MANGKUK TINGKAT TOK TEH
oleh
Mawar Marzuki
Hari ini hari Jumaat. Dahlia tidak sabar hendak pulang.
“Ringgg”, loceng berbunyi.
Sally dan Rani sudah menunggu Dahlia. Mereka berjalan pulang bersama-sama.
Setiap hari Jumaat, mereka akan pulang bersama-sama ke rumah Dahlia.
“Mari kita teka apa dalam mangkuk tingkat hari ini?”, kata Dahlia.
“Ayam percik!”, kata Rani.
“ Sambal udang!”, kata Sally.
“Telur rebus dan timun!”, tambah Dahlia.
Setiap hari jumaat mereka akan makan tengahari di rumah Dahlia. Ibu Dahlia telah
tiada. Rumah Dahlia tidak jauh dari sekolah. Mereka tidak sabar hendak sampai ke rumah
Dahlia. Mereka akan makan juadah dari dalam mangkuk tingkat yang dipesan oleh abah
Dahlia. Dalam mangkuk itu selalunya ada nasi lemak dan lauk pauk. Setiap minggu
lauknya berbeza. Sambal ikan bilis, sambal udang, masak lemak kacang buncis dan
sotong adalah antara lauk yang mereka gemari. Selalunya ada timun, telur rebus dan
kacang tanah goreng. Mereka paling suka ayam percik yang pedas-pedas lemak dan
enak.
Dalam perjalanan pulang, mereka gemar berhenti sebentar di kedai Master Ang
melihat-lihat mainan. Kadang-kadang mereka makan cendol di kereta sorong Uncle Siva
atau membeli jeruk dari warung Pak Ali. Tapi mereka selalu menjaga satu sama lain dan
ingat akan pesan cikgu. Mereka anak-anak yang bijak. Mereka tidak akan mengambil
pemberian atau bercakap dengan orang yang mereka tidak kenal. Mereka juga tidak
pernah menggunakan lorong yang sunyi.
Minggu ini mereka bertiga berhenti di hadapan sebuah rumah kayu yang kecil dan
comel. Rumah itu sangat bersih dan cantik. Rumah kayu itu tidak berpagar. Di hadapan
rumah ada buaian yang diikat di pada dahan pohon yang besar dan tinggi.
Keliling rumah itu penuh dengan pokok bunga yang cantik. Ada banyak bunga
yang berwarna-warni. Bunga mawar berwarna merah. Ada juga warna putih dan
kuning.Bunga cempaka berwarna putih. . Bunga raya juga berkembang warna putih
dan ungu. Ada juga pokok kelapa yang tidak tinggi dan boleh dipetik buahnya.
Minggu lepas, mereka mengutip bunga cempaka dan diikat dengan getah untuk
bermain bola lambung sepak
Pokok-pokok herba yang ditanam di keliling rumah itu juga wangi. Ada pokok
serai, pokok sirih, pokok pandan dan pokok kunyit. Daun-daun pokok herba wangi
bila digetis. Pintu rumah itu selalu bertutup.
“Assalamualaikum makcikkk...pakcikk....”, laung Dahlia.
“Kami nak main buaian”, laung Rani dan Sally.
“Mainlah, tapi hati-hati. Jangan petik bunga-bunga ya. Jangan balik lambat
nanti emak abah risau”, suara lembut menyapa dari dalam rumah.
Tiga sekawan itu terus menerpa ke arah buaian. Mereka meletakkan beg
sekolah di perdu pokok. Mereka berganti-ganti tolak menolak buaian sambil
bernyanyi.
“Buai laju-laju sampai cucur atap
belum pakai baju, sudah baca kitab”
“Buai laju-laju sampai pokok sena
beli baju baru potong ala nyonya”
“Buai laju-laju sampai gunung daik
dengar cakap cikgu jadi budak baik”
Mereka bernyanyi dengan penuh gembira. Tiba-tiba Rani menunjuk ke arah
serumpun pokok bunga matahari yang sedang berkembang mekar. Warnanya kuning
keemasan dan bersinar mengadap matahari. Patutlah ia dipanggil bunga matahari. Rani
terus berlari ke arah rumpun bunga matahari dan memetik setangkai yang paling mekar.
“Jangannnnnnnnn.....”, jerit Sally dan Dahlia serentak. Mereka berlari ke arah Rani.
Rani terkejut dan teringat pesan tuan rumah. Pada masa yang sama pintu rumah terbuka.
Seorang perempuan keluar memegang satu benda yang dibuat dari kayu dan hujungnya
dari besi.
Rani yang paling dekat dengan perempuan itu berpatah balik dan berlari ke arah
Sally dan Dahlia.
