The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 SKPK 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meetingme0201, 2023-06-15 07:53:05

BUKU PROGRAM MA PIBG 43 SKPK 2023

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 SKPK 2023

]Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dewan Ibnu Sina, Sk Padang Kota Dirasmikan Oleh : Tuan Noor Amin Bin Ahmad (Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan Dan BukuMalaysia (ITBM)


1 ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK PADANG KOTA KALI KE-43 3 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK PADANG KOTA KALI KE-43 4 AJK INDUK DAN AJK KERJA 5-6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 7-14 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG 2022/2023 15-16 USUL AJK, GURU & IBU BAPA 17-18 LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT AJK 2022/2023 19 SENARAI LANTIKAN AJK 2023/2024 20 SURAT MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG 21 SURAT KEBENARAN PERASMI DARIPADA JPN 22-23 SURAT JEMPUTAN PERASMI 24 LAPORAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR DISEMBER 2022 25-53


2


3


4 Atur Cara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 Tahun 2023 08.30 – 08.50 pagi -- Pendaftaran 08.50 – 10.00 pagi -- Ucapan Aluan Juruacara Majlis -- Bacaan Doa --Ucapan Guru Besar --Ucapan Pengerusi PIBG --Ucapan Perasmian oleh Tuan Noor Amin bin Ahmad, (Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan BukuMalaysia (ITBM) 10.00 - 10.30 pagi --Rehat 10.30 - 12.30 tengah hari --Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Ke-43 Tahun 2023 1. Ucapan Aluan Pengerusi PIBG 2. Pembentangan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 3. Pembentangan dan menerima Laporan Tahunan 4. Pembentangan dan menerima Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2022 5. Membahaskan usul dan perbincangan daripada ahli 6. Pembubaran AJK PIBG 2022/2023 7. Pelantikan AJK PIBG 2023/2024 8. Pelantikan 2 orang Juruaudit 2023/2024 9. Ucapan Penangguhan.


5 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA KALI KE-43 TAHUN 2023. JAWATANKUASA INDUK Penasihat : En.Azrin bin Jaya (Guru Besar SKPK) Pengerusi : En.Ab Aziz bin Dan (Yang Dipertua PIBG) Pen.Pengerusi : En.Abd Jalal bin Mat Isa (Naib Yang Dipertua PIBG)Setiausaha : Cik Noor Fatin Yasmin binti Kamarunzaman Bendahari : Pn. Afiqah binti Mohd Zaki Pn. Zizah binti Mustafa (Pemangku) JAWATANKUASA KERJA JEMPUTAN DAN SAMBUTAN 1. En. Azrin bin Jaya ( GB ) 2. En. Ab Aziz bin Dan (YDP) 3. En. Abd Jalal bin Mat Isa (NYDP) 4. En. Mahimie bin Mat Isa (GPK 1) 5. En. Mohd. Fadhlian bin Saad (GPK HEM) 6. En. Mohd. Hafizi bin Shahibi (GPK KO) 7. Pn. Nor Inshon binti Karim (GPK PK) CEDERAHATI DAN CABUTAN BERTUAH 1. Pn. Shamsirdiana binti Mohd Sabri 2. Pn. Norhayati binti Abdul Razak 3. Pn. Fadrishah binti Sabu 4. Pn. Wan Noratikah Farhana binti Muhami Farid 5. Pn. Zaira Yasmin binti Zaini 6. Pn. Nurul Izma binti Suri BROSUR & BUKU PROGRAM 1. Cik Hani binti Halim 2. Cik Norhidayatul Iqmal binti Mohd Sukri 3. Cik Noor.Fatin Yasmin bintiKamarunzaman 4. Pn.Zizah binti Mustafa PENDAFTARAN 1. Pn. Nazni binti Ghazali 2. Pn. Nor Suriati binti Abu Samah 3. Pn. Norizam binti Mat Isa 4. Pn. Faridah binti Baharum 5. 2 orang pelajar BANNER, BACKDROP DANHIASAN PENTAS 1. Pn.Fadrishah binti Sabu 2. Pn.Rohayati binti Ismail 3. Pn. Nor Hassuzaini binti Johari 4. Pn.Khairiah binti Bukhari 5. Pekerja Swasta PERSIAPAN TEMPAT 1. Pn. Normayati binti Hussin 2. En. Azham bin Mat Isa 3. En. Che D’zainon bin Hashim 4. En. Zamri bin Othman 5. Pekerja swasta


