The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izzatul Atiq, 2020-04-28 10:49:20

Sains Tingkatan 2 Bab 4

Sains Tingkatan 2 Bab 4

Keywords: Kesihatan Manusia

Sains Tingkatan 2 Bab 4 Kesihatan Manusia
Penyakit- merupakan keadaan tidak normal pada badan atau minda yang
menyebabkan ketidakselesaan, sukar berfungsi atau memberi tekanan.
Penyakit berjangkit
- Penyakit berlaku disebabkan jangkitan daripada patogen secara langsung
atau melalui medium dan vektor
- Penyakit yang boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu
lain
Penyakit tidak berjangkit
- Penyakit berlaku disebabkan faktor genetik atau gaya hidup.
- Penyakit yang tidak berpindah daripada seorang individu kepada individu lain.
Patogen- organisma yang menyebabkan penyakit.
Jangkitan Melalui Udara

Cara mencegah jangkitan melalui udara
1) Menutup mulut dan hidung semasa bersin, batuk atau menguap
2) Tidak meludah di merata-rata tempat
3) Mengelakkan diri daripada berada di tempat yang penuh sesak
4) Memastikan tempat tinggal cukup cahaya kerana sinar ultraungu yang
boleh membunuh sesetengah mikroorganisma dalam udara.
Penyakit Melalui Air
- berlaku di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air paip terawat dan
sistem sanitasi yang sempurna.
- banjir juga boleh merebakkan penyakit berjangkit

Cara mencegah jangkitan melalui air
1) Mencampurkan klorin di dalam kolam renang dan sistem bekalan air
2) Membina tandas yang mempunyai sistem sanitasi yang sempurna
3) Mendidihkan air minuman dengan sempurna
4) Mencuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas
Penyakit Melalui Sentuhan
- akibat tersentuh kulit yang telah dijangkiti atau memakai pakaian pesakit
Penyakit Melalui Vektor
- sesetengah patogen menggunakan haiwan untuk memindahkannya daripada
satu hos kepada hos yang baharu. Haiwan yang memindahkan patogen ini
dikenali sebagai vektor

Cara mencegah penyakit berjangkit

Pertahanan Badan - patogen yang memasuki badan melalui sistem respirasi,
pencernaan, perkumuhan dan kulit harus dimusnahkan oleh badan.

Mekanisme pertahanan tidak spesifik
1) Barisan pertahanan pertama - menghalang patogen daripada memasuki
badan
i) Kulit
ii) Membran mukus

2) Barisan pertahanan kedua - melawan patogen melalui fagositosis
i) Operasi fagositosis

Mekanisme pertahanan spesifik
1) Barisan pertahanan ketiga - melawan patogen melalui penghasilan
antibodi
i) Sistem keimunan badan

Imunisasi - suatu usaha untuk memberikan daya tahan secara aktif pada
manusia terhadap penyakit tertentu dengan memasukkan vaksin

Vaksin- mengandungi antigen yang diperoleh dari sebahagian struktur virus
atau bakteria yang telah dilemahkan atau dimatikan, ianya berfungsi untuk
merangsang sistem imun tubuh, membentuk keimunan terhadap jangkitan
penyakit tertentu

Keimunan pasif - badan memperoleh antibodi daripada sumber luar
Keimunan aktif - badan menghasilkan antibodi sendiri apabila dirangsan
oleh antigen

Punca sistem imun lemah
1) terdedah kepada pencemaran udara
2) terdedah kepada pestisid
3) mengalami tekanan perasaan
4) pengambilan gula secara berlebihan

Cara menguatkan sistem imun
1) mendapat rehat yang mencukupi
2) beriadah dan menghirup udara segar
3) tidak merokok dan tidak terdedah kepada asap rokok
4) melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala


Click to View FlipBook Version