The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Taska Genius Perpaduan (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakariazalina51, 2021-10-10 22:07:46

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Taska Genius Perpaduan (1)

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Taska Genius Perpaduan (1)

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

GARIS PANDUAN
PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN

TASKA GENIUS PERPADUAN
DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA

1.0 Tujuan

1.1 Garis Panduan ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada
pegawai Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional di
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Ibupejabat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) Negeri, Pejabat Perpaduan Daerah/Bahagian (PPD/PPB)
dan semua Pendidik serta Pembantu Pendidik Taska Genius
Perpaduan.

1.2 Garis Panduan Pengurusan dan P ini adalah untuk Taska Genius
Perpaduan yang akan beroperasi sepenuhnya bagi Negeri Fasa 3
dan 4 Pelan Pemulihan Negara manakala Negeri Fasa 1 dan 2
Pelan Pemulihan Negara adalah pengopersiannya adalah bagi
anak-anak yang ibubapanya bekerja.

1.3 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Garis
Panduan Penularan COVID-19 Pasca Perintah Kawalan
Pergerakan bagi Keselamatan Warga Asuhan Kanak-Kanak (Taska)
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat.

2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEJABAT PERPADUAN
NEGERI/DAERAH/ BAHAGIAN, PENDIDIK DAN PEMBANTU
PENDIDIK

2.1 Sebelum Taska Genius Perpaduan di Buka
2.1.1 Memastikan Pendidik dan Pembantu Pendidik telah lengkap
vaksinasi.

2.1.2 Melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di dalam
dan di luar taska.

2.1.3 Mendapatkan deklarasi kesihatan pendidik, pembantu pendidik,
ibu bapa/penjaga dan murid (borang akuan pengisytiharan
kesihatan).

2.1.4 Memberi taklimat kepada ibu bapa/penjaga berkaitan dengan
norma baru di Taska Genius Perpaduan.

2.1.5 Memastikan hand sanitizer dan sabun tangan disediakan.

2.1.6 Menampal panduan langkah-langkah pencegahan COVID-19
(memakai pelitup muka, etika batuk dan bersin, mencuci tangan
dan lain-lain) di tempat yang mudah dilihat.

2.1.7 Memastikan langkah-langkah penjarakan sosial seperti
menampal penanda ruangan dan jarak kedudukan di dalam dan
di luar taska.

2.1.8 Memastikan penggunaan Applikasi MySejahtera di premis
Taska Genius Perpaduan atau menyediakan buku pendaftaran
untuk merekod maklumat secara manual.

2.1.9 Menyediakan buku catatan suhu bagi kehadiran kanak-kanak di
Taska Genius Perpaduan.

2.2 Semasa Pengoperasian Taska Genius Perpaduan

2.2.1 Memastikan ibu bapa/penjaga melengkapkan borang
pengisytiharan kesihatan.

2.2.1 Memastikan ada kawalan ketibaan kanak-kanak di taska.
2.2.2 Saringan dan merekod suhu badan pendidik, serta kanak-kanak

setiap hari sebelum sesi asuhan bermula.
2.2.3 Sekiranya kanak-kanak tidak sihat atau suhu mencecah 37.5 C

atau lebih, ibu bapa/penjaga hendaklah membawa kanak-kanak
pulang dan mendapat rawatan.

2.2.4 Memantau simptom kanak-kanak yang bergejala dan sekiranya
bergejala terus menghubungi ibu bapa/penjaga untuk tindakan
seterusnya.

2.2.5 Membuat pembersihan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
2.2.6 Pendidik perlu memakai pelitup muka sepanjang waktu asuhan.
2.2.7 Kedudukan kanak-kanak di kelas semasa aktiviti dijalankan perlu

mematuhi penjarakan fizikal.
2.2.8 Memastikan amalan mencuci tangan sebelum dan selepas

aktiviti.
2.2.9 Kanak-kanak tidak dibenarkan berkongsi bahan dan peralatan.
2.2.10 Memastikan ruang bilik/ ruang aktiviti berada dalam keadaan

yang selamat dan bersih untuk kanak-kanak.
2.2.11 Memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi

bagi setiap bilik PdP dan bilik pendidik. Perkara berikut perlu
diberi perhatian:

(a) tingkap dan pintu sentiasa dibuka;
(b) langsir ditanggalkan bagi aliran udara;
(c) penggunaan kipas angin digalakkan;
(d) penyaman udara boleh digunakan pada tahap minimum;
(e) mengekalkan suhu penyaman udara dalam julat 23ºC -

26ºC;
(f) memastikan penyaman udara diselenggara secara berkala;

dan
(g) penggunaan penapis udara mudah alih digalakkan.

