ISI KANDUNGAN Kerangka Modul 1 Modul 1A Faham Ilmu 1.0 Pengenalan 2 2.0 Definisi 3 3.0 Pentaksiran 4 4.0 Konsep PASM 5 5.0 Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) 10 6.0 Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) 12 Modul 1B Cekap Amal 7.0 Penyelarasan Tugasan EBAI 14 8.0 Kaedah Menggunakan Dokumen Pentaksiran 15 9.0 Aplikasi PASM 16 10.0 Contoh Penetapan Eviden 20 Modul 1C Jaga Adab 11.0 Penyelarasan Aktiviti Pentaksiran 31 Kaedah Merujuk Sijil Digital 32 Senarai EBAI Mengikut Domain 34 Penghargaan 39
MODUL PENTAKSIR 1 Pentaksir (Assessor) A. Ilmu (Knowledge) Modul 1A : Menerapkan Ilmu Pentaksiran sebagai Pentaksir B. Amal (Practice) Modul 1B : Melatih Amal Pentaksir C. Adab (Character) Modul 1C : Membangun Adab Pentaksir Jadual 1 : Kerangka Modul Pembangunan Kompetensi Pentaksir PASM Modul Pembangunan Kompetensi Pentaksir ini dibangunkan untuk memberikan kefahaman dan kemahiran kepada personel yang terlibat dengan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM). Pentaksir terdiri daripada calon, rakan, guru, ibu bapa dan komuniti yang berperanan dalam mengesan kebolehan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) melalui instrumen yang juga dikenali sebagai EBAI (Environment Based Assessment Instrument). Dokumen ini terdiri daripada 3 modul iaitu Modul 1A (Faham Ilmu), Modul 1B (Cekap Amal) dan Modul 1C (Jaga Adab). KERANGKA MODUL PEMBANGUNAN KOMPETENSI PENTAKSIR PASM MODUL PENTAKSIR
MODUL PENTAKSIR 2 Objektif modul ini dibina untuk pentaksir mempelajari dan memahami pengetahuan asas berkenaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) yang merangkumi: i. Pengenalan ii. Definisi iii. Pentaksiran iv. Konsep v. Environment Based Assessment Instrument (EBAI) vi. Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) 1.0 PENGENALAN Anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan (PPPM) 2013- 2025 menyatakan tentang menyediakan kesamarataan akses untuk pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan kurikulum baharu yang berkualiti kepada murid di arus perdana dan juga murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan telah dirombak untuk meningkatkan kemahiran murid seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sistem pendidikan di Malaysia telah melaksanakan satu bentuk pentaksiran alternatif yang mula diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) mulai tahun 2016 iaitu Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). PASR dilaksanakan khusus untuk melaporkan perkembangan potensi MBPK di peringkat sekolah rendah. Ianya adalah sebahagian daripada usaha LP untuk mencapai aspirasi pendidikan kebangsaan seperti yang terkandung dalam PPPM 2013-2025. PASR direka khusus kepada murid sekolah rendah dan dilaksanakan bagi melengkapkan murid dengan kemahiran asas yang mencukupi untuk digunakan di peringkat menengah. LP telah menjalankan satu kerjasama strategik yang melibatkan pakar-pakar pentaksiran dan pendidikan khas dalam membangunkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) untuk MBPK sebagai kesinambungan pelaksanaan PASR. Pelaksanaan PASM membolehkan MBPK ditaksir secara berterusan, autentik dan seterusnya menerima pengiktirafan di akhir persekolahan murid. Sijil dan dokumen pengiktirafan ini boleh digunakan oleh MBPK melanjutkan pelajaran atau memilih kerjaya yang sesuai untuk meneruskan kehidupan berdikari dalam masyarakat. Pentaksiran ini dibangunkan untuk mengumpul data yang jelas serta bermakna bagi melaporkan keberkesanan pembelajaran dan penguasaan murid. Data ini juga boleh memberi maklumat perkembangan pembelajaran murid sebagai rujukan kendiri, guru, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan. Ia juga memberi motivasi dan keyakinan kepada MBPK bahawa mereka mempunyai kebolehan dan keupayaan diri. MODUL 1 A: FAHAM ILMU
MODUL PENTAKSIR 3 2.0 DEFINISI Definisi bagi setiap perkara yang terlibat dalam pelaksanaan PASM disediakan dalam garis panduan ini berdasarkan kepada dasar PASM. Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) ialah murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau manamana kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah yang telah dinyatakan di atas. [Rujuk Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013] Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) merupakan satu bentuk pentaksiran khusus untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK. PASM dilaksanakan untuk tujuan pengiktirafan dan pensijilan bagi MBPK di peringkat sekolah menengah. Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement (ERRA) ialah model pentaksiran yang digunakan untuk membangunkan PASM. Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) ialah dokumen yang mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan yang menunjukkan kebolehan calon dalam proses pentaksiran. Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) ialah instrumen pentaksiran yang digunakan untuk mentaksir kebolehan calon PASM. Aplikasi PASM ialah satu sistem yang dibangunkan khas untuk pengurusan, pentadbiran dan pentaksiran PASM yang boleh diakses dalam bentuk portal dan aplikasi. Standard Kebolehan ialah indikator yang digunakan untuk menentukan tahap, peringkat dan kualiti kebolehan calon PASM.
MODUL PENTAKSIR 4 3.0 PENTAKSIRAN Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. • Proses ialah langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. • Maklumat ialah eviden tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. • Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid. • Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi murid setelah melalui proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang murid bagi tujuan tertentu. PENTAKSIRAN ALTERNATIF Pentaksiran Alternatif menurut O’Malley dan Valdez Pierce ialah satu kaedah untuk mengetahui apa yang murid tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan seseorang murid. Pentaksiran alternatif juga merupakan suatu pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi murid (Aurbach & Associates, 2011). Berdasarkan takrifan yang diberikan, pentaksiran alternatif dalam PASM boleh ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional yang menggunakan ujian pensel-kertas.
