The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KEHADIRAN SMKDC, 2019-12-03 15:39:41

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

MANUAL PENGURUSAN SMK DESA CEMPAKA 2020

SENARAI TUGAS

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

SENARAI TUGAS

 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat unit masing-masing
sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

 Memantau pelaksanaan tugas jawatankuasa unit-unit hem.
 Menyelaras pelaporan dan perancangan unit-unit hem
 Mengurus surat- menyurat dan memastikan fail dan rekod dikemaskini.
 Merancang,menyelaras, melaksana dan menilai semua aktiviti / kegiatan yang berkaitan

dengan pengurusan dan pembangunan murid.
 Membimbing dan menerima pandangan dan cadangan daripada murid, guru serta ibu bapa

mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
 Merancang dan menyusun semua aktiviti harian sekolah yang berkaitan dengan pengurusan

murid ( takwim sekolah ).
 Merancang, menyelaras dan mengurus peruntukan kewangan bagi perbelanjaan pengurusan

hal ehwal murid.
 Memantau semua program untuk memastikan pencapaian objektif setiap unit.
 Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan mengemukakan satu salinan

kepada Pengetua.

8.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN SSDM / APDM

SENARAI TUGAS
 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan taktikal.
 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat sekolah.
 Menyediakan dan mengedarkan Borang SMM kepada semua murid tingkatan satu.
 Memastikan maklumat murid dikemaskini setiap bulan. (Januari - Disember) oleh guru

tingkatan.
 Memastikan maklumat murid yang telah dikemas kini setiap bulan dihantar ke Unit Data,

Pejabat Pelajaran Daerah, Seremban, apabila diminta.
 Memasukkan maklumat disiplin dalam SSDM.
 Memastikan guru tingkatan memasukkan maklumat adab atau perlakuan baik dalam SSDM

untuk meyeimbangkan rekod disiplin murid.
 Menyediakan laporan tahunan untuk diserahkan kepada Unit Dokumentasi.

8.2 JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN

SENARAI TUGAS

TUGAS SETIAUSAHA:

 Menyediakan perancangan strategik pelan operasi dan pelan taktikal.
 Merancang tarikh mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
 Mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kes-kes disiplin yang serius melibatkan

hukuman gantung sekolah / buang sekolah, berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975.
 Mencatat minit mesyuarat dan menyampaikannya kepada semua guru yang berkenaan.
 Memastikan semua guru ialah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
 Mencatat / merekod semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam Data e-Disiplin atau

buku laporan disiplin.
 Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Pengetua / Penolong

Kanan HEM seminggu sekali.
 Menguruskan data dan maklumat yang terdapat dalam e-Disiplin dan Data SSDM untuk dihantar

kepada Kementerian / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah apabila diperlukan.
 Bekerjasama menguruskan pelantikan calon Ketua Murid baharu dan menyediakan watikah

1

SENARAI TUGAS

pelantikan mereka.
 Membentuk Carta Organisasi Lembaga Pengawas.
 Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
 Merancang dan mengelola Kursus Latihan Kepimpinan (KLIK) kepada semua pengawas yang

baru dilantik.
 Menyediakan Sijil Penghargaan kepada Lembaga Pengawas.
 Menyediakan laporan bertulis mengenai program yang dijalankan untuk didokumentasikan dan

mengemukakan satu salinan kepada Pengetua .
 Sentiasa mematuhi SOP 137.
 LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut tempoh 1 : 3 : 7 kepada pejabat pelajaran Daerah ( 1

hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes dianggap selesai secara ’online’).
 Menjalankan hukuman disiplin dengan arahan Pengetua.
 Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan

disiplin murid.
 Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa atau penjaga dalam menangani masalah

disiplin.
 Mendapat kerjasama pihak polis dalam menangani kes jenayah.
 Bertanggungjawab mengawal disiplin murid mengikut jadual yang telah ditetapkan.
 Memberikan maklumat kepada Pengetua / PK HEM berhubung kes-kes yang serius seperti yang

tercatat dalam Buku Peraturan Sekolah.
 Merancang kegiatan tahunan untuk latihan dan kebajikan.
 Menyelaras dan memastikan keperluan / peralatan Bilik Pengawas dan Bilik Disiplin serta

