SEKOLAH KEBANGSAAN
TASIK PUTERI 2
KOD SEKOLAH : BBA 7242
NO. PENDAFTARAN : SEL : 1220
MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG
KALI KE 13
SESI 2022 / 2023
28Tarikh masa & PELAKSANAAN
MEI 8.30 Pagi - 12.30 tengah hari
2022 Secara atas talian.
SENARAI KANDUNGAN
Bil Perkara Halaman
1 Matlamat & Objektif 1
2 Tentatif Aturcara & Agenda Mesyuarat 2
3 Tinta Penasihat PIBG SK Tasik Puteri 2 3
4 Tinta YDP PIBG SK Tasik Puteri 2 4
5 Ahli Jawatankuasa Induk 5
6 Ahli Jawatankuasa Pelaksana 6
7 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 12 Sesi 2021/2022 12
8 Maklum Balas Mesyuarat 17
9 Senarai Nama Kehadiran Ibu Bapa dan Guru di Mesyuarat 18
Agung PIBG Kali Ke 12 Sesi 2021/2022
10 Carta Organisasi PIBG Sesi 2021/2022 29
11 Rekod Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2021/2022 30
12 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2021/2022 31
13 Penyata Kewangan PIBG SKTP2 32
14 Usul dan Cadangan Ibu Bapa 33
15 Cadangan Program dan Aktiviti yang Memerlukan Kutipan 39
Daripada Murid
16 Penglibatan dan Kejayaan Sekolah 43
17 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2022 / 2023 48
18 Penghargaan 49
MATLAMAT
Menggalakkan interaksi dua hala antara
pihak sekolah dan ibubapa/penjaga murid
SK Tasik Puteri 2.
Meningkatkan penglibatan ibubapa ke arah
kecemerlangan akademik dan sahsiah murid
SK Tasik Puteri 2.
OBJEKTIF
Dengan adanya program ini diharapkan :
Hubungan antara pihak sekolah dengan
ibubapa menjadi lebih erat.
Perbincangan isu-isu berkaitan murid,
ibubapa dan sekolah dapat dijalankan.
Menjalinkan ukhwah pemuafakatan antara
ibubapa penjaga dengan guru-guru.
Memupuk kerjasama dan keterlibatan
antara ibubapa dengan pihak sekolah dalam
semua program.
1
TENTATIF
ATURCARA
8.30 AM Pendaftaran tetamu secara atas talian
9.00 AM Bacaan doa
Ucapan Aluan Yang Berbahagia Dato' Seri Hasan bin Ayuob
(YDP PIBG SK Tasik Puteri 2).
Ucapan Yang Berusaha Pn Roshida binti Isa
(Guru Besar SK Tasik Puteri 2).
Ucapan Perasmi jika ada.
Mesyuarat Agung PIBG SK Tasik Puteri 2 Kali Ke 13 sesi 2022 /
10.00 AM 2023
Majlis Bersurai.
12.30 PM
AGENDA
MESYUARAT
AGENDA 1 Ucapan Yang DiPertua PIBG SKTP2.
AGENDA 2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12.
AGENDA 3 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2021/2022
AGENDA 4 Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan yang berakhir pada
31 Disember 2021.
Perkara-perkara berbangkit
AGENDA 5 Pembentangan dan perbincangan usul.
AGENDA 6 Perancangan PIBG Sesi 2022/2023
AGENDA 7 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022
AGENDA 8 Pelantikan Pengerusi Sementara
AGENDA 9 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2022/2023
AGENDA 10 Pelantikan dua orang Juruaudit Dalaman (1 guru, 1 ibu/bapa)
AGENDA 11 Pembentangan cadangan kutipan sumbangan sekolah
AGENDA 12 Hal-hal lain
AGENDA 13 Ucapan Penangguhan
AGENDA 14
2
TINTA PENASIHAT
PIBG SKTP2
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, kita dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-13 bagi Tahun
2022 ini dengan jayanya.
