GPEANRUISGPAASNADNUPAANRLIMEN
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
GARIS PANDUAN
PENUGASAN PARLIMEN
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
(APM)
KUALA LUMPUR 2017
Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 1
Cetakan Pertama 2017
© Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2017
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak dan menerbitkan mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan
dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pesuruhjaya
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak, 50556, Kuala Lumpur.
Diterbitkan oleh:
Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak, 50556, Kuala Lumpur.
ISBN 978-967-11395-5-4
Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Garis Panduan Penugasan Parlimen / Bahagian Perancangan Dasar dan
Penyelarasan / Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
2 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM
ISI KANDUNGAN
TAJUK M/S
Senarai Ahli Jawatankuasa........................................................................... 4
Prakata.......................................................................................................... 5
1. Tujuan................................................................................................. 6
2. Pengenalan........................................................................................ 6
3. Pakaian dan Waktu Bertugas di Parlimen.......................................... 8
4. Penugasan Pegawai Bagi Tugasan Parlimen.................................... 9
5. Peranan Pegawai Penyelaras Parlimen............................................10
-Carta Alir Pegawai Penyelaras Parlimen APM.............................................12
6. Peranan Pegawai Bertugas Parlimen................................................13
-Carta Alir Pegawai Bertugas di Parlimen....................................................16
7. Peranan Pegawai Penyedia Jawapan...............................................17
-Carta Alir Pegawai Penyedia Jawapan.......................................................18
8. Pelaporan..........................................................................................19
-Carta Alir Pelaporan Pegawai Bagi Sidang Parlimen APM.............................22
9. Makluman Kepada Pegawai..............................................................23
Lampiran A...................................................................................................25
Lampiran B...................................................................................................26
Lampiran C...................................................................................................27
Lampiran D...................................................................................................28
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 3
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
TPj. (PA) Hj Norhafifi Bin Hj Ismail
Lt. Kol. (PA) Sharudin Bin Md Zain
Lt. Kol. (PA) Mohamad Fazli Bin Sardi
Lt. Kol. (PA) Mohd Syukri Bin Madnor
Lt. Kol. (PA) Mohd Zubir Bin Juzad
Kapt. (PA) Mohd Nizam Bin Yahid
Kapt. (PA) Ahmad Junaidi Bin Dukut Soerharto
Kapt. (PA) Mohd Nazri Bin Saad
Lt. (PA) Nurlida Binti Othman
Lt.M (PA) Nor Aima Binti Hashim
Lt.M (PA) Noor Syafawati Binti Mohd Razhi
Lt.M (PA) Nurul Farzana Binti Abd Aziz
Lt.M (PA) Faruq Faisal Bin Mhd Yusoff
Lt.M (PA) Muhamad Amirrul Faiz Bin Abd Rahman
** Nama dan Jawatan dalam Jawatankuasa adalah merujuk kepada tarikh
sehingga 21 Ogos 2017
4
PRAKATA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Saya memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di
atas penghasilan Garis Panduan Penugasan Parlimen Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun secara
tidak langsung dalam penghasilan buku ini.
Buku ini bukan sahaja akan menjadi bahan rujukan kepada pegawai Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ditugaskan di Parlimen Malaysia,
malah mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
pegawai yang bertugas di Parlimen sepanjang sidang Parlimen berlangsung.
Justeru itu, besarlah harapan agar setiap usaha dalam penghasilan buku ini
akan memberi impak kepada APM didalam menguruskan tugas dan
tanggungjawab pegawai bagi penugasan di Parlimen.
Sekian,
CAWANGAN SEKRETARIAT DAN PARLIMEN
BAHAGIAN PERANCANGAN DASAR DAN PENYELARASAN.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 5
1. TUJUAN
Garis panduan ini diadakan bertujuan bagi memberi gambaran dan panduan
kepada Pegawai Bertugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang
ditugaskan di Parlimen Malaysia beserta penerangan berkaitan peranan dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang sidang Parlimen
berlangsung.
