The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulyhamli, 2021-11-02 23:38:31

Buku Panduan Konvokesyen Ke 16

Buku Panduan Konvokesyen Ke 16

BUKU PANDUAN KONVOKESYEN

0

ISI KANDUNGAN M/S

1. ATUR CARA MAJLIS KONVOKESYEN 2
2. PERATURAN DAN SYARAT GRADUAN MENGHADIRI 3

MAJLIS KONVOKESYEN INSPEN 11
3. ETIKA PAKAIAN DAN TATA TERTIB UNTUK TETAMU GRADUAN 14
4. TATACARA PEMBAYARAN YURAN ALUMNI 16
5. TATACARA TUNTUTAN WANG HEMAT DIRI 17
6. TATACARA MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 19
7. SOP PENGANJURAN MAJLIS KONVOKESYEN

1

ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN KE - 16

0900 : Ketibaan para Jemputan
1000
: Ketibaan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta
1200
: Perarakan Masuk Graduan Ke Dewan

: Perarakan Masuk Pensyarah Pusat Akademik Ke Dewan

: Perarakan Masuk Ahli Lembaga Pengelola Akademik Ke Dewan

: Perarakan Masuk Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Ke
Dewan

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Bacaan Doa

: Ucapan Perasmian Majlis Konvokesyen Ke - 16
Oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

: Penyampaian Sijil Penilaian Harta Tanah

: Penyampaian Sijil Pengurusan Harta Tanah

: Persembahan Koir Akademik

: Penyampaian Sijil Agensi Harta Tanah

: Persembahan Multimedia

: Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik

• Anugerah Pengarah INSPEN

• Anugerah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan
Pengurus Harta

• Anugerah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

: Ucapan Wakil Graduan
Pengumuman Penutupan Majlis Konvokesyen Ke - 16
: Oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

: Nyanyian Lagu Rasmi Akademik

: Perarakan Keluar Dewan

: Bersurai

2

PERATURAN DAN SYARAT GRADUAN MENGHADIRI
MAJLIS KONVOKESYEN INSPEN

1.0 PERATURAN GRADUAN KE MAJLIS KONVOKESYEN

1.1 Sesi Taklimat Dan Raptai
1.1.1 Sesi taklimat dan raptai diadakan pada tarikh dan masa seperti yang tercatat di
surat jemputan graduan.

1.1.2 Semua graduan diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat dan raptai ini.

1.1.3 INSPEN berhak menahan, menghalang atau melarang mana-mana graduan yang
tidak menghadiri sesi taklimat dan sesi raptai daripada menyertai Majlis
Konvokesyen INSPEN.

1.2 Majlis Konvokesyen
Majlis Konvokesyen akan diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan sebagaimana
yang tercatat di surat jemputan graduan.

1.2.1 Kehadiran adalah diwajibkan untuk semua graduan. Graduan tidak dibenarkan
menangguhkan majlis ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri
majlis.

1.2.2 Semasa majlis sedang berlangsung, graduan diminta menghormati majlis dengan
tidak membuat bising.

1.2.3 Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang
persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit atau sebagainya ke dalam Dewan
Kovokesyen.

1.2.4 Graduan dikehendaki berada di dalam dewan sehingga majlis selesai dan dilarang
meninggalkan dewan semasa majlis sedang berlangsung.

3

1.3 Perarakan Graduan Pada Hari Konvokesyen
1.3.1 Graduan dikehendaki berkumpul di Dewan Nusantara selewat-lewatnya pada jam
8.00 pagi untuk persiapan memakai Pakaian Akademik dan perarakan graduan
masuk ke Dewan Konvokesyen.

1.3.2 Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang ditetapkan.
Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk untuk menyertai Majlis
Konvokesyen.

1.3.3 Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan daripada pegawai/petugas
semasa majlis berlangsung.

1.4 Cara Pengurniaan Sijil
1.4.1 Kedudukan barisan dan susunan graduan sepanjang majlis berlangsung akan
ditentukan oleh pihak jawatankuasa/urus setia/petugas.