2.3 Selepas waktu pengoperasian

2.3.1 Memastikan ruang menunggu ibubapa/penjaga disediakan.
2.3.2.Memastikan penjarakan sosial di kalangan kanak-kanak dan

ibu bapa dilaksanakan semasa kanak-kanak pulang dari Taska
Genius Perpaduan.
2.3.3 Memastikan kanak-kanak terkawal dan beratur dengan
menjaga penjarakan sosial serta bergilir-gilir semasa keluar
untuk pulang.
2.3.4 Memastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum pulang
ke rumah.
2.3.5 Memastikan pembersihan segala peralatan, tandas, ruang
makan dan sudut-sudut di dalam taska dibersihkan selepas
semua kanak-kanak pulang.
2.3.6 Memastikan suhu diambil dan dicatit di dalam buku rekod
penyaringan semasa kanak-kanak pulang.
2.3.8 Peralatan peribadi kanak-kanak dibasuh dan sentiasa
diasingkan.
2.3.9 Memastikan semua peralatan penyaringan seperti penyukat
suhu badan infra dan buku catatan berfungsi serta berada di
tempat yang ditetapkan untuk kegunaan keesokan hari.
2.3.10 Memastikan semua peralatan pembersihan seperti sabun dan
hand sanitizer mencukupi untuk kegunaan keesokan hari.

3.0 PERANAN IBUBAPA

3.1 Tindakan Ibubapa / Penjaga sebelum menghantar anak ke Taska
Genius Perpaduan.
3.1.1 Memastikan kanak-kanak sihat dan tidak mempunyai gejala.
3.1.2 Kanak-Kanak yang bergejala dilarang memasuki Taska Genius
Perpaduan.
3.1.3 Memastikan anak membasuh tangan dan memakai pelitup
muka.

3.2 Tindakan Ibubapa/Penjaga semasa ketibaan anak ke Taska
Genius Perpaduan.
3.2.1 Tiba mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3.2.2 Penghantaran anak hanya di pintu masuk kelas Taska Genius
Perpaduan sahaja.
3.2.3 Kemasukan anak-anak ke taska mengikut giliran.

3.3 Tindakan Ibubapa/Penjaga semasa menjemput anak ke Taska
Genius Perpaduan.
3.3.1 Menjemput anak mengikut jadual yang telah ditetapkan
ditempat yang telah disediakan.
3.3.2 Sebelum mengambil anak, pastikan anak telah diperiksa suhu
badan.

4.0 VAKSINASI PENDIDIK DAN PEMBANTU PENDIDIK DI TASKA
GENIUS PERPADUAN

4.1 Kepentingan Mengambil Vaksin
Vaksinasi merupakan salah satu cara terbaik untuk melindungi
masyarakat daripada jangkitan COVID-19. Sejajar dengan Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Pelan Pemulihan
Negara, KPN sentiasa berusaha untuk memastikan Pendidik dan
Pembantu Pendidik mengambil vaksin bagi mewujudkan kelompok
komuniti di Taska Genius Perpaduan selamat dan sihat.

4.2 Pendidik dan Pembantu Pendidik yang Belum Menerima Vaksin
Lengkap dan Menolak Vaksin

4.2.1 Selaras dengan Kenyataan Media Jabatan Perkhidmatan
Awam pada 30 September 2021 yang bertajuk “Penetapan

Syarat Vaksinasi Lengkap Kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam”, semua Pendidik dan Pembantu
Pendidik dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi
sebelum 1 November 2021.