2. PENGENALAN
2.1 Parlimen Malaysia merupakan badan penggubal undang-undang
negara yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu :
i. Yang Di-Pertuan Agong;
ii. Dewan Negara; dan
iii. Dewan Rakyat
2.2 Sidang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan membahas,
membincangkan serta mencadangkan isu-isu utama negara yang
memerlukan penerangan, penjelasan serta ketetapan dari pihak Kerajaan
yang diwakili oleh YB Menteri dan YB Timbalan Menteri sama ada jawapan
tersebut perlu disampaikan secara lisan ataupun bertulis yang perlu
disediakan oleh agensi-agensi terlibat termasuk undang-undang yang
memerlukan pindaan serta pewujudan punca kuasa baru untuk dilaksanakan.
6
2.3 Bermula pada tahun 2016, Parlimen telah melaksanakan transformasi
dengan mewujudkan Sesi Kamar Khas (Special Chamber Session) dan Sesi
Pertanyaan Menteri (Minister Question Time – MQT) yang berjalan serentak
atau secara berturutan dengan sidang Dewan Rakyat. Inisiatif ini bagi
membolehkan isu utama dan mutakhir disegerakan untuk dibincang serta
dibahaskan. Sesi berkenaan dilaksanakan seperti butiran berikut :
i. Sesi Kamar Khas (Special Chamber Session)
a. Waktu Pelaksanaan : 2.30 petang sehingga selesai
b. Tempat
: Bilik - bilik Jawatankuasa
(Tertakluk kepada keputusan Yang
DiPertua Dewan)
ii. Sesi Pertanyaan Menteri (Minister Question Time – MQT)
a. Hari Pelaksanaan : Setiap hari Selasa & Khamis
(Sidang Dewan Rakyat)
b. Waktu Pelaksanaan : 10.00 – 10.30 pagi
c. Tempat : Dewan Rakyat
d. Pecahan Masa Bagi Satu Pertanyaan
Pertanyaan Masa Soalan Masa Menjawab
Soalan Utama 1 minit 3 minit
Soalan Tambahan 1 30 saat 2 minit 30 saat
Soalan Tambahan 2 30 saat 2 minit 30 saat
*Bagi sesi MQT, soalan diketahui seawal jam 2.00 petang, sehari sebelum sesi MQT
berlangsung.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 7
3. PAKAIAN DAN WAKTU BERTUGAS DI PARLIMEN
3.1. Pakaian bagi pegawai yang bertugas adalah mengikut ketetapan
pakaian menghadiri Majlis Rasmi seperti berikut:
i.Pegawai Lelaki : - Lounge suit, kemeja lengan panjang, tali
leher dan kasut.
ii.Pegawai Wanita : - Baju kurung atau kebaya labuh atau blaus
berlengan panjang dengan seluar panjang atau skirt labuh di
bawah paras lutut dan kasut
3.2. Persidangan Dewan Rakyat dan Negara berlangsung seperti butiran
berikut :
i.Hari : Isnin – Khamis
ii.Masa : 10.00 pagi – 5.30 petang
(Penangguhan sidang adalah tertakluk kepada keputusan Yang DiPertua
Dewan)
3.3. Sidang Dewan Rakyat dan Negara dijalankan sebanyak 3 kali
sidang mesyuarat dalam tempoh setahun dan sebanyak 5
penggal dalam tempoh satu-satu parti politik memegang tampuk
pimpinan kerajaan Malaysia.
