MPU23052
SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM
Pelaksanaan syariah dan
pelaksanaan prinsip etika
Islam dalam sains, teknologi
dan kejuruteraan
PENULIS & PENYUNTING:
AIMAR AFFIZZULLAH BIN NAZARNI
(20DKM21F1037)
ADAM AQASHAH MUHAMMAD BIN SUFIAN
(20DKM21F1052)
PENGHARGAAN
PENGENALAN
A) PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
B) PRINSIP ETIKA DALAM ISLAM
RUMUSAN
RUJUKAN
MPU2305 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim…
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat
serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami
dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan
ini kepada pensyarah tercinta kami,Puan Shakinah Binti Mustapha
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-
rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang
kami telah alpa.
Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada
mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam proses
pembuatan kerja kursus ini. Terima kasih.
PENGENALAN
Syariah dari segi bahasa merujuk kepada jalan yang lurus, tempat
keluar sesuatu atau jalan ke tempat air minum. Kaitannya dengan air
menunjukkan kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung
kepada penerusan hayat manusia. Begitu juga dengan jalan yang lurus,
akan membawa manusia ke arah kebaikan.
Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang
disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia melalui Rasulullah
s.a.w. . Antaranya wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sama ada
ianya diambil dari Al-Quran ataupun hadis. Hukum-hakam ini dikenali
sebagai hukum syariah kerana dari sudut kelurusan dan kejelasannya
yang tidak bersimpang-siur dan tidak mempunyai sebarang kesamaran
yang diragukan. Bahkan dari segi sains dan teknologi juga harus
mengikut hukum syariah yang telah ditetapkan supaya dapat
memelihara kesejahteraan alam dan keharmonian sejagat
Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber
kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga
syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia.
Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat.
Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi di patuhi bagi
kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
Prinsip syariah terbahagi kepada lima bahagian antaranya
adalahRabbaniah(ketuhanan),Wasatiah(kesederhanaan),
Tamazun(keseimbangan), Mizan(Kesetaraan), Tetap & Anjal(Mutlak &
Murunah). Seterusnya, antara peranan-peranan syariah dalam Islam
adalah memelihara agama, memelihara maruah, memelihara nyawa,
memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.
A) PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Prinsip syariah merupakan jalan arah sumber air atau memberi
makna jalan yang lurus. Ianya juga adalah merujuk kepada segala
hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia
melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada 5 prinsip.
Pertama, Rabbaniah iaitu ketuhanan yang merujuk kepada
syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Segala
kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah
sesuai dengan keperluan manusia. Kedua, Wasatiah iaitu
kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala
hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem
kepada yang berlebihan atau berkurangan. Ketiga, Tawazun iaitu
keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya
mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan di akhirat.
Keempat, Mizan iaitu kesetaraan dalam syariat terlihat dalam
hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi
sesuatu perkara. Kelima, Tetap dan Anjal iaitu mutlak dan
murunah menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya
yang tetap untuk semua zaman dan umat.
Kesimpulannya, prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri
manusia sebagai khalifah Allah. Oleh itu, prinsip ini juga dapat
digunakan dalam kehidupan seharian dan dapat memudahkan
pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat.
PRINSIP-PRINSIP SYARIAH
1. Rabbaniah (Ketuhanan)
2. Wasatiah (Kesederhanaan)
3. Tawazun (Keseimbangan)
4. Mizan (Kesetaraan)
5. THABAT DAN MURUNAH
(Tetap dan Anjal)
1. Rabbaniah (Ketuhanan)
Prinsip ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun
oleh Allah SWT. Alam yang terbentang luas ini mengandungi
segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi
peraturan Allah SWT. Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah
SWT. Kita sebagai khalifah yang tertakluk kepada peraturan alam
milik-Nya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada
pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungan-
Nya. Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat
Islam. Mempertikaikan sistem Islam bermakna kita meragui
sistem yang datang daripada Allah. Demikian juga dengan sistem
ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu Al-Quran dan
sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya
dengan segala kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang
daripada-Nya juga adalah yang terbaik. Antara prinsip-prinsip
ekonomi Islam ialah rabbaniah. Ia bermaksud bahawa ekonomi
Islam berkait rapat dengan ketuhanan atau ilahiah bukan hanya
berlandaskan kepentingan material.
Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan
muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
Rabbaniah boleh difahami
dalam dua konteks kefahaman :
Kefahaman yang pertama tentang prinsip rabbaniah
dalam sistem ekonomi Islam adalah keyakinan bahawa
sistem ekonomi Islam dalam segi dasarnya adalah unggul
dan terbaik kerana ia datang daripada Allah dan Nabi
Muhammad. Sebagai contoh, tidak semua umat Islam
faham apakah hikmah di sebalik pengharaman riba.
Lebih-lebih lagi pada zaman yang begitu mencabar ini.
Riba seolah-olah menjadi kebiasaan dan rata-rata
menganggapnya tidak mengapa bak kata peribahasa
Melayu alah bisa tegal biasa. Namun, bagi orang yang
beriman kepada Allah SWT apabila Al-Quran dan hadis
dengan jelas mengharamkan riba, mereka tidak akan
berlengah-lengah meninggalkan riba dan saki-bakinya
tanpa sebarang keberatan. Inilah bukti iman kita kepada
Yang Maha Esa.
Firman Allah yang bermaksud: Maka demi Tuhanmu
(wahai Muhammad). Mereka tidak disifatkan beriman
sehingga mereka menjadikan Engkau hakim dalam
mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka,
kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka
sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau
hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan
sepenuhnya.
(An-Nisa': 65)
2. Wasatiah (Kesederhanaan)
Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna
segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana.
Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau
berkurangan. Boleh berlaku perubahan dan
penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum
mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat
fardhu hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan
kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit. Wasatiah
juga memberi makna pertengahan antara dua
perkara.Mengambil tindakan antara dua
kecenderungan. Contohnya antara kaya dan
miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam
mencari harta lebih diutamakan. Apabila kita merujuk
kepada Al-Quran, kita akan dapati Al-Quran
menyifatkan umat Islam sebagai umat yang sederhana
atau mempunyai konsep pertengahan dalam segala
aspek kehidupan mereka. Ini dapat dilihat dalam
Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“demikianlah pula kami telah jadikan kamu umat yang
adil (pertengahan) supaya kamu menjadi saksi
terhadap
manusia……”
(Surah al-Baqarah: 143)
Ciri-ciri kesederhanaan syariah
Islam adalah seperti berikut:
Keseimbangan antara Nas Syarie dan realiti
kehidupan.
Nas-nas yang datang dari Al-Quran dan hadis yang
sahih merupakan hukum yang pasti. Hukumnya adalah
pasti dalam soal yang diperkatakan oleh nas tersebut.
Sebahagian ulama Islam berpendapat bahawa ayat-
ayat Al-Quran dan hadis Nabi yang sahih tidak datang
dalam bentuk pasti melainkan dalam soal-soal ibadah
tauhid sahaja. Manakala aspek lain seperti sosial,
pemerintahan, perniagaan dan hubungan antara
manusia datang dalam bentuk zanni. Natijahnya
bahawa Islam dalam perundangan mengambil kira soal
hubungan kehidupan manusia yang berubah-ubah
dengan tuntutan agama iaitu dengan mengimbangi
antara nas dan realiti kehidupan.
MPU2305 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Perbezaan antara ideal dan realiti
Islam mengambil kira keadaan manusia dan kemampuan mereka
sebelum sesuatu hukuman dilaksanakan. Islam juga
menggalakkan umatnya melakukan perkara-perkara yang
membawa mereka ke suatu tahap yang paling ideal, contohnya
amalan sunat. Amalan tersebut bukanlah suatu yang diwajibkan
oleh Islam tetapi ia lebih bersifat sukarela dari hamba yang
mencari keredhaan tuhannya. Kesemua hukum taklif yang
diwajibkan oleh Islam terhadap umatnya adalah dalam
lingkungan kemampuan dan upaya manusia. Sebagai contoh
dalam pemilikan harta, Islam mengiktiraf pemilikan harta
individu dan kekayaan kerana ianya adalah naluri manusia.
