1 PETIKAN صفوة التفاسير ___________________________________________________ TAFSIR SURAH AT-TAHRIM سورة اتلحريم ____________________________________________________ TERJEMAHAN SHAUQI BIN IBRAHIM
2 ر هحيهم َ رِنَٰمۡح ٱل َ ّلله ٱل َ ِمۡسِب ٱ PENGENALAN SURAH 1- Surah al-Tahrim adalah daripada surah Madaniyyah yang membicarakan hal-hal syariah. Ia mengendalikan isu-isu dan hukum-hukum yang berkaitan dengan "rumah tangga kenabian" dan Ummahatul Mukminin iaitu isteri-isteri Nabi Muhammad SAW, yang suci. Ini adalah dalam rangka untuk membentuk rumah tangga Muslim yang sempurna dan model ideal bagi keluarga bahagia. 2- Surah ini dimulakan dengan kisah Rasulullah SAW mengharamkan hamba perempuannya, Mariyah al-Qibtiyah kepada dirinya sendiri, dan menahan diri daripada bergaul dengannya demi memuaskan hati sebahagian isteri-isterinya yang suci. Teguran yang datang kepada baginda adalah dengan cara yang lembut untuk menunjukkan kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya dan RasulNya Muhammad SAW, supaya baginda tidak menyempitkan dirinya sendiri dengan apa yang Allah telah halalkan baginya. (al-Tahrim: 1). 3- Surah ini juga menyoroti suatu perkara yang mengundang bahaya besar iaitu “membocorkan rahsia” yang terjadi antara suami isteri, yang boleh menggugat keharmonian kehidupan rumah tangga. Surah ini mengemukakan contoh peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW. Iaitu ketika Baginda telah menceritakan satu perkara kepada Hafsah dan memintanya merahsiakannya. Namun Hafsah telah membocorkannya kepada Aisyah, sehingga perkara ini telah tersebar. Ini telah mengundang kemarahan baginda sehingga bercadang untuk menceraikan isteri-isterinya. 4- Jendela surah ini dilabuhkan dengan memberikan dua contoh: Contoh pertama, si isteri yang kafir yang berada di bawah jagaan suami yang beriman. Contoh kedua, si isteri yang beriman yang berada di bawah jagaan suami yang kafir. Contoh ini menjadi satu peringatan kepada manusia bahawa di akhirat nanti, seseorang tidak dapat membantu seseorang yang lain, pangkat dan keturunan tidak dapat memberi manfaat, apabila seseorang manusia tidak melakukan amal soleh. Ia merupakan penutup yang indah dan selaras dengan suasana serta tujuan surah tuntuk meneguhkan asas-asas akhlak dan iman.
3 SEBAB PENURUNAN AYAT: 1- Rasulullah SAW dan Mariyah al-Qibtiyah Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW membahagikan masa antara isteriisterinya. Pada suatu hari, ketika giliran Hafsah, beliau meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk melawat kedua ibu bapanya dan Baginda mengizinkan. Setelah Hafsah keluar, Baginda SAW memanggil Mariyah al-Qibtiyah, seorang hamba perempuan, dan bersama dengannya di rumah Hafsah. Apabila Hafsah kembali, dia mendapati Mariyah di rumahnya dan merasa sangat cemburu. Hafsah berkata, "Engkau membawa dia ke rumahku semasa ketiadaanku dan bersama dengannya di atas tempat tidurku? Aku rasa engkau melakukan ini kerana tidak menghargai aku." Rasulullah SAW, untuk meredakan perasaan Hafsah, berkata, "Aku telah mengharamkan dirinya (Mariyah) untuk diriku, dan jangan memberitahu sesiapa tentang perkara ini." Namun, setelah Nabi SAW meninggalkan tempat itu, Hafsah memberitahu Aisyah tentang rahsia tersebut kerana mereka berdua bersahabat baik. Hal ini menyebabkan Nabi SAW marah dan Baginda bersumpah tidak akan menemui isteri-isterinya selama sebulan serta menjauhi mereka. Maka Allah menurunkan ayat, ((Wahai Nabi, mengapa engkau mengharamkan apa yang Allah halalkan untukmu?)) (Surah At-Tahrim: 1). 2- Rasulullah SAW dan Zainab Diriwayatkan bahawa Nabi SAW sering mengunjungi isteri baginda, Zainab RA, dan minum madu di rumahnya. Aisyah dan Hafsah bersepakat untuk berkata kepada baginda bahawa baginda telah memakan makanan bernama 'maghafir', yang berbau kurang menyenangkan. Ketika Nabi SAW mendekati Hafsah, dia berkata demikian, dan kemudian Aisyah juga berkata perkara yang sama apabila baginda mendekatinya. Nabi SAW tidak suka mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka baginda berkata, "Tidak, aku hanya minum madu di rumah Zainab dan aku tidak akan meminumnya lagi," serta bersumpah. Maka Allah menurunkan ayat, ((Wahai Nabi, mengapa engkau mengharamkan apa yang Allah halalkan untukmu?)) (Surah At-Tahrim: 1).