6 JURUACARA MAJLIS 1. Cik Nur Asma binti Zulkifli 2. En. Mohd Yusree bin Wan Chek BACAAN DOA 1.En. Salehuddin bin Ahmad TEKS UCAPAN PERASMI (PANITIA BM) 1. En. Mohd Yusree bin Wan Chek SIARAYA & MULTIMEDIA 1. En. Suzairi bin Suboh 2. En. Mohd Nizam bin Abd Razak 3. En. Shah Anwar bin Hamzah PENCATAT MINIT MESYUARAT 1 .Ucapan Perasmian & Ucapan YDP Pn. Mardiyah binti Darus 2 .Ucapan Guru Besar Pn. Norhayati binti Abdul Razak Pencatat Minit 1. Pn. Noraini binti Mustapha 2. Pn. Haslina @Rohana binti Harun JAMUAN VIP 1. Pn. Faaizah binti Bakar 2. Pn. Rahayu binti Rahmat 3. Pn. Fatimah binti Shaari IBU BAPA 4. Pn. Shabrina binti Hussin 5. Pn. Hazura binti Saidinah Hamzah 6. Pn. Annisa binti Zainal Aabidin 7. Pn. Izanatul Azwa binti Ishak 8. 3 orang pelajar JURUFOTO 1. En. Khayril Anuar bin Ahmad 2. En. Muhamad Zul Fitri bin Hanizan DOKUMENTASI 1. Cik Noor Fatin Yasmin binti Kamarunzaman 2. Pn. Zizah binti Mustafa 3. Pn. Normayati binti Hussin


7 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SK PADANG KOTA KALI KE-42 SESI 2022/2023 Masa: 8.30 pagi Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Padang Kota Tarikh: 25 Jun 2022 (Sabtu) AGENDA 1.0 : UCAPAN GURU BESAR 1.1 Guru Besar mengucapkan salam dan ucapan terima kasih kepada En Adzhar b Shafie Ahli Jemaah Pengarah PPK Bintong, En. Kamarul Akram Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi PPK Bintong, ibu bapa dan guru-guru kerana hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-42 ini. 1.2 Kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat kali ini memuaskan. Kerjasama ibu bapa sangat diperlukan dalam mentadbir urus sekolah dan kemenjadian murid. 1.3 Tahun lepas kita hadkan kehadiran 30% sahaja kerana masalah pandemik Covid 19. Kehadiran ibu bapa kali ini amat memberangsangkan di mana setakat ini seramai 91 orang ibu bapa dapat hadir, malahan masih ramai lagi yang akan hadir. Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa. 1.4 Tahniah juga kepada pelajar kerana berjaya mengikuti kelas semasa pandemik walaupun secara atas talian. 1.5 Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan kelas online kepada anak-anak di mana “link” bagi setiap kelas telah diwujudkan. Anak-anak hanya perlu menekan sahaja “link’tersebut untuk menyertai kelas . 1.6 Bermula pada awal April, negara kita telah memasuki fasa endemik, di mana sekolah dijalankan secara bersemuka sepenuhnya. Namun begitu kehadiran pelajar ke sekolah amat mendukacitakan. 1.7 Walaupun pelbagai alasan diberikan, ianya melibatkan pelajar sama yang tidak hadir ke sekolah. 1.8 Pernah terjadi kehadiran hanya 60% sahaja dan apabila di selidik, ternyata alasan anak-anak adalah malas. Terdapat juga anak-anak yang membantu ibu bapa berniaga atau bekerja.


