TUTORIAL MENGGUNAKAN
SMART TEAM
1
Tajuk 1
WAKELET
1.1 Apa itu Wakelet?
Wakelet ialah platform susun atur digital yang membolehkan guru dan pelajar mengatur
gabungan maklumat untuk kemudahan akses. Maka, nyatalah bahawa Wakelet adalah satu
platform yang luas yang boleh digunakan dalam pelbagai cara, dengan menggunakan
kreativiti sendiri. Sebagai contoh, Wakelet boleh dijadikan sebagai portfolio digital,
perancangan mingguan, ‘showcase’ hasil kerja pelajar, papan buletin dan sebagainya.
Wakelet membolehkan guru dan pelajar berkongsi dan mengatur kandungan digital dengan
mudah. Setiap koleksi dipanggil ‘wake’. Guru boleh menggunakan ‘wakes’ sebagai
pendekatan untuk mengumpulkan sumber, tapak perbincangan topik tertentu dan
membolehkan pelajar meneroka pelbagai maklumat sebelum pelajaran. Bukan itu sahaja,
Wakelet merupakan platform terbuka, bermakna pelajar boleh meneroka ‘wakes’ yang dicipta
oleh orang lain untuk mengetahui lebih lanjut. Wakelet boleh berkolaborasi dengan banyak
platform teknologi pendidikan, termasuklah Microsoft Teams, Google Classroom, Buncee,
Flipgrid dan banyak lagi. Ini menjadikan Wakelet sangat mudah untuk diurus. Wakelet boleh
digunakan oleh kumpulan besar pelajar ataupun individu. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai
platform digital tetapi juga membolehkan pengguna mengeksport paparan ke PDF untuk
dicetak dan digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Wakelet juga mudah diakses
oleh pengguna melalui aplikasi untuk peranti iOS, Android dan laman sesawang.
1.2 Faedah Wakelet:
● Wakelet adalah percuma untuk para pendidik dan pelajar.
● Wakelet merupakan satu platform yang amat berguna untuk menyusun atur maklumat
daripada pelbagai sumber.
● Wakelet mempunyai ciri pemberitahuan dan kiriman e-mel untuk memastikan
pengguna sentiasa diberitahu tentang ciri-ciri terbaharu Wakelet.
● Wakelet membolehkan pelajar bekerjasama sesama mereka dengan memberi
maklum balas terhadap kerja rakan mereka menggunakan emoji.
2
● Wakelet menyediakan ruang bagi pelajar untuk menguruskan sumber yang dikumpul
di internet dan dijadikan sebagai portfolio digital.
1.3 Kepentingan Wakelet terhadap pelajaran
1. Tempoh pembelajaran yang fleksibel
Guru boleh memuat naik bahan dan tugasan pada bila-bila masa walaupun selepas
waktu persekolahan. Pelajar dapat membaca maklumat pelajaran secara atas talian
dengan segera. Pelajar juga boleh melakukan pembelajaran kendiri melalui peranti
mudah alih mereka pada bila-bila masa dan dimana sahaja mereka inginkan.
2. Mudah diakses
Wakelet adalah percuma sepenuhnya walaupun ia mempunyai ciri-ciri yang menarik.
Ia boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple Store dan dicapai di wakelet.com.
Pengguna boleh menambah Wakelet sebagai ‘Chrome Extension’ untuk kemudahan
akses. Guru dan pelajar boleh mengakses Wakelet tanpa memuat turun aplikasi
asalkan mereka mempunyai sambungan internet yang baik.
3. Pembelajaran Berasaskan Projek
Apabila pelajar dikehendaki menyiapkan projek, mereka perlu mencari maklumat.
Wakelet menyediakan ruang bagi pelajar untuk menyusun bahan dan maklumat yang
ditemui sebelum mereka berkongsi kepada orang lain. Pelajar juga boleh menyemak
kerja masing-masing dan memberikan maklum balas segera di bawah setiap bahagian
dengan menaipkan komen ataupun menggunakan emoji.
4. Kolaborasi
Wakelet membolehkan guru untuk berkongsikan maklumat dengan lebih senang. Guru
boleh membuat koleksi tanpa had, menjemput penyumbang tanpa had tanpa
sebarang bayaran. Wakelet juga boleh dijadikan sebagai bilik darjah maya, di mana ia
merupakan ruang yang selamat dan peribadi untuk kolaborasi antara pelajar, guru-
pelajar dan juga kerjasama antara guru.
5. Penilaian formatif
Wakelet membolehkan guru memberikan tugasan kepada pelajar dengan
menyediakan ruang untuk pelajar memuat naik hasil karya mereka. Guru boleh
mereka bentuk ruang mengikut jenis pentaksiran. Terdapat templat yang sedia
digunakan dan paparan yang telah direka oleh pengguna Wakelet lain dapat dijadikan
sebagai inspirasi. Dengan memilih templat yang sesuai, guru boleh menyediakan
3
tapak untuk projek kumpulan, penyelidikan atau tiket keluar untuk disiapkan oleh
pelajar.
6. Penyusunan sumber
Guru mengatur dan mengurus sumber daripada pelbagai tapak termasuk artikel, video
dan kuiz. Guru boleh berkongsi koleksi yang juga dikenali sebagai wakes dengan
pelajar atau pengguna lain. Pengguna juga boleh menukar dan mengemas kini
kebenaran penyumbang mengikut keperluan semasa.
7. Membantu pelajar inklusif
Salah satu fungsi Wakelet adalah ‘Immersive Reading’. Ia merupakan satu ciri yang
memudahkan proses pembacaan pelajar kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri seperti
bacaan berbantukan audio, penyelarasan saiz font dan kelajuan pembacaan. Waklet
juga membantu pelajar untuk menterjemahkan kosa kata di mana perlu dengan
menggunakan gambar yang sesuai dan penerangan yang ringkas dan senang
difahami.
1.4 Cara–cara Wakelet diadaptasi dalam pendidikan
Wakelet menyokong perkongsian dan kolaborasi yang rapat antara institusi pendidikan dan
pelajar. Ia dapat mempertingkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran pada pelbagai tahap.
Para pendidik boleh menggunakan Wakelet sebagai satu platform untuk menyimpan dan
menyusun atur bahan bantu mengajar dari pelbagai sumber supaya senang dirujuk pada bila-
bila masa. Guru juga boleh menggunakan Wakelet sebagai satu platform untuk menjalankan
kelas secara maya. Wakelet dapat menggalakkan pelajar untuk menjalankan pembelajaran
regulasi kendiri pada bila-bila masa kerana ia amat senang digunakan. Pelajar boleh
menggunakan fungsi ‘Immersive Reader’ untuk memudahkan pembelajaran regulasi kendiri
kerana ia dapat menterjemahkan kosa kata dalam pelbagai bahasa dan juga dapat
memