The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti aisyah mahmad nor, 2020-11-01 08:24:56

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR 2

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2020

GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR
TUGASAN 1 PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : SITI AISYAH BINTI MAHMAD NOR
ANGKA GILIRAN : 2020192310140
NO.KAD PENGENALAN :010727-03-0606
KUMPULAN : PPISMP G7
KOD/ NAMA KURSUS : GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR
NAMA PENSYARAH : CIK HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR : 2 NOVEMBER 2020
TARIKH TERIMA MAKLUM :
BALAS DARI PENSYARAH

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA,

Alhamdulillah pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dan setinggi-
tinggi perhargaan serta terima kasih kepada Allah S.W.T dengan segala limpah kurnian-Nya
dan rahmat yang telah diberikan. Saya telah diberikan keselamatan dan kesihatan sepanjang
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya,ingin saya mengucapkan selawat dan
salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.

Di samping itu, saya juga ingin mendedikasikan beribu-ribu penghargaan dan terima
kasih ini khususnya kepada pensyarah saya yang saya hormati lagi kagumi, Cik Haslinda binti
Mohamad Saad kerana dengan penuh kesabaran memberi tunjuk ajar kepada saya dengan
penuh amanah dan dedikasi. Hasil daripada tunjuk ajar beliau,dapatlah sedikit sebanyak
membuka ruang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada waktu dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,terima kasih yang tidak terhingga juga saya
ucapkan kepada ibu saya yang disayangi iaitu, Jizah Binti Che Mat serta keluarga kerana
telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga
saya berjaya menyelesaikan kerja kursus ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ini juga saya tujukan
kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi peringatan dan bimbingan yang
tulus dan jitu terhadap setiap perkara yang telah saya lakukan.Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang telah saya tujukan kepada mereka
dengan hati yang terbuka dan ikhlas.Semoga Allah membalas jasa baik mereka semua.

Dan akhir kalam,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara
langsung atau secara tidak langsung ketika proses pembuatan kerja kursus ini.Sekian,terima
kasih.

1

ISI KANDUNGAN HALAMAN

BIL. PERKARA 1
2
1. PENGHARGAAN 3
2. ISI KANDUNGAN 4
3. 1.0 PENGENALAN
4. 2.0 ALAT BERFIKIR CoRT 1 4-5
5-6
2.1 PIM - PLUS, MINUS, INTERESTING 6-7
2.2 CAF- CONSIDER ALL FACTOR 8-9
2.3 C&S- SEQUENCE AND SEQUEL 9-10
2.4 AGO- AIM, GOALS, OBJECTIVE 11-12
2.5 FIP- FIRST IMPORTANT PRIORITIES 12-13
2.6 APC- ALTERNATIVES, POSIBILITIES, CHOICES
2.7 OPV- OTHER’S POINT VIEW 13
14
5. RUMUSAN 15
6. RUJUKAN
7. LAMPIRAN

2

1.0 PENGENALAN

Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan
lebih bijak dan berkesaan. Dengan adanya banyak alat berfikir seperti pengurusan grafik
(GO), peta minda, soalan dan penyoalan, CoRT 1 dan lain-lain lagi memudahkan kita untuk
melakukan sesuatu dengan tersusun, jelas, luas dan tidak terburu-buru dalam melakukan
sesuatu perkara. Di samping itu, membolehkan kita melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep
secara visual dan holistic serta wujud ketrampilan berfikir yang kreatif dan kritis.

Sebagai seorang pendidik alat-alat berfikir ini amat penting untuk kegunaan
pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah kerana ia melatih pelajar untuk berfikir secara
luas,bijak dalam membuat keputusan,pandai membahagikan masa dan lai-lain lagi. Antara
alat berfikir yang digunakan ialah CoRT 1. Program CoRT ini terbahagi kepada enam
bahagian iaitu CoRT 1 ( keluasan persepsi), CoRT 2 (Organisasi proses berfikir), CoRT 3
(interaksi,argumen,pemikiran kritis), CoRT 4 ( pemikiran kreatif ), CoRT 5 (maklumat dan
perasaan) dan akhir sekali CoRT 6 (tindakan). Alat CoRT merupaka instrument dalam bentuk
garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Berbalik kepada topik asal
iaitu alat CoRT 1 ini terdiri daripada tujuh Teknik asas yang digunakan semasa pengajaran
dan pembelajaraan iaitu PMI,CAF,C&S, AGO,FIP, APC, dan OPV.