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua
jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dan ibu bapa serta penjaga murid yang telah
memberi komitmen dan kerjasama terbaik sepanjang sesi 2021/2022 meskipun kita kini
masih lagi terikat dengan SOP. Pihak sekolah masih lagi berada di dalam proses
perubahan dari pendemik ke endemik. Namun pihak sekolah masih lagi
mengutamakan SOP yang telah digariskan didalam Garis panduan Pembukaan
sekolah 4.0. Pihak sekolah masih perlu mengekang wabak COVID-19 daripada terus
merebak. Ia secara tidak langsung melatih guru-guru meneroka ilmu baharu dengan
menggunakan gajet dan digital dalam melaksanakan tugas harian. Oleh itu, sokongan
ibu bapa dalam memastikan anak-anak mematuhi garis panduan tersebut semasa
berada diluar kawasan sekolah sangat diharapkan. Ini adalah kerana kehadiran murid
diutamakan supaya murid tidak tercicir dalam pelajaran. Permuafakatan yang jitu
antara ibu bapa dan guru di sekolah ini, secara tidak langsung mampu membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk
meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
murid-murid agar menjadi insan cemerlang dan hebat di persada dunia.
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada PIBG SK Tasik Puteri
2 yang telah memberi kerjasama tidak berbelah bahagi dalam memastikan segala
keperluan sekolah dapat dipenuhi sama ada daripada segi kewangan mahupun
menambah baik prasarana sekolah.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa dan penjaga
murid yang memberi sokongan dan komitmen dalam memastikan kejayaan anak-anak
di SK Tasik Puteri 2. Semoga SK Tasik Puteri 2 terus cemerlang dan melakar kejayaan
demi kejayaan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
ROSHIDA BT ISA
Guru besar SK Tasik Puteri 2
3
TINTA YANG
DIPERTUA PIBG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Pada kesempatan ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin-Nya, kita akhirnya dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan secara
dalam talian.
Sepanjang pandemik melanda dunia umumnya dan Malaysia khususnya, PIBG
menghadapi cabaran yang besar untuk memastikan persekitaran SK Tasik Puteri 2
terus kondusif dan ceria. Meskipun murid-murid baru sahaja dibenarkan bersemuka
dan setelah 2 tahun murid belajar secara online dari rumah, Namun begitu pihak PIBG
telah merancang pelbagai aktiviti tetapi tidak dapat dilaksanakan memandangkan
pelbagai kekangan yang dihadapi. PIBG berharap dapat melaksanakan program yang
telah dirancang dan tertangguh dapat dilaksanakan pada waktu yang lain.
Harapan saya, semua pihak dapat mencambahkan idea-idea dan buah fikiran
yang bernas secara berterusan bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi murid-
murid SK Tasik Puteri 2 tak kira sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum,
sukan mahupun sahsiah. Saya bersyukur program-program yang dirancang oleh PIBG
sesi 2019 telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak. Kesepaduan dan
permuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG SKTP2 amat diperlukan bagi
menjayakan program yang dirancang bersama-sama. Semoga budaya cemerlang
sentiasa kita amalkan demi kebaikan anak-anak yang belajar di sekolah ini.
Akhir kata, saya amat berharap agar barisan peneraju PIBG yang baharu nanti
bersikap proaktif dalam merangka dan melaksana program PIBG bagi meneruskan
kecemerlangan sekolah ini. Mohon maaf jika ada salah silap daripada barisan peneraju
PIBG sesi 2021/2022.