8 1.9 Mohon kepada ibu bapa untuk membantu anak-anak ini hadir ke sekolah. Tekankan kepada anak-anak betapa pentingnya pelajaran untuk mengubah masa depan dan mencari ilmu. 1.10Harapan saya dan sekolah adalah untuk mencapai sifar ponteng. 1.11Selain itu, ramai dalam kalangan pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah. Harap ibu bapa boleh membantu anak-anak dalam pelajaran mereka. Terdapat juga anak-anak yang tidak hadir ke sekolah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang guru beri. 1.12Kurang bimbingan dan prasarana untuk anak-anak belajar di rumah menyebabkan anak-anak tiada motivasi diri untuk belajar. Sediakan satu ruang sebagai tempat anakanak belajar walaupun rumah kita sempit. Buat sekadar yang kita mampu. 1.13Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap seperti pembaris, pensil, pemadam dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung memberi motivasi untuk anak-anak rajin belajar. 1.14Target sekolah adalah untuk melahirkan semua pelajar SKPK yang dapat membaca dengan baik. Dengan bantuan Cikgu Nur Asma, guru pemulihan akan mengadakan Kelas Fajar kepada pelajar-pelajar yang tertentu. Harap dapat kerjasama daripada ibu bapa. 1.15Kita juga mendapat kerjasama dari SK Jelempok di mana mereka menyediakan modul, TV android dan beberapa bantuan lain bagi menjayakan program ini. AGENDA 2.0: UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA 2.1 Naib Yang Di Pertua PIBG menggantikan YDP yang tidak dapat hadir kerana sebabsebab yang tidak dapat di elakkan. YDP menyampaikan salam dan permohonan maaf atas ketidakhadirannya. 2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat agung pada kali ini. 2.3 Beliau juga mengharapkan apa yang disampaikan menepati agenda kerana beliau tidak bersedia untuk menggantikan ucapan YDP. Hal ini kerana beliau baru sahaja dimaklumkan tentang ketidakhadiran YDP PIBG. 2.4 NYDP mengucapkan terima kasih kepada En.Adzhar b Shafie, Ahli Jemaah Pengarah PPK Bintong dan En.Kamarul Akram b Khairol Sanusi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi PPK Bintong kerana dapat meluangkan masa bersama-sama dalam mesyuarat PIBG kali ke-42 ini.


9 2.5 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar Cikgu Azrin b Jaya kerana memberi ruang dan menyediakan tempat kepada PIBG menjalankan mesyuarat kali ke-42 ini. 2.6 Tujuan ditubuhkan PIBG adalah untuk memupuk permuafakatan dan kesefahaman antara ibu bapa dan guru-guru bagi meningkatkan kemenjadian anak-anak dalam semua aspek sama ada akedemik atau kokurikulum. 2.7 Beliau juga menyarankan agar ibu bapa sentiasa bersikap proaktif untuk sama-sama berganding bahu membantu kebajikan pelajar dan pembangunan sekolah. 2.8 Beliau juga meminta ibubapa dapat melihat banyak perubahan positif yang telah berlaku di SK Padang Kota sepanjang tahun 2021/2022 hasil daripada kerjasama ibu bapa dengan guru-guru SK Padang Kota. 2.9 Beliau juga memaklumkan kepada ibu bapa bahawa penambahbaikan yang berjaya dijalankan di sekolah setakat ini tidak menggunakan duit dana PIBG tetapi adalah dari sumbangan pihak luar. AGENDA 3.0: UCAPAN PERASMIAN 3.1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Adzhar b Shafie, Ahli Jemaah Pengarah PPK Bintong. 3.1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru besar, Naib YDP PIBG dan AJK Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Kota kerana berjaya menjalankan Mesyuarat Agung kali ke-42 hari ini. 3.1.2 Terima kasih juga kerana memberi kesempatan merasmikan mesyuarat agung kali ini. Sepatutnya Tuan Hj Jamaluddin b Mustafa yang datang tetapi kerana ada tugasan lain maka beliau yang mewakilkannya. 3.1.3 En. Adzhar memaklumkan bahawa beliau juga pernah bertugas di SK Padang Kota. 3.1.4 Pada kesempatan bersama ibu bapa kawasan Bintong ini, beliau mengambil peluang untuk memperjelaskan isu baja di PPK Bintong dan Perlis khususnya. Isu ini timbul di seluruh negara. Hal ini kerana penyelenggaraan kilang baja tersebut. Setakat hari ini, baja urea belum sampai lagi. 3.1.5 Beliau juga menyeru ibu bapa yang belum menjadi ahli kesatuan PPK Bintong, agar dapat berbuat demikian. 3.1.6 Syarat menjadi ahli adalah terlibat secara langsung dalam bidang pertanian sama ada tanah sendiri, tanah milik keluarga atau tanah yang disewa dari orang lain.


