Dirasmikan Oleh: Pn. Zuraini binti Abdul Wahab (Pengurus Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Kangar) Tarikh : 8 Jun 2024 (Sabtu) Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Padang Kota
1 ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK PADANG KOTA KALI KE-44 3 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK PADANG KOTA KALI KE-44 4 AJK INDUK DAN AJK KERJA 5-6 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-43 7-18 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG 2023/2024 19-21 USUL AJK, GURU & IBU BAPA 22-23 LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT AJK 2023/2024 24 SENARAI LANTIKAN AJK 2024/2025 25 SURAT MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG 26 SURAT KELULUSAN JPN 27 SURAT JEMPUTAN PERASMI 28 LAPORAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR DISEMBER 2023 29-54
2 UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan segala nikmat yang diberi dapatlah saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa, penjaga, guru-guru dan staf yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Kota Kali ke-44 ini. Terima kasih sekali lagi buat semua kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada saya dalam menerajui PIBG SK Padang Kota untuk sesi 2023/2024. Masa terus berlalu dengan pantas, pelbagai kecemerlangan dan kejayaan yang telah dicipta oleh pihak sekolah sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha para guru di sekolah kita yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik anak-anak kita. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa. Pihak PIBG menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti dalam bidang akademik, hal ehwal murid dan sukan, PIBG sentiasa ada bersama untuk memberikan bantuan kepada pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. Saya berharap agar para ibu bapa bersikap lebih proaktif untuk berganding bahu membantu kebajikan murid serta pembangunan sekolah. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada kepada hebatnya guru-guru mengajar atau pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malahan perlu seiring dengan komitmen padu daripada para ibu bapa dan komuniti setempat. Mesyuarat Agung PIBG ini menjadi satu pendekatan terbaik untuk mengakrabkan lagi hubungan kita dan serta memberi kesempatan kepada para waris untuk mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah. Marilah kita bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Marilah kita berbincang bagi mencari penyelesaian jika ada sebarang isu, kekeliruan atau salah faham di antara kita. Sesungguhnya, sikap bermuafakat, saling membantu dan kerjasama antara kita merupakan kunci kemenjadian anak-anak kita di SK Padang Kota. Terima kasih kepada seluruh warga pendidik SK Padang Kota yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak kami. ___________________ (AB AZIZ BIN DAN) Pengerusi PIBG SK Padang Kota
3
4 Atur Cara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 Tahun 2024 08.30 – 08.50 pagi -- Pendaftaran 08.50 – 10.00 pagi -- Ucapan Aluan Juruacara Majlis -- Bacaan Doa --Ucapan Guru Besar --Ucapan Pengerusi PIBG --Ucapan Perasmian 10.00 - 10.30 pagi --Rehat 10.30 - 12.30 tengah hari --Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Ke-44 Tahun 2024 1. Ucapan Aluan Pengerusi PIBG. 2. Pembentangan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43. 3. Pembentangan dan menerima Laporan Tahunan 2023/2024 4. Pembentangan dan menerima Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2023 5. Membahaskan usul dan perbincangan daripada ahli. 6. Pembubaran AJK PIBG 2023/2024. 7. Pelantikan AJK PIBG 2024/2025. 8. Pelantikan 2 orang Juruaudit 2024/2025. 9. Ucapan Penangguhan.