Salam hormat daripada saya,
Dato’ Seri Hasan bin Ayoub
YDP PIBG SKTP2
4
AHLI
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT
Pn Roshida binti Isa
PENGERUSI (YDP)
Dato' Seri Hasan bin Ayuob
TIMBALAN PENGERUSI
En Abu Samah bin Ahmad (NYDP PIBG)
NAIB TIMBALAN PENGERUSI 1
Pn Shamsina binti Abd Aziz (PK Pentadbiran)
NAIB TIMBALAN PENGERUSI 11
Pn Yusnida binti Md Ghazali (PK HEM)
SETIAUSAHA
Pn Nor Azizah binti Lamijan (PK Kokurikulum)
NAIB SETIAUSAHA
Pn Norhayati binti Zaim Bek (Setiausaha PIBG)
BENDAHARI
En Adam Malek bin Alias (PK Petang)
NAIB BENDAHARI
Pn Radhiah Hanim bin Radzali (Bendahari PIBG)
AJK IBU BAPA
En Salehudin bin Suratnu
En Ahmad Fitri b Zainul
En Nor Azman bin Yusof
Pn Munirah binti Mohd Roslan
Pn Noradlin binti Mohamad
En Muhammad Yusof bin Maidin
AJK GURU
En Ahmad Mahfuz bin Muhammad
En Mohammad Bukhori bin Othman
En Mohd Syahmi bin Zamri
Pn Sabahah binti Ismail
Pn Mazni binti Mat Zain
PEMERIKSA KIRA-KIRA
En Azman bin Sapian (Juru Audit Ibu Bapa)
Pn Zahirni binti Ramli (Juru Audit Guru)
5
AHLI
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENYELARAS PROGRAM
PN SHAMSINA BINTI ABD AZIZ (PK PENTADBIRAN)
PENGACARA MAJLIS
PN NORANI BINTI MISLAN
PENGERUSI SEMENTARA
EN MOHD BASRI ARIFFIN BIN MOHD RIDZUAN
BACAAN DOA
EN MOHAMMAD BUKHORI BIN OTHMAN
JAWATANKUASA TEKNIKAL PENERBITAN MAT
PENYELARAS TEKNIKAL :
EN NURFAEZIN FIRDAUS BIN SENIK
TEKNIKAL SIARAN LANGSUNG :
PN RAHIMAH BINTI ABD RAHMAN (Streamyard)
PN AZLINA BINTI ABD HAMID (TVPSS Sasteri Channel)
PN AIDA KASMAWATI BINTI SULONG @ HARUN
GOOGLE MEET :
EN MOHD MULIADI BIN YUSOF
EN ABANG HAZEEQ BIN ABANG HAMDAN
EN AZRI AFINDI BIN ZAINON
PENDAFTARAN & KEHADIRAN :
PN SABAHAH BINTI ISMAIL (AJK PIBG)
PN AZIAH BINTI AB HAMID
PN SITI ELFIKA BINTI MD YASRI
PN SUHAILA BINTI JAAFAR
KIRAAN UNDI :
EN MOHD SYAHMI BIN ZAMRI (AJK PIBG)
PN NORLINA BINTI CHE MAHMOOD (PENJAGA MASA)
PN NORFAEZAH BINTI SHAFEI
PN SITI SARAH BINTI ISMAIL
PN NORNITA BINTI MAZLAN
PN JUNAIDAH BINTI HARUN 6
TEKNIKAL PERALATAN ICT & PENERBITAN :
EN AHMAD MAHFUZ BIN MUHAMMAD (AJK PIBG)
EN AHMAD FITRI BIN ZAINUL (AJK PIBG)
EN MUHAMMAD ZAKWAN BIN HALIM
EN SYED MOHD YUSRI BIN SYED A RAHMAN
EN AZRI AFINDI BIN ZAINON
PERSIAPAN TEMPAT & KEBERSIHAN
EN MOHD BUKHORI BIN OTHMAN (AJK PIBG)
EN MUHAMMAD YUSOF BIN MAIDIN (AJK PIBG)
EN MOHD KHAIRIL ASRAF BIN WAHAB
EN SAYOKI BIN CHE HUSIN
AJK CABUTAN BERTUAH
EN MOHD SYAHMI BIN ZAMRI (AJK PIBG)
CIK SITI ALIFAH ZAKIRAH BINTI ZAHRI
EN MUHAMMAD JAMRI BIN MOHD JOHAN
AJK PORTAL E-SMAT
PN ZAHIRNI BINTI RAMLI (JURUAUDIT PIBG)
PN FATIMAH BINTI MOHD DAUD
EN NOR AZMAN BIN YUSOF
EN SALEHUDIN BIN SURATNU
PENYATA KEWANGAN
PN RADHIAH HANIM BINTI RADZALI (BENDAHARI PIBG)
PN ZAHIRNI BINTI RAMLI (JURUAUDIT PIBG)
EN AZMAN BIN SAPIAN (JURUAUDIT PIBG)
AJK SUMBANGAN TABUNG PIBG
PN RADHIAH HANIM BINTI RADZALI
PN KHAIRUNNISA BINTI MAD FAZIL
PN NORIZAH BINTI MD NOR
PN NURALIZA BINTI ISMAIL
AJK BANNER & POSTER DAN SERANTA
EN MOHD NAZRI BIN ABU BAKAR (KSIB)
