Bulatkan pada Kategori: a) InoZonS Pensyarah Individu b) InoZonS Pensyarah Kumpulan c) InoZonS Pelajar Individu d) InoZonS Pelajar Kumpulan e) InoT Pensyarah/Guru/Pegawai KPM (Maya) f) InoT Pensyarah/Guru/Pegawai KPM (Fizikal) g) InoT Pelajar IPG, IPTA, IPTS (Maya) h) InoT Pelajar IPG, IPTA, IPTS (Fizikal) i) InoT Murid Sekolah (Maya) A TAJUK PROJEK INOVASI: KIT T-GAP B MAKLUMAT PASUKAN INOVASI (i) Nama Ketua Pasukan: DR.JASLINAH MAKANTAL Kad Pengenalan: 790203-12-5946 (ii) Alamat E-mel Ketua Pasukan: [email protected] (iii) No.Telefon Bimbit Ketua Pasukan: 019-8101118 (iv) Ahli-ahli pasukan yang lain: (Kategori InoS adalah terhad kepada maksimum 3 peserta. Kategori InoT boleh mencapai 5 peserta, Bi l Nama Kad Pengenalan No.Telefon Bimbit INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT LAPORAN PROJEK INOVASI InoPeK
1 2 3 4 C MAKLUMAT PROJEK INOVASI (i) PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Era kemajuan teknologi digital dalam pembelajaran menyebabkan aktiviti menulis menggunakan tangan semakin berkurangan dan tidak penting. Idea dan fikiran lebih banyak diluahkan melalui penulisan menggunakan papan kekunci (keyboard) dan sentuhan pada layar komputer, telefon pintar dan sebagainya (Omar et al, 2014). Hal ini menyebabkan tulisan tangan semangkin tidak penting dan kurang dititik beratkan. Walau bagaimanapun, di peringkat awal kanak-kanak tulisan tangan adalah penting untuk dikuasai kerana kemahiran tulisan tangan merupakan kemahiran yang akan mempengaruhi kemahiran-kemahiran awal lain seperti membaca, bertutur, dan mendengar (Achmy, et al, 2022). Menurut Achmy et al, (2022), kemahiran yang baik dalam tulisan tangan kanak-kanak adalah mempengaruhi keupayaan mereka dalam mengenal bentuk huruf dengan betul. Apabila kanak-kanak menguasai tulisan tangan, maka mereka juga akan menguasai kemahiran mengenal huruf dan seterusnya kemahiran membaca (Achmy et al, 2014). Oleh yang demikian penguasaan tulisan tangan di peringkat kanak-kanak adalah sangat penting demi kelangsungan pembelajaran seterusnya. Taras (2011) menyatakan bahawa kemahiran menulis terdiri daripada kemahiran menulis secara mekanis iaitu aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf serta kemahiran menulis secara mentalis iaitu kemahiran ini banyak melibatkan mental seperti pernyataan fikiran atau pendapat, perasaan, kehendak dan sebagainya. Kemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca (Abdullah, 2005). Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya (Lim Chen Yin, 2012) . Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan (Lim Chen Yin, 012). Sebelum mereka dapat berbuat demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai mekanik tulisan itu dahulu. Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin semangat untuk belajar menulis. Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan tangan, seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan (Noraini Ombi, 2009). Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak mempelajari fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian, daripada latihan contengan tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka (Noraini Ombi,2009). Aktiviti-aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis adalah seperti : a) Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan sebagainya.
b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis dan sebagainya. c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih menulis unsurunsur huruf dan perkataan. d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat. e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain. f) Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca. g) Melatih menulis cantik dan kemas. i. Bentuk Bahan Berdasarkan Keperluan Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu: • Bahan yang digunakan terkandung dalam Tunjang Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu): Fokus : BM 4.0 Kemahiran Menulis Standard Kandungan : BM 4.1 : Menguasai kemahiran pratulisan BM 4.2 : Menguasai kemahiran menulis (KPM, 2017). • Bahan berbentuk individu – fokus kepada kanak-kanak yang lemah dalam kemahiran menulis (masalah penjarakkan perkataan dalam ayat mudah). • Semasa pengajaran dan pembelajaran (bimbingan menulis) oleh guru, kanak-kanak akan diberikan‘Pensil Gap 2.0’ secara individu. Guru terlebih menerangkan cara penggunaan pensil dan kedudukan tangan dan badan kanak-kanak semasa menulis. • Guru juga menerangkan kedudukan mata semasa menulis iaitu koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. • Guru akan memberikan lembaran kerja menulis kepada murid berdasarkan beberapa peringkat. • Pensil Gap 2.0 ini juga dilengkapkan dengan bahan terapi awal menulis untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata serta tangan kanak-kanak. Selain itu, Kanak-kanak akan membuat permainan berbentuk “brain stimulate” untuk meningkatkan fokus, minat dan kesediaan kanak-kanak sebelum mula menulis menggunakan pensil Gap serta merangsang pembelajaran berbentuk ‘Fun Learning”. Oleh itu, inovasi ini dikenali sebagai ’Kit T-Gap’. ii. Teori yang mendasari pembinaan bahan bantu mengajar inovasi ‘Kit T-Gap’ Teori Jean Piaget Teori Piaget menegaskan bahawa kanak-kanak melalui peringkat tertentu mengikut intelek dan kebolehan mereka untuk melihat perhubungan yang matang. Peringkat kanak-kanak ini berlaku dalam susunan yang sama dalam semua kanak-kanak, merentasi semua budaya dan latar belakang Cook & Cook (2009). Piaget menyatakan terdapat 4 peringkat dalam perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu, peringkat sensori motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat yang terakhir adalah peringkat operasi formal (12 tahun keatas) (Berk, 2013). Pada peringkat pra operasi iaitu umur kanak-kanak 2 hingga 7 tahun kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka nampak secara konkrit, pemikiran abstrak belum lagi dapat diaplikasikan. Oleh itu, bahan yang berbentuk konkrit yang boleh dipegang dan disentuh adalah bahan bantu belajar yang amat bersesuaian untuk mengajar mereka. Bahan bantu konkrit lebih mudah digunakan dan pembelajaran akan lebih berkesan (Breathnach,2017). Oleh yang demikian, melalui pembinaan bahan inovasi ‘Kit T-Gap’, ianya dapat memenuhi keperluan semulajadi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun iaitu, peringkat ini kanak-kanak masih di awal proses menguatkan motor halus dan koordinasi mata dan tangan, yang mana ianya penting dalam penguasaan awal menulis mereka. Bahan inovasi yang dilengkapi dengan 3 aktiviti menggunakan bahan konkrit berserta dengan pencil yang membantu mereka menguasai kemahiran awal menulis (kemahiran penjarakkan) adalah bahan yang bersesuaian dengan tahap umur pada peringkat pra operasi dan mengandungi unsur-unsur pembelajaran menyeronokkan dan main sambil belajar.