MODUL PENTAKSIR 5 4.0 KONSEP PASM Konsep berasal daripada bahasa latin conceptum yang bermaksud sesuatu yang difahami. Konsep merupakan suatu idea yang mendasari, strategi atau cadangan yang menekankan faedah-faedah yang diperoleh daripada idea tersebut. Konsep utama dalam pelaksanaan PASM ialah pentaksiran autentik yang bersepadu (merentas kurikulum), sistem perekodan berterusan secara sistematik dan menggunakan teknologi pintar sebagai medium pentaksiran. Ciri-ciri PASM PASM terdiri daripada ciri-ciri seperti berikut : i. Mengesan Kebolehan (Tapping into Ability) Terdapat kebolehan (ability) dalam ketidakbolehan (disability) MBPK yang boleh dikesan dan dikenal pasti untuk diiktiraf. Kebolehan intelektual dan tingkah laku adaptif (adaptive behaviour) MBPK membolehkan mereka menyesuaikan dan menempatkan diri dalam masyarakat. PASM tidak mengukur tahap pencapaian akademik seperti dalam peperiksaan konvensional atau dalam bentuk pengujian (testing) tetapi sebagai suatu pilihan untuk mengesan (tapping) tahap kebolehan MBPK. ii. Model ERRA Model Question-Response-Score-Grade (QRSG) dalam pentaksiran sedia ada tidak relevan digunakan untuk mengesan kebolehan dalam ketidakbolehan MBPK. Model ini sesuai digunakan untuk mengukur prestasi dalam pembelajaran khususnya dalam memeringkatkan sekumpulan murid berdasarkan prestasi mereka dalam pembelajaran yang biasanya disebut sebagai pencapaian. PASM menggunakan Model ERRA, singkatan kepada Environment-ReactionRecognition-Acknowledgement. Environment ialah suatu persekitaran, sama ada persekitaran biasa atau asing di mana seseorang akan menunjukkan reaction atau reaksi. Reaksi adalah eviden (tanda-tanda) yang menggambarkan apa sebenarnya yang ada dalam diri seseorang itu. Eviden inilah yang dijadikan asas untuk membentuk makna tentang kebolehan yang dimiliki. Recognition atau pengenalpastian kebolehan dilakukan dengan membandingkan eviden dengan suatu penyataan standard yang telah disediakan. Hasil daripada recognition ini akan dirakam atau direkod, dan kemudiannya akan dilaporkan dalam suatu bentuk yang diterima oleh pemegang taruh (stakeholder). Apabila kebolehan yang dikenal pasti ini dilaporkan secara rasmi, inilah yang dimaksudkan sebagai acknowledgement atau pengiktirafan. Oleh itu, Model ERRA boleh diperihalkan
MODUL PENTAKSIR 6 sebagai satu model yang mengenal pasti dan mengiktiraf kebolehan melalui reaksi seseorang dalam suatu persekitaran. Rajah 1: Model ERRA iii. Jendela Pentaksiran Konsep Jendela Pentaksiran (Assessment Window) ini menggambarkan proses pentaksiran yang dibuat melalui pemerhatian terhadap proses pendidikan yang sedang berlaku untuk mengesan eviden bagi konstruk yang dikenal pasti dalam diri calon. Data pentaksiran boleh diperolehi dengan pelbagai cara dan pada bila-bila masa tanpa mengganggu proses pembelajaran. Rajah 2: Jendela Pentaksiran iv. Pelbagai Pentaksir Pentaksir ialah personel yang terlibat untuk melaksanakan pentaksiran yang tepat dan adil. Pentaksir terdiri daripada calon itu sendiri, rakan, guru, ibu bapa/penjaga dan ahli komuniti yang telah dilantik. Rajah 3: Pelbagai Pentaksir
MODUL PENTAKSIR 7 v. Berterusan, Fleksibel & Individu PASM ialah pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan, fleksibel dan individu. Berterusan atau (ongoing) bermaksud pentaksiran yang dijalankan sepanjang proses pembelajaran. Fleksibel pula merujuk kepada tiada penetapan masa, tempat dan tempoh pelaksanaan pentaksiran. Autonomi ini diberikan kepada pengurusan sekolah untuk menggunakan kaedah yang sesuai dengan persekitaran MBPK. Individu pula merujuk kepada pentaksiran yang berfokus kepada kebolehan dan kesediaan individu walaupun pentaksiran dilaksanakan secara berkumpulan. vi. Berasaskan Konstruk Konstruk ialah perkara yang hendak ditaksir dan merupakan dimensi calon yang berbentuk konkrit atau abstrak seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ia merupakan potensi yang dibangunkan melalui hasil pembelajaran dalam pendidikan. Kebolehan dalam ketidakbolehan MBPK dikenal pasti melalui gambaran kerangka tentang pelbagai keupayaan yang diformulasikan menjadi satu dokumen standard yang mengandungi 5 domain, 19 elemen dan 53 outcome. Jadual 2 : Senarai Konstruk PASM vii. Merujuk Standard Pentaksiran dijalankan berdasarkan Standardization of Measure. Ukuran Standard ini digunakan untuk mentaksir hasil daripada maklumat yang dikumpul. Rujukan boleh dibuat secara norma (Norm-Referenced) atau berdasarkan kriteria (CriterionReferenced) atau yang terkini ialah berdasarkan Standard (Standard-Referenced). Domain 5 Pembangunan Kerjaya 5.1 Kesediaan Dan Pengalaman Bekerja 5.1.1 Kesediaan Kerjaya 5.1.2 Kesediaan Kemahiran 5.1.3 Kesediaan Memindahkan Kemahiran Kerjaya 5.2 Kesedaran Dan Eksplorasi Kerjaya 5.2.1 Eksplorasi Kerjaya 5.2.2 Pilihan Kerjaya 5.2.3 Penetapan Kerjaya 5.3 Pengurusan Personel Dan Organisasi 5.3.1 Pengendalian Personel 5.3.2 Kemahiran Sosial 5.3.3 Pengurusan Masa 5.3.4 Pembangunan Personel 5.3.5 Pembinaan Organisasi Domain 4 Hidup Berdikari 4.1 Penjagaan Diri 4.1.1 Kebersihan Diri Dan Dandanan 4.1.2 Makan Dan Minum 4.1.3 Berpakaian 4.1.4 Penggunaan Tandas 4.2 Penggunaan Wang 4.2.1 Mendapatkan Wang 4.2.2 Membelanjakan Wang 4.2.3 Menyimpan Wang 4.3 Penjagaan Domestik 4.3.1 Mencuci Dan Membasuh 4.3.2 Operasi Pengemasan 4.4 Penjagaan Keselamatan 4.4.1 Keselamatan Fizikal 4.4.2 Keselamatan Diri 4.4.3 Asas Pertolongan Cemas Domain 3 Pembangunan Personal & Kemahiran Interpersonal 3.1 Pembangunan Sosial 3.1.1 Kenal Diri 3.1.2 Perhubungan Yang Sihat 3.1.3 Penghormatan Diri Dan Orang Lain 3.2 Komunikasi 3.2.1 Etika Komunikasi 3.2.2 Kemahiran Mendengar 3.2.3 Kemahiran Berinteraksi 3.3 Kehidupan Yang Sihat 3.3.1 Pengambilan Makanan Sihat 3.3.2 Aktiviti Fizikal Dan Kecergasan 3.3.3 Bersosial Dalam Kumpulan 3.4 Seni (Visual, Muzik, Gerakan, Drama) 3.4.1 Melakukan Aktiviti Seni 3.4.2 Menghargai Seni Domain 2 Akademik Kefungsian 2.1 Membaca 2.1.1 Kemahiran Pra Membaca 2.1.2 Kemahiran Membaca Berfungsi 2.2 Menulis 2.2.1 Kemahiran Pra Menulis 2.2.2 Kemahiran Menulis Berfungsi 2.3 Numerasi 2.3.1 Kemahiran Membilang 2.3.2 Kemahiran Menghintung 2.3.3 Kemahiran Mengukur 2.4 Kemahiran Teknologi 2.4.1 Menggunakan Peralatan Teknologi 2.4.2 Menggunakan Komputer 2.4.3 Menggunakan Internet Untuk Berkomunikasi Domain 1 Kerohanian dan Nilai Murni 1.1 Kepercayaan 1.1.1: Kepercayaan kepada Tuhan 1.1.2: Taat kepada prinsip agama 1.2 Ibadah 1.2.1: Ibadah Khusus 1.2.2: Ibadah Umum 1.3 Akhlak 1.3.1: Akhlak Kepada Tuhan 1.3.2: Akhlak Kepada Manusia 1.4 Nilai Murni 1.4.1: Kasih Sayang 1.4.2: Kerjasama 1.4.3: Tanggungjawab
MODUL PENTAKSIR 8 Rangka Standard Kebolehan PASM ini dibina untuk menunjukkan aspek keberkesanan pembelajaran. Tahap (Darajat) diukur melalui tiga elemen iaitu ilmu, amal atau adab. Peringkat (Maratib) terdiri daripada tiga elemen iaitu diri, keluarga atau masyarakat. Kualiti diukur menggunakan elemen ada, cukup atau lebih berdasarkan kepada kriteria yang ditentukan bagi setiap tahap dan peringkat. Rajah 4: Standard Kebolehan viii. Berpusatkan Murid Berpusatkan murid bermaksud memberi ruang kepada MBPK untuk menunjukkan kesan program pendidikan melalui pendekatan yang menggabungkan tiga perkara; Taksir bila calon bersedia (assess when they are ready) Rekod yang sepatutnya (record accordingly) Lapor jika calon gembira (report when they are happy) ix. Instrumen Instrumen PASM ialah Enviroment-Based Assessment Instrument (EBAI) yang dibina berasaskan kepada situasi sebenar kehidupan serta persekitaran pembelajaran murid yang disediakan oleh LP untuk kegunaan personel pentaksiran dalam menentukan tahap kebolehan berdasarkan Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA). Senarai EBAI akan bertambah dari semasa ke semasa agar dapat memberi pilihan kepada pentaksir untuk melaksanakan pentaksiran mengikut kesesuaian persekitaran masing-masing.