EN MUHAMMAD ZAKWAN BIN HALIM
EN AHMAD FITRI BIN ZAINUL (AJK PIBG)
AJK DOKUMENTASI / FOTO
PN MUNIRAH BINTI MOHD ROSLAN (AJK PIBG)
PN ANIZATULFAZURA BINTI ZOLKIFLE
7
AJK SIJIL, CENDERAMATA & HADIAH CABUTAN
BERTUAH
EN AHMAD FITRI BIN ZAINUL (AJK PIBG)
EN MOHD NAZRI BIN ABU BAKAR (KSIB)
PN NORADLIN BINTI MOHAMAD (AJK PIBG)
PN NORAHAFIZAH BINTI ABD RAZAK
PN AISHAH BINTI HARON
AJK BUKU PROGRAM
PN MAZNI BINTI MAT ZAIN (AJK PIBG)
PN NURUL AIMI FATIHA BINTI AZMAN
PN MARDHIYAH BINTI ABDUL KADIR
AJK JAMUAN
PN SABAHAH BINTI ISMAIL (AJK PIBG)
JAMUAN VIP :
PN KIFAYAH HANIM BINTI ISMAIL
JAMUAN GURU :
PN FAUZIAH BINTI MORSHIDI
PN SALWA BINTI ABDUL RAHMAN
PENGURUSAN MESYUARAT
PN NORHAYATI BINTI ZAIM BEK (SETIAUSAHA PIBG)
AJK PENCATAT UCAPAN (UCAPAN GURU BESAR)
PN AMINAH BINTI BUJANG (K)
PN NOR SHAMSIAH BINTI KASSIM
PN HUMAIRAA BINTI JAINI
AJK PENCATAT UCAPAN (UCAPAN YDP / NYDP)
PN MARSIAH BINTI MD DAHAN (K)
PN SUHANA BINTI ARIFFIN
PN NOOR AZLINA BINTI ABDUL SAMAD
AJK PENCATAT MINIT :
PN SITI ESHAH BINTI HJ TAHIR (K)
PN NADATUL SIMA BINTI ISHAK
PN NOOR BAIYAH BINTI MOHAMAD
8
9
10
11
MINIT MESYUARAT AGUNG
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK PUTERI 2
KALI KE-12 SESI 2021/ 2022
Tarikh : 09 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing dilaksanakan melalui medium live
Streamyard dan live youtube TV PSS SASTERI channel
Kehadiran (Bilangan) : 331 orang
Senarai kehadiran : Sila rujuk lampiran 1.0
1.0 PERUTUSAN
1.1 YDP PIBG
1.1.1 Yang Berbahagia Dato’ Seri Hasan bin Ayuob sebagai pengerusi memulakan
majlis dengan ucapan terima kasih dan selamat datang kepada semua ibu bapa,
penjaga serta guru-guru kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
12 yang diadakan secara atas talian.
1.1.2 Yang Berbahagia Dato’ Seri Hasan bin Ayuob juga mengucapkan selamat
datang kepada PK HEM yang baharu iaitu Puan Yusnida bt Md Ghazali yang
menggantikan Encik Borhan bin Ibrahim yang telah bertukar ke SK Bukit
Rahman Putra.
1.1.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam
menjayakan program-program yang membawa kecemerlangan kepada
sekolah.
1.1.4 Beliau memaklumkan kepada mesyuarat bahawa sekolah ini telah menerima
pujian di peringkat Daerah, Negeri dan Kementerian berdasarkan prestasi
murid-murid dalam bidang sukan dan sebagainya.
1.1.5 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Guru Besar dan guru-guru
yang menjayakan program-program ini dan disokong oleh pimpinan PIBG
terutama kepada Timbalan Yang Dipertua PIBG yang telah memainkan
peranan dan kerjasama sepenuhnya dengan pihak sekolah bagi menjayakan
apa-apa program yang melibatkan sekolah.
12
1.1.6 Beliau juga memaklumkan terbentuknya kerjasama di antara pihak sekolah,
PIBG dan ibu bapa dalam pertandingan bola sepak keluarga dan sebagainya
yang melambangkan betapa jitunya pihak sekolah bekerjasama dengan ibu bapa
di luar sana. Ini telah menarik minat ibu bapa ke sekolah bersama anak-anak
mereka.