5 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA KALI KE-44 TAHUN 2024. JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Cik Muzie Azirah Binti Mat Salim (Guru Besar SKPK) Pengerusi : En. Ab Aziz bin Dan (Yang Dipertua PIBG) Pen.Pengerusi : Pn. Noradilah binti Abdul Razak (Naib Yang Dipertua PIBG) Setiausaha : Cik Noor Fatin Yasmin binti Kamarunzaman Bendahari : Pn. Afiqah binti Mohd Zaki JAWATANKUASA KERJA JEMPUTAN DAN SAMBUTAN 1. Cik Muzie Azirah Binti Mat Salim (GB) 2. En. Ab Aziz bin Dan (YDP) 3. Pn. Noradilah binti Abdul Razak (NYDP) 4. En. Mahimie bin Mat Isa (PK 1) 5. En. Mohd. Fadhlian bin Saad (PK HEM) 6. Pn. Norisah binti Mohd.Top (PK KOKU) 7. Pn. Nor Inshon binti Karim (PK PK) CEDERAHATI DAN CABUTAN BERTUAH 1. Pn. Shamsirdiana binti Mohd Sabri 2. Pn. Zizah binti Mustafa 3. Pn. Sohanah binti Yusoff 4. Pn. Wan Noratikah Farhana binti Muhami Farid 5. Pn. Nurul Izma binti Suri 6. Pn. Noor Ezani binti Khamidun BROSUR & BUKU PROGRAM 1. Cik Norhidayatul Iqmal binti Mohd Sukri 2. Cik Hani binti Halim 3. Cik Noor.Fatin Yasmin binti Kamarunzaman 4. Pn. Afiqah binti Mohd Zaki PENDAFTARAN 1. Pn. Nor Suriati binti Abu Samah 2. Pn. Nazni binti Ghazali 3. Pn. Norizam binti Mat Isa 4. Pn. Jasniza binti Jisfazil 5. 2 orang pelajar BANNER, BACKDROP DAN HIASAN PENTAS 1. Pn. Normayati binti Hussin 2. Pn. Zaira Yasmin binti Zaini 3. Pn. Nor Bashirah binti Azizun 4. Pn. Rohayati binti Ismail 5. Pn. Nor Hassuzaini binti Johari 6. Pn. Khairiah binti Bukhari 7. Pekerja Swasta PERSIAPAN TEMPAT 1. En. Jamil bin Seman 2. En. Azham bin Mat Isa 3. En. Khayril Anuar bin Ahmad 4. En. Mohd. Izwan bin Che Ahmad 5. En. Mohd. Nashar bin Abd Wahab 6. Pekerja Swasta
6 JURUACARA MAJLIS 1. Cik Nur Asma binti Zulkifli 2. En. Mohd Yusree bin Wan Chek BACAAN DOA 1.En. Jamil bin Seman TEKS UCAPAN PERASMI (PANITIA BM) 1. En. Mohd Yusree bin Wan Chek SIARAYA & MULTIMEDIA 1. En. Mohd Nizam bin Abd Razak 2. Cik Norhidayatul Iqmal binti Mohd Sukri 3. En. Shah Anwar bin Hamzah PENCATAT MINIT MESYUARAT 1. Ucapan Perasmian & Ucapan YDP Pn. Shabrina binti Hussin 2. Ucapan Guru Besar Pn. Nor Bashirah binti Azizun Pencatat Minit 3. Cik Hani binti Halim 4. Cg. Siti Amalina binti Mazni JAMUAN VIP 1. Pn. Norhayati binti Abdul Razak 2. Pn. Rahayu binti Rahmat 3. Pn. Fatimah binti Shaari IBU BAPA 4. Pn. Mardiyah binti Darus 5. Pn. Hazura binti Saidinah Hamzah 6. Pn. Rasidah binti Ismail 7. Pn. Izanatul Azwa binti Ishak 8. 3 orang pelajar JURUFOTO 1. En. Wan Amir Iskandar bin Ismadi 2. En. Khayril Anuar bin Ahmad DOKUMENTASI 1. Cik Noor Fatin Yasmin binti Kamarunzaman 2. Pn. Normayati binti Hussin
7 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SK PADANG KOTA KALI KE-43 SESI 2023/2024 Masa : 8.30 pagi Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Padang Kota Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu) AGENDA 1.0: UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA 1.1 Yang Dipertua (YDP) PIBG, En. Ab Aziz bin Dan mengucapkan kesyukuran kerana pihak PIBG berjaya menjalankan mesyuarat mengikut syarat ketetapan oleh pihak JPN Perlis. 1.2 Setakat ini, ukhwah antara ibu bapa, guru-guru SK Padang Kota dan komuniti berada pada tahap yang baik. 1.3 YDP berharap ahli PIBG yang hadir mesyuarat pada hari ini mengambil peluang menyuarakan segala masalah bagi mengelakkan sikap suka cakap di belakang. 1.4 Kehadiran mesyuarat diharap lebih ramai pada masa seterusnya terutamanya bagi kaum bapa. Perbincangan yang lebih mendalam boleh dibuat jika ramai ahli yang hadir ke mesyuarat. 1.5 Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Noor Amin bin Ahmad dan En. Zulhilmi (Wakil JPN) kerana dapat meluangkan masa hadir ke mesyuarat. 1.6 Terima kasih diucapkan kepada Tuan Noor Amin bin Ahmad kerana telah banyak menyumbang kepada Tabung PIBG SK Padang Kota. 1.7 Tuan Noor Amin bin Ahmad merupakan seorang yang mementingkan pendidikan dan telah menyumbang sebanyak RM 40 000.00 kepada sekolah. 1.8 Sumbangan yang diberikan telah digunakan untuk frasarana sekolah seperti membuat gelanggang bersimen, astaka ibu bapa dan menaik taraf padang sekolah. 1.9 Club House yang diusahakan oleh PK KOKO, Cikgu Hafizi juga menggunakan dana PIBG yang diperoleh melalui sumbangan yang diberikan. 1.10 PIBG juga mengutamakan akademik dengan menyumbang dua unit SmartTV untuk diletakkan dalam kelas. SmartTV tersebut adalah untuk kegunanaan pembelajaran anakanak SKPK. 1.11 Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibu bapa kerana lebih 90% yang telah membayar sumbangan PIBG.
