PELANCONGAN
GASTRONOMI
NUR ZARIFAH AMIRAH BINTI MOHD ASWAN & NUR AINA IZZAH BINTI YUSUF
-----------------------------------------------4 IBNU SINA------------------------------------------------------
-----------------------------CIKGU NORHAYATI BINTI ABU BAKAR------------------------------------
APA ITU GASTRONOMI
Gastronomi ini boleh kita takrifkan sebagai suatu konsep yang menghubungkan antara budaya
dan makanan
.Kata gastronomi berasal dari bahasa Yunani kuno (gastros) yang ertinya "perut" dan (nómos)
yang maksudnya "pengetahuan" atau "ilmu" gastronomy merupakan seni tentang masakan
Sektor Gastronomi mahupun kulinari adalah sebuah pelancongan yang melibatkan pengalaman
pelancong ke wilayah gastronomi dengan bertujuan untuk mendapatkan hiburan dengan aktiviti
seperti melawat restoran makanan terkenal, melibatkan diri dalam majlis atau pesta gastronomi,
atau sebarang aktiviti pelancongan yang melibatkan makanan
Selain itu, gastronomi juga telah menjadi salah satu elemen dalam usaha untuk mengenal budaya
dan gaya hidup sesebuah komuniti di mana-mana destinasi.Peningkatan sektor gastronomi dan
makanan tempatan bukan sahaja memberi kesan kepada peningkatan sektor pelancongan sesebuah
destinasi tetapi turut memberi kesan positif dari segi peningkatan sosial dan ekonomi
komuniti tempatan destinasi tersebut.
PELANCONGAN GASTRONOMI DI PERAK
• Perak Darul Ridzuan, sebuah negeri yang kini kian pesat membangun ,
kaya dengan pelbagai khazanah dan tarikan pelancong
• Lengkapkan percutian anda di Perak dengan melawati destinasi makan
yang menarik di Ipoh untuk Santapan anda
• Terdapat banyak kawasan di Ipoh yang mempunyai makanan yang
menarik. Antaranya ialah :
36, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Negeri Perak
Hokkaido ice cream puff
• Satu hidangan pencuci mulut ala-ala orang jepun. Aiskrim
yang berbagai perisa diapit diantara puff. Ice cream puff ini
mempunyai pelbagai pilihan perisa. Ada 10 perisa
kesemuanya, choco o chip, mint, chip chocolate, tutti fruiti,
durian, mangga, rasberry dan macam-macam lagi.Rasa puff
tu pun unik, keras di luar dan lembut di dalam
• Pencuci mulut ini sangat terkenal di Ipoh. Harga seketul ice
cream puff ni adalah RM4.30. Harga ni agak berbaloi
sebab ais krim dia pun banyak.
• selain daripada itu,kedai ini bukan sahaja menyediakan
hokkaido ice cream puff. Mereka juga menyediakan menu
lain seperti, crispy choux dan brownies.
Concubine Lane, 99, Jalan Sultan Yusof, 30000
Ipoh, Perak
Ais kepal (iceball)
• Mata akan tertumpu apabila meneroka Concubine Lane, bandar raya Ipoh
yang menempatkan sebuah gerai ais kepal kerana mengekalkan keunikan
tradisi ais kepal yang pernah dinikmati satu ketika dahulu.
•Ais kepal atau bola ais adalah gabungan ais diparut dan dibentuk bulat dan
dikepal seperti bola yang kemudiannya diletakkan beberapa perisa dan dicucuk
dengan kayu pemegang. Ais kepal ini mempunyai lapan perisa iaitu sarsi, ros,
mangga, oren, anggur, pandan, tembikai madu dan gula Melaka.
•harga ais kepal ini juga sangat berbaloi. Hanya dengan
RM5 kita dapat menikmati keenakan ais kepal di
concubine ini.
Concubine Lane, 99, Jalan Sultan Yusof, 30000
Ipoh, Perak
Kuma rainbow cheese
toast
• Di sini, ia terkenal dengan roti keju gaya Jepun kontemporari. Ciri-cirinya, tentu saja, terletak pada keju
mozzarella berwarna-warni yang boleh ditarik keluar untuk masa yang lama. Bahan-bahan yang digunakan
agak mudah, hanya roti biasa. Kepingan keju mozzarella dimasukkan ke dalam roti. Ia mengambil masa
kira-kira 15 minit, sehingga keju mozzarella cair.
• Aroma wangi dari cairan keju yang berwarna pelangi menarik perhatian ramai. Dihidangkan dalam pakej
berbentuk beruang yang comel, Rainbow Cheese Toast ini apabila ditarik, keju segera diregangkan, tidak
mudah pecah, dan tebal.
• Keju ini boleh 'direntangkan' hingga beberapa sentimeter. Selepas ditarik, lapisan pelangi keju ini boleh
digulung semula menggunakan roti supaya ia tidak mengganggu apabila
memakannya. Gabungan rasa mozzarella yang manis dan sedap dengan
mentega yang sedap, cair apabila sampai ke mulut. Walaupun keju
mozzarella ini menggunakan pewarna makanan, intipati rasa mozzarella
tidak berubah dan masih sedap.
Faedah pelancongan
gastronomi
Meningkatkan Menambahkan Menjadi tarikan
ekonomi negara ilmu pengetahuan pelancongan
Pendapat saya ?
pada pendapat saya, makanan yang terdapat di Perak dapat dijadikan sebagai daya
tarikan gastronomi di Perak. Ia juga dapat meningkatkan ekonomi di Malaysia.secara
tidak langsung mereka juga dapat menunjukkan kepada orang ramai makanan tradisi
orang perak. selain itu, kita berpeluang untuk mengenali makanan di perak dengan
lebih dekat dan mendalam dengan keunikan yang terdapat dlm setiap makanan. oleh
itu, kita dapat menimbulkan rasa bangga dan cinta akan tanah air.
HARAPAN SAYA
HARAPAN SAYA PADA MASA AKAN DATANG, SEKTOR
PELANCONGAN GASTRONOMI DI NEGARA KITA AKAN
SEMAKIN MAJU DAN DAPAT MENYUMBANG KEPADA
P E NI N GK ATA N E KON OMI DI M A L AYSI A .