MODUL SOALAN RAMALAN DAN JAWAPAN
SEJARAH
PT3 2019
(TINGKATAN 2)
KE ARAH “A” SEJARAH
DISEDIAKAN OLEH: EN. L. BENEDICT Tel
: 0175944051
ALLEYA AQIELAH BINTI AHMAD RASHIDI
--------------------------------------------
1
FOKUS PT3 STRUKTUR DAN ESEI TINGKATAN 2
BAB 1 : KERAJAAN ALAM MELAYU
1 (a) HURAIKAN ASPEK PERSAMAAN ANTARA KERAJAAN ALAM MELAYU
Aspek persamaan antara kerajaan Alam Melayu dari aspek geografu adalah meliputi kawasan
dari Madagascar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik
sampai ke Taiwan. Terdapat juga beberapa tokoh yang membahas tentang persamaan antara
kerajaan Alam Melayu. Pertama ialah Abdul Hadi Hassan yang membahas bahawa Alam Melayu
merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand.
Kedua seperti yang tertera di dalam buku antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan, Alam
Melayu meliputi Selatan Vietnam, Kemboja, Selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia,
Brunei dan Filipina yang dinyatakan oleh Ismail Hussein. Alfred Russel Wallace menyatakan bahawa
Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar Filipina dan
Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea. Ding Choo Ming pula menyatakan bahawa dunia
Melayu meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand dan Filipina.
Kesimpulannya, dari pandangan pengkaji sejarah, geografi Alam Melayu merangkumi Malaysia,
Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina Selatan Thailand, Selatan Myanmar dan Selatan Indochina.
Seterusnya dari persamaan kerajaan Alam Melayu dalam aspek bahasa ialah penggunaan bahasa
serumpun iaitu Bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam Bahasa Austronesia. Contohnya,
persamaan bunyi perkataan bagi beberapa etnik di Alam Melayu seperti seperti Empat dalam
Bahasa Melayu disebut Papat dalam bahasa Jawa, Ampat dalam bahasa Melayu Brunei, Apat dalam
dalam bahasa Tagalog Filipina, Pat dalam bahasa Melanau Sibu dan Apat.
Akhir sekali, persamaan budaya kerana penduduk mempunyai budaya serumpun yang meliputi
bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kepercayaan dan adat. Antara persamaan budaya
yang terdapat di Alam Melayu ialah kesenian iatu seni membuat alat gangsa dan seni
mempertahankan diri ciptaan asli tempatan, nilai serumpun iaitu gotong royong dan seni
persembahan seperti wayang kulit di Kelantan dan Jawa.
2
1 (b) HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMASYHURAN KERAJAAN BERIKUT
a. Srivijaya (Abat ke-7)
Faktor kemasyhuran Kerajaan Srivijaya adalah kerana lokasinya yang strategik di Selat Melaka iaitu
di Lembah Sungai Musi, Sumatera yang merupakan laluan kapal antara Barat dengan Timur.
Srivijaya memperkukuhkan empayar dengan menakluki Banka dan Taruma. Sangramadhananjaya
menakluku Sumatera, Selatan Myanmar, Tanah Melayu, Segenting Kra yang membolehkan Sribijaya
menguasai jalan antarabangsa iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda dan membolehkannya menjadi
kuasa peragangan utama di Alam Melayu serta menjadikannya pusat pengajian agama Buddha .
b. Majapahit (Abad ke-13)
Majapahit yang terletak di Lembah Sg Brantas Jawa Timur yang merupakan laluan kapal
perdagangan. Majapahit masyhur semasa Patih Gajah Mada menjadi perdana menteri kerana beliau
berjaya mengembalikan keamana dan keselamatan kerajaan. Majapahit berjaya meluaskan kuasa ke
Timur Pulau Jawa, Pantai Timur Sumatera, Pesisir Selatan dan Barat Pulau Borneo, Bahagian selatan
dan timur Sulawesi dan Kepulauan Maluku. Ini membolehkannya menjadi pusat perdagangan
terkenal.
C. Kedah Tua (Abad ke-5)
Kedah Tua terletak di kedudukan strategik di Sg Mas dan Sg Bujang yang merupakan pintu masuk di
sebelah utara Selat Melaka. Kerajaan Kedah Tua terkenal kerana kegiatan perdagangan di Lembah
Bujang. Kedah Tua menjadi tumpuan pedagang dari timur dan barat dan juga menjadi pusat
perkembangan agama Buddha.
3
1(c) KBAT: BUKTIKAN LOKASI MEMAINKAN PERANAN PENTING KPD KEMAJUAN KERAJAAN DI ATAS
Ketiga-tiga kerajaan di atas terletak di kedudukan strategik iaitu laluan kapal antara Timur dng
Barat. Sebagai contohnya, Kedah Tua terletak di pintu masuk sebelah utara Selat Melaka
membolehkannya ia maju sebagai pelabuhan entrepot. Selain itu lokasi Kedah Tua yang terletak
Gunung Jerai juga menjadi punca Kedah Tua maju sebagai pusat perdagangan. Gunung Jerai
menjadi panduan kepada kapal untuk dating ke pelabuhan Kedah Tua. Kedudukan kedah Tua yang
berjiran dengan Perak, Kelantan dan Terengganu juga membantu dalam memajukannya sebagai
pusat perdagangan. Ini adalah kerana negeri jiran main peranan untuk membekalkan hasil keluaran
untuk diperdagangkan di pelabuhan Kedah Tua.
Selain itu, Srivijaya juga maju sebagai kerajaan maritime disebabkan lokasinya yang trategik.
Pelabuhan bagi Srivijaya iaitu Palembang terletak di muara Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal
besar boleh masuk sampai ke pelabuhan untuk menjalankan urusan perdagangan. Selain itu Srivijaya
juga terletak di laluan perdagangan antara timur dan barat di Selat Melaka membolehkan kapal-kapal
pedagang singgah di pelabuhan Palembang untuk menjalankan urusan perdagangan. Srivijaya juga
terlindung dari tiupan angin timur laut dan Barat Daya oleh Banjaran Besar Sumetera dan Banjaran
Titiwangsa. Ini membolehkan urusan perdagangan boleh dijalankan sepanjang tahun tanpa ancaman
angun kencang. Lokasi Srivijaya yang berhampiran dengan tanah jajahannya di Tanah Melayu dan
sebahagian Sumetera juga membolehkan ia mudah mendapatkan bekalan dagangan untuk
diperdagangkan.
Akhir sekali, Majapahit terletak di Lembah Sg Brantas, Jawa Timur yang merupakan laluan kapal
perdagangan yang melalui selat Sunda dan Laut Jawa. Lokasinya yang terlindung dari tiupan angina
membolehkannya menjalankan kegiatan perdagangan sepanjang tahun. Selain itu lokasinya di Pulau
Jawa yang subur juga membolehkannya mendapatkan bekalan barang daganga terutama hasil pertanian
seperti beras.
4
******BENTUK SOALAN INI JUGA MUNGKIN KELUAR DI BAB 2 : PERDAGANGAN****** 2
(a) HURAIKAN BENTUK HUBUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN KERAJAAN LUAR
a. Hubungan Perdagangan
Kedudukan strategik iaitu di laluan kapal perdagangan antara Timur dengan Barat serta kekayaan hasil
bumi seperti galian, pertanian dan hasil hutan menjadi faktor terjalin hubungan perdagangan. Selain
itu, hubungan perdagangan ini menunjukkan sikap keterbukaan pemerintah Alam Melayu
b. Hubungan Keagamaan
Hubungan dengan negara luar juga mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam .
Penyebaran agama ini mempengaruhi pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya
masyarakat Alam Melayu. Contohnya, Agama Hindu tersebar melalui peranan pedagang, tentera dan
golongan Brahmin. Maharaja Asoka iaitu pemerintah Kerajaan Maurya pula telah menghantar Sami-
sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyebarkan Agama Buddha. Islam pula disebarkan melalui
peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah. Kesimpulannya, penyebaran agama ini
menggambarkan sikap keterbukaan penduduk Alam Melayu.
c. Hubungan Diplomatik
Kerajaan Alam Melayu menjalin hubungan diplomatiK dengan China dan India. Hubungan ini bertujuan
untuk mengukuhkan kedudukan dan majukan perdagangan
2 (b) KBAT: JELASKAN KEPENTINGAN HUBUNGAN LUAR KEPADA NEGARA KITA
Hubungan luar penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ini adalah kerana dengan adanya
hubungan luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan tanpa sekatan dengan negara
yang kita adakan hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan India dan China membolehkan
kita mudah mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Dengan ini negara kita akan dapat
sumber pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita.