1.4.2 Graduan akan menerima ‘folder’ masing-masing secara individu di atas pentas
daripada Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

2.0 SYARAT PENYERTAAN GRADUAN KE MAJLIS KONVOKESYEN

2.1 Borang Pengesahan Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen INSPEN
2.1.1 Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat dengan
menggunakan Borang Pengesahan Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen INSPEN
melalui pautan yang disertakan dengan surat jemputan.

2.1.2 Kegagalan mengemukakan Borang Pengesahan Kehadiran Ke Majlis
Konvokesyen INSPEN ini akan mengakibatkan graduan tidak dapat menyertai
majlis.

4

2.2 Kajian Pengesanan Graduan
2.2.1 Semua graduan diwajibkan melengkapkan Maklumat Kajian Pengesanan Graduan
melalui pautan yang dinyatakan dalam borang semakan graduan.

2.2.2 Maklumat Kajian Pengesanan Graduan tersebut hendaklah diisi dengan lengkap
dan diserahkan seperti yang tercatat di surat jemputan graduan.

2.2.3 Kegagalan menyerahkan Maklumat Kajian Pengesanan Graduan dengan lengkap
pada tarikh yang ditetapkan akan mengakibatkan graduan tidak dibenarkan
berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Sijil dan seterusnya, skrol/
transkrip Sijil Graduan ditahan.

2.3 Yuran Konvokesyen
2.3.1 Graduan adalah diwajibkan membayar yuran konvokesyen. Amaun yuran
konvokesyen yang perlu dijelaskan adalah sebagaimana yang tercatat di surat
jemputan graduan.

2.3.2 Graduan juga dikehendaki membuat bayaran fotografi sebagaimana amaun yang
dinyatakan dalam surat jemputan.

2.3.3 Graduan hendaklah mempastikan yuran ALUMNI telah pun dijelaskan.

2.3.4 Bayaran bagi yuran konvokesyen boleh dilakukan secara tunai semasa
pendaftaran konvokesyen bersama dengan bayaran fotografi dan bayaran yuran
ALUMNI secara dalam talian. Sila rujuk tatacara pembayaran yuran ALUMNI di
muka surat 14.

2.3.5 Kegagalan pembayaran yuran konvokesyen ini akan mengakibatkan graduan
tidak dibenarkan naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Sijil dan seterusnya
skrol/ transkrip Sijil graduan ditahan.

5

3.0 PAKAIAN AKADEMIK KONVOKESYEN INSPEN

3.1 Pakaian Akademik bagi graduan hendaklah dipinjam daripada INSPEN untuk dipakai
ketika majlis konvokesyen dilangsungkan dan setiap set Pakaian Akademik terdiri
daripada:
▪ Sehelai jubah (warna hijau)
▪ Sehelai ‘hood’ (warna mengikut program pengajian)

3.2 Graduan hendaklah terlebih dahulu membayar yuran konvokesyen sebelum meminjam
Pakaian Akademik. Resit/kupon rasmi yang membuktikan bahawa bayaran konvokesyen
telah dijelaskan akan dikeluarkan dan hendaklah disimpan oleh graduan sebagai bukti
pembayaran. Begitu juga dengan bayaran pakej fotografi konvokesyen, resit/ kupon
rasmi akan dikeluarkan sebagai bukti pembayaran.

3.3 Graduan diminta memastikan Pakaian Akademik yang diterima berada dalam keadaan
baik, lengkap dan sempurna.

3.4 Graduan tidak dibenarkan meminda/mengubah suai mana-mana bahagian Pakaian
Akademik yang dipinjam.

3.5 Urusan peminjaman Pakaian Akademik adalah bertempat di Kaunter Bilik Jubah, Blok
Perpustakaan, INSPEN pada tarikh dan masa yang ditetapkan sebagaimana yang tercatat
di surat jemputan graduan.