4 _____________________________________________ (1) BEBERAPA PERILAKU ISTERI-ISTERI NABI SAW ا َ ه ُّ ي َ أ ََٰٓ ي ُّ هب َ ٱنل َ ل َ ح َ أ ٓ ا َ م ح هم ر َ ح ُت َ لهم َح َۖ ٱّلل كَ َ ل ((Wahai Nabi, mengapa engkau mengharamkan apa yang Allah halalkan untukmu)) seruan ini dengan ungkapan “kenabian” menunjukkan penghormatan dan kemuliaan, serta menonjolkan kedudukannya yang tinggi dan mulia. Allah tidak memanggilnya dengan nama, seperti yang dilakukan kepada rasul-rasul lain dengan sebutan "Wahai Ibrahim, Wahai Nuh, Wahai Isa bin Maryam" tetapi menggunakan ungkapan “kenabian” atau “kerasulan”. Ini adalah bukti terbesar dan dalil bahawa baginda SAW adalah nabi dan rasul yang terbaik. Makna ayat ini: Wahai orang yang menerima wahyu dari langit, diberi berita oleh Jibril yang amanah, mengapa engkau melarang dirimu sendiri dari apa yang Allah halalkan bagimu dari kalangan wanita? Para mufassir berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW berduaan dengan Mariyah (ibu kepada anak baginda, Ibrahim) di rumah Hafsah dan Hafsah mengetahui hal itu. Baginda bersabda kepadanya: "Rahsiakan hal ini atasku dan aku telah mengharamkan Mariyah untuk diriku." Maka turunlah ayat ini, ((Wahai Nabi, mengapa engkau mengharamkan apa yang Allah halalkan untukmu?)) (Surah At-Tahrim: 1). Dalam pembukaan teguran ini terdapat kelembutan yang tidak tersembunyi, Allah menegur baginda kerana menyusahkan dirinya dan menyempitkan ke atas dirinya demi untuk menyenangkan hati isteri-isterinya, seolah-olah Allah berkata: “Jangan menyusahkan dirimu demi isterimu, kerana isteri-isterimu berusaha untuk menyenangkanmu, maka rehatkan dirimu dari kesusahan ini”. AYAT 1
5 َۚ هجكَ َٰ َ و ۡ ز َ أ اتَ ضَ ۡ ر َ هِغ م َ ت ۡ ب َ ت ((Kamu mencari keredaan isteri-isterimu)), iaitu kamu mencari keredaan isteriisterimu dengan mengharamkan apa yang Allah halalkan untukmu? Dalam kitab "At-Tasheel" dinyatakan: Ia bermaksud, baginda mengharamkan hamba perempuan itu (Mariyah) untuk mencari keredaan Hafsah. Ini menunjukkan bahawa ayat ini turun mengenai pengharaman hamba perempuan tersebut, manakala pengharaman madu tidak bertujuan mencari keredaan isteri-isterinya tetapi baginda meninggalkannya kerana baunya. َ و َح ٱّلل ٞ هحيم َ ر ٞ ور ح ف َ غ ١ ((Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)), bermaksud, Allah Maha Luas keampunan-Nya dan Maha Besar Rahmat-Nya, kerana mengampunkan engkau atas tindakan mengharaman dirimu daripada Mariyah, dan sesungguhnya Allah menegurmu kerana kasih sayang kepadamu. Ini menunjukkan bahawa teguran itu sebenarnya adalah penghormatan bagi baginda, dan teguran itu berlaku kerana baginda menyusahkan dirinya sendiri dan menahan diri dari sesuatu yang menjadi hiburan dan nikmat baginya. Buruk sekali apa yang dikatakan oleh Az-Zamakhsyari bahawa ini adalah kesalahan daripada baginda, kerana baginda mengharamkan apa yang Allah halalkan untuknya. Ini adalah kekurangan adab dengan kedudukan kenabian dan kejahilan terhadap sifat maksum baginda. Baginda tidak mengharamkan perkara yang halal seperti yang didakwa, sehingga dianggap sebagai kesalahan dan dosa. Akan tetapi baginda menahan diri daripada beberapa hambanya untuk menyenangkan hati beberapa isterinya. Allah menegurnya kerana kasih sayang kepadanya dan untuk menonjolkan kedudukannya yang tinggi, kerana tidak sepatutnya baginda memenuhi kehendak isteri-isterinya dengan cara yang memberatkan dirinya, Hal ini mengikut kebiasaan kemurahan Allah kepada baginda. َض َ ر َ ف ۡ د َ ق َح َۚ ٱّلل ۡ م نهكح َٰ َ م ۡ ي َ أ َ ة َ هل َ ُت ۡ م كح َ ل AYAT 2
6 ((Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagimu cara untuk membebaskan sumpahmu)), bermaksud, Allah telah menetapkan untuk kamu, wahai kaum mukminin, cara untuk membebaskan sumpah kamu, iaitu dengan membayar kafarah. َ و َح َۖ ٱّلل ۡ م َٰكح ى َ ل ۡ و َ م ((Dan Allah adalah Pelindungmu)) bermaksud, Allah adalah Pelindung dan Penolong kamu. َ و ح ه َ و ح لهيم َ ع ۡ ٱل ح هكيم َ ۡ ٱۡل ٢ ((Dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana)) bermaksud, Dia Maha Mengetahui tentang makhluk-Nya dan Maha Bijaksana dalam tindakan-Nya, Dia tidak memerintah atau melarang melainkan dengan hikmah dan kepentingan (maslahah). Kemudian Allah menjelaskan kisah yang berlaku kepada Rasulullah SAW dengan beberapa isterinya, َس َ َ َ أ ۡ ِإَوذ َ هج ٱنل هه َٰ َ و ۡ ز َ هض أ ۡ ع َ ب َٰ َ هَل إ ُّ هب ۦ ا ٗ هديث َ ح ((Dan ingatlah ketika Nabi merahsiakan suatu peristiwa kepada salah seorang isterinya.)) Iaitu, ingatlah ketika Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم membisikkan suatu rahsia kepada isterinya Hafsah dan memintanya untuk menyimpan rahsia itu. Ibnu Abbas berkata: Rahsia itu adalah tindakan baginda mengharamkan hamba perempuan ke atas dirinya, dan memberitahu Hafsah bahawa khalifah selepasnya adalah Abu Bakar dan Umar, serta memintanya untuk tidak memberitahu sesiapa. Berkata Ar-Razi: Apabila Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم melihat kecemburuan di wajah Hafsah, baginda ingin menenangkannya. Oleh itu, baginda membisikkan dua perkara kepadanya: 1- Mengharamkan hamba perempuan ke atas dirinya. 2- Memberi berita gembira bahawa khalifah selepasnya adalah Abu Bakar dan Umar. AYAT 3