Selain itu, melalui hubungan ini juga kita mudah menarik kemasukkan pelabur asing untuk membuka
kilang atau perniagaan di negara kita. Ia bukan sahaja membantu pengaliran modal asing malah ia juga
menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebagai contohnya, hubungan baik
dengan negara Jepun dan Korea membolehkan banyak syarikat negara itu di buka di negara kita.
Di samping itu, melalui hubungan luar juga kita mudah menyelesaikan sebarang pertikaian dengan
negara luar. Sebagai contohnya hubungan dengan Singapura membolehkan kita Berjaya menyelesaikan
beberapa masalah seperti tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih dan isu Tambak Johor
Kesimpulannya, hubungan ini dapat menarik minat untuk kemasukkan pelancong asing,
pemindahan teknologi, menampung keperluan tenaga kerja dan sebagainya.
5
BAB 2 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KERAJAAN ALAM
MELAYU
1 (a) HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN SRIVIJAYA
Pemerintah di Srivijaya diberi gelaran raja. Terdapat dua raja iaitu raja di Gunung dan Maharaja
di Pulau. Raja mempunyai unsur kesaktian dan dianggap Bodhisattva iaitu peranan raja sebagai
Buddha di bumi.
Selepas itu, pemerintahan pusat dan wilayah. Raja dibantu anak anak raja yang dipanggil Yuvaraja
iaitu putera mahkota, Pratiyuvaraja iaitu raja muda dan Rajakumar. Selain itu, raja juga dibantu oleh
golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim dan penjaga harta kerajaan . Pentadbiran
wilayah pula terbahagi kepada dua iaitu kedatuan iaitu ditadbir oleh Datu keturunan raja dan
pradatuan iaitu ditadbir oleh Datu bukan keturunan raja.
2(b) KBAT: SISTEM PENTADBIRAN YANG TERATUR PENTING BAGI SESEBUAH NEGARA. BINCANGKAN
Sistem pentadbiran yang teratur penting supaya sesebuah negara mudah melaksanakan dasar. Dasar
yang dibuat di peringkat tertinggi seperti cabinet disampaikan kepada peringkat bawahan untuk
dilaksanakan. Dengan ini masing2 dapat melaksanakan tanggungjawab dan melaksanakan dasar dengan
berkesan
Selain itu, pentadbiran dijalankan dengan berkesan. Ini berlaku dengan pembahagian kuasa. Dengan ini
tidak berlaku pembolotan atau pertindihan kuasa. Oleh itu pentadbiran dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan
Di samping itu, negara akan menjadi aman. Pemerintahan yang sistematik akan menjamin kemanan
kerana pemimpin akan menjalankan tanggungjawab seperti yang telah ditetapkan melalui dasar.
Dengan ini segala kehendak rakyat akan dipenuhi dan rakyat tidak akan menentang kerajaan. Dengan ini
keamanan dapat dicapai
Akhir sekali, ekonomi negara akan berkembang dengan pesat. Pentadbiran yang sistematik akan
mewujudkan keamanan. Keamanan negara akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur
modal. Ini bukan sahaja menambahkan sumber pendapatan negara mlah akan membuka lebih banyak
peluang pekerjaan yang akan menjamin kemakmuran ekonomi
6
3(a) HURAIKAN KEGIATAN PERTANIAN YANG DIJALANKAN KERAJAAN ALAM MELAYU
Lokasi petempatan awal dan peranan sungai memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan kegiatan ekonomi kerajaan Alam Melayu. Tanah subur yang terdapat di Alam Melayu
sesuai untuk aktiviti pertanian. Awalnya aktiviti tanaman hanyalah untuk sara diri sahaja. Apabila
berlaku lebihan, maka ia akan dipasarkan kepada penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian.
Antara tanaman utama di Alam Melayu ialah tanaman padi. Tanaman ini dijalankan oleh kerajaan
Funan, Champa Dan Angkor. Sungai Mekong memainkan peranan menyuburkan tanah kerajaan Funan
& Angkor di lembahnya. Air hujan pula membekalkan air melalui Tasik Tonle Sap. Pemerintah Angkor
membina kolam (Baray) untuk menyimpan air. Kesannya di Angkor, padi menuaikan hasil 3-4 kali
setahun. Selain itu, di Champa, terdapat ketua air di setiap kampong untuk menyelenggara terusan &
daik seperti benteng atau tembok panjang yang dibuat daripada tanah utk mengawal air dan banjir.
Kerajaan Majapahit iaitu di Pulau Jawa mempunyai tanah subur (Gunung Berapi) yang sesuai untuk
pertanian LAVA BES. Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas mengairi padi sawah. Pemerintah
membina sistem pengairan untuk meningkatkan pengeluaran padi. Kerajaan Srivijaya juga mempunyai
padi sebagai tanaman utama yang ditanam di kawasan pedalaman Palembang (Tanah tinggi Pasemah &
Hulu Musi).
Selain itu terdapat juga rempah ratus yang pelbagai. Antara rempah ratus yang terdapat di
Alam Melayu ialah bunga cengkih, buah pala & lada hitam. Bunga cengkih ditanam di Kepulauan
Maluku. Buah pala pula ditanam di Pulau Banda. Lada hitam terdapat di Sumatera & Jawa.
Di samping itu, tanaman lain yang turut dijalankan ialah pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa,
sayuran dan buah-buahan. Terdapat juga yang berusaha untuk mendapatkan kulit kura-kura.
Kesimpulannya, padi ditanam kerana nasi merupakan makanan ruji penduduk Alam Melayu.
Bunga cengkih, buah pala & lada hitam pula ditanam untuk dijadikan sebagai tanaman dagangan.
7
3(b) KBAT: SATU KETIKA DAHULU ALAM MELAYU TERMASUK TANAH MELAYU TERKENAL DENGAN
PENGELUARAN HASIL PERTANIAN SEPERTI PADI. NAMUN KINI KITA MENGIMPORT KEBANYAKAN
HASIL TANAMAN. PADA PENDAPAT ANDA APAKAH PUNCA SITUASI INI DAN CADANGKAN LANGKAH
UNTUK MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN KELUARAN HASIL TANAMAN NEGARA KITA
Pada pendapat saya, punca situasi ini berlaku adalah kerana generasi muda kurang berminat
dengan sektor pertanian. Mereka tidak mahu berkerja di bawah cahaya matahari dan hujan. Mereka
lebih berminat berkerja di kilang atau pejabat. Generasi muda yang tiada berkerja perlu diberi ceramah
tentang kepentingan mereka terlibat dalam sektor pertanian supaya mereka faham tentang sumbangan
mereka terhadap negara dan rakyat dan seterusnya menjadi motivasi kepada mereka untuk terlibat
dalam bidang pertanian
Seterusnya, bidang pertanian kurang menguntungkan atau tiada jaminan untuk mendapatkan
pulangan yang banyak. Ini adalah kerana harga pasaran hasil pertanian ditentukan oleh orang tengah
atau pembeli dari petani. Selain itu mereka juga harus menanggung kerugian jika berlaku banjir atau
kemarau. Dengan ini, kerajaan harus memastikan tiada berlaku diskriminasi harga oleh orang tengah.
Agensi kerajaan seperti FAMA harus main peranan yang lebih untuk memastikan hasil keluaran petani
dijual dengan harga berpatutan dengan FAMA sendiri menjadi pembeli dan penjual hasil keluaran
pertanian. Selain itu kerajaan juga harus membayar pampasan yang setimpal dengan kerugian yang
dialami oleh petani akibat bencana alam. Tindakan kerajaan seperti ini bukan sahaja menjamin
pendapatan yang lebih baik dinikmati petani malah akan menarik lebih ramai lagi menceburi bidang
pertanian.