3

2.0 ALAT BERFIKIR CoRT 1

2.1 PIM (PLUS, MINUS, INTERESTING)

Teknik PIM (Baik, Buruk, Menarik) digunakan untuk meluaskan fikiran tentang sesuatu
situasi, mengelakkan tindakan beremosi dalam membuat keputusan dan
mengembangkan idea dan cadangan yang bernas. Kaedah dan langkah untuk
menggunakan PIM ialah senaraikan semua yang baik tentang sesuatu situasi,
senaraikan semua yang buruk tentang sesuatu situasi dan senaraikan apa yang
menarik tentang situasi itu. Maka kita dapat membuat keputusan yang bernas.

Contoh dalam menggunakan PIM. Terdapat satu kenyataan yang telah
dikemukakan. “ Penggunaan komputer boleh menggantikan guru di dalam kelas”

Kenyataan “Penggunaan komputer boleh menggantikan guru di dalam kelas”

Baik • Pelajar akan berkembang seiring dengan pembangunan negara

• Pelajar dapat memantapkan penggunaan komputer

• Pelajar dapat mencari maklumat dengan mudah

Buruk • Pelajar tidak fokus pada pembelajaran

• Pelajar akan tidak menepati waktu (bebas untuk belajar bila-bila masa)

• Tiada keberkatan guru dalam menuntut ilmu

• Pelajar akan cepat bosan

• Pelajar tidak terbuka pada aktiviti luar

Menarik • Boleh diakses kepada internet

• memiliki aplikasi-aplikasi yang canggih

Keputusan Keputusannya, penggunaan komputer amatlah tidak bagus kepada pelajar

kerana dalam menuntut ilmu kita perlu kepada bimbingan guru bukan bimbingan

daripada komputer. Namun begitu, lebih baik penggunaan komputer hanya

digunakan untuk mencari maklumat sampingan sahaja

4

Oleh itu, melalui penggunaan PIM ini, pelajar dapat melihat mana banyak
kebaikan dan mana yang banyak keburukan serta pelajar dapat membuat keputusan
dengan tepat dan sesuai.

2.2 CAF (CONSIDER ALL FACTOR)

Penggunaan CAF ini mengambil berat atas semua faktor untuk sesuatu situasi atau
dalam kata mudah meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh.
Hal ini kerana, untuk mengelak daripada tertinggalnya faktor-faktor penting.

Kaedah dan langkah dalam menggunakan CAF ini yang paling penting,
senaraikan semua faktor yang berkaitan, kemudian pertimbangan setiap faktor untuk
mendapatkan keputusan yang wajar dibuat. Langkah dan kaedah ini untuk
memastikan setiap faktor telah diuji.

Contoh untuk menjelaskan lagi bagaimana penggunaan CAF ini ialah
berdasarkan jadual dibawah dan rajah 1:

Kenyataan “ Kadar kemalangan jalan raya kian meningkat dari hari ke hari”

Faktor-faktor • Membawa kenderaan lebih daripada kadar kelajuan yang telah
ditetapkan

• Melanggar lampu isyarat
• Pemandu tidak memiliki lessen
• Tidak memeriksa keadaan kereta sebelum naik
• Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
• Memotong di garisan berkembar

Faktor yang • Membawa kenderaan lebih daripada kadar kelajuan yang telah
ditetapkan menyebabkan pemandu boleh hilang kawalan semasa
lebih tepat memandu lalu merempuh kenderaan lain.

Keputusan Keputusannya, patuhilah undang-undang semasa berada di jalan raya,
ingatlah yang tersayang dirumah dan pemandu-pemandu lain di jalan
raya. Berdasarkan pepatah “malang tidak berbau” tetapi sekiranya kita
mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan maka kecenderungan
untuk kemalangan jalan raya berkurang.

Oleh itu, keputusan dibuat berdasarkan faktor yang paling tepat dengan kes
kemalangan jalan raya atau faktor yang kerap terjadinya kemalangan.