1.1.7 Beliau memaklumkan bahawa perancangan PIBG untuk membuat mini stadium
di tanah lapang sebelah sekolah tidak dapat dilaksanakan kerana tanah tersebut
telah diperuntukkan untuk pembinaan sekolah menengah.
1.1.8 Beliau telah mewakafkan 5 khemah yang terdapat di Dataran Perhimpunan SK
Tasik Puteri 2 kepada pihak sekolah untuk kegunaan murid-murid berteduh dan
sebagainya.
1.1.9 Beliau menyeru semua ibu bapa melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada
pihak sekolah dengan membayar yuran PIBG kerana kutipan yuran tersebut
akan digunakan untuk membiayai program-program dan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan anak-anak mereka sendiri.
Makluman
1.2 PENASIHAT PIBG
1.2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Hasan bin Ayuob, YDP
PIBG, barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang hadir
pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12.
1.2.2 Beliau memaklumkan kepada mesyuarat bahawa PIBG SKTP2 telah menetapkan
mesyuarat PIBG akan dilaksanakan secara dua dalam satu agar dapat meneruskan
aktiviti yang telah tertangguh.
1.2.3 Guru Besar mengharapkan kerjasama yang jitu dalam kalangan ibu bapa agar
perjalanan persekolahan yang akan dibuka kelak dapat berjalan dengan lancar.
Sebagaimana yang diketahui bahawa pembukaan sekolah secara penggiliran kelak
akan memerlukan kerjasama di antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
1.2.4 Beliau juga menyatakan bahawa keselamatan guru dan anak-anak sentiasa
menjadi keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi. Pihak sekolah
mengharapkan dengan kerjasama ibu bapa, guru dan anak-anak mematuhi SOP
yang telah dikeluarkan, anak-anak akan hadir ke sekolah dalam keadaan selamat.
Dalam hal ini ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan bahawa anak-anak
yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
13
1.2.5 Beliau juga memaklumkan kepada mesyuarat banyak kecemerlangan dan kejayaan
yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam
bidang kokurikulum, koakademik dan sukan bagi tahun 2021. Pelbagai kejayaan
telah diperolehi di dalam penyertaan murid semasa perintah kawalan pergerakan
(PKP) ini. Ada di antara pencapaian yg telah diraih oleh anak-anak SKTP2 secara
norma baharu ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
1.2.6 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada unit Hal Ehwal Murid yang telah
berusaha untuk menambahbaik SOP dan persediaan pembukaan sekolah dalam
mengekang penularan kes Covid-19 di kawasan sekolah.
1.2.7 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru SKTP2 yang sentiasa
menjalankan PDPR dengan pelbagai kaedah dan inovasi digital yang diperkenalkan
kepada anak-anak didik SKTP2. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu
bapa yang sama-sama menyokong pembelajaran anak-anak sepanjang tempoh PDPR
dilaksanakan.
1.2.8 Beliau juga mengharapkan agar pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah
mengadakan pelbagai aktiviti dan tidak jemu memberi sumbangan dalam bentuk
kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-
anak.
Makluman
2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-11,
SESI 2020/2021.
2.1 Pn. Nor Shamsiah binti Kassim selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG SKTP2 bagi kali ke-11 sesi 2020/2021 bertarikh 9 Oktober 2021.
Makluman
2.2 Disahkan oleh : Pn Noorsuzannawati bt Noordin
Disokong oleh : Pn.Atiqah bt Alrazi.
3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN.
3.1 Pn. Nor Shamsiah binti Kassim selaku Setiausaha meminta semua ahli merujuk
halaman 21-22 Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12.
Makluman
3.2 Beliau memohon agar laporan aktiviti tahunan disokong dan disahkan.
3.2.1 Dicadang agar disahkan oleh : En.Mohamad Izzudin B Mustaffa
3.2.2 Pengesahan disokong oleh : Pn. Raja Nor Zakiah bt. Raja Brima Sulong
14
4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31
DISEMBER 2020.
4.1 Pn. Aishah binti Haron selaku Bendahari membentangkan Penyata Kewangan berakhir
pada 31 Disember 2020.
4.2 Beliau memaklumkan kepada mesyuarat bahawa pada tahun 2020/2021 tiada sebarang
kutipan yuran PIBG.
