The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN PROFESIONAL SeMSuRe 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sh Izzaty Alhabshee, 2023-03-15 10:32:43

BUKU PENGURUSAN PROFESIONAL SeMSuRe 2023/2024

BUKU PENGURUSAN PROFESIONAL SeMSuRe 2023/2024

Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang BIL PERKARA HALAMAN 1 Sekapur Sireh i 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan v 3 Transformasi Pendidikan Pahang x 4 Program Transformasi Sekolah TS25 xiii MAKLUMAT SEKOLAH 5 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2 6 Visi dan Misi 2 7 Moto dan Matlamat Sekolah 2 8 Piagam Pelanggan 3 9 Piagam Pelanggan Guru 4 10 Sejarah Sekolah 5 11 Pelan Sekolah 6 12 Lagu Sekolah 7 13 Lencana Sekolah 8 14 Pelan laluan Keselamatan 9 15 Prosedur Kecemasan 10 16 Panduan Am Staf Sekolah 14 17 Maklumat Asas Sekolah 23 18 Kalendar 2023 24 19 Takwim Persekolahan 25 20 Takwim SMK Sungai Retang 28 21 Takwim Peperiksaan Sekolah 41 22 Takwim Peperiksaan Awam 41 23 Senarai Guru 42 24 Senarai Staf Akademik dan Sokongan Sekolah 44 25 Senarai Kakitangan Swasta 44 26 Jadual Pembayaran Gaji 45 27 Cuti Umum Pahang 46 SENARAI KANDUNGAN


Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang PENGURUSAN PENTADBIRAN 28 Carta Organisasi Pentadbiran 48 29 Jawatankuasa Pentadbiran & Pengurusan 49 30 Bidang Tugas Pentadbiran Sekolah 50 31 Penyelaras Program Sekolah 59 32 Penyelaras Bilik – bilik Khas 60 33 Jadual Guru Bertugas Mingguan 61 34 Senarai Guru Kelas 65 35 Pelan Kedudukan Kelas 66 PENGURUSAN KURIKULUM 36 Carta Organisasi 68 37 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 69 38 Bidang Tugas Unit Kurikulum 70 39 Perancangan Kurikulum 77 40 Pencerapan dan Pemantauan Kurikulum 78 41 Jadual Pencerapan Pdpc 81 42 Jadual Pencerapan Hasil Kerja Murid 83 43 Jadual Semakan Elemen Kelas Pembelajaran Abad ke-21 87 PENGURUSAN HEM 44 Carta Organisasi 89 45 Jawatankuasa Pengurusan HEM 90 46 Bidang Tugas Unit HEM 91 47 Perancangan HEM 105 PENGURUSAN KOKURIKULUM 48 Carta Organisasi 105 49 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 106 50 Bidang Tugas Unit Kokurikulum 106 51 Penasihat Rumah Sukan 114 52 Takwim Aktiviti Kokurikulum 115 Lampiran – Senarai Semak Rumusan Tugasan Guru Lampiran – Pekeliling berkaitan


i Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang Semua Guru dan kakitangan sokongan SMK SUNGAI RETANG Sesi 2023/2024. Tuan/Puan, Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan salam sejahtera, Allhamdulillah sama-samalah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih diberi peluang dan ruang untuk terus mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini. Saya mengajak diri saya dan tuan-puan untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan jujur, dedikasi dan komitmen yang tinggi lagi jitu bagi merealisasikan visi dan misi sekolah secara bersama selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas kita menjadi lebih rencam dan mencabar bagi memenuhi pendidikan berteraskan nilai manusiawi yang meliputi nilai keinsanan, soft skill (kemahiran insiniah) dan nilai kebolehpasaran. Di samping terus istiqamah menjayakan 6 aspirasi murid seperti mana yang dituntut oleh PPPM iaitu: melahirkan insan yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta beridentiti nasional. Selain itu, SMKSR juga tersenarai dalam kalangan sekolah dengan peluasan KBAT negeri Pahang, secara tak langsung tugas kita semakin mencabar. Usaha ini memerlukan kita bekerja sebagai satu pasukan yang mantap (teamwork) bagi menjayakan visi 2K sekolah iaitu kemenjadian murid dan kebolehpasaran murid secara holistik menjelang tahun 2025 selaras dengan semua sekolah akan menjadi sekolah transformasi pada tahun 2025 atau (TS25). Dalam konteks ini, saya menyeru kepada seluruh warga SMKSR untuk terus membugarkan amalan CPO iaitu Collaboratif, Participative dan Ownership sebagai satu budaya kerja demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan bersama. Tidak ada makna kepada organisasi kita, jika ada di antara kita masih kekal dengan paradigma dan pemikiran lama yang konvensional, sukar keluar daripada zon selesa, pasif dan tidak proaktif, menunggu arahan semata-mata, serta tidak mahu berkorban lebih daripada biasa. Alhamdulillah, kita masih dapat bersama-sama berada di sekolah ini untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini bagi sesi 2023. Selamat kembali bertugas dan selamat datang ke sekolah, semoga semangat serta iltizam kita semakin bertambah untuk bersama-sama membawa sekolah ini terus ke era kegemilangan. Saya juga amat berharap agar semua guru dan AKP sekolah ini dapat terus mengekalkan kebanggaan sebagai sebahagian daripada warga SMKSR dan berasa seronok bertugas di sekolah ini. Pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi dalam tahun 2022 adalah hasil doa, sokongan, kerjasama, komitmen serta sumbangan gigih tuan puan. SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG SHAMRI BIN SODO


ii Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang Sebagai salah sebuah sekolah harian biasa yang terletak di luar bandar, yang telah memasuki tahun yang ke-21 beroperasi, pada tahun ini, kita akan terus melipat gandakan lagi usaha untuk mencapai Visi dan misi yang diharapkan dengan melakukan penambahbaikan dalam semua aspek agar menjadi sebuah sekolah yang "Terbaik Dalam Kalangan Yang Terbaik". Antara cabaran-cabaran yang perlu ditangani pada tahun ini adalah seperti berikut: 1. Kecemerlangan Akademik a) Berada di ranking teratas dalam peperiksaan awam. b) Mengurus dengan cemerlang program-program akademik. c) UP1, UP2 dan UP3 (Tiada mata pelajaran mencapai 0% lulus). d) Pengurusan PBD dan peperiksaan awam cemerlang. 2. Pembinaan Personaliti Diri Pelajar (Character Building) a) Mengutamakan Kekemasan Diri dan Ketrampilan. b) Mengutamakan Ketepatan Masa dan Kebersihan. c) Mengutamakan Kemantapan Komunikasi dan Perhubungan. 3. Kesediaan melaksanakan Dasar-Dasar KPM dan Kerajaan a) Kurikulum Standard Sekolah Menengah. b) Proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 (PAK 21). c) Perubahan Paradigma Guru sebagai Fasilitator. d) Unsur KBAT dalam PDPC dan PDpR e) Pematuhan kepada SOP akibat Penularan Covid 19 dari semasa ke semasa. 4. Kesediaan melaksanakan Dasar-Dasar Sekolah a) Dasar Akademik (bersama pelajar, guru dan murid berpisah tiada) b) Dasar HEM (Sifar Buli: Ikrar Anti Buli, 2R: Respect, Responsibility, Yang Tua di hormati dan yang muda disayangi), sekolah selamat, warga sihat, tangani isu ponteng sekolah serta sekolah ceria, guru murid cergas dan hasilnya murid cerdas. c) Dasar KOKU (“ada murid, ada guru”, “ 1 murid 1 lawatan” & “Safety First”) kokurikulum pemangkin kecemerlangan kurikulum. d) Pengurusan dan penggunaan bilik-bilik khas dan peralatan sentiasa terbaik. e) Penggunaan kemudahan sekolah secara optimum. Justeru, sebagai permulaannya, marilah sama-sama kita mengubah paradigma berikut yang sentiasa melingkari minda kita: 1. Gaya kerja bercirikan kebiasaan (ordinary) kerana tidak melihat potensi dan keluarbiasaan yang ada dalam diri kita. Setiap kita ada kebolehan dan serlahkanlah kehebatan anda demi organisasi SMKSR. 2. Berfikiran stereotype dan mempraktikkan “more of the same” yang akhirnya menghasilkan “more of the same” juga.


iii Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 3. Tidak mempunyai objektif yang jelas dalam sesuatu tindakan sehingga berlakunya lencongan misi. 4. Melihat lebih banyak masalah daripada peluang dan seharusnya membataskan pemikiran diri dengan masalah. 5. Mempertahankan keselesaan (comfort zoom) dan tidak membuat penambahbaikan (improve). 6. Sekadar penumpang dan penyumbang minima (low contributes) dan adakalanya hanyut tanpa komitmen (floaters without commitment). 7. Sukar keluar daripada sikap kebiasaan kerja dan bersikap tidak cakna kepada persekitaran. Saling mengharap kepada orang lain untuk menyelesaikannya sedangkan kita sendiri berupaya untuk menyelesaikannya. Saya menyeru untuk semua guru dan AKP membuat anjakan paradigma (paradigm shift) di dalam diri masing-masing seiringan, segandingan mengorak langkah sederap memacu kecemerlangan SMKSR nombor satu dengan cara berikut: 1. Menyerlahkan kegembiraan (happiness) membugarkan kasih sayang (love), menyemarakkan saling hormat-menghormati (mutual respect) dan menyemai rasa bertanggungjawab yang mendalam dalam kalangan warga SMKSR. 2. Terus bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap dan jitu (team work). 3. Bekerja dengan penuh ketelusan dan membina kejelekitan hubungan antara gurumurid-AKP serta melihat murid sebagai sumber rezeki.dan asset akhirat. 4. Mengamalkan keterbukaan minda-proaktif dan sentiasa berfikir untuk membuat penambahbaikan (kaizen) secara kreatif dan inovatif. 5. Menajamkan segala fokus terhadap segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dan menjalankan tugas tersebut dengan cekap, cepat, pantas dan tepat (Laksana dan bukti). 6. Menjadikan setiap kerja sebagai satu ibadah. niat kerana Allah. Tugas kita adalah tugas mulia. 7. Melaksanakan pengurusan masa dengan sistematik dan effektif. 8. Menghasilkan keseronokan dalam PDPC (Fun learning) serta ABCT (anybody can teach) dan ABCL (anybody can learn) demi kemenjadian dan kebolehpasaran murid. Guru dan murid berpisah tiada. 9. Meletakkan masalah sebagai cabaran dan di dalam cabaran ada peluang. Kita boleh, SMKSR boleh. 10. Meletakkan rasa kesepunyaan (ownership) yang tinggi terhadap organisasi. Jatuh bangun adalah milik bersama (semua warga berperanan penting). 11. Menjadikan SKPMg2 sebagai rujukan bagi mempastikan viisi dan misi tercapai selaras dengan visi dan misi KPM. 12. Laksana dan bukti SMKSR adalah sekolah TS25. 13. Melaksanaan PAK 21 dan unsur KBAT dalam PDPC dan PDPR.