7 ههه ب تۡ َ أ َ ب َ ا ن َ م َ ل َ ف ۦ ((Maka ketika dia memberitahukannya)) bermaksud, Hafsah memberitahu rahsia itu kepada Aisyah dan menyebarkannya. ح ه َ ر َ ه ۡ ظ َ أ َ و َح ٱّلل هه ۡ ي َ ل َ ع ((Dan Allah menampakkan hal itu kepadanya)) bermaksud,Allah memberitahu Nabi melalui Jibril tentang pembocoran rahsia itu. ح ه ضَ ۡ ع َ ب َ َف ر َ ٖۖ ع ۥ ض ۡ ع َ ۢن ب َ ع َض َ ر ۡ ع َ أ َ و ((Maka Nabi memberitahukan sebahagian darinya dan menyembunyikan sebahagian yang lain)) Maksudnya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu Hafsah sebahagian daripada perkara yang telah dibocorkannya sebagai teguran, dan tidak memberitahu semua yang telah berlaku kerana rasa malu dan kemurahan hati baginda. Sesungguhnya, adalah kebiasaan orang yang mulia untuk menutup mata terhadap kesilapan dan mengurangkan teguran serta celaan. Hasan berkata, "Orang yang mulia tidak pernah meluahkan segalanya." Sufyan pula berkata, "Berpura-pura tidak tahu adalah salah satu sifat orang yang mulia." Al-Khazin berkata: maksudnya ialah, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم memberitahu Hafsah sebahagian daripada apa yang dia ceritakan kepada Aisyah, iaitu mengharamkan Mariyah ke atas dirinya, dan mengelak daripada menyebut tentang hal khalifah kerana baginda صلى الله عليه وسلم tidak mahu perkara itu tersebar di kalangan orang ramai. ههه ا ب َ ه َ أ َ ب َ ا ن َ م َ ل َ َۖ ف ۦ ا َ َٰذ َ ه َ ك َ أ َ ۢنب َ أ ۡ ن َ م تۡ َ ال َ ق ((Apabila Nabi memberitahunya tentang hal itu, Hafsah bertanya, "Siapa yang memberitahumu tentang hal ini?)) bermaksud, Apabila Rasulullah memberitahu Hafsah bahawa dia telah membocorkan rahsianya, lalu Hafsah berkata: 'Siapakah yang memberitahumu wahai Rasulullah, bahawa aku telah membocorkan rahsiamu? Abu Hayyan berkata: bahawa Hafsah menyangka Aisyah telah membocorkannya kerana dia sendiri telah meminta Aisyah merahsiakannya. Maka dia bertanya, "Siapa yang memberitahumu tentang ini?" dengan tujuan untuk mengesahkannya. Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab bahawa Allah SWT yang memberitahunya. Hafsah pun berdiam diri dan menerima dengan reda.
8 هِنَ َ أ َ ب َ ن َ ال َ ق ح لهيم َ ع ۡ ٱل هيح ب َ ۡ ٱۡل ٣ ((Aku diberitahu oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana)) bermaksud, Rasulullah SAW menjawab: "Aku diberitahu oleh Tuhan yang Maha Agung, yang Maha Mengetahui rahsia hamba-hamba-Nya, yang Maha Bijaksana, yang tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripada-Nya." هن إ َ هَل إ ٓ ا َ وب ح ت َ ت ه َ ٱّلل ((Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah….)). Titah ini ditujukan kepada Hafsah dan Aisyah. Allah bertitah kepada mereka berdua dengan menggunakan kata ganti diri yang lebih formal (dialihkan daripada perkataan DIA kepada perkataan KAMU) sebagai bentuk teguran yang lebih kuat dan mendorong mereka untuk bertaubat daripada menyakiti Rasulullah SAW. Jawapan kepada syarat dalam titah ini dihilangkan (dihazaf), iaitu bermaksud ((Jika kamu berdua bertaubat, maka ia lebih baik bagi kamu daripada bekerjasama untuk menyakiti Nabi SAW)). َۖ ا َ م حكح وب ح ل ح ق تۡ َ غ صَ ۡ د َ ق َ ف ((Sesungguhnya hati kamu berdua telah condong)) bermaksud, hati kamu berdua telah menyimpang daripada kewajipan untuk setia kepada Rasulullah SAW, dengan mencintai apa yang dia cintai dan membenci apa yang dia benci. هه ۡ ي َ ل َ ا ع َ ر َ َٰه َ ظ َ ِإَون ت ((Dan jika kamu berdua saling membantu menyakiti dia)) bermaksud, jika kamu berdua bekerjasama untuk menyakiti Nabi SAW dengan melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh baginda, seperti merencanakan sesuatu yang dapat menimbulkan perselisihan antara baginda dan isteri-isterinya. َ هن إ َ ف ََ ٱّلل ح ه َٰ ى َ ل ۡ و َ م َ و ح ه ((Maka sesungguhnya Allah adalah pelindungnya)) bermaksud, Allah Ta'ala adalah pelindung dan penolongnya, maka pakatan kamu berdua tidak akan membahayakannya. AYAT 4