8 1.12 YDP mengucapkan terima kasih kepada barisan guru yang banyak melibatkan anakanak SKPK dalam pelbagai aktiviti luar kelas sama ada kurikulum atau kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ada guru yang sanggup menggunakan duit poket sendiri kerana kewangan yang tidak mencukupi. 1.13 Tahniah diucapkan kepada guru pengiring bagi Program STEM di Pulau Pinang dan Pertandingan Dron di peringkat antarabangsa. 1.14 Berkat usaha guru-guru dan sokongan daripada ibu bapa, anak-anak SKPK berjaya mencapai kejayaan dalam akademik dan sukan. 1.15 Pertambahan jumlah murid SK Padang Kota disebabkan oleh keyakinan ibu bapa terhadap guru-guru. 1.16 Ramai guru SK Padang Kota yang telah berjaya dinaikkan pangkat. Kejayaan guruguru ini juga daripada sokongan ibu bapa. 1.17 Selain itu, PIBG juga telah berjaya mendapatkan kanta cembung daripada pihak JKR yang diletakkan di hadapan pintu masuk sekolah. 1.18 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada pihak JPN Perlis dan KPM atas peruntukan yang telah diluluskan seperti menaik taraf pagar sekolah, bilik darjah dan sistem kumbahan sekolah. Peruntukan-peruntukan ini amat diharapkan bagi membantu sekolah. 1.19 YDP berharap dewan terbuka dapat dibina di tapak gelanggang bola tampar untuk kemenjadian murid. 1.20 Harapan YDP juga agar SmartTV dapat disediakan di setiap bilik darjah dengan kerjasama dan usaha daripada semua pihak. 1.21 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang pada SKPK seperti PPK Bintong, Parlimen Kangar, Kantin sekolah, guru-guru dan ibu bapa terutamanya. 1.22 Tuan Noor Amin bin Ahmad meminta PIBG SKPK menyediakan surat dan kertas kerja untuk memohon peruntukan kewangan kepada Perdana Menteri Malaysia bagi tujuan menaik taraf frasarana sekolah. 1.23 YDP juga memaklumkan bahawa YDP mungkin akan bersara dalam PIBG SKPK kerana anaknya sudah berada pada Tahun 6.
9 1.24 YDP memohon maaf atas kekurangan dan kesilapan dan merayu agar ibu bapa mengambil peluang terlibat dengan jawatankuasa PIBG yang baru nanti. Pelapis baharu amat diharapkan bagi menggalas tanggungjawab dalam AJK PIBG SKPK. 1.25 Pada tahun ini, kata putus telah dicapai untuk mencetak buku program dalam kuantiti yang terhad bagi penjimatan kos. Ibu bapa boleh merujuk skrin di atas pentas. 1.26 YDP mewakili semua memohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan dari pihak AJK PIBG sesi 2022/2023. AGENDA 2.0: UCAPAN GURU BESAR 2.1`Guru Besar, En Azrin bin Jaya Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita semua dapat berkumpul untuk menjalankan salah satu agenda penting sekolah iaitu Meyuarat Agung PIBG kali ke-43. 2.2 Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Tuan Noor Amin kerana sudi hadir ke mesyuarat pada hari ini. Tuan Noor Amin telah banyak menyumbang kepada sekolah semasa beliau menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Kangar. 2.3 Sumbangan RM 10 000 daripada beliau telah digunakan bagi membina gelanggang bola tampar. 2.4 Peruntukan tambahan RM 20 000 telah diguna untuk menaik taraf padang sekolah kerana padang sekolah yang sedia ada tidak sesuai digunakan untuk latihan bola sepak. Padang bola sepak akan dapat digunakan setelah rumput tumbuh sepenuhnya dalam masa terdekat. 2.5 Sumbangan juga digunakan untuk pembinaan Club House yang bertujuan untuk pembangunan sukan telah 95% siap. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa pada hujung minggu bagi menyiapkan pembinaan Club House. 2.6 Bermula 3Julai 2023, Cikgu Azrin telah bertukar ke SK Sena. 2.7 Cikgu Muzie Azirah binti Mat Salim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sanglang dilantik sebagai Guru Besar baharu SK Padang Kota. 2.8 Semoga ada kesinambungan yang baik daripada apa yang telah dilaksanakan di sekolah ini. Semoga kepimpinan baharu dapat melonjakkan sekolah ini ke tahap yang lebih tinggi. 2.9 SKPK merupakan sekolah yang dipilih untuk Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25 iaitu sekolah yang mempunyai kepimpinan yang berkesan, guru-guru yang berkualiti dan hubungan komuniti setempat yang baik.