(ii) RASIONAL Hasil tinjauan ke atas beberapa buah prasekolah dan tadika swasta, melalui pemerhatian dan temu bual dengan beberapa orang guru menunjukkan setiap guru mempunyai masalah yang sama iaitu terdapat kanak-kanak yang bermasalah dalam menulis penjarakkan perkataan dalam ayat mudah. Guru menyatakan setiap tahun mereka akan menghadapi situasi masalah yang sama, dan ini menganggu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar kerana terdapat kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran awal menulis dengan kemas dan cara yang betul. Masalah ini juga dipengaruhi oleh teknik pengajaran dan pembelajaran guru yang membosankankan dan tidak mengambil kira keperluan perkembangan awal kanak-kanak dari segi pemeringkatan dalam proses belajar awal menulis kanak-kanak (Downey, J. & Garzoli, E.,2007). Kanak-kanak berasa bosan, kurang tumpuan (Stephenson, 2009) dan berasa tertekan kerana fitrah kanak-kanak lebih suka bermain, bergerak bebas dan tidak dikongkong Oleh itu, penghasilan ‘Kit T-Gap’ adalah untuk mengatasi masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru prasekolah dan tadika berkaitan penjarakkan penulisan perkataan dalam ayat mudah dan mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran yang mesra kanak-kanak serta pembelajaran yang menyeronokkan. 1.0 ISU DAN PERMASALAHAN Hasil tinjauan melalui proses pemerhatian pengajaran dan pemudahcaraan dan temu bual daripada guru yang lepas didapati bahawa terdapat beberapa isu dan permasalahan yang membawa kepada terciptanya inovasi ‘Kit T-Gap’: i. Perspektif kanak-kanak: Proses pengajaran dan pembelajaran awalan menulis kanak-kanak prasekolah dan Tadika masih menggunakan kaedah yang tradisional, situasi ini menyebabkan: a.Kanak-kanak lambat menguasai kemahiran awal menulis (fokus penjarakkan perkataan). b. Tidak ada satu alat ringkas dan khas dalam membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan menulis perkataan dalam ayat. c.Kanak-kanak bosan dan kurang minat dengan teknik pengajaran guru. d. Pembelajaran tidak berbentuk ‘fun learning dan lebih kepada latih tubi (drilling)’. e.Pembelajaran paksaan dan tidak mengambilkira tahap kesediaan kanak-kanak terhadap kemahiran motor halus dan kesediaan dari segi kognitif menyebabkan kanak-kanak sukar untuk menguasai kemahiran menulis. ii. Perspektif guru: a. Guru memerlukan masa yang lama membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan menulis perkataan dalam suatu ayat mudah. b. Guru ketandusan idea bagaimana membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan dalam penulisan dan ini menyebabkan kanak-kanak menghasilkan tulisan yang tidak kemas. c. Guru menghadapi masalah dalam menarik perhatian kanak-kanak semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, berfokus kepada belajar awal menulis. d. Guru tidak ada kemahiran dalam mengaplikasikan elemen terapi dan awal menulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. e. Guru tidak ada panduan sebenar bagaimana langkah sepatutnya dalam mengajar kemahiran awal menulis kepada kanak-kanak. 2.0 OBJEKTIF INOVASI ‘KIT T-GAP’ i. Kanak-kanak dapat membuat penjarakan antara perkataan yang ditulis dalam ayat mudah. ii. Kanak-Kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata dan tangan. iii.Kanak-kanak dapat meningkatkan minat dan fokus semasa belajar awal menulis.
(iii) Strategi Penyelesaian i. Kronologi Proses penghasilan Kit T-Gap Penghasilan bahan inovasi menulis Kit T-Gap ini adalah melalui beberapa fasa sebelum wujudnya bahan inovasi yang ada sekarang ini. Jadual 1.1 Fasa-fasa penciptaan Kit T-Gap Tahun 2016 Fasa Catatan Tahun 2016 Siri 1: Penciptaan pertama: Tumpuan: Masalah penjarakkan perkataan dalam ayat - dikenali sebagai pensil gap. -dijalankan beberapa siri percubaan dengan kanak-kanak -‘Pensil Gap’ kurang sesuai dengan saiz tangan kanak-kanak -Pensil terlalu kecil dan bahagian bawah pensil menghalang kanak-kanak untuk memegang pensil dengan selesa -tidak ada ruang untuk grip tangan kanakkanak memandangkan cara grip pensil juga penting dalam menghasilkan tulisan yang kemas. Siri 2: Penambahbaikan: -digunakan pensil yang lebih besar dan hanya menggunakan gelungan dawai bagi memudahkan kanak-kanak memegang pensil tersebut. -pensil yang digunakan juga lebih besar dan berbentuk segi tiga bagi memudahkan kanak-kanak yang masih lemah motor halus untuk ‘grip’ pensil tersebut. Tangan yang kecil lebih mudah memegang objek yang lebih besar. -gelungan dawai tersebut di salut dengan getah untuk memberi keselesaan kanakkanak semasa memegang pensil. -bahagian meletakkan jari kanak-kanak di tentukan berdasarkan bentuk pensil segi tiga tersebut.
Pencapaian: Telah dipertandingkan dalam pertandingan inovasi peringkat institut di IPGK Kent, Tuaran pada tahun 2016. Mendapat tempat Naib Johan anugerah Perak Komen Juri: 1. Bentuk gelung besi pada pensil perlu diperbaiki agar tidak menghalang penglihatan kanak-kanak 2. Lebih baik jika dihasilkan dalam bentuk Kit.