3.6 Pakaian Akademik yang dipinjam hendaklah dikembalikan semula pada hari Majlis
Konvokesyen sebelum jam 4.30 petang di Kaunter Bilik Jubah.

3.7 Graduan adalah bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan Pakaian
Akademik yang dipinjam oleh graduan.

6

3.8 Jika Pakaian Akademik yang dipinjam itu rosak, tidak dikembalikan/hilang atau lewat
dikembalikan, bayaran akan dikenakan berdasarkan ketetapan oleh pihak INSPEN. Sijil
Konvokesyen dan transkrip graduan tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut
dijelaskan.

4.0 PENGAMBILAN SIJIL KONVOKESYEN DAN TRANSKRIP AKADEMIK

4.1 Graduan boleh mengambil Sijil Konvokesyen dan transkrip masing-masing pada hari
Majlis Konvokesyen sebelum jam 4.30 petang di kaunter HEP tertakluk kepada syarat-
syarat yang dinyatakan seperti di bawah:

4.1.1 Graduan telah menjelaskan bayaran yuran konvokesyen.

4.1.2 Graduan telah menjelaskan segala hutang yuran pengajian semua semester (jika
ada).

4.1.3 Graduan telah memulangkan buku-buku yang dipinjam dari Perpustakaan INSPEN.

4.1.4 Graduan telah memulangkan barang-barang atau peralatan-peralatan yang
dipinjam dari mana-mana bahagian/ unit di INSPEN.

4.1.5 Graduan telah melengkapkan Maklumat Kajian Pengesanan Graduan yang lengkap
diisi.

4.1.6 Graduan telah memulangkan Pakaian Akademik yang dipinjam untuk majlis
konvokesyen dalam keadaan yang baik, sempurna dan lengkap dengan
mengemukakan kupon pengesahan.

4.1.7 Graduan telah menjelaskan segala bayaran atau denda yang telah dikenakan
dengan mengemukakan bukti bayaran.

7

5.0 KAD JEMPUTAN/PAS MASUK UNTUK TETAMU GRADUAN

5.1 Berdasarkan garis panduan oleh Kerajaan yang menghadkan bilangan kehadiran dalam
sesuatu majlis, pihak INSPEN akan memberikan dua (2) kad jemputan/pas masuk untuk
dua (2) orang tetamu graduan sepenuh masa yang berumur 15 tahun ke atas dan satu
(1) keping pelekat kenderaan bagi menghadiri Majlis Konvokesyen. Manakala graduan
separuh masa hanya dibenarkan membawa seorang (1) tetamu masuk ke dewan
konvokesyen.

5.2 Graduan diminta mengingatkan tetamu masing-masing agar membawa bersama kad
jemputan/pas masuk tersebut bagi membolehkan mereka memasuki Dewan
Konvokesyen.

5.3 Graduan juga diminta mengingatkan tetamu masing-masing agar mempamirkan pelekat
kenderaan yang dibekalkan. Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan Majlis
Konvokesyen Ke 16 INSPEN sahaja dibenarkan meletak kenderaan di tempat yang
disediakan untuk tetamu graduan. Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan.

5.4 INSPEN tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan/pas masuk dan pelekat
kenderaan yang telah diedarkan. Pas masuk/pelekat kenderaan yang hilang tidak akan
diganti.

5.5 Graduan diminta memaklumkan kepada tetamu masing-masing agar berpakaian rasmi
dan kemas seperti yang ditetapkan.

8

6.0 ETIKA PAKAIAN DAN TATA TERTIB UNTUK TETAMU GRADUAN

6.1 Pakaian tetamu lelaki:
i) Kebangsaan, atau
ii) Batik, atau
iii) ‘Lounge Suit’, atau
iv) Pakaian rasmi yang sesuai (seluar ‘jeans’/ seluar pendek, selipar/sandal dan baju
‘T’/baju leher bulat tidak dibenarkan).