menyediakan peraturan penggunaan bilik berkenaan.
 Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti:

a) Hari terakhir peperiksaan awam
b) Hari Sukan / Hari Keluarga / Majlis Sekolah

8.3 JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS

SENARAI TUGAS

 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal.
 Menguruskan pelantikan calon Ketua Murid dan pengawas baharu dan menyediakan watikah

pelantikan/majlis pelantikan mereka.
 Melatih dan membimbing pengawas agar mempunyai kualiti/nilai kepimpinan yang dapat

dicontohi oleh murid lain.
 Mengadakan mesyuarat lembaga pengawas dari semasa ke semasa.
 Mengendalikan perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin.
 Membaca ikrar murid dengan nada dan intonasi yang berkesan.
 Memastikan pengawas berpakaian lengkap dan kemas pada setiap masa.
 Menggugurkan atau memecat pengawas yang melakukan kesalahan disiplin atau tidak

menjalankan tugas dengan baik setelah ditegur beberapa kali.
 Menyelaras dan memastikan keperluan / peralatan Bilik Pengawas dan menyediakan

peraturan penggunaan bilik berkenaan.
 Membentuk carta organisasi Lembaga Pengawas.
 Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas Pengawas.
 Merancang dan mengelola Kursus Latihan Kepimpinan (KLIK) kepada semua Pengawas yang

baru dilantik.
 Menyediakan Sijil Penghargaan kepada Lembaga Pengawas.
 Menyediakan laporan bertulis mengenai program yang dijalankan untuk didokumentasikan /

mengemukakan satu salinan kepada Pengetua .

2

8.4 JAWATANKUASA MOTIVASI DAN BINA INSAN

SENARAI TUGAS

 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal.
 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
 Merancang pembangunan rohani dan sahsiah.
 Mengambil tindakan atas segala masalah berkaitan akademik, kokurikulum, sahsiah dan

lain-lain.
 Menyelaras segala program yang dirancang dari segi pelaksanaannya.
 Merancang program/aktiviti supaya selaras dengan program kecemerlangan sahsiah murid.
 Melakukan ‘post mortem’ selepas selesai program bagi menilai keberkesanannya.
 Menyediakan laporan setiap aktiviti yang telah dijalankan.
 Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan mengemukakan satu salinan

kepada Pengetua.

8.5 JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SENARAI TUGAS

 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal.
 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
 Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) meliputi semua aspek bimbingan dan

kaunseling iaitu:
a. Bimbingan Murid
b. Bimbingan Kerjaya
c. Bimbingan Sosial
d. Bimbingan Sahsiah
e. Bimbingan Psikologi
f. Bimbingan Pencegahan Dadah/ AIDS

 Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
 Mengelolakan program orientasi bagi tingkatan satu dan tingkatan empat.
 Mengelolakan Dialog Prestasi bersama ibu bapa/Penetapan target & Aku Janji PT3 &

SPM/Motivasi.
 Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan satu dan tingkatan empat.
 Penerangan mengenai sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat sekolah.
 Pemilihan mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas.
 Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
 Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) secara berkesan.
 Menjalankan R & D untuk mendapatkan maklum balas mengenai budaya sekolah supaya

dapat membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat meningkatkan
sahsiah terpuji.
 Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi minat dan sahsiah murid.

3

8.6 JAWATANKUASA PPDa

SENARAI TUGAS

 Mewujudkan hubungan dua hala antara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah
Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain.

 Mengadakan hubungan antara sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha
mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.

 Membuat Sudut PPDa di sekolah untuk memberikan informasi kepada para murid tentang
pengambilan dadah dan rokok.
 Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan
HIV / Aids.

 Menyediakan perancangan strategik pelan operasi dan pelan taktikal.
 Mengadakan segala aktiviti pendidikan pencegahan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids

supaya mencapai objektif-objektif seperti berikut:
1.Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah/ancaman penggunaan dadah, rokok,

alkohol, inhalan, HIV/Aids dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa.
2.Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan

tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/AIDS.
3.Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan untuk

proses bimbingan pemulihan sahsiah.
 Memastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaitan

penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/ Aids.
 Mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan

inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka.
 Membuat laporan untuk diserahkan kepada Pengetua dan Unit Dokumentasi.