10 2.10 Sekolah mendapat lawatan dari pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB) pada minggu ini. Mereka memuji dan memberi maklum balas yang baik dimana sekolah telah menjalankan program TS25 bertepatan dengan apa yang dikehendaki iaitu persekitaran pembelajaran yang berkesan dan pdpc berpusatkan murid. 2.1.1 Tahniah kepada para guru dan ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam menunjukkan sekolah yang cemerlang. 2.1.2 Guru besar memaklumkan sekolah kita telah mendapat peruntukan memperbaiki sistem kumbahan RM50 000 dan proses kerja sedang dilaksanakan. 2.1.3 Beliau berharap agar selepas ini AJK PIBG sekolah dapat memaklumkan kepada JKK atau pihak terlibat untuk membaiki sistem perparitan sekolah bagi mengelak daripada banjir kilat sehingga merosakkan harta benda sekolah. 2.1.4 Kerjasama ibu bapa amat diharapkan selepas ini bagi mewujudkan lingkungan yang baik buat pembelajaran anak-anak. 2.1.5 Guru besar menyatakan bahawa 18,000 orang murid tidak menduduki SPM tahun 2022. 2.1.6 KPM mensasarkan murid mengusai semua pencapaian, kemahiran dan sahsiah. 2.1.7 Murid kita diharapkan dapat menguasai kemahiran kalis masa hadapan untuk kemudahan mereka untuk diaplikasi apabila selesai mengharungi zaman persekolahan iaitu di alam pekerjaan. 2.1.8 Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan anak-anak dan ibu bapa yang hadir pada hari ini merupakan ibu bapa yang prihatin dengan pendidikan anak-anak. 2.1.9 Pada akhir ucapan, guru besar menekankan sekali lagi kepentingan kerjasama ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. 2.1.10 Semoga kerjasama yang baik di antara pihak sekolah dan ibu bapa akan dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. AGENDA 3.0: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3.1 Setiausaha PIBG, Cik Noor Fatin Yasmin binti Kamarunzaman membentangkan minit mesyuarat agung kali ke-42 helaian demi helaian. 3.2 Setiausaha memaklumkan bahawa buku program Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini dicetak dalam kuantiti 20 unit sahaja bagi penjimatan kos. Kos cetakan buku program pada tahun ini hanya RM50.00 sahaja.
11 3.3 Isu 6.4 dan 6.5 bagi agenda 6 telah selesai. AJK PIBG telah berusaha mendapatkan kanta cembung dari pihak JKR bagi mengatasi isu jalan sibuk di hadapan sekolah. 3.4 En. Mohd. Izwan bin Che Ahmad mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. 3.5 Puan Azmira binti Azman menyokong cadangan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. AGENDA 4.0: MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUNAN 4.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan bagi tahun 2022/2023. 4.1.1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada 11.09.2022 dan pada 16.05 2023. 4.1.2 Sesi persekolahan secara bersemuka mulai 21.03.2022. 4.1.3 Pendaftaran Tahun 1 dan Pra sekolah pada 21.03.2022. 4.1.4 Gotong-royong menaik taraf gelanggang bola tampar SKPK pada 01.04.2022. 4.1.5 Majlis Khatam Al-Quran dan penutupan Ihya’ Ramadan pada 29 April 2022. 4.1.6 Program D’Kota Prihatin bersama komuniti dijalankan pada 29.04.2022. 4.1.7 Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada 13 Mei 2022. 4.1.8 Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 31 Mei 2022. 4.1.9 Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah berlangsung pada 26.05.2022. 4.1.10 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah dilaksanakan pada 25.06.2022. 4.1.11 Kejohanan Sukan Sekolah telah dijalankan pada 07.07.2022. 4.1.12 Projek Bubur Asyura dilaksanakan pada 18.08.2022. 4.1.13 Program Kayuhan Merdeka bersama komuniti telah berlangsung pada 15.09.2022. 4.1.14 Cabaran TKRS melibatkan pertandingan ikatan dan simpulan serta pertandingan kawad kaki pada 23.09.2022. 4.1.15 Program Kelas Semarak Bahasa bermula pada 23.09.2022. 4.1.6 Kejuaraan Tari Kanak-Kanak dilaksanakan pada 24.09.2022. 4.1.7 Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 07.10.2022. 4.1.8 04.11.2022 hingga 06.11.2022 telah berlangsungnya Perkhemahan Unit Beruniform di Teratak Al-Qarni, Jitra, Kedah.