4.2.2 Pendidik dan Pembantu Pendidik yang belum divaksin
hendaklah hadir secara walk-in ke pusat pemberian vaksin
(PPV) yang telah disediakan oleh Kerajaan.

4.2.3 Bagi Pendidik dan Pembantu Pendidik yang tidak boleh
divaksin atas sebab kesihatan, pegawai hendaklah
mengemukakan kepada Pengarah Perpaduan Negeri
maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pegawai
perubatan Kerajaan.

4.2.4 Sekiranya mana-mana Pendidik dan Pembantu Pendidik yang
masih belum mengambil vaksin selepas 1 November 2021
tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai
perubatan kerajaan maka Pendidik dan Pembantu Pendidik
tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan
peraturan semasa dan semua Pendidik dan Pembantu
Pendidik sebagai pegawai awam adalah tertakluk kepada
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

4.2.5 Dalam tempoh untuk melengkapkan vaksin dan mengambil
vaksin, Pendidik dan Pembantu Pendidik tersebut perlu hadir
ke Pejabat Perpaduan Negeri (PPN)/Pejabat Perpaduan
Daerah (PPD)/Pejabat Perpaduan Bahagian (PPB) dan
memastikan:
a. Garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh KPM

dipatuhi;
b. Sentiasa memakai pelitup muka berganda dan pelindung

muka;
c. Tidak dibenarkan melaksanakan PdP secara bersemuka;

dan
d. Tidak berada di bilik/kawasan yang sama dengan warga

perpaduan yang telah menerima vaksin lengkap. Jika di
PPN/PPD/PPB tidak mempunyai bilik berasingan pastikan
penjarakan fizikal 1.5 meter antara warga perpaduan yang
telah menerima vaksin lengkap.

4.2.6 Tugas Pendidik semasa berada di PPN/PPD/ PPB adalah
yang berikut:
a. Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran secara
dalam talian;
b. Menyediakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA);
c. Membantu pendidik lain dalam penyediaan bahan bantu
mengajar;
d. Melaksanakan kerja-kerja di pejabat mengikut arahan
yang telah ditetapkan;
e. Waktu bekerja adalah sembilan (9) jam merujuk kepada
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019
Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi
Kerajaan Persekutuan; dan
f. Perlu menjalani Ujian Kendiri COVID-19 seminggu sekali
dihadapan penyelia dan direkodkan merujuk kepada
Garis Panduan Pengurusan Penggunaan Kit Ujian
Kendiri COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia dengan tanggungan sendiri.

4.2.7 Tugas Pembantu Pendidik semasa berada di PPN/PPD/ PPB
(a) Membantu Pendidik dalam penyediaan bahan bantu
mengajar;
(b) Melaksanakan kerja-kerja di pejabat mengikut arahan
yang telah ditetapkan;
(c) Waktu bekerja adalah sembilan (9) jam merujuk kepada
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019
Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi
Kerajaan Persekutuan; dan
(d) Perlu menjalani Ujian Kendiri COVID-19 seminggu sekali
dihadapan penyelia dan direkodkan merujuk kepada
Garis Panduan Pengurusan Penggunaan Kit Ujian
Kendiri COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.

4.2.8 PPN/PPD/PPB perlu memantau dan menyemak status
lengkap vaksinasi Pendidik dan Pembantu Pendidik dari
semasa ke semasa.

4.2.9 Bagi pengoperasian kelas Taska Genius Perpaduan yang
semua Pendidik dan Pembantu Pendidik belum lengkap
vaksinasi, perlu menjalankan pengajaran dalam talian di
PPN/PPD/PPB.