8.7 JAWATANKUASA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

SENARAI TUGAS

 Peka akan surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan mengetahui isi
kandungannya.

 Memahami dan mematuhi tatacara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
 Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
 Memastikan peralatan tayangan video yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh

diguna pakai.
 Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan kelab dengan sempurna dan dikemas kini.
 Mengenalpasti murid tidak sihat yang mempunyai surat pengesahan perubatan dikecualikan

daripada menjalani aktiviti sukan. Walau bagaimanapun, murid berkenaan digalakkan
melibatkan diri dalam aspek pengelolaan aktiviti yang akan dijalankan.
 Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tentang aktiviti yang dijalankan melalui murid.

4

8.8 JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

SENARAI TUGAS

PELAKSANAAN MANUAL KESELAMATAN SEKOLAH
 Menyediakan manual dan prosedur keselamatan dalam perkara-perkara berikut :

1.1 Bidang Aktiviti Murid

 Keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah
 Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan
 Kegiatan luar sekolah

1.2 Bidang Bencana Alam

 Kebakaran / banjir / perubahan cuaca / wabak penyakit / ribut dan petir / kemarau
 Gempa bumi / jerebu

1.3 Bidang Keselamatan Fizikal Sekolah

 Pejabat sekolah
 Keselamatan pendawaian dan peralatan elektrik
 Kawalan keselamatan sekolah
 Tandas sekolah
 Peralatan ‘loose handrails’ & tingkap sekolah
 Perabot sekolah
 Semua jenis makmal, bengkel, pusat sumber, perpustakaan, padang dan gelanggang

permainan
 Stor, landskap, dormiteri/kawasan sunyi dan gelap
 Keselamatan semua bangunan dalam kawasan sekolah
 Dewan dan foyer sekolah
 Pondok pengawal keselamatan / kantin
 Tempat menunggu kenderaan
 Bilik-bilik khas

1.4 Bidang Sosial

 Penderaan / gangguan seksual / rokok
 Gangguan emosi, mental dan rohani
 Pergaduhan antara kaum / buli
 Peras ugut / tingkah laku lucah
 Penyalahgunaan dadah /ketagihan arak
 Sumbang mahram / rogol / bunuh diri / membunuh

1.5 Bidang Persekitaran dan Lokasi Sekolah

 Kawasan air bergerak , statik, longkang, lombong dan lain-lain
 Sekolah berhampiran jalan raya /lebuh raya
 Kawasan bukit, cerun curam / loji kumbahan
 Pencawang elektrik
 Meletakkan papan tanda amaran di kawasan-kawasan kurang selamat

5

8.9 JAWATANKUASA KECERIAAN TAMAN

SENARAI TUGAS

 Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan
Bekas Murid dan sebagainya) bagi meningkatkan mutu kebersihan sekolah.

 Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan
dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini.

 Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke masa dan membuat
laporan kemajuan kerja.

 Menganjurkan pertandingan kebersihan kelas dan aktiviti gotong-royong kebersihan dan
keceriaan kawasan sekolah.

 Mengumumkan keputusan pertandingan kelas dan menguruskan penyampaian sijil.
 Mengambil tindakan terhadap kelas-kelas yang markah kebersihannya kurang daripada 50%.
 Merancang dan membeli peralatan yang diperlukan setelah mendapat kelulusan daripada

Pengetua.
 Memastikan semua papan kenyataan berada dalam keadaan baik dan sentiasa dikemas kini.
 Menyediakan ruang atau sudut khas untuk memaparkan kata-kata hikmat dan kata-kata

perangsang.
 Melaksanakan pemeriksaan , pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah.
 Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir,jerebu,

keracunan makanan dan lain-lain.
 Mewujudkan serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program

kebersihan sekolah.
 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan.
 Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan satu salinan diserahkan kepada

Pengetua.

8.10 JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

SENARAI TUGAS

 Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta penyepit
digunakan semasa pengambilan makanan.

