The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syusabri711, 2021-03-21 11:14:26

TUGASAN 2 EDUP3083

TUGASAN 2 EDUP3083

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8)

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
(EDUP3083)

NAMA: DISEDIAKAN OLEH:
NO. KAD PENGENALAN:
NUR SYUHADA’ BINTI MOHD SABRI
ANGKA GILIRAN: 981107 – 08 – 8112
2017192340161
KELAS: PISMP C9

NAMA PENSYARAH: TUAN HAJI OMAR BIN CHEK MAN
PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA
TAJUK TUGASAN:
TARIKH HANTAR: 20 MAC 2021
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS:

ISI KANDUNGAN M/S
1
TAJUK 2-6

1.0 PENGENALAN 7
2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA GURU

2.1 PERINGKAT PERMULAAN (DG41)
2.2 PERINGKAT BERASPIRASI (DG44)
2.3 PERINGKAT KOMPETEN (DG48)
2.4 PERINGKAT PROFISIEN (DG52)
2.5 PERINGKAT STRATEGIS (DG54)
2.6 PERINGKAT BERWAWASAN (JUSA)

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
Guru kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang murni. Perkembangan pendidikan abad ke-21 menuntut guru untuk memainkan pelbagai
peranan dalam dunia pendidikan. Antara peranan guru ialah sebagai pengamal ilmu,
pembimbing, pengamal reflektif, penyelidik, agen sosialisasi, agen perubahan dan pengurus
pembelajaran.

Seorang guru yang profesional seharusnya mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
bagi meningkatkan profesionalisme perguruan. Perubahan yang dilakukan haruslah bersifat
generatif di mana penjanaan idea-idea baharu dan inovasi berjalan secara berterusan dan
progresif. Justeru, seorang guru seharusnya menetapkan hala tujunya sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan dan merancang perjalanannya dalam dunia pendidikan.

1

2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA GURU

Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara dipengaruhi oleh pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Semestinya, sistem pendidikan merupakan
penyumbang utama dalam pembangunan modal insan yang berkualiti. Justeru, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan aspirasi pendidikan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyatakan bahawa semua murid berhak
mendapat kesamarataan akses dan peluang pendidikan tanpa mengira kedudukan geografi,
gender atau latar belakang sosioekonomi.

Sebagai seorang guru baharu yang telah ditempatkan di sebuah sekolah kawasan
pedalaman, saya seharusnya merangka pelan pembangunan diri dan kerjaya perguruan
berpandukan model peringkat perkembangan guru KPM yang diasaskan daripada Kerangka
Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan. Enam peringkat perkembangan guru ini
dapat membantu membangunkan profesionalisme keguruan saya serta meningkatkan
pencapaian sekolah sama ada dari segi akademik atau kokurikulum, seterusnya menyumbang
dalam keberhasilan sistem pendidikan negara.

2.1 PERINGKAT PERMULAAN (DG 41)

Pada peringkat permulaan, seorang guru bertindak sebagai pelaksana dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru yang baru selesai menjalani latihan
ikhtisas keguruan, sudah tentu banyak perkara yang perlu saya terokai untuk
mengintegrasi dan mengaplikasikan teori yang dipelajari di institut dengan budaya kerja
di sekolah. Justeru, modul Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang dihasilkan
oleh KPM (2015) menjadi panduan yang membantu dalam pembangunan profesionalisme
saya.

Tempoh tiga bulan pertama merupakan jangka masa yang amat penting bagi saya
untuk menyesuaikan diri dengan amalan baharu, persekitaran, keadaan dan masyarakat
setempat. Menurut Mahyuddin & Maizura (2019), antara cabaran guru yang mengajar di
kawasan pedalaman ialah guru kurang atau tidak dapat menguasai bahasa tempatan
dengan baik dan menjejaskan proses suai kenal antara guru dan masyarakat. Hal ini turut

2

disokong oleh Wan Afizi Wan Hanafi et. al. (2014) yang menyatakan bahawa guru perlu
memahami adat dan budaya setempat di kawasan pedalaman bagi memudahkan proses
komunikasi antara guru dan masyarakat seterusnya mendorong kepada penerimaan guru
dalam komuniti. Oleh itu, saya akan mengkaji dan memahami budaya serta bahasa
tempatan melalui pembacaan, interaksi dan komunikasi dengan komuniti. Kemahiran ini
amat penting untuk saya kuasai dalam menyumbang kepada keberkesanan proses
pengajaran kerana melalui penggunaan bahasa yang berkesan, murid dapat memahami
proses pengajaran guru dengan lebih baik (Khairul Anuar, 2012). Penguasaan bahasa
dan budaya masyarakat juga akan memudahkan saya untuk menjalinkan hubungan baik
dan berbincang bersama rakan guru di sekolah.