10 3.1.7 Beliau juga memperjelaskan mengenai organisasi sekolah yang bermula dari KPM – JPN – dan Sekolah. Sekolah pula di uruskan oleh Guru Besar – PK Pentadbiran - PK HEM – PK Kokurikulum dan PK PPKI. 3.1.8 Organisasi PIBG pula adalah YDP PIBG – Naib YDP – AJK –Ahli-ahli dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru. 3.1.9 Kita juga ada PIBK iaitu pertubuhan ibu bapa, guru dan komuniti di mana komuniti yang tiada anak bersekolah di SKPK tetapi terlibat dalam program dan perancangan kecemerlangan pelajar SKPK. 3.1.10 Pihak sekolah dan ibu bapa hendaklah sentiasa peka dan berkongsi amalan terbaik daripada pihak luar untuk melahirkan kemenjadian insan di sekolah ini. 3.1.11 Dengan lafaz yang mulia Bismillahirahmanirrahim, beliau telah merasmikan mesyuarat Agung kali ke-42 SKPK tahun 2022 ini. AGENDA 4.0: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 4.1 Setiausaha, Pn.Zizah bt Mustafa membentangkan minit mesyuarat agung kali ke-41 helaian demi helaian. 4.2 Setiausaha memaklumkan bahawa kos fotokopi buku Mesyuarat Agung kali ini berjumlah RM 377 untuk 270 buah buku. Kos ini agak tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana peningkatan kos barangan di pasaran. 4.3 Pn. Zizah menyarankan kepada ibu bapa agar mengusulkan supaya untuk tahun- tahun hadapan buku Mesyuarat Agung digunapakai secara digital. 4.4 Setiausaha juga memaklumkan bahawa beberapa AJK PIBG 2021/2022 tidak dapat bersama dalam mesyuarat kali ke-42 ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 4.5 En. Zainol b Hashim mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. 4.6 En. Ab Jalal b Mat Isa menyokong cadangan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan.


11 AGENDA 5.0: PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA DISEMBER 2021. 5.1Bendahari Pn. Fatimah bt Shaari telah membentangkan penyata kewangan PIBG SK Padang Kota berakhir pada Dismber 2021. 5.2 Bendahari meminta hadirin menyemak penyata kewangan helaian demi helaian sambil membaca jumlah baki di dalam bank dan baki di tangan. 5.3 Bendahari memaklumkan pada Bulan Disember 2021, PIBG ada menerima sumbangan daripada YB Amin sebanyak RM10 000 untuk membina gelanggang bola tampar SK Padang Kota. 5.4 Bendahari juga memaklumkan bahawa pada bulan Januari, duit bantuan zakat MAIPs telah dimasukkan ke akaun PIBG SK Padang Kota. 5.5 Bendahari memaklumkan bahawa duit dalam penyata bank yang berakhir bulan Mei 2022 adalah sebanyak RM73103.68 sen. 5.6 Pn.Zizah bt Mustafa memaklumkan bahawa jumlah itu bukanlah duit PIBG sepenuhnya. Ini kerana duit lebihan MAIPs sebanyak RM56 400. belum dipulangkan lagi. 5.7 Bendahari memaklumkan bahawa kutipan sumbangan dan dana PIBG mula dipungut pada bulan Mac 2022. Sehingga hari ini masih terdapat 41 keluarga yang belum menjelaskan bayaran tersebut . 5.8 Hasil bayaran PIBG akan diagihkan untuk perbelanjaan seperti berikut : 5.8.1 Kurikulum 5.8.2 Hal Ehwal Murid 5.8.3 Kokurikulum 5.8.4 Majlis yang melibatkan murid , guru dan ibu bapa 5.8.5 Tabung kecemasan . 5.9 Kutipan dana sumbangan dan kebajikan sebanyak RM60.00 telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung kali ke 41 dan akan di pungut sekali bayaran sahaja. 5.10 Bendahari memaklumkan mengenai perbelanjaan Mesyuarat Agung kali ke-42 2022 iaitu : 5.10.1 Makan dan minum ( kantin ) - RM510.00 5.10.2 Banner - RM94.00 5.10.3 Fotostat Buku Mesyuarat Agung - RM377.00 5.10.4 Pembelian sagu hati perasmi dan cenderahati mantan YDP PIBG - RM130.00