9 ح لهح َٰ صَ َ و ح يل ه ۡ هجۡب َ َۖ و همنهيَ ۡ ؤ ح م ۡ ٱل ((Dan Jibril dan orang-orang mukmin yang soleh)) bermaksud, Jibril juga adalah pelindung dan penolongnya, begitu juga orang-orang mukmin yang soleh. Ibn Abbas berkata: Orang-orang mukmin yang soleh merujuk kepada Abu Bakar dan Umar kerana mereka berdua sentiasa membantu dan menyokong baginda. Dalam kitab "At-Tasheel" dinyatakan: Maksud ayat ini adalah jika kamu berdua bekerjasama untuk menyakiti Nabi SAW dengan cemburu yang melampau atau menyebarkan rahsianya, maka baginda mempunyai penolong yang akan melindunginya. Dalam hadis sahih dinyatakan bahawa apabila peristiwa ini berlaku, Umar datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, apa yang menyusahkanmu mengenai urusan wanita? Jika engkau menceraikan mereka, maka sesungguhnya Allah bersamamu. Malaikat-Nya dan Jibril bersamamu. Begitu juga Abu Bakar dan Umar bersamamu." Maka turunlah ayat ini yang menyetujui kata-kata Umar. َ و ح ة َ هك ئ ََٰٓ ل َ م ۡ ٱل ٌ هي ه َ ظ لهكَ َٰ َ ذ َ د ۡ ع َ ب ٤ ((Dan malaikat juga menjadi penolong setelah itu)) bermaksud, setelah Allah, Jibril, orang-orang mukmin yang soleh… para malaikat yang suci juga menjadi penolong bagi Rasulullah SAW dalam menghadapi sesiapa yang menentangnya. Maka apa guna dua orang wanita bersepakat untuk melawan baginda sedangkan baginda mempunyai penolong dan penyokong seperti ini? “Jibril” disebut secara khusus adalah untuk memuliakannya dan menunjukkan kedudukannya yang tinggi di sisi Allah. Ini bermakna Jibril disebut dua kali, sekali secara individu dan sekali lagi secara umum. “Orang-orang mukmin yang soleh” disebut di tengah-tengah antara Jibril dan malaikat untuk memuliakan mereka, memberi perhatian untuk mereka dan menghargai kelebihan mereka. Ayat ini ditutup dengan menyebut "Malaikat" yang merupakan makhluk yang paling agung, menjadikan mereka penolong bagi Nabi SAW untuk memperkuatkan lagi kedudukan baginda dan menunjukkan sokongan yang besar untuk baginda, seolaholah mereka adalah bala tentera yang memenuhi seluruh tanah sebagai sokongan
10 bagi Nabi yang terpilih. Maka siapa yang berani menentang Rasulullah SAW selepas itu? Kemudian Allah memberi amaran kepada isteri-isteri Nabi SAW dengan firman-Nya: ح ه ُّ ب َ ر َٰ َ ََس ع ٓ ۥ َ ن كح َ ق َ ل َ هن ط إ ((Mungkin Tuhannya, jika dia menceraikan kamu,)). Para mufassir berkata: {سى َع { َ daripada Allah bermaksud sesuatu yang pasti iaitu kewajipan yang pasti kepada Allah jika Rasul-Nya menceraikan kamu. ح َ هدل ۡ ب ح ن ي َ أ ٓ ۥ َٰج َ و ۡ ز َ أ ا َ ن هنكح ا م ٗۡ ي َ خ ((Bahawa Dia akan menggantikannya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu,)) bermaksud, Allah akan menggantikan Rasulullah SAW dengan isteri-isteri yang lebih baik dan lebih soleh daripada kamu. Al-Qurtubi berkata: Ini adalah janji daripada Allah kepada Rasul-Nya bahawa jika baginda menceraikan mereka di dunia, Allah akan mengahwinkannya dengan isteriisteri yang lebih baik daripada mereka. Namun, Allah mengetahui bahawa baginda tidak akan menceraikan mereka, tetapi memberitahu tentang kekuasaan-Nya, bahawa jika Rasul-Nya menceraikan mereka, Dia akan menggantikan mereka dengan yang lebih baik, sebagai peringatan kepada mereka. Kemudian Allah menggambarkan sifat-sifat isteri-isteri yang akan diberikan kepada baginda sebagai pengganti: ت َٰ َ لهم ۡ س ح م ((Yang berserah diri)) iaitu yang patuh dan tunduk kepada perintah Allah dan RasulNya. ت َٰ َ همن ۡ ؤ ُّ م ((Yang beriman)) iaitu yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya. ت َٰ َ نهت َٰ َ ق ((Yang taat)) iaitu yang sentiasa taat kepada perintah, tekun dalam ketaatan. AYAT 5
11 ٍت َٰ َ هب ئ ََٰٓ ت ((Yang bertaubat)) iaitu yang sentiasa bertaubat daripada dosa dan tidak terusmenerus dalam melakukan maksiat. َٰ ت َ ع َٰ َ هد ب ((Yang beribadat)) iaitu yang beribadat kepada Allah, sentiasa memperbanyakkan ibadat. Seperti seolah-olah semangat ibadat telah meresap begitu dalam dalam hati mereka sehingga ibadat itu telah menjadi sifat tetap mereka (habit). ت َٰ هحَ ئ ََٰٓ س ((Yang berpuasa))1 iaitu yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. ا ٗ ار ۡكَ ب َ أ َ ت و َٰ َ هب ي َ ث ٥ ((Yang janda dan yang perawan)) iaitu sebahagian daripada mereka adalah janda dan sebahagian lagi adalah perawan. Ibn Kathir berkata: Allah membahagikan perempuan kepada dua jenis supaya lebih menggembirakan hati, kerana variasi menambah keseronokan. Dan penggunaan 'وَ ' (dan) di sini adalah untuk menunjukkan variasi dan pembahagian. Jika ia tidak digunakan, maknanya akan terganggu, kerana janda dan perawan tidak boleh wujud bersama-sama, maka perhatikan keindahan al-Quran. 1 ((Yang berpuasa)), terjemahan ini adalah seperti tercacat dalam tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Ia merupakan tafsiran Ibnu Abbas. Beliau bersandarkan kepada hadis (الصيام األمة هذه سياحة .( Berkata Zaid Bin Aslam: ia bermaksud “Perempuan yang berhijrah”. Kemudian beliau membaca ayat atTaubah (السائحون الحامدون العابدون التائبون ,(as-sa’ihun bermaksud yang berhijrah. Kata Sheikh Ali Sobuni: mungkin pendapat ini lebih kuat kerana bertepatan dengan penggunaan bahasa iaitu (السياحة ,(yang bererti, berjalanjalan muka bumi untuk mengambil iktibar. Namun Ibnu Kathir telah mentarjihkan pendapat yang pertama (puasa). Wallahu A’lam.