8
BAB 3: SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU
1(a) HURAIKAN HASIL SENI BINA KERAJAAN ALAM MELAYU
Antara hasil seni bina kerajaan Funan ialah binaan kapal besar yang boleh memuatkan 700
orang dan 1000 tan kargo, Kerajaan Funan juga membina perahu Panjang. Ia boleh membawa 100
penumpang seklai gus. Terdapat juga system pengairan yang mengawal limpahan air atau kawalan
banjir yang mengalirkan air maisn keluar dari tanah pertanian. Terdapat juga binaan candi yang
berfungsi sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan dan tempat pertemuan masyarakat. Contoh candi
yang ada ialah Candi Go Cay Thi di Oc Eo.
Seterusnya, kerajaan Angkor mempunyai seni bina yang berkaitan dengan kegiatan pertanian.
Contohnya, Baray iaitu kolam takungan air yang berukuran 2x8 km. Baray ini manyalurkan 30 juta
meter padu air ke sawah. Terdapat juga Angkor Wat dan Angkor Thom. Angkor Wat yang
mempunyai keluasan 208 hektar dan Menara utama setinggi 65 meter dibina oleh Raja
Suryavarman III. Kerajaan Angkor juga membina kapal untuk tujuan perdagangan dan peperangan.
Kerajaan Champa banyak membina candi. Antara candi yang terkenal ialah kompleks candi di
Lembah Mi Son, Dong Duong dan Po Nagar.
Seni bina kerajaan Srivijaya ialah binaan candi seperti Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi.
Ibu kota Srivijaya iaitu Palembang menjadi pusat untuk mebina kapal. Rekod kerajaan China,
Palembang menjadi pusat binaan kapal2 Melayu (Kun-lun-po) yang besar dan boleh belayar hingga
pelabuhan Tonkin & tenggara China. Terdapat juga ukiran tugu di Bukit Siguntang, Palembang yang
menggambarkan kapal kapal era Srivijaya.
Majapahit pula membina candi seperti Candi Tikus di Jawa Timur dan Candi Cetho di Jawa Tengah.
Majapahit juga mahir membina pintu gerbang seperti Gapura Wringin Lawang iaitu laluan raja dan
Gapura Bajang Ratu iaitu pintu masuk bangunan suci di Jawa Timur.
Selain itu, kerajaan Kedah Tua membina candi untuk agama Hindu dan Buddha. Candi Buddha
terdapat di Bukit Choras, Bukit Pendiat & Bukit Meriam. Candi Hindu terdapat di Bukit Batu Pahat &
Bendang Dalam. Kedua-dua candi ini mempunyai pengaruh seni bina kerajaan Chola. Terdapat juga
seni bina arca Hindu & Buddha di lokasi sama.
Akhir seklai, kerajaan Gangga Negara menemukan patung gangsa setinggi 18 meter di Tanjung
Rambutan yang merupakan bukti seni bina. Terdapat juga patung Buddha yang ditemui di Sungai
Siput dan pangkalan. Arca tersebut mempunyai pengaruh dari kerajaan Gupta, India.
9
2(b) KBAT: APAKAH KEPENTINGAN BINAAN KERAJAAN ALAM MELAYU PADA MASA SEKARANG DAN
BAGAIMANA IA BOLEH DIKEKALKAN (SESUAI JUGA UNTUK TAJUK BANDAR TERANCANG INDIA DAN
BINAAN DI ROM : TOPIK MODUL TINGKATAN 1)
KEPENTINGAN
Kepentingan binaan kerajaan Alam Melayu pada masa sekarang ialah ia menjadi tarikan kedatangan
pelancong asing. Tempat2 seperti Candi an Wat menjadi destinasi pelancongan seperti Angkor Wat dan
Candi Borobudur serta Candi Lembah Bujang. Dengan ini ia menjadi sumber pendapatan negara kerana
pelancong yang dating membelanjakan wang mereka di tempat tersebut untuk penginapan dan makan
minum. Selain itu binaan tersebut juga membuktikan pencapaian ketamadunan Alam Melayu yang
tinggi standing ketamudunan barat lain seperti Rom dalam aspek seni bina. Binaan tersebut juga
menjadi inspirasi kepada generasi sekarang untuk maju dalam seni bina. Sebagai contohnya pembinaan
terusan dan Baray oleh kerajaan Alam Melayu masih diteruskan oleh negara2 Asia Tenggara untuk
majukan sektor pertanian dengan mengairi kawasan pertanian. Contohnya pembinaan tali air dan
empangan di Malaysia untuk mengairi kawasan tanaman padi. Selain itu binaan tersebut juga menjadi
bukti kewujudan pelbagai agama di Asia Tenggara. Sebagai contohnya seni bina Candid an Wat menjadi
bukti masyarakat Alam Melayu menganut agama Hindu dan Buddha.
CARA MENGEKALKAN
Cara mengekalkan binaan kerajaan Alam Melayu ialah dengan cara para pengunjung yang mengunjung
ke kawasan binaan tersebut perlu menjaga kebersihan kawasan sekitarnya. Pengunjung harus buang
sampah di tempat yang disediakan dan jika tiada tempat di sediakan untuk membuang sampah, pihak
kerajaan perlu mengambil iniasitif untuk menyediakannya. Kerajaan juga harus menyediakan
peruntukan untuk membaiki kerosakan di binaan tersebut. Ini penting untuk mengelakkan ia runtuh
atau mengalami kerosakkan yang lebih teruk yang mungkin akan menyebabkan binaan tersebut terus
hilang. Kerajaan juga harus menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan dengan
menambahbaikkan kemudahan di sekitarnya seperti tempat penginapan dan gerai jualan. Dengan ini
kawasan ini akan tetap terpelihara kerana menjadi sumber pendapatan negara. NGO juga harus main
peranan dengan menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga tapak warisan
tersebut. Dengan ini orang ramai akan sedar tentang kepentingannya serta tidak melakukan sesuatu
yang boleh merosakkannya.
10
BAB 4 : AGAMA, KEPERCAYAAN & KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM
MELAYU
1(a) HURAIKAN KEPERCAYAAN AWAL MASYARAKAT ALAM MELAYU
i. Animisme:
Animisme ialah kepercayaan setiap makhluk, hidupan & tumbuhan memiliki roh atau semangat Ia
berkaitan dengan kepercayaan terhadap makhluk halus dan menyembah roh nenek moyang yang
dipanggil “HYANG”. Penyembahan roh nenek moyang adalah untuk mendapatkan kebaikan atau
menghindari kesusahan bagi ahli keluarga yang masih hidup. Contohnya perayaan Hari Moyang
oleh masyarakat Temuan di Bukit Cheeding, Banting Selangor
ii. Dinamisme:
Dinamisme ialah berkaitan dengan kepercayaan terhadap kekuatan yang dikenali “MANA” atau
“SEMANGAT”. Kepercayaan ini mempercayai setiap benda atau makhluk mempunyai “mana” yg
boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Contohnhya, upacara pemujaan semangat tanaman
untuk mendapatkan hasil yang banyak seperti pawang masyarakat Iban menyediakan makanan
korban (MIRING) semasa sambutan hari Gawai.
1(b) KBAT : ADAKAH KEPERCAYAAN ANIMISME DAN DINAMISME MASIH DIAMALKAN? JELASKAN
YA, kepercayaan tersebut masih diamalkan. Orang Iban, Sarawak semasa Pesta Menuai mengadakan
Upacara Miring yang disambut untuk menyatakan terima kasih kepada “petara” atau tuhan. Kaum
Kadayan pula mengadakan Makan Tahun sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperolehi oleh
petani. Kaum Melanau mengadakan Pesta Kaul yang bertujuan untuk mengelak malapetaka buruk
oleh roh jahat iaitu Ipok. Pesta Keamatan pula diraikan oleh Kadazandusun & Murut yang merupakan
simbol kesyukuran untuk meraikan semangat padi atau BAMBAAZON dan BAMBARAYON. Ia
dijalankan oleh BOBOHIZAN / BOBOLIAN yang seorang Wanita. Upaca kesyukuran kepada semangat
padi ini diadakan dengan harapan tahun depan akan mendapat lebih banyak hasil tuaian padi.
