Permainan bola jaring merupakan salah satu
permainan yang dianggap popular di kalangan
kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi
permainan pilihan bagi pelajar perempuan di
sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan
institut pengajian tinggi. Undang-undang permainan
ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan
pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan.
Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada
permainan bola keranjang yang dipelopori oleh
Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts,
Amerika Syarikat pada tahun 1891.
Permainan bola jaring mula
diperkenalkan di Malaysia pada awal
tahun 1990. Ia bermula di sekolah-
sekolah Inggeris (English Medium
School) dan diperkenalkan oleh guru-
guru dagang dan mubaligh-mubaligh.
Kini, permainan bola jaring telah
popular dan menjadi permainan kaum
wanita di Malaysia.
Bola jaring (netball) adalah satu permainan yang
direka oleh dan diubahsuai daripada permainan bola
keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat
pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun
1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat melawat sebuah
maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman
Osterberg’s Physical Training College di Hampstead,
London dan telah mengajar permainan bola jaring di
sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di
gimnasium dengan menggunakan dua buah bakul
sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol
dan dinding gimnasium sebagai garisan. Justeru, bola
tidak keluar dari kawasan permainan.
Permainan ini dipanggil basketball kerana asal
gelang gol (goal rings) ialah bakul. Ini bermakna
pengadil dikehendaki memanjat tangga untuk
mendapatkan bola balik selepas setiap jaringan.
Pada masa tersebut, terdapat tiga set paraturan
di Amerika Syarikat iaitu:
Peraturan-peraturan rasmi untuk pemain-
pemain lelaki.
Peraturan-peraturan Inter-Collegiate (juga
digunakan oleh pemain lelaki).
Peraturan-peraturan Splading untuk pemain-
pemain wanita.
Beberapa perubahan dibuat pada tahun 1898 untuk
permainan basketball dan ini mewujudkan perubahan dalam
asal usul permainan netball. Antara perubahan yang
dilakukan ialah:
Bilangan pemain ditambah menjadi sembilan orang.
Saiz bola dikecilkan kepada saiz bola sepak.
Gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan.
Gelang-gelang gol dikecilkan daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm.
Tiang gol ditinggikan kepada 3 meter.
Skor: Satu mata jika gol dijaringkan daripada
gelanggang/kawasan tengah.
Dua mata jika jaringan dilakukan daripada
kawasan tengah.
Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi
peraturan bola jaring diterbitkan di England.
Peraturan tersebut dibuat bertujuan untuk
membezakan permainan ini dengan bola
keranjang. Pengiraan skor dilakukan setiap
kali bola dimasukkan ke dalam jaring.
Permainan ini secara rasmi dinamakan bola
jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi
ditukar kepada jaring. Terdapat banyak
Negara seperti Australia, New Zealand, India
dan Fiji mengekalkan nama basketball dan tidak
menukarkan namanya sehingga selepas
beberapa tahun.
Di peringkat antarabangsa, sukan bola
jaring dikawal oleh Persekutuan Antarabangsa
Persatuan Bola Jaring (International
Federation of Netball Associations) yang
ditubuhkan pada tahun 1960 di Sri Lanka. Pada
tahun 1963, Kejohanan Bola Jaring Dunia telah
dilangsungkan di England dengan pasukan dari
Australia telah muncul sebagai johan.
Walaupun permainan bola jaring mempunyai
ramai peminatnya, terutamanya di negara
Komanwel, ia belum lagi diterima sebagai satu
sukan dalam Sukan Olimpik, Sukan Asea dan
Sukan SEA.
Di Malaysia, Persatuan Bola Jaring
Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 adalah
majlis yang mengawal dan mengawasi
perjalanan kegiatan bola jaring di seluruh
negara. Di peringkat sekolah, Majlis Sukan
Sekolah Malaysia (MSSM) melalui program
pertandingan dan perkembangannya telah
memajukan permainan bola jaring dalam
kalangan pelajar sekolah.
Sumber :
https://www.youtube.com/watch?v=9DVy_a_8iJw