The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

BUKU LOG PPIM

BUKU LOG PPIM

Buku Log Pergerakan Puteri Islam Malaysia Pergerakan Puteri Islam Malaysia INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Berilmu, Beriman, Beramal


Bil Kandungan Muka Surat 1 Biodata Diri 5 Pengenalan Umum 3 Falsafah PPIM 7 4 Tujuan Penubuhan PPIM 8 5 Matlamat PPIM 9 6 Objektif PPIM 10 7 Logo PPIM 11 8 Bendera PPIM 12 9 Cogan Kata PPIM 13 10 Lagu PPIM 14 11 Ikrar PPIM 15 ISI KANDUNGAN 2


12 Suluh Kata PPIM 16 13 Sejarah PPIM 17 14 Perlembagaan PPIM 20 15 Visi & Misi PPIM 28 Bidang Kurikulum 16 Kurikulum dan Pelaksanaan 30 17 Pensijilan Jurulatih 32 18 Pensijilan Peringkat Sekolah 35 19 Struktur Organisasi 36 Pengurusan 20 Pengurusan & Pentadbiran PPIM 44 21 Panduan Pengurusan & Pentadbiran PPIM 45 22 Pendaftaran Ahli & Kumpulan 50 23 Kuasa Penganjur 51 3


24 Struktur Unit 52 25 Pengurusan Folio/ Buku Log/ Laporan Aktiviti 53 26 Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin 54 27 Takwim & Rancangan Aktiviti 55 Perancangan Orientasi Sekolah Rendah 28 Kandungan Unit Beruniform Sekolah Rendah 57 29 Kandungan Kurikulum Sekolah Rendah 58 30 Persediaan Pengajaran & Pelaksanaan 66 31 Contoh Perancangan Orientasi Sekolah Rendah 67 32 Laporan Mingguan 68 33 Galeri PPIM 73 34 Rujukan 74 35 Lampiran 75 4


5 BIODATA Dayang Nur Adlin Batrisyia binti Mohd Shahrulnizam 030928-11-0010 PISMP JUN 2021 - 2026 Pendidikan Islam 3 2021182340341 Ustazah Hajah Fadzliyah binti Hashim Dr Fatahiyah binti Elias Ahli Aktif Nama No K/P Program Unit Angka Giliran Pensyarah Jawatan


Pengenalan Umum Pengenalan Umum 6


PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensipotensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam. 7 FALSAFAH PPIM


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Institut Pendidikan Guru serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. TUJUAN PENUBUHAN PPIM 8


Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secaragabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut: Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilaipendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakkerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat. MATLAMAT PPIM 9


Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan : Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu: Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara. Menguasai berbagai bidang ilmu. Berakhlak mulia. Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat. Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan. Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif,berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat. Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru. 10 OBJEKTIF PPIM


11 Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA'' Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan: “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : AgamaTaqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan LOGO PPIM PENGERTIAN WARNA PENGERTIAN LOGO


12 Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. BENDERA PPIM Setiap upacara rasmi Tatacara Perjumpaan PENGGUNAAN KEDUDUKAN Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera PPIM


13 COGAN KATA PPIM BERILMU BERIMAN BERAMAL


14 LAGU PPIM


15 Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan; Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara IKRAR PPIM


16 Patuh kepada ibubapa Ugama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith Taat kepada Allah dan Rasul Erat ukhwah Islamiyah Rela berbakti kerana Allah Iman dipupuk ilmu dituntut Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali ('inna lillahi wa'inna ilayhi raji'un) Solat ditunai setiap waktu Larangan Allah dijauhi Akhlaq mulia pengukuh keimanan Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan SULUH KATA PPIM p u t e r i p u t e r i i s l a m i s l a m


17 Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. SEJARAH PPIM Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.


18 Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.


