The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK BMMB1144

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBMSK Annur Shahira Shasa Binti Yusley, 2023-07-11 10:12:21

SKRIP MAJLIS FORUM KUMPULAN 7

TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK BMMB1144

BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK AHLI KUMPULAN : ANNUR SHAHIRA SHASA BINTI YUSLEY NAIZZATUL SYAKIRAH BINTI ABDULLAH SHARIKA BINTI MOHD KADI NAMA PENSYARAH : PUAN ARBIAH MADDAHIRI


PEMBICARA SKRIP PENGERUSI MAJLIS ******** Sarung ketupat berisi inti, Dibawa budak sambil berlari, Kehadiran semua sangat dihargai, Moga Majlis bertambah seri. Bunga Mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi, Melati Kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara *************** Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. ***************** Dari Raub pergi ke Pontian, Terud pula ke Kuala Perlis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan Majlis Yang Berusaha Puan Nurpia binti Abidin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, merangkap Guru Besar SMK Teluk Intan Seremban, Yang Berbahagia, Saudari Naizzatul Syakirah selaku moderator forum “ Bahasa dan Sastera Melayu Di Persada Antarabangsa Mampukah Menjadi Realiti Atau Sekadar Ilusi Yang Berbahagia, Ahli-ahli panel iaitu saudari Sharika binti Mohd Kadi dan Annur Sha Shasa binti Yusley, Yang dihormati guru-guru penolong kanan, para guru serta murid tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Intan Seremban yang dikasihi sekalian. Sebelum kita memulakan majlis, diminta hadirin untuk berdiri untuk bersama-sama menyanyikan 2 buah lagu iaitu Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Hadirin diminta Berdiri. ***** Hadirin dipersilakan duduk Assalamualaikum w.b.t Bismillah Hirrahmannirrahim… Alhamdulillahhirabbilalamin…. Wassolatuwassalamuala alihi wasobihi ajamain..


Percubaan Pertama : Bahasa Melayu,bahasa ibunda,bahasa berseloka BAHASA MELAYU BAHASA PERKASA,MARI MELANGKAH KE PERSADA ANTARABANGSA Percubaan Kedua: Bahasa Melayu,bahasa perpaduan,Ketepikan perbezaan Percubaan Ketiga : Bahasa Melayu bahasa nusantara Mari kita memartabatkannya Doa dibaca memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa Diberkati. Oleh itu, bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini , majlis menjemput saudara …. Untuk membacakan doa.Dipersilakan Aamiin2 ya rabbal’ aalamin… Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudara… atas bacaan doa itu tadi *********** Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Tujuan kita berhimpun di dewan ini pada pagi yang indah ini adalah untuk mendengar sebuah forum yang bertajuk “Bahasa dan Sastera Melayu Di Persada Antarabangsa Mampukah Menjadi Realiti Atau Sekadar Ilusi”, oleh pelajar Tingkatan 5 SMK Teluk Intan Seremban Tak molek jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya, Tak berkat ilmu tanpa amalnya, Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara. Oleh itu bagi tidak membuang masa, saya selaku pengacara majlis dengan ini menyerahkan majlis ini kepada Saudari Naizzatul Syakirah selaku moderator forum kita pada hari ini Majlis dengan ta’ zimnya mempersilakan. SEMUA PEMBICARA PENGERUSI AHLI PANEL 1 AHLI PANEL 2 SKRIP


PENGERUSI Hadirin yang dihormati, Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim,Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam ukhwah,salam kasih sayang dan salam Malaysia Madani.Yang dihormati barisan hakim yang pastinya menjadi teraju kebenaran,ahli-ahli panel yang pastinya akan sentiasa gigih melontarkan idea dan sidang hadirin sekalian.Warga dewan sekalian, Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita besua lagi kita dalam gelanggang forum remaja pada kali ini.Saya Naizzatul Syakirah akan bersama-sama warga dewan sekalian untuk mempengerusikan forum kita pada pagi ini. Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang kelihatan cantik dan bergaya,izinkan saya mengupas terlebih dahulu mauduk forum kita pada kali ini.Mauduk forum kita berkisar tema Bahasa dan Sastera Melayu di Persada Antarabangsa ,Mampukah menjadi realiti atau sekadar ilusi? Dunia marcapada menyaksikan kesan globalisasi di seluruh dunia mewujudkan fenomena bahasa Inggeris dimartabatkan sebagai bahasa antarabangsa kerana luasnya penggunaan bahasa tersebut di peringkat global.Walhal bahasa Melayu juga mempunyai kekuatan untuk menjadi bahasa antarabangsa. Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri Datok Sri Najib Tun Abdul Razak Ketika merasmikan persidangan antarabangsa pengajian Bahasa Melayu pada tahun 2014 di Pusat Pengajian Bahasa Asing Universiti Beijing,China “Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kelima terbesar di Dunia dengan jumlah penutur seramai 300 juta orang”.TerlaluasyiksayaberbicaratentangmasadepanBahasaMelayusehingga terlupa memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang cantik lagi menawan ini.Baiklah