Jadual 1.2 Fasa-Fasa penciptaan Kit T-Gap 2023 Fasa Catatan Fasa 1: -Kit T-Gap dihasilkan melalui ciptaan pensil Gap pada tahun 2016 yang telah melalui proses penambahbaikan dan dijenamakan semula sebagai pensil gap 2.0. -Bahagian yang ditambah baik adalah bentuk besi pada pensil yang lebih ringkas dan tidak menghalang penglihatan kanakkanak. Fasa 2: -Pensil Gap 2016, ditambah baik dengan menghasilkannya dalam bentuk kit. -Kit T-Gap ini dilengkapi dengan pensil Gap 2.0, bahan aktiviti terapi motor halus, permainan koordinasi otak dan tangan serta papan latih tubih menulis. -Bahan utama: Pensil Gap 2.0
Bahan 1: Terapi motor halus (melatih sentuhan jari) Bahan2: Permainan stimulasi otak (Brain stimulator games) Bahan 3: Papan latih tubi awal menulis (menekap garis putus-putus) Gap Pensil 2016 Kit T-Gap 2023 (Pensil Gap 2.0 & Aktiviti Terapi awal Menulis) Hasil tinjauan menunjukkan akan keperluan untuk menghasilkan Kit T-Gap dalam membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan dalam penulisan perkataan dalam ayat dan bahan awalan menulis yang berbentuk terapi dan pembelajaran menyeronokkan. Bagi menarik fokus dan minat untuk kanak-kanak menulis pensil Gap 2.0 tidak berfungsi dengan baik jika tidak disertai dengan bahanbahan berbentuk terapi motor halus dan koordinasi mata tangan yang secara tidak langsung akan mempengaruhi keberkesanan dalam pembelajaran menulis awal kanak-kanak. Sebelum kanak-kanak diajar untuk menulis, konsep awal menulis perlu diajar terlebih dahulu, iaitu meningkatkan kemahiran motor halus, memperbaiki koordinasi mata dan tangan kanak-kanak di samping menarik fokus sebelum
bermulanya aktiviti menulis (Zainiah Mohamedisa, 2018). Bahan inovasi ini dicipta dengan menggabungkan dua idea utama iaitu bahan konkrit (pensil Gap 2.0 ) dan bahan terapi (motor halus dan koordinasi mata dan tangan). i. Bahan Konkrit (pensil gap 2.0) Inovasi bahan bantu belajar kanak-kanak ini adalah berbentuk konkrit, iaitu ianya digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam penjarakkan perkataan apabila menulis. Gambar 1.1: Pensil Gap 2.0 Gambar 1.1 menunjukkan pensil gap 2.0 yang menggunakan pensil kayu biasa yang bersaiz lebih besar dan berbentuk segi tiga untuk memudahkan kanak-kanak memegang apabila menulis. Pensil bentuk segi tiga dan bersaiz lebih besar sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang masih lemah dalam kemahiran motor halus mereka. Inovasi yang diperkenalkan adalah besi bulat yang disimpan berdekatan dengan mata pensil yang berfungsi sebagai panduan untuk penjarakkan semasa menulis atau menyalin ayat mudah. Bentuk besi bulat tersebut adalah sebagai matrik untuk menentukan kedudukan menulis perkataan setelah menulis perkataan yang pertama dan proses ini berterusan sehingga dapat menulis satu ayat dengan penulisan yang lebih kemas dan penjarakkan antara perkataan lebih sekata dan kemas. Proses menggunakan pensil gap 2.0 ini dimulakan dengan bimbingan guru kepada kanak-kanak yang sememangnya mempunyai masalah penjarakkan dalam menulis ayat. Bimbingan adalah melalui berberapa siri sehingga kanak-kanak tersebut mahir menggunakannya. Apabila kanak-kanak sudah tahu akan konsep penjarakkan dalam menulis perkataan dalam ayat maka pensil gap tidak perlu digunakan lagi.
ii. Bahan berbentuk terapi Kit T-Gap adalah dilengkapi dengan alat menulis pensil gap 2.0 dan bahan terapi menulis yang berfungsi untuk menarik semula fokus kanak-kanak semasa aktiviti menulis. Bahan bantu awal menulis berbentuk terapi ini adalah terdiri daripada tiga bahan utama iaitu papan terapi sentuhan, permainan stimulasi otak, dan papan latih tubi awal menulis. Gambar 1.2: Papan terapi sentuhan Gambar 1.2 menunjukkan papan terapi sentuhan. Sebelum kanak-kanak mula menulis menggunakan pensil gap 2.0 kanak-kanak perlu membuat terapi sentuhan terlebih dahulu untuk merangsang deria sentuh mereka serta merangsang kemahiran motor halus terlebih dahulu. Terapi ini sangat berguna terutama untuk kanak-kanak yang masih lemah dalam motor halus serta koordinasi mata dan tangan mereka. Aktiviti seperti ini membantu mata untuk lebih relax dan membantu meningkatan koordinasi otak kiri dan otak kanan (Khuluqo, 2020).Sentuhan dalam bentuk lakaran pelbagai bentuk ini akan melatih jari serta dapat mencergaskan otak kanak-kanak, di samping itu juga ianya dapat menarik semula fokus mereka semasa belajar. Gambar 1.3 Permainan stimulasi otak Permainan stimulasi otak seperti dalam gambar 1.3 akan diberikan kepada kanak-kanak setelah mereka membuat terapi sentuhan jari menggunakan papan terapi sentuhan. Permainan ini adalah bertujuan untuk merangsang stimulasi otak kanak-kanak dan menarik semula fokus mereka semasa aktiviti
menulis (Sharifah Nor Puteh dan Aliza Alias, 2011). Kanak-kanak memerlukan aktiviti yang menyeronokkan semasa belajar agar mereka tidak bosan, permainan stimulasi otak ini bukan sahaja menyeronokkan malah ianya dapat mengstimulasikan otak seperti kanak-kanak lebih fokus, memperbaiki koordinasi otak dan tangan semasa menulis, melatih motor halus dan dapat mencergaskan minda serta otak kanak-kanak. Permainan ini dilengkapkan dengan tali untuk diuntai memasuki terowong (straw) sehingga sampai ke tempat tujuan (seperti dalam gambar 1.3) Gambar 1.4 Papan latih tubi menulis Setelah kanak-kanak dilatih motor halus dan fokus mereka, maka kanak-kanak akan melatih tangan untuk menulis di atas papan latih tubi (gambar 1.4). Kanak-kanak menggunakan marker pen untuk menekap garis putus-putus yang telah disediakan dalam papan latih tubi menulis tersebut. Proses ini boleh dibuat berulang-ulang kerana ianya boleh dipadam, sehinggalah kanak-kanak itu rasa yakin untuk menulis di atas kertas dalam keadaan bebas. Papan latih tubi menulis ini boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama dan sangat mudah untuk disediakan. Bentuk-bentuk garis putus-putus yang dilukis juga boleh diubah-ubah sama ada berbentuk garisan atau bentuk huruf atau nombor. Gambar 1.5 Kit T-Gap