12 5.11 Puan Ismawati bt Syukor mencadangkan supaya laporan kewangan PIBG diterima dan disahkan. 5.12 Puan Nur Azlina bt Man menyokong laporan kewangan diterima dan disahkan. AGENDA 6.0: MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN 6.1 Usul dari ibu bapa : 6.1.1 Pn.Sarinawati bt Ramli mencadangkan masa rehat tahap satu dan tahap dua dijarakkan. 6.1.2 Pn.Sarinawati mencadangkan agar diselaraskan waktu pulang pelajar tahap satu dan pelajar tahap dua. 6.1.3 Pn. Siti Khadijah bt Ghazali mencadangkan agar pelbagaikan menu makanan RMT dan murid penerima RMT makan pada waktu rehat. 6.1.4 En.Zulhakimi b Othman menyatakan lalu lintas masuk ke kawasan sekolah sesak. Minta pihak sekolah mencari jalan penyelesaiannya. 6.1.5 En.Zulhakimi juga mencadangkan agar pelajar kelas PPKI pulang lebih awal. 6.2 Guru besar En.Azrin b Jaya menjelaskan bahawa waktu rehat tahap satu dan tahap dua perlu dijarakkan kerana tempat duduk di kantin sekolah tidak dapat menampung semua pelajar . Ini akan memberi keselesaan kepada pelajar semasa mereka berada di kantin. 6.3 Guru besar menjelaskan bahawa waktu pulang antara tahap satu dan tahap dua tidak sama kerana pelajar tahap dua mempunyai mata pelajaran yang lebih banyak daripada tahap satu. Waktu yang lebih banyak diperlukan untuk proses pembelajaran tahap dua. 6.4 Mengenai isu RMT, perkara ini telah ditetapkan oleh JPN. Lagi pula sarapan pagi akan memberi tenaga kepada pelajar untuk meneruskan aktiviti pembelajaran mereka. 6.5 Isu jalan sibuk di hadapan pintu masuk sekolah telah lama dipersoalkan . Pihak sekolah tidak ada kuasa untuk mengambil apa-apa inisiatif kerana melibatkan hak milik tanah persendirian. 6.6 Puan Noriah bt Mat Isa selaku Penolong Kanan PPKI telah memberi respon terhadap cadangan agar pelajar PPKI pulang lebih awal. Menurut beliau,waktu pembelajaran PPKI adalah 48 waktu dan guru-guru telah menyusun jadual mengikut ketetapan yang telah digariskan oleh JPN.


13 AGENDA 7.0: PEMBUBARAN AJK PIBG 2021/2022 7.1 Pengerusi selaku wakil YDP PIBG membubarkan AJK PIBG 2021/2022 dengan rasminya. AGENDA 8.0 : PELANTIKAN AJK PIBG 2022 /2023 YDP PIBG : En. Ab Aziz b Dan Naib YDP : En.Abdul Jalal b Mat Isa Setiausaha : Cik Noor Fatin Yasmin bt Kamarunzaman Bendahari : Pn. Afiqah bt Mohd Zaki AJK : 1. En.Shah Anwar b Hamzah 2. Pn. Izanatul Azwa bt Ishak 3. Pn.Faridah bt Bharom 4. En.Zainol bt Hashim 5. En.Zamri b Othman 6. Pn.Nurul Izma bt Suri 7. En.Azrin b Jaya 8. En.Mahime b Mat Isa 9. En.Fadhlian b Saad 10. En. Nor Azam b Idris 11. Pn.Noriah bt Mat Isa 12. Pn.Zizah bt Mustafa. Pemeriksa Kira-kira : 1. Pn.Siti Fatimah bt Razali 2. En.Mohammad Nizam b Abdul Razak. AGENDA 9.0 : UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Yang Di Pertua En. Ab Aziz b Dan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru kerana memilih dan memberi kepercayaan kepada beliau sebagai YDP PIBG bagi sesi 2022/2023. Beliau mohon agar mendapat kerjasama daripada guru-guru dan ibu bapa untuk menjadikan PIBG sebagai satu wadah atau platform kecemerlangan dan kejayaan anak-anak SKPK sama ada dalam akademik ataupun kokurikulum. 9.2 Beliau menangguhkan mesyuarat dengan tasbih Kifarah dan surah al-Asr.


14 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.


15 LAPORAN TAHUNAN PIBG SKPK 2022/2023 SENARAI AHLI JAWATANKUASA Penasihat : Encik Azrin bin Jaya YDP : Encik Ab Aziz bin Dan NYDP : Encik Abdul Jalal bin Mat Isa Setiausaha : Cik Noor Fatin Yasmin binti Kamarunzaman Bendahari : Pn. Afiqah binti Mohd Zaki AJK : 1) Encik Che D’zainon bin Hashim 2) Encik Shah Anwar bin Hamzah 3) Encik Zamri Bin Othman 4) Puan Izanatul Azwa binti Ishak 5) Puan Faridah binti Baharum 6) Puan Nurul Izma binti Suri 7) Puan Zizah binti Mustafa 8) Encik Mahime bin Mat Isa 9) Encik Mohd Fadhlian bin Saad 10) En.Nor Azam bin Idris 11) Pn.Noriah Bt Mat Isa Pemeriksa kira-kira 1. Puan Siti Fatimah binti Razali 2. En.Mohd Nizam bin Abd Razak