19 PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005. Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.


20 6 Ahli Jawatankuasa 9 Kehadiran/ Penyertaan PERLEMBAGAAN PPIM 1 Nama & Alamat 2 Matlamat 3 Objektif 5 Penasihat 4 Keahlian 7 Tugas & Tanggungjawab Jawatankuasa 8 Kewangan 10 Aktiviti 11 PeraturanPeraturan 12 Tindakan Disiplin 13 Pindaan Perlembagaan 14 Pembubaran Persatuan 15 Hal-Hal Lain


Pada mematuhi subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)1998, Akta Pendidikan 1996 seperti Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan No. 41,Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Pergerakan Puteri Islam yang selepas ini disebut sebagai Persatuan sahaja. PERATURAN 1.NAMA DAN ALAMAT PERSATUAN 1.1.Nama : Pergerakan Puteri Islam 1.2.Di alamat : PERATURAN 2.MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. PERATURAN 3.OBJEKTIF 3.1.Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam)dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangatbertanggungjawab dan disiplin diri. 3.2.Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam akan seberapa daya berusaha untuk mencapaitahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya. 21


PERATURAN 4.KEAHLIAN 4.1.Dibuka kepada semua murid beragama Islam (perempuan) 4.2.Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 4.3.Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. PERATURAN 5.PENASIHAT 5.1.Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah di UTHM. 5.2.Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksan aan sesuatu aktiviti. 5.3.Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan. PERATURAN 6.AHLI JAWATANKUASA 6.1.Dilantik semasa Mesyuarat Agung kali pertama. 6.2.Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa. 6.3.Pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan secara undian. 6.4.Ahli jawatankuasa kecil boleh dilank oleh Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 22


6.5.Ahli jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar suratperletakan jawatan kepada Penasihat.6.6.Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri daripada: 6.6.1.Pengerusi 6.6.2.Naib pengerusi 6.6.3.Setiausaha 6.6.4.Naib setiausaha 6.6.5.Bendahari 6.6.6.Naib bendahari 6.6.7.Ahli jawatankuasa (bilangan bergantung pada keperluan PERATURAN 7.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1.Pengerusi 7.1.1.Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab ataskesempurnaan semua mesyuarat. 7.1.2.Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yangdiputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat. 7.2.Naib pengerusi 7.2.1.Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yangdiberi. 7.2.2.Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat. 23


7.3.Setiausaha 7.3.1.Menguruskan hal surat menyurat. 7.3.2.Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan aktiviti persatuan. 7.3.3.Mencatat kehadiran ahli. 7.3.4.Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa kesemasa. 7.4.Naib setiausaha 7.4.1.Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab. 7.4.2.Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. 7.4.3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa kesemasa 7.5.Bendahari 7.5.1.Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. 7.5.2.Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangandan bertanggungjawab ke atas kesahihannya. 7.5.3.Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan sertamenandatanganinya. 7.5.4.Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 7.5.5.Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalammesyuarat agung. 7.5.6.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa kesemasa. 24


7.6.Naib bendahari 7.6.1.Menjalankan tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaan Bendahari. 7.6.2.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa kesemasa. 7.7.Ahli jawatankuasa (bilangan bergantung pada keperluan) 7.7.1.Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 7.7.2.Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 7.7.3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. PERATURAN 8.KEWANGAN 8.1.Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui yuran yang diputuskan semasamesyuarat agung dan telah diputuskan sebanyak RM20.00 seorang bagi satu semester. 8.2.Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti. 8.3.Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besarboleh dikenakan derma khas bagi membiayai akvi tersebut. PERATURAN 9.KEHADIRAN / PENYERTAAN 9.1.Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang semester. 9.2.Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut, ahli dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. 25


PERATURAN 10.AKTIVITI 10.1.Aktiviti dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuaratahli jawatankuasa. 10.2.Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli melalui laman web sosial persatuan iaitu di Facebook dan e-mail persatuan. PERATURAN 11.PERATURAN-PERATURAN 11.1.Peraturan universiti adalah menjadi peraturan asas. 11.2.Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi semua ahli. 11.3.Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan ndakan tatatertib. PERATURAN 12.TINDAKAN DISIPLIN 12.1.Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaanpersatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 12.2.Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 12.2.1.Amaran lisan diberikan kepada ahli yang melakukan kesalahan buat pertamakali. 12.2.2.Amaran bertulis akan diberikan kepada ahli yang melakukan kesalahan buatkali kedua. 12.2.3.Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Penasihat Persatuan secara bertulis dan keputusan Penasihat adalah muktamad. 26


PERATURAN 13.PINDAAN PERLEMBAGAAN 13.1.Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 13.2.Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh AJK Persatuan, Penasihatatau pentadbir fakulti / universiti secara bertulis. 13.3.Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu. 13.4.Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar. PERATURAN 14.PEMBUBARAN PERSATUAN 14.1.Dekan diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. 14.2.Segala hutang wajib dijelaskan. 14.3.Baki kewangan diputuskan dalam perjumpaan kedua persatuan. PERATURAN 15.HAL-HAL LAIN 15.1.Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab terhadap aktiviti yang dijalankan. 15.2.Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. 27


Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari seigi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. VISI PPIM 28 MISI PPIM Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupana yang nyata melalui program-program yang dijalankan. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formaal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.


