KERJALAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3 TAHUN 2021
NAMA:HARITH BIN ABDUL RAHIM
KELAS:3 ITQAN
TAJUK:KAJIAN TANAH DI
KAWASAN TEMPAT TINGGAL
NAMA GURU:ARHAMNI BINTI
ROBIAN
SOALAN KERJA LAPANGAN TINGKATAN 3 2021
Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang guna tanah di kawasan
tempat tinggal atau
sekolah anda. Guna tanah merujuk kepada semua aktiviti manusia yang
mengubah dan
menyesuaikan permukaan tanah untuk memenuhi keperluan manusia.
Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:
(3.1) Latar belakang kawasan kajian
(3.2) Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan
kajian
(3.3) Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan
kajian
(3.4) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor
yang mempengaruhi guna tanah tersebut
(3.5) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap
alam sekitar yang
telah dikaji di (3.4)
(3.6) Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
(3.7)
Membentangkan laporan hasil kajian tersebut
PILIHAN TAJUK YANG BOLEH DIPILIH MURID
1. Kajian Guna Tanah (Pertanian) di Kampung Naga, Kepala Batas, Kedah
(Tempat
Tinggal Murid)
2. Kajian Guna Tanah (Perniagaan) di …………………………..
3. Kajian Guna Tanah (Perindustrian) di ………………………..
4. Kajian Guna Tanah (Petempatan) di ……………………….
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. TAJUK KAJIAN 1
2. SENARAI KANDUNGAN 2
3. PENGHARGAAN 3
4. PENDAHULUAN 4
5. OBJEKTIF KAJIAN 6
6. KAWASAN KAJIAN 7
7. KAEDAH KAJIAN 8
8. DAPATAN KAJIAN 11
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN 11
MELUKIS PETA LAKAR YANG MENUNJUKKAN 11
TABURAN GUNA TANAH DI KAWASAN KAJIAN
MENTAFSIR PETA LAKAR YANG MENUNJUKKAN TABURAN 12
GUNA TANAH DI KAWASAN KAJIAN
MENGENALPASTI SATU JENIS GUNA TANAH UTAMA DI 13
KAWASAN KAJIAN DAN MENGHURAIKAN FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI GUNA TANAH
MENGENALPASTI DAN MENGHURAIKAN TIGA KESAN TANAH 14
TERSEBUT TERHADAP ALAM SEKITAR YANG TELAH DIKAJI
TIGA CADANGAN USAHA-USAHA UNTUK 15
MENGATASI KESAN GUNA TANAH TERSEBUT
9. RUMUSAN 16
10. LAMPIRAN 17
11. RUJUKAN 18
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Zaiton Binti Ismail selaku pengetua Maktab
Mahmud Alor Setar kerana telah memberi keizinan
kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan
kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan
ini.
Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya,
Arhamni Binti Robian atas segala bimbingan, tunjuk ajar,
teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah
banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada ibu bapa saya iaitu Abdul Rahim dan Roslizawati
yang telah banyak memberi sokongan moral dan
dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa
mereka untuk menolang saya mengumpulkan maklumat-
maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada
rakan-rakan sekelas saya kerana telah memberi saya
banyak pendapat dan idea
PENDAHULUAN
Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang
ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan
3(PT3).Saya merupakan salah seorang pelajar tingkatan 3 di
Maktab Mahmud Alor Setar
Saya telah memilih tajuk kajian tanah
Tujuan saya memilih kawasan taman saya ini adalah kerana
kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya dan
sekolah saya.Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya
menjalankan kajian ini.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan
seperjuangan saya yang lain telah dimanfaatkan dengan
sebaiknya untuk menngumpukan maklumat bagi menyiapkan
kajian tentang guna tanah ini
Saya telah menemu ramah dan ssoal selidik sekurang-
kurangnya seramai 3 orang responden iaitu ibubapa dan abang
saya yang terpilih unttuk mendapatkan maklumat terkini
tentang latar belakang kawasan kajian dan menghuraikan
kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah
dikaji
Selain itu,saya turut mendapatkan cadangan uusaha-usaha
untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut daripada
responden
Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada
saya.Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan
memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna
tanah di kawasan saya ini.Semua data dan maklumat yang
dipilih telah direkod.
OBJEKTIF KAJIAN
Objeektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak
tugasan kajian peta melalui aspek dan perkaraq-perkara seeperti
berikut:
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar
belakang kawasan kajian.
(b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan
guna tanah dii kawasan kajian
(c) Mengenaalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan
(d) Mengenal pasti daan menghuraikan kesan guna tanah tersebut
terhadap alam sekitar di kawasan kajian
(e) Memberi cadangan dan pendaapat terhadap usaha-usaha untuk
mengatasi kesan guna tanah tersebut
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Mergong , Kedah
Negeri Kedah Darulaman mempunyai 11 buah
daerah.Daerah Kota Setar adalah ibu negeri Kedah.Terdapat 34
buah mukim daeraah Kota Setar .Salah sebuah mukim yang
terdapat dalam Daerah Kota Setar adalah Mergong.
