Nama lain bagi Job Order
INSTALLATION JOB ORDER FORM
Logo/alamat Tandatangan
Organisasi dan Tajuk pelanggan dan
Maklumat pelanggan penerima
dan penerima arahan arahan
berserta arahan kerja
Pilihan/Jenis
kerja
TWEEZER SKRU DRIVER ANTI RUBBING ALCOHOL
ELEktrostatik
mengambil atau membuka atau membersihkan
menyepit objek memasang skru WRISBAND Thermal Paste lama
yang terlalu kecil yang diletak pada
komponen komputer mengebumikan dan atau komponen
nyahkan aliran komputer daripada
elektrik
kotoran
ANTI PELAYAR MULTIMETER
ELECTROSTatik MAT MUNCUNG TIRUS
menjadi alat
menyerap dan simpan mencapai kabel atau pengukur cas
aliran elektrik pada skru pada kedudukan elektrik pada
tempat kerja Power Supply
yang sukar dicapai
pemasangan dilakukan
MINI VACUUM CLEANER ZIP OR TWIST THERMAL PASTE
mengeluarkan habuk mengikat dan menyerap haba
dalam komponen sistem mengemaskan wayar- CPU dan
wayar yang bersambung
komputer pindahkannya ke
pada Power Supply Heat Sink
- Memakai gelang Anti-elektrostatik
wrisband semasa memasang komponen
sistem komputer bagi nyahkan dan
kebumikan pengaliran elektrik.
- Pastikan seluruh wayar ataupun suis
dicabut dan dimatikan terlebih dahulu.
- Pastikan komponen-komponen sistem
komputer tidak diletakkan di tempat asing
(letak pada Anti-elektrostatik mat)
- Sentiasa pastikan kawasan kerja yang hendak
digunakan bagi membuat pemasangan sistem
komputer adalah bersih dan bebas habuk.
- Kawasan itu juga perlulah kemas dan teratur
supaya mudah ketika membuat pemasangan.
- Pastikan persekitaran kawasan
kerja adalah luas dan terbuka
supaya mudah ketika membuat
pemasangan.
- Faktor cahaya juga memainkan
peranan semasa membuat
pemasangan sistem komputer.
1. Anti-elektrostatik
wrisband
2. Meletakkan tali pergelangan tangan
atas pergelangan tangan seperti jam
tangan, tetapi bahagian logam tali
pergelangan tangan perlu berada
pada kulit.
3. Klipkan klip Anti-elektrostatik
wristband pada sistem unit .
1. Anti-elektrostatik mat
2. Letakkan anti-elektrostatik
mat pada permukaan desktop
meja kerja.
3. Letakkan komputer untuk
dibaiki pada Anti-
electrostatik mat dan cabut
palam kuasa dari komputer
. 4. Lampirkan klip dari Anti-
elektrostatik mat ke casis
logam komputer.
1. Mula-mula, pastikan membuka kekisi (casing)
sistem unit terlebih dahulu dengan menggunakan
pemutar skru sebelum ingin memasukkan papan
induk ke casing.
2. Kemudian, pastikan komponen-komponen komputer
yang berada pada papan induk berada dalam keadaan
yang baik sebelum memasukkan papan induk pada
kekisi (casing).
Lalu masukkanlah papan induk tersebut ke dalam
casing dengan berhati-hati dan selamat.
3. Dalam masa yang sama, pastikan lubang kedudukan
papan induk pada casing adalah sama supaya mudah
bagi melakukan pemasangan yang seterusnya.
4. Seterusnya, pasangkan skru
pemegang pada casing terlebih dahulu
supaya mudah ketika memasangnya
dengan menggunakan pemutar skru.
5. Apabila skru pemegang telah dipasang,
pasangkan pula skru pada lubang skru
menggunakan pemutar skru supaya kedudukan
papan induk pada casing adalah ketat.dan terjamin.
1. Mula-mula, buka pengunci soket
pemproses pada papan induk sebelum
ingin memasukkan pemproses ke dalam
rumah pemproses.
2. Sentiasa pastikan sebelum
memasang CPU pada papan
induk, cip yang ada pada
pemproses berada dalam
keadaan yang baik.