Gambar 1.5 merupakan kit bahan bantu awal menulis yang lengkap iaitu Kit T-Gap, yang mengandungi pensil gap 2.0, papan terapi sentuhan, permainan stimulasi otak dan papan latih tubi menulis. Kit ini dihasilkan dalam satu kit yang ringkas, ringan dan mesra pengguna. Pada kit ini dilengkapi dengan manual penggunaan guru untuk panduan penggunaan kit. Barcode juga disediakan agar guru boleh mengakses manual penggunaan secara online. Kit ini ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Tarikh inovasi dimulakan Jadual 1.3 Kronologi penciptaan Kit T-Gap Tarikh Tindakan 22 Februari 2016 – 24 Mac 2016 Gap Pensil dicipta Mei 2016 Dipertandingkan dan mendapat tempat naib johan anugerah perak 2017 Menghasilkan kajian/artikel berkaitan pensil gap dan dibentangkan dalam seminar Antarabangsa iaitu “2nd International Conference on Special Education: Access and Engagement, bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak Malaysia pada 31 Julai – 2 Ogos 2017. Kajian ini bertajuk: “The Usage of “Gap Pensil’ Technique in Teaching Early Writting Skills Among The Preschooler. 3 Januari 2023 -Membuat penambahbaikan berdasarkan pensil gap 2016 dan beberapa pengubahsuaian terhadap pensil gap dan diubah kepada pensil gap 2.0 pada 2023. -Membina Kit T-Gap melalui beberapa siri tinjauan ke atas beberapa tadika swasta di Kota Kinabalu -Temu bual dengan guru-guru tadika akan masalah utama menulis kanak-kanak 9 Januari 2023 Buat rintis untuk bahan Kit T-Gap di sebuah tadika swasta di Kota Kinabalu -membuat beberapa penambahbaikan berkaitan kesesuaian pensil gap 2.0 dan kesesuaian bahan terapi awal menulis 12 Januari 2023 -Tadika Sri Kandi, Lido Kota Kinabalu -Penerangan kepada guru tadika cara menggunakan Kit T-Gap -Memilih beberapa kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan dalam menulis ayat -Intenvensi dimulakan -Data disimpan dan dianalisis
16 Januari 2023 -Tadika Sri Rhema, Kota Kinabalu -Penerangan kepada guru tadika cara menggunakan Kit T-Gap -Memilih beberapa kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan dalam menulis ayat -Intenvensi dimulakan -Data disimpan dan dianalisis 23 Januari 2023 -Tadika Eduwiss, Kota Kinabalu -Penerangan kepada guru tadika cara menggunakan Kit T-Gap -Memilih beberapa kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan dalam menulis ayat -Intenvensi dimulakan -Data disimpan dan dianalisis 20 Februari 2023 -Tadika Al-Mar'atus Sallimah, Kundasang -Penerangan kepada guru tadika cara menggunakan Kit T-Gap -Memilih beberapa kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan dalam menulis ayat -Intenvensi dimulakan -Data disimpan dan dianalisis 3 Mac 2023 -Taska Bintang Impian, Tuaran -Penerangan kepada guru tadika/taska cara menggunakan Kit T-Gap -Memilih beberapa kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan dalam menulis ayat -Intenvensi dimulakan -Data disimpan dan dianalisis 20 Mac 2023 -Prasekolah KPM IPGK Gaya -Penerangan kepada guru prasekolah cara menggunakan Kit T-Gap -Memilih beberapa kanak-kanak yang mempunyai masalah penjarakkan dalam menulis ayat -Intenvensi dimulakan -Data disimpan dan dianalisis Inovasi ini dijalankan di beberapa buah tadika, prasekolah dan taska di daerah Kota Kinabalu, daerah Tuaran, Ranau, Keningau akhir sekali ialah prasekolah IPGK Gaya.
(iv) PENGGUNAAN DAN IMPAK i. Penggunaan Kit T-Gap telah digunakan dibeberapa buah taska swasta sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Kundasang dan Keningau. Guru tadika telah diberikan penerangan berkaitan manual penggunaan kit tersebut dan menggunakannya untuk membantu kanak-kanak yang telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam menulis jarak dalam ayat yang disalin. 1. Proses menggunakan Kit T-Gap tersebut: Jadual 1.4 Langkah penggunaan Kit T-Gap Langkah Gambar Langkah 1: Mengenal Bahan ➢ papan terapi sentuhan ➢ permainan stimulasi otak ➢ papan lati tubi menulis 2016 Pensil gap dicipta Mendapat pingat Perak (naib johan) pertandingkan inovasi peringkat IPGK Kent 2017 Menerbitkan Artikel/Kajian dan membentangkannya diperingkat Antarabangsa The Usage of “Gap Pensil’ Technique in Teaching Early Writting Skills Among The Preschooler' SEAMEO SEN ICSE 2017 2023 Kit T-Gap dicipta dengan menggabungkan Pensil Gap 2.0 dan Terapi Awal Menulis
Langkah 2: Akitivit 1: ➢ Papan terapi sentuhan - kanak-kanak menyentuh bentuk menggunakan jari - merangsang deria sentuhan sebagai awalan latihan menulis - merangsang motor halus dan koordinasi otak Aktiviti 2: ➢ Permainan stimulasi otak - menguntai tali (permainan ‘go to school’) - merangsang koordinasi otak dan tangan, motor halus dan menarik fokus kanak-kanak - ‘Fun Learning’ Aktiviti 3: ➢ Papan latih tubi menulis - kanak-kanak menyambung garis putus-putus mengikut bentuk yang diberi - aktiviti ini boleh berulang-ulang sehingga kanak-kanak sedia untuk menulis 1. 2. 3. Langkah 3: ➢ Mengenal bahan. ➢ Pensil segi tiga (pensil gap 2.0) ➢ Dawai besi ➢ Bentuk bulat untuk tentukan saiz jarak perkataan
Langkah 4: ➢ Menulis perkataan di atas garisan ➢ Menulis perkataan pertama, di akhir huruf akan menjadi titik permulaan bulatan untuk menentukan jarak ➢ sebarang huruf tidak boleh dalam lingkungan bulatan untuk penentuan jarak dengan betul ➢ perkataan kedua ditanda dengan titik dahulu sebelum penulisan seterusnya. ➢ langkah seterusnya sama sehingga membentuk perkataan dalam ayat dengan jarak yang betul 2. Proses semasa perlaksanaan i. Berikut beberapa gambar semasa menjalankan kajian penggunaan Kit T-Gap di sebuah Taska di daerah Tuaran. Gambar 1.6 Aktivti semasa menggunakan kit
