The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tbkkemasanjungbatua, 2023-09-12 09:30:27

07 Ujai dan Jalur Gemilang

07 Ujai dan Jalur Gemilang

Keywords: Children

1 2 3 7 8 9 10 11 12 4 6 POKOK BUNGA MAWAR DAN POKOK BULUH LALAT DAN PAK BELANG JASA BUAH KELAPA PATUHI NASIHAT IBU SAHABAT YANG SETIA WAH, BERSIHNYA! SIAPA PALING BERGUNA SAM MEMBALAS JASA SEMUT YANG BAIK HATI MAKANAN BERKHASIAT BADAN SIHAT 5 PETANI YANG BIJAK


UJAI DAN JALUR GEMILANG


3 Saya anak Malaysia Anak-anak ceria Baik budi bahasa Kepada orang tua Suka bantu-membantu Tak mengira bangsa Mendengar kata ayah lbu dan juga guru Sayang-menyayangi Berakhlak mulia Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Rukun Negara kita Ada lima prinsipnya Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Asas aman sentosa Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir Saya anak Malaysia 3


4 Pada akhir cerita murid dapat: 1. Menyebut nilai integriti dalam cerita. 2. Menyatakan etika terhadap bendera. 3. Menunjukkan sikap sayang akan negara. 4. Menghormati lambang kebesaran negara. OBJEKTIF CERITA UJAI DAN JALUR GEMILANG


5 Ujai sedang menikmati udara segar di tepi padang. Tidak jauh dari situ, Ujai ternampak beberapa orang kanak-kanak sedang menarik sesuatu dari dalam longkang.


6


7 Ujai berjalan menuju ke arah kumpulan kanak-kanak tersebut. Ujai mendapati mereka sedang menarik Jalur Gemilang dari dalam longkang itu.


8 Agaknya terjatuh dari tiang bendera. Macam mana Jalur Gemilang ini boleh berada dalam longkang ni?


9 Betullah kotornya bendera ni, tapi boleh dicuci. Kotornya bendera ini.


10 Jalur Gemilang lambang kebesaran negara. Kita mesti sayang dan hormat dengan bendera negara kita. Kita mesti cuci bendera ini dengan segera.


11 Betul kata abang tu. Cikgu pernah beritahu bendera negara mesti dihormati.


12 Ujai mengajak kanak-kanak itu membersihkan Jalur Gemilang. Mereka bekerjasama membersihkan Jalur Gemilang. Kemudian bendera itu dikeringkan.


13


14


Mereka mencari galah untuk dijadikan tiang. Bendera yang telah kering dipasang pada galah. 15


16 Akhirnya Jalur Gemilang dikibarkan di tepi sungai itu. Mereka bangga dengan Jalur Gemilang yang berkibar megah.


17


1. Sayang 2. Hormat 3. Bekerjasama 1. Jalur Gemilang perlu dihormati kerana lambang negara Malaysia. 2. Bersikap patriotik terhadap negara. 3. Beretika terhadap bendera negara. 1. Mewarnakan Jalur Gemilang. 2. Menyanyikan lagu Negaraku semasa Jalur Gemilang dikibarkan. Nyanyikan lagu di bawah dengan menggunakan melodi lagu “Suriram” sambil membuat pergerakan kreatif. Nyanyian Nilai lntegriti Pengajaran Cadangan Aktiviti Uji Minda 1. Apakah yang Ujai lakukan di tepi padang? 2. Apakah yang dilakukan oleh empat orang kanak-kanak di tepi padang itu? 3. Nyatakan nasihat Ujai kepada kanak-kanak itu. 4. Mengapakah kita mesti menghormati Jalur Gemilang? 5. Bagaimanakah kamu menunjukkan sikap hormat terhadap Jalur Gemilang? 6. Senaraikan nilai integriti dalam cerita ini. 1. Menikmati 2. Segar 3. Lambang Kebesaran 4. Galah 5. Dipasang Kosa Kata Bendera oh bendera Bendera Jalur Gemilang Lambang negara gagah perkasa Sanjungan kami rakyat Malaysia Biru perpaduan rakyat Malaysia Bendera Kuning itu warna diraja Bendera Merahnya lambang gagah berani Putih pancaran kesuciannya Bendera oh bendera Bendera Jalur Gemilang Lambang negara gagah perkasa Sanjungan kami rakyat Malaysia Melodi asal: Suriram Penulis lirik : Hafiszal bin Ismail Dr. Razila bt Aw. Kamaludin Benderaku 2x ⎫ ⎭ ⎬ 18


Click to View FlipBook Version