3. Semasa memasang CPU, pastikan
pin pemproses berada dalam
kedudukan yang betul iaitu
menghadap ke arah rumah
pemproses, lalu masukkannya secara
berhati-hati dan tersusun.
PERINGATAN !!!
Sentiasa ingat, apabila melakukan
pemasangan CPU pada rumah
pemproses, pastikan sudut CPU terkena
pada hujung sudut rumah pemproses
apabila meletakkannya.
(Jika tidak mengikut sudut yang betul,
pemproses tidak akan dapat diguna
dengan betul)
Sentiasa ingat juga bahawa jika takut
menggunakan tangan, boleh juga
menggunakan twister bagi melakukan
pemasangan CPU.
4. Apabila CPU itu sudah
dipasang, pastikan permukaan
CPU itu sudah dipasang dan
terkena pada rumahnya pada
papan induk.
5. Apabila CPU sudah dipasang pada
rumahnya, pastikan semak bahawa
pemproses itu sudah dipasang dengan betul
pada papan induk ataupun belum.
6. Seterusnya, apabila kesemua
langkah pemasangan sudah
disiapkan, tutup pula CPU yang ada
pada rumah pemproses menggunakan
pengunci soket dengan berhati-hati
dan terkawal.
Kemudian, apabila ia sudah selesai,
mari kita pergi ke pemasangan
komponen yang seterusnya.
1. Yang pertama sekali, sebelum membuat
pemasangan Thermal Paste, pastikan CPU yang
telah sudah siap dipasang itu mempunyai
permukaan CPU yang bebas habuk dan benda
asing.
(Tindakan ini supaya Thermal Paste dapat berfungsi
dengan mudah dan baik.)
2. Apabila CPU sudah bebas daripada habuk dan
benda asing, barulah kita dapat memasang Thermal
Paste pada CPU dengan cara meletakkannya diatas
ataupun di permukaan CPU dengan kadar yang
sederhana.
(Apabila Thermal Paste sudah
dipasangkan pada CPU, pasangkan pula
Heat Sink dan Kipas Penyejuk pada
CPU.)
1. Mula-mula, pastikan Kipas Penyejuk sudah
diletakkan diatas Heat Sink sebelum ia
dipasangkan pada CPU.
2. Kemudian, letakkan Heat Sink yang sudah
disekalikan dengan Kipas Penyejuk itu diatas CPU
yang telah diletakkan Thermal Paste.
3. Apabila Heat Sink sudah diletakkan diatas
CPU, pasangkan pula skru pada lubang-
lubang Heat Sink pada papan induk dengan
menggunakan pemutar skru.
(Pastikan skru-skru itu dipasang secara
melintang - X)
4. Jadi, CPU, Thermal Paste dan Heat
Sink dan Kipas Penyejuk sudahpun
telah siap dipasang pada papan induk.
PERINGATAN !!!
Setelah selesai pemasangan,
jangan lupa untuk
menyambungkan cable Kipas
Penyejuk pada port yang sudah
disediakan pada papan induk
supaya ia berfungsi.
1. Mula-mula, pastikan RAM yang dipilih
oleh pengguna adalah bersesuaian dan
mempunyai keserasian dengan jenis slot
memori yang ada pada papan induk.
2. Apabila RAM sudah bersesuaian, pastikan pula
memilih slot yang berdekatan dengan prosessor.
3. Selepas sudah memilih slot, sentiasa ingat bahawa sebelum
ingin memasukkan RAM pada slot memorinya, pastikan pengunci
pada slot memori tersebut dibuka terlebih dahulu sebelum
memasukkannya.
4. Seterusnya, ketika membuat pemasangan
RAM di slotnya papan induk, pastikan RAM
itu dipasang dengan betul iaitu dengan cara
menekan pada kedua-dua hujung RAM
dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan sehingga ia terkunci.
(Terkunci bermaksud tekan RAM sehingga
keluar bunyi klik yang menandakan RAM
sudah dipasang dengan betul pada slotnya)
PERINGATAN !!!
Pastikan RAM dipasang
secara selang seli mengikut
slotnya – contohnya:
Memasang RAM pada SLOT
1 dan 3 / SLOT 2 dan 4
1. Mula-mula, memilih dahulu Network Kad jenis yang
berwayar ataupun tidak. Dalam masa yang sama,
pastikan Network Kad tersebut berada dalam yang baik
dan selamat.