 Memastikan keadaan di dalam dan di luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
 Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad

kesihatan yang sah.
 Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
 Memastikan semua penjual dan kakitangan kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang

bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
 Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan di dalam

bekas yang bertutup.
 Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
 Memastikan makanan yang disediakan untuk seharian mencukupi.
 Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
 Membuat laporan mingguan dalam buku / borang laporan kantin.
 Menyampaikan laporan bulanan kepada Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin

(Laporan Kendiri 1A/1B/2).
 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke

semasa.
 Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
 Mengemas kini rekod, fail, surat-menyurat serta maklumat berkaitan.
 Menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Pengetua dan Unit Dokumentasi .

6

8.11 JAWATANKUASA KELAS KONDUSIF

SENARAI TUGAS

 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal.
 Mengurus pelantikan calon ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan baharu dan

menyediakan watikah pelantikan/majlis pelantikan mereka.
 Melatih ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan agar mempunyai kualiti/nilai kepimpinan

yang dapat dicontohi oleh murid-murid lain.
 Mengadakan mesyuarat ketua tingkatan/penolong ketua tingkatan dari semasa ke semasa.
 Memastikan ketua tingkatan/penolong ketua tingkatan berpakaian lengkap dan kemas pada

setiap masa.
 Menggugurkan atau memecat ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan yang melakukan

kesalahan disiplin atau tidak menjalankan tugas dengan baik setelah ditegur beberapa kali.
 Menyediakan dan menerangkan bidang tugas ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.
 Merancang dan mengelola Kursus Latihan Kepimpinan (KLIK) kepada semua ketua tingkatan

dan penolong ketua tingkatan yang baru dilantik.
 Menyediakan sijil penghargaan kepada ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.
 Menyediakan laporan bertulis mengenai program yang dijalankan untuk didokumentasikan

dan mengemukakan satu salinan kepada Pengetua .

8.12 JAWATANKUASA REST ROOM

SENARAI TUGAS

 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan taktikal.
 Menyediakan laporan tahunan untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Dokumentasi.
 Mengawal selia penggunaan tandas murid lelaki dan murid perempuan.
 Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas pembersihan tandas sebanyak 2

kali sehari.
 Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul.
 Mengadakan ‘spot check’ dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan dan

kebersihan di dalam tandas.
 Mengadakan ceramah / taklimat kepada murid-murid tentang penjagaan dan penggunaan

tandas di sekolah.
 Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif bagi penyelesaian masalah-masalah yang

timbul.
 Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan mengemukakan satu salinan

kepada Pengetua.
 Menghantar data secara dalam talian dua kali setahun.

8.13 JAWATANKUASA PENCEGAHAN DENGGI

SENARAI TUGAS

 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal.
 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat sekolah 3 kali setahun ( Jan,Jun & Sept ).
 Memeriksa kawasan sekolah pada setiap minggu bagi mengesan takungan air.
 Menyediakan jadual bertugas supaya kerja pemantauan dapat dijalankan dari semasa ke

semasa.
 Melupuskan bekas-bekas takungan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk

aedes.
 Meletakkan abate (ubat jentik – jentik) ke dalam bekas takungan air dan membuat pemantauan

setiap tiga bulan sekali.
 Membuat laporan aedes dalam buku laporan dan menghantarnya sebulan sekali ke PPD

SEBELUM 5HB.
 Menyediakan dan membuat laporan kebersihan COMBI setiap bulan

7

8.14 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )

SENARAI TUGAS

 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal.
 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
 Membahagikan tugas :

a. Buku stok (mengikut tingkatan)
b. Pengedaran / pengumpulan
c. Buku rosak / hilang
d. Menubuhkan pasukan bertugas SPBT ( murid)

Pengurusan keselamatan buku:
 Mengurus bilik SPBT dengan kemas dan teratur
 Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT
 Memastikan murid membalut buku dengan kemas menggunakan pembalut plastik

Pengurusan Pemulangan SPBT:
 Menentukan tarikh pemulangan mengikut tingkatan
 Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / tingkatan
 Melaporkan kepada Pengetua / GPK HEM tentang proses pemulangan,peratus rosak /

hilang, hapus kira dan kekurangan / lebihan

Pengurusan Stok dan Inventori:
 Surat-menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pelajaran
 Menyimpan invois, bil dan pengesahannya
 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat
 Mengemas kini inventori SPBT
 Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku kepada PPD