ii. Proses pelaksanaan Kit T-Gap di Prasekolah IPGK Gaya, Kota Kinabalu Gambar 1.7 Aktiviti semasa menggunakan Kit T-Gap di Prasekolah IPGK Gaya 3. Selepas perlaksanaan (Hasil dapatan kajian) Data kajian diperolehi melalui: i.Ujian pra dan ujian post (penjarakkan perkataan) ii.Temu bual guru tadika (penjarakkan perkataan, motor halus, koordinasi mata dan tangan, fokus serta minat kanak-kanak) Data kajian penggunaan Kit T-Gap ini diperolehi melalui ujian pra dan ujian post menulis (menyalin ayat mudah) iaitu ujian penjarakkan dalam menulis ayat mudah yang telah dibuat di 3 buah Tadika swasta dan sebuah prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Kota Kinabalu iaitu di tadika Sri Kandi Kota Kinabalu, Tadika Eduwiss Hiltop, Taska Bintang Impian dan Prasekolah IPGK Gaya. Pentaksiran penentuan ujian pra dan ujian post menggunakan kaedah pentaksiran yang digunakan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPM, 2017) iaitu pencapaian murid ditentukan berdasarkan 3 skala di bawah:
i. Sampel Kajian 1 (Tadika Sri Kandi) Guru mengenalpasti kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran menulis (penjarakkan perkataan). Dua orang kanak-kanak telah dikenalpasti mempunyai masalah penjarakkan dalam menulis perkataan ayat mudah. Jadual 1.5 Penguasaan kemahiran menulis (Tadika Sri Kandi, Kota Kinabalu) Nama Umur Jantina Penguasaan peserta kajian berkenaan dengan menjarakkan penulisan perkataan Telah Menguasai (TM) Sedang Maju (SM) Belum Menguasai (BM) Peserta kajian 1 6 tahun Perempuan / Peserta kajian 2 5 tahun Perempuan / Guru terlebih dahulu menerangkan cara penggunaan Kit T-Gap dan menunjukkan kedudukan mata, tangan, dan badan kanak-kanak semasa menulis. Kanak-kanak dilatih menggunakan kit secara bergilir kerana hanya terdapat 1 kit sahaja yang digunakan.Lembaran kerja menulis ini berbentuk 4 peringkat: Jadual 1.6 Empat peringkat ujian menulis Tindakan Aktiviti peserta kajian Tindakan 1 Menyalin dua perkataan ayat mudah. Tindakan 2 Menyalin tiga perkataan ayat mudah. Tindakan 3 Menyalin empat perkataan ayat mudah. Tindakan 4 Menyalin lima perkataan ayat mudah.
Gambar 1.8: Contoh lembaran kerja Ujian Menulis Lembaran kerja menulis berperingkat ini bertujuan untuk memudahkan guru melihat tahap kemahiran menulis kanak-kanak secara berperingkat iaitu dari mudah kepada yang susah. a. Dapatan dan Analisis Kajian Keberkesanan bahan inovasi di lihat dari segi pencapaian kanak-kanak dalam ujian menulis yang di jalankan. Jadual 1.7 Contoh lembaran kerja sebelum dan selepas Inovasi Peserta kajian Sebelum Inovasi Selepas Inovasi P1
P2 b. Analisis data sebelum dan selepas inovasi ‘Kit T-Gap’. Jadual 1.8 Ujian Pra dan Ujian Pasca Peserta kajian Ujian Pra Ujian Pasca KK A BM TM KK B BM TM Berdasarkan dapatan daripada 2 orang kanak-kanak yang dipilih, didapati bahawa terdapat perubahan yang jelas berlaku sebelum dan selepas penggunaan Kit T-Gap. Sebelum menggunakan kit tersebut kedua-dua kanak-kanak berada dalam skala pencapaian belum menguasai (BM) dan setelah menggunakan Kit T-Gap kedua-duanya berada pada skala telah menguasai (TM). Oleh itu, jelas bahawa Kit ini berjaya membantu kanak-kanak dalam memperbaiki tulisan iaitu penjarakkan perkataan dalam penulisan ayat mudah.
ii. Sampel kajian 2 (Taska Bintang Impian) Memilih seorang sahaja kanak-kanak yang didapati mempunyai masalah penjarakkan perkataan Jadual 1.9 Pencapaian sebelum menggunakan Kit T-Gap Nama Umur Jantina Penguasaan peserta kajian berkenaan dengan menjarakkan penulisan perkataan Telah Menguasai (TM) Sedang Maju (SM) Belum Menguasai (BM) Peserta kajian 1 6 tahun Perempuan / Jadual 1.10 Hasil ujian pra dan ujian post Peserta kajian Ujian Pra Ujian Pasca KK C BM TM Perbandingan 2 hasil kerja kanak-kanak C sebelum dan selepas menggunakan Kit T-Gap
Ujian Pra Ujian Post Gambar 1.9 Hasil tulisan sebelum dan selepas menggunakan pensil gap 2.0 Gambar 1.10 menunjukkan kanak-kanak menyalin perkataan tanpa penjarakkan, namun setelah menggunakan pensil gap 2.0 kanak-kanak dapat menyalin ayat dengan kemas iaitu terdapat penjarakkan antara perkataan dalam ayat mudah yang disalin. Pada masa ini, pengkaji hanya menjalankan sekali sahaja intervensi menggunakan pensil gap tersebut namun kanak-kanak sudah menghasilkan tulisan penjarakkan perkataan dengan baik. Setiap kanak-kanak memerlukan intervansi yang berbeza kerana tahap keupayaan kanak-kanak adalah berbeza (Honey, P. & Mumford, A., 1992) . Apa yang perlu adalah guru perlu sentiasa peka dan membimbing kanak-kanak yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran awal menulis terutama dari segi penjarakkkan perkataan dalam menulis ayat.
iii. Sampel kajian 3 (Prasekolah IPGK Gaya) Perbandingan hasil kerja menulis (menyalin ayat mudah) untuk 3 orang kanak-kanak dari prasekolah IPGK Gaya, ketiga-tiga kanak-kanak ini berumur 6 tahun dan mempunyai masalah penjarakkan apabila menyalin ayat mudah. Jadual 1.11 Pencapaian sebelum menggunakan Kit T-Gap Nama Umur Jantina Penguasaan peserta kajian berkenaan dengan menjarakkan penulisan perkataan Telah Menguasai (TM) Sedang Maju (SM) Belum Menguasai (BM) Peserta kajian 1 6 tahun Perempuan / Peserta kajian 2 6 tahun Perempuan / Peserta Kajian 3 6 Tahun Perempuan / Jadual 1.12 Skala pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca Peserta kajian Ujian Pra Ujian Pasca KK D BM TM KK E BM TM KK F BM TM Berdasarkan jadual dan gambarajah tersebut dapat dilihat akan perubahan skala pencapaian menulis perkataan 3 orang kanak-kanak tersebut, yang mana semasa ujian pra ketiga-tiga kanak-kanak berada pada skala pencapaian belum menguasai (BM), namun setelah menggunakan Kit T-Gap ketiga-tiga kanak-kanak berada pada skala pencapaian telah menguasai (TM).