6.2 Pakaian tetamu wanita:
i) Kebangsaan, atau
ii) Pakaian rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ singkat atas paras
lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, selipar/sandal dan baju ‘T’/baju leher bulat tidak
dibenarkan).

6.3 Semasa majlis sedang berlangsung, tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak
membuat bising. Tetamu dikehendaki berada di dalam dewan sehingga majlis selesai
dan dilarang meninggalkan dewan semasa majlis sedang berlangsung.

6.4 Tetamu di bawah umur 15 tahun, kamera dan perakam video tidak dibenarkan dibawa
masuk ke dalam dewan semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan. Telefon bimbit
hendaklah dimatikan atau berada dalam keadaan senyap.

9

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Sila rujuk “ Peraturan Dan Syarat Graduan Menghadiri Majlis Konvokesyen INSPEN”
ini semasa menghadiri sesi taklimat konvokesyen.

7.2 Untuk sebarang pertanyaan mengenai majlis konvokesyen, sila hubungi pegawai di Unit
Hal Ehwal Pelajar, Pusat Akademik seperti berikut :

Puan Nur Athirra binti Mohamad Rozi 03-8911 8627 ([email protected])

Encik Zulyhamli bin Moh 03-89118800 ext.2029 ([email protected])

7.3 Graduan juga boleh melayari laman web di www.inspen.gov.my untuk maklumat lanjut.

“ADALAH DIHARAPKAN PARA GRADUAN MEMBERI KERJASAMA MEMATUHI ATUR CARA
DAN MAKLUMAT KONVOKESYEN INI BAGI MEMASTIKAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT

PENILAIAN NEGARA (INSPEN) BERJALAN DENGAN LANCAR”.

10

ETIKA BERPAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

1. Sesi Taklimat dan Raptai
Pakaian ketika sesi taklimat dan raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian
dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.

Semua graduan dilarang memakai seluar ‘jeans’, seluar pendek, selipar/sandal dan baju
‘T’/baju leher bulat.

2. Majlis Konvokesyen
2.1 Graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah, dalam majlis itu,
mematuhi arahan berpakaian seperti yang ditetapkan.
2.2 Pakaian dan rupa diri graduan lelaki:
a) Graduan dimestikan memakai kemeja lengan panjang warna putih/cerah,
bertali leher (warna biru), berseluar panjang (warna hitam/gelap), berkasut
kulit dan stokin warna hitam berserta dengan Pakaian Akademik. (Pakaian
Akademik akan disediakan oleh INSPEN)
b) Potongan rambut perlulah pendek dan kemas.
c) Graduan lelaki yang beragama Sikh dibenarkan memakai turban warna hitam
sahaja.
d) Graduan TIDAK dibenarkan:
▪ Memakai ‘bow tie’
▪ Memakai subang telinga/hidung/bibir, gelang tangan, rantai leher atau apa
jua barang perhiasan diri yang bertentangan dengan jantina
▪ Berambut panjang/berekor (mencecah kolar baju)
▪ Memakai selipar, sandal atau kasut sukan
▪ Memakai seluar jeans atau seluar pendek