Cadangan buku bacaan tambahan:
 Mendapatkan maklumat daripada ketua panitia / guru kanan mata pelajaran
 Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan
 Memaklumkan maklumat kepada Pengetua / GPK HEM
 Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada murid yang

tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan)
 Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan mengemukakan satu salinan

kepada Pengetua

8.15 JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN

SENARAI TUGAS

 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal.
 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
 Mengedarkan borang biasiswa kepada murid-murid tingkatan satu dan tingkatan empat

mengikut masa tawaran.
 Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian

dan perakuan.
 Memastikan semua maklumat penerima biasiswa di’key in’ melalui e-Biasiswa mengikut

tarikh yang telah ditetapkan oleh kementerian.
 Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap semester.
 Memberitahu ibu bapa / penjaga murid yang mendapat biasiswa dan mengadakan

perjumpaan khas bersama ibu bapa / penjaga, guru dan penerima BKP / BKPU semasa
penyerahan kad ATM GIRO bagi memastikan pengurusan kewangan biasiswa diurus
dengan betul.
 Memastikan penerima BKP dan BKPU yang memiliki kad ATM GIRO dapat
menggunakannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM.

8

SENARAI TUGAS

 Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada Pengetua /
GPK HEM.

 Menghantar surat amaran kepada ibu bapa / penjaga bagi pemegang biasiswa yang
prestasinya merosot.

 Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.
 Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan mengemukakan satu salinan

kepada Pengetua .
 Mendapatkan senarai nama murid yang layak mendapat bantuan KWAPM berdasarkan

keutamaan dan keperluan.
 Menguruskan tuntutan insurans murid (takaful)
 Berurusan dengan guru tingkatan untuk mendapatkan maklumat murid dan

kemalangan/kematian.
 Memuat turun borang tuntutan insurans untuk diisi dan diserahkan kepada pejabat untuk

tindakan selanjutnya.
 Memfailkan semua tuntutan murid.
 Mengurus hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti:

 Murid miskin
 kemalangan
 rawatan berterusan (penyakit kronik)
 kematian
 kecemasan / bencana
 Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima sumbangan yang dikemas kini dan
disahkan oleh Pengetua.
 Merancang program kutipan sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid
terhadap kebajikan.
 Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemas kini dan disahkan oleh
Pengetua.
 Menubuhkan Tabung Kebajikan Murid.
 Menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bantuan badan kebajikan luar.
 Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan mengemukan satu salinan
kepada Pengetua.

8.16 JAWATANKUASA KESIHATAN DAN RAWATAN

SENARAI TUGAS

 Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di sekolah.
 Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan pejabat kesihatan serta

agensi-agensi lain.
 Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Sekolah.
 Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan Sekolah.
 Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh, sistematik dan efisien.
 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan keperluan

murid dan situasi setempat.
 Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di

sekolah.
 Membuat Pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan murid dan Program Kesihatan

Sekolah.
 Menyedia dan membuat laporan berkala.
 Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan.
 Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.

9

8.17 JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN

SENARAI TUGAS
 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan taktikal.
 Menyediakan laporan tahunan untuk diserahkan kepada Unit Dokumentasi.
 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
 Menerima kemasukan murid baharu dan merekodkan maklumat murid dalam buku

pendaftaran.
 Menyemak dan mencatat maklumat murid baharu,melapor kepada guru kelas dan

menguruskan perkara-perkara yang perlu.
 Pertukaran murid – menguruskan borang pertukaran murid bersama fail murid yang

mengandungi dokumen-dokumen berkaitan (buku Adab Belajar,rekod kesihatan,Borang
Maklumat Murid/disket data SMM).

8.18 JAWATANKUASA SARANA IBU BAPA

SENARAI TUGAS
 Mengadakan mesyuarat untuk menetapkan hala tuju sarana sekolah.
 Berupaya menggalakkan kerjasama ibu bapa dalam semua aktiviti sekolah.
 Mengurus dan menganalisis borang soal selidik berkenaan sarana kepada semua ibu bapa.
 Mengisi data sarana secara dalam talian.
 Memastikan program sarana disediakan khas untuk keperluan pihak sekolah dan dilaksanakan

secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah(PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan
Bekas Murid /Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti).
 Bekerjasama dengan PIBG sekolah untuk memastikan 6 elemen yang menyokong
pembelajaran iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan,sokongan terhadap kejayaan murid,
tanggungjawab bersama,keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti, dan kumpulan
sokongan.

