The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amdzytan, 2021-04-19 03:58:13

2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi

5 Orange

2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi

Faktor Penggalak Globalisasi

Peranan Kerajaan Teknologi Pengangkutan Pelancongan
Maklumat

1. Peranan Kerajaan
• Kerajaan telah mengamalkan sikap terbuka terhadap

kemasukan syarikat multinasional. Kerajaan melonggarkan
kawalan terhadap aktiviti ekonomi melalui dasar kerajaan,
undang-undang, insentif yang akan mempengaruhi
perkembangan globalisasi.

• Pelaksanaan liberalisasi perdagangan dan blok perdagangan
seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) - untuk
menggalakkan kerjasama antara negara dalam ekonomi.

• Polisi mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan
pelbagai insentif seperti pelepasan cukai dan taraf perintis telah
diperkenalkan untuk menarik syarikat multinasional negara lain.

2. Infrastruktur Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Yang Maju
• ICT merujuk kepada suatu sistem komunikasi dan perolehan
maklumat melalui penggunaan alatan teknologi secara interaktif.
Perkembangan ICT didorong oleh perkembangan internet.

•Kawalan perniagaan menjadi mudah walaupun mempunyai
cawangan di negara lain melalui kemudahan ICT seperti e-mail, sidang
video yan g dapat memudahkan komunikasi.

• Masalah dapat diselesaikan dengan mudah, proses pemindahan
maklumat juga dapat dibuat dengan mudah, pantas dan murah.

• Penggunaan Internet menyebabkan aliran maklumat dan idea
bergerak dengan pantas dan ini menggalakkan inovasi, produktiviti,
dan juga pertumbuhan ekonomi.

3. Infrastruktur Pengangkutan Yang Baik
• Sistem pengangkutan meliputi pengangkutran
darat, udara dan air.

• Sistem pengangkutan yang cekap merupakan faktor
penggalak yang besar dalam proses globalisasi.

• Misalnya, penggunaan kapal laut yang besar dapat
mengurangkan kos pengangkutan barang antara
negara dan ini membolehkan pengeluar menyediakan
barang pada harga yang lebih murah.

4. Pelancongan
•Disebabkan sektor pelancongan memberikan sumbangan besar
kepada ekonomi negara, pelbagai galakan dan insentif diberikan oleh
kerajaan untuk membangunkan sektor pelancongan. Keadaan ini
secara tidak langsung dapat menggalakkan proses globalisasi.

•Pembukaan lapangan terbang KLIA 2 khusus untuk syarikat
penerbangan tempatan dan antarabangsa kos rendah juga
memudahkan pergerakan manusia di antara negara.

• Perkhidmatan seperti tempahan tiket penerbangan, penginapan,
pakej pelancongan atas talian telah mengurangkan kos operasi dan
memudahkan aktiviti pelancongan.


Click to View FlipBook Version