8
4. PENUGASAN PEGAWAI DI PARLIMEN
4.1 Penugasan di Parlimen melibatkan kategori pegawai berikut:-
i. Pegawai Penyelaras Parlimen
Pegawai khusus Bahagian Perancangan Dasar dan
Penyelarasan (BDP) Ibu Pejabat bagi mengkoordinasi
urusan sidang Parlimen;
ii. Pegawai Bertugas Parlimen
Pelantikan pegawai bertugas secara penggiliran dari
mana-mana pegawai Bahagian Ibu Pejabat; dan
iii. Pegawai Penyedia Jawapan Parlimen
Pegawai yang di beri mandat oleh Bahagian
Bahagian di APM didalam menyediakan draf jawapan
Parlimen bagi soalan yang diusulkan.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 9
5. PERANAN PEGAWAI PENYELARAS PARLIMEN
5.1. Pegawai Penyelaras Parlimen bertanggungjawab selaku
pemudahcara bagi urusan Parlimen bersama Bahagian Kabinet
Jabatan Perdana Menteri. Antara tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan adalah seperti berikut :
i. Mengenalpasti jadual persidangan Dewan Rakyat dan Dewan
Negara;
ii. Membuat dan mengedarkan jadual penggiliran pegawai
bertugas kepada pegawai serta Kementerian;
iii. Menghadiri mesyuarat dan taklimat berkaitan Parlimen;
iv. Menerima, merekod dan menambahbaik laporan pegawai
bertugas;
v. Mengagihkan soalan daripada mana – mana sidang Parlimen
kepada Bahagian untuk mendapatkan draf jawapan mengikut
ketetapan masa menggunakan format seperti di Lampiran C;
vi. Semak draf jawapan yang telah disediakan;
vii. Mendapatkan pengesahan pengurusan tertinggi bagi draf
jawapan sebelum menyerahkan draf jawapan tersebut kepada
Pejabat Pegawai Tugas – Tugas Khas Parlimen YB Menteri;
viii. Menjemput pegawai-pegawai yang bersesuaian untuk hadir ke
Parlimen.
ix. Menyimpan salinan jawapan / jawapan yang telah dipinda bagi
tujuan rekod;
10
x. Menyimpan Senarai Penyata Rasmi (Hansard) atau apa –
apa bentuk dokumentasi yang berkaitan dengan Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia;
xi. Menyediakan Ringkasan Pelaporan Sidang Parlimen di
dalam Dewan untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan
tertinggi APM menggunakan borang seperti di Lampiran D ;
xii. Menjadi pemudahcara bagi Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia dan Pejabat Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen
YB Menteri; dan
xiii. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke
semasa.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 11
CARTA ALIR PEGAWAI PENYELARAS PARLIMEN APM
Mula
Terima maklumat tarikh sidang dewan oleh Bahagian
Kabinet JPM
Hadir mesyuarat bersama Setiausaha Dewan,
Jabatan Perdana Menteri dan PTTK YB Menteri.
Ada Kenalpasti dan senarai pendek soalan bagi sidang
(Lampiran C)
Edar soalan kepada bahagian bertanggungjawab
beserta tarikh dan masa pengumpulan jawapan
Sediakan memo penggiliran pegawai bertugas
Parlimen
Pengesahan jawapan oleh Dato’ Ketua Pesuruhjaya
Tiada Hadir Pra Sidang jawapan bersama PTTK Parlimen
YB Menteri
Sediakan memo jemputan kepada Pegawai Penyedia
Jawapan atau Bahagian untuk hadir ke Parlimen bagi
Pra Sidang dengan YB Menteri
Hadir pada sesi soalan dibentangkan
Rekod soalan dan jawapan
Menyemak dan menambahbaik Ringkasan Pelaporan
Sidang Parlimen yang diterima daripada Pegawai
Bertugas dan edarkan kepada Pengurusan Tertinggi
(Lampiran D)
Tamat
12
6. PERANAN PEGAWAI BERTUGAS PARLIMEN
6.1 Bagi melancarkan perjalanan sidang di Parlimen, Pegawai
Bertugas Parlimen diwajibkan hadir berdasarkan jadual yang
diedarkan oleh Pegawai Penyelaras Parlimen bagi memastikan
YB Menteri mendapat penjelasan dan maklumat yang diperlukan
serta menjadi pemudahcara kepada sebarang keperluan yang
berkaitan di antara agensi dan Pejabat Pegawai Tugas-Tugas
Khas Parlimen.