12 4.1.9 Hari Graduasi Tahun 6 dan Hari Anugerah Kecemerlangan murid di jalankan pada bulan 09.02.2023. AGENDA 5.0: PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA DISEMBER 2022. 5.1 Pemangku bendahari PIBG, Pn. Zizah binti Mustafa telah membentangkan laporan kewangan PIBG SK Padang Kota dari Januari 2022 dan berakhir pada Disember 2022 menggantikan bendahari PIBG Pn. Afiqah binti Mohd. Zaki yang masih lagi cuti bersalin. 5.2 Pemangku bendahari meminta hadirin menyemak penyata kewangan helaian demi helaian sambil membaca jumlah baki di dalam bank dan baki di tangan. 5.3 Sumbangan kutipan daripada 24 orang guru yang tidak mempunyai anak di sekolah ini sebanyak RM 30.00 setiap seorang. 5.4 Pemangku bendahari memaklumkan pada Bulan Februari 2022, Pihak Maips tersilap memasukkan duit bantuan Maips ke akaun PIBG sebanyak RM 99 600.00 dan RM56 400.00 dipulangkan semula. 5.5 Pada bulan Mac, RM 100.00 dikeluarkan sebagai sumbangan kematian waris murid Aiman bin Ramli serta RM 8100.00 kepada ibu bapa. 5.6 Terdapat ralat pada penyata akaun bulan Disember M/S 52. Pembetulan dibuat dengan tulisan tangan untuk keciciran maklumat iaitu bayaran pengeluaran duit Maips kepada 9 orang murid Tingkatan 1 di SMK Putra pada 7.12.2022 sebanyak RM 2700.00. 5.7 Bagi tahun 2023, sumbangan PIBG telah mula dikutip secara tunai daripada 72 buah keluarga sebanyak RM4320.00 dan duit tunai yang diterima daripada bendahari, Pn Afiqah sebanyak RM 2111.60. Jadi, tunai di tangan adalah sebanyak RM 6431.60. 5.8 Pemangku Bendahari juga membentangkan antara perbelanjaan PIBG bagi tahun 2023. 5.8.1 Sumbangan murid kepada PKP Paya adalah RM 1.00 setiap murid bagi tujuan segala aktiviti pada peringkat kawasan sebanyak RM 258.00 bagi tahun 2022. 5.8.2 Pembelian kertas A4 bagi unit kurikulum sebanyak RM 600.00. 5.8.3 Sumbangan program bubur lambuk sebanyak RM 200.00 5.8.4 Bayaran Jamuan Mesyuarat AJK sebanyak RM 60.00 5.8.5 Sumbangan hadiah Puan Noriah binti Mat Isa sebanyak RM 70.00 5.8.6 Sumbangan Majlis Hari Guru Sekolah sebanyak RM 500.00 5.8.7 Pembelian resit PIBG, Cop rasmi dan Stamp Pad sebanyak RM82.50 5.8.8 Bayaran sumbangan murid PKP Paya sebanyak RM 255.00 bagi tahun 2023. 5.8.9 Kos perbelanjaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023 adalah RM 1500.00
13 5.9 Jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan setakat ini ialah RM 3776.50 5.10 Jumlah baki di tangan ialah RM 2322.00. 5.11 Baki terkini akaun PIBG ialah RM 15070.00 tidak termasuk duit EcoWorld. 5.1.2 Penyata 2023 akan dikeluarkan pada Mesyuarat Agung Tahun 2024. 5.13 Seramai 128 buah keluarga telah membayar sumbangan PIBG dan seramai 62 buah keluarga lagi yang belum membayar sumbangan PIBG pada tahun ini. Sumbangan PIBG boleh dijelaskan secara ansuran. 5.14 YDP PIBG memohon agar ibu bapa segera menjelaskan sumbangan PIBG kerana banyak aktiviti sekolah yang akan dijalankan memerlukan peruntukan dari PIBG. 5.15 Pn. Noradilah Binti Abdul Razak mencadangkan penyata kewangan disahkan. 5.16 Pn. Mazirah binti Mazlan menyokong cadangan penyata untuk disahkan. AGENDA 6.0: MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN 6.1 Usul daripada AJK PIBG 6.1.1 En. Ab Aziz bin Dan mencadangkan agar sumbangan PIBG RM30.00 serta dana kebajikan PIBG RM30.00 dikekalkan untuk anak pertama. Jumlahnya sebanyak RM60.00. Bagi anak seterusnya bayaran dana kebajikan ialah RM15.00 seorang. Sumbangan boleh dijelaskan secara ansuran semasa sesi persekolahan bermula. 6.1.2 Usul ini ditolak setelah undian dibuat. Sumbangan PIBG lama dikekalkan sebanyak RM60.00 bagi setiap keluarga iaitu sumbangan PIBG RM30.00 dan dana kebajikan PIBG RM30.00. Guru yang tidak mempunyai anak di sekolah ini perlu membayar sebanyak RM30.00 setiap seorang. 6.1.3 Waris dan guru yang belum membuat sumbangan pada tahun ini diminta menjelaskan sumbangan pada bendahari PIBG. 6.1.4 Mesyuarat juga sebulat suara memutuskan untuk tahun hadapan bahawa sumbangan PIBG boleh dijelaskan pada awal tahun bermula sesi persekolahan 2024/2025 tanpa perlu menunggu Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44/2024 berlangsung pada tahun hadapan. 6.1.5 Para ibu bapa juga bersetuju menjelaskan bayaran buku dan alat tulis sekolah termasuk sumbangan PIBG semasa menerima Bantuan Awal persekolahan (BAP) nanti. Tindakan: Ahli PIBG SKPK