Terima kasih saudari pengerusi,Alhamdulillah,khabar baik.Saudari bagaimana? Alhamdulillah,saya juga berada dalam keadaan sihat walafiat .Seterusnya,saya perkenalkan ahli panel kedua,Nampak yakin dan tenang di sebelah kiri saya iaitu saudari Annur Shahira Shasa,Selamat datang saudari Shasa,Apa khabar saudari? Sidang hadirin yang dihormati, Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum remaja kita dengan soalan pertama yang akan saya ajukan kepada saudari Sharika selaku panel yang pertama ,mohon saudari memberikan penjelasan tentang ciri-ciri keistimewaan bahasa dan sastera Melayu yang menjadi tunjang kekuatan untuk melangkah ke persada antarabangsa. sidang hadirin, sebelum tirai forum dibuka bagi menelusuri lebih mendalam topik perbincangan,molek kiranya kita berkenalan dengan ahli - ahli panel kita yang tampak bersemangat pada hari ini.Kata orang tak kenal, maka tak cinta Di sebelah kanan saya,saudari Sharika yang merupakan ahli panel yang pertama,cantik dan murah senyuman ,apa khabar saudari? Alhamdulillah,sihat sejahtera saudari pengerusi.Datang ke sini dengan semangat yang membara seperti saudari juga. Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel,kembali kita kepada topik forum kita iaitu Bahasa dan Sastera Melayu di Persada Antarabangsa Mampukah menjadi realiti atau sekadar ilusi? PENGERUSI PENGERUSI AHLI PANEL 1 AHLI PANEL 2


PANEL PERTAMA Terima kasih saudari pengerusi. Hadirin sekalian, sebenarnya bahasa Melayu telah lama bergelar sebagai bahasa antarabangsa kepada sejak abad ke-7 lagi bahasa Melayu sudah menjadi lingua franca di nusantara. Selain itu, bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa pentadbiran rasmi bagi kerajaan Sriwijaya, iaitu kerajaan Melayu yang besar dan jajahannya yang sangat luas. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu juga semakin semarak dengan kemunculan Kerajaan Melayu Melaka yang terkenal. Dengan berkembangnya bahasa maka kegiatan sastera juga akan berkembang pesat. Antara buku yang diterbitkan adalah Darul Mazlum yang merupakan buku terjemahan. Selain itu, karya Sejarah Melayu juga merupakan karya sastera sejarah yang meletakkan imej bahasa Melayu di persada tinggi serta menggambarkan keagungan Kesultanan Melaka. Sidang hadirin dan ahli panel yang saya hormati. Sangat menarik sekali soalan yang diberikan oleh saudari pengerusi kepada saya. Oleh itu, akan saya jelaskan ciri-ciri keistimewaan bahasa dan sastera Melayu yang menjadi tunjang kekuatan untuk melangkah ke persada antarabangsa. Sidang hadirin yang saya hormati, Keunikan dan keindahan bahasa dan sastera Melayu juga telah menarik minat para orientalis barat. Hal ini kerana bahasa Melayu digunakan untuk urusan rasmi di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu pada zaman pra perang dunia kedua. Pada waktu itu, pegawai Eropah dikehendaki untuk mempelajari bahasa Melayu dan wajib lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sekiranya mereka ingin disahkan jawatan untuk bertugas di tanah Melayu. Beberapa pegawai barat telah mula berminat dengan