Lampiran A
Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan Pendidik/Pembantu Pendidik

AKUAN PENGISYTIHARAN KESIHATAN BAGI PENDIDIK/PEMBANTU PENDIDIK

Nama:

No. K/P: Bangsa:

Alamat Tempat Tinggal:

No. Tel (HP): Email:
Alamat Kampung Ibu/Bapa:

No. Tel Ibu/Bapa: No. Tel Rumah:

Jika balik kampung, bagaimana anda balik ke tempat kerja? *Tanda (/) untuk “Ya”

( ) Kenderaan sendiri ( ) Tumpang kawan/keluarga lain

( ) Kenderaan awam ( ) Lain-lain, nyatakan:

Tahap Kesihatan: Dalam masa 2 minggu lepas *Tanda (/) untuk “Ya”

( ) Adakah anda demam ( ) Masalah pernafasan ( ) Batuk
( ) Lain-lain, nyatakan:
( ) Selsema ( ) sakit tekak

Adakah ahli keluarga lain atau sesiapa yang tinggal bersama anda semasa tempoh PKP? Nyatakan.

Sejarah perjalanan semasa tempoh PKP. Adakah anda pernah pergi ke:
Luar negara. Jika ya, nyatakan:
Melawat hospital atau orang sakit
Menghadiri perhimpunan ramai
Menghadiri majlis keagamaan
Menghadiri majlis keramaian

Tanda (/) untuk “Ya”

Adakah anda dan keluarga anda ada berhadapan dengan orang yang positif Covid19, contact atau disyaki? Ya/tidak

Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apap-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar dan betul. Saya
sesungguhnya faham sekiranya apa-apa maklumat yang saya berikan atau pengesahan ini tidak benar, tidak betul atau
palsu, saya boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang. Walaubagaimanapun, borang
akuan pengisytiharan kesihatan yang baru hendaklah diisi jika ada perubahan maklumat di atas selepas hari ini.
Akuan ini dibuat oleh:

No. K/P:

Tandatangan: Tarikh:

Lampiran B

Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan Kanak-Kanak

AKUAN PENGISYTIHARAN KESIHATAN BAGI KANAK-KANAK

Nama kanak-kanak: No. K/P:
Nama ibu:
Nama bapa: No. Telefon:
Alamat Tempat Tinggal: No. K/P:

No. Telefon:

Alamat Kampung Ibu/Bapa:

No. Tel Ibu/Bapa: No. Tel Rumah:

Maklumat adik-beradik kanak-kanak

Bil. Nama Umur Tahap kesihatan: Dalam masa 2 minggu lepas adalah: Lain-lain
* Tanda (/) untuk “Ya”
1
2 Demam Batuk Selsema Sakit Masalah
3
4 tekak Pernafasan
5

Semasa tempoh PKP, adakah kanak-kanak dan adik-beradik tinggal bersama ibu bapa? Jika tidak, sila nyatakan alamat dan
hubungan penjaga bersama kanak-kanak.

Adakah ahli keluarga lain atau sesiapa yang tinggal bersama kanak-kanak dalam tempoh PKP?

Sejarah perjalanan semasa tempoh PKP. Adakah kanak-kanak pernah pergi ke:

Luar negara. Jika ya.
Nyatakan:…………………………………………………….

Melawat hospital atau orang sakit

Menghadiri perhimpunan ramai

Menghadiri majlis keagamaan

Menghadiri majlis keramaian
Tanda (/) untuk “Ya”

Adakah kanak-kanak dan keluarga pernah berhubung dengan orang yang disahkan atau disyaki positif Covid19?

Saya ………………………………………………………………… No. K/P …………………………………………………… sebagai
Ibu/bapa/penjaga berjanji tidak akan menghantar kanak-kanak di atas ke TASKA sekiranya kanak-kanak didapati tidak sihat.
Saya memahami bahawa pihak pengurusan TASKA boleh tidak menerima anak saya sekiranya tidak berpuas hati dengan
tahap kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah dirujuk kepada pegawai perubatan sebagaimana dalam Peraturan
TASKA 2012.

Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar dan betul. Saya
sesungguhnya faham sekiranya apa-apa maklumat yang saya berikan atau pengesahan ini tidak benar, tidak betul atau palsu,
saya boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang. Walaubagaimanapun, borang akuan
pengisytiharan kesihatan yang baru hendaklah diisi jika ada perubahan maklumat di atas selepas hari ini.
Akuan ini dibuat oleh:

No. K/P:

Tandatangan: Tarikh:


Click to View FlipBook Version