PANTUN ADAT & RESAM MANUSIA Oleh: Nur Elyana Aleeya Binti Ahmad Nazri
Penghargaan……………………………………………………………………………………… 3 Pengenalan ………………………………………………………………………………………… 4 Konsep Kesusasteraan Melayu 1. 2. 3. a) Takrif Pantun Adat ………………………………………………………………………… 5-7 b) Jenis-jenis Pantun Adat ……………………………………………………………… 8-20 c) Bentuk Pantun Adat ……………………………………………………………………….. 21-25 4. Fungsi Sastera Melayu a) Aspek Fungsi Sastera Melayu ………………………………………………… 27 b) Kritikan Sosial …………………………………………………………………………………….. 28-32 5. Manifestasi akal budi a) Kehidupan serta Alam sekeliling masyarakat Melayu ………….. 34-37 6. Kesimpulan ………………………………………………………………………………………… 38 7. Rujukan ………………………………………………………………………………………………. 39 ISI KANDUNGAN
Penghargaan Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana atas limpah kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus BMMB1104 iaitu Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dengan cemerlang. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, Puan Roziah Binti Ramli atas kesudian untuk memberikan penerangan dan bimbingan dalam melaksanakan tugasan ini. Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa yang sentiasa menyokong saya dalam usaha menjadi seorang pendidik yang berjaya. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang membantu dalam menyumbangkan idea bagi menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Akhir kalam, saya berharap agar kerja kursus ini menepati kriteria-kriteria yang diperlukan serta diberikan penilaian yang adil berdasarkan hasil kajian saya sendiri. Sekian, terima kasih.
Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zamanberzaman lagi. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a, b, a, b dengan beberapa variasi dan pengecualian.Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua, iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Selain itu, pantun juga merupakan karya seni bahasa Melayu tulen. Pantun boleh dianggap sebagai pernyataan tradisi budaya Melayu yang menerangkan kemantapan daya kreativiti dan pemikiran orang-orang Melayu. Sarjana-sarjana barat sejak awal telah mengenali pantun Melayu dan telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap keindahan pantun.
PANTUN ADAT & RESAM
Setiap kaum mempunyai adat resam dan kebudayaan masing-masing yang boleh diamalkan dengan aman dan damai. Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang merangkumi segala tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Ianya juga satu peraturan yang diamalkan secara turun temurun dalam masyarakat sehingga menjadi suatu hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Peraturan ini menjadi kebiasaan dan tabiat manusia semula jadi serta suatu kemestian yang diikuti dari satu generasi ke generasi yang lain bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu
Adat ialah peraturan yang sudah lama diamalkan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti kelahiran , perkahwinan dan kematian. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat mengambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Terdapat beberapa adat masyarakat Melayu yang menggunakan pantun sebagai alat hubungan untuk menyampaikan nasihat atau petua.
PANTUN ADAT
Pantun pada awal pertemuan 1. a . A d a t P e r k a h w i n a n Terdapat Pantun Adat Perkahwinan yang boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu :. 4. Pantun semasa menyambut pengantin. 2. Pantun semasa peminangan. 3. Pantun semasa dalam pertunangan. 5. Pantun semasa sandingan. 6. Pantun selepas perkahwinan.
1 . P a n t u n P a d a A w a l P e r t e m u a n Dari mana datangnya kelisa? Dari sawah turun ke kali, Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati. Pantun yang dilafazkan oleh masyarakat Melayu pada awal pertemuan pasangan berkisar kepada kata-kata di awal pengenalan antara pasangan. Menggunakan perkataan yang indah sesuai dengan masa, tempat dan situasi pantun itu dilafazkan. Biasanya pasangan saling menduga hati masing-masing untuk memastikan mereka belum mempunyai buah hati dan saling menyukai. Setelah berkenalan pasangan saling puji-memuji untuk menarik perhatian pasangan masing-masing dan mengambil hati serta memupuk kasih sayang yang mendalam antara mereka.