11

2.3 Pakaian dan rupa diri graduan wanita:
a) Graduan dimestikan mengenakan pakaian baju kurung atau pakaian labuh
berserta dengan Pakaian Akademik. (Pakaian Akademik akan disediakan oleh
INSPEN). Kadar labuh kain ialah sehingga ke bahagian buku lali (ankle) dan
tidak berbelah di kiri dan kanan atau di depan dan belakang. Baju hendaklah
tertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang serta
berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.
b) Pakaian daripada kain jenis jarang (nipis) adalah dilarang.
c) Pakaian berbentuk seluar adalah tidak dibenarkan.
d) Dikehendaki memakai kasut kulit berwarna gelap dan bertutup penuh yang
menutupi dari bahagian hadapan kaki hingga ke tumit kaki (cover shoes).
Selipar, kasut sukan ataupun ‘sandal’ tidak dibenarkan sama sekali.
e) Bagi yang berambut panjang, dimestikan mengikat rambut dengan kemas.
f) Bagi yang memakai tudung kepala, dimestikan menggunakan tudung kepala
warna putih/cream sahaja supaya mudah disesuaikan dengan Pakaian
Akademik.
g) Graduan TIDAK dibenarkan:
▪ Memakai pakaian yang menutup muka (purdah)
▪ Mengenakan skirt singkat atas paras lutut, skirt yang berbelah terlalu
tinggi, seluar ketat, baju tanpa lengan dan apa jua pakaian yang menjolok
mata
▪ Memakai kasut yang terbuka di belakang/kasut tumit tinggi ketinggian
melebihi 1½ inci
▪ Memakai pakaian berwarna seperti berikut:
- Biru DiRaja
- Kuning DiRaja
- Putih Sedondon
- Sedondon (dari jenis kain songket)
h) Pemakaian barang kemas yang berlebihan tidak digalakkan.

12

2.4 Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi. Graduan diingatkan supaya
mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti dinyatakan di atas. Para graduan
yang tidak mematuhi peraturan pakaian tidak akan dibenarkan naik ke pentas
untuk upacara pengurniaan Sijil.

PERINGATAN

GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN ETIKA BERPAKAIAN
YANG DITETAPKAN, JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN
INSTITUT MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN
GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN

13

TATACARA PEMBAYARAN YURAN ALUMNI

Bagi pelajar yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen Ke – 16 INSPEN, anda
dikehendaki untuk membuat pembayaran yuran konvokesyen secara DALAM
TALIAN. Berikut merupakan maklumat penting bagi pembayaran yuran secara
atas talian:

Nama Bank Maybank Berhad

Nombor Akaun 5660 1061 6763

Nama Pemilik Akaun Persatuan Alumni Institut Penilaian Negara
(INSPEN)

Maklumat bayaran yang perlu diisi semasa melakukan transaksi adalah
seperti berikut

Recipient Reference ALUMNI DAN PROGRAM

Payment Details Contoh: ALUMNISPHT
ALUMNISPGT
ALUMNICEAEXEC
ALUMNICEAPER

NAMA PENUH

(Pelajar diminta menggunakan singkatan jika

aksara tidak mencukupi)

Contoh: Muhammad Iqbal bin Abdul Aziz

Singkatan : M.Iqbal A.Aziz

PERHATIAN:

1. Pembayaran yuran hendaklah dibuat secara dalam talian.
Pembayaran melalui Mesin Tunai Deposit adalah TIDAK
DIBENARKAN.

14

2. Pelajar DIWAJIBKAN untuk mengemukakan bukti pembayaran PADA ATAU
SEBELUM 15 NOV 2021 di pautan berikut :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScos-
MUk0V3Xt09qPGfRhyRY5pK1uRn2UsIMuXHq6u1Rt01-w/viewform?usp=sf_link

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan resit rasmi pembayaran tidak
dapat dikeluarkan oleh pihak ALUMNI INSPEN. Resit rasmi hanya akan
dikeluarkan oleh ALUMNI INSPEN kepada pelajar setelah mendapat pengesahan
terimaan.

YURAN ALUMNI
Jumlah yuran alumni yang perlu dibayar adalah RM125.00
(kadar yuran adalah untuk keahlian seumur hidup)

TEMPOH PEMBAYARAN
Tempoh pembayaran yuran pendaftaran secara atas talian adalah SEBELUM
ATAU PADA 15 NOV 2021. Sekiranya yuran Alumni gagal dibayar selepas 17
November 2021, nama anda TIDAK AKAN DIDAFTARKAN sebagai peserta
konvokesyen.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini,
saudara/saudari boleh menghubungi pegawai Pusat Akademik seperti
berikut:
• Pn. Nur Athirra binti Mohamad Rozi – 03 8911 8627 (DL)
• En. Zulyhamli bin Moh – 03 8911 8600 (ext. 2037)