Keseimbangan antara kehendak individu dan masyarakat.
Dalam persoalan hubungan kekeluargaan, segala hukum
tanggungjawab yang dikenakan ke atas semua ahli keluarga
adalah untuk kepentingan bersama dan pembinaan sebuah
keluarga yang harmonis.
Keseimbangan antara matlamat dan cara
Kesederhanaan hubungan antara matlamat dan cara hanya
terdapat dalam perundangan Islam sahaja. Perundangan Islam
mampu mencapai matlamat yang sempurna untuk
menggabungkan antara cara dan matlamat dengan
pendekatannya yang tersendiri iaitu melalui kaedah “Sadul
zaraie”. Pendekatan ini tidak terdapat dalam mana-mana
perundangan sivil yang menilai matlamat suatu hukum itu
terpisah dari cara pelaksanaannya. Sedangkan Islam pula
melihat kepada pendekatan “cara berpandukan matlamat”
3. Tawazun (Keseimbangan)
Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang
kepada semua aspek kehidupan manusia, iaitu individu dan masyarakat,
rohani dan jasmani, kebedaan daan kerohanian serta dunia dan akhirat.
Sikap tawazun sangat diperlukan oleh kita sebagai orang Islam, tujuannya
adalah agar kita tidak melakukan sesuatu hal yang berlebihan dalam hal-hal
yang lain atau malah melupakannya, padahal hal yang dimaksudkan itu
mempunyai hak yang harus ditunaikan pada diri kita. Walaupun
dimaksudkan sebagai suatu keseimbangan atau adil, hal itu bukan bererti
harus meletakkan kedudukan ditengah-tengah kerana realitinya suatu
pertengahan belum tentu menunjukkan suatu keseimbangan kerana
bergantung bebanannya.
Hal ini mungkin lebih mudah difahami oleh seorang seni bina atau seorang
jurutera teknik atau contohnya dapat diambil sebagai berikut, seorang ibu
mempunyai dua orang anak, anak pertama sedang belajar di universiti,
manakala yang lagi seorang masih belajar di sekolah menengah, sudah
semestinya ibu tersebut tidak akan memberikan wang saku dengan jumlah
yang sama kepada anak-anaknya, jika ibu tersebut berpegang pada prinsip
keadilan tentu ia akan memberikan wang dengan dengan jumlah yang lebih
kepada anaknya yang tua kerana anak ini memerlukan keperluan yang lebih
berbanding anaknya yang masih berada di peringkat sekolah menengah.
Keseimbangan yang dimaksudkan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan
menurut islam ialah setiap kemajuan saintis, teknokrat dan jurutera
perlulah seimbang dalam usaha menyediakan keperluan manusia dan
masyarakat hari ini agar ianya menjadi bekalan di akhirat nanti serta tidak
disalahgunakan sesuai dengan prinsip syariat itu sendiri.
4. Mizan (Kesetaraan)
Mizan yang bermaksud kesetaraan dalam syariat
dapat dilihat dalam hukum-hakam yang
memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu
perkara. Kesetaraan dalam syariat menuntut
agar segala tindakan yang dilaksanakan
hendaklah meraihkan keperluan dunia dan
akhirat.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap
perkara yang dilaksanakan hendaklah perlu
ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi
korban atas nama penyelidikan dan
pembangunan. Setiap perkara yang dilakukan
hendaklah mengambil kira item-item yang
digunakan itu benar menurut sukatan atau had
yang ditentukan oleh syariat.
5. THABAT DAN MURUNAH
(Tetap dan Anjal)
Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks
ajaran islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh
dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya.
Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah
aspek akidah dan hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan
secara qa’I (pasti) dalam al-Quran dan sunah.
Konsep al-thabat dalam aspek syariah dapat dilihat dari
segihukum-hakam yang tidak berubah seperti yang
diperintahkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan hadis.
Begitu juga beberapa prinsip dalam muamalat seperti
pengharaman riba, gharar (unsur-unsur yang tidak tentu),
kewajipan saling meredai dalam berakad dan lain-lain.
Selain itu, hukum jenayah yang diwajibkan dalam al-Quran
dan hadis seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh
diubah-ubah pelaksaannya.