Sekian dari saya, kembali semula kepada saudari pengerusi. Berdasarkan penjelasan saya sebentar tadi, sudah jelas bahawa bahasa Melayu telah lama mendapat tempat di persada antara bangsa. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dan tidak bersikap prejudis terhadap bahasa kita sendiri kerana sekiranya kita bersikap sedemikian, maka sikap kita tak ubah seperti peribahasa sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah berganding bahu serta mengorak langkah proaktif untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan sehingga ke persada dunia. bahasa Melayu sehinggakan mereka menjadi terkenal dengan gelaran sebagai sarjana bahasa Melayu seperti W.G. Shellabear, R.O. Windstedt, J.R. Wilkinson dan W.E. Maxwell. Terima kasih saudari ahli panel pertama,benar kata saudari Sharika,kita harus berusaha tanpa kenal erti jemu untuk menjadikan Bahasa dan Sastera Melayu diterima masyarakat antarabangsa .Sungguh terkesan di hati saya apabila mendengar butir bicara tentang istimewanya bahasa sastera berdasarkan fakta sejarah.Ternyata bahasa dan sastera Melayu bukan sahaja menyentuh hati penutur jati,malah dipelajari bangsa asing dan telah tersebar penggunaannya sehingga ke Eropah. Seterusnya,saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua iaitu saudari Shasa tentang badan-badan yang terlibat dengan proses perancangan dan perkembangan Bahasa Melayu sehingga matlamat kita untuk meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa wahana komunikasi di persada antarabangsa akan terlaksana. PENGERUSI


AHLI PANEL 2 Terima Kasih kepada Saudari pengerusi majlis yang manis dan petah berkata-kata Yang dihormati ahli panel dan sidang hadirin, Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam Malaysia Maddani. Persoalan daripada saudari pengerusi tentang tangan-tangan kekar yang terlibat dengan proses perancangan,perkembangan dan pemerkasaan Bahasa Melayu mengingatkan saya terhadap peranan yang dipegang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Secara awalnya, Dewan Bahasa dan Pustaka mula dikenali sebagai Balai Pustaka pada 22 Jun Tahun 1956 bagi mengembangkan lagi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Pada saat ini, DBP juga diberikan kuasa autonomi untuk menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera dalam menjalankan kegiatan penerbitan dan peniagaan buku. Pelbagai aktiviti yang rancak dilakukan lagi oleh pihak DBP bagi mengembangkan potensi penggunaan Bahasa Melayu secara meluas contohnya pelbagai bentuk program dan aktiviti kebahasaan telah dilaksanakan seperti penerbitan kamus selaras dengan pembentukan kosa kata dan istilah baharu dalam perbendaharaan kata bahasa. Dalam mengukuhkan sinergi Bahasa Melayu agar bertapak kukuh di tanah air sendiri, sebelum diperluaskan di peringkat antarabangsa, DBP juga telah mengadakan kolaboratif dengan agenda kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam melalui kusus kebahasaan untuk para penjawat awam. Kerjasama pihak kerajaan iaitu GLC dan swasta dapat mengurangkan sedikit banyak tentang dan kos pelaksanaan program. Bukan setakat itu sahaja Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABIM) turut ditubuhkan pada tahun 1997 bagi menjalankan aktiviti penyelidikan bersama pelbagai agensi dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu. Contohnya, DBP dan kerjasama dengan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris dan University Prince Of Songkla di Thailand yang mengkaji tentang penggunaan Bahasa Melayu di luar negara yang menunjukkan data peningkatan yang positif. Sidang Hadirin yang dihormati, Demikianlah antara prakarsa yang diimplementasikan oleh Badan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam proses memartabatkan dan mengembangkan lagi Bahasa Melayu. Dengan adanya pelbagai inisiatif ini diharapkan berlaku secara berterusan bagi usaha keluar daripada kepompong dunia sendiri menerobos dunia sejagat yang lebih luas.


PENGERUSI AHLI PANEL 1 Terima kasih saudari pengerusi. Sekian , saya kembalikan kepada saudari pengerusi forum TerimaKasih. Jawapan saya terhadapan persoalan saudari, kita hendaklah mengakui bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan. Berkenaan dengan usaha pengembangan bahasa Melayu, perkara ini mengingatkan saya kepada pendapat ahli panel kedua sebentar tadi yang menyebut berkenaan dengan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mengembangkan bahasa dan sastera Melayu. Adakah saya benar saudari Shasa? Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar daripada saudari ahli panel kedua iaitu saudari Sasha.Saya bersetuju dengan pendapat ahli panel kedua tadi.Siapalah yang dapat menafikan betapa bahasa dan sastera Melayu pada hari ini telah mempunyai tempat di persada antarabangsa dengan inisiatif dan komitmen Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka selain membicarakan cabaran saya juga ingin meninjau lebih lanjut pandangan ahli-ahli panel kita tentang prakarsa-prakarsa yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi cabaran Bahasa Melayu terutama pada era globalisasi ini.Saya mulakan dengan soalan pertama buat ahli panel pertama iaitu saudari Sharika tentang langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meletakkan Bahasa Melayu pada kedudukan dan statusnya yang betul,sehingga akhirnya dapat dinobatkan sebagai bahasa antarabangsa.