Pantun yang dilafaz lebih tersusun dan formal sesuai dengan majlis yang berlangsung. Maksud yang disampaikan terarah kepada hajat yang dibawa dan sebab datang bertandang. Biasanya kedua-dua pihak masing-masing mencari keserasian untuk mendapatkan satu permuafakatan dan persetujuan. Kedua belah pihak akan menjaga tutur kata masing-masing, pantun yang dilafazkan disusun dengan teratur dalam suasana yang terkawal dan ceria. Kalau tersalah cakap akan membawa padah. Majlis berlangsung dalam suasana harmonis, beradat sesuai dengan budaya dan adat setempat. Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit kayu jati, Bukan datang sebarang datang, Datang mengikat jantung hati. 2 . P a n t u n S e m a s a P e m i n a n g a n
Tempoh yang cukup menyeksakan buat kedua pasangan. Pantun yang dilafazkan penuh emosi, sarat dengan prasangka, saling rindu merindui, cemburu, kasih sayang dan sebagainya. Turut menggambarkan harapan dan keserasian antara pasangan. 3 . P a n t u n S e m a s a d a l a m P e r t u n a n g a n Kuda kelabu menyeberang, Terendam kaki pelananya, Hati gila mabuk seorang, Tuanlah sebab kerananya.
Pantun yang dilafazkan mengambarkan adat mengunjung dan adat menerima pengunjung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Kaya dengan budi bahasa, sopan santun dan memuliakan tetapi menyelitkan unsur cabar mencabar, bergurau senda, dan kata-mengata untuk menghidupkan majlis agar sentiasa segar dan ceria. Raja besar perang berarak, Perang sekali tidak selesai, Silalah tuan datang ke teratak, Tikar jarang jarak merasai. 4 . P a n t u n S e m a s a M e n y a m b u t P e n g a n t i n
5 . P a n t u n S e m a s a M a j l i s P e r s a n d i n g a n Burung jelatik burung jeladan, Mencari sarang burung tempua, Sama cantik sama padan, Bagai pinang dibelah dua. Pantun yang dilafazkan Khusus kepada kedua mempelai. Biasanya dilafazkan oleh pengacara, keluarga terdekat dan para hadirin yang hadir. Pantun yang dilafazkan menjurus kepada pengantin dengan kata-kata pujian dan keserasian di antara mereka. Contoh pantunnya seperti berikut:
Pantun yang dilafazkan adalah antara suami dan isteri. Kata-kata yang dilafazkan untuk menggambarkan isi hati yang kesumbat dengan cinta, kasih sayang, pengharapan, janji setia dan sebagainya. Melalui pantun ini menjelaskan betapa murninya ikatan perkahwinan yang dianjurkan oleh agama, kerana melalui perkahwinan itu telah menghalalkan penyatuan dua hati yang saling lengkap melengkapi, perlu-memerlukan, sehingga berlakunya satu perkongsian hidup yang benar-benar adil, harmoni dan bahagia. Anak muda berantai dokoh, 6 . P a n t u n S e l e p a s b e r k a h w i n Padang luas larian kuda, Sekarang baru mendapat jodoh, Barulah puas hati kakanda.
b , A d a t M e l a y u Adat menyuluh sarang lebang, Kalau berisi tidak bersambang, Adat penuh tidak melimpah, Kalau berisi tidaklah kurang. C o n t o h P a n t u n : Contoh pantun tersebut merupakan pantun Melayu yang berisikan petuah adat istiadat. Isinya mengajarkan agar generasi muda tidak membuang nilai-nilai budaya Melayu sebagai sebuah identiti diri. Pantun tersebut merupakan sebuah pesan moral yang tidak sepatutnya ditinggalkan.