6.2 Antara tugas dan tanggungjawab Pegawai Bertugas Parlimen:
i. Melapor diri kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen
di Pejabat Menteri dan di Bahagian Kabinet Jabatan
Perdana Menteri dengan meninggalkan butiran asas diri
serta nombor telefon untuk dihubungi.
ii. Berada di dalam Dewan Rakyat atau Negara pada jam 9.30
pagi (tertakluk kepada keperluan semasa), sehingga
sidang Dewan ditangguhkan pada hari tersebut. Pegawai
Bertugas Parlimen juga boleh membuat catatan di
Ruangan Menunggu Pegawai Bertugas yang disediakan.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 13
iii. Mengambil catatan kepada semua perkara berkaitan dengan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang dibangkitkan oleh
Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa Dewan membahaskan apa-apa
usul atau Rang Undang-Undang (RUU) serta mencatatkan
soalan-soalan tambahan jika ada bagi soalan-soalan lisan.
iv. Pegawai Bertugas Parlimen boleh merujuk dokumen Aturan Urusan
Mesyuarat (AUM) yang dibekalkan pada Pintu Masuk Utama
Bangunan Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membuat
semakan awal.
v. Bagi sesi jawapan YB Menteri sama ada pada sesi soal jawab lisan,
bertulis, perbahasan dan penggulungan sama ada bagi Dewan
Rakyat dan Dewan Negara, Sesi Kamar Khas atau Sesi MQT,
Pegawai Bertugas Parlimen perlu membantu menyediakan jawapan
kepada YB Menteri dengan kadar segera dan serta merta
menggunakan borang seperti di Lampiran A.
14
vi. Pegawai Bertugas Parlimen juga perlu mencatat sebarang perkara
atau kenyataan YB Menteri terutamanya mengenai keputusan
terhadap APM yang perlu diambil maklum serta tindakan selanjutnya
oleh APM.
vii. Bagi Sesi MQT, Pegawai Bertugas Parlimen yang dijadualkan pada
setiap hari Isnin & Rabu perlu mendapatkan maklumat daripada
Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen YB Menteri sekiranya terdapat
soalan MQT yang perlu dijawab oleh APM dalam kadar segera untuk
diagihkan kepada Bahagian yang bertanggungjawab bagi penyediaan
jawapan serta-merta.
viii. Pegawai Bertugas Parlimen perlu merekodkan butiran soalan,
jawapan, isu serta maklumbalas yang melibatkan tugas dan peranan
APM ke dalam Ringkasan Pelaporan Sidang Parlimen sebelum jam
9.00 pagi keesokan harinya. Laporan berkenaan perlu dihantar dalam
bentuk Microsoft Office Word atau setara melalui emel Pegawai
Penyelaras Parlimen untuk semakan dan rekod.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 15
CARTA ALIR PEGAWAI BERTUGAS DI PARLIMEN
Mula
Lapor diri di Pejabat PTTK dan JPM
Tiada Semak Aturan Urusan Mesyuarat
Ada (AUM)
Sedia dan edarkan Borang Jawapan
kepada wakil APM (Lampiran A)
Bantu urusan pentadbiran Pegawai
APM
-Tambah baik jawapan
-Salinan kepada wakil APM
Hantar jawapan akhir kepada Pegawai
PTTK Parlimen
Ambil catatan soalan dan jawapan YB
Menteri serta isu yang melibatkan
tugas serta peranan APM oleh Ahli-ahli
yang Berhormat (Lampiran D)
Hantar kepada Pegawai Penyelaras
Parlimen APM
Tamat
16
7. PERANAN PEGAWAI PENYEDIA JAWAPAN
7.1 Pegawai Penyedia Jawapan merupakan pegawai di
Bahagian-Bahagian Ibu Pejabat yang diberi mandat untuk
merangka draf jawapan bagi soalan yang dibangkitkan di
Parlimen.
7.2 Pegawai perlu merangka dan merujuk draf jawapan berkenaan
kepada Pengarah Bahagian masing-masing sebelum
menyerahkan jawapan kepada Pegawai Penyelaras Parlimen
mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan.