2. Kemudian, apabila ketika membuat
pemasangan Network Kad yang dipilih, letakkan
Network Kad yang dipilih itu pada slotnya yang
sudah disediakan pada papan induk.
3. Pastikan juga Network Kad tersebut
dipasang secara berhati-hati dan
selamat ke slotnya pada papan induk.
4. Setelah Network Kad sudah diletakkan pada slotnya di
papan induk, ketipkan dan kemaskan pula Network Kad
tersebut dengan cara menekan kedua-dua hujung
Network Kad tersebut sehingga keluar bunyi klik yang
menandakan Network Kad sudah siap dipasang dangan
betul.
5. Selepas Network Kad sudah siap dipasang,
pasangkan pula skru pemegang pada casing sistem
unit yang menghadap ke arah back panel sistem unit.
6. Apabila sudah siap
memasang skru pemegang
pada casing, pasangkan
pula lubang skru tersebut
menggunakan pemutar
skru.
Back Panel
1. Mula-mula, sebelum membuat
pemasangan Cakera Keras, pastikan
mengetahui terlebih dahulu Kabel SATA
yang akan disambungkan pada Cakera
Keras dan papan induk.
2. Apabila sudah mengetahui Kabel SATA, ketahui
pula kedudukan dan bentuk port SATA yang ada
pada papan induk suapaya tidak keliru apabila
membuat langkah yang seterusnya.
3. Selepas mengetahui port SATA pada papa
induk, ketahui pula port SATA pada Cakera
Keras supaya ketahui bagaimana Kabel SATA
akan bersambung pada port SATA Cakera
Keras dan port SATA pada papan induk.
4. Setelah selesai sahaja mengetahui apa
itu Kable SATA dan port SATA,
seterusnya barulah boleh membuat
pemasangan Cakera Keras iaitu mula-
mula sekali perlulah memasukkan Cakera
Keras ke dalam ruang bay pada sistem
unit dengan betul.
5. Sesudah Cakera Keras dimasukkan
ke dalam ruangan bay pada sistem
unit, pasangkan mula peyambung
kuasa pada port SATA yang ada pada
Cakera Keras dengan betul.
6. Selepas memasang
penyambung kuasa, pasangkan
pula Kabel SATA yang
disambungkan pada port SATA
Cakera Keras ke port SATA
papan induk.
KINI, CAKERA KERAS
SATA TELAHPUN
SIAP DIPASANG.
1. Mula-mula, pastikan Pemacu DVD
yang dipilih adalah berkualiti dan
mempunyai keserasian dengan sistem
unit. (Contohnya Pemacu DVD yang
dipilih itu mestilah mempunyai saiz ruang
yang sama dengan bay sistem unit dan
mampu untuk membuat proses
pembacaan dan penulisan data dengan
mudah tanpa berlaku apa-apa masalah.
2. Setelah Pemacu DVD sudah mempunyai
keserasian, pasangkan pula sisi gelongsor
pada kedua-dua sisi Pemacu DVD jika ia
diperlukan.
3. Seterusnya, pasangkan Pemacu DVD
tersebut ke dalam ruang bay yang sudah
tersedia pada sistem unit dengan betul.
PERINGATAN!!!
Pastikan kedudukan lubang
Pemacu DVD terkena sama pada
ruangan bay dalam sistem unit.
4. Selepas Pemacu DVD sudah siap dipasang ke
dalam ruangan bay, pasangkan pula skru
pemegang dengan menggunakan pemutar skru
pada lubang ruangan bay yang bersentuhan
dengan lubang Pemacu DVD.
5. Setelah Pemacu DVD sudah siap dipasang
dengan betul dan kemas, pasangkan pula
Kabel SATA pada port Pemacu DVD ke port
SATA yang ada pada papan induk.
6. Akhir sekali, pasangkan pula kabel
kuasa pada port belakang Pemacu DVD
ke bekalan kuasa pada sistem unit.
1. Mula-mula pastikan Bekalan Kuasa yang
dipilih mempunyai keserasian yang sama
dengan komponen komputer yang lain.