12 ___________________________________________________________________ (2) MENJAGA DIRI DARIPADA NERAKA Selepas memberikan nasihat khusus kepada isteri-isteri Nabi, Allah memberikan nasihat kepada orang-orang mukmin secara umum dengan firman-Nya: ا َ ه ُّ ي َ أ ََٰٓ ي هينَ َ ٱَّل ا ٗ ار َ ن ۡ م لهيكح ۡ ه َ أ َ و ۡ م سَ كح ح نف َ أ ْ ا ٓ و ح ق ْ وا ح ن َ ام َ ء ((Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka,)) bermaksud, wahai orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan menyerahkan diri untuk Allah ! lindungilah diri kamu, isteri-isteri dan anak-anak kamu daripada api neraka yang marak menyala, dengan meninggalkan maksiat dan melaksanakan ketaatan, dengan mendidik mereka dan mengajar mereka. Mujahid berkata: "Takutlah kepada Allah, dan perintahkan ahli keluarga kamu untuk bertakwa kepada Allah." Al-Khazin berkata: "Perintahkan mereka untuk berbuat kebaikan dan laranglah mereka daripada melakukan kejahatan, ajarlah mereka dan didiklah mereka, supaya dengan itu kamu boleh melindungi mereka daripada api neraka." Maksud “ahli keluarga” di sini adalah isteri dan anak-anak serta apa yang berkaitan dengan mereka. ا َ ه ح ود ح ق َ و اس ح َ ٱنل َ و ح ة َ ار َ هج ۡ ٱۡل ((Bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu,)) bermaksud, bahan bakar yang menyalakan api neraka adalah manusia dan batu-batu. Para mufassir berkata: “Batu-batu” di sini merujuk kepada batu belerang, kerana ia adalah bahan yang paling panas dan paling cepat terbakar, yang menunjukkan ia sangat panas dan menyala dengan cepat, tidak seperti api dunia yang menyala dengan kayu dan seumpamanya. AYAT 6
13 Ibn Mas'ud berkata: Bahan bakarnya adalah manusia yang dilemparkan ke dalamnya, dan batu-batu daripada belerang, yang lebih busuk daripada bangkai. َ هغل ٌ ة َ هك ئ ََٰٓ ل َ ا م َ ه ۡ ي َ ل َ ع ظٞ ٞ اد َ هشد ((Di atasnya ada malaikat-malaikat yang kasar dan keras,)) bermaksud, di atas neraka itu terdapat malaikat-malaikat (Zabaniyah) penjaga yang kasar dan keras hati, tidak mempunyai belas kasihan, yang ditugaskan untuk menyeksa orang-orang kafir. Al-Qurtubi berkata: "Malaikat-malaikat” yang dimaksudkan di sini adalah malaikatmalaikat penjaga neraka (Zabaniyah), yang kasar hati mereka, tidak mempunyai belas kasihan apabila dipohonkan belas kasihan, kerana mereka diciptakan daripada kemarahan, dan mereka menyukai menyeksa makhluk sebagaimana manusia menyukai makan dan minum. َ ون صح ۡ ع َ ي َ َّل ََ ٱّلل ۡ م ح ه َ ر َ م َ أ ٓ ا َ م ((Yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka,)) bermaksud, mereka tidak pernah mendurhakai perintah Allah dalam apa jua keadaan. َ ون ح ر َ م ۡ ؤ ح ا ي َ م َ ون ح ل َ ع ۡ ف َ ي و ٦َ ((Dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan,)) bermaksud, mereka melaksanakan perintah tanpa berlengah atau menunda. Kemudian Allah memberi amaran kepada orang-orang kafir ketika mereka memasuki neraka dengan firman-Nya: ا َ ه ُّ ي َ أ ََٰٓ ي هينَ َ ٱَّل ْ وا ح هذر َ ت ۡ ع َ ت َ َّل ْ وا ح ر َ ف َ َۖ م َ و ك َ ۡ ۡ ٱۡل ((Wahai orang-orang yang kafir, janganlah kamu mengemukakan alasan pada hari ini,)) bermaksud, janganlah kamu meminta maaf atas dosa-dosa dan kejahatanmu, kerana permohonan maaf tidak berguna pada hari ini, kerana kamu telah diberi peringatan dan penjelasan terlebih dahulu. AYAT 7