7.3 Pegawai Penyedia Jawapan juga perlu bersedia untuk hadir
bersama pegawai atasan bagi memberi penerangan kepada YB
Menteri pada sesi Pra Sidang (Pre Council) dan soalan tambahan
yang diajukan di dalam Dewan.
7.4 Pegawai Penyedia jawapan juga perlu mengambil catatan
sekiranya terdapat keputusan yang dibuat oleh YB Menteri ketika
menjawab di dalam Dewan untuk tindakan selanjutnya.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 17
CARTA ALIR PEGAWAI PENYEDIA JAWAPAN
Tiada Mula
Terima soalan daripada pegawai penyelaras
Sediakan draf jawapan bersama maklumat
tambahan
Draf mendapat kebenaran Pengarah
Bahagian
Hadir/Hadir bersama Pegawai Kanan
Bahagian ke Dewan mengikut tarikh dan
masa yang ditetapkan
Jawab soalan tambahan di dalam Dewan
(Lampiran A)
Keputusan YB Menteri
Ada
Catat dan bentangkan kepada Pengurusan
Tertinggi untuk tindakan selanjutnya.
Tamat
18
7. PELAPORAN
Terdapat 3 bentuk pelaporan yang perlu diambil perhatian dan
tindakan di sepanjang sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara
berlangsung iaitu :
7.1 Laporan Pegawai Bertugas Parlimen APM
Pegawai Bertugas Parlimen bertanggungjawab di dalam
menyediakan laporan harian bagi membolehkan isu atau perkara
yang diusulkan, dicatat untuk perhatian Pegawai Penyelaras
Parlimen sama ada disebut dengan jelas kepada APM ataupun
berkaitan dengan bidang tugas dan peranan APM. Perincian
pelaporan ini adalah seperti berikut :
i. Pegawai tanggungjawab : Pegawai Bertugas Parlimen
ii. Kekerapan pelaporan : Harian
iii. Masa penghantaran : Sebelum jam 9.00 pagi pada
iv. Bentuk penghantaran keesokkan harinya
: Softcopy (Microsoft Office
Word atau setara)
v. Penghantaran kepada : Pegawai Penyelaras
Sekiranya tiada soalan, isu atau keputusan yang dibangkitkan atau
memerlukan tindakan APM oleh Ahli-ahli Yang Berhormat atau YB
Menteri yang bertanggungjawab kepada APM, maka satu
pemakluman melalui mel elektronik (e-mel) di hantar. Laporan ini
perlu dimajukan kepada Pegawai Penyelaras Parlimen mengikut
ketetapan seperti di atas menggunakan Ringkasan Pelaporan
Sidang Parlimen (Lampiran D).
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 19
7.2 Matriks Soalan Sidang Parlimen APM
Matriks Soalan Sidang Parlimen (Lampiran C) digunakan bagi
membolehkan Pegawai Penyelaras Parlimen untuk membuat
catatan serta merekod, soalan atau isu yang perlu dijawab oleh APM
sama ada bagi soalan lisan, bertulis, usul, Sesi Jawapan Menteri,
Sesi Kamar Khas, soalan melalui Peraturan Mesyuarat Parlimen
mahupun sidang perbahasan yang berlangsung di Dewan Rakyat
dan Dewan Negara, sama ada yang diterima hasil Laporan Pegawai
Bertugas Parlimen ataupun melalui Pernyataan Rasmi (Hansard).