Pertandingan ratu cantik atau unduk Ngadau juga diadakan. Ia berkaitan denga nasal usul
pengorbanan Huminodon yang merupakan seorang puteri, anak kepada Kinoingan @ Minamangun
yang telah mengorbankan diri bagi membantu manusia dalam kesusuhan semasa musim kemarau.
11
2(a) SALAH SATU ASPEK KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU IALAH SISTEM
PEMERINTAHAN BERAJA. JELASKAN CIRI-CIRI SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA YANG DIAMALKAN
OLEH KERAJAAN ALAM MELAYU
Pemerintah mengasimilasikan pengaruh agama dalam pentadbiran manakala Raja menjadi tonggak
kerajaan. Kedudukan raja diperkukuhkan dengan sistem pemerintahan yang dibantu oleh
pembesar dan rakyat yang mentaati raja
1. Pemilihan Raja
Pemilihan raja adalah berasaskan keturunan & pembesar mengesahkannya. Keturunan raja
dianggap suci & berdaulat. Raja boleh dipilih daripada golongan tentera seperti di Funan & Champa
Di Champa, Wanita yang berketurunan raja juga boleh menjadi pemerintah.
2. Kedudukan Raja
Kedudukan raja semasa kerajaan Hindu Buddha adalah dianggap titisan dewa iaitu Jelmaan tuhan &
mesti dihormati. Selepas Islam memperkenalkan konsep Khalifah, raja ditaati dan sesiapa yang
mengingkari raja dianggap ingkari tuhan seklaigus dianggap derhaka.
3. Gelaran pemerintah
Semasa Hindu & Buddha, pemerintah menggunakan gelaran Raja dan Maharaja. Pemerintah Islam
pula menggunakan gelaran Sultan. Bagi menggambarkan kebesaran kuasa, pemerintah
menggunakan gelaran “Raja Di Gunung Dan Maharaja Di Pulau”. Gelaran ini diberi mengikut
identiti & keunikan kerajaan. Di Funan, Champa, Angkor & Srivijaya ia diberi gelaran Sanskrit
“Varman”
2(b) SALAH SATU KEUNIKAN ALAM MELAYU IALAH SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA. BAGAIMANA
SISTEM INI BOLEH DIKEKALKAN.
Sistem ini boleh dikekalkan dengan cara sistem raja berkuasa mutlak yang ada pada hari ini
seperti di Brunei harus diubahsuai menjadi sistem Raja Berperlembagaan. Ini adalah penting supaya
rakyat merupkan mejoriti di sesebuah negara mendapat hak yang sebenar. Raja harus menjalankan
tugas mengikut peruntukan dalam perlembagaan. Keadaan ini menyebabkan rakyat akan mentaati
instiutusi raja dan seterusnya tidak akan menentang untuk mengubah sistem ini.
Seterusnya, rakyat juga harus patuh kepada perlembagaan yang menjelaskan hak dan kedudukan
raja di sesebuah negara. Sebagai contohnya, di Malaysia Raja menjadi ketua agama Islam, oleh itu
rakyat harus menghormati keputusan raja berkaitan agama Islam. Dengan ini instiutusi raja akan
terbela dan akan kekal.
Selain itu, kerajaan juga harus mengambil tindakan ke atas sesiapa yang mencemarkan nama
instiutusi Raja mengikut peruntukan yang ada dalam undang2. Dengan ini orang ramai akan takut
untuk mencabar instiutusi Raja yang mungkin akan mengancam kedudukan instiutusi tersebut
Akhir seklai, NGO juga harus mengadakan kempen dan ceramah untuk menyedarkan orang ramai
supaya mereka menghargai instiuti tersebut serta terus memberi sokongan supaya isnstiutusi Raja
terus kekal
12
BAB 5: KESULTANAN MELAYU MELAKA ***BAGI FOKUS LEBIH***
1 (a). PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK OLEH PARAMESWARA MENJADI KUNCI PERKEMBANGAN
MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN. BUKTIKAN @ SEBAB PARAMESWARA MEMILIH MELAKA
UNTUK MENDIRIKAN KERAJAAN
Antara bukti kedudukan Melaka yang strategik ialah laluan perdagangan yang terletak di laluan
perdagangan antara Timur(China) hingga Barat (India). Ini membolehkannya mengawal laluan kapal.
Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau juga menjadi sebab Melaka dipilih. Ia sesuai
sebagai banteng pertahanan & panduan kepada kapal dagang. Pokok bakau dan api-api juga menjadi
banteng pertahanan & pelindung semula jadi. Akhir sekali, muara sungai yang terlindung dari angina
monsoon membuatkan kapal yang datang dapat berlabuh dengan selamat
1 (b). HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KELANCARAN KEGIATAN PERDAGANGAN DI PELABUHAN MELAKA
(JIKA TANYA FAKTOR MELAKA MUNCUL SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN DAN PELABUHAN ENTREPOT
TULIS JAWAPAN LOKASI DI ATAS DIIKUTI JAWAPAN DI BAWAH)
a. Peranan syahbandar:
Syahbandar mengendalikan urusan perdagangan dengan baik. Mereka mengurus pasar & gudang,
menjaga kebajikan & keselamatan pedagang. Mereka juga bertanggungjawab untuk memeriksa alat
timbang sukat & mata wang, menjadi hakim di Pelabuhan, mengurus cukai dan menguatkuasakan
peraturan keluar masuk kapal ke pelabuhan.
b. Cukai Perdagangan:
Pedagang tertarik dengan pengurusan cukai yang cekap dan sistematik. Pedagang dikenakan cukai
pelabuhan yang rendah. Cukai & bayaran surat kebenaran berniaga adalah merupakan sumber
pendapatan kerajaan. Terdapat 2 jenis cukai iaitu cukai rasmi atau cukai Import dan dikenali
sebagai cukai “Panduan”. Kadar cukai berbeza mengikut tempat asal pedagang. Bagi Arab, India,
Ceylon, Siam, Pegu kadarnya ialah“ 6% ” dan Alam Melayu ialah “3%”. Cukai Tidak Rasmi pula
dikutip dalam bentuk hadiah atau persembahan. Cukai ini dikenakan kepada pedagang China &
Jepun. Nilai hadiah ialah sama dengan cukai 5% tetapi bahan makan seperti beras tidak dikenakan
cukai kerana ia adalah untuk menampung keperluan makanan Melaka.
c. Mata Wang:
Urusan jual beli dijalankan melalui pertukaran barangan dan menggunakan mata wang. Pertukaran
yang berlaku adalah di antara barangan dari Alam Melayu dan China dengan barangan dari Barat dan
India. Penggunaan mata wang ini dapat melancarkan urusan jual beli. Awalnya, pertukaran dilakukan
dengan tukaran nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas dan kulit siput (Cowrie). Wang timah
dikenali sebagai “Calains” dan terpahat nama Sultan Melaka di atasnya. Terdapat juga wang emas dan
perak. Mata wang dari luar juga digunakan seperti dari Pasai, Hormuz dan Cambay.
13
d. Peranan Orang Laut
Orang laut terkenal dengan sikap taat setia & memastikan urusan perdagangan dijalankan tanpa
gangguan. Orang laut menjadi pelayar dan seorang penunjuk arah yang cekap. Mereka juga menjadi
tentera laut untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka.
e. Pelabuhan Yang Dilengkapi Dengan Kemudahan: Pelabuhan mempunyai Gudang untuk
menyimpan barang. Terdapat kemudahan pengangkutan, bekalan makanan & minuman dan khidmat
membaiki kapal. Pelabuhan juga menyediakan tempat perniagaan dan tempat ibadat manakala
syahbandar menjaga kebaikan pedagang yang ada.