“Lariiii....lariiii... perempuan itu pegang senapang”.
Tiga sekawan itu lari pontang panting menuju ke rumah Dahlia. Mereka sangat
ketakutan sehingga lupa beg sekolah mereka. Belumpun sampai ke rumah Dahlia, mereka
nampak bapa Dahlia sedang berjalan menuju ke mesjid. Dia memakai kurta dan
berkopiah.
“Abahhh....abahhhh.... ada orang nak tembak kami. Dia ada senapang”, jerit Dahlia
dengan cemas.
“Ya pakcik...saya nampak dia pegang senapang”, tokok Rani yang tercungap-
cungap. Muka Sally merah. Sally sudah menangis.
“Ok...tarik nafas panjang-panjang. Beritahu abah apa sebenarnya berlaku? Mana
beg sekolah kamu semua?”, tanya bapa Dahlia sambil melutut. Bapa Dahlia kelihatan
sama tinggi seperti mereka.
“Ini beg sekolah mereka”, satu suara menyahut dari belakang.
Mereka semua berpaling dan melihat seorang tua sedang tersenyum sambil menarik
raga beroda berisi beg sekolah mereka.
Tangan kanan perempuan itu menjinjit sebuah mangkuk tingkat yang mereka sangat
kenal. Dari dalam mangkuk tingkat itu keluar bau yang harum. Perempuan tua itu
menyerahkan mangkuk tingkat pada bapa Dahlia. Selepas itu dia mengambil sesuatu dari
celahan raga yang berisi beg sekolah mereka bertiga. Dia mengeluarkan sesuatu
berbentuk panjang yang diperbuat oleh kayu. Terdapat satu besi bulat yang bergerigi
melekat di hujung kayu itu. Ketiga-tiga mereka berlari ke belakang bapa Dahlia.
“Jangan tembak kamiiiiii!!!!!”, mereka menjerit serentak.
Bapa Dahlia dan perempuan itu ketawa serentak. Dahlia, Rani dan Sally terpinga-pinga.
“Dahlia, Rani, Sally, ini Tok Teh. Tok Teh ini lah yang sediakan juadah nasi lemak
sedap yang kamu semua makan setiap hari jumaat ,” bapa Dahlia menerangkan.
“Ini pengukur kelapa”, kata Tok Teh sambil memberikan pengukur kelapa itu kepada
Rani. Rani mengambilnya dengan hati-hati. Rupa pengukur kelapa tidak ubah seperti
seekor ayam yang mempunyai kepala besi. Dalam ketakutannya dia nampak benda itu
seperti senapang.
“Tok Teh masak nasi lemak guna santan kelapa. Kita harus kupas dan belah kelapa
kemudian dikukur untuk mendapatkan isi kelapa. Isi kelapa diramas dengan air untuk
mendapatkan santan buat masak nasi lemak.” Terang Tok Teh.
“Oooooo”, tiga sekawan mengiyakan serentak.
“Nah, bunga matahari kamu”, sambung Tok Teh sambil menyuakan tangkai bunga
matahari yang telah layu dan cobek kerana jatuh selepas dipetik.
“Saya minta maaf Tok Teh kerana memetik bunga tanpa kebenaran”, kata Rani
dengan suara yang sedih. Dahlia dan Sally turut mengangguk dan meminta maaf.
“Tok Teh, boleh tak Jumaat depan kami ke rumah Tok Teh belajar mengukur kelapa
dan masak nasi lemak”, tanya Dahlia teragak-agak.
“Boleh sayang”, kata Tok Teh.
Mereka berjalan bersama-sama ke rumah Dahlia. Mereka tidak sabar hendak belajar
menggunakan pengukur kelapa dan masak nasi lemak secara tradisional. Mereka juga
tidak sabar untuk makan nasi lemak dari mangkuk tingkat Tok Teh. Tentu enak!
Cara membuat nasi lemak secara tradisional
gambar pengukur kelapa kelapa tua dikupas dan gambar rani sedang
dibelah kemudia dikukur. mengukur kelapa
Kelapa kukur dicampur
dengan air dan diramas untuk
mengeluarkan santan
gambar bawang putih, bawang putih dan bawang gambar sally mengupas
bawang merah dan halia, dan merah serta halia dimayang bawang sampai keluar air
halba mata
gambar beras dan daun beras dibasuh gambar dahlia sedang
pandan membasuh beras
masukkan santan, daun gambar tiga sekawan
pandan, halba, bawang menikmati hidangan
merah, bawang putih, halia ke
dalam beras dan masak.
TAMAT