MODUL PENTAKSIR 9 x. Sijil Digital Sijil Digital merupakan suatu sijil yang dianugerahkan kepada calon di mana ia menunjukkan tahap kebolehan calon sepanjang tempoh persekolahan. Rajah di bawah ini menunjukkan pelaporan yang diperolehi oleh calon PASM. Bulatan berwarna merah merujuk kepada Peringkat Diri, kuning pula merujuk kepada Peringkat Keluarga dan hijau merujuk kepada Peringkat Masyarakat. Jejari berwarna ini mewakili 53 outcome yang terdapat dalam domain 1 hingga 5. Sijil ini boleh diakses melalui aplikasi Aplikasi PASM atau kod QR pada Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) yang dikeluarkan oleh LP. Rajah 5: Contoh Sijil Digital PASM
MODUL PENTAKSIR 10 5.0 ENVIRONMENT-BASED ASSESSMENT INSTRUMENT (EBAI) EBAI ialah suatu dokumen lengkap yang diperlukan untuk menjalankan dan menjayakan suatu proses mendapatkan maklumat untuk membentuk makna dalam satu ekosistem yang terdiri daripada unit-unit biotik dan abiotik yang hadir bersama secara semula jadi di mana masing-masing saling berinteraksi untuk melaksanakan fungsi tertentu. Komponen EBAI EBAI terdiri daripada komponen berikut: i. Environment (Persekitaran) Suatu medan atau lokasi di mana terdapatnya persekitaran yang dikenal pasti boleh menjadi tempat berlakunya pentaksiran untuk pelbagai konstruk. ii. Reaction (Reaksi) Suatu medan yang menempatkan dan memaparkan tindakan atau gerak balas terhadap environment. Pelbagai reaksi boleh dikenal pasti daripada environment yang boleh dijadikan sebagai eviden. Reaksi dalam pelbagai bentuk memerlukan kepakaran penilaian (expert judgement) bagi menentukan standard kebolehan yang tepat. iii. Evidence (Eviden) Suatu bahan yang direkodkan sebagai bukti semasa pentaksiran dijalankan. Eviden yang diperoleh melalui reaksi calon terhadap environment boleh menentukan konstruk yang sesuai. Eviden boleh ditunjukkan dalam bentuk gambar atau video. iv. Recognition (Pengenalpastian) Pengenalpastian merupakan suatu penentuan konstruk yang melibatkan Tahap (Ilmu, Amal, Adab), Peringkat (Diri, Keluarga, Masyarakat) dan Kualiti (Ada, Cukup, Lebih). v. Acknowledgement (Pengiktirafan) Pengiktirafan merupakan satu pelaporan yang menunjukkan; a) indikator konstruk yang ditaksir dalam satu skala linear berdasarkan proses pengenalpastian yang dijalankan. b) dalam bentuk digital dan fizikal.
MODUL PENTAKSIR 11 Ciri-ciri EBAI Tiga ciri penting EBAI ialah Terangkum, Fleksibel dan Autentik. i. Terangkum ialah ciri di mana aktiviti-aktiviti dari semua komponen bagi EBAI terangkum dalam environment yang sama. ii. Fleksibel menggambarkan EBAI yang boleh dijalankan kepada pelbagai calon, pada bila-bila masa dalam keadaan terbuka dan terkawal. iii. Autentik menunjukkan EBAI yang dijalankan dalam persekitaran kehidupan dan situasi sebenar calon. Senarai EBAI 1. Perkhemahan 11. Kem Bestari Solat 21. Tanaman 31. Mendobi 41. Majlis Ceramah 2. Jamuan 12. Lawatan 22. Tarian 32. Memanah 42. Kraf Doh Tepung 3. NILAM 13. Majlis Hari Jadi 23. Jahitan Asas 33. Akuakultur 43. Projek Membina Gajet 4. Gotong-royong 14. Masakan 24. Jahitan Mesin 34. Refleksologi 44. Penternakan Kelulut 5. 5. Boling 15. Minggu Pend. Khas 25. Kiosk Keusahawanan 35. Perkhidmatan Pembungkusan 45. Kraf Batik 6. Persembahan Kesenian 16. Mobiliti di Pasar Raya 26. Projek Roti 36. Permainan Tradisonal 46. Kraf Felt 7. Hari Patriotik 17. Pengangkutan Awam 27. Anyaman Manik 37. Memancing 47. Program Larian 8. IT Paralimpiad 18. Projek Dam Ular 28. Berkuda 38. Pengemasan 48. Perbarisan 9. Karnival Kerjaya 19. Amalan Solat Harian 29. Golf 39. Penternakan Unggas 49. Petanque 10. Kejohanan Sukan 20. Mencuci Kenderaan 30. Renang 40. Cabaran Eksplorasi 50. Operasi Servis Makanan dan Minuman Jadual 3: Senarai EBAI
MODUL PENTAKSIR 12 6.0 DOKUMEN STANDARD PENTAKSIRAN ALTERNATIF (DSPA) Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) ialah suatu dokumen mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan. Konstruk mengandungi 5 Domain, 19 Elemen dan 53 Outcome yang menggambarkan potensi keseluruhan MBPK yang ditaksir sepanjang berada dalam sistem persekolahan. Ia memberi ruang kepada guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran serentak serta berterusan. Rajah 6: Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif STANDARD KEBOLEHAN Standard kebolehan ditunjukkan melalui 27 indikator yang merangkumi Tahap (ilmu, amal, adab), Peringkat (diri, keluarga, masyarakat) dan Kualiti (ada, cukup, lebih). Tahap merujuk kepada tahap keberkesanan pendidikan: i. Ilmu Ilmu adalah suatu keadaan di mana calon tahu dan faham sesuatu konstruk. ii. Amal Amal adalah suatu keadaan di mana calon tahu, faham dan boleh melaksanakan sesuatu konstruk. iii. Adab Adab adalah suatu keadaan di mana calon tahu, faham dan sentiasa membudayakan sesuatu konstruk dengan betul. DSPA Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan. Konstruk diperincikan kepada 5 domain, 19 Elemen dan 53 outcome 1 Domain Kerohanian dan Nilai Murni 2 Domain Akademik Fungsian 3 Domain Pembangunan Personal & Kemahiran Interpersonal 4 Domain Hidup Berdikari 5 Domain Pembangunan Kerjaya 19 Elemen 53Outcome
MODUL PENTAKSIR 13 Peringkat merujuk kepada peringkat pendidikan yang bermakna: i. Diri Peringkat diri bermaksud kebolehan yang ditunjukkan dalam konteks dirinya sendiri walaupun calon berada dalam persekitaran keluarga atau masyarakat. ii. Keluarga Peringkat keluarga bermaksud kebolehan yang ditunjukkan dalam konteks keluarga (ahli keluarga, warga PPKI sekolah atau individu rapat dengan calon) walaupun dalam persekitaran masyarakat. iii. Masyarakat Peringkat masyarakat bermaksud kebolehan yang ditunjukkan dalam konteks masyarakat (selain daripada ahli keluarga, warga PPKI sekolah atau individu rapat dengan calon). Kualiti merujuk kepada sejauh mana nilai kebolehan yang ditunjukkan oleh calon. Kualiti juga dipengaruhi oleh kekerapan, ketepatan atau kesempurnaan: i. Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. ii. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. iii. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.