14 َ ون ح ل َ م ۡ ع َ ت ۡ م ح نت ح ا ك َ م َ ن ۡ و َ ز ۡ ح ا ُت َ م َ إ ٧ هن ((Kamu hanya dibalas berdasarkan apa yang telah kamu lakukan,)) bermaksud kamu hanya akan menerima balasan daripada amalan-amalan burukmu, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun. Sebagaimana firman Allah: َ م ۡ و َ ۡ ٱۡل َ م ۡ ل ح ظ َ َۚ َّل تۡ َ ب سَ َ ا ك َ هم ِۢس ب ۡ ف َ ن حُّ َٰى ُك َ ز ۡ ح ُت َۚ َ م ۡ و َ ۡ ٱۡل َ هن إ ٱّلل ََ ح يع هب ََسه ا هسَ ۡ ٱۡل ١٧ "Pada hari ini, setiap jiwa akan dibalas berdasarkan apa yang telah mereka usahakan; tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat dalam perhitungan." (Surah Ghafir: 17) ___________________________________________________________________ (3) TAUBAT NASUHA Kemudian Allah mengajak orang-orang beriman kepada taubat yang sebenar dengan firman-Nya: ا َ ه ُّ ي َ أ ََٰٓ ي هينَ َ ٱَّل َ هَل إ ْ ا ٓ و ح وب ح ت ْ وا ح ن َ ام َ ء ه َ ٱّلل ا وح صح َ ن ٗ ة َ ب ۡ و َ ت ((Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benar taubat,)) bermaksud, bertaubatlah kepada Allah daripada dosadosamu dengan taubat yang ikhlas dan tulus, mencapai tahap tertinggi dalam bertaubat. Umar RA ditanya tentang taubat nasuha, beliau menjawab: "Ia adalah apabila seseorang bertaubat dan tidak kembali kepada dosa itu, seperti mana susu tidak kembali kepada puting." Para ulama berkata: Taubat nasuha adalah taubat yang memenuhi tiga syarat: 1- Meninggalkan dosa, 2- Menyesali apa yang telah terjadi, 3- Berazam untuk tidak mengulanginya. AYAT 8
15 4- Jika dosa itu melibatkan hak manusia, ditambah syarat keempat iaitu: mengembalikan hak kepada yang berhak. ه ي َ س ۡ م نكح َ ع َ هر ف حكَ ن ي َ أ ۡ م ُّكح ب َ ر َٰ َ ََس ع َ ۡ م اتهكح ((Mungkin Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu,)) bermaksud, semoga Allah merahmati kamu dan menghapuskan dosa-dosamu. Para mufassir berkata: "سى َع " َdaripada Allah bermaksud sesuatu yang pasti, seperti satu janji yang ditepati. Ini adalah suatu jaminan daripada Allah kepada hambahamba-Nya untuk menerima taubat mereka sebagai satu anugerah dan kemurahan daripada-Nya., kerana apabila Yang Maha Agung berjanji, Dia akan menepatinya. Dan biasanya, raja-raja apabila mereka ingin melakukan sesuatu, mereka berkata "mungkin", yang membawa maksud sesuatu itu pasti akan terjadi. ا َ تهه ۡ َ هي همن ُت ر ۡ َ ت ُت ََٰ ن َ ج ۡ م كح َ هخل ۡ د ح ي َ و ح ر َٰ َ ه ۡ ن َ ۡ ٱۡل ((Dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,)) bermaksud, memasukkan kamu ke dalam taman-taman dan kebunkebun yang indah di akhirat, yang di bawah istananya mengalir sungai-sungai syurga. هي ز حۡ ُي َ َّل َ م ۡ و َ ي َح ٱّلل َ هب َ ٱنل َ و هينَ َ ٱَّل ح ه َ ع َ م ْ وا ح ن َ ام َ ۥ َۖ ء ((Pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya,)) bermaksud, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan para pengikutnya yang beriman di hadapan orang-orang kafir, tetapi akan memuliakan dan memuliakan mereka. Abu Saud berkata: Ayat ini memberikan sindiran kepada mereka yang dihina oleh Allah daripada kalangan orang-orang kafir dan fasiq. ۡ هم نهه َٰ َ م ۡ ي َ أ ه ب َ و ۡ هم هديه ۡ ي َ أ ي ۡ َ َ ب َٰ َع َ ۡ س َ ي ۡ م ح ه ح ور ح ن ((Cahaya mereka bersinar di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka,)) bermaksud, cahaya orang-orang beriman ini akan menerangi mereka di atas titian sirat, memancar di hadapan mereka, di belakang mereka, di sebelah kanan dan kiri mereka, seperti cahaya bulan di kegelapan malam.