Matriks Soalan ini akan dijadikan dokumen lampiran kepada
permohonan draf jawapan kepada Bahagian-Bahagian Ibu Pejabat
APM untuk tindakan selanjutnya. Perincian pelaporan adalah seperti
berikut :
i. Pegawai Tanggungjawab : Pegawai Penyelaras
Parlimen
ii. Kekerapan pelaporan : Harian
iii. Masa penghantaran : Jam 3.00 petang
keesokkan harinya
(Tertakluk kepada keperluan
jawapan disediakan)
iv. Penghantaran kepada : Bahagian-Bahagian Ibu
Pejabat APM
20
7.3 Ringkasan Pelaporan Sidang Parlimen APM
Ringkasan Pelaporan Sidang Parlimen APM (Lampiran D) yang
diterima daripada Pegawai Bertugas Parlimen perlu dikemaskini oleh
Pegawai Penyelaras Parlimen bagi merekod dan menyampaikan
maklumat kepada pengurusan tertinggi berkaitan sebarang
pertanyaan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan oleh YB
Menteri yang bertanggungjawab atau isu yang melibatkan tugas dan
peranan APM, sama ada dizahirkan secara jelas mahupun
melibatkan peranan, fungsi dan tanggungjawab APM. Pelaporan ini
mesti disertakan bersama Pernyataan Rasmi (Hansard) berkaitan
catatan yang dikemukakan. Bahagian Perancangan Dasar dan
Penyelarasan boleh memberi cadangan bentuk tindakan yang boleh
diambil kepada Pengurusan Tertinggi Angkatan untuk pertimbangan
dan tindakan selanjutnya oleh Pengurusan Tertinggi. Tindakan
pelaporan adalah seperti berikut :
i. Pegawai Tanggungjawab : Pegawai Penyelaras
Parlimen
ii. Kekerapan pelaporan : Harian (Tertakluk kepada
pertanyaan, isu atau perkara
yang menyentuh fungsi,
peranan dan tanggungjawab
APM)
iii. Masa penghantaran : Jam 3.00 petang
keesokkan harinya
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 21
CARTA ALIR PELAPORAN PEGAWAI BAGI SIDANG PARLIMEN APM
Mula
Tiada Pertanyaan / Isu / Perkara dibangkitkan
melibatkan APM
Hantar
makluman Ada Pegawai Bertugas mencatat pertanyaan/isu
melalui emel berkaitan APM
kepada Hantar Laporan Pegawai Bertugas
Pegawai (Lampiran D) kepada Pengawai Penyelaras
Penyelaras APM dalam bentuk Microsoft Office Word
melalui emel
APM
Tiada Pegawai Penyelaras semak Laporan
Ada Pegawai Bertugas dengan Pernyataan
Rasmi (Hansard)
Ambil petikan daripada pernyataan Rasmi
(Hansard)
Pegawai Penyelaras sediakan Matriks
Soalan Parlimen (Lampiran C) beserta
memo permohonan penyediaan draf
jawapan Bahagian APM
Pegawai Penyelaras sediakan Ringkasan
Pelaporan Sidang Parlimen (Lampiran D)
Pegawai Penyelaras merekod jawapan APM
dan Pernyataan Mesyuarat (Hansard)
Tamat
22
8. MAKLUMAN KEPADA PEGAWAI
8.1 Semua Pegawai Bertugas Parlimen hendaklah mengambil
ingatan kepada perkara- perkara berikut:-
i. Membawa bersama Kad Pengenal Angkatan atau Kad
Pengenalan diri;
ii. Mematuhi peraturan berpakaian Pegawai Bertugas
Parlimen seperti di para 3 (i) di atas beserta tanda nama;
iii. Tidak membawa bahan-bahan terlarang atau yang tidak
dibenarkan ke dalam Parlimen;
iv. Memastikan semua dokumen atau bahan yang
diklasifikasikan sebagai ‘Dokumen Terperingkat’ sentiasa
dalam jagaan, kawalan dan terpelihara kerahsiaannya; dan
v. Memastikan beg, bungkusan dan peralatan yang dibawa
diperiksa di pintu saringan keselamatan Parlimen
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 23
8.2 Semasa masuk dan keluar Dewan, Pegawai Bertugas Parlimen
hendaklah memberi tunduk hormat kepada Tuan Yang Dipertua
Dewan.
8.3 Pegawai Bertugas Parlimen hendaklah mencari pegawai pengganti
sekiranya tidak dapat bertugas pada tarikh yang dijadualkan.
Pegawai Bertugas hendaklah memaklumkan penggantian tersebut
sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh penugasan
kepada Pegawai Penyelaras Parlimen.