MODUL PENTAKSIR 14 Objektif modul ini dibina untuk pentaksir mengamalkan ilmu dan kefahaman berkenaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM): i. penyelarasan tugasan EBAI ii. pengenalpastian reaksi EBAI yang akan dilaksanakan iii. penentuan eviden yang sepadan dengan reaksi iv. penentuan outcome yang sepadan dengan reaksi v. penentuan standard kebolehan calon vi. log masuk aplikasi PASM vii. simulasi pemilihan calon, EBAI, reaksi, eviden dan outcome menggunakan aplikasi PASM viii. simulasi penentuan standard kebolehan dan penghantaran maklumat pentaksiran menggunakan Aplikasi PASM 7.0 PENYELARASAN TUGASAN EBAI Penyelarasan tugasan EBAI ini ditentukan dengan merujuk kepada jadual kerja sekolah yang dibangunkan hasil daripada perbincangan PKPK bersama SuP berdasarkan jadual kerja yang disediakan oleh LP. Penetapan EBAI perlu mengikut kapasiti sesebuah sekolah. Berdasarkan jadual kerja tersebut, Pentaksir boleh mengenal pasti reaksi bagi EBAI yang akan dilaksanakan. Pentaksir boleh merujuk Dokumen EBAI dan DSPA sebagai persediaan untuk mentaksir. Jadual 4: Contoh Jadual Kerja MODUL 1 B: CEKAP AMAL
MODUL PENTAKSIR 15 8.0 KAEDAH MENGGUNAKAN DOKUMEN PENTAKSIRAN 1. Rujuk Dokumen Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) 2. Pilih EBAI yang akan digunakan. 3. Kenal pasti reaksi dan outcome. 4. Rujuk Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif (DSPA) 5. Pastikan outcome dalam DSPA dan EBAI adalah sama 6. Tentukan standard kebolehan calon mengikut Tahap (Ilmu, Amal, Adab), Peringkat (Diri, Keluarga, Masyarakat) dan Kualiti (Ada, Cukup, Lebih). Rajah 7: Dokumen EBAI 1. Rujuk Dokumen EBAI Rajah 8: Penerangan langkah 2 dan 3 2. Pilih EBAI 3. Kenal pasti reaksi dan outcome
MODUL PENTAKSIR 16 Rajah 9: Penerangan perkara 4,5 dan 6 9.0 APLIKASI PASM PASM sebagai peneraju pendigitalan pentaksiran yang kaya teknologi dan data raya. Pelaksanaan PASM adalah menggunakan aplikasi dan perkakas teknologi sebagai medium pentaksiran. Melalui aplikasi PASM, tiada lagi kertas peperiksaan dan petugas peperiksaan seperti pemeriksa dan pengawas peperiksaan. Rajah 10: Paparan Aplikasi PASM 4.Rujuk DSPA 5.Pastikan outcome DSPA sama dengan outcome di EBAI 6. Tentukan standard kebolehan calon mengikut tahap, peringkat dan kualiti
MODUL PENTAKSIR 17 Rajah 11: Paparan Sijil Digital dalam Aplikasi PASM Kaedah Pentaksiran Menggunakan Aplikasi PASM Kaedah pentaksiran menggunakan aplikasi PASM adalah seperti berikut: Rajah 12: Paparan langkah 1 dan 2 dalam aplikasi PASM
MODUL PENTAKSIR 18 Rajah 13: Paparan langkah 3 dan 4 dalam aplikasi PASM Rajah 14: Paparan langkah 5 dan 6 dalam aplikasi PASM
MODUL PENTAKSIR 19 Rajah 15: Paparan langkah 7 dan 8 dalam aplikasi PASM Rajah 16: Paparan langkah 9 dan 10 dalam aplikasi PASM
MODUL PENTAKSIR 20 Rajah 17: Paparan langkah 11 dan 12 dalam aplikasi PASM Simulasi Pentaksiran Menggunakan Aplikasi PASM Simulasi pentaksiran menggunakan aplikasi PASM boleh ditonton dengan mengimbas kod QR berikut: Rajah 18: Kod QR Simulasi Aplikasi PASM
MODUL PENTAKSIR 21 10.0 PENETAPAN EVIDEN Penetapan eviden adalah berdasarkan kepada 27 skala ordinal yang merangkumi: i. Tahap: Ilmu, Amal dan Adab ii. Peringkat: Diri, Keluarga dan Masyarakat iii. Kualiti: Ada, Cukup atau Lebih Rajah 19: 27 indikator skala ordinal Jadual di bawah merupakan contoh eviden yang sesuai berdasarkan 27 skala ordinal standard kebolehan untuk rujukan pentaksir. Pentaksir perlu menguasai EBAI yang akan dilaksanakan supaya pentaksir boleh merakam reaksi yang telah dikenal pasti dan merekod standard kebolehan calon.