iv Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang Cabaran-cabaran ini perlu ditempuhi dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas dan bergerak sebagai satu pasukan yang hebat dan mantap. Bersedialah untuk bantu membantu antara satu sama lain dan jadikanlah profesion kita ini satu profesion yang menarik dan menyeronokkan. Semoga ganjaran bulanan yang kita perolehi itu dihalalkan oleh Allah SWT dan marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa agar tahun 2022 ini akan menjadi tahun gemilang kepada SMKSR yang disayangi ini. Marilah bersama-sama mendoakan kejayaan caloncalon SPM 2022 dan berusaha menjadikan SMK Sungai Retang lebih Cemerlang dalam semua bidang dengan pelaksanaan PDPC abad ke 21, Penerapan unsur KBAT dan SMKSR adalah sekolah TS25. Tahniah dan syabas di atas apa jua kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2022. Jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penyediaan buku pengurusan ini yang telah berjaya menyiapkannya walaupun dalam musim cuti persekolahan. Saya dengan setulus hati menerima tuan/puan berkhidmat di SMK Sungai Retang bagi Sesi 2023/2024 dan melantik tuan/puan menjalankan tugas hakiki dan tugas tambahan sebagaimana yang terkandung di dalam buku panduan pengurusan SMK Sungai Retang Sesi 2023/2024. “Achieving Excellence Together” ”SeMSuRe 3.60” Sekian, terima kasih. (SHAMRI BIN SODO) Pengetua


v Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. Dalam tempoh 15 bulan (Oktober 2011 hingga Disember 2012), Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid, dan orang ramai di seluruh negara. Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. OBJEKTIF DAN PENDEKATAN KAJIAN SEMULA Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil pelibatan masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan (“Kementerian”). Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu: 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem; 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang; dan 3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


vi Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang


vii Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang


viii Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang


ix Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang


x Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG


xi Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang


xii Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang


xiii Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang • PENGENALAN/LATAR BELAKANG Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM. Manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/201 7 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita. Program ini dibimbing oleh Rakan ELIT (Educational Leadership and Instructional Team). Melalui Program TS25 ini, adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui : 1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. 2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan. 3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi. 4. Komitmen komuniti yang padu. PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025


xiv Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang • OBJEKTIF Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah; 1. Mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik; 2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan 3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid. • MATLAMAT DAN TERAS PROGRAM TS25 Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;


xv Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang • KONSEP PROGRAM TS25 Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui: 1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. 2. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna. 3. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan. 4. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi. 5. Komitmen komuniti yang padu.


xvi Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang Elemen Kemenjadian Murid: Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi mudd dalam PPPM 2013-2025. Elemen Sekolah Berkualiti: Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti. Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam teras yang berikut; 1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan 2. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna 3. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan 4. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi 5. Komitmen komuniti yang padu. Antara tindakan yang perlu dilakukan oleh guru bagi menjayakan Program Transformasi Sekolah TS25: 1. Mengaplikasikan PdPc abad ke-21 2. Memaksimakan potensi dalam meningkatkan kualiti pengajaran 3. Membudayakan amalan penyelidikan


JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM TRA SEKOLAH MENENGAH KEBA 27000 JERANTUT, PAH PENA PEGAWAI PP NAIB PENGERUSI II YM TN ZUZAMAN BIN TN ZULKIPLI PK HEM NAIB PE EN FAIRUZ PK PENT PN ROZILA BI SISC+ JERANT T PENG EN. SHAM PEN PENYELARAS CIK SITI NOOR HA C&M PN SALBIAH BINTI RAFIE PN SITI NORBAIZURA EN MOHD SHARUL AZRIN CPD (PLC/LDP/LAWATAN PENANDA ARAS) PN NOR SHUHADA BT MD ZAIN PEMBANGUN EN MOHD NORU IBRA PAK 21 / AMALAN TERBAIK EN MOHD NORUL SYAWAL BIN IBRAHIM PERSEDIAAN EN MOHD FIRDAUS BIN YUSOF SAMB PN NORZYA LW TS PC GALERI / MEDIA PN SUHAILA BINTI JAAPAR PINTAS OPPM GURU BERKUALITI SCHOOL LEADER TEAM (SLT) MIDDLE LEADER TEAM (MLT) 'Achieving Excellence Together' EN SAIFUDD SIP+ JERANTU T


ANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KOHORT 5 ANGSAAN SUNGAI RETANG HANG DARUL MAKMUR ASIHAT PD JERANTUT NAIB PENGERUSI III EN HAIDZIR BIN MAT AKIL PK KOKURIKULUM NGERUSI I Z BIN KARIM TADBIRAN NTI ABD RAZAK TUT / RAKAN ELIT S25 GERUSI RI BIN SODO GETUA S / SETIAUSAHA AFIZAH BINTI SAHIMI BENDAHARI PN. WAN NOR AZURA BINTI WAN SAFRI NAN WEBSITE UL SYAWAL BIN AHIM JALINAN / JARINGAN EN HAPIZU BIN AWANG KOLOKIUM / PAMERAN PN ROZAIMAH BINTI MUSTAFA SUCCESS STORIES PN NORFARIZAH BINTI RAHMAN BUTAN AH BINTI SABRI PIBK PN SARAH BINTI CHE HASHIM PEMBANGUNAN MURID EN MOHD MOKHTAR NAWI SAHSIAH PN NAZATUL SHIMA BINTI SULAIMAN KO AKADEMIK EN MOHD RIDZUAN BIN MOHD HASHIM KOKURIKULUM EN MOHD SHARUL AZRIN BIN MOHD ALWI PEMIMPIN BERKESAN KEMENJADIAN MURID SOKONGAN PIBK & KOMUNITI KmR PN NOOR HANA BT RAMLI & PN IMALIWATI BINTI MAHMAD DIN BIN HARUN UT / RAKAN ELIT TS25


⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 1 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 2 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 3 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 4 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 5 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 6 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 7 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 8 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 9 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 10 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 11 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 12 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 13 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 14 ⃝ ⃝ ⃝ ⃝ 15 BIL KOS 1 2 3 4 5 5 6 7 1 5 2 6 3 7 4 8 PETUNJUK ⃝ Belum siap A Orang Pertama dipertanggungjawabkan B Orang Kedua dipertanggungjawabkan Siap C Orang Ketiga dipertanggungjawabkan √ JERIH PAK SAKO PROGRAM MASHITAH KURIKULUM HABIS RENG 2 THE PURSUIT OF EXCELLENCE SeMSuRe GEMILANG PROGRAM FULL INSPECTION KURIKULUM MOH KE SEKOLAH PROGRAM COACHING AND MENTORING JERIH PAK SAKO PENGURUS : En. Shamri bin Sodo (PENGETUA) Bidang Fokus : Meningkatkan kecemerlangan SMK Sungai Retang dalam bidang Guru Berkualiti, Kepimpinan Berkesan, Persekitaran PD PROGRAM MASHITAH KURIKULUM HABIH RENG 2 THE PURSUIT OF EXCELLENCE MOH KE SEKOLAH SeMSuRe GEMILANG PROGRAM FULL INSPECTION KOKURIKULUM MATLAMAT INISIATIF UTAMA GURU BERKUALITI KEPIMPINAN BERKESAN PERSEKITARAN PdP BERMAKNA SOKONGAN PIBG DAN KOMUNITI Meningkatkan kemahiran akademik guru Meningkatkan Kemahiran PAK21 PROGRAM COACHING AND MENTORING MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 MINGGU 6 MINGGU 7 MINGGU 8 MINGGU 9 MINGGU 10 MINGGU 11 MINGGU 12 MINGGU 13 MINGGU 14 MINGGU 15 MINGGU 16 MINGGU 17 MINGGU 18 MINGGU 19 MAC APRIL MEI JUN J PROGRAM / AKTIVITI Mengurangkan salah laku disiplin Meningkatkan prestasi murid melalui dialog prestasi Meningkatkan kemahiran penandaan Kertas Peperiksaan Meningkatkan % kehadiran murid Meningkatkan Peratus GPMP SPM Meningkatkan prestasi murid melalui Ziarah Cakna TUGAS UTAMA ( Nama Program / Aktiviti RINGKASAN DAN JANGKAAN ( ETR ) MATLAMAT TARIKH SASARAN


A B A B C A B C A B C A C B A B C A B A B C BIL PROGRAM / AKTIVITI CATATAN 9 10 11 12 TANGGUNGJAWAB TARIKH : DPC bermakna serta sokongan PIBG dan Komuniti. 2023/2024 STATUS / PENCAPAIAN PROJEK MINGGU 20 MINGGU 21 MINGGU 22 MINGGU 23 MINGGU 24 MINGGU 25 MINGGU 26 MINGGU 27 MINGGU 28 MINGGU 29 MINGGU 30 MINGGU 31 MINGGU 32 MINGGU 33 MINGGU 34 MINGGU 35 MINGGU 36 MINGGU 37 MINGGU 38 MINGGU 39 MINGGU 40 MINGGU 41 MINGGU 42 MINGGU 45 MINGGU 46 MINGGU 47 MINGGU 48 SU LADAP JULAI OGOS SEPTEMBER GPK KOKO SU TS 25 KAUNSELOR SU KURIKULUM SU HEM SU KOKO MINGGU 49 MINGGU 50 MINGGU 51 MINGGU 52 GPK 1 GPK HEM MINGGU 43 MINGGU 44 OKTOBER NOVEMBER DISEMBER JANUARI FEBUARI KOS CATATAN KOS RM3,450 RM2,400 SUMBANGAN IBU BAPA RM1,400 RM4,200 Meningkatkan Pelaksanaan Program PLC Meningkatkan pelaksanaan Coaching & Mentoring secara berterusan Mengadakan lawatan penandaarasan ke sekolah TS25 RM300 RM500 RM2,000 RM2,100


