The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ttsham80, 2021-10-26 06:11:36

KISAH JUTAWAN BNKRUP

KISAH JUTAWAN BNKRUP

Kisah Inspirasi…

Kisah Jutawan Muflis,
Jual Sandwich

Untuk Langsaikan Hutang
(Sirivat Voravetvuthikun)

Sebelum krisis ekonomi tahun
1997, Sirivat Voravetvuthikun
merupakan serang jutawan
dari Thailand.

Beliau juga merupakan seorang
pelabur saham dan pemilik
syarikat pembinaan dan tinggal
di kondominium paling mahal
di Bangkok.

Namun krisis ekonomi telah
memberikan kesan buruk
sehingga beliau diisytihar
muflis.

Sebelum krisis beliau telah
membuat pinjaman kewangan
untuk melabur dalam beberapa
perniagaannya.

Akan tetapi akhirnya beliau
tidak mampu membayar segala
hutang yang ditanggungnya.

Saat diisytiharkan muflis,
hidupnya gelap. Beliau
menyalahkan diri sendiri akibat
terlalu tamak sehingga berani
membuat pinjaman dan pelaburan
besar-besaran.

Akhirnya beliau bangkit
membuat keputusan…..

Menyedari sandwich adalah
sarapan pagi yang mudah
disediakan dan kos yang murah,
Maka beliau mengambil
keputusan untuk menjual
sandwich.

Pada mulanya beliau meletakkan
sandwich dalam kotak yang
diikat pada lehernya.

Beliau menolak perasaan malu
dan egonya berhadapan dengan
orang ramai.

Kisahnya menjual sandwich di
jalanan telah mendapat perhatian
media nasional dan antarabangsa.

Apabila menjadi tular, orang
ramai mula membeli sandwich
daripadanya.

Beliau juga mempunyai
perancangan rapi untuk
menyenaraikan perniagaan
terbaru dan membuat francais
di beberapa tempat lain.

Walaupun hanya menjual
sandwich, siapa sangka kini
mampu terjual laku setiap hari?

Idea asal menjual sandwich ini
juga merupakan idea asal isterinya
yang sanggup bangun seawal 3 pagi
membantu menyediakan sandwich.

Daripada menjual seorang,
sehinggalah akhirnya memiliki
14 orang pekerja.
Selain sifatnya yang rajin,
kebersihan juga diutamakan.

Beliau juga menambah beberapa
lagi bilangan produk sendiri dan
minuman ringan, membuka kedai
kopi dan memperkenalkan
servis Katering.

Nilai Pengajaran

Kisah ini wajar dijadikan inspirasi
kerana sifatnya yang tidak mahu

mengaku kalah dalam
memperbaiki nasib diri.
Pemikiran positif untuk bangkit
kembali selepas gagal dalam
perniagaan sebelum itu wajar
dicontohi oleh kita semua.


Click to View FlipBook Version