MODUL PENTAKSIR 22 Contoh Penetapan Evidens Jadual 5 : Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Ilmu Diri (Ada) EBAI 25: PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN REAKSI R3: Murid menyukat bahan atau item OUTCOME 2.3.3 Kemahiran Mengukur STANDARD KEBOLEHAN Ilmu Diri (Cukup) JUSTIFIKASI Calon tahu menyukat bahan atau item dengan betul dan berkesan Jadual 6: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Ilmu Diri (Cukup) EBAI 25: PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN REAKSI R3: Murid menyukat bahan atau item OUTCOME 2.3.3 Kemahiran Mengukur STANDARD KEBOLEHAN Ilmu Diri (Lebih) JUSTIFIKASI Calon tahu menyukat bahan atau item dengan betul, berkesan dan sempurna Jadual 7: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Ilmu Diri (Lebih) Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna EBAI 25: PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN REAKSI R3: Murid menyukat bahan atau item OUTCOME 2.3.3 Kemahiran Mengukur STANDARD KEBOLEHAN Ilmu Diri (Ada) JUSTIFIKASI Calon tahu menyukat bahan atau item dengan betul
MODUL PENTAKSIR 23 EBAI 4: GOTONG-ROYONG REAKSI R1: Murid tolong-menolong sesama rakan OUTCOME 1.4.2: Kerjasama STANDARD KEBOLEHAN Amal Diri (Ada) JUSTIFIKASI Calon tahu, faham dan boleh bekerjasama dengan betul semasa aktiviti gotong-royong Jadual 8: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Diri (Ada) EBAI 4: GOTONG-ROYONG REAKSI R1: Murid tolong-menolong sesama rakan OUTCOME 1.4.2: Kerjasama STANDARD KEBOLEHAN Amal Diri (Cukup) JUSTIFIKASI Calon tahu, faham dan boleh bekerjasama dengan betul dan berkesan semasa aktiviti gotong-royong Jadual 9: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Diri (Cukup) EBAI 4: GOTONG-ROYONG REAKSI R1: Murid tolong-menolong sesama rakan OUTCOME 1.4.2: Kerjasama STANDARD KEBOLEHAN Amal Diri (Lebih) JUSTIFIKASI Calon tahu, faham dan boleh bekerjasama dengan betul, berkesan dan sempurna semasa aktiviti gotong-royong Jadual 10: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Diri (Lebih) Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna
MODUL PENTAKSIR 24 EBAI 21: TANAMAN REAKSI R15: Menyimpan wang hasil jualan OUTCOME 4.2.3: Menyimpan Wang STANDARD KEBOLEHAN Adab Diri (Ada) JUSTIFIKASI Calon tahu, faham dan boleh menyimpan wang hasil jualan dengan betul Jadual 11: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Adab Diri (Ada) EBAI 34: REFLEKSOLOGI REAKSI R6: Calon menyimpan wang hasil perkhidmatan refleksologi di tempat yang selamat OUTCOME 4.2.3: Menyimpan Wang STANDARD KEBOLEHAN Adab Diri (Cukup) JUSTIFIKASI Calon tahu, faham dan boleh menyimpan wang hasil perkhidmatan refleksologi di tempat yang selamat dengan betul dan berkesan Jadual 12: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Adab Diri (Cukup) EBAI 34: REFLEKSOLOGI REAKSI R6: Murid menyimpan wang hasil perkhidmatan refleksologi di tempat yang selamat OUTCOME 4.2.3: Menyimpan Wang STANDARD KEBOLEHAN Adab Diri (Lebih) JUSTIFIKASI Calon tahu, faham dan boleh menyimpan wang hasil perkhidmatan refleksologi di tempat yang selamat dengan betul, berkesan dan sempurna Jadual 13: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Adab Diri (Lebih) Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna
MODUL PENTAKSIR 25 EBAI 14: MASAKAN REAKSI R6: Murid menggunakan peralatan berteknologi OUTCOME 2.4.1 Menggunakan Peralatan Teknologi STANDARD KEBOLEHAN Ilmu Keluarga (Ada) JUSTIFIKASI Calon tahu menggunakan fungsi dan operasi peralatan teknologi dengan betul Jadual 14: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Ilmu Keluarga (Ada) EBAI 14: MASAKAN REAKSI R6: Murid menggunakan peralatan berteknologi OUTCOME 2.4.1 Menggunakan Peralatan Teknologi STANDARD KEBOLEHAN Ilmu Keluarga (Cukup) JUSTIFIKASI Calon tahu menggunakan fungsi dan operasi peralatan teknologi dengan betul dan berkesan Jadual 15: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Ilmu Keluarga (Cukup) EBAI 14: MASAKAN REAKSI R6: Murid menggunakan peralatan berteknologi OUTCOME 2.4.1 Menggunakan Peralatan Teknologi STANDARD KEBOLEHAN Ilmu Keluarga (Lebih) JUSTIFIKASI Calon tahu menggunakan fungsi dan operasi peralatan teknologi dengan betul, berkesan dan sempurna Jadual 16: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Ilmu Keluarga (Lebih) Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna
MODUL PENTAKSIR 26 EBAI 22: TARIAN REAKSI R4: Mengambil bahagian dalam seni tari OUTCOME 3.4.1 Melakukan Aktiviti Seni STANDARD KEBOLEHAN Amal Keluarga (Ada) JUSTIFIKASI Calon boleh melakukan aktiviti seni dengan mengambil bahagian dalam seni tari dengan betul Jadual 17: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Keluarga (Ada) EBAI 22: TARIAN REAKSI R4: Mengambil bahagian dalam seni tari OUTCOME 3.4.1 Melakukan Aktiviti Seni STANDARD KEBOLEHAN Amal Keluarga (Cukup) JUSTIFIKASI Calon boleh melakukan aktiviti seni dengan mengambil bahagian dalam seni tari dengan betul dan berkesan Jadual 18: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Keluarga (Cukup) EBAI 22: TARIAN REAKSI R4: Mengambil bahagian dalam seni tari OUTCOME 3.4.1 Melakukan Aktiviti Seni STANDARD KEBOLEHAN Amal Keluarga (Lebih) JUSTIFIKASI Calon boleh melakukan aktiviti seni dengan mengambil bahagian dalam seni tari dengan betul, berkesan dan sempurna Jadual 19: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Keluarga (Lebih) Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna
MODUL PENTAKSIR 27 EBAI 20: MENCUCI KENDERAAN JUSTIFIKASI REAKSI R10: Murid mencuci dan membasuh kenderaan Calon sentiasa membudayakan kerja mencuci kenderaan OUTCOME dengan betul 4.3.1 Mencuci dan membasuh STANDARD KEBOLEHAN Adab-Keluarga (Ada) Jadual 20: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Adab Keluarga (Ada) EBAI 20: MENCUCI KENDERAAN JUSTIFIKASI REAKSI R10: Murid mencuci dan membasuh kenderaan Calon sentiasa membudayakan kerja mencuci kenderaan dengan betul dan berkesan OUTCOME 4.3.1 Mencuci dan membasuh STANDARD KEBOLEHAN Adab-Keluarga (Cukup) Jadual 21 : Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Adab Keluarga (Cukup) EBAI 20: MENCUCI KENDERAAN JUSTIFIKASI REAKSI R10: Murid mencuci dan membasuh kenderaan Calon sentiasa membudayakan kerja mencuci kenderaan dengan betul, berkesan dan sempurna OUTCOME 4.3.1 Mencuci dan membasuh STANDARD KEBOLEHAN Adab-Keluarga (Lebih) Jadual 22: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Adab Keluarga (Lebih) Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna
MODUL PENTAKSIR 28 EBAI 16: MOBILITI DI PASAR RAYA REAKSI R13: Murid membayar di kaunter bayaran OUTCOME 4.2.2 Membelanjakan Wang STANDARD KEBOLEHAN Ilmu Masyarakat (Ada) JUSTIFIKASI Calon tahu membelanjakan wang semasa membayar di kaunter dengan betul Jadual 23: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Ilmu Masyarakat (Ada) EBAI 16: MOBILITI DI PASAR RAYA REAKSI R13: Murid membayar di kaunter bayaran OUTCOME 4.2.2 Membelanjakan Wang STANDARD KEBOLEHAN Ilmu Masyarakat (Cukup) JUSTIFIKASI Calon tahu membelanjakan wang semasa membayar di kaunter dengan betul dan berkesan Jadual 24: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Ilmu Masyarakat (Cukup) EBAI 16: MOBILITI DI PASAR RAYA REAKSI R13: Murid membayar di kaunter bayaran OUTCOME 4.2.2 Membelanjakan Wang STANDARD KEBOLEHAN Ilmu Masyarakat (Lebih) JUSTIFIKASI Calon tahu membelanjakan wang semasa membayar di kaunter dengan betul, berkesan dan sempurna Jadual 25: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Ilmu Masyarakat (Lebih) Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna
MODUL PENTAKSIR 29 EBAI 25: KIOSK KEUSAHAWANAN REAKSI R7: Murid menunjukkan kebolehan dan minat mengendalikan kiosk OUTCOME 5.2.3 Penetapan Kerjaya STANDARD KEBOLEHAN Amal Masyarakat (Ada) JUSTIFIKASI Calon boleh membuat penetapan kerjaya melalui pengendalian kiosk dengan betul Jadual 26 : Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Masyarakat (Ada) EBAI 25: KIOSK KEUSAHAWANAN REAKSI R7: Murid menunjukkan kebolehan dan minat mengendalikan kiosk OUTCOME 5.2.3 Penetapan Kerjaya STANDARD KEBOLEHAN Amal Masyarakat (Cukup) JUSTIFIKASI Calon boleh membuat penetapan kerjaya melalui pengendalian kiosk dengan betul dan berkesan Jadual 27 : Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Masyarakat (Cukup) EBAI 25: KIOSK KEUSAHAWANAN REAKSI R7: Murid menunjukkan kebolehan dan minat mengendalikan kiosk OUTCOME 5.2.3 Penetapan Kerjaya STANDARD KEBOLEHAN Amal Masyarakat (Lebih) JUSTIFIKASI Calon boleh membuat penetapan kerjaya melalui pengendalian kiosk dengan betul, berkesan dan sempurna Jadual 28 : Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Masyarakat (Lebih) Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna
MODUL PENTAKSIR 30 EBAI 34: REFLEKSOLOGI REAKSI R8: Murid dapat mengaplikasikan urutan refleksologi OUTCOME 5.1.2 Kesediaan Kemahiran Kerjaya STANDARD KEBOLEHAN Adab Masyarakat (Ada) JUSTIFIKASI Calon sentiasa mengamalkan kesediaan kemahiran kerjaya dalam urutan refleksologi dengan betul. Jadual 29: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Adab Masyarakat (Ada) EBAI 34: REFLEKSOLOGI REAKSI R8: MURID DAPAT MENGAPLIKASIKAN URUTAN REFLEKSOLOGI OUTCOME 5.1.2 Kesediaan Kemahiran Kerjaya STANDARD KEBOLEHAN Adab Masyarakat (Cukup) JUSTIFIKASI Calon sentiasa mengamalkan kesediaan kemahiran kerjaya dalam urutan refleksologi dengan betul dan berkesan. Jadual 30: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Adab Masyarakat (Cukup) EBAI 34: REFLEKSOLOGI REAKSI R8: MURID DAPAT MENGAPLIKASIKAN URUTAN REFLEKSOLOGI OUTCOME 5.1.2 Kesediaan Kemahiran Kerjaya STANDARD KEBOLEHAN Adab-Masyarakat (lebih) JUSTIFIKASI Calon sentiasa mengamalkan kesediaan kemahiran kerjaya dalam urutan refleksologi dengan betul, berkesan dan sempurna. Jadual 31: Contoh penetapan eviden bagi standard kebolehan Amal Masyarakat (Lebih) Ada (A) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul. Cukup (C) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul dan berkesan. Lebih (L) Menunjukkan sesuatu konstruk dengan betul, berkesan dan sempurna.
MODUL PENTAKSIR 31 Objektif modul ini dibina untuk pentaksir mempelajari dan memahami berkenaan kaedah pelaksanaan PASM yang merangkumi : i. perancangan aktiviti pentaksiran ii. penyelarasan aktiviti pentaksiran 11.0 PERANCANGAN DAN PENYELARASAN AKTIVITI PENTAKSIRAN Perancangan dan penyelarasan aktiviti pentaksiran dilaksanakan untuk memastikan pelaksanaan PASM mematuhi dan memenuhi jadual kerja yang telah ditetapkan. Pembahagian EBAI Mengikut Kategori Pembahagian EBAI mengikut program boleh membantu pentaksir mengurus dan merancang aktiviti pentaksiran yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah/daerah/negeri/kebangsaan. CONTOH PEMBAHAGIAN EBAI MENGIKUT KATEGORI PdP PROGRAM/AKTIVITI Masakan Perkhemahan Kejohanan Sukan Mencuci Kenderaan Jamuan Karnival Kerjaya Tanaman Nilam Majlis Ceramah Jahitan Asas Gotong Royong Program Larian Jahitan Mesin Boling Perbarisan Projek Roti Persembahan Kesenian Anyaman Manik Hari Patriotik Mendobi IT Paralimpiad Akuakultur Kem Bestari Solat Refleksologi Lawatan Penternakan Kelulut Majlis Hari Jadi Pengemasan Minggu Pendidikan Khas Penternakan Unggas Mobiliti Di Pasar Raya Amalan Solat Harian Pengangkutan Awam Permainan Tradisional Projek Dam Ular Kraf Felt Tarian Jadual 32: Contoh Pembahagian EBAI MODUL 1 C: JAGA ADAB