MAKLUMAT SEKOLAH


2 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Berilmu, Beriman, Beramal Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara Memberi peluang-peluang Pendidikan kepada semua warganegara Malaysia MOTO SEKOLAH FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA VISI DAN MISI SEKOLAH MATLAMAT SEKOLAH


3 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang KAMI WARGA PENDIDIK DAN KAKITANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RETANG DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK MEMENUHI HAK-HAK PELANGGAN KAMI SEPERTI BERIKUT : Kepada Pelajar Memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Kepada Staf Memastikan semua staf berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab, proaktif dan produktif bagi mewujudkan sistem pengurusan yang mantap, cekap, bersih, amanah, berkesan, canggih dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan. Kepada Ibu bapa Sentiasa peka dan responsif serta melayan keperluan pelanggan dengan mesra demi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan. Kepada Masyarakat Memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan secara optimun berteraskan perkhidmatan penyayang dan menjadikan seluruh kerja dan usaha yang dilakukan sebagai ibadat, diberkati dan dirahmati Tuhan. Kepada Negara Melaksanakan sistem pendidikan yang sedia ada berteraskan Wawasan Pendidikan Negara ke arah merelisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan perpaduan negara. PIAGAM PELANGGAN


4 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang Kami Guru-guru SMK Sungai Retang akan : Memulakan tugas tepat pada masanya. Memastikan peranan guru sebagai pemudahcara, perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam pembelajaran. Memeriksa buku latihan murid dalam tempoh tiga hari. Memberikan pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Melaksanakan proses pembelajaran berasaskan 4C & Nilai yang berpusatkan murid. Memastikan semua murid tahap 2 sifar LINUS. Memastikan setiap potensi murid dicungkil melalui 1M1S. PIAGAM PELANGGAN GURU


5 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Retang atau nama ringkasnya SMK Sungai Retang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang. Ia terletak kira-kira 35 km dari Bandar Jerantut. Pada masa ini (setakat Februari 2023), jumlah pelajar adalah seramai 206 orang pelajar. Seramai 26 orang guru berkhidmat di sekolah ini. SMK Sungai Retang mula dibuka pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, pelajar dan guru terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Retang selama setahun disebabkan bangunan sekolah belum siap sedia digunakan. Akhirnya , pada 1 Januari 2003 SMK Sungai Retang mempunyai bangunan sendiri. Peperiksaan SPM pertama adalah pada tahun 2005. Sebagai sekolah harian biasa, segala usaha akan terus dilipatgandakan lagi bagi mencapai Visi dan Misi yang diharapkan dengan melakukan penambahbaikan dalam semua aspek agar menjadi sebuah sekolah yang "Terbaik Dalam Kalangan Yang Terbaik". Usaha ini memerlukan gerak kerja sebagai satu pasukan yang mantap (teamwork) bagi menjayakan visi 2K sekolah iaitu kemenjadian murid dan kebolehpasaran murid secara holistik menjelang tahun 2025 selaras dengan semua sekolah akan menjadi sekolah transformasi pada tahun 2025 atau (TS25). Senarai Pengetua SMKSR 2005 – sekarang 1. Tuan Haji Zainul Abidin bin Daud (2005 - 2007) 2. Tuan Haji Bakri bin Salim (2007 - 2010) 3. Puan Rahana binti Abdul Malik (2010 - 2011) 4. Tuan Haji Abdul Razak bin Ismail (2012 - 2013) 5. Tuan Haji Romely bin Omar (2014 - 2020) 6. Encik Shamri bin Sodo (2021 – sekarang) SEJARAH SEKOLAH


6 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang PELAN SEKOLAH


7 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang Berilmu beriman beramal Moto kami di SMKSR Bimbing kami arah yang benar Jadi generasi cemerlang Berilmu mengorak visi kita Berketrampilan akhlak mulia Disiplin diri beretika Seiring kemajuan dunia Putera bangunlah membela Maruah bangsa dan negara Berilmu berusaha berdoa Asas pelajar yang berjaya Puteri marilah turut serta Demi agama dan negara Jasmani , emosi , rohani Intelek insan yang berguna Beramal berbakti muhasabah diri Majukan negara dan diri sendiri Teguh dan tingkatkan maruah bangsa Serta agama dan negara Ikrar diri kami penuh setia LAGU SEKOLAH


8 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang LENCANA SEKOLAH


9 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang PELAN LALUAN KESELAMATAN