2.3 C&S- CONSEQUENCE AND SEQUEL (KESAN DAN AKIBAT DARIPADA
KESAN)

Penggunaan C&S ini bertujuan untuk melatih pelajar memikirkan apa kesan dan akibat
untuk jangka masa serta merta, jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk
sesuatu cadangan yang ingin dijalankan. Hal ini adalah untuk pelajar mengetahui
kesan dan akibat dalam membuat sesuatu proses seperti tindakan, perancangan,
keputusan dan lain-lain lagi. Oleh itu, pelajar dapat meramalkan apa yang akan
berlaku seterusnya.

Di samping itu, C&S ini memiliki prinsip-prinsipnya ialah kesan yang
dijangkakan akan berlaku perlulah jelas, kesan membawa kebaikan untuk semua,
kesan yang mengandungi risiko dan kesannya tidak bercanggah mengikut jangka
masa.

Langkah dan kaedah yang digunakan dalam C&S ini adalah apakah cadangan
tersebut ada kemungkinan berjaya? Apakah risiko yang mungkin dihadapi? Apakah
kesan serta merta, jangka masa pendek dan jangka masa panjang? Dan apakah
cadangan tersebut membawa kepada kebaikan?. Dengan ini, setiap kesan dan akibat
terhadap sesuatu cadangan dikira secara terperinci.

6

Contoh untuk penggunaan C&S ini ialah berdasar kenyataan cadangan guru
terhadap pelajarnya “ Belajar al-quran dengan menggunakan tulisan rumi”.

Kenyataan / Cadangan “Belajar al-quran dengan tulisan rumi”

Apakah cadangan tersebut Berkemungkinan cadangan ini akan berjaya untuk
ada kemungkinan berjaya? sesetengah pelajar

Apakah risiko yang mungkin • Pelajar tidak mendapat gambaran sebenar ayat al-
dihadapi? quran

• Kurang kefasihan pelajar dalam menyebut makhraj
huruf

• Pelajar akan mengambil mudah dalam melafaz
ayat-ayat suci al-quran

Apakah kesan serta merta? • Pelajar tidak akan memuliakan ayat-ayat suci al-
quran

Apakah kesan untuk jangka • Penyebutan makhraj huruf kurang tepat
masa pendek?

Apakah kesan untuk jangka • Pelajar tidak menghayati maksud al-quran yang
masa panjang? sebenar

Apakah cadangan tersebut • Cadangan tersebut sama sekali tidak membawa
membawa kebaikan? kebaikan mungkin terdapat hanya sedikit kebaikan
• Elok digunakan untuk pelajar yang baru
mengenali dan belajar al-quran

Oleh itu, penggunaan C&S ini untuk mengenal pasti apa kesan yang akan
berlaku sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Samada ia baik atau
buruk untuk kegunaan semua.

7

2.4 AGO – AIM, GOALS, OBJECTIVE

Penggunaan AGO ini memberi penekanan kepada tujuan, matlamat dan objektif.
Dengan adanya AGO ini, perancangan yang dilakukan ini akan lebih jelas serta
untuk mengelak daripada melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang
dirancang. Di samping itu, dengan pengunaan AGO juga dapat melatih pelajar
supaya sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan, matlamat, dan objektif
rancangan serta penggunaan AGO boleh digunakan untuk pelajar menentukan AGO
hidup mereka.

Seterusnya, untuk menggunakan AGO ini, terdapat beberapa langkah dan
kaedah untuk menyoal pelajar supaya AGO dapat dicapai, iaitu apakah AGO
rancangan?, apakah tindakan terkeluar daripada AGO? Dan bagaimana untuk
memastikan AGO dapat dicapai?. Dengan adanya langkah dan kaedah pelajar akan
lebih jelas untuk menentukan AGO.

Contoh yang menjelaskan AGO ini ialah melalui perbincangan tentang soalan
“ Apakah AGO ibadah dalam Islam”. Di dalam soalan ini, kita oleh berpandukan
langkah dan kaedah yang telah dinyatakan.

Kenyataan / Soalan “Apakah AGO ibadah dalam Islam”

Apakah AGO Tujuan: Untuk mengabdikan diri kepada Allah swt
rancangan?
Matlamat: Untuk mendapat syurga, ganjaran dan keberkatan
dari Allah swt

Objektif: Dapat merasai keindahan Islam

Apakah tindakan • Sering melakukan perkara yang lagha,sia-sia, tidak
terkeluar daripada bermanfaat
AGO?