16 AKTIVITI PIBG SKPK 2022/2023 1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada 11.09.2022 dan pada 16.05 2023. 2 Sesi persekolahan secara bersemuka mulai 21.03.2022. 3 Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah pada 21.03.2022. 4 Gotong-royong menaiktaraf gelanggang bola tampar SKPK pada 01.04.2022. 5 Majlis Khatam Al-Quran dan penutupan Ihya’ Ramadan pada 29.April 2022. 6 Program D’Kota Prihatin bersama komuniti dijalankan pada 29.04.2022. 7 Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada 13 Mei 2022. 8 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 31 Mei 2022 . 9 Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah berlangsung pada 26.05.2022. 10 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah dilaksanakan pada 25.06.2022. 11 Kejoahan Sukan Sekolah telah dijalankan pada 07.07.2022. 12 Projek Bubur Asyura dilaksanakan pada 18.08.2022. 13 Program Kayuhan Merdeka bersama komuniti telah berlangsung pada15.09.2022. 14 Cabaran TKRS melibatkan pertandingan ikatan dan simpulan serta pertandingan kawad kaki pada 23.09.2022. 15 Program Kelas Semarak Bahasa bermula pada 23.09.2022. 16 Kejuaraan Tari Kanak-Kanak dilaksanakan pada 24.09.2022. 17 Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 07.10.2022. 18 04.11.2022 hingga 06.11.2022 telah berlangsungnya Perkhemahan Unit Beruniform di Teratak Al-Qarni, Jitra, Kedah. 19 Hari Graduasi Tahun 6 dan Hari Anugerah Kecemerlangan murid di jalankan pada bulan 09.02.2023.


17 USUL DARIPADA AJK PIBG 2023 1 En. Ab Aziz bin Dan mencadangkan agar sumbangan PIBG RM30.00 serta dana kebajikan PIBG RM30.00 dikekalkan untuk anak pertama. Jumlahnya sebanyak RM60.00. Bagi anak seterusnya bayaran dana kebajikan ialah RM15.00 seorang. Bayaran boleh dijelaskan secara ansuran semasa sesi persekolahan bermula . USUL DARIPADA GURU 1 En. Mohd. Yusree bin Wan Chik mencadangkan agar ibu bapa yang menghantar anak menggunakan motosikal perlu melalui pintu belakang dan laluan tepi bangunan pada waktu pagi untuk keselamatan murid-murid serta mengelakkan kesesakan lalu linta. 2 En. Mohd. Yusree bin Wan Chik memohon sumbangan pembelian SmartTV sekurang-kurangnya seunit setahun untuk kelas-kelas pembelajaran di SK Padang Kota sebagai usaha “SKPK KE ARAH PENDIGITALAN”. USUL DARIPADA IBU BAPA 1 Pn. Norasmeeraa Binti Asmi mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengadakan semula kelas tambahan untuk murid seperti sebelum ini. 2 Pn.Rosmasitah binti Ghazali mencadangkan agar : 1) Pihak sekolah menetapkan buku mata pelajaran yang perlu sahaja bagi mengelakkan bebanan berat beg. 2) Info persekolahan perlu dimaklumkan lebih awal sebelum mula persekolahan. 3) Membenarkan anak pulang sekolah mengikut tahap pada hari Jumaat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.


18 3 En. Muhammad Syafiq bin Bedah memohon agar : 1) Pemantauan harga dan kuantiti makanan sentiasa dibuat bersesuaian dengan murid sekolah rendah di luar Bandar. 2) Mengurangkan penjualan makanan/minuman yang mahal bagi mengelakkan rasa teringin murid yang kurang berkemampuan. Jika penjualan diteruskan, murid akan tertumpu untuk membeli tanpa memikirkan wang saku untuk ke kelas petang. 4 En. Dahlan bin Bakar mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan tempat membaca untuk anak-anak ketika menunggu ibu bapa mengambil anak pada waktu pulang persekolahan.


19


20 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Penasihat : YDP : NYDP : Setiausaha : Bendahari : AJK : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) Pemeriksa kira-kira : 1. 2.


21


22


23


24


25


26


27


28


29


30


31


32


33


34


35


36


37


38


39


40


41


42


43


44


45


46


47


48


49


Click to View FlipBook Version