10 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 1.0 Takrifan Kecemasan 1.1 Keadaan “Kecemasan” adalah apabila berlaku sesuatu perkara yang akan menggugat atau membahayakan keselamatan bangunan, harta benda dan nyawa yang mungkin membawa kepada kecederaan, dan atau kematian. 1.2 “Kecemasan” boleh dikategorikan kepada 3 keadaan iaitu: 1.2.1 Kebakaran 1.2.2 Perubatan 1.2.3 Ancaman pihak ketiga/ darurat 1.3 Setiap keadaan cemas mempunyai prosedur tersendiri untuk menanganinya. 2.0 Tanggung jawab Semasa Kecemasan 2.1 Setiap guru, kaki tangan dan murid-murid mestilah diberi pemahaman yang cukup akan langkah-langkah yang perlu diambil semasa kecemasan. 2.2 Tanggung jawab untuk menjaga murid-murid dan membawa mereka ke kawasan yang selamat terletak kepada guru-guru yang berada di dalam kelas tersebut semasa kecemasan berlaku. 2.3 Guru yang ditugaskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kecemasan semasa berlaku kecemasan akan memikul tanggung jawab sebagai “Pegawai Insiden” dan mempunyai seorang “Penolong Pegawai Insiden”. Seterusnya kedua-dua guru tersebut akan memastikan semua guru, kaki tangan dan murid-murid bergerak ke arah kawasan selamat yang telah ditetapkan. Beliau juga perlu memastikan penggera atau loceng semboyan yang telah dibunyikan, menelefon pihak berkuasa (polis, Ambulan atau Bomba dan Penyelamat) dan akhirnya memeriksa setiap blok bangunan untuk memastikan semua dikosongkan. Selain itu, pastikan “Pegawai Insiden” berpengetahuan dalam penggunaan peralatan memadam api dan kedudukan paip bomba di kawasan sekolah. NOTA 1: Lakukan pemeriksaan ini HANYA jika keadaan mengizinkan dan tidak terdedah kepada bahaya. PROSEDUR KECEMASAN


11 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 2.4 Semua bangunan hendaklah dikosongkan dalam masa kurang dari 10 minit. 2.5 Kaki tangan sokongan pentadbiran sekolah pula mesti memastikan perkara-perkara berikut dibawa ke tempat selamat : 2.5.1 Buku Jadual Kedatangan semua kelas (Jika ianya berada di pejabat) 2.5.2 Buku-buku Kewangan Sekolah 2.5.3 Buku Rekod Daftar Pelajar 2.5.4 Buku Persediaan Mengajar 2.5.5 Dokumen-dokumen penting seperti yang telah ditetapkan oleh pentadbir. 3.0 Semboyan Kecemasan 3.1 Semboyan kecemasan haruslah dibunyikan seperti berikut dalam kejadian kebakaran : “Loceng dibunyikan secara berterusan tidak kurang dari 60 saat” (Diulang jika perlu)Apabila semboyan kecemasan kebakaran tersebut dibunyikan, semua yang berada di kawasan sekolah harus berkumpul di Tapak Perhimpunan yang ditetapkan. 3.2 Semboyan kecemasan haruslah dibunyikan seperti berikut dalam kejadian ancaman dari pihak ketiga/darurat : “Loceng dibunyikan tiga kali, deringan pendek sebanyak dua kali selama 30 saat dan deringan ketiga tidak kurang dari 60 saat”. (Diulangi jika perlu) .Apabila semboyan kecemasan di atas dibunyikan , semua diwajibkan berada di dalam kelas masingmasing. 3.3 Semboyan tidak perlu dibunyikan semasa berlaku kecemasan perubatan. 4.0 Kawad Kebakaran 4.1 Apabila terdengar semboyan kebakaran, guru yang berada di dalam kelas tersebut haruslah dengan nada yang tenang mengarahkan murid-murid bangun dari kelas masing-masing dan beratur di luar bilik darjah. Pastikan murid yang telah dibenarkan keluar (ke tandas) dari bilik kelas dan masuk di dalam barisan. 4.2 Murid-murid hanya perlu membawa barang-barang penting sahaja. Guru perlu memastikan Buku Kedatangan Kelas dibawa bersama.