16 ا َ ن َ ور ح ا ن َ َ نل ۡ همم ۡ ت َ أ ٓ ا َ ن َ ب َ ر َ ون ح ول ح ق َ ي ((Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami,)) bermaksud, mereka berdoa kepada Allah dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sempurnakan dan kekalkan cahaya ini untuk kami, jangan biarkan kami tersesat dalam kegelapan. Ibn Abbas berkata: Ini adalah doa orang-orang beriman ketika Allah memadamkan cahaya orang-orang munafik, mereka berdoa dengan penuh kerisauan agar mereka dapat mencapai syurga. َ و ۡ فهر ۡ َۖ ٱغ ٓ ا َ َ نل ((Dan ampunilah kami,)) bermaksud, hapuskanlah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan. ه ح َٰ ُك لَع ََ كَ َ إ ء هن ۡ َ ر ٞ َش هدي َ ق ٨ ((Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu,)) bermaksud, sesungguhnya Engkau berkuasa untuk mengampuni dan menghukum, memberikan rahmat dan azab. ___________________________________________________________________ (5) JIHAD MELAWAN MUSUH ALLAH Kemudian Allah memerintahkan berjihad melawan musuh-musuh Allah daripada kalangan kafir dan munafik dengan firman-Nya: ا َ ه ُّ ي َ أ ََٰٓ ي ُّ هب َ ٱنل هد ه ه َٰ جَ َ ار َ ف ح ك ۡ ٱل َ و َٰفهقهيَ َ ن ح م ۡ ٱل ((Wahai Nabi, berjihadlah melawan orang-orang kafir dan munafik,)) bermaksud, berjihadlah melawan orang-orang kafir dengan pedang dan senjata, dan melawan orang-orang munafik dengan hujah dan dalil, kerana orang-orang munafik AYAT 9
17 menampakkan iman, jadi mereka dianggap sebagai Muslim secara Zahir. Oleh itu Rasulullah SAW tidak diperintahkan untuk memerangi mereka secara fizikal. َ و ۡ ظ ح ل ۡ َۚ ٱغ ۡ هم ه ۡ ي َ ل َ ع ((Dan bersikap keraslah terhadap mereka,)) bermaksud, bersikap tegas dan keras dalam percakapan, jangan berlembut dan berlemah-lembut dengan mereka, untuk menakutkan dan merendahkan mereka, agar keangkuhan mereka hancur dan sikap keras mereka menjadi lembut. َۖ ح م َ ن َ ه َ ج ۡ م ح ه َٰ ى َ و ۡ أ َ م َ و ((Tempat tinggal mereka adalah neraka Jahannam,)) bermaksud, tempat mereka di akhirat adalah neraka Jahannam. َس ۡ هئ ب َ و هصيح َ م ۡ ٱل ٩ ((Dan neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali,)) bermaksud, Jahannam adalah seburuk-buruk tempat tinggal dan tempat kembali bagi orang-orang yang berdosa. ___________________________________________________________________ (6) CONTOH PEREMPUAN KAFIR Kemudian Allah memberikan contoh kepada orang-orang kafir mengenai ketidakberuntungan mereka walaupun memiliki hubungan kekerabatan atau pernikahan dengan orang yang beriman, kerana segala hubungan akan terputus pada hari kiamat dan yang bermanfaat hanyalah amal soleh. Allah berfirman: بَ َح َ ٱّلل ََض ْ وا ح ر َ ف هينَ كَ َ هَّل ل ٗ ل َ ث َ م تَ َ أ َ ر ۡ ٱم َ و ح و ح ن تَ َ أ َ ر ۡ ٖۖ ٱم و ط ح ل ((Allah memberikan contoh bagi orang-orang kafir dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut,)) bermaksud, Allah memberikan perumpamaan kepada orang-orang AYAT 10
18 kafir tentang ketidakberuntungan mereka meskipun memiliki hubungan dengan orang yang beriman, melalui keadaan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut. ه ي ۡ َ لهح َٰ ا صَ َ ادهن َ هعب ۡ همن ه ن ۡ ي َ د ۡ ب َ ع تَ ۡ َ ا ُت َ ت َ ن َ َك ((Kedua-duanya berada dalam pernikahan dengan dua hamba Kami yang soleh,)) iaitu mereka adalah isteri kepada dua Nabi yang agung, iaitu Nabi Nuh dan Nabi Lut السالم عليهما .Allah menyifatkan kedua Nabi ini sebagai “hamba” kerana memuliakan dan menghormati keduanya dengan menyandarkan keduanya kepada Allah. ا همنَ َ م ح ه ۡ ن َ ا ع َ نهي ۡ غ ح ي ۡ م َ ل َ ا ف َ م ح اه َ ت َ ان َ خ َ ف ه َ ٱّلل ي ۡ َ ش ٗ ا ((Lalu kedua-duanya berkhianat kepada suami mereka, maka suami mereka tidak dapat membantu mereka sedikitpun dari (azab) Allah,)) bermaksud, keduadua isteri tersebut telah mengkhianati suami mereka dengan tidak beriman, maka Nabi Nuh dan Nabi Lut (walaupun berpangkat nabi) tidak dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. َ قهيل َ و َ ل ح خ ۡ ٱد َ ار َ ٱنل َ ع َ م هخلهيَ ََٰ ٱل ١٠ ((Dan dikatakan kepada mereka: Masuklah ke dalam neraka bersama-sama orang yang masuk (ke dalamnya),)) bermaksud, malaikat penjaga neraka berkata kepada kedua mereka pada hari kiamat: Masuklah ke dalam neraka bersama orangorang kafir dan penjahat yang lain. Al-Qurtubi berkata: Allah memberikan contoh ini sebagai peringatan bahawa di akhirat nanti, tidak ada seorang pun yang dapat menolong orang lain yang memiliki hubungan kekerabatan dan keturunan kerana mereka berbeda dalam agama, seperti mana Nabi Nuh dan Nabi Lut tidak dapat menyelamatkan isteri mereka yang derhaka dari azab Allah walaupun mereka adalah nabi yang dimuliakan oleh Allah.