Bidang Kurikulum Bidang Kurikulum 29


30 Bil Bidang Topik 1 Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform PPIM Pendaftaran ahli dan kumpulan Kuasa penganjur Struktur unit Pengurusan folio/ buku log/ laporan aktiviti Tanggungjawab pemimpin Pakaian seragam ahli dan pemimpin Takwim dan rancangan aktiviti Perlantikan jawatankuasa unit Pengurusan badan unit beruniform secara sistematik dan terancang 2 Pengenalan dan Sejarah PPIM Falsafah Tujuan dan matlamat Objektif Logo, bendera, cogankata, lagu, ikrar, suluh kata Sejarah dan perkembangan PPIM Masa depan, visi dan misi Bidang - bidang kurikulum Pensijilan jurulatih dan peringkat sekolah Buku log Struktur organisasi pelbagai peringkat KURIKULUMDAN PELAKSANAAN


31 3 Rancangan Orientasi Sekolah Program unit beruniform di sekolah rendah Kandungan kurikulum Persediaan pengajaran dan pelaksanaan Pensijilan 4 Kemahiran Pengurusan Rumahtangga Menjaga, mengemas dan membersih (dalam rumah) - Bilik tidur - Dapur - Tandas - Stor Menjaga dan membersih (luar rumah) - Taman/ landskap dan lain-lain - Kolam ikan - Air pancut mini 5 Tatacara PPIM Perjumpaan Penutupan Majlis rasmi 6 Asas Kawad Kaki Kawad kaki Bahasa hukuman Pergerakan dan formasi kawad 7 Kemahiran Asas dalam PPIM Anyaman - Bakul/ Ketupat/ Tikar/ Saji Membatik - Canting/ Ikat/ Celup Ukiran - Buah/ Kayu / Sabun Lipatan - Origami/ Kain/ Surviette Gubahan - Buah/ Riben


32 Kedudukan Logo dan Tag Nama (Sebelah kiri baju kawad pemimpin) Kedudukan ‘APOLATTE’ Kepimpinan Tahap I dan Pangkat Di atas bahu sebelah kanan dan kiri PENSIJILAN JURULATIH Kedudukan Logo dan Tag Nama (Sebelah kiri baju kawad pemimpin) Kedudukan ‘APOLATTE’ Kepimpinan Tahap II dan Pangkat Di atas bahu sebelah kanan dan kiri Kedudukan Logo dan Tag Nama (Sebelah kiri baju kawad pemimpin) Kedudukan ‘APOLATTE’ Jurulatih Tahap I dan Pangkat Di atas bahu sebelah kanan dan kiri Kedudukan Logo dan Tag Nama (Sebelah kiri baju kawad pemimpin) Kedudukan ‘APOLATTE’ Jurulatih Tahap II dan Pangkat Di atas bahu sebelah kanan dan kiri


33 PENSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH ANUGERAH KHAS PUTERI KAYYISA ANUGERAH KHAS PUTERI HARAPAN SEKOLAH RENDAH PUTERI BONGSU PUTERI BONGSU CEMERLANG


34 PENSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH PUTERI SULUNG PUTERI SULUNG CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH PUTERI KECIL PUTERI BONGSU TENGAH


35 PENSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH ANUGERAH KHAS TOKOH PUTERI SEKOLAH MENENGAH ANUGERAH KHAS PUTERI AZ ZAHRAA


36 KEBANGSAAN STRUKTUR ORGANISASI Yang Di-Pertua Naib Yang Dipertua 1 Naib Yang Dipertua 2 Setiausaha Kehormat Ahli Majlis Pentadbir Bendahari Kehormat Seorang Wakil Bhg. Sekolah Kem. Pelajaran Seorang Wakil Bhg Belia Kem Belia dan Sukan Seorang Wakil Pusat Islam Jab Perdana Menteri 2 Orang Wakil LKPIM Seorang Wakil Kem.Pembangunan Wanita dan Keluarga


37 NEGERI STRUKTUR ORGANISASI Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Ahli Majlis Pentadbir Pengerusi Bersama Seorang Wakil Bhg. KK Jab. Pelajaran Seorang Wakil LKPIM Seorang Wakil Jab. Pembangunan Wanita dan Keluarga Seorang Wakil Jab. Belia Seorang Wakil Majlis Agama Islam Negeri