8.19 JAWATANKUASA SUMUR

SENARAI TUGAS
 Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan taktikal.
 Menyediakan laporan tahunan untuk diserahkan kepada Unit Dokumentasi.
 Merangka program bagi melaksanakan elemen - elemen yang menyokong program SUMUR.
 Mengurus dan menganalisis borang modul dalam program SUMUR.
 Mengisi data SUMUR secara dalam talian.
 Memastikan program SUMUR disediakan khas untuk keperluan pihak sekolah dan melibatkan

semua warga sekolah.
 Memastikan semua markah individu dan kumpulan dihantar ke jabatan tepat pada masanya .
 Memastikan jadual pelaksanaan setiap modul mengikut takwim yang telah dibekalkan.

10

8.20 GURU BERTUGAS MINGGUAN

SENARAI TUGAS

 Guru bertugas perlu mengisi buku laporan harian dan menyerahkannya untuk disemak dan untuk
ditandatangani oleh Pengetua/GPK Pentadbiran.

 Sekiranya ada laporan yang memerlukan tindakan yang segera, guru bertugas perlulah
melaporkannya kepada Pengetua/GPK Pentadbiran dengan kadar segera.

 Guru bertugas hendaklah berada di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum sesi
persekolahan bermula dan pulang hanya setelah berpuas hati murid-murid telah meninggalkan
kawasan sekolah (guru bertugas perlu sampai lebih awal dan pulang lewat sedikit daripada
guru-guru lain).

 Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap murid-murid sepanjang waktu
bertugas serta pengawasan ke atas kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera jika perlu.

 Mengawasi kebersihan bilik air, bilik darjah, kantin dan seluruh kawasan sekolah.
 Memeriksa kantin sewaktu murid-murid berehat dan mengawasi disiplin murid-murid ketika

berurusan di kantin.
 Memastikan bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap

telah ditutup setelah tamat sesi persekolahan.
 Mengawasi disiplin murid-murid untuk memastikan wujudnya disiplin yang tinggi dalam kalangan

murid dengan cara:
1. Menentukan peraturan sekolah dipatuhi.
2. Murid-murid mempunyai perilaku yang betul sewaktu di kantin.
3. Murid-murid tiba di sekolah dan keluar berehat serta masuk ke kelas tepat pada waktunya.
4. Murid-murid beratur dengan baik sebelum masuk ke kelas pada waktu pertama dan sebelum
meninggalkan sekolah pada waktu akhir.
5. Murid-murid keluar masuk ke tandas dengan kebenaran sahaja.
6. Wujud ketertiban pada waktu pertukaran kelas / mata pelajaran.
7. Tiada murid yang merayau-rayau tanpa tujuan / tanpa pas keluar.

 Mengurus rawatan murid-murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.
 Mengurus soal-soal murid yang perlu meninggalkan sekolah dengan sebab-sebab tertentu.
 Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon keluar

serta mencatatkan masa balik (dalam Buku Rekod Keluar / Rawatan Murid).
 Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
 Menentukan keselamatan murid-murid di dalam kawasan sekolah.
 Memastikan setiap kegiatan sekolah yang dilaksanakan seperti aktiviti persatuan/kelab, badan

beruniform atau permainan di bawah pengawasan guru penasihat.
 Mencatat kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang

telah dijalankan.
 Menyelia dan mengawasi perjalanan perhimpunan harian, memastikan bendera-bendera,

pembesar suara dan tempat duduk telah disediakan.
 Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.
 Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu

persekolahan ke dalam Buku Bertugas Mingguan, seperti:-
1. Kedatangan murid
2. Murid ponteng, tidak hadir atau sakit
3. Lawatan-lawatan / pelawat
4. Ucapan / pengumuman harian / perhimpunan

 Membuat laporan dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan jika perlu melaporkan terus
kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.

 Melaporkan hasil serta membuat cadangan kepada Pengetua/GPK Pentadbiran/GPK Petang
sekurang-kurangnya pada hari Jumaat iaitu hari persekolahan terakhir bagi setiap minggu.

 Mengemaskini maklumat papan kenyataan aktiviti harian sekolah (di luar bilik guru).

11


Click to View FlipBook Version