The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irsyadee.ipgp, 2022-02-15 17:41:51

Gaya Rambut Murid Ala Johor

KrMJ 2.0

KARAKTER MURID JOHOR 2.0
(KrMJ)

PENDIDIKAN HOLISTIK JPNJ
2021 - 2025

KARAKTER MURID JOHOR

Pembentukan dan dasar pendidikan negara seperti yang termaktub dalam
Akta Pelajaran Kebangsaan 1961 adalah bermatlamat untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin.

Pada tahun 1988, Falsafah pendidikan Kebangsaan diperkenalkan
dengan matlamat yang lebih menyeluruh. Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

KARAKTER MURID JOHOR

Karakter Murid Johor atau lebih dikenali sebagai KrMJ merupakan nilai
tambah yang diperkenalkan kepada semua murid di negeri Johor bagi melahirkan
murid Johor yang mempunyai identiti Johor. Sejak diperkenalkan pada tahun
2017, KrMJ telah memperkenalkan beberapa program antaranya keseragaman
Kemeja-T KrMJ, rambut kemas ala Johor dan juga amalan budaya salam serta
teks doa yang seragam.

Kini KrMJ 2.0 yang bermula pada tahun 2021 telah memperkenalkan
beberapa lagi program selaras dengan pendidikan holistik 2.0 Jabatan Negeri
Johor. Program Perintis Warisan, Sahabat, Senamrobik KrMJ dan Program
Dwibahasa (Prodib) antara program baharu yang diperkenalkan bagi menyuntik
identiti Johor yang lebih menyerlah dalam kalangan murid Johor.

RAMBUT ALA JOHOR

BUTIRAN Rambut pendek ala Johor untuk murid lelaki
PROGRAM Rambut dipotong menggunakan tapak 2
ISU atau 3

KPI Murid berambut panjang atau mengikut
IMPAK trend.
Potongan rambut yang tidak mengikut buku
peraturan sekolah.
Bilangan sekolah yang melaksanakan
program potongan Rambut Ala Johor.
Mewujudkan penampilan yang kemas dan
berdisiplin dalam kalangan murid lelaki
Johor.

RAMBUT MURID LELAKI

Murid lelaki dilarang berambut panjang.
Istilah RAMBUT PANJANG adalah seperti berikut :

Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah
………………cuping telinga.
Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi.
Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau
………………sebahagian daripadanya dan sideburn
………………melebihi garisan tengah hidung.
Di atas : Rambut lebih daripada 8 cm panjang.

RAMBUT MURID LELAKI

Murid lelaki dilarang mewarnakan rambut.

Potongan rambut berfesyen seperti punk, mohawk, spiky,
berekor atau seumpamanya adalah dilarang.

Mencukur licin rambut di kepala adalah dilarang kecuali
untuk tujuan keagamaan dan kesihatan dengan kebenaran
Pengetua dan guru besar.

Untuk penerangan lebih lanjut, sila rujuk gambar rajah 1
bagi gaya menyimpan rambut murid lelaki yang dibenarkan.

Gambar Rajah 1
Gaya Potongan Rambut Murid Lelaki

Pandangan Sisi Pandangan Hadapan Pandangan Belakang

PANDANGAN BELAH
HADAPAN DAN BELAKANG

PANDANGAN BELAH
KIRI DAN KANAN


Click to View FlipBook Version