4.3 Beliau juga meminta ahli mesyuarat merujuk buku program Mesyuarat Agung muka
surat 12-13. Pengesahan dan penerimaan penyata kewangan adalah seperti berikut:
a. Baki di tangan sebanyak : RM 269.89
b. Baki di bank sebanyak : RM 11846.92
Makluman
4.4 Pn Aishah memohon agar penyata kewangan disokong untuk disahkan.
4.4.1 Dicadangkan agar disahkan oleh : Pn. Raja Nor Zakiah Bt Raja Brima Sulong.
4.4.2 Pengesahan disokong oleh : Pn. Noorsuzannawati bt Noordin
5.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2020/2021 DAN PEMILIHAN AJK PIBG SESI
2021/2022
5.1 YDP dengan rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2020/2021.
5.2 En. Abu Samah b Ahmad selaku NYDP telah dilantik menjadi pengerusi sementara.
5.3 Pengerusi sementara membuka pemilihan AJK PIBG 2021/2022
5.4 Pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2022 dijalankan melaui pencalonan dan undian ahli
mesyuarat dalam link e -SMAT.
5.4.1 Melalui undian yang telah dibuat, sebanyak 78% ahli mesyuarattelah bersetuju
mengekalkan jawatankuasa PIBG sedia ada untuk terus memikul tugas,
tanggungjawab dan amanah untuk 5 bulan yang akan datang iaitu hingga Mac
2022.
Tindakan: AJK PIBG
6.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN 2021
6.1 Puan Hanna Khalid memohon agar menukarkan AJK PIBG PPKI kerana anak beliau
sudah ke sekolah menengah.
6.1.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Puan Noradlin Bt Mohamad sebagai
AJK PIBG PPKI yang baharu.
6.2 En Mohd Faiz Bin Mohd Jamil mencadangkan agar memasang penghadang di laluan
pejalan kaki bersebelahan kedai buku sekolah bagi mengelak daripada murid terjatuh dan
tergelincir.
6.2.1 Puan Yana Khairul bersetuju dengan cadangan tersebut.
15
6.3 Pihak sekolah memohon persetujuan daripada ibu bapa berkenaan
seperti ketetapan berikut :
6.3.1 Kurikulum
6.3.1.1 Kutipan RM50 untuk murid tahun 6 bagi pembayaran modul PDPC bagi
subjek teras dan fail sijil tamat persekolahan.
6.3.2 Unit Kokurikulum akan membuat kutipan untuk pembayaran bagi murid yang
menyertai pertandingan diperingkat daerah dan peringkat selanjutnya seperti
berikut.
6.3.2.1 Yuran Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas(PPT) :
Tahun 4 ( RM18.50) dan Tahun 5 (RM5.00)
6.3.2.2 Yuran Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) :
Tahun 4 (RM17.50), Tahun 5 (RM7.00) dan Tahun 6 (RM3.00).
6.3.3 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
6.3.3.1 Kutipan sebanyak RM50 untuk murid PPKI bagi sambutan HariLahir dan
Hari Kanak-kanak.
6.3.4 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan dikemukan oleh pihak
sekolah.
7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-12
7.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberikan kepercayaan
kepada beliau sekali lagi bagi menerajui PIBG. Beliau memohon kerjasama daripada
semua ibu bapa agar dapat membantu beliau serta barisan AJK PIBG yang telah
dilantik.
