Kerancuan bahasa di media sosial Ahli kumpulan : Muhammad Fauzan Bin Zulkarnain Muhammad Haris Bin Abd Razak Muhammad Yunus Daniel Bin Jasni Nur Syazfira Binti Shamsuri Nur Aimi Natasha Binti Shahanizam KELAS : BM A Go
Ahli Kumpulan FAUZAN HARIS YUNUS
FIRA AIMI Ahli Kumpulan
Artikel surat khabar
Artikel surat khabar
Artikel surat khabar Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, kerisauan tersebut dikongsi kalangan pendidik, ahli agama, ahli budaya dan sesiapa sahaja yang berpegang pada kepercayaan bahawa adab dan tamadun sesuatu bangsa amat berkaitan dengan corak bahasa yang digunakan oleh masyarakatnya. “Bahasa yang rancu atau tidak teratur dapat dilihat dalam dua hal. Pertama, bahasa yang tidak menurut aturan bahasa yang baik, dalam soal tatabahasa, ejaan dan pilihan kata. “Walaupun tidak dapat diharapkan bahasa yang sempurna dalam media sosial, terutama yang berbentuk bahasa percakapan, namun perlu dihindari kesalahan asas yang mencacatkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun. Contohnya, apakah perlunya kata seperti ‘tahu, apa, siapa, sahaja’ ditulis sebagai ‘tew, aper, saper, sajer’? Begitu juga cantuman kata seperti ‘makasih’ bagi ‘terima kasih’ , ‘pakaba’ bagi ‘apa khabar’. “Penggunaan bahasa yang lebih parah adalah dalam hal kesantunan bahasa. Contohnya, banyak kata yang bersifat cacian, carutan, bidasan dan hinaan yang meluas dalam media sosial seperti dalam blog, Facebook, Twitter dan sebagainya, ” katanya.
Artikel surat khabar
Artikel daripada jurnal Bahasa rancu merupakan suatu keadaan bahasa yang tidak teratur dan bercampur aduk. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa rancu ialah bahasa yang melanggar peraturan sama ada dari segi ejaan, sebutan, peristilahan, perbendaharaan kata, tatabahasa, laras bahasa, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa. Bahasa rancu juga dikenali sebagai bahasa rojak, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dicelarukan dalam penulisan termasuklah di medium media sosial seperti Twitter. Menurut Kapita (2014), Twitter digunakan sebagai saluran hiburan, untuk berkomunikasi serta mempermudahkan urusan untuk tujuan pendidikan. Sungguhpun demikian, medium tersebut sangat terdedah kepada penggunaan bahasa rancu melalui ciapan yang diberikan oleh penggunanya memandangkan majoriti pengguna medium tersebut terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Artikel daripada jurnal Kajian Noor Aida et al (2014) menjelaskan bahawa media sosial seperti Facebook merupakan antara punca pencemaran bahasa berlaku dan terus berleluasa contohnya penggunaan bahasa rojak. Kajian yang mengkaji aliran pertuturan penggunaan bahasa rojak di laman Facebook ini menunjukkan bahawa fenomena percampuran Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris amat ketara selain kesalahan tatabahasa yang tidak bertepatan dengan sistem nahu Bahasa Melayu. Umumnya, medium seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, WeChat dan sebagainya merupakan medium utama yang digunakan pengguna termasuklah golongan generasi Z untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat dan meluahkan pandangan serta pendapat masingmasing. Namun, kebebasan bersuara ini telah mendorong kepada penggunaan bahasa yang bebas tanpa mengikut struktur nahu yang betul. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk melihat penggunaan bahasa rancu dalam medium Twitter pula bagi mengetengahkan kepada masyarakat tentang isu berbahasa yang semakin menggusarkan yang difokuskan terhadap generasi Z.