19 ___________________________________________________________________ (7) CONTOH PEREMPUAN BERIMAN Kemudian Allah memberikan contoh lain bagi orang-orang yang beriman: َ ََضَ و بَ َح ٱّلل ْ وا ح ن َ ام َ ء هينَ َ هَّل ل ٗ ل َ ث َ م تَ َ أ َ ر ۡ ٱم َ ن ۡ و َ ع ۡ فهر ((Dan Allah memberikan contoh bagi orang-orang yang beriman dengan isteri Firaun,)) bermaksud, Allah memberikan perumpamaan kepada orang-orang yang beriman bahawa hubungan kerabat dengan orang kafir tidak akan merugikan mereka jika mereka sendiri beriman. Abu al-Su’ud berkata: “Allah menjadikan keadaan isteri Fir’aun sebagai contoh kepada keadaan orang-orang beriman, di mana hubungan dengan orang kafir tidak memudaratkan mereka, sebagaimana dia (isteri Firaun) di dunia berada di bawah penjagaan musuh Allah yang paling jahat, Firaun, sedangkan dia berada di tingkat tertinggi syurga. Para mufassir berkata: Namanya ialah Asiyah binti Muzahim. Dia beriman kepada Musa a.s. Perkara itu sampai kepada Firaun dan dia memerintahkan supaya Asiyah dibunuh. Namun, Allah menyelamatkannya daripada keburukan Firaun. Hubungan Asiyah dengan Firaun, yang merupakan orang paling kafir, tidak memudaratkannya. Manakala hubungan isteri Nuh dan Lut dengan kedua-dua mereka, yang merupakan rasul-rasul Tuhan semesta alam, tidak memberi manfaat kepada mereka. ه ب َ ر تۡ َ ال َ ق ۡ هذ إ ه ن ۡ ا هِف ٱب ٗ ت ۡ ي َ ب َ ك َ هَل هعند ةه َ ن َ ۡ ٱۡل ((Ketika ia berkata: Wahai Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga,)) bermaksud ketika isteri Firaun berdoa kepada Allah dengan berkata: Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah istana yang megah di sisi rahmat-Mu dalam syurga yang penuh kenikmatan. Beberapa ulama berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini kerana dia telah memilih jiran sebelum memilih rumah, sebagaimana dia berkata ((Wahai Tuhanku, binalah AYAT 11
20 untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga)). Ini menunjukkan bahawa dia menginginkan kedudukan yang dekat dengan Allah sebelum menginginkan istana. Dalam ayat ini terdapat bukti keimanannya dan pengakuannya terhadap kebangkitan semula." لههه َ م َ ع َ و َ ن ۡ و َ ع ۡ ه هِن همن فهر َ ن َ و ۦ ((Dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya,)) bermaksud, selamatkanlah aku dari kekufuran dan kezaliman Firaun. ه هِن همنَ َ ن َ و هم ۡ و َ ق ۡ ٱل له هميَ ََٰ ٱلظ ١١ ((Dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim,)) bermaksud, selamatkanlah aku dari kaum Qibti, pengikut-pengikut Firaun yang zalim. Hasan berkata: Ketika isteri Firaun berdoa agar diselamatkan, Allah menyelamatkannya dengan cara yang paling mulia, dengan mengangkatnya ke syurga di mana dia makan, minum, dan menikmati kesenangan. َ م َ ي ۡ ر َ م َ و تَ َ ن ۡ ٱب َ َٰن َ ر ۡ هعم ((Dan (ingatlah) Maryam binti Imran)) bermaksud, Maryam binti Imran adalah contoh lain dalam keimanan. هتٓ َ ٱل َ ف تۡ َ ن صَ ۡ ح َ أ ا َ ه َ ج ۡ ر ((Yang memelihara kemaluannya,)) bermaksud, Maryam menjaga kehormatan dirinya dan menjauhinya daripada perbuatan keji. Maka, dia adalah seorang wanita yang suci, mulia, dan bersih, bukan seperti dakwaan kaum Yahudi yang dilaknat Allah, bahawa dia telah berzina, dan anaknya Isa adalah anak zina. ا َ و هحن ُّ ا فهيهه همن ر َ ن ۡ خ َ ف َ ن َ ف ((Lalu Kami tiupkan ke dalam (rahim)nya sebahagian daripada roh (ciptaan) Kami,)) bermaksud Kami mengutus Malaikat Jibril untuk meniup ke dalam leher bajunya sehingga tiupan itu sampai ke rahimnya dan dia mengandung Nabi Isa. AYAT 12
21 Ibn Kathir berkata: Allah mengutus Jibril yang menjelma sebagai manusia, dan memerintahnya agar meniupkan ke dalam leher baju Maryam sehingga tiupan itu turun dan sampai ke rahimnya, menyebabkan dia mengandung Nabi Isa السالم عليه. ا َ هه ب َ هت ر َٰ َ لهم هكَ ب تۡ َ ق َ د صَ َ ههه و ب ح ت ح ك َ و ۦ ((Dan dia mengakui kebenaran kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitab-Nya,)) bermaksud, dia mempercayai syariat-syariat Allah yang suci dan kitab-kitab-Nya yang diturunkan. همنَ تۡ َ ن َ َك َ و نهتهيَ َٰ َ ق ۡ ٱل ١٢ ((Dan dia termasuk orang-orang yang taat,)) bermaksud, dia adalah daripada kalangan yang taat, yang beribadat kepada Allah. Ini adalah pujian terhadapnya kerana banyak beribadat dan taat, serta khusyuk. Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda: ك م ل م نَ الر ل جا ك ث ْر ي،َ و ل ْ م ي ْ م ك ْ ل م نَ الن سا ء إ َ ّل آ س ي ة ْ ام ر أ ة ف ْ ر ع ْ و ن،َ و م ْ ر ي مَ ا ْ ب ن ة ع ْ م ر ان،َ و خ د ْ ي ر ة ْ ب نَ خ و ْ ي دل،َ و ف ضْ ل عئ ش ة َع الن سا ء ك ف ْ ض ل ْ ال ث ْ ي د َع سائ ر َ الط عا م "Banyak dari kalangan lelaki yang mencapai kesempurnaan, namun tidak ada yang mencapai kesempurnaan dari kalangan wanita kecuali Asiyah isteri Firaun, Maryam binti Imran, dan Khadijah binti Khuwailid, dan keutamaan Aisyah atas wanita lain adalah seperti keutamaan hidangan Tharid atas semua makanan lain." [Al-Bukhori dan Muslim] WALLAHU A’LAM Selesai susunan pada 5 Jun 2024