PENGERUSI AHLI PANEL 2 AHLI PANEL 1 Baiklah saudari pengerusi, akan saya teruskan perbincangan kita dengan membicarakan mengenai peranan kerajaan. Hadirin yang saya hormati sekalian, merujuk kepada Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang telah dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961, hal ini suda jelas ditekankan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Maksud saya, saudari ahli panel pertama mungkin boleh membicarakan tentang kerajaan yang telah meletakkan bahasa Melayu di sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan paling penting bahasa wahana pemikiran tinggi dalam masyarakat berilmu di negara di Negara kita. Ya, tepat sekali saudari Sharika. DBP berfungsi sebagai badan berkanun kerajaan yang sesungguhnya telah memainkan peranannya untuk memperkembang dan memperluaskan lagi penggunaan Bahasa Melayu terutama dalam aspek penerbitan buku-buku dan majalah Bahasa Melayu. Seterusnya, saya ingin sentuh berkenaan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini telah melahirkan murid-murid yang mendapat pendidikan yang menyeluruh dalam bahasa Melayu, dan para penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi


PENGERUSI pada tahun 1983 juga telah menerima seluruh pendidikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, sekiranya bahasa Melayu telah dimartabatkan di tanah air sendiri serta dijunjung tinggi oleh rakyatnya sendiri, maka barulah kita berasa bersemangat dan yakin untuk membawa bahasa Melayu ke persada dunia. Di samping itu, pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan dan merupakan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam semua pengajian. Penubuhan ini juga merupakan inisiatif kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara yang telah berada di kemuncak apabila bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Demikianlah penjelasan dari saya mengenai kerajaan dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa wahana pemikiran tinggi. Terima kasih saudari Sharika.Sungguh besar peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan ya saudari Sharika.Ternyata Dasar Bahasa Kebangsaan telah berjaya meletakkan Bahasa Melayu ke tempatnya.Sehingga kita dapat menggunakan bahasa Melayu dengan sepolos hati dalam medan bual bicara ini.Menyentuh tentang peranan pihak lain,bolehkah ahli panel kedua,saudari Shasha memberikan pandangan saudari tentang peranan yang dimainkan oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan ,media dan Di samping itu, bahasa Melayu juga telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan melalui Akta bahasa kebangsaan 1967 dan pengiktirafan ini juga telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan melayu Perkara 152.


AHLI PANEL 2 badan korporat dalam melaksanakan program-program bahasa dan sastera sama ada di dalam atau di luar negara. Terima kasih sekali lagi kepada saudari pengerusi forum kita pada hari ini. Membicarakan tentang peranan pertubuhan bukan kerajaan, atau NGO, Badan Korporat dan media dalam memperkasakan bahasa dan sastera Melayu, saya cukup tertarik untuk membincangkan tentang peranan yang diusahakan oleh pihak badan bukan kerajaan iaitu GAPENA atau lebih dikenali sebagai Gabungan Penulisan Nasional yang mula membangun pada 23 Oktober 1970. Hakikatnya, peranan Gabungan Penulis Nasional dalam membangunkan bahasa dan kesusasteraan Melayu di negara kita tidak boleh dipandang remeh. Antara kejayaan mereka ialah GAPENA telah menggabungkan semua penulis tanah air untuk berkarya dengan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan sayembara, wacana ilmu , diskusi dari semasa ke semasa untuk mencari formula terbaik dalam membangunkan lagi bidang kesusasteraan Melayu. GAPENA juga bekerjasama dengan erat untuk menerbitkan karya agung penulis tersohor antaranya ialah Abdullah Hussan, Shanon Ahmad dan Usman Awang Saudari pengerusi dan Ahli Panel Dalam pada itu, pengembangan bahasa Melayu dalam sektor Swasta juga turut dilaksanakan melalui Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta pada tahun 1996 melalui pelaksanaan beberapa program seperti kempen penggunaan bahasa kebangsaan , khidmat nasihat dan penganjuran kursus bahasa. Saya juga berpendapat sejak usaha penggerakan pada tahun 1996, jelas terlihat tentang kepekaan pihak swasta tertentu yang turut serta dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan . Sebagai contohnya, persatuan Linguistik Malaysia yang berhasil dalam memperteguh ciri bahasa formal bagi bahasa melayu seperti penggunaanya di Stesen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 bagi membentuk citra istimewa bagi bahasa Melayu lisan rasmi Bukan begitu saudari pengerusi dan ahli panel?