1. Kanak-Kanak D Gambar 1.10 Hasil menulis(menyalin ayat) sebelum dan selepas menggunakan pensil gap 2.0
2.Kanak-Kanak E Gambar 1.11 Hasil menulis(menyalin ayat) sebelum dan selepas menggunakan pensil gap 2.0
iii. Kanak-Kanak F Gambar 1.12 Hasil menulis(menyalin ayat) sebelum dan selepas menggunakan pensil gap 2.0
iv. Sampel Kajian 4 (Tadika Eduwiss Kota Kinabalu) Jadual 1.13 Pencapaian sebelum menggunakan Kit T-Gap Nama Umur Jantina Penguasaan peserta kajian berkenaan dengan menjarakkan penulisan perkataan Telah Menguasai (TM) Sedang Maju (SM) Belum Menguasai (BM) Peserta kajian 1 6 tahun Perempuan / Peserta kajian 2 6 tahun Perempuan / Peserta kajian 3 6 tahun Perempuan / Jadual 1.14 Skala pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca Peserta kajian Ujian Pra Ujian Pasca KK G BM TM KK H BM TM KK I BM TM
Kanak-Kanak G Gambar 1.13 Hasil menulis(menyalin ayat) sebelum dan selepas menggunakan Kit T-Gap dan pensil gap 2.0
Kanak-Kanak H Gambar 1.14 Hasil menulis(menyalin ayat) sebelum dan selepas menggunakan Kit T-Gap dan pensil gap 2.0
Kanak-Kanak I Gambar 1.15 Hasil menulis(menyalin ayat) sebelum dan selepas menggunakan Kit T-Gap dan pensil gap 2.0
v. Dapatan Keseluruhan bagi 4 buah tadika/taska dan prasekolah yang diuji menulis perkataan menggunaka Kit T-Gap Jadual 1.15 Skala pencapaian keselurahan bagi 4 buah tadika/taska/prasekolah Nama Tadika Ujian Pra Ujian Post BM SM TM BM SM TM Tadika Sri Kandi 2 2 Taska Bintang Impian 1 1 Prasekolah IPGK Gaya 3 3 Tadika Eduwiss 2 2 Gambarajah 1.13 Carta Pai hasil keseluruhan bagi ujian pra dan ujian post Hasil keseluruhan bagi ujian pra dan ujian post penggunaan Kit T-Gap BM TM
vi. Hasil temu bual dengan guru tadika berkaitan faedah Kit T-Gap terhadap kemahiran motor halus, menarik fokus dan minat serta meningkatkan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak Senarai Guru Hasil Temu Bual Guru A (Tadika Sri Kandi. Lido) -pensil gap dapat memperbaiki penjarakkan perkataan dalam penulisan ayat kanakkanak -bahan terapi dan permainan menyeronokkan dan membantu kanakkanak lebih fokus dan berminat unutk belajar terutamanya aktiviti menulis -Kit T-Gap perlu dimiliki oleh setiap guru tadika/taska -mempercepatkan pengajaran terutama apabila mengajar guru untuk menjarakkan tulisan perkataan dalam ayat Guru B (Tadika Eduwiss, Kota Kinabalu) -Kit T-Gap memang sesuai untuk membantu kanak-kanak yang ada masalah penjarakkan dalam menulis perkataan dalam ayat -terdapat beberapa murid saya menghadapi masalah ini -kanak-kanak seronok menggunakan 3 jenis aktiviti dalam kit T-Gap ini, mereka seronok dan lebih fokus apabila membuat latihan menulis -pensil gap membantu murid saya menulis dengan kemas dan betul, kanak-kanak lebih cepat menguasai kemahiran penjarakkan perkataan dalam ayat yang disalin Guru C (Tadika Pintar Cemerlang, Keningau) -saya suka pensil gap ni, sekali saja ajar murid saya mereka terus boleh menulis perkataan dengan penjarakkan yang betul. -games yang terdapat dalam kit T-Gap sangat menyeronokkan, murid saya sangat suka -proses pdp lebih cepat Guru D (Tadika Chi Hwa, labuan) -Kit T-Gap sesuai digunakan oleh kanakkanak yang bermasalah dalam penjarakan penulisan perkataan dalam ayat, mudah untuk di ajar dan boleh nampak kesannya secara serta merta. -Aktiviti terapi sangat sesuai untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar menulis kerana belajar menulis adalah aktiviti yang cepat membosankan kanakkanak. -pensil gap mudah digunakan, kesannya cepat dan nyata Guru Prasekolah IPGK Gaya (Kota Kinabalu) -Kit ini sangat sesuai digunakan oleh kanakkanak, 3 jenis permainan tersebut menarik perhatian kanak-kanak, selain itu ianya dapat meningkatkan kemahiran motor halus,
meningkatkan fokus kanak-kanak dan aktiviti tersebut boleh membantu memperbaiki koordinasi otak dan tangan kanak-kanak yang mana kemahiran ini penting untuk kemahiran awal menulis kanak-kanak. -lebih cepat mengajar kanak-kanak menulis dengan penjarakkan ii. Impak Utama ke atas penggunaan Kit T-Gap Dari sudut kanak-kanak: 1. Memperbaiki kemahiran menulis kanak-kanak, iaitu berfokus kepada penjarakkan perkataan dalam menulis ayat mudah 2.Meningkatkan kemahiran motor halus 3.Meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan 4.Meningkatkan fokus dan minat untuk belajar menulis Dari sudut guru: 1.Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru 2.Memudahkan proses PdPc Guru iaitu dengan adanya BBM Inovasi Kit T-Gap dalam mengajar kanak-kanak memperbaiki penulisan jarak dalam ayat mudah. 3.Proses PdPc lebih menyeronokkan 4.Proses PdPc lebih cepat (memakan masa yang cepat dalam membantu kanak-kanak belajar menulis) Aplikasi Kit T-Gap dalam kemahiran IR4.0: Jika dulu, sistem pengajaran hanya berasaskan ‘Chalk and Talk’ namun kini pelbagai jenis teknologi industri 4.0 telah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa. Menurut Noor Azizah Noorashid (2019), tahap pendedahan dan penguasaan tenaga pengajar terhadap pengetahuan revolusi industri masih rendah. Lantaran itu, para pendidik perlu lebih terbuka dan bersedia untuk berhadapan dengan perubahan-perubahan teknologi bagi memastikan pelajar mampu berdaya saing dan kompeten dalam semua aspek kehidupan dapat dilahirkan dengan jayanya. Bukan sahaja para pendidik, pelajar juga turut mendapat tempias perubahan teknologi revolusi keempat ini. Setiap pelajar perlu berusaha