12 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 4.3 Padamkan semua suis elektrik dalam bilik darjah. Di makmal, pastikan semua suis dan injap ditutup. 4.4 Tutup pintu kelas masing-masing dan terus berjalan menuju ke laluan keluar terdekat atau seperti yang telah ditetapkan. 4.5 Guru perlu memastikan keadaan yang tenang dan tidak berebut-rebut ketika melalui koridor dan semasa turun dari tangga. Benarkan kelas di hadapan bergerak dahulu sebelum kelas di belakangnya meneruskan pergerakannya. 4.6 Pastikan semua murid beratur mengikut susunan yang ditetapkan semasa berada di tapak perhimpunan. Guru diminta mengambil kedatangan setiap murid berpandukan Buku Kedatangan masing-masing. 4.7 “Pegawai Insiden” dan penolongnya perlu memastikan suis utama bekalan elektrik ditutup dan tiada lagi sesiapa di dalam kelas, tandas, setor sebelum mengisytiharkan kawasan bangunan telah dikosongkan. 4.8 “Pegawai Insiden” perlu memaklumkan kepada Pegawai Operasi Bomba yang tiba akan situasi dan sebarang maklumat yang diperlukan oleh beliau. 5.0 Kecemasan Perubatan 5.1 Kecemasan perubatan ialah keadaan di mana menunjukkan gejala yang membahayakan nyawanya seperti pendarahan yang banyak, patah tulang, terbakar di 70% bahagian badan, renjatan, sawan yang berlanjutan dsb. 5.2 Apabila berlaku kecemasan perubatan, maklumkan kepada guru JK Bertugas. Beliau akan mentafsirkan keadaan dan bertindak sewajarnya. Bawa Peti Pertolongan Cemas (First Aids Kit) semasa menuju ke tempat kejadian. 5.3 Dapatkan bantuan ambulans sama ada dari Bulan Sabit Merah (999) atau Pertahanan Awam (991) 5.4 Pesakit hendaklah dipindahkan ke klinik Sekolah (Jika keadaan mengizinkan) sambil menunggu ambulans. Beri rawatan pertolongan cemas (First Aids) jika ianya wajar.


13 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 6.0 Ancaman Dari Pihak Ketiga/ Darurat 6.1 Ancaman dari pihak ketiga adalah apabila pihak sekolah diberitahu akan wujudnya keadaan di mana seseorang atau suatu kumpulan bertindak ganas (contoh : insiden pergaduhan) 6.2 Apabila semboyan kecemasan ancaman/darurat dibunyikan, guru-guru mestilah memastikan bahawa semua murid kelas tersebut berada di dalam kelas. Rujuk kepada Buku Kedatangan jika ada. Maklumkan kepada guru (Ahli JKK) bertugas perlu memaklumkan semua laporan kehilangan murid kepada pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya. 6.3 Tutup semua pintu kelas dan kunci dengan baik. 6.4 Tidak sesiapa pun dibenarkan keluar dari kelas masing-masing sehingga diberi kebenaran oleh pihak berkuasa atau sekolah.


14 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam perintah am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi perintah am tersebut. 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca dan memahami dan boleh mentafsir dengan tepat akan kandungan perintah am dan arahan perkhidmatan. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjunginya sebagai profesion bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang . 1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap dalam menjalankan tugas. 2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu kedatangan mestilah dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu mengajar dan tandatangan buku kehadiran bertugas sewaktu sampai dan balik sekolah. 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. PANDUAN AM STAF SEKOLAH


15 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 3. KELUAR WAKTU MENGAJAR. 3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari JPN/PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua. 3.2 Guru dikehendaki mengisi buku “Pergerakan Guru” . Dapatkan tandatangan Pengetua sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan kawasan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar melalui Guru Penolong Kanan / Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Panitia. 3.4 Guru yang keluar atas arajan JPNP/PPD/KPM dikehendaki mengisi maklumat kursus/seminar/mesyuarat dalam buku “Pergerakan Guru” ( Kursus/Seminar / Mesyuarat ) 4 CUTI 4.1 Cuti rehat / cuti penggal. Mengikut surat pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (KP(PP)0046.SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 4.2 Cuti Sakit 4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan. 4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. 4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. 4.3 Cuti Tanpa Gaji 4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C, cuti tanpa gaji boleh dipohon diatas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 4.3.2 Cuti tanpa gaji kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.


16 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 4.3.3 Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 4.3.4 Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke Luar Negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 4.3.5 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh bercuti. 4.4 Cuti Rehat Khas 4.4.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada 10 hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Pekekliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari dalam satu tahun calendar 4.4.2 Kemudahan Cuti Rehat Khas ini adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh di bawa ke tahun berikutnya. 4.4.3 Dalam menimbang pemberian kemudahan Cuti Rehat Khas, pihak yang meluluskan hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran & pembelajaran di sekolah tidak terjejas. 5 PAKAIAN 5.1 Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 5.3 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai; 5.3.1 Guru perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit. 5.3.2 Guru lelaki- seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja-T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 5.4 Pakaian “Batik” hendaklah dipakai oleh pegawai awam pada setiap hari Khamis.


17 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 6 PERHUBUNGAN SESAMA GURU 6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat/kepercayaan kepada guru/pelajar/staf sokongan sekolah yang lain. 6.3 Perhubungan berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 7 PEJABAT GURU 7.1 Kebersihan dan keselamatan pejabat guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam pejabat guru. 7.2 Guru hendaklah sentiasa berada di pejabat guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini dianggap sebagai “non-teaching period” dan bukan “free period”. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di pejabat guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran sahaja 7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di dalam pejabat guru. 7.4 Guru yang berada di pejabat guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8 PERJAWATAN & PENGAJARAN 8.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir @ Pengetua. 8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan @ Guru Penolong Kanan.