1 c) KBAT HURAIKAN CARA MAJUKAN PELABUHAN NEGARA KITA SETANDING DENGAN PELABUHAN
LAIN
Pelabuhan negara erlu menyediakan pelbagai kemudaan seperti gudang menyimpan barang yang
lebih sistematik dan selamat supaya kapal2 yang berlabuh merasakan ada jaminan keselamatan
terhadap barangan mereka
Seterusnya, kerajaan juga harus menyediakan perkhidmatan pengangkutan terkini dan pantas
supaya barangan dari pelabuhan dapat sampai ke destinasi pada masa yang tetap
Selain itu, kita juga perlu memberi latihan terhadap kakitangan pelabuhan supaya mereka mampu
memberi perkhidmatan yang terbaik. Ini penting supaya para pedagang yang menggunakan pelabuhan
kita rasa puas hati dan sering menggunakan pelabuhan negara kita pada masa hadapan
Di samping itu, kita juga harus berusaha mengeluarkan lebih banyak produk tempatan untuk tujuan
eksport. Dengan ini sudah pasti pelabuhan kita akan sibuk dan digunakan secara obtimum untuk tujuan
import dan eksport
Akhir sekali, kerajaan juga harus menyediakan perkhidmatan membaiki kapal yang lebih moden
supaya para pedagang yang menggunakan pelabuhan kita tidak menghadapi masalah jika kapal mereka
mengalami kerosakan
14
2. (a) HURAIKAN CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG BERIKUT:
i. Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan disusun semula oleh
Sultan Mahmud Shah. Ia mengandungi 44 fasal berkaitan tentang hak keistimewaan,
tanggungjawab raja dan pembesar. Terdapat juga hukum Islam berkaitan jenayah, urusan jual beli
dan kekeluargaan . Hukum Kanun Melaka bertujuan untuk mengatasi masalah jenayah dan
mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat
ii. Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang Laut Melaka itulis semasa pemerintahan Sultan Mahmud
Shah yang bertujuan untuk menentukan peraturan pelayaran dan
perdagangan. Ia mengandungi 25 fasal berkaitan dengan peraturan di laut,
tertib berniaga dan tatacara jual beli. Terdapat juga tanggungjawab
nakhkoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar.
2 (b) PADA PENDAPAT ANDA APAKAH KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG BAGI SESEBUAH NEGARA
Pada pendapat saya, kepentingan undang-undang bagi sesebuah negara adalah untuk menjamin
keamanan negara. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan merujuk undang2 negara. Dengan ini
negara akan aman tanpa sebarang masalah dan perselisihan antara masyrakat
Seterusnya, ia dapat menjadi panduan kepada kerajaan dan pemimpin untuk menjalankan
tanggungjawab kepada rakyat. Ini boleh mengatasi masalah pembolotan kuasa oleh mana2 pemimpin
kerana mereka perlu menjalankan tugas mengikut undang2.
Selain itu, undang-undang dapat menjamin hak rakyat. Rakyat akan mendapatkan hak mereka
mengikut undang2. Sebagai contohnya hak untuk bersuara dan berpersatuan
Di samping itu, ia dapatmeningkatkan imej negara. Negara yang ada undang2 akan lebih aman dan
stabil. Oleh itu orang luar akan memandang tinggi negara tersebut
Seterusnya, untuk menarik kemasukan pelancong asing. Ini kerana keselamatan mereka dijamin
oleh undang-undang yang sedia ada.
Akhir sekali, ekonomi negara akan berkembang pesat dengan adanya undang2. Keamanan dan
kestabilan yang wujud kerana undang2 menarik kemasukan pelabur asinh dan ini akan mengembangkan
ekonomi negara selain menjamin peluang pekerjaan
15
3. (a) HURAIKAN PERANAN (CARA) MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Cara Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam adalah dengan pengislaman pemerintah iaitu
Sultan Iskandar Shah yang menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam. Ini diikuti
dengan pembesar dan rakyat. Dengan itu Sultan Muzaffar Shah menjadikan Islam sebagai agama
rasmi. Selain itu, Puteri Sultan Mansur Shah berkahwin dengan putera Raja Siak. Dengan ini Siak
menjadi kerajaan Islam. Ulama juga memainkan peranan untuk menjadikan Islam sebagai agama
rasmi. Sultan menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruh untuk menyebarkan
Islam. Sultan Alauddin Riayat Syah telah menghantar ulama untuk mengajar Raja Pahang, Kampar dan
Inderagiri tentang agama Islam. Perdagangan telah menyebarkan agama Islam dengan lebih jauh lagi. Ia
Islam telah disebarkan di Melaka oleh pedagang Arab, India dan China. Disamping berjual beli, sifat
mubaligh yang ada dalam diri mereka mendorong penyebaran Islam. Mereka turut
menyebarkanIslam di kawasan singgahan seperti Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia. Perluasan
Kuasa seperti di negeri naungan dan jajahan unutk memeluk Islam adalah sebagai tanda taat setia
kepada pemerintah Melaka. Selain itu, Tumpuan Ulama menjadi sebab Islam menjadi agama rasmi.
Contohnya, sultan menjadi penaung aktiviti dakwah dan perbincangan kitab agama seperti Darul
Manzum. Tempat Pembelajaran seperti di Zaman Sultan Muzaffar Shah ialah di madrasah, masjid dan
surau untuk pembelajaran Al Quran dan ilmu tasawuf. Akhir sekali, Pemerintahan & Pentadbiran
memainkan peranan yang penting. Undang2 Islam terkandung dalam Hukum Kanun Melaka & Undang2
Laut Melaka. Ulama juga memainkan peranan penting dlm pentadbiran. Jawatan mufti & kadi
diwujudkan untuk melicinkan pengurusan agama Islam
16
3 (b) KBAT: SEJAUH MANAKAH PEDAGANG MAIN PERANAN MENARIK MINAT MASYARAKAT
UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAM
Pedagang juga menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan. Dengan ini penduduk tempatan
memahami ajaran Islam lalu memeluk agama Islam. Pedagang sentiasa mengamalkan nilai islam
dalam Islam dalam perniagaan sepert.jujur dan tidak menipu dalam timbangan. Ini menarik
penduduk tempatan untuk menghayati nilai islam lalu memeluk Islam
Selain itu, pedagang menunjukkan sifat mahmudah seperti jujur, sopan santun. Ini menarik orang
tempatan untuk menerima ajaran Islam.Mereka juga mengamalkan sifat berhemah semasa
berdakwah. Tidak memaksa sesiapa menerima Islam. Dengan ini penduduk tempatan menerima
Islam secara sukarela.
Di samping itu, pedagang juga membawa ulama dan pendakwah bersama mereka untuk
menyebarkan Islam. Pedagang juga menetap dan membuka perkampungan Islam. Menjadikan
perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam
Akhir sekali, sifat baik pedagang juga menarik minat wanita tempatan lalu mereka berkahwin
dengan pedagang dan memeluk agama Islam. Pedagang juga mewujudkan hubungan baik dengan
pemerintah tempatan. Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah. Menggunakan
jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
4 (a). HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA i. Faktor dalaman:-
a. Masalah kepimpinan
Kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar telah menyebabkan ketidakstabilan di dalam
politik.
Selain itu, amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran juga menjadi faktor
kejatuhan Melaka. Perbalahan sesama pembesar unutk merebut kuasa juga menjadi satu
kelemahan pada Melaka. Contohnya Raja Medeliar dan Laksamana Koja Hassan merebut kuasa
dengan Bendahara Tun Mutahir.
b. Masalah Perpaduan
Rakyat tidak bersatu dan menyebabkan perpecahan berlaku antara Orang Melayu dengan Tamil
Islam kerana persaingan kuasa antara pembesar. Askar upahan dari luar iaitu dari Pulau Jawa yang
tidak taat setia menjadikan Kesultanan Melayu lemah.
17
ii. Faktor Luaran :
Serangan Portugis
Kekayaan , keagamaan & kemasyhuran (Gold, Glory, Gospel) merupakan faktor kedatangan Portugis
Mereka ingin monopoli perdagangan rempah yang ada. Selain itu, Portugis juga ingin
menyebarkan agama Kristian & menghapuskan penguasaan pedagang Islam. Kunjungan Lopez de
Sequeira pada 11 September 1509 telah memulakan hubungan di antara Melaka dan Portugis.
Kegagalan rundingan menyebabkan Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka sebanyak 3
serangan iaitu pada 25 Julai, 10 Ogos dan 24 Ogos 1511 dan akhirnya Portugis Berjaya menguasai
Melaka.
4 (b) HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH MELAKA UNTUK MENGHADAPI SERANGAN
PORTUGIS
Melaka menggunakan lancaran perahu laju dan perahu berapi untuk menghadapi serangan
Portugis. Di kawasan pantai pula, pertahanan diperkukuhkan dengan kayu-kayan, pelbagai jenis
Meriam dan peti-peti berisi serbuk peluru. Tembakan Meriam tidak terhenti di pantai dan
akhirnya menggunakan tentera bergajah. Melaka menggunakan Hikayat Amir Hamzah dan Ali
Hanafiah untuk menaikkan semangat askar Melaka .