Pengesahan Kehadiran dan Bukti Bayaran

15

TATACARA TUNTUTAN WANG HEMAT DIRI
(GRADUAN SEPENUH MASA SAHAJA)

1. Para Graduan - Sijil Penilaian Harta Tanah, Sijil Pengurusan Harta Tanah dan Sijil
Agensi Harta Tanah (Sepenuh Masa) dikehendaki mengembalikan dokumen tuntutan
wang hemat diri seperti berikut :

1.1 Salinan kad pengenalan (depan dan belakang);
1.2 Salinan penyata akaun bank atau maklumat akaun; dan
1.3 Resit asal yuran hemat diri semasa pendaftaran masuk INSPEN.

2. Sekiranya berlaku kehilangan resit asal yuran hemat diri, para graduan perlulah:

2.1 Membuat akuan bersumpah kehilangan resit yuran di Pejabat Akuan
Sumpah/Pejabat Pesuruhjaya Sumpah yang berdekatan.

2.2 Resit yuran/surat akaun sumpah hendaklah dikemukakan yang asal.

3. Dokumen Tuntutan Wang Hemat Diri hendaklah dihantar terus kepada Unit Hal Ehwal
Pelajar, Pusat Akademik, INSPEN. Hanya dokumen yang lengkap sahaja akan diproses
untuk bayaran wang hemat diri pelajar. Pembayaran ini akan dibuat/diproses selepas
majlis konvokesyen.

4. Sebarang pertanyaan para graduan boleh merujuk kepada pegawai berikut :

Puan Nur Athirra binti Mohd Rozi 03-8911 8627 (DL)
Encik Zulyhamli bin Moh 03-8911 8800 (ext. 2029)

16

TATACARA MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN DI SISTEM KAJIAN
PENGESANAN GRADUAN (SKPG I)

1. Bagi melancarkan proses konvokesyen, para graduan dikehendaki menjawab soal selidik
Kajian Pengesanan Graduan dan MENCETAK Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan
semasa proses pengambilan jubah. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG I) telah
dibuat oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

2. Graduan DIWAJIBKAN mengisi Kajian Pengesanan Graduan tersebut. Kegagalan mengisi
kajian dan mengemukakan Slip Pengesahan Kajian akan menyebabkan graduan TIDAK
DIBENARKAN mendaftar pinjaman jubah graduan atau menghadiri majlis konvokesyen.

3. Berikut adalah langkah-langkah untuk akses ke SKPG I:

i. Layari laman rasmi SKPG I di pautan https://great.mohe.gov.my (tanpa tambahan
perkataan lain selepas .my)

ii. Seterusnya, sila klik pada butang SKPG.
iii. Di ruang log masuk, sila lengkapkan maklumat seperti contoh berikut:

No. KP : 790912016655 (masukkan nombor sahaja tanpa - )

Nama Institusi : Institut Penilaian Negara

iv. Sila klik Hantar/ Submit
v. Setelah selesai mengisi kajian, sila cetak/simpan Slip Pengesahan Kajian.
vi. Graduan perlu memuat naik slip bukti pengesanan SKPG di dalam google form

https://forms.gle/33yjbSMa9SWbtaKS9.
vii. Slip harus dibawa semasa proses pengambilan jubah.

17

4. Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen juga perlu menjawab soal selidik
tersebut dan perlu menyerahkan Slip Pengesahan Kajian semasa mengambil skrol
dan transkrip rasmi.

5. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan Kajian Pengesanan Graduan, sila e-mel kan
kepada [email protected] atau pegawai berikut:
i. Cik Nurul Naziha Akma binti Mawati: 03-8911 8600 ext. 1137 /
[email protected]

Sekian, terima kasih.

Pusat Akademik
Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta
Kementerian Kewangan Malaysia

18

19


Click to View FlipBook Version