(Hal ini sangat penting keranan tanpa
adanya keserasian, susah untuk sesebuah
komputer itu bekerjasama dan beroperasi
dengan lancar dan baik)
2. Selepas sudah membuat pilihan, pastikan
membuka kekisi sistem unit terlebih dahulu
sebelum ingin memasang Bekalan Kuasa.
3. Kemudian, pasangkan Bekalan Kuasa
pada tempat yang telah disediakan di dalam
sistem unit dengan betul.
(Pastikan semasa pemasangan, lubang
sistem unit dan lubang Bekalan Kuasa
adalah bersentuhan dan juga kabel-kabel
komponen komputer yang serabut itu
dikemaskan dengan elok terlebih dahulu
supaya mudah untuk meneruskan langkah
yang seterusnya)
PERINGATAN !!!
Pada sistem unit jenis model tower
dan middle tower, biasanya
mempunyai ruang Bekalan Kuasa di
sisi paling atas.
(Jadi, pemasangan Bekalan Kuasa
pada sistem unit adalah berdasarkan
pemilihan jenis sistem unit yang
dipiih sama ada Bekalan Kuasa
tersebut dipasang secara luar
ataupun dalam)
4. Apabila selesai sahaja memasang
Bekalan Kuasa pada tempatnya, pasangkan
pula skru pemegang pada lubang sistem
unit yang bersentuhan dengan lubang
Bekalan Kuasa dengan menggunakan
pemutar skru.
(Maka, siaplah pemasangan Bekalan
Kuasa)
1. Selepas selesai pemasangan Bekalan Kuasa,
sambungkan pula kabel-kabel yang ada pada
Bekalan Kuasa pada kompoen-kompoen komputer
seperti penyambungan kabel kuasa papan induk.
J&D ATX 24 Pin Motherboard Power
Extension Cable, Male to Female
Kabel SATA
2. Penyambungan kabel kuasa Cakera Keras.
1. Mula-mula,pastikan monitor yang dipilih
adalah berada dalam keadaan yang baik dan
mengikut keserasian.
2. Kemudian, tempatkan monitor tersebut
diatas meja terlebih dahulu sebelum ingin
membuat pemasangan kabel keatasnya.
3. Selepas sudah menempatkan Monitor diatas meja, pasang dan sambungkan pula Kabel
VGA pada portnya yang berada di belakang Monitor supaya Monitor tersebut dapat berfungsi.
PERINGATAN !!! (Kabel-kabel Paparan yang lain juga dapat digunakan seperti Kabel
HDMI atau DVI, tetapi ia bergantung kepada jenis Monitor yang dipakai)
4. Selepas membuat pemasangan Kabel VGA, pasangkan pula Kabel kuasa yang
bersambung pada soket kuasa ke port kabel kuasa yang ada pada belakang Monitor supaya
Monitor dapat hidup.
1. Mula-mula, pastikan Sistem Unit pengguna
berada dalam keadaan yang baik dan tersedia
bagi pemasangan.
2. Selepas itu, dengan saiznya yang berat,
tempatkan Sistem Unit tersebut diatas meja
ataupun dilantai terlebih dahulu supaya mudah
ketika membuat pemasangan kabel keatasnya.
4. Selepas sudah menempatkannya, sambung dan pasangkan pula Kabel VGA pada Monitor
ke Sistem Unit supaya Kabel VGA dapat mengambil data dari Sistem Unit untuk dipaparkannya
pada Monitor sebagai imej iaitu dengan cara menukar code binary kepada paparan.
(Pada langkah disini, kabel-kabel Paparan juga sama iaitu dapat digunakan seperti Kabel
HDMI atau DVI pada Sistem Unit, tetapi ia juga bergantung kepada jenis Monitor yang dipakai)
3. Selepas selesai sahaja pemasangan Kabel VGA, pasangkan pula Kabel Kuasanya
yang bersambung pada soket kuasa ke port kabel kuasa yang ada pada belakang
Sistem Unit supaya ia dapat hidup dan berfungsi.
1. Bagi membuat pemasangan Papan Kekunci dan Tetikus, pengguna boleh
menggunakan pelbagai Papan Kekunci dan Tetikus yang diminati.