Bagimanakah untuk • Melatih diri menepati waktu
• Sentiasa melakukan aktiviti yang mendekatkan diri
memastikan AGO
kepada Allah swt, dan bermanfaat
dapat dicapai?

Keputusan Untuk melakukan sesuatu perkara kita perlu ada AGO supaya
apa yang kita ingin berjaya dicapai serta kita dapat melihat apa
yang sepatutnya kita lakukan.

Oleh itu, penggunaan AGO membentuk diri pelajar lebih berdisiplin dan lebih
teratur.

2.5 FIP -FIRST IMPORTANT PRIORITIES

Alat FIP ini mendahului sesuatu perkara mengikut kepentingan atau keutamaan dalam
melatih pelajar untuk berfikir. Perkara yang paling penting haruslah diberikan
keutamaan. Alat ini juga mementingkan prioriti dan mengelakkan perkara yang tidak
penting menjadi keutamaan.

Kaedah dan langkah yang digunakan dalam FIP ini ialah apakah perkara-
perkara penting?, Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?, Apakah
prioriti yang diperlukan tindakan segera?. Kaedah dan langkah diatas digunakan untuk
mencapai FIP dalam sesuatu keadaan.

Contoh keadaan untuk menunjukkan penggunaan FIP ialah “Pemilihan tempat
untuk melanjutkan pelajaran”. Untuk menggunakan FIP pelajar perlu menyenaraikan
perkara-perkara penting dan yang mana memerlukan tindakan segera.

9

Keadaan “Pemilihan tempat untuk melanjutkan pelajaran”

Apakah perkara-perkara penting? • Sijil pembelajaran yang diiktiraf oleh Kerajaan
• Tempat pembelajaran yang terbaik
• Kemudahan yang lengkap seperti makmal

komputer,kolej kediaman, dewan dan lain-lain
lagi.
• Terdiri daripada tenaga pengajar yang hebat
• Memastikan kursus yang kita minat ada di
universiti tersebut.

Perkara-perkara yang paling • Sijil pembelajaran yang diiktiraf oleh kerajaan
penting • Tempat pembelajaran yang terbaik
• Memastikan kursus yang kita minat ada di

universiti tersebut.

Apakah prioriti yang diperlukan • Memastikan tempat belajar itu adalah
tindakan segera? universiti yang diiktiraf oleh kerajaan, proses
pembelajaran terbaik dan ada kursus yang
diminati.

Keputusan Pelajar dapat memilih tempat untuk sambung belajar
yang terbaik.

Oleh itu, untuk memilih sesuatu kita perlu tahu apa yang penting untuk
dijadikan keutamaan supaya tidak berlaku salah langkah dan menyesal dikemudian
hari.

10

2.6 APC- ALTERNATIVES, POSSIBILITIES,CHOICES

Alat APC ini bertujuan untuk melatih supaya biasa untuk berfikir tentang sesuatu
perkara dengan serentak dan mampu memilih yang terbaik di antara idea-idea yang
dikeluarkan. Di samping itu, untuk mengelakkan daripada memiliki pemikiran sehala
tentang sesuatu perkara.

Kaedah dan langkah yang digunakan untuk mendapat APC ialah apakah cara-
cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?, apakah baik buruk cadangan
tadi? dan, manakah cadangan yang paling baik?. Ini adalah soalan-soalan yang boleh
digunakan untuk mendapatkan APC.

Contoh penggunaan APC untuk isu “ Pengaruh gajet dalam kalangan kanak-
kanak” dan rujuk rajah 2.

Isu “ Pengaruh gajet dalam kalangan kanak-kanak”

Apakah cara-cara yang • Menghadkan masa penggunaan gajet kepada kanak-
kanak
berlainan untuk
• Menegur kanak-kanak dengan lebih tegas
menyelesaikan masalah • Tidak membenarkan atau membelikan mereka gajet

ini? sendiri.

Apakah baik buruk Menghadkan masa penggunaan gajet kepada kanak-kanak
cadangan tadi?
Baik: kanak-kanak akan tidak terlalu obses pada gajet.