4 (c). KBAT: APAKAH IKHTIBAR YANG KITA DAPAT DARI KEJATUHAN MELAKA DI TANGAN
PORTUGIS?
Ikhtibar yang kita dapata ialah kita harus mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan
benteng pertahanan yang utama bagi sesebuah negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan
memberi peluang kepada orang luar untuk menguasai dan seterusnya menjajah kita. Sebagai
contohnya perpecahan antara Orang melayu dengan Tamil Islam menyebabkan kerajaan
Kesultanan Melaka menjadi lemah dan ia memberi peluang kepada Portugis mudah menguasai
Melaka
Seterusnya, kita harus berhati-hati semasa mengadakan hubungan dengan kuasa luar. Jika tidak
kita mudah dikuasai oleh negara kita. Sebagai contohnya, Sultan Mahmud Shah yang tidak berhati2
semasa kedatangan Portugis telah menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis
Selain itu, Kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden. Ini penting
untuk mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya kajatuhan Melaka
berpunca dari senjata yang dimiliki oleh askar Melaka tidak standing dengan senjata yang dimiliki
tentera Portugis
Akhir sekali, kita juga tidak harus mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan benteng
pertahanan negara. Mereka tidak akan taat setia kepada negara kita dan tidak akan
mempertahankan negara kita jika diserang musuh. Sebagai contohnya, salah satu punca kejatuhan
Melaka ialah askar upahan dari Jawa melarikan diri semasa serangan Portugis
18
BAB 6: KESULTANAN JOHOR
1 (a) HURAIKAN CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR
a. Persaingan Johor – Acheh – Portugis (Perang Tiga Segi)
Perang ini berlaku selama 100 tahun. Acheh, Johor dan Portugis berperang untuk menguasai
perdagangan di Selat Melaka. Perang ini berakhir pada 1641apabila Johor memberi bantuan
kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis di Melaka manakala Acheh merosot setelah kematian
Sultan Iskandar Thani
b. Perang Johor Jambi:
Perang ini terjadi kerana Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi. Pada Jun
1679, Johor menyerang dan mengalahkan Jambi. Ini menyebabkan Jambi tunduk di bawah
Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau.
c. Konflik Pembesar (Perebutan Kuasa)
Konflik ini berlaku kerana perebutan kuasa berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid
dengan Laksamana Tun Abdul Jamil. Konflik ini berakhir dengan pengunduran Laksamana ke
Terengganu dan keturunan Bendahara kembali berkuasa.
d. Ancaman Raja Kechil:
Pada 1718, Raja Kechil telah menyerang Johor untuk menuntut takhta kerajaan Johor dan
mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud Shah I. Raja Kechil mengisytiharkan dirinya sebagai
Sulatan Johor Riau dengan menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Raja Sulaiman,
meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudarau untuk mengusir Raja Kechil. AKhirnya pada 4 Okt
1722, Raja Kechil kalah.
1 (b) HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH JOHOR UNTUK MENGHADAPI CABARAN
a. Pemindahan Pusat Pemerintahan:
Pusat pemerintahan terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor tetapi semasa Sultan Ibrahim pada
1677 hingga 1685, Kepulauan Riau Lingga menjadi pusat pemerintahan yang baharu. Pemindahan
pusat pemerintahan ini hnayalahmerupakan muslihat mempertahankan diri daripada ancaman
Portugis dan Acheh.
19
b. Membina Kota Pertahanan:
Kota pertahanan sering berubah-ubah dengan mengikut lokasi pusat pemerintahan. Antara kota
pertahanan ialah Kota Kara, Kota Sayong, Kota Makam Tauhid, Kota Batu Sawar, Kota Seluyut,
Kota Panchor, dan Kota Johor Lama. Kota Kara dibina semasa pengasasan kerajaan dan dibina oleh
Sultan Alauddin Riayat Shah I yang terletak di Kota Sungai Telor. Pagarnya dibuat dengan pancang
kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter) dan lengkap dengan bedil dan meriam
c. Menjalinkan Hubungan Dengan Belanda
Johor mengadakan perjanjian persahabatan dengan Belanda. Dasar berbaik dengan Belanda
merupakan strategi menghadapi ancaman Portugis dan Acheh. Pada 1602, hubungan pun bermula
apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II untuk melindungi
Johor dari serangan Portugis & Acheh. Pada 17 Mei 1606 pula, Perjanjian Johor Belanda yang
berlaku antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief de Jonge dengan Sultan Alauddin Riayat Shah II
di atas kapal Belanda bernama Orenje. Belanda meminta bantuan untuk menyerang Melaka
dengan cara Johor mengambil bahagian perang Belanda-Portugis dengan memberikan bantuan
seperti mengangkut peralatan perang, membuat tapak Meriam, menggali parit kubur, menyekat
musuh lari ke dalam hutan dan menaikkan semangat tentera Belanda. Johor juga membantu
Belanda dengan mengepung dan menyerang Portugis di Melaka. Pada Januari 1641, mereka
berjaya menewaskan Portugis di Melaka
12
1 (c) APAKAH IKHTIBAR YANG DIPEROLEHI MELALUI STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH JOHOR
DALAM MENGHADAPI CABARAN
Ikhtibar yang diperoleh ialah kita harus mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan
benteng pertahanan yang utama bagi sesebuah negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan
memberi peluang kepada orang luar untuk menguasai dan seterusnya menjajah kita.
Seterusnya, kita harus berhati-hati semasa mengadakan hubungan dengan kuasa luar. Jika tidak
kita mudah dikuasai oleh negara kita. Sebagai contohnya, walaupun Belanda merupakan rakan baik
Johor dan bersepakat dengan Johor menyerang Melaka namun Johor tidak dapat Melaka selepas
Portugis kalah
Selain itu, kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden. Ini penting
untuk mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya pemerintah Johor
membina Kota Kara untuk mempertahankan pusat pemerintahan negeri Johor
Akhir seklai, kita juga tidak harus mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan benteng
pertahanan negara. Sebagai contohnya orang Bugis berkuasa di negeri Johor setelah memberi
bantuan untuk mengusir Raja Kechil.
20
2. (a) JOHOR JUGA TERKENAL SEBAGAI PUSAT PERSURATAN MELAYU YANG TERKENAL. JELASKAN
DUA KARYA AGUNG YANG DIHASILKAN DI JOHOR
i. Sulalatus Salatin:
Sulatus Salatin bermaksud “Salasilah Raja-Raja” atau pun “Peraturan Segala Raja-Raja”. Asalnya ia
bernama “Hikayat Melayu”. Selepas itu, ia disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada
tahun 1612. Kandungannya ialah asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan
Sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
ii. Hikayat Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah ditulis oleh pengarang di Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada
1641. Ia merupakan sebuah epic kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman kegemilangan
Melaka. Kandungannya berkaitan tentang ketaatan Hang Tuah kepada raja dan Keturunan
Kesultanan Melaka.
2 (b) APAKAH KEPENTINGAN HASIL KARYA AGUNG TERSEBUT
Kepentingan hasil karya agung tersebuat ialah melalui Sulalatus Salatin kita boleh mengetahui
Asal usul keturunan raja-raja Melaka bermula dari pengasas Kesultanan Melayu Melaka hingga
pemerintah terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan Portugis. Sulalatus Salatin juga memberi
gambaran tentang Adat istiadat kerajaan untuk kita ketahui semasa zaman kesultanan Melayu Melaka.
Sebagai contohnya adat pertabalan Sultan, adat pemakaman dan adat perkahwinan. Keseluruhannya
melalui Sulalatus Salatin kita dapat mengetahui Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Seperti
pengasasan, kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka
Seterusnya, Hikayat Hang Tuah merupakan karya epik kepahlawanan yang merentas sepanjang
zaman kegemilangan Melaka. Melalui karya Hang Tuah kita dapat gambaran yang jelas tentang sifat
pahlawan Melayu yang gagah berani serta penuh taat setia kepada Raja dan negara.