PENGERUSI AHLI PANEL 1 AHLI PANEL 2 PENGERUSI PENGERUSI AHLI PANEL 1 AHLI PANEL 2 Saya sangat bersetuju kerana penggunaan bahasa Melayu di media massa terutamanya media elektronik seperti berita di televisyen sangat mementingkan aspek kebakuan sama ada dari aspek tatabahasa mahupun sebutan. Ya, sungguh tepat saudari Sharika. Hal ini sudah pasti merupakan indikator penggunaan bahasa Melayu yang seragam giat digunakan sekali gus memastikan hasrat pengantarabangsaan Bahasa Melayu bakal tercapai pada masa depan Baiklah Terima kasih kepada ahli-ahli panel kita pada hari ini sudi menyuarakan pendapat masing-masing .Nampaknya masa amat mencemburui kita ,Sebagai penghujung bicara,saya mohon ahli panel membuat rumusan perbincangan kita pada hari ini. Baiklah saudari pengerusi, sedikit kata-kata dari saya, bahasa merupakan jiwa bangsa, jika rosak bahasa masa rosaklah bangsa. Oleh itu, sebagai generasi pewaris kepimpinan bangsa, marila kita sama-sama melestarikan perjuangan dalam memartabatkan bahasa sehingga ke takhtanya. Akhir kalam daripada saya, hasrat pengantarabangsaan bahasa Melayu jangan kita jadikan ia hanya sebagai “ angan-angan mat jenin atau impian di awang-awangan” Insyaallah dengan izin-Nya setiap iltizam padu dan komitmen jitu semua pihak, kerajaan ,rakyat termasuklah kalangan generasi muda kerana walau masih setahun jagung, darah setampuk pinang. Semoga kita semua memberikan kerjasama terbaik demi kesejahteraan perjuangan bahasa dan bangsa kita. Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat dan beriltizam.Demikian tadi rumusan ahli panel kita tentang pengantarabangsaan Bahasa Melayu,realiti atau sekadar ilusi.Tuntasnya,bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat.Kata sepakat yang dicapai dengan usaha tanpa kenal erti jemu,kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Maka hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa akan menjadi realiti. Ya,saya sependapat dengan ahli panel kedua, bagaimana pula pandangan ahli panel pertama?


PENGERUSI MAJLIS Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk membicarakan isu pengantarabangsaan Bahasa Melayu ini.Semoga forum ini menjadi wadah melahirkan remaja yang cakna terhadap isu-isu bahasa,selanjutnya membantu meletakkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa.Harapan saya forum ini juga mampu memberikan informasi yang bermanfaat buat hadirin semua. Sidang hadirin yang dihormati, Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir majlis forum pada hari ini. Wabillah Hitaufiq Walhidayah Assalammualaikum Warahmatuhllahiwabarakatuh.Sekian terima kasih. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat mempelai direnjis dipilis, Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah kita di penghujung Majlis Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan forum kita pada hari ini sama ada secara langsung mahupun tidak.Moga kita semua beroleh keberkatan daripada Allah Swt. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian semua untuk hadir memeriahkan Forum “Bahasa dan Sastera Melayu Di Persada Antarabangsa Mampukah Menjadi Realiti Atau Sekadar Ilusi”, ini.Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Pergi ke Dusun memetik kelapa, Kelapa Muda si kelapa Barli, Jari Disusun maaf dipinta, Panjang Usia bersua kembali. Marilah bersama-sama kita akhiri majlis forum kita pada hari ini dengan membaca tasbih kifarah dan surah al ‘Asr. Hadirin boleh bersurai. PEMBICARA SKRIP


Click to View FlipBook Version