Artikel daripada jurnal Bagi Khairun Dzuria Azniza et al. (2020), faktor modenisasi bahasa merupakan penyebab utama penggunaan bahasa yang tidak gramatis seperti bahasa rojak, kemunculan perkataan-perkataan baharu, bahasa slanga dan bahasa singkatan semakin menular dalam kalangan generasi Z. Tambahnya, generasi Z dikenali sebagai iGeneration, iaitu generasi Internet. Menurut Khairun Dzuria Azniza et al. (2020), bahasa dalam media sosial seperti WhatsApp misalnya merupakan campuran daripada bahasa matriks dan bahasa sisipan. Bahasa Melayu merupakan bahasa matriks, manakala bahasa Inggeris dikenali sebagai bahasa sisipan kerana hanya disisipkan penggunaannya dalam berkomunikasi oleh penutur seperti thank you, group, cause dan sebagainya. Jelas bahawa, penggunaan kedua-dua bentuk bahasa tersebut akan menyebabkan percampuran kod daripada Bahasa Melayu, dan bahasa Inggeris sekali gus menghasilkan bentuk bahasa yang tidak gramatis.
Artikel daripada jurnal Modenisasi Bahasa di kalangan gen Z merupakan perkara yang kerap dibahaskan dewasa ini. Modenisasi bahasa turut merujuk kepada pencemaran bahasa yang telah berlaku dalam masyarakat hari ini. Nik Safiah Karim (1986) mendefinisikan pencemaran bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturanperaturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Kesilapan dalam penggunaan bahasa Melayu telah menyimpang daripada penggunaan umum yang biasa dipakai bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Pencemaran Bahasa telah menyebabkan berlakunya kerancuan bahasa dalam masyarakat hari ini terutamanya gen Z. Menurut Rozali Rajab (2012), kerancuan bahasa meliputi kecelaruan, kekacauan, pencemaran, kesalahan dan kesilapan yang mengacu kepada bahasa memberikan makna yang sama. Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan bahasa ialah kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa. Perkataan-perkataan yang sinonim dengannya ialah kecelaruan, kesalahan dan kesilapan dalam penggunaan bahasa dalam bentuk berkomunikasi dan penulisan bahasa Melayu. Kerancuan yang sering berlaku termasuklah kerancuan daripada aspek sebutan, ejaan, istilah, kosa kata, tatabahasa dan laras Bahasa, (Khaidir, 2013).
Artikel daripada jurnal Modenisasi bahasa di kalangan gen Z turut berlaku kerana penggunaan bahasa slanga, bahasa rojak dan bahasa singkatan. Bagi Nik Safiah Karim (2010), terdapat penggunaan Pensyarah : Pelajar, sila pastikan awak semua menyiapkan projek Pengendalian Peruncitan yang akan dibentangkan pada 16 Februari 2017. Kalau ada masalah, boleh jumpa saya nanti. bahasa ringkas secara berleluasa berbanding dengan bahasa standard sebenar kerana penerimanya lebih selari dengan aliran kini. Akibatnya remaja kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terutama bahasa Melayu yang memiliki tatabahasa dan frasa lebih tersusun. Penggunaan bahasa yang tidak teratur dan sifat bahasa yang ringkas ini dikhuatiri boleh melanggar kemurnian dan keaslian Bahasa. Hasil kajian Sumitra dan Saibal (2009) mendapati bahawa bentuk singkatan yang digunakan dalam SMS dikatakan banyak menjimatkan ruang dan masa. Responden menggugurkan vokal atau huruf-huruf tertentu, menggunakan angka atau huruf tunggal bagi menggantikan seluruh perkataan atau bunyinya. Misalnya “b4” untuk “before” , “8” untuk “at” dan “gr8” untuk “great”. Mesej melalui SMS didapati tidak formal dan dikaitkan dengan struktur bahasa yang lemah. Menurut artikel Muhammad Daud (2014), bahasa slanga ialah bahasa yang digunakan oleh satu kelompok manusia dan hanya kelompok tersebut sahaja yang memahaminya serta dianggap bahasa yang tidak rasmi. Dalam mencipta bahasa slanga, mungkin si pencipta tidak sedar antara kaitan bahasa slanga yang dicipta dengan maksud yang sebenar kerana penciptaan itu mungkin dilakukan secara spontan. Namun demikian, lama-kelamaan bahasa slanga itu terus berkembang dan digunakan oleh remajaremaja lain. Penggunaan bahasa slanga dikatakan dapat meringkaskan urusan kehidupan mereka termasuk dalam soal menyebut sesuatu istilah.
