi
irama yang indah.

Veena

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu,
dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah
fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-
fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung
penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk
melicinkan hujung hujung jari pemain.


Click to View FlipBook Version