Buruk: kanak-kanak akan mula memberontak sekiranya

mereka tidak puas bermain gajet

Menegur kanak-kanak dengan lebih tegas

Baik: membuatkan mereka ikut arahan Buruk:

membuat mereka rasa ingin berdendam

Tidak membenarkan atau membelikan mereka gajet sendiri

Baik: mereka tidak akan terlalu bebas dalam bermain gajet

Buruk: mereka akan menggunakan gajet ibu bapa

Cadangan yang paling Cadangan yang baik ialah tidak membenarkan atau

baik membelikan mereka gajet sendiri.

Keputusan Ibu bapa hendak tidak membenarkan atau membelikan sama
sekali anak-anak mereka gajet kerana banyak keburukan
berbanding kebaikan di usia yang masih kanak-kanak lagi.

Oleh itu, penggunaan gajet terhadap kanak-kanak amatlah tidak elok sama
sekali kerana di usia mereka sekarang perlu kepada pendekatan dan mengenali
terhadap dunia luar bukan hanya bermain dengan telefon sahaja.

2.7 OPV – OTHER’S PEOPLE VIEW

Penggunaa OPV ialah melatih pelajar berfikir dengan mengambil kira
pandangan orang lain juga dalam membuat sesuatu keputusan. Tambahan lagi,
supaya kita tidak terlalu fokus pada diri sendiri bahkan memikirkan suasana dan
keadaan sekeliling.

Langkah dan kaedah yang digunakan untuk melaksanakan OPV ialah apakah
idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?, bagaimanakah orang lain
memandang idea kita? Dan adakah idea kita itu bernas dan harus dijadikan tindakan?.

Contoh untuk penggunaan teknik OPV ialah dalam isu “Perjualan rokok harus
diharamkan”.

12

Isu “Perjualan rokok harus diharamkan”

Apakah idea diri sendiri Idea ini sememangnya akan mempengaruhi orang lain

akan mempengaruhi termasuklah yang tidak merokok atau yang merokok

orang lain?

Bagaimanakah orang lain Orang yang tidak merokok akan memandang idea ini dengan

memandang idea kita? penuh kata setuju manakala orang yang merokok akan

memandang ini sebagai satu penganiayaan bagi mereka.

Adakah idea ini bernas Idea ini sangat bernas untuk dilaksanakan kerana merokok ini

dan harus dijadikan banyak keburukan bahkan tidak ada kebaikan langsung dan

tindakan? pihak kerajaan perlu menjadikan idea ini senagai tindakan

demi menjaga kesihatan oraang awam.

Keputusan Dengan ini idea ini sepatutnya dilaksana oleh kerajaan mulai

sekarang lagi.

Oleh itu, penggunaan OPV ini menjadikan sesuatu keadaan dapat diselesaikan
dengan adil dan saksama untuk semua pihak dan tambahan lagi semua orang dapat
menerimanya dengan hati yang terbuka.

RUMUSAN

Rumusannya, dengan adanya kemahiran belajar ini kita dapat mengembangkan idea-idea
yang lebih bernas serta melakukan sesuatu perkara dengan teratur dan tidak tergopoh-gapah.
Oleh itu, kemahiran belajar ini perlu diterapkan dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar
di sekolah untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

13

RUJUKAN
Anida Sarudin & Husna Faredza Mohamed Redzwan & Adenan Ayob. (2017, ogos).

Researchgate. Retrieved from researchgate.net:
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.researchgate.n
et/publication/319178509_STRATEGI_EFEKTIF_PERANTI_BERFIKIR_CoRT_COG
NITIVE_RESEARCH_TRUST_DALAM_PENDIDIKAN_BAHASA_MELAYU&ved=2ah
UKEwi77N7aytjsAhXHbX0KHd47D7gQFjACegQIDxAB&usg=AO
Evelyn Anak Banu et al. (2018, Desember 18). slideshare. Retrieved from slideshare.net:
https://www.slideshare.net/CrSangin/alat-berfikir-cort-1
Mustaffa, h. (2010, Ogos 19). SCRIBD. Retrieved from scribd.com:
https://www.scribd.com/doc/36091039/alat-berfikir
Naim, Z. b. (n.d.). Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Menggunakan
Alat Berfikir CoRT 1.

14

Lampiran

Rajah 1

Rajah 2
15


Click to View FlipBook Version