Mergong adalah salah sebuah mukim yang sangat terkenal dan
menjadi tumpuan penduduk.Kawasan Mergong ini adalah
sebuah kawasan peruahan.Sebelum pembinaan kawasan
perumahan ini,kawasan ini kurang menjadi tumpuan penduduk.
Secara keseluruhannya , guna tanah di Mergong adalah lebih
kepada kegiatan ekonomi seperti perindustrian
perniagaan,pertanian dan lain-lain.Kebanyakkan kawasan telah
dibangunkan untuk tujuan ekonomi.Kegiatan ekonomi ini
adalah sangat penting keraqna ia menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat.
Selain itu,penduduk dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi
penduduk.Antaranya adalah kawasan pertanian Mergong
.Kawasan Pertanian Pengkalan Kundor adalah sebuah kawasan
yang luas . Ia meliputi Kawasan penanaman padi di kawasan
ini.
Oleh itu,kawasan pertanian Pangkalan Kundor ini merupakan
sebuah tapak yang sangat luas dengan melibatkan pelbagai
kegiatan pertanian di kawasan tersebut.
Kesan-kesan daripada pertanian ini akan saya nyatakan dalam
halaman seterusnya.
Guna tanah untuk kawasan perumahan adalah terhad.Kawasan
Mergong ini yang pada asalnya adalah kawasan pertanian
merupakan kawasan tumpuan penduduk .Pada masa sekarang
,kawasan ini telah dibangunkan menjadi bandar dan pusat
perumahan.
Oleh itu,tanah yang digunakan untuk tujuan pertanian menjadi
semakin kurang .Walaupun kawasan ini merupakan kawasan
tumpuan penduduk.Kawasan perumahan ini adalah terhad.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian yang digunakan
semasa membuat kerja lapangan.Antara kaedah yang saya telah
gunakan:
1. PEMERHATIAN
~ Saya telah meninjau aktiviti kawasam kajian bagi melukis peta serta
mmengumpul maklumat
2. TEMUBUAL
~ Saya telah menemu bual kedua ibu bapa saya untuk mengumpul
maklumat mengetahui kaedah di Kawasan kajian dan mengenal pasti
aktiviti yang telah dijalankan di kawasan perumahan saya
3. RUJUKAN
~ Saya telah melayari internet supaya dapat memperoleh maklumat
yang lebih lanjut serta memudahkan perkongsian
BORANG TEMU BUAL
Nama : Harith Bin Abdul Rahim
Umur : 15 Tahun
Pekerjaan : Murid
Alamat : No.711,Taman Rakyat Mergong
1. Apakah jenis pekerjaan yang dijalankan di kawasan Taman Rakyat?
Jawapan : Gerai makanan, bengkel kereta dan kedai runcit.
2. Berikan cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di
kawasan Taman Rakyat.
Jawapan : Membuat penambahbaikan terhadap premis.
3. Nyatakan kegiatan ekonomi yang mungkin berpotensi untuk
dimajukan di kawasan Taman Rakyat.
Jawapan : Membuat Pasar tani
DAPATAN KAJIAN
JENIS KEGIATAN
Penduduk di Kawasan Taman Rakyat Mergong
melibatkan diri dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi
antaranya,
PERTANIAN
Daripada 10 orang responden yang ditemu bual,didapati seramai
3 orang daripadanya terlibat dalam kegiatan
pertanian.Kebanyakkan kawasan pertanian mereka dimiliki oleh
petani sendiri dan mereka mengerjakan tanah pertanian mereka
secara bekerjasama.Mereka menanam padi dan sayur-sayuran di
atas tana-tanih yang subur.Keluasan tanah pertanian mereka
agak luas,kira-kira 4ekar persegi.Mereka tidak menggunakan
teknologi yang lebih canggih seperti negara Jepun.Semua
kegiatan pertanian yang dijalankan dapat membekal makanan di
seluruh kawasan kegiatan.Selain menawarkan banyak peluang
pekerjaan,kegiatan ini juga merupakan pembekal bahan mentah
kepada pelbagai industri di kawasan kajian ini
DAPATAN KAJIAN
IMEJ DARI GOOGLE EARTH
PETA YANG DILUKIS
MENTAFSIR PETA LAKAR
Peta menunjukkan Taman Rakyat dan kawasan sekitarnya yang
terletak di kawasan tanah pamah
Terdapat beberapa fasa di Taman Rakyat dan beberapa lot kedai
bagi keselesaan penduduk di taman ini
Terdapat juga padi di tengah-tengah kawasan perumahan taman
ini
Tanaman di sekitar taman ini adalah padi,sayur-sayuran dan juga
buah-buahan
Terdapat juga pertempatan di dalam peta,selain Taman Rakyat ,
terdapat juga beberapa buah taman seperti Taman Sri
Indah,Taman Ampang Jajar dan Taman Sri Abadi
Di antara kemudahan awam yang terdapat di Taman Rakyat ini
ialah penngangkutan e-hailing dan juga pasaraya
Pertanian merupakan pekerjaan utama iaitu menanam padi dan
bercucuk tanam
MENGENALPASTI JENIS TANAH DI KAWASAN
KAJIAN DAN MENGHURAIKAN FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI TANAH
MENGENALPASTI JENIS TANAH
Contoh jenis guna tanah : Kediaman dan Pertanian
MENGHURAIKAN FAKTOR
Jenis perumahan yang sering dibina disini adalah perumahan bukan
strata.Rumah jenis ini termasuklah rumah bangle , rumah teres ,
rumah berkembar dan rumah berkelompok.Ini adalah kerana kawasan
ini mempunyai banyak tanah yang sesuai bagi tujuan perumahan
yang masih belum dimajukan berbanding bandar maju yang lain.