Begitu juga hukum haram bagi perkara-perkara yang
dijelaskan di dalam al-Quran dan hadis seperti pengharaman
khinzir, minum arak, berjudi dan riba. Perkara-perkara ini
ditentukan secara qat’i dan tidak mungkin berubah sampai
bila-bila. Perkara-perkara seperti inilah yang termasuk
dalam konsep al-thabat.
B(i) PRINSIP ETIKA DALAM ISLAM
ETIKA
• Bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yng
berbahagia
• Satu pakej panduaan mengurus sesuatu perkara
secara terbaik
MORAL
• Berasal dari bahasa latin Moralitas
• Bermaksud tingkahlaku yang baik
• Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama,
budaya dan adat sesebuah Negara
AKHLAK
• Berasal dari Bahasa Arab Khuluq
• Bermaksud tingkahlaku yang baik dan menjadi
amalan dalam kehidupan
• Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama yang
tetap
B(ii)PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1.Aqidah : Keyakinan dan keimanan kepada rukun iman
yang mengandungi enam perkara
• Prinsip ini menuntutkan suatu keyakinan yang bersifat
ghaib untuk memantau segala perbuataan manusia.
2.Syariah : Peraturan dan ketetapan hokum
berdasarkan kepada Al Quran dan As-Sunnah
• Segala kerja yang melibatkan kajian sains, teknologi dan
kejuruteraan hendaklah menuruti ketetapan yang
ditunjukkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
3.Akhlak: Panduan tingkahlaku yang mulia melbatkan
manusia dengan Allah, manusia sesama
manusia dan manusia dengan alam
sekitarnya.
• Hubungan yang bersifat segitiga ini merupakan asas
penting bagi mewujudkan keseimbangan yang terbaik.
B(iii)PERANAN PRINSIP
ETIKA ISLAM
• Sebagai rujukan kepada saintis, teknokrat dalam melakukan
penyelidikan dan penghasilan perkara-perkara yang baharu.
• Membatas dan memantau perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh
saintis, teknokrat dan jurutera dalam penyelidikan masing-masing.
Apa jua kerja yang dilakukan hendakah selaras dengan roh dan
maksud syariat dan etika Islam.
• Sains juga tidak terlepas dari syariat dan ketetapan hukum yang isasi
bagi memastikan kerja-kerja yang dilakukan menepati kehendak
syariat.
• Menjaga kepentingan umum dari ketamakan dan kerakusan para
saintis, teknokrat dan jurutera yang mengancam keselamatan
manusia. Tiada istilah matlamat menghalalkan cara.
• Untuk melahirkan saintis, teknokrat dan jurutera yang berdisiplin
tinggi, berabad dan mengerti peranan manusia sebagai khalifah di
bumi.
• Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains, teknologi dan
kejuruteraan agar benar pada matlamat, operasi dan metodologi
pelaksanaannya
B(iv)AMALAN TERBAIK ETIKA ISLAM
DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
• Menyakinkan bahawa rezeki datangnya daripada Allah S.W.T. kita berussha
ke tahap yang sepatutnya, namun rezeki dan hasilnya datang daripada
Allah swt.
• Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik kepada
kepentingan manusia.
• Bersifat Ihsan. Keihsanan di sini merujuk kepada keyakinan bahawa Allah
swt akan memantau kerja manusia. Bukan bos melihat kerja kita tetapi
Allah swt yang melihatnya.
• Itqan (ketekunan dan kompetensi) dalam melakukan sesuatu hendaklah
berasaskan kerja yang berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan yang
terbaik dan pasti terbaiklah pulangannya.
• Bermusyawarah dan bermuafakat dalam menentukan yang paling terbaik
untuk kepentingan manusia. Tiada kepentingan individu dan bertujuan
naik pangkat.
• Mengekalkan keseimbangan, kesederhana dan konsistensi dalam
melaksanakan tugasan
• Membangunkan teknologi dan segala penemuan yang canggih dan terkini
yang memberi manfaat kepada alam dan manusia.
• Menjauhi mafsadah atau kerosakkan dan kehancuran kepada urusan
manusia dan alam.
B(V) PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA
ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
a) Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan
kejuruteraan yang memberi manfaat kepada
keselesaan.
• Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah
mengelakkan berlakunya kerosakan akhak manusia.
• Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat
menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba.
• Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan
manusia daripada merosakkan alam.
• Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat
dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga
menafikan maksud syariah
b) Menggunakan sains, teknologi dan
kejuruteraan yang memberikan nilai tambah
kepada peningkatan kualiti.
• Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata
bertujuan komersil atau profit.
• Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan
matlamat hidup, kemampuan manusia,
mencari jalan yang dipermudahkan dan
mampu melonjak prestasi manusia sebagai
hamba Allah swt.
• Meningkatkan kualiti melalui penggunaan
nuclear bagi mengantikan tenaga bahan api,
pengawetan makanan dan menghapuskan
bakteria.
• Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan
inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan
merosakan dunia.
c) Melakukan eksperimen dengan bijaksana
tanpa niat jahat.
• Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah
berasakan kebijaksanaan yang mengutamakan
keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan
fauna.
• Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan
dan kedamaian alam demi untuk profit,
kemahsyuran dan kepentingan diri.
• Kajian yang dbuat hendaklah memikirkan
implikasi yang bakal mengesani kehidupan
ekosistem manusia, flora dan fauna.
• Pembedahan plastik untuk tujuan manafikan
ciptaan Allah swt dan mengubah identiti
adalah dilarang.
d) Keperluaan mempertahankan dan
memelihara agama, bangsa dan Negara.
• Keperluan memelihara agama, bangsa dan
Negara sememangnya satu keutamaan.
Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah
cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian,
ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan
agama, bangsa dan Negara.
• Justeru itu, ukan sewenang-wenangnya
tindakan bersifat sains teknologi boeh
menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan
teknologi.
• Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan
amat perlu suntikan inovasi dan teknologi.
Namun buka menjadi lesen untuk melakuan
kerosakan.
e) Menghubungkan semua kegiatan dengan alam
metafizika.
• Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah
menghubungkan segala kegiatan mereka
dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan
dan mecari kebenaran merupakan asas etika
perlaksanaan mereka.
• Setiap aktivti penyelidikan dan penemuan
hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka
khazanah alam bermaksud berdasarkan etika
Islam serta memburu kebenaran wujudnya
pencipta
• Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta
kebenaran menjadi asas bagi kegiatan
penyelidikan para saintis, teknokrat dan
jurutera.
RUMUSAN
Pelaksanaan syariah Islamiah dalam sains dan teknologi dan
kejuruteraan ini bertujuan untuk membawa ke arah kebaikan
sama ada untuk umat manusia atau alam. Ini bertepatan dengan
konsep syariah iaitu hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t, ini
bermakna segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t mempunyai makna atau maksudnya yang tersendiri ataupun
sebab dan hikmah yang tersendiri.
Seterusnya, Sebagai umat Islam, hendaklah kita mematuhi
segala syariah Islam yang telah ditetapkan bagi mendapatkan
keredaan Allah s.w.t supaya apa yang dilakukan oleh kita
sentiasa dalam reda Allah s.w.t dan sentiasa ke arah kebaikan.
Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh
tanggungjawab supaya kita tidak dipandang hina oleh
masyarakat. Bagi memikul tanggungjawab ini, pengisian rohani
dan pemantapan akidah adalah sangat penting bagi melancarkan
tugasan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.
Akhir sekali, Kita seharusnya menghargai darjat yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t. dan perlaksanaan syariah Islamiah
ini akan dapat meningkatkan kualiti serta sahsiah diri setiap
insan. Hal ini demikian kerana, sekiranya syariah Islamiah
diterapkan di dalam setiap apa yang dilakukan nescaya kehidupan
di dunia akan sentiasa dalam keadaan yang sejahtera.
• http://prinsipsyariahdanetikaislambab3.blogspot.com/
2017/01/sainsteknologi-dan-kejuruteraan-dalam.html
• http://prinsipsyariahteam4.blogspot.com/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Syariat_Islam
• http://ustazadnandua2012.blogspot.com/2016/03/eti
ka-islam-dalam-sains-teknologi-dan.html
SESI 1 2021/2022 KELAS DKM2C