14 6.2 Usul daripada Guru 6.2.1 En. Mohd. Yusree bin Wan Chik mencadangkan agar ibu bapa yang menghantar anak menggunakan motosikal perlu melalui pintu belakang dan laluan tepi bangunan pada waktu pagi untuk keselamatan murid-murid. 6.2.1.1 Usul ini diterima berdasarkan undian. Kenderaan bermotosikal diminta menggunakan pintu pagar belakang untuk masuk dan keluar semasa menghantar anak pada waktu pagi. 6.2.1.2 Guru-guru bertugas akan membantu pandu arah murid pada waktu pagi untuk menjaga keselamatan murid. 6.2.1.3 Ibu bapa boleh menggunakan astaka PIBG pada waktu pulang persekolahan. Tindakan: Ibu bapa SKPK 6.2.2 En. Mohd. Yusree bin Wan Chik memohon sumbangan pembelian SmartTV sekurang-kurangnya seunit setahun untuk kelas-kelas pembelajaran di SK Padang Kota sebagai usaha “SKPK KE ARAH PENDIGITALAN”. 6.2.2.1 Usul ini diluluskan. Usul ini akan dibatalkan jika PIBG berjaya mendapat sumbangan melalui Tuan Noor Amin bin Ahmad daripada Tabung Perdana Menteri. 6.2.2.2 Sebagai makluman, PIBG telah menyumbangkan dua unit televisyen kepada pihak sekolah. Tindakan: AJK PIBG SKPK 6.3 Usul daripada ibu bapa 6.3.1 Pn. Norasmeeraa Binti Asmi mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengadakan semula kelas tambahan untuk murid seperti sebelum ini. 6.3.1.1 Guru besar En. Azrin bin Jaya memaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan kelas tambahan mengikut keperluan. 6.3.1.2 Pada masa ini, program sekolah berfokus pada murid –murid Berkemahiran TP1–TP3. Murid-murid telah menunjukkan peningkatan baik melalui program yang telah sekolah laksanakan. Tindakan: Unit Kurikulum SKPK
15 6.3.2 Pn. Rosmasitah binti Ghazali mencadangkan agar: 1) Pihak sekolah menetapkan buku mata pelajaran yang perlu sahaja bagi mengelakkan bebanan berat beg. 2) Info persekolahan perlu dimaklumkan lebih awal sebelum mula persekolahan. 3) Membenarkan anak pulang sekolah mengikut tahap pada hari Jumaat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 6.3.2.1 Guru besar menjelaskan bahawa isu beg berat ini bermula daripada rumah. Ibu bapa perlu sentiasa menyemak jadual waktu persekolahan murid bagi mengetahui jenis buku yang perlu dibawa ke sekolah. 6.3.2.2 Pihak sekolah sentiasa memaklumkan info terbaru sekolah dari semasa ke semasa dalam ‘Group WhatsApp’ ibu bapa. Ibu bapa diminta lebih cakna dengan segala info yang diberi. 6.3.2.3 Usul ketiga dari Pn. Rosmasitah Binti Ghazali ditolak kerana pihak sekolah perlu mengikuti waktu pembelajaran persekolahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tindakan: Ibu bapa SKPK 6.3.3 En. Muhammad Syafiq bin Bedah memohon agar: 1) Pemantauan harga dan kuantiti makanan sentiasa dibuat bersesuaian dengan murid sekolah rendah di luar Bandar. 2) Mengurangkan penjualan makanan/minuman yang mahal bagi mengelakkan rasa teringin murid yang kurang berkemampuan. Jika penjualan diteruskan, murid akan tertumpu untuk membeli tanpa memikirkan wang saku untuk ke kelas petang. 6.3.3.1 Guru besar menyatakan bahawa harga barangan yang makin naik menyebabkan harga dan kuantiti makanan berubah. 6.3.3.2Guru besar memaklumkan bahawa Kedai Buku Sekolah yang menjual air minuman pada harga yang tinggi. 6.3.4 En. Dahlan bin Bakar mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan tempat membaca untuk anak-anak ketika menunggu ibu bapa mengambil anak pada waktu pulang persekolahan.