7.2 YDP PIBG menangguhkan mesyuarat pada jam 12.18 tengah hari.
Disediakan oleh :-
……………………………….....……
(NORHAYATI BINTI ZAIM BEK)
Setiausaha PIBG
SK Tasik Puteri 2 Sesi 2021/2022
18.10.2021
16
MAKLUM BALAS MESYUARAT
MAKLUM BALAS
MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP2
KALI KE- 12 SESI 2021/2022
Tarikh : 09 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing dilaksanakan melalui medium live
Streamyard dan live youtube TV PSS SASTERI channel
Kehadiran (Bilangan) : 331 orang
Disediakan oleh:
Urus Setia
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12
17
LAMPIRAN 1.0
SENARAI NAMA IBUBAPA DAN GURU
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12
SESI 2021/2022
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
CARTA ORGANISASI PIBG
SESI 2021 / 2022
PENASIHAT
PN ROSHIDA BINTI ISA
YANG DIPERTUA
DATO' SERI HASAN BIN AYUOB
NAIB YANG DIPERTUA
EN ABU SAMAH BIN AHMAD
SETIAUSAHA KEHORMAT
PN NORHAYATI BINTI ZAIM BEK
BENDAHARI KEHORMAT
PN RADHIAH HANIM BINTI RADZALI
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
EN AHMAD MAHFUZ BIN MUHAMAD
EN MOHAMMAD BUKHORI BIN OTHMAN
EN MOHD SYAHMI BIN ZAMRI
PN SABAHAH BINTI ISMAIL
PN MAZNI BINTI MAT ZAIN
AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA)
EN SALEHUDIN BIN SURATNU
EN NOR AZMAN BIN YUSOF
EN AHMAD FITRI BIN ZAINUL
PN MUNIRAH BINTI MOHD ROSLAN
PN NORADLIN BINTI MOHAMAD
EN MUHAMMAD YUSOF BIN MAIDIN
JURUAUDIT DALAMAN (GURU)
PN ZAHIRNI BINTI RAMLI
JURUAUDIT DALAMAN (IBU BAPA)
EN AZMAN BIN SAPIAN
29
REKOD KEHADIRAN MESYUARAT
AJK PIBG
30
LAPORAN AKTIVITI PIBG
SESI 2021 / 2022
31
PENYATA KEWANGAN
32
USUL DAN CADANGAN IBU BAPA
33
34
35
36
37
38
CADANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG
MEMERLUKAN KUTIPAN DARI MURID
UNIT
KURIKULUM
39
UNIT
HAL EHWAL MURID
40
UNIT
KOKURIKULUM
41
42
PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN DALAM
KEJOHANAN/ PERTANDINGAN PERINGKAT
ZON/DAERAH/NEGERI/KEBANGSAAN
2020
PENCAPAIAN
SUKAN PERMAINAN
DAERAH
MERENTAS DESA - JOHAN BERPASUKAN LELAKI
KESELURUHAN DAERAH GOMBAK.
MERENTAS DESA - JOHAN BERPASUKAN PEREMPUAN
KESELURUHAN DAERAH GOMBAK.
JOHAN KESELURUHAN MERENTAS DESA MSSD
DAERAH GOMBAK
JOHAN KESELURUHAN MERENTAS DESA MSSD
DAERAH GOMBAK
BOLA TAMPAR LELAKI DAN PEREMPUAN - TEMPAT KE-3
HOKI LELAKI - TEMPAT KE-3
MEMANAH - NAIB JOHAN
NEGERI
OLAHRAGA
PENYERTAAN 3 ORANG PERINGKAT NEGERI
MERENTAS DESA
PENYERTAAN 5 ORANG PERINGKAT NEGERI
43
PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN DALAM
KEJOHANAN/ PERTANDINGAN PERINGKAT
ZON/DAERAH/NEGERI/KEBANGSAAN
2020
PENCAPAIAN
KOAKADEMIK
KEBANGSAAN
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS NICER'S
KATEGORI 9 TAHUN KE BAWAH - PENYERTAAN 12
ORANG
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS NICER'S
KATEGORI 10-12 TAHUN - PENYERTAAN 5 ORANG
PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN FOMCA (BUKU
SKRAP) - PENYERTAAN 8 ORANG
PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN FOMCA (ESEI
KEPENGGUNAAN) - PENYERTAAN 5 ORANG
PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN CABARAN
KREATIF STEM - PENYERTAAN 3 ORANG
PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER CABARAN KREATIF
STEM - PENYERTAAN 1 ORANG
COLOUR ME UP! 2020 ANJURAN GREAT EASTERN