Saya amat yakin bahawa inisiatif kendiri ini penting dalam membangunkan
profesionalisme saya sebagai seorang guru baharu. Pada peringkat awal perkhidmatan
saya, saya akan mengikuti Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan
Profesionalisme dalam tempoh 1 tahun bersama dengan komuniti sekolah. Saya akan
dibimbing secara berstruktur mengenai persekitaran dan budaya kerja sekolah,
pengadaptasian ilmu dan kemahiran sedia ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP), pengurusan mata pelajaran serta pengurusan dan pentadbiran
sekolah meliputi bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Maka, saya dapat
memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran, komuniti dan budaya kerja
sekolah serta merancang strategi pengajaran yang berkesan bagi menyelesaikan
masalah PdP yang dihadapi.

Bagi memperkembangkan potensi saya dalam pelaksanaan proses PdP yang
berkualiti, saya akan mengenal pasti keperluan dan kemahiran sedia ada murid agar
boleh diperkembangkan melalui pendekatan pengajaran yang sesuai. Seterusnya, saya
akan mengikuti ceramah, bengkel dan seminar berkaitan amalan pedagogi bahasa
Melayu supaya saya dapat menambah pengetahuan serta kemahiran sedia ada dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran. Pelaksanaan penyelidikan tindakan
juga dapat membantu saya menganalisis dan menentukan strategi PdP yang berkesan.
Impaknya, bakat dan potensi murid dapat digilap melalui aktiviti PdP yang efektif
merangkumi pencapaian akademik dan kokurikulum yang boleh menyumbang kepada
kemajuan sekolah. Justeru, usaha dan pencapaian ini dapat membangunkan
profesionalisme dan kompetensi saya seterusnya membantu melayakkan saya untuk
memohon sebagai Guru Cemerlang setelah tempoh empat tahun perkhidmatan.

3

2.2 PERINGKAT BERASPIRASI (DG 44)

Aspirasi didefinisikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai keinginan yang kuat
untuk mencapai sesuatu. Individu yang berpengalaman dalam suatu tempoh masa sudah
tentunya mempunyai hala tuju yang ingin dicapai. Namun, dalam usaha untuk menuju
kearah itu, motivasi diri harus kuat dalam menempuh cabaran. Seorang guru juga tidak
terkecuali daripada dilanda cabaran. Oleh itu, motivasi diri amat penting terutama bagi
guru yang berada di sekolah pedalaman agar tidak mudah putus asa dan sentiasa berjiwa
besar untuk mendidik anak bangsa. Seperti yang dinyatakan oleh Maslow melalui Teori
Hierarki Keperluan, keperluan perlu dipenuhi supaya individu sentiasa bermotivasi dalam
menjalankan tugasnya. Justeru, saya akan sentiasa mencari sumber inspirasi dan
kekuatan saya serta melakukan refleksi diri bagi memastikan kekurangan yang dihadapi
boleh diatasi dengan kelebihan diri dan persekitaran.

Di samping itu, selari dengan peredaran masa dan perkembangan global, pelbagai
pendekatan pengajaran dan bahan bantu belajar dikaji dan didedahkan kepada
masyarakat. Sebagai seorang guru yang beraspirasi dalam menggerakkan proses PdP,
saya akan melengkapkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi saya dengan
penemuan baharu dalam sistem pendidikan melalui penyertaan kendiri bengkel, seminar
dan webinar pedagogi pendidikan bahasa Melayu. Inisiatif ini dapat mendorong saya
untuk mencuba pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai dalam
meningkatkan pencapaian murid mengikut perubahan semasa. Selain itu, saya juga akan
memantapkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) khususnya dengan
meneroka aplikasi PdP yang boleh didedahkan kepada murid saya. Maka, meskipun
berada di sekolah pedalaman, murid saya masih mampu menguasai bidang TMK
terutamanya kemahiran asas supaya tidak ketinggalan jauh dalam arus globalisasi serta
mampu untuk menghadapi dunia luar. Pada masa yang sama, saya akan sentiasa
meningkatkan kemahiran berbahasa dalam diri seperti pengucapan awam, bersyair,
bersajak dan lain-lain agar saya dapat mempersiapkan murid untuk mewakili sekolah
dalam pertandingan yang dianjurkan. Secara tidak langsung, pencapaian sekolah dalam
bidang kokurikulum juga dapat dimajukan.

Bagi membangunkan profesion perguruan saya, antara usaha yang akan diambil
ialah dengan mengenal pasti kaedah dan teknik pengajaran yang khusus serta
menghasilkan modul untuk digunakan oleh warga sekolah. Usaha ini boleh dilaksanakan

4

melalui PLC di mana saya akan bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman bersama
guru lain seterusnya bersama- sama mengerah idea bagi menghasilkan modul strategi
PdP yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid.