16 6.3.4.1 Guru besar memaklumkan Guru PSS telah ditugaskan untuk menyediakan tempat bacaan bagi murid-murid Tindakan: Guru PSS SKPK 6.4 Hal-hal Lain 6.4.1 Pn. Noradilah binti Razak meminta agar guru-guru memberikan contohcontoh soalan bagi murid menyediakan diri menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). 6.4.1.1 Cikgu Yusree selaku guru Tahun 6 memaklumkan bahawa guru-guru akan menetapkan set soalan berdasarkan apa yang diajar dan mengikut silibus yang telah ditetapkan. Guru akan menyediakan set soalan yang hampir sama dan PraUjian akan dilaksanakan. 6.4.1.2 UASA ialah Ujian Akhir Sesi Akademik. Soalan ujian ini akan diberi oleh KPM dan berbeza setiap sekolah. 6.4.1.3 Murid diminta mengulangkaji apa yang telah dipelajari. Ibu bapa disaran supaya lebih prihatin tentang perkembangan pembelajaran murid. 6.4.2 Pn Zizah memaklumkan satu program akan dilaksanakan untuk murid-murid yang menerima bantuan Maips. 6.4.2.1 Kebenaran ibu bapa amat diharapkan untuk murid menyertai program tersebut kerana bayaran untuk program telah dijelaskan kepada pihak berkaitan. 6.4.2.2 Bahagian HEM SKPK merancang untuk melaksanakan program motivasi untuk penerima bantuan Maips. 6.4.2.3 Para ibu bapa boleh bertanya pada Pn. Zizah untuk mengetahui baki semasa bagi murid penerima penerima bantuan Maips bagi tahun 2022. 6.4.2.4 Pemilihan penerima bantuan Maips sepenuhnya diuruskan oleh Jabatan pendidikan Negeri Perlis mengikut kuota pelajar. Tindakan: Guru-Guru Tahun 6 SKPK AGENDA 7.0: PEMBUBARAN AJK PIBG 2022/2023 7.1 Pengerusi selaku wakil YDP PIBG membubarkan AJK PIBG 2022/2023 dengan rasminya.
17 AGENDA 8.0: PELANTIKAN AJK PIBG 2023 /2024 Penasihat : Cik Muzie Azirah binti Mat Salim YDP PIBG : En. Ab Aziz bin Dan Naib YDP : Pn. Noradilah binti Abdul Razak Setiausaha : Cik Noor Fatin Yasmin binti Kamarunzaman Bendahari : Pn. Afiqah binti Mohd Zaki AJK : 1. En. Shah Anwar bin Hamzah 2. En. Mohd. Izwan bin Che Ahmad 3. En. Mohd. Nashar bin Abd Wahab 4. Pn. Izanatul Azwa binti Ishak 5. Pn. Nurul Izma binti Suri 6. Pn. Jasniza binti Jisfazil 7. En. Azham bin Mat Isa 8. Pn. Fadrishah binti Sabu 9. Pn. Nooraini binti Mustapha 10. Pn. Zaira Yasmin binti Zaini 11. Pn. Zizah binti Mustafa Juruaudit : 1. Pn. Noor Ezani binti Khamidun 2. En. Mohammad Nizam b Abdul Razak. AGENDA 9.0: UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Yang Di Pertua En. Ab Aziz bin Dan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru kerana memilih dan memberi kepercayaan kepada beliau sebagai YDP PIBG bagi sesi 2023/2024. Beliau berharap agar mendapat kerjasama daripada guru-guru dan ibu bapa untuk menjadikan PIBG sebagai satu wadah atau platform kecemerlangan dan kejayaan anak-anak SKPK sama ada dalam akademik ataupun kokurikulum. 9.2 Beliau menangguhkan mesyuarat dengan tasbih Kifarah dan surah al-Asr. Mesyuarat di tangguhkan pada jam 1.00 petang.