8.4 Sekiranya Pegawai Bertugas Parlimen tidak dapat bertugas atas
sebab tertentu atau hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan,
Pegawai Bertugas Parlimen hendaklah memaklumkan dengan kadar
segera kepada Pegawai Penyelaras Parlimen APM.
8.5 Pegawai Bertugas Parlimen yang gagal hadir bertugas tanpa
sebarang alasan kukuh boleh dikenakan tindakan tatatertib.
24
LAMPIRAN A
Yang Berhormat : JABATAN PERDANA MENTERI
Tarikh Perbahasan :
PERKARA YANG DIBANGKITKAN JAWAPAN
(Sila jawab isu yang dibangkitkan sahaja, padat dan serta-merta)
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 25 Oleh (Nama) : Jabatan/Bahagian/Unit :
LAMPIRAN B
PERTANYAAN : SOALAN NO: << RUJUK AUM >>
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
LISAN
DARIPADA : YB DATUK DR. AHMAD LUQMAN
[ HULU LANGAT ]
TARIKH : 24 OGOS 2006 (SELASA)
SOALAN :
YB Datuk Dr. Ahmad Luqman [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan << SOALAN YANG
DIAJUKAN >> …………………………………………………………………………………………
.................................................................................. // ..................................................................................
JAWAPAN: YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang Di-Pertua,
<< JAWAPAN >> .................................................
Sekian. Terima kasih.
<< LAMPIRAN MAKLUMAT TAMBAHAN DALAM BENTUK JADUAL >>
Disediakan Oleh:
<< Nama, Bahagian, Agensi dan No Tel Pegawai Yang Menyediakan Jawapan >>
Disahkan Oleh:
<< Nama, Bahagian, Agensi dan No Tel Pegawai Yang Mengesahkan Jawapan >>
Input disediakan oleh:
<< Nama, Bahagian, Agensi dan No Tel Pegawai Yang Memberikan Input Jawapan >>
**Nota : Bahagian bertanda << ..... >> adalah mandatori
26
LAMPIRAN C
MATRIKS SOALAN SIDANG PARLIMEN
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
DEWAN RAKYAT / NEGARA
MESYUARAT KE ………………. PENGGAL KE …………….. PARLIMEN KE ………….
BIL TARIKH YB MENTERI SOALAN TINDAKAN CATATAN
SOALAN
1. 31.10.2017 YB Seputeh Apa elaun yang diperolehi KEW
(Soalan Lisan) (Puan Teresa Kok Suh Sim) oleh sukarelawan-
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 27 sukarelawan APM.
Bilangan sukarelawan- BPA
sukarelawan APM vs pegawai
tetap.
Senarai sukarelawan APM BPO
berbanding pegawai tetap
APM yang terlibat dalam
operasi.
28 LAMPIRAN D
RINGKASAN PELAPORAN SIDANG PARLIMEN
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
DEWAN RAKYAT- PENGGULUNGAN PERBAHASAN OLEH YB MENTERI
MESYUARAT KE 3 PENGGAL KE 5 PARLIMEN KE 13
BIL TARIKH YB MENTERI ISU / ULASAN TINDAKAN CATATAN
PERKARA
1. 08 NOV 17 YB DSSK ISU TAMBAHAN YANG BKP
DIBANGKITKAN OLEH: Tindakan mengenalpasti
Penggulungan YB JERANTUT & RANTAU dan membantu PDPA
Bajet 2018 PANJANG Rantau Panjang &
Jerantut serta pejabat
lain
i. Isu pejabat yang tidak sah BSM i. HANSARD :
hakmilik; Kaji ruang dan peluang Lampiran A
serta buat permohonan
ii. Aset yang tidak mencukupi; pertambahan perjawatan
iii. Penempatan perjawatan dan berdasarkan fungsi dan
peranan yang bertambah
jentera mengikut keutamaan
kawasan berisiko; dan BPBO
Cadangan keutamaan
iv.Tiada peruntukan khusus penempatan aset di
lokasi sesuai. Keluarkan
kepada APM Arahan pentadbiranjika
bersesuai
NOTA
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 29
NOTA
30
www.civildefence.gov.my