KATEGORI 10-12 TAHUN - PENYERTAAN 5 ORANG
COLOUR ME UP! 2020 ANJURAN GREAT EASTERN
KATEGORI 9 TAHUN - PENYERTAAN 4 ORANG
PERTANDINGAN MEWARNA - SEKAT PENULARAN
COVID19 - AEON - PENYERTAAN 7 ORANG
PERTANDINGAN MEWARNA KEMERDEKAAN AEON -
PENYERTAAN 1 ORANG
MQSS
HAFAZAN - PENYERTAAN DAERAH
DAIE CILIK - PENYERTAAN DAERAH
TILAWAH - PENYERTAAN DAERAH
KHAT - PENYERTAAN DAERAH
44
PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN DALAM
KEJOHANAN/ PERTANDINGAN PERINGKAT
ZON/DAERAH/NEGERI/KEBANGSAAN
2021
PENCAPAIAN
SUKAN PERMAINAN
NEGERI
PERTANDINGAN KEMAHIRAN MEMANAH PERINGKAT
MSSS - PENYERTAAN 2 ORANG
SELANGOR JUNIOR REMOTE SCORING - PENYERTAAN 4
ORANG
KEMAHIRAN SUKAN OLAHRAGA - PENYERTAAN 3
ORANG
HOKI MSSD - 1 ORANG
PROGRAM KECERGASAN MURID FIT WORKOUT 1M1S - 3
ORANG
PERTANDINGAN KEMAHIRAN MERENTAS DESA - 7
ORANG
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA BALING
KEBANGSAAN
PERAK ARCHERY REMOTE SCORING CHALLENGE 2021 -
PENYERTAAN 1 ORANG
E-MEMANAH TRADISIONAL - PENYERTAAN 4 ORANG
2021 MALAYSIA WOMEN'S ARCHERY REMOTE SCORING
- PENYERTAAN 2 ORANG
ANTARABANGSA
HIS OPEN REMOTE ARCHERY CHALLENGE 2021 -
PENYERTAAN 5 ORANG
GOLD MEDALISTAR X REMOTE SCORING CHALLENGE -
PENYERTAAN 7 ORANG
FUYOO ALL STAR (REMOTE CHALLENGE) - PENYERTAAN
1 ORANG
R'MISTAC 21 - REMOTE MUSLEH INTERNATIONAL -
PENYERTAAN 3 ORANG
45
PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN DALAM
KEJOHANAN/ PERTANDINGAN PERINGKAT
ZON/DAERAH/NEGERI/KEBANGSAAN
2021
PENCAPAIAN
BADAN BERUNIFORM
ANTARABANGSA
SAMBUTAN HARI LAUT SEDUNIA - PENYERTAAN 1
ORANG
INTERNATIONAL ECO NATURE VIRTUAL RUN - 1 ORANG
KEBANGSAAN
PROGRAM SEMARAK ROHANI PERDANA- PENYERTAAN
36 ORANG
PUTERI BONGSU PPIM - 55 ORANG
PERHIMPUNAN BELIA KEBANGSAAN BSMM - 25 ORANG
PANDU PUTERI TUNAS CONNECT IDOLA TUNAS - 2
ORANG
NEGERI
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK - 1
ORANG
PROGRAM JALINAN MAHABBAH - 2 ORANG
HARI PUTERI FOTOGRAFI (PPIM) - 2 ORANG
PROGRAM JOB WEEK PPIM FASA 2 - 4 ORANG
KUIZ PANDU PUTERI - 1 ORANG
CABARAN SIBER TKRS - 9 ORANG
CABARAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH - 2 ORANG
46
PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN DALAM
KEJOHANAN/ PERTANDINGAN PERINGKAT
ZON/DAERAH/NEGERI/KEBANGSAAN
2021
PENCAPAIAN
KOAKADEMIK
ANTARABANGSA
INTERNATIONAL MATHEMATICS OLYMPIAD
KEBANGSAAN
PERTANDINGAN STEM ONLINE CHALLENGE - 2 ORANG
PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA - 1 ORANG
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF - 2 ORANG
KATEGORI NGO :
PERTANDINGAN SENI VISUAL PASUKAN BOMBA - 1
ORANG
PERTANDINGAN SENI LUKIS ADI WIRA - 1 ORANG
PERTANDINGAN MELUKIS THANK YOU FRONTLINERS - 2
ORANG
PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA KANAK-
KANAK - 4 ORANG
PERTANDINGAN DOCTOR CHESS ONLINE - 1 ORANG
NEGERI
PROGRAM AL-JAZARI - 3 ORANG
MALAY STORY TELLING SESSION SECARA ATAS TALIAN -
1 ORANG
47
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PIBG 2022 / 2023
YANG DIPERTUA PIBG
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
SETIAUSAHA KEHORMAT
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI KEHORMAT
PENOLONG BENDAHARI
AJK IBU BAPA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
AJK GURU
1.
2.
3.
4.
AJK KSIB (SUKARELAWAN)
1.
2.
JURUAUDIT DALAMAN
1.
2.
48