Keismpulannya, kedua-dua karya diatas juga penting kepada kita kerana ia menjadi bukti orang
melayu boleh menghasilkan karya bertaraf dunia. Sebagai contohnya, HHT & Sulalatus Salatin diiktiraf
sebagai hasil kesusasteraan klasik & epik Melayu tradisional oleh UNESCO dalam Daftar Ingatan Dunia
21
BAB 7: KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR
1. (a) NAMAKAN KERAJAAN YANG DIASASKAN OLEH WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA
Pahang dan Perak
1 (b) BUKTIKAN KERAJAAN DIATAS DIASASKAN OLEH WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA
i. Kesultanan Pahang:
Kesultanan Pahang diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka. Pada abad ke-15,
Pahang menjadi sebahagian daripada wilayah naungan Melaka. Seri Bija Diraja dilantik sebagai wakil
untuk memerintah Pahang. Pada zaman Sultan Mansur Shah, baginda menghantar puteranya, Raja
Muhammad untuk ditabalkan sebagai Sultan Pahang. Semasa Raja Muhammad berangkat ke Pahang,
beliau diiringi oleh golongan bangsawan Melaka. Mereka dilantik sebagai Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Hulubalang Besar untuk membantu mentadbir Pahang. Pada 1470, Raja
Muhammad mengasaskan Kesultanan Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. Sultan
Muhammad mendirikan pusat pentadbiran di Pekan.
ii. Kesultanan Perak:
Pada abad ke-15, Perak merupakan wilayah naungan Melaka. Serangan Portugis menyebabkan Sultan
Mahmud dan keluargannya meninggalkan Melaka dan bersemayam di Kampar, Sumetera. Pembesar
Tun Saban & Nakhoda Kassim pergi ke Kampar untuk menjemput putera Sultan Mahmud Shah. Raja
Muzaffar untuk ditabal sebagai Sultan jadi Raja Muzaffar berangkat ke Perak bersama alat
kebesarannya iaitu sebilah pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, cap mohor, nobat & Surat Ciri.
Bgainda berangkat bersama anak, isteri, para pengikut dan pengiring yang menjemputnya dari Perak.
Pada 1528, Raja Muzaffar mengasaskan Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah dan menjadikan
Tanah Abang di pesisir Sg. Perak sebagai pusat pentadbiran pertama
1. (c) JELASKAN ASPEK YANG DIWARISI NEGERI DIATAS DARIPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA
Aspek yang diwarisi daripada kesultanan Melayu Melaka di kedua-dua negeri tersebut Sultan
dilantik sebagai tonggak utama kerajaan. Pengganti pemerintah berasaskan adat Temenggung. Di
Perak, putera sultan mewarisi takhta melalui sistem giliran. Sistem pembesar empat lipatan juga
diamalkan di kedua-dua negeri tersebut. Di Pahang sistem pentadbiran turut berasaskan pembesar
empat, lapan dan enam belas, sama seperti Pembesar Empat Lipatan di Melaka. Empat pembesar
utama di Pahang ialah Orang kaya Indera Shahbandar, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya
Pahlawan da Orang Kaya Indera PerbaJelai. Di Perak juga masih berasaskan pembesar empat,
lapan, enam belas & tiga puluh dua. Empat pembesar utama ialah Orang Kaya Bendahara Seri
Maharaja, Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja, Orang Kaya Temenggong Paduka Raja dan Orang
Kaya Menteri Paduka Tuan. Di kedua-dua negeri tersebut Sultan merupakan ketua agama Islam
sama seperti negeri Melaka. Hukum Kanun Melaka menjadi asas perundangan bagi negeri-negeri
tersebut.
22
BAB 8 : KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
1 (a) HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PENENTU HUBUNGAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN
PERLIS DENGAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG LAIN
i. Keserumpunan
Persamaan dalam aspek bahasa dan budaya menjadi pendorong hubungan dengan negeri lain.
Persamaan ini memudahkan interaksi antara kerajaan yang lain. Setiap kerajaan bersikap toleransi
dalam menerima amalan budaya kerajaan lain.
ii. Geografi
Sempadan negeri jiran memudahkan hubungan dengan negeri lain. Sumber alam seperti padi,
rotan, rempah dan sumber bumi seperti galian iaitu timah dan petroleum menjadikannya sebaagai
tarikan perhubungan. Sungai dikongsi bersama sebagai laluan perhubungan Kepentingan sungai
mendorong setiap negeri berusaha menjamin keselamatan laluan sungai yang ada. Pembinaan
pelabuhan di pinggir sungai menggalakkan hubungan dengan negeri jiran dan kuasa luar.
Contohnya, Pangkalan Alor Pasai menjadi laluan perdagangan pelabuhan Kuala Kedah manakala
Sungai Linggi menjadi laluan penting perhubungan dan perdagangan serta kawasan pungutan
cukai kerajaan Negeri Sembilan.
iii. Agama
Ianya bermula apabila pemerintah menerima Islam. Peranan Ulama mengukuhkan kegiatan
keagamaan. Selain itu, berkongsi institusi pendidikan agama dengan menerusi kehadiran penuntut
dari wilayah lain. Contohnya, Masjid Kampung Laut di tebing Sungai Kelantan membantu menyebarkan
islam dikalangan penduduk tempatan dan pedagang luar.
1 (b) HURAIKAN CARA NEGERI-NEGERI TERSEBUT MENJALIN HUBUNGAN DIPLOMATIK
i. Pengiktirafan
Pengiktirafan bertujuan untuk mengabsahkan iaitu mengesahkan pelantikan sultan sebagai
pemerintah. Ia dapat mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat yang sama taraf. Pada abad
ke-15, Sultan Mahmud dari Melaka mengiktiraf kedaulatan Kedah dan Kedah sekaligus mengakui
ketuanan Sultan Melaka. Pada 1775 pula, Sultan Terengganu mengiktiraf Kesultanan Kelantan yang
disatukan oleh Long Yunus
ii. Pertahanan
Pertahanan penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan. Hubungan pertahanan
akan mengekalkan kedaulatan kerajaan dengan mengelakkan campur tangan asing. Long Yunus
mendapat bantuan ketenteraan dari Terengganu & Reman di Hulu Perak semasa menyatukan
Kelantan. Long Gaffar dari Reman dilantik sebagai Perdana Menteri Kelantan & Panglima Perang
untuk membantu mengekalkan keamanan Kelantan
23
iii. Perkahwinan
Perkahwinan diraja atau Siasah akan mengukuhkan hubungan dan menjamin kedaulatan. Onang
Kening iaitu Puteri Kelantan berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah, Melaka. Mereka melahirkan
Raja Muzaffar yang menjadi Sultan Perak yang pertama. Manakala Che’Ku Wan iaitu Puteri Long
Yunus telah dikahwinkan dengan Tengku Muhammad iaitu Putera Sultan Terengganu dan Raja
Perlis iaitu Syed Hussin berkahwin dengan Tengku Nor Asiah, cucu Sultan Abdullah Shah, sultan
Kedah yang ke-20
1 (a) JELASKAN KEPENTINGAN HUBUNGAN DIPLOMATIK BAGI SESEBUAH NEGARA (KEPENTINGAN
MENJAGA HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN)
Kepentingan hubungan diplomatic ialah hubungan luar dapat mengukuhkan ekonomi negara. Ini
adalah kerana dengan adanya hubungan luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan
tanpa sekatan dengan negara yang kita adakan hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan
India dan China membolehkan kita mudah mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut.
Dengan ini negara kita akan dapat sumber pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita.
Seterusnya, melalui hubungan ini juga kita mudah menarik kemasukkan pelabur asing untuk
membuka kilang atau perniagaan di negara kita. Ia bukan sahaja membantu pengaliran modal asing
malah ia juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebagai contohnya,
hubungan baik dengan negara Jepun dan Korea membolehkan banyak syarikat negara itu di buka di
negara kita.
Selain itu, melalui hubungan luar juga kita mudah menyelesaikan sebarang pertikaian dengan
negara luar. Sebagai contohnya hubungan dengan Singapura membolehkan kita Berjaya menyelesaikan
beberapa masalah seperti tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih dan isu Tambak Johor
Kesimpulannya, hubungan ini akan memudahkan menarik kemasukkan pelancong asing, pemindahan
teknologi, menampung keperluan tenaga kerja dan sebagainya.