2.3 PERINGKAT KOMPETEN (DG 48)

Seorang guru yang kompeten berperanan sebagai pembimbing dan mentor kepada rakan
sejawat yang lain berdasarkan kredibiliti, pengetahuan dan pengalamannya sepanjang
perkhidmatan. Dalam proses bimbingan, kemahiran komunikasi berkesan sangat penting
dalam memastikan maklumat dan mesej disampaikan dengan jelas kepada penerima.
Oleh itu, saya akan melengkapkan diri dengan kemahiran komunikasi berkesan dan
mengikuti kursus berkaitan bagi meningkatkan kompetensi serta keyakinan diri untuk
berinteraksi dengan komuniti.

Pada peringkat ini, saya merancang untuk menyambung pelajaran di peringkat
sarjana supaya saya dapat memperoleh pencapaian akademik dan ikhtisas yang diyakini.
Setelah tamat pengajian, saya akan memohon jawatan sebagai Pegawai Pembimbing
Pakar Peningkatan Sekolah atau School Improvement Specialist Coaches+ (SISC+) di
Pejabat Pendidikan Daerah bagi menyebarluaskan pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki kepada kelompok guru dalam daerah tersebut. Justeru, saya perlu mengikuti
kursus dan latihan yang ditetapkan bagi memastikan saya layak untuk membimbing guru-
guru lain. Saya akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
termasuklah kemahiran komunikasi yang dipelajari secara kendiri bagi menjalankan
tanggungjawab sebagai SISC+ dengan sebaik mungkin. Di samping itu, saya akan
menyumbang dalam penghasilan modul sebagai panduan kepada guru-guru untuk
menjalankan proses PdP yang berkualiti. Untuk itu, saya akan membuat ulasan buku
berkaitan amalan pedagogi bahasa Melayu agar dapat menambah pengetahuan saya
mengenai amalan pedagogi terkini dalam pengajaran bahasa Melayu.

5

2.4 PERINGKAT PROFISIEN (DG 52)

Saya merancang untuk menyertai seminar bagi membentang kertas kerja. Hal ini dapat
membantu saya untuk mengembangkan buah fikiran saya ke peringkat negeri dan
kebangsaan serta dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna. Melalui kajian tindakan yang
dijalankan, saya dapat mengenal pasti masalah PdP yang dihadapi dan solusi yang boleh
diusahakan dalam skop yang lebih besar, misalnya cabaran PdP yang berlaku di luar
daerah bimbingan saya. Selain itu, saya akan menghasilkan modul dan buku berkaitan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif bagi mengurangkan jurang pencapaian
antara sekolah bandar dan luar bandar. Buku yang akan dihasilkan juga bertujuan untuk
mengetengahkan inisiatif yang boleh dilakukan oleh sekolah di kawasan pedalaman agar
dapat mengikuti arus perkembangan pendidikan negara.

2.5 PERINGKAT STRATEGIS (DG 54)

Bagi membangunkan profesionalisme saya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP), saya berhasrat untuk menyebarluaskan kemahiran yang dimiliki kepada guru
praperkhidmatan sebagai pendedahan awal dalam menghadapi cabaran dunia
pendidikan. Untuk itu, saya ingin memohon jawatan sebagai pensyarah di Institut
Pendidikan Guru (IPG) bagi membolehkan saya berkongsi pengalaman dan pengetahuan
dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Guru
pelatih yang telah mempunyai pendedahan dapat mempersiapkan diri dari aspek fizikal,
mental dan kognitif untuk menghadapi segala perubahan dalam bidang pendidikan.

2.6 PERINGKAT BERWAWASAN (JUSA)

Pada peringkat ini, saya akan menyumbang kepakaran yang dimiliki dengan menjadi
salah seorang ahli dalam barisan panel penggubal dasar dan hala tuju pendidikan negara.
Hala tuju pendidikan negara yang diterjemahkan dalam bentuk modul, pelan
pembangunan, manual pelaksanaan dasar pendidikan baharu dan lain-lain merupakan
sumber rujukan utama dan panduan bagi guru melaksanakan proses pengajaran di
sekolah. Oleh itu, dengan penglibatan saya sebagai panel penggubal, saya dapat
menyumbang dalam kemenjadian modal insan yang seimbang dan mampu untuk
memberi sumbangan dalam kemajuan negara di peringkat global.

6

RUJUKAN

Khairul Anuar A Rahman. (2012). Disposisi guru berkesan: Personaliti dan kemahiran
komunikasi. Akademika 82(2). 37-44.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
KPM (Laluan PdP dan Kepimpinan).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan.

Mahyuddin Arsat & Maizura Mohd Yunus. (2019). Satu kajian cabaran guru di sekolah pedalaman
daerah Muar, Johor. Journal of Chemical Information and Modelling, 53(9). 1689-1699.

Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali. (2014). Faktor budaya dan
persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan.
Malaysian Journal of Society and Space, Issue 5. 107-122.

Wong Kiet Wah, Noriati A Rashid & Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepemimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zahanim Ahmad & Qurratu Aini Syamimi. (2018). Konsep Mentoring dalam kalangan guru: Satu
penelitian awal. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.
557-576.

7


Click to View FlipBook Version