38 DAERAH STRUKTUR ORGANISASI Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Ahli Jawatankuasa Pentadbir Pengerusi Bersama Seorang Wakil LKPI Seorang wakil: Jab. Belia Bhg. Ko-kurikulum Jab. Pelajaran Wakil Majlis Agama Islam Negeri Wakil Jab. Pembangunan Wanita dan Keluarga


39 IPT (IPGK) STRUKTUR ORGANISASI Penaung (Pengarah) Pengerusi (Ketua Jabatan) Guru Penasihat Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari AJK Pen. Bendahari


40 IPGKDA STRUKTUR ORGANISASI Pengarah Dr. Muhammad Fadzil bin Che Mat Pengarah Dr. Muhammad Fadzil bin Che Mat Pensyarah Penasihat Ustzh Hjh Fadzliyah binti Hashim Pengerusi Nur Alya Izzati binti Mazlan Naib Pengerusi Nur Irdina Adiba binti Yusri Setiausaha Nur Muti’ah binti Malik Pen. Setiausaha Nur Syazana binti Amirudin Bendahari Maisarah Ayuni binti Mazhar Pen. Bendahari Wan Ainanur Syifaa binti Wan Ahmad Saifuddin AHLI JAWATANKUASA


41 Pen. Kanan Hem Pengetua Sekolah SEKOLAH MENENGAH STRUKTUR ORGANISASI Guru Kanan Ko-k Ketua Guru Guru Pemimpin Pemimpin Guru Pemimpin Guru Pemimpin Penghuluwati Naib Set Penghuluwati iausaha Bendahari Ketua Pasukan 1 Ketua Pasukan 2 Ketua Pasukan 3


42 STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH RENDAH Penaung (Guru Besar) Pengerusi (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Guru Penasihat Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Bendahari Pen. Bendahari Setiausaha Pen. Setiausaha AJK


Pengurusan 43


44 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PPIM Peranan Pengurus/ Pentadbir Ketua Pemimpin Penghubung Penerima Maklumat Penghebah Perancang/ Pengusaha Penyelesai Masalah Pengagih Sumber Perunding


45 PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PPIM Peringkat Persediaan Peringkat Penglibatan Peringkat Perlaksanaan Peringkat Penilaian


46 Peringkat Persediaan 1.Prosedur Penubuhan PPIM di Sekolah 2.Pendaftaran Ahli 3.Yuran Pembahagian Ahli dan Menamakan Pasukan 4. 5.Rekod Pasukan 6.Keperluan Asas Keperluan Pengurusan dan Pentadbiran 7.


47 Peringkat Penglibatan Peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah, IPT dan IPG 1. Penglibatan agensi-agensi memainkan peranan penting di dalam perancangan program PPIM. 2. Peringkat Sekolah Penglibatan sepenuhnya dengan Unit Kokurikulum, PIBG dan KOMUNITI 3. PPIM sarankan diwujudkan ‘PANEL PERUNDING’ terdiri daripada tenagapakar bagi membantu secara sukarela dan memberi sumbangan idea.


48 Peringkat Perlaksanaan 1.Penubuhan Jawatankuasa Kecil Penyediaan Senarai Tugas Jawatankuasa 2. senarai tugas Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan ahli jawatankuasa serta tugas jawatan -kuasa pelaksana/ kerja untuk panduan pengurus/ pemimpin 3. Penyediaan Kertas Kerja semua program/ projek/ aktiviti yang dirancang 4. Pelaksanaan Program


49 Peringkat Penilaian 1.Perancangan yang Strategik 2.Postmortem Kemahiran dan Pengetahuan yang Diperolehi 3. 4.Maklumat dan Data 5.Hasil Perkhidmatan 6.Prestasi Keseluruhan


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN 50 Pendaftaran Ahli : 1.Borang Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga 2.Borang Ahli 3.Borang Guru/ Pensyarah/ Ahli Luar 4.Senarai Nama-Nama Ahli Disediakan dalam 4 salinan: - Setiausaha Perhubungan Negeri - Ibu Pejabat PPIM Pembahagian ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan : a) Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa kumpulan. b) Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang. c) Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan. d) Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut format berikut:- Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya seramai 85 orang. - Setiausaha Perhubungan Daerah - Simpanan Sekolah


Click to View FlipBook Version