dan bersedia menyahut cabaran dalam pendidikan ekoran perkembangan teknologi masa kini. Setiap pelajar perlu lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam mencipta peluang dan memiliki daya keupayaan yang tinggi untuk menyelesaikan masalah walaupun mesin, robot telah mengantikan manusia dalam abad ini. Noor Azizah Noorashid (2019), menyatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran tertentu amat diperlukan untuk menjadikan sesebuah negara itu menjadi peneraju era revolusi industri 4.0. Justeru, setiap pelajar khususnya wajib melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi kerana mereka ini dianggap aset penting untuk memajukan negara dipersada dunia. Berdasarkan kenyataan di atas Kit T-Gap yang membantu kanak-kanak dalam kemahiran awal menulis merupakan salah satu langkah awal dalam usaha mencapai kemahiran IR4.0 dalam pendidikan. Kemahiran IR4.0 tidak akan dapat dicapai sekiranya kanak-kanak lambat menguasai kemahiran literasi awal seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Menurut Achmy et al (2022), kanak-kanak yang mempunyai kemahiran yang baik dalam tulisan tangan juga akan mempunyai kemahiran yang baik dalam kemahiran literasi awal yang lain seperti membaca, bertutur dan mendengar dan sebaliknya. Kemahiran tulisan tangan yang baik akan membantu kanak-kanak meluahkan idea dan pandangan mereka dengan lebih baik. Selain daripada mengajar kemahiran menulis, Kit T-Gap juga meningkatkan minat dan fokus kanak-kanak untuk belajar kerana kit ini dilengkapi dengan aktiviti
permainan yang berbentuk stimulasi otak (brain stimulation). Fokus dan minat untuk adalah elemen yang penting untuk pembelajaraan kanak-kanak pada masa akan datang, yang menjadikan mereka pembelajar aktif, yakin dan berani iaitu salah satu ciri penting dalam kemahiran IR4.0 dalam pendidikan. Ciri pembelajaran secara digital juga diaplikasikan dalam Kit T-Gap, bahan inovasi awal menulis ini dilengkapkan dengan QR Code yang boleh dirujuk secara digital (online) oleh guru dan ibu bapa pada bila-bila masa. Manual penggunaan melalui QR Code menerangkan cara-cara penggunaan Kit TGap dan pelbagai jenis aktiviti latih tubi menulis boleh didapati dan dicetak dengan mudah secara online. Terdapat pelbagai aktiviti awal menulis yang boleh dicapai dalam manual penggunaan melalui anyflip, iaitu ibu bapa atau guru boleh download aktiviti touch and trace berdasarkan apps yang disarankan yang sesuai dengan konsep Kit T-Gap yang boleh dimainkan melalui tab dan telefon pintar. Kanakkanak didedahkan dengan permainan digital yang boleh dibuat bila-bila dan di mana saja. Ini akan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi bersesuaian dengan keperluan murid untuk mencapai kemahiran IR4.0. (v) Perluasan/Komersial Jadual 1.16 Jumlah Kos Operasi Pembinaan Kit T-Gap Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit (RM) Jumlah (RM) 1 Gam air 1 0.80 0.80 2 Tape Kuning 1 1.80 1.70 3 Plastic Board A4 2 2.00 3.00 4 Pensil “brown triangle’ 3 1.50 2.50 5 small key ring 1 2.00 1.00 6 brown string 1 2.50 1.50 7 dawai berbulu 1 3.00 1.00 8 Glu gun-refill 1 5.00 3.00 9 Marker pen (permenant) 1 2.00 2.00 10 Marker pen (non permenant) 1 2.00 2.00 11 White board duster 1 0.50 0.50 12 Plastic File Box 1 9.00 9.00 Jumlah Keseluruhan RM28.00 Secara keseluruhannya jumlah kos operasi untuk membina 1 unit Kit T-Gap ini hanya sebanyak RM28 sahaja. Oleh itu, harga jualan adalah meningkat kepada 20-25% daripada jumlah kos operasi tersebut iaitu dalam RM35. i. Penggunaan diperluaskan dibeberapa Tadika, Taska dan Prasekolah KPM 1. Tadika Sri Kandi Kota Kinabalu 2. Taska Bintang Impian, Tuaran 3. Tadika Eduwiss Kota Kinabalu 4. Prasekolah IPGK Gaya, Kota Kinabalu Sampel kajian telah diambil daripada Tadika tersebut dan dianalisis. ii.Temu bual guru Tadika dibeberapa buah daerah ke atas penggunaan Kit T-Gap 1. Tadika Sri Kandi, Kota Kinabalu 2.Tadika Eduwiss, Kota Kinabalu
3. Tadika Pintar Cemerlang, Keningau 4.Tadika Chi Hwa, Labuan 5.Prasekolah IPGK Gaya, Kota Kinabalu Penyebaran luasan kit T-Gap ini masih dalam proses untuk menyebarluas kepada guru-guru tadika dan taska swasta, prasekolah KPM, kelas-kelas kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas, dan ke kelaskelas pemulihan yang turut menghadapi masalah menulis (penjarakkan perkataan dalam ayat mudah). ii. Penyebarluasan melalui media sosial Pengkaji menggunakan beberapa laman media sosial untuk memperkenalkan kit ini agar guru-guru dan ibu bapa boleh menggunakan kit ini untuk tujuan membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah menulis. Laman sosial tersebut seperti facebook, instagram, youtube dan tik tok. Gambar 1.16: Contoh komen bahan inovasi Kit T-Gap dalam youtube Link:
Youtube: ✓ Penerangan Kit T-Gap https://youtu.be/mypaLW6D-Wk ✓ Cara penggunaan https://youtu.be/uVw133d80z0 https://youtu.be/uyxBv8WrzV8 ✓ Aktiviti sepanjang pembinaan Kit T-G Anyflip: Manual Penggunaan https://anyflip.com/kurxz/sxzu/