Pada zaman teknologi ini, penggunaan bahasa rancu semakin berleluasa terutama dalam kalangan generasi z di media sosial. Golongan ini merupakan kalangan yang lahir pada tahun 1999 hingga 2012 (Syah Rul Aswadi Ahmad,2023). Seterusnya, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2017), perkataan rancu bermaksud tidak teratur,bercampur aduk dan kacau (bahasa) manakala kerancuan bermaksud keadaan rancu atau kekeliruan penggunaannya. Penggunaan bahasa ini sering muncul di media sosial seperti Instagram, Whatsapp, Twitter dan sebagainya. Hal ini semakin lama semakin membimbangkan dan akan memberikan kesan dalam proses memartabatkan bahasa melayu. PENGENALAN
penggunaan bahasa rojak ia merupakan gabungan perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam menerangkan atau meluahkan sesuatu perkara.Bahkan amalan penggunaan bahasa rojak ini sudah diterap dalam diri kalangan masyarakat terutamanya di Malaysia. Faktor Kerancuan Bahasa
PENCAMPURAN KOD Pencampuran kod selalunya terjadi kerana pertukaran kod semasa berbicara berganti - ganti mengenai satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka.Sebagai contoh, seseorang yang berbangsa Melayu bercakap mengenai satu tajuk dengan menggunakan bahasa Inggeris tetapi mencampuradukkan bahasa Melayu kerana tidak mengetahui kosa kata yang sesuai atau makna dalam bahasa Inggeris.
SLANGA Slanga in merupakan penggunaan bahasa yang lebih parah dalam kesantunan bahasa.Penggunaan bahasa slanga ini juga merupakan satu gaya negatif dari segi bahasanya.
Menghakis kekuatan bahasa Melayu itu sendiri akibat dari penggunaan bahasa rojak. Masyarakat juga akan memandang remeh terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul di media sosial. Pendidikan masyarakat terhadap penggunaan ayat bahasa Melayu yang betul akan terjejas. Memberi kesan kepada penguasaan bahasa serta komunikasi individu. Menjejaskan mutu dan kemurnian bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. KESAN KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
Guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan serta memantau tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. pihak sekolah haruslah mengambil langkah yang efisien dan proaktif agar para pelajar dapat menguasai bahasa Melayu standard seperti mengadakan aktiviti bulan bahasa. LANGKAH-LANGKAH
Pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah kerancuan bahasa ini. Pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan dan mengadakan kempen penggunaan bahasa Melayu yang betul di dalam media sosial. LANGKAH-LANGKAH
Ahmad Fadhlullah Adnan. (2021, Mei 20). Bahasa slanga cemar imej bahasa Melayu. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2021/05/bahasa-slanga-cemar-imejbahasa-melayu/ Lailetaty A Rahman. (2019, April 24). Bahasa rojak hilangkan jiwa bangsa. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/04/556670/bahasarojak-hilangkan-jiwa-bangsa Supiyan Hussin. (2018, April 7). Bahasa Melayu di media sosial mencabar Akal Budi Melayu. Kosmo. 35 ARTIKEL DARIPADA SURAT KHABAR 1. 2. 3. RUJUKAN
Nur Azlina Jalaluddin & Nurhasyinda Shahidan. (2017). Modenisasi bahasa di kalangan gen Z. http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/ilmubahasa/05- Nur-Azlina-KKKL.pdf Nurkhairunnisha Amani Mohd Faizal, Nurul Emelda Abdullah Safarizal & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). Penggunaan bahasa rancu dalam medium twitter oleh generasi Z. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm ARTIKEL DARIPADA JURNAL 1. 2. RUJUKAN
Sekian terima kasih