18 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 9 TUGAS 9.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atau persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Pengetua. 10 Fail e-RPH 10.1 Setiap guru bertanggungjawab dalam menyediakan e-RPH yang terdapat di dalam Google Drive masing-masing. 10.2 Fail e-RPH hendahlah di turn in pada setiap hari jumaat untuk semakan pentadbir. 11 JADUAL WAKTU 11.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas sendiri. 11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang ditetapkan tanpa kebenaran. 12 APLIKASI PANGKALAN DATA MURID 12.1 Setiap guru tingkatan bertanggungjawab memasukkan maklumatmaklumat yang diperlukan di dalam APDM. 12.2 Kehadiran pelajar mesti di key-in pada setiap hari 12.3 Analisis kehadiran mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh GPK HEM


19 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 13 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak pengurusan sekolah. 13.2 Ketua panitia/guru kanan hendaklah memastikan ada peraturanperaturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 14 KEBERSIHAN 14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 14.2 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan sebagainya) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik tersebut. 14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah menjadi tanggungjawa guru, staf sokongan dan pelajar. 15 SURAT-MENYURAT 15.1 Semua surat rasmi hendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 16 SURAT YANG DITERIMA 16.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 16.2 Jika surat ini ditujukan kepada guru yang dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat tersebut boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan. 16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru hendaklah:- 16.3.1 Mengambil tindakan yang diperlukan. 16.3.2 Memaklumkan tindakan kepada Pengetua.


20 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 16.3.3 Mengembalikan salinan surat kepada Pengetua 17 PERGI KE JABATAN PELAJARAN NEGERI / PEJABAT PELAJARAN DAERAH. 17.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi dan sekiranya berbuat demikian hendaklah berpakaian kemas. 18 PELAWAT 18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya. 19 MEMBELI BARANG 19.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan nota minta dan borang pesanan tempatan (LO) yang boleh didapati di pejabat. 19.2 Borang mestilah mendapat pengesahan daripada pembantu tadbir/Ketua Panitia/Guru Kanan/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 19.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 20 KEGIATAN KOKURIKULUM 20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.


21 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 21 PERHIMPUNAN SEKOLAH 21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masamasa dan hari-hari yang ditetapkan. 21.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. 21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. 22 MESYUARAT GURU 22.1 Dari semasa ke semasa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah DIWAJIBKAN. 22.2 Jika tidak dapat hadir, dikehendaki memberitahu Pengetua/Penolong Kanan. 23 BUKU STOK & INVENTORI 23.1 Guru Kanan/Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan stok/inventori dan memastikan maklumat stok/inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Pegawai asset sekolah akan menyemak dari semasa ke semasa untuk membuat semakan dan melaporkan kepada Pengetua/Penolong Kanan. 24 TANDA NAMA 24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah. 25 KEAHLIAN KELAB GURU & PIBG 25.1 Semua guru secara automatic menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah 25.2 Jumlah yuran yang dikenakan tertakluk kepada keputusan mesyuarat.


22 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang 26 PENGGUNAAN ALAT-ALAT 26.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul dan mengikut peraturan 26.2 Mesti mendapat kebenaran dari Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok. 26.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan cermat dan memulangkan kembali dengan kadar segera dalam keadaan baik. 26.4 Jika didapati peralatan tersebut hilang/rosak, hendaklah dilaporkan dengan segera. 27 ARAHAN & PEKELILING 27.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 27.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 27.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian Pelajaran/Pejabat Pelajaran Daerah, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 28 TELEFON 28.1 Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam khas atas urusan peribadi. 29 KUNCI 29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. 29.2 Jika ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mendapatkan kebenaran dari Pengetua. Guru tersebut adalah bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya. 30 ACARA DAN MAJLIS SEKOLAH 30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah sehingga selesai.


23 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang JUMLAH GURU BIL. GURU LELAKI 12 BIL. GURU PEREMPUAN 15 JUMLAH 27 JUMLAH AKP BIL. AKP LELAKI 2 BIL. AKP PEREMPUAN 4 JUMLAH 6 ANALISIS GURU BIL. PENGETUA 1 BIL. GURU PENOLONG KANAN 3 BIL. GURU KANAN MATAPELAJARAN 4 BIL. GURU AKADEMIK 18 JUMLAH 26 JUMLAH MURID BIL. MURID LELAKI 122 BIL. MURID PEREMPUAN 103 JUMLAH 225 JUMLAH MURID MENGIKUT KELAS KELAS MURID LELAKI MURID PEREMPUAN JUMLAH 1 BESTARI 17 11 28 1 BIJAK 17 11 28 2 BESTARI 15 15 30 2 BIJAK 19 15 34 3 BESTARI 10 9 19 3 BIJAK 11 8 19 4 TAKWA 2 5 7 4 TEKAD 5 11 16 4 TEKUN 11 4 15 5 TAKWA 2 3 5 5 TEKAD 9 6 15 5 TEKUN 4 5 9 JUMLAH 122 103 225 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


24 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang KALENDAR 2023


25 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang TAKWIM PERSEKOLAHAN


26 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang TAKWIM PERSEKOLAHAN


27 Buku Pengurusan Profesional Sesi 2023/2024 SMK Sungai Retang TAKWIM PERSEKOLAHAN


Click to View FlipBook Version