Selain itu, terdapat juga perkampungan yang tidak terancang.
Antara faktor yang mempengaruhi guna tanah untuk tujuan
petempatan adalah bentuk muka dan lokasi. Faktor ini
mempengaruhi kemudahan seperti pengangkutan awam,jalan raya
dan lebuh raya yang menghubungkan antara bandar dan luar bandar
MENGENALPASTI DAN MENGHURAIKAN
TIGA KESAN TANAH TERHADAP ALAM
SEKITAR
• Tiga Kesan Guna Tanah
Terhadap Alam Sekitar
1. Peningkatan suhu di sekitar
Kawasan
Semakin ramai manusia membuat petempatan di
sesuatu Kawasan meningkatkan lagi bilangan kenderaan
dan ia menyebabkan daya serap haba yang lebih tinggi
yang dikenali sebagai pulau haba kerana haba
terperangkap dalam Kawasan penempatan tersebut
2. Banjir Kilat
Hal ini sering berlaku jika hujan lebat berterusan tanpa
henti pada waktu yang singkat. Peningkatan penduduk
di Kawasan perumahan akan meningkatkan sisa pepejal
akan menyebabkan masalah perparitan yang serius
3. Aktiviti pengondolan hutan dan
bukit-bukau
Hutan yang nyaman namun kini sedikit demi sedikit
ianya ditarah dan diratakan bagi memberi ruang kepada
Kawasan perumahan baru.Ini secara tidak langsung
mengubah landskap dahulunya hijau kini dipenuhi
dengan batang besi
TANAHTIGA CADANGAN
USAHA-USAHA UNTUK
MENGATASI KESAN GUNA
1. Membuat perumahan hijau yang
terancang
Pihak kerajaan hendaklah memainkan peranan masing-masing
dalam melaksanakan langkah ini.Kawasan yang ingin dibina
haruslah mempunya sistem perparitan dan pengudaraan yang
sistematik agar tidak berlaku pencemaran atau banjir kilat
2. Memperkenalkan undang-undang
Kerajaan hendaklah memperkenalkan undang-undang bagi
mengalakkan pemaju untuk megambil kira factor kehijauan
Kawasan petempatan yang dibina
3. Mengadakan kempen kesedaran
Mengadakan kempen kesedaran juga hendaklah diperkasakan bagi
mendidik penduduk akan kepentingan alam sekitar.
RUMUSAN
Kajian yang saya telah lakukan di Kawasan perumahan saya
telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya.
Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis guna tanah di
Kawasan perumahan saya.
Selain itu,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas apa
disebalik definisi dan maksud guna tanah.Begitu kajian mengenai
faktor yang mempengaruhi guna tanah petempatan dan
pertanian.Berdasarkan kajian yang dijalankan,saya juga dapat
mengetahui dengan lebih jelas beberapa kesan guna tanah di
Kawasan kajian.
Selepas mengumpulkan segala maklumat,saya dapat
memberikan beberapa usaha atau cadangan yang boleh
digunapakai untuk mengatasi kesan guna tanah yang sering
berlaku di Kawasan perumahan saya.
Akhir kata,kita mestilah menjalankan aktiviti guna tanah dengan
sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah yang
boleh menjejaskan flora dan fauna akibat tindakan kita sendiri.
LAMPIRAN
Surat Pengenalan Diri
Kepada sesiapa yang berkenaan,
Puan Arhamni Binti Robian
Kerja lapangan geografi
Saya Harith Bin Abdul Rahim No Kad Pengenalan
061011-02-0509 adalah dari kelas tingkatan 3 Itqan
di Maktab Mahmud Alor Setar. Saya sedang membuat
kajian luar untuk memenuhi syarat Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran Geografi KBSM
2. Kerjasama dan bantuan daripada pihak Puan
didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian,
RUJUKAN
Sumber rujukan
https://www.mysumber.com/pt3-
geografi-2018-kajian-guna-tanah.html