MODUL PENTAKSIR 32 Kaedah Merujuk Sijil Digital Kemahiran membaca sijil digital boleh membantu pentaksir untuk: i. Mengenal pasti kecenderungan kebolehan calon. ii. Mengenal pasti kebolehpasaran calon. iii. Merancang aktiviti pentaksiran yang seterusnya. DOMAIN 1 DOMAIN 2 DOMAIN 3 DOMAIN 4 DOMAIN 5 Kerohanian Dan Nilai Murni Akademik Kefungsian embangunan Personal & Kemahiran Interpersonal Hidup Berdikari Pembangunan Kerjaya Maklumat umum calon Masalah pembelajaran Kurang upaya intelektual Kemahiran masakan 15 tahun Kebolehan calon berdasarkan paparan carta Calon menunjukkan kecenderungan dalam domain hidup berdikari. Selain itu calon juga menunjukkan kebolehan dalam domain pembangunan personel dan kemahiran interpersonal. Calon mempunyai kemahiran mendengar yang baik dan boleh membelanjakan wang. Calon juga boleh bekerjasama dengan baik. Calon menunjukkan potensi dalam bidang masakan dan urusan jual beli. Fokus pentaksiran yang seterusnya Domain 1, 3, 4 dan 5 Jadual 33: Contoh 1 kaedah menganalisis sijil digital DOMAIN 1 DOMAIN 2 DOMAIN 3 DOMAIN 4 DOMAIN 5 Kerohanian Dan Nilai Murni Akademik Kefungsian embangunan Personal & Kemahiran Interpersonal Hidup Berdikari Pembangunan Kerjaya Maklumat umum calon Masalah pembelajaran Autisme Kemahiran Tanaman 14 tahun Kebolehan calon berdasarkan paparan carta Calon kefungsian rendah yang boleh dibimbing dalam bidang kemahiran. Calon menunjukkan nilai-nilai walaupun kurang kemahiran berkomunikasi. Calon menunjukkan potensi dalam bidang tanaman, boleh berdikari dan mengurus diri. Fokus pentaksiran yang seterusnya Domain 1 dan 3 Jadual 34: Contoh 2 kaedah menganalisis sijil digital
MODUL PENTAKSIR 33 DOMAIN 1 DOMAIN 2 DOMAIN 3 DOMAIN 4 DOMAIN 5 Kerohanian Dan Nilai Murni Akademik Kefungsian embangunan Personal & Kemahiran Interpersonal Hidup Berdikari Pembangunan Kerjaya Maklumat umum calon Masalah pembelajaran Kurang upaya intelektual KVS Penyediaan dan Pembuatan Makanan 16 tahun Kebolehan calon berdasarkan paparan carta Calon menunjukkan kecenderungan dalam domain akademik kefungsian, pembangunan personal dan kemahiran interpersonal serta hidup berdikari. Calon boleh membaca, mempunyai kemahiran mendengar yang baik dan boleh menggunakan wang. Calon juga mampu berkomunikasi dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Calon menunjukkan potensi dalam bidang masakan dan boleh berkomunikasi dengan baik. Fokus pentaksiran yang seterusnya Domain 1 dan 5 Jadual 35: Contoh 3 kaedah menganalisis sijil digital DOMAIN 1 DOMAIN 2 DOMAIN 3 DOMAIN 4 DOMAIN 5 Kerohanian Dan Nilai Murni Akademik Kefungsian embangunan Personal & Kemahiran Interpersonal Hidup Berdikari Pembangunan Kerjaya Maklumat umum calon Masalah pembelajaran Kurang upaya intelektual Kemahiran Pembuatan Roti 19 tahun Kebolehan calon berdasarkan paparan carta Calon menunjukkan kecenderungan dalam pelbagai domain. Boleh membaca, menguruskan wang. Calon menunjukkan potensi dalam bidang pembuatan roti dan boleh berkomunikasi dengan baik. Fokus pentaksir yang seterusnya Domain 5 Jadual 36: Contoh 4 kaedah menganalisis sijil digital
MODUL PENTAKSIR 34 Senarai Ebai Mengikut Domain Jadual di bawah menunjukkan senarai EBAI mengikut domain. Senarai ini boleh membantu pentaksir untuk mengenal pasti EBAI yang mempunyai domain yang ingin difokuskan. DOMAIN 1: KEROHANIAN DAN NILAI-NILAI MURNI Jadual 37: Senarai EBAI yang mempunyai domain 1 1.1.1 1.1.2 1.2.1 1.2.2 1.3.1 1.3.2 1.4.1 1.4.2 1.4.31 PERKHEMAHAN / / 22 JAMUAN / / / (2) 43 NILAM / (2) / (5) 74 GOTONG ROYONG / 17 HARI PATRIOTIK / 19 KARNIVAL KERJAYA / 110 KEJOHANAN SUKAN / / 211 KEM BESTARI SOLAT / / (3) / / (2) / 812 LAWATAN / 113 MAJLIS HARI JADI / / 214 MASAKAN / 116 MOBILITI PASAR RAYA / (3) / (2) 519 AMALAN SOLAT HARIAN / / / / / / 620 MENCUCI KENDERAAN / 121 TANAMAN / (2) / (2) 425 KIOS KEUSAHAWANAN / 128 BERKUDA / 129 GOLF / 136 PERMAINAN TRADISIONAL / / 237 MEMANCING / 138 PENGEMASAN / / 239 PENTERNAKAN UNGGAS / 140 CABARAN EKSPLORASI / 141 MAJLIS CERAMAH / / 248 PERBARISAN / / 249 PETANQUE / 150 OPERASI SERVIS MAKANAN DAN MINUMAN / 1JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 2 1 4 3 4 7 2 20 18JUMLAH EBAI = 27 OUTCOME NO. EBAI EBAI BIL REAKSI
MODUL PENTAKSIR 35 DOMAIN 2 : AKADEMIK FUNGSIAN Jadual 38: Senarai EBAI yang mempunyai domain 2 2.1.1 2.1.2 2.2.1 2.2.2 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.4.1 2.4.2 2.4.33 NILAM / / (2) / (2) 54 GOTONG ROYONG / (2) / 35 BOLING / / / / 47 HARI PATRIOTIK / (2) / / 48 IT PARALIMPIAD / / (12) / (3) 169 KARNIVAL KERJAYA / / 210 KEJOHANAN SUKAN / (2) 212 LAWATAN / 113 MAJLIS HARI JADI / 114 MASAKAN / / / / / /617 PENGANGKUTAN AWAM / / 218 PROJEK DAM ULAR / / (3) / (2) / (2) / (2) 1020 MENCUCI KENDERAAN / / / / / 521 TANAMAN / / / (5) 722 TARIAN / 123 JAHITAN ASAS / 124 JAHITAN MESIN / / /326 PROJEK ROTI / (2) / (2) / 527 ANYAMAN MANIK / (3) / / 528 BERKUDA / 129 GOLF / / 231 MENDOBI / (2) / / / / 632 MEMANAH / / / 333 AKUAKULTUR / / / / 434 REFLEKSOLOGI / (2) 235 PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN / / (2) / 436 PERMAINAN TRADISIONAL / / / (2) / / 637 MEMANCING / / / / 438 PENGEMASAN / / / / 439 PENTERNAKAN UNGGAS / / 240 CABARAN EKSPLORASI / 141 MAJLIS CERAMAH / / 242 KRAF DOH TEPUNG / / 243 PROJEK MEMBINA GAJET / / / / 444 PENTERNAKAN KELULUT / / / / 445 KRAF BATIK / / / 346 KRAF FELT / / / 347 PROGRAM LARIAN / / (2) / 448 PERBARISAN / 149 PETANQUE / 150 OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN / (2) / / 4JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 26 20 1 14 19 11 26 16 12 5OUTCOME NO. EBAI EBAI BIL REAKSIJUMLAH EBAI = 41