Tik Tok: Mengenali Kit T-Gap https://vt.tiktok.com/ZS8gob1DY/ iii. Penyebarluasan Melalui Kajian dan Pembentangan di peringkat Antarabangsa Pensil gap yang terkandung dalam Kit T-Gap ini juga telah dijalankan kajian keberkesanan penggunaannya dan telah diterbitkan jurnal berkaitan pensil tersebut. Pengkaji telah membentangkan kajian di peringkat antarabangsa berkaitan keberkesanan penggunaan pensil gap terhadap kemahiran penjarakkan kemahiran menulis kanak-kanak dalam “2nd International Conference on Special Education: Access and Engagement, bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak Malaysia pada 31 Julai – 2 Ogos 2017. Kajian ini bertajuk “The Usage of “Gap Pensil’ Technique in Teaching Early Writting Skills Among The Preschooler. Gambar 1.17 Kajian berkaitan ‘Pensil gap 2.0” (dibentangkan dalam seminar antarabangsa pada 2017) Walaubagaimanapun, untuk meningkatkan kematangan bahan inovasi ini, sekali lagi pensil ini dihasilkan dengan mengubah struktur besi pada mata pensil gap tersebut dan penghasilnya dilengkapkan dengan mencipta satu Kit awal menulis iaitu inovasi baru untuk tahun 2023 iaitu “Kit T-
Gap”. Perubahan ini adalah berdasarkan komen-komen juri semasa pertanding inovasi yang lalu dan semasa membentangkan kajian ini di peringkat kebangsaan pada tahun 2017. iv. Penyebarluasan melalui pengesahan pakar 1.18 Pengesahan pakar oleh Dr.Connie Shin Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaysia Sabah 1.19 Pengesahan pakar oleh Dr.Joanna Ting Hie Ping Pakar Psikologi IPG Kampus Gaya
1.20 Pengesahan pakar oleh Professor Kehormat Vincent Pang v. Pengkomersialan 1.21 Resit permohonan MyIPO Kit T-Gap juga telah memohon hak cipta daripada MyIPO sebagai bukti hak milik dan hak cipta pengkaji.
Selain itu, Kit T-Gap juga telah berjaya dijual kepada 2 tadika yang telah dilawati iaitu Tadika Sri Kandi Kota Kinabalu dan Tadika Pelangi Wira (Eduwiss) Kota Kinabalu. 1.22 Resit pembelian Kit T-Gap D Akuan Ketua Pasukan Inovasi Saya dengan ini mengaku bahawa laporan projek inovasi ini adalah benar. Tarikh : 30 Mac 2023 Tandatangan Ketua : ______________________
Rujukan Abdullah. (2005). Liguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Achmy, et al. Kesmas: Jurnal Kesehatan Masyarakat Nasional (National Public Health Journal). 2022; 17 (4): 235-242 DOI: 10.21109/kesmas.v17i4.6209 Arce, E. (2000). Early curriculum basics: play, discovery, creativity. Curriculum for Young Children, 29-39. Berk, L.E. (2013). Child Development; 9th edition. Upper Saddle River, New Jersy. Pearson. Berk, L. E. (2008). Application of information processing to academic learning. Child Development, 304-308. Breathnach, H. (2017). Children’s Perspective of Play in an Early Childhood Classroom (Doctoral dissertation). Retrive from https://eprints.qut.edu.au/110539/. 110539. Chiel Volman (2004). Handwriting problem in primary school children : a search for under lying mechcnisms. Chu, S. (2003). Course notes from Occupational Therapy for children with handwriting difficulties. Ealing PCT. Cook, J.L. & Cook, G. (2009). Child Development: Principles and Perspectives. Boston:Pearson. Downey, J. & Garzoli, E. (2007). The effectiveness of play-based curriculum in early childhood education. Sonoma State University. http://teachplaybasedlearning.com/8.html. Gertier (1994), A Courde in Spatial Visualization. Journal for Geometry and Graphics, 3(2), 201-209. Haberfehlner H, de Vries L, Cup EHC, de Groot IJM, Nijhuis-van der Sanden MWG, van Hartingsveldt MJ (2023). Ready for handwriting? A reference data study on handwriting readiness assessments. PLoS ONE 18(3): e0282497. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0282497 Honey, P. & Mumford, A. 1992. The Manual of learning styles. Kementerian Pelajaran Malaysia (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan : Modul Teras Asas Bahasa Malaysia. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan : Pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Khuluqo, I. El. (2020). Brain Gym Optimization Methods in Improving Early Age Child Fine Motor Skills. 503(Iceccep 2019), 37–41. https://doi.org/10.2991/assehr.k.201205.082 Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia. Lim Chen Yin (2012). Genggaman pensel kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis. Mercer, C. D. (2005). Teaching students with learning problems. UK: Prentice Hall. Miller, E. & Almon, J. (2009). Crisis in kindergarten: Why children need to play in school. Noor Azizah Noorashid. (2019). Revolusi Industri 4.0: Impak Terhadap Perkembangan Pendidikan Tinggi Di Malaysia, Journal of Sciences and Managemnet Research 2600 Noraini Ombi (2009). Kajian kes ke atas kekemasan tulisan murid tahun 2 dalam kelas pemulihan khas Bahasa Melayu. Omar, A., Miah, M.,& Belmasrour, R.(2014). Effects of Technology on Writing. International Journal of Science and Applied Information Technology. Volume 3, No.2.
Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Alias. (2009). Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum permainan pendidikan awal kanak-kanak. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Alias (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan interaksi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal pendidikan Bahasa Melayu. Shamsiah Md nasir (2017). kesan jenis genggaman pencil murid bermasalah pembelajaran terhadap kemahiran menulis. Taras, H., Brennan, J., Gilbert, A., & Eck Reed, H. (2011). Effectiveness of occupational therapy strategies for teaching handwriting skills to kindergarten children. Journal of Occupational Therapy, Schools, & Early Intervention, 4(3-4), 236–246. Zainiah Mohamedisa (2018). Pencapaian Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak berusia 2,3, dan 4 tahun.