Lebat kayu pantang ditebang, Sudah berbuah lalu berdaun, Adat melayu jangan dibuang, Sudah pusaka turun temurun. Padat tembaga jangan dituang, Kalau dituang melepuh jari, Adat lembaga jangan dibuang, Kalau dibuang binasa negeri.
c . A d a t M e r i s i k @ M e n i l i k Bunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman, Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman. C o n t o h P a n t u n : Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.
d . A d a t m e m b a s u h k a k i Pada masyarakat Melayu, adat membasuh kaki sebelum memasuki rumah telah lama diamalkan. Setiap rumah masyarakat Melayu mengandungi sebiji tempayan untuk mengisi air bagi membasuh kaki kepada para tetamu sebelum memasuki rumah mereka. Adat ini harus digunakan untuk menjaga kebersihan kerana perjalanan yang kita lalui terdapat banyak pencemaran. Oleh itu, masyarakat Melayu telah menyediakan air membasuh kaki di hadapan rumah bagi mengelakkan kotoran.
C o n t o h P a n t u n A d a t M e m b a s u h k a k i : Petang-petang berisi manik; Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik; Itulah air pembasuh kaki. Pantun tersebut mengajak tetamu untuk masuk ke rumah, namun begitu , mereka sewajarnya membasuh kaki terlebih dahulu menggunakan air pembasuh kaki yang disediakan iaitu air tempayan . Hal ini kerana masyarakat melayu dahulu amat menitikberatkan perihal kebersihan.
BENTUK - BENTUK PANTUN
l . D u a b a r i s 2 . E m p a t b a r i s
Apa didapat orang memburu, Dapat rusa jantan betina, Sedang bersembunyi di celah batu, Bila mendapat bunga yang baru, Bunga yang lama tiada berguna, Adat dunia sudah begitu. Anak memerang memakan sagu, Di perdu budak di air tenang, Ketika hari senjakala, Gadis orang jangan diganggu, Kalau hendak masuklah meminang, Supaya diri tidak terhela. 3 . E n a m b a r i s C o n t o h k e d u a
Pantun Lapan Baris Pantun 12 Baris Rumpun rotan di kota alam, Ditebang dibelah empat, Tumbuh serumpun di seberang, Selasih muara sungai; Penglihatan usah diperdalam, Pandang nan usah dipertepat, Adik di dalam tangan orang, Maksud rasa tak akan sampai. Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa Sutan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi.
Angsana berpucuk di atas batu, Pucuk digangsa beribu-ribuan; Ada bunga di naung batu, Kuntumnya kaca tangkainya embun. Pucuk digangsa beribu-ribuan, Kembang diuca balik beroleh; Kuntumnya kaca tangkainya embun, Dipandang sahaja diambil tak boleh. Kembang diuca balik beroleh, Tambang garam di dalam sekoci; Dipandang sahaja diambil tak boleh, Bertambah geram di dalam hati. 6 . P a n t u n B e r k a i t
PANTUN ADAT & RESAM
H i b u r a n k e m a m p u a n k a r y a s a s t e r a u n t u k m e m b ela i e m o s i p e m b a c a a t a u p e n d e n g a r m elalu i k e i n d a h a n k a t a - k a t a y a n g d i u n g k a p k a n s e r t a d i s eli t k a n u n s u r k elu c u a n . P e n d i d i k a n m e m b e r i p e n g a j a r a n , n a s i h a t a t a u p e s a n a n k e p a d a m a s y a r a k a t . H al i n i k e r a n a k a r y a s a s t e r a m e r u p a k a n s a t u ala t u n t u k m e n d i d i k m a s y a r a k a t d ala m m e m b e r i k e s e d a r a n s e r t a m e n g u b a h p e m i k i r a n k e a r a h y a n g le b i h b a i k . K r i t i k a n s o s i al sesuatu yang dipaparka n d ala m s a s t e r a a d ala h s e s u a t u y a n g t e r j a d i d ala m r e ali t i k e h i d u p a n k i t a . M i s aln y a , b e r f o k u s k a n m a s y a r a k a t , k e h i d u p a n d a n m a n u s i a . D a k w a h M e n y e m b u n y i k a n p e s a n - p e s a n y a n g h e n d a k d i k o m u n i k a s i k a n k e p a d a k h ala y a k p e m b a c a n y a , m elalu i a n e k a b e n t u k d a n r a g a m e s t e t i k a y a n g a d a d ala m k e h i d u p a n d i s a m p i n g m e n y a m p a i k a n p e s a n a n T u h a n . F u n g s i S a s t e r a M ela y u
KKRRIITTIIKKAANN SSOOSSIIAALL Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini. Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang; Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang. Contoh pantun :.
Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini menceritakan tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai serunya. Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua iaitu selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.
P a n t u n A d a t M e m i n a n g Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang yang beradat. Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.
Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan, belanja perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah ’berpunya’. Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuan tersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.
Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuah masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat tersebut. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsi menyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuah masyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.
PANTUN ADAT
CONTOH AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN ADAT P a n t u n A d a t M e m i n a n g Ada sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur, Sudah dipilih sudah di pinang, Hanya menanti ijab dan kabul. Maksudnya : Pantun ini menjelaskan berkaitan kehidupan masyarakat Melayu yang mengamalkan adat resam kahwin Melayu . Ia merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan.
Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan memberikan persetujuan). In mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan Kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Semasa ini syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi orang-orang lelaki.
Seterusnya, pantun di bawah menerangkan masyarakat yang teguh pendirian terhadap adat resam dahulu kala ketika bertunang. Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik. Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya. Inilah adat yang diikuti oleh orang Melayu sejak dari zaman silam. Ada yang datang waktu petang; Ada yang datang pakai kereta; Tuahlah badan mendapat gelang; Mendapat cincin berbatu pula.
Pantun sambut menantu Maksud Naik bukit terkedok-kedok, Hendak cari Damar Batu, Habis kering bergadai golok, Hendak sambut anak menantu Adat sambut menantu dalam masyarakat Melayu telah lama diamalkan. Adat ini adalah untuk menyambut anak menantu yang baru berkahwin dengan anak lelaki mereka. Ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada sanak saudara dan kepada masyarakat di rumah pihak lelaki. Pihak lelaki mengadakan kenduri bagi menyambut menantu dan sanggup mengeluarkan belanja supaya kenduri menyambut menantu menjadi meriah. Selain itu, adat menyambut menantu ini adalah untuk menghantar pengantin perempuan ke rumah pihak lelaki. Selain itu, ia juga untuk memberi kebiasaan kepada menantu perempuan untuk membuat kerja rumah dan di situlah pihak lelaki melihat menantu mereka dengan lebih rapat lagi.
Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya Melayu. Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, teromba dan sebagainya kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau. Karya klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di sebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami maksud di sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita hendaklah sentiasa melakukan kajian tersebut agar nilai-nilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman. Marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka lama ini agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.
Mohd Khairi Arifgin, (2010). Fungsi Pantun dalam Masyarakat Melayu Tradisional. Blogspot. http://retibasa.blogspot.com/2010/09/fungsi-pantun-dalam-masyarakat-melayu.html Antashak, (2016). Konsep Akal Budi Masyarakat Melayu dari segi Pemikiran, Pertuturan, Perlakuan, dan Gaya Hidup Masyarakat Melayu. Blogspot. http://heyantasha.blogspot.com/2016/03/akal-budi-masyarakat-melayu-dari-segi.html https://coggle.it/diagram/YXgrtrxdjpinSYMx/t/fungsi-sastera-melayu Mohd Rosli Saludin, (2017). Pantun Pewaris Adat. Jurnal Peradaban Melayu. Hlmn 83-97. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/download/3837/2452/ Hema, (2017). Adat Resam Dan Budaya Masyarakat Melayu. Politeknik Malaysia. https://adatresammasyarakatmalaysia.wordpress.com/2017/02/21/first-blog-post/ 1. 2. 3. 4. 5. Rujukan
S E K I AN, T ERIMA K A S IH