MODUL PENTAKSIR 36 DOMAIN 3: PEMBANGUNAN PERSONEL & KEMAHIRAN INTERPERSONAL Jadual 39: Senarai EBAI yang mempunyai domain 3 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.4.1 3.4.22 JAMUAN / / (2) 34 GOTONG ROYONG / / (2) 35 BOLING / / (2) / / (2) 66 PERSEMBAHAN KESENIAN / / / (2) 47 HARI PATRIOTIK / (3) 38 IT PARALIMPIAD / / 29 KARNIVAL KERJAYA / (3) 310 KEJOHANAN SUKAN / / / / 412 LAWATAN / / (2) / / /613 MAJLIS HARI JADI / / (2) / / / / / 814 MASAKAN / / 215 MINGGU PENDIDIKAN KHAS / / 216 MOBILITI PASAR RAYA / (2) / (2) / / 617 PENGANGKUTAN AWAM / 118 PROJEK DAM ULAR / (2) 222 TARIAN / / / /423 JAHITAN ASAS / / /324 JAHITAN MESIN / 125 KIOS KEUSAHAWANAN / / 227 ANYAMAN MANIK / 128 BERKUDA / / / 329 GOLF / / 230 RENANG / / (4) 531 MENDOBI / 132 MEMANAH / / (4) 534 REFLEKSOLOGI / 135 PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN / / 236 PERMAINAN TRADISIONAL / / / / / 537 MEMANCING / / 238 PENGEMASAN / 140 CABARAN EKSPLORASI / / / / (2) 541 MAJLIS CERAMAH / / / 342 KRAF DOH TEPUNG / / / /443 PROJEK MEMBINA GAJET / / 244 PENTERNAKAN KELULUT / 145 KRAF BATIK / / / /446 KRAF FELT / / 247 PROGRAM LARIAN / / 248 PERBARISAN / / / 349 PETANQUE / / / 350 OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN / / 2JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 1 5 7 7 26 26 5 20 7 15 5OUTCOME NO. EBAI EBAI JUMLAH EBAI = 41 BIL REAKSI
MODUL PENTAKSIR 37 DOMAIN 4: HIDUP BERDIKARI Jadual 40: Senarai EBAI yang mempunyai domain 4 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.3.1 4.3.2 4.4.1 4.4.2 4.4.31 PERKHEMAHAN / / / / / / / / /92 JAMUAN / 14 GOTONG ROYONG / / (2) / 45 BOLING / / / / 46 PERSEMBAHAN KESENIAN / (2) / (2) 49 KARNIVAL KERJAYA / / 210 KEJOHANAN SUKAN / / / /411 KEM BESTARI SOLAT / / / 312 LAWATAN / / 213 MAJLIS HARI JADI / / / 314 MASAKAN / / / / / /615 MINGGU PENDIDIKAN KHAS / / / / 416 MOBILITI PASAR RAYA / / / / 417 PENGANGKUTAN AWAM / / / 318 PROJEK DAM ULAR / 119 AMALAN SOLAT HARIAN / / 220 MENCUCI KENDERAAN / / / / 421 TANAMAN / / / / / /622 TARIAN / 123 JAHITAN ASAS / / 224 JAHITAN MESIN / / 225 KIOS KEUSAHAWANAN / / 226 PROJEK ROTI / / 227 ANYAMAN MANIK / / / 328 BERKUDA / / / (2) 429 GOLF / / / 330 RENANG / / 231 MENDOBI / / / / / 532 MEMANAH / / / 333 AKUAKULTUR / / / / / 534 REFLEKSOLOGI / / / 335 PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN / (2) / 336 PERMAINAN TRADISIONAL / / / / / /637 MEMANCING / / / (2) 438 PENGEMASAN / / / 339 PENTERNAKAN UNGGAS / / / / / 540 CABARAN EKSPLORASI / / 241 MAJLIS CERAMAH / 142 KRAF DOH TEPUNG / / 243 PROJEK MEMBINA GAJET / / 244 PENTERNAKAN KELULUT / / / / / 545 KRAF BATIK / / 246 KRAF FELT / / 247 PROGRAM LARIAN / /248 PERBARISAN / 149 PETANQUE / /250 OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN / / / 3JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 14 3 22 3 19 8 10 11 14 29 8 7OUTCOME JUMLAH EBAI = 47 NO. EBAI BIL REAKSIEBAI
MODUL PENTAKSIR 38 DOMAIN 5: PEMBANGUNAN KERJAYA Jadual 41: Senarai EBAI yang mempunyai domain 5 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.3.4 5.3.52 JAMUAN / 13 NILAM / 16 PERSEMBAHAN KESENIAN / / 29 KARNIVAL KERJAYA / (2) 210 KEJOHANAN SUKAN / 114 MASAKAN / 115 MINGGU PENDIDIKAN KHAS / / / 316 MOBILITI PASARAYA / 121 TANAMAN / / / / / 523 JAHITAN ASAS / / 224 JAHITAN MESIN / / / / 425 KIOS KEUSAHAWANAN / / / / / 526 PROJEK ROTI / / / (2) / / / 727 ANYAMAN MANIK / / / / 428 BERKUDA / 129 GOLF / 130 RENANG / 131 MENDOBI / / 232 MEMANAH / 133 AKUAKULTUR / / / / 434 REFLEKSOLOGI / / / 335 PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN / (2) / 337 MEMANCING / 138 PENGEMASAN / / 239 PENTERNAKAN UNGGAS / / / / / 541 MAJLIS CERAMAH / 142 KRAF DOH TEPUNG / / 243 PROJEK MEMBINA GAJET / / 244 PENTERNAKAN KELULUT / 145 KRAF BATIK / / 246 KRAF FELT / / 248 PERBARISAN / 149 PETANQUE / / 250 OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN / 1JUMLAH KEKERAPAN OUTCOME 19 6 10 2 5 3 1 6 9 12 4JUMLAH EBAI = 34 OUTCOME NO. EBAI EBAI BIL REAKSI
MODUL PENTAKSIR 39 PENGHARGAAN Unit Pentaksiran Alternatif Sektor Pentaksiran Instrumen Alternatif, Lembaga Peperiksaan Unit Menengah Rendah Sektor Operasi, Lembaga Peperiksaan Unit Pembangunan Teknologi Sektor Inspektorat, Teknologi & Sistem Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Unit Pengurusan Dasar Sektor Dasar Pentaksiran, Lembaga Peperiksaan Halizah binti Ahmad SMK FELDA Ulu Tebrau, Johor Mariza binti Zainudin SMK Panchor, Negeri Sembilan Nurshafiqqah binti Shahrudin SMK Batu Maung, Pulau Pinang Syazwan bin Abd Jalani SMK Kiaramas, Kuala Lumpur Syamsul Asyraf bin Ahmad Sukri SMK Simpang, Perak Intan Norzira binti Tormudzi SMK Air Molek, Melaka Normala binti Misman SMK Bukit Kapar, Selangor Aisyah Aqilah binti Halil SMK Sultan Abdul Aziz Shah (INTEG), Selangor Roslaili binti Abdullah SMK Taman Johor Jaya 2, Johor Nurul Ain binti Yahaya SMK Pedas, Negeri Sembilan