18
19 LAPORAN TAHUNAN PIBG SKPK 2023/2024 SENARAI AHLI JAWATANKUASA Penasihat : Cik Muzie Azirah binti Mat Salim YDP PIBG : En. Ab Aziz bin Dan Naib YDP : Pn. Noradilah binti Abdul Razak Setiausaha : Cik Noor Fatin Yasmin binti Kamarunzaman Bendahari : Pn. Afiqah binti Mohd Zaki AJK : 1. En. Shah Anwar bin Hamzah 2. En. Mohd. Izwan bin Che Ahmad 3. En. Mohd. Nashar bin Abd Wahab 4. Pn. Izanatul Azwa binti Ishak 5. Pn. Nurul Izma binti Suri 6. Pn. Jasniza binti Jisfazil 7. En. Azham bin Mat Isa 8. Pn. Fadrishah binti Sabu 9. Pn. Nooraini binti Mustapha 10. Pn. Zaira Yasmin binti Zaini 11. Pn. Zizah binti Mustafa Juruaudit : 1. En. Mohammad Nizam b Abdul Razak. 2. Pn. Noor Ezani binti Khamidun
20 AKTIVITI PIBG SKPK 2023/2024 MAC 2023 1 Pendaftaran Murid Tahun 1 – 18.03.2023 2 Hari Pembukaan Sekolah – 11.03.2023 3 Aktiviti Awal Sesi Akademik – 21.03.2023 4 Program Ihyak Ramadhan – 22.03.2023 5 Program Iftar Jamie – 31.03.20223 APRIL 2023 1 Program Bubur Lambuk – 06.04.2024 2 Aktiviti Keceriaan Kelas Tahun 1 – 07.04.2023 3 Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihyak Ramadhan – 18.04.2023 MEI 2023 1 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah – 05.05.2023 2 Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Cilik Sekolah – 15.05.2023 3 Majlis Sambutan Hari Guru – 23.05.2023 JUN 2023 1 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 2023 – 17.06.2023 2 Kejohanan D’Kota Run peringkat sekolah – 23.06.2023 3 Majlis Sanjungan Budi dan Lambaian Kasih – 28.06.2023 JULAI 2023 1 Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama – 14.07.2023 2 Ceramah Kesedaran Bahaya Denggi – 21.07.2023 OGOS 2023 1 Program Bubur Asyura dan Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat sekolah – 10.08.2023
21 SEPTEMBER 2023 1 Program Gotong-royong Madani – 09.09.2023 2 Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan – 14.09.2023 3 Program Foodbank Malaysia – 29.09.2023 OKTOBER 2023 1 Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah – 12.10.2023 2 Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah – 20.10.2023 3 Kem Bestari Solat dan Bina Sahsiah – 21.10.2023 4 Majlis Pelancaran Duta Sahsiah SKPK– 31.10.2023 NOVEMBER 2023 1 Program Solat Hajat dan Minggu Solidariti Palestine – 02.11.2023 2 Kejohanan Sukan Olahraga dan Balapan SKPK – 6.11.2023 3 Majlis Sanjungan Budi Guru Praktikum – 17.11.2023 4 Majlis Penyerahan Replika Cek Jabatan Perdana Menteri – 24.11.2023 DISEMBER 2023 1 Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua – 12.12.2023 2 Program Motivasi Waris Penerima Maips – 14.12.2023 JANUARI 2024 1 Hari Anugerah Kecemerlangan Murid (HAC) SK Padang Kota – 25.01.2024 2 Hari Keluarga Masjid Nurul Iman – 27.01.2024 3 Ceramah Anti Buli – 29.01.2024 4 Kursus Pengurusan Jenazah – 31.01.2024 FEBRUARI 2024 1 Majlis Apresiasi Murid Tahun 6, PPKI dan Prasekolah SK Padang Kota – 07.02.2024
22 USUL DARIPADA AJK PIBG 2024 1 AJK PIBG mencadangkan agar: i. Pada tahun 2025, sumbangan PIBG RM30.00 dan dana kebajikan PIBG RM30.00 dikekalkan untuk anak pertama. Jumlahnya sebanyak RM60.00. Bagi anak kedua dan seterusnya, bayaran dana kebajikan ialah RM20.00 seorang. ii. Sumbangan PIBG bagi guru yang tiada anak ialah RM30.00 seorang. 2 AJK PIBG memohon sumbangan sebanyak RM10.00 bagi setiap murid pada setiap tahun untuk pembelian SmartTV untuk kelas-kelas pembelajaran di SK Padang Kota sebagai usaha “SKPK KE ARAH PENDIGITALAN”. USUL DARIPADA GURU 1 Guru-guru SK Padang Kota mencadangkan agar jumlah peruntukan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAC) ditingkatkan daripada jumlah peruntukan sedia ada iaitu RM 2000.00. 2 Guru-guru SK Padang Kota memohon sumbangan RM10.00 daripada ibu bapa untuk pembelian kertas A4 rim bagi kegunaan pembelajaran murid. USUL DARIPADA IBU BAPA 1 En. Shahril Khairi bin Mohd Shokri mencadangkan agar pengawal keselamatan sekolah dapat mengawal lalu lintas di jalan raya atau pintu masuk sekolah pada waktu pagi dan waktu pulang persekolahan murid. 2 Pn. Norain Shafika memohon agar pihak sekolah selalu memantau penjualan barangan di kedai buku sekolah.
23 3 Pn.Rosmasitah binti Ghazali mencadangkan agar : 1) Pihak sekolah dapat menetapkan waktu pulang persekolahan murid dengan lebih jelas pada masa hadapan. 2) Hadiah-hadiah yang disediakan sebagai ganjaran dalam pertandingan atau aktiviti sekolah perlulah lebih berbaloi dan bermakna. 3) Pihak sekolah dapat menangani isu bebanan beg kerana buku sekolah yang terlalu banyak.
24
25 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025 Penasihat : YDP : NYDP : Setiausaha : Bendahari : AJK : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) Juruaudit : 1. 2.
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49