24
BAB 9 : WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
1 (a) JELASKAN KEUNIKAN ADAT PERPATIH YANG DIAMALKAN DI NEGERI SEMBILAN
i. Jurai Keturunan Sebelah Ibu
Kaum perempuan dianggap sebagai Ibu Soko kerana ibu yang melahirkan anggota masyarakat
ialah perempuan. Setiap anak adalah anggota suku ibunya. Anggota suku pula dianggap sedarah
kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu
ii. Pelaksanaan Hukuman
Hukuman adalah bersifat pemulihan kerana memberi pertimbangan terhadap pesalah kearah
kebaikan dan mengutamakan perasaan dan kepentingan pesalah. Kesalahan kecil diselesaikan
dengan saling bermaafan atau pun denda yang ringan.
iii. Perkahwinan
Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap keluarga besar dan bersaudara.
Perkahwinan digalakkan di luar suku bagi mewujudkan persaudaraan antara suku. Lelaki yang
berkahwin akan tinggal di rumah isteri dan menjadi anggota keluarga suku isterinya. Suaminya akan
digelar “Orang Semenda” iaitu orang mendatang. Beliau bertanggungjawab mengerjakan tanah
pusaka isteri, berkelakuan baik dan menjaga nama suku isteri. Beliau juga berperanan
mengendalikan urusan peminangan dalam keluarga. Jika berlaku perkahwinan sesama suku wanita
tersebut akan hilang hak untuk mewarisi pusaka manakala lelaki akan hilang hak untuk
menyandang jawatan dalam adat. Jika ingin mengembalikan hak, pasangan itu perlu menjalankan
adat memulih pusaka.
iv. Upacara Kedim:
Upacara Kedim ialah upacara untuk menerima orang dari suku yang lain menjadi ahli suku. Mereka
akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli suku yang akan disertai serta akan dibuat
penghebahan
v. Wanita Mewarisi Pusaka
Wanita akan mewarisi harta pusaka seperti tanah dan rumah. Ini bertujuan supaya wanita tidak
terabai. Ia akan diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuannya.
25
1 (b) HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan menggunakan sistem adat Perpatih. Terdapat tiga kumpulan utama yang berkuasa
untuk melantik penyandang pesaka adat (pemimpin) iaitu Perut, Suku & Luak. Pemimpin ialah
Ketua adat seperti Ibu Soko, Buapak, Lembaga, Undang & Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan
Besar. Penyandang pesaka adat (Pemimpin) di semua peringkat dipilih hasil permuafakatan iaitu
DEMOKRASI.
i. Yamtuan Besar @ Yang di-Pertuan Besar
Yamtuan Besar @ Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Undang Yang Empat untuk menjadi ketua
negeri. Ini sekali gus menjadi lambang kesatuan dan persekutuan
ii. Undang:
Undang merupakan ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga. Undang Yang Empat iaitu Sungai Ujong,
Jelebu, Johol dan Rembau akan berkerapatan memilih seorang Yamtuan Besar @ Yang di-Pertuan
Besar yang berasal daripada keturunan Yamtuan Radin.
iii. Lembaga:
Lembaga merupakan Ketua Suku yang dilantik oleh Buapak. Lembaga
berperanan untuk memilih Undang dan Penghulu. Lembaga bertugas
untuk menjaga keamanan dan keselamatan, menyelesaikan
pertelingkahan antara suku serta mengurus pembahagian harta pusaka.
iv. Buapak:
Buapak dilantik oleh Anak Buah dalam Perut untuk menjadi rujukan aspek berkaitan adat dan
hukum
v. Ibu Soko:
Ibu Soko mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok keluarga yang
diwakilinya. Ibu Soko memilih Buapak dalam kelompoknya. Pelantikan pemimpin di semua
peringkat tidak boleh dijalankan tanpa Ibu Soko.
26
1 (c) HURAIKAN KELEBIHAN @ KEBAIKAN SISTEM DEMOKRASI @ PERMUAFAKATAN @ PEMILIHAN
PEMIMPIN DARI PERINGKAT BAWAH BAGI SESEBUAH NEGARA
Kelebihannya, sistem demokrasi dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada
pemimpin yang dipilih. Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik
Negara. Oleh itu, Sistem demokrasi memberi ruang dan perluang kepada rakyat untuk memilih
pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.
Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin yang
terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Hal ini dapat membantu dalam
perkembangan ekonomi Negara.
Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi ialah, kecekapan pentadbiran Negara yang sistematik
telah dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan. Hal ni dapat
mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Dengan itu, perancangan pembangunan kerajaan
dapat mudah diatur. Disamping itu, kerjasama dalam masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat
mengurangkan tekanan antarabangsa.
Akhir sekali, Sistem ini juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjamin kestabilan politik yang
secara tidak langsung menarik pelaburan asing bagi membantu perkembangan sistem industri Negara.
ATAU
1 (c) JELASKAN KEPENTINGAN USAHA MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA
Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini
harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara
hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan
sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat
majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk
potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
Seterusnya, budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni
yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan
kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas
mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada
hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia
luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
Selain itu, budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya
dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka
pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan
bersamasama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita saling menerima dan memberi.
Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
27
Di samping itu, budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya
tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan
sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita yang
murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang
ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Selanjutnya, untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan
warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk
menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita
menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank
Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat
kedudukan tradisi dan identiti negara juga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah
dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Kesimpulannya, warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.
Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya.
Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini
memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan
terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih
dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
28
BAB 10 : SARAWAK DAN SABAH
1(a) HURAIKAN KEGIATAN EKONOMI YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT SABAH DAN
SARAWAK ATAU SEJAUH MANAKAH BENTUK MUKA BUMI DAN LOKASI PETEMPATAN
PENDUDUK SABAH SARAWAK MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI MEREKA i.
Sarawak
Kegiatan ekonomi Sarawak dan Sabah dipengaruhi oleh kedudukan dan tempat tinggal. Penduduk di
pesisir pantai menjalankan kegiatan perdagangan, menangkap ikan, membuat Perahu dan
perusahaan sagu yang dijalankan oleh orang Melayu, Kedayan dan Melanau. Penduduk di lembah
sungai pula melakukan kegiatan menanam Padi, menanam Buah dan Sayur yang dijalankan Oleh
orang Melayu, Iban, Bisaya, Melanau, Bidayuh. Penduduk di kawasan pedalaman mengutip hasil
hutan, memburu binatang dan menanam padi yang dijalankan oleh Kenyah, Iban, Penan,
Kayan, Kelabit dan Penan
ii. Sabah
Penduduk di Pesisir Pantai melakukan kegiatan menangkap ikan, membuat Perahu, mengutip hasil
laut, dan perdagangan yang dijalankan oleh kaum Brunei, Bajau / Sama, Iranun dan Suluk. Penduduk
di Lembah Sungai menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam buah-buahan dan sayur yang
dijalankan oleh kaum Kadazandusun, Rungus, Orang Sungai. Penduduk di pedalaman pula mengutip
hasil hutan, tanam padi, dan kutip sarang burung dan dijalankan oleh orang Murut
1(b) ALAM SEKITAR PENTING UNTUK MANUSIA MENERUSKAN HIDUP. NAMUN IA SEMAKIN DALAM
KEADAAN YANG MEMBIMBANGKAN KERANA AKTIVITI MANUSIA. CADANGKAN LANGKAH
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
Penghutanan semula
Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies
pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan
seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-
bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah
ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting
bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah
dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.
Penggunaan baja organic
Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja
asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisasisa tanaman untuk menggantikan
penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang.
Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan
masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran
29
air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga
adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan
kelawar sebagai baja.
Kaedah biologi
Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk
perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini
dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan
penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan
alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan
untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.
Pertanian tetap
Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya
mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan
pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat
pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di
sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian
mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan
mengurangkan hakisan tanih.
Kaedah perundangan
Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan
dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:
Akta kualiti alam sekitar(1974)
akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada
berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha
memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa
peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar
seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.
Penilaian impak alam sekitar(EIA)
penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan
alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan
kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar.
Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun
padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.
30
31