(Perkara Ini sangatlah penting kerana ia adalah menjamin keselesaan dan keharmonian
bagi pengguna apabila menggunakan komputer)
2. Seterusnya, bagi pemasangan pula, Kabel USB pada Papan Kekunci kan Tetikus perlulah
disambungkan pada port USB yang ada pada Sistem Unit.
Port USB
PERHATIAN !!!
Bagi pemasangan Papan Kekunci dan Tetikus pada port USB, ianya dapat dibuat pada
front panel ataupun back panel pada Sistem Unit iaitu (Bergantung kepada jumlah port
USB yang ada)
3. Jadi selepas membuat Pemasangan Papan Kekunci dan Tetikus, pastikan Kedua-
dua perkakasan ini diletakkan secara tersusun di atas meja supaya ia lebih menjamin
keselesaan dan keharmonian bagi pengguna komputer tegar.
1. Mula-mula, pastikan menekan suis soket yang
terhubung dengan kabel kuasa pada soket dahulu
sebelum ingin membuat Pengujian Sistem Komputer.
2. Selepas menekan suis soket, tekan pula
butang kuasa yang berbentuk pada
sistem unit yang bermaksud O/I supaya
komputer anda hidup.
3. Selepas menekan butang kuasa,
paparan Monitor akan memaparkan
(POST) iaitu Power On Self Test yang
bermaksud POST ini akan menguji
perkakasan komputer dan juga akan
memastikan tiada kesilapan yang ada
sebelum memasuki ke ruang BIOS.
4. Jika terdapat kesilapan pada POST, pengguna Jika hal ini berlaku, pengguna perlu
akan menerima kombinasi bip yang menunjukkan memeriksa semula setiap komponen komputer
ada sesuatu yang tidak berfungsi dalam komputer.
bagi mengelakkan hal ini berlaku semula.
(Catatkan sekiranya ujian POST bermasalah)
Butang yang perlu ditekan adalah berlainan 5. Setelah ujian POST bejaya dilakukan, tekan pula
dan tidak sama kerana ia adalah butang F10, F2, F12, F1, atau DELETE pada papan
berdasarkan kehendak Sistem komputer. kekunci yang akan terus menuju ke ruang BIOS.
1. Bagi langkah dapatkan spesifikasi komputer melalui BIOS, terdapat
beberapa Langkah sebenarnya, antaranya ialah pengguna perlulah
memastikan komputer dan sistem unit telah pun siap dipasang dan telah
disalurkan aliran kuasa daripada soket kuasa bagi menggunakannya.
(Dalam masa yang sama, tekan pula
butang bagi menghidupkannya)
2. Seperti yang kita tahu sebelum ini, POST
akan dipaparkan pada monitor selepas
komputer dihidupkan.
Jadi bagi langkah dapatkan spesifikasi
komputer melalui BIOS adalah tekan pada
butang F10, F2, F12, F1, atau DELETE pada
papan kekunci bagi memasuki ruang BIOS.
3. Setelah berjaya
memasuki ruang
BIOS, beginilah
rupanya gambaran
BIOS yang
menunjukkan
spesifikasi
komputer bagi
pengguna.
Jenis BIOS : A00 / RAM : 4096 MB (DDR3) / Hard Disk :
SAMSUNG SDD PM830 2.5” 7mm 128 (128 GB)
Jenis dan Kelajuan CPU : Intel (R) Core (TM) i5-3317U @
1.70GHz dan 1700MHz
1. Bagi langkah dapatkan spesifikasi
komputer melalui OS pula adalah
pengguna boleh sahaja terus
menggunakan komputer , iaitu pergi ke
ruang ‘context menu’ yang berada di
taskbar lalu buat pencarian tentang
‘system information ‘ kemudian tekan.
2. Selepas itu, monitor akan memaparkan BIOS dari segi OS pada skrin yang
menunjukkan OS telahpun menyediakan sebuah spesifikasi yang seakan sama
seperti BIOS iaitu keseluruhan spesifikasi yang diguna oleh pengguna.
Jenis BIOS : American Megatrends inc. V22-4, 12/21/2025
RAM : 24.0 GB
Jenis dan Klajuan CPU : AMD Phenom(tm) II X6 1090T
Processor , 6 core(s), 6 Logical Processor(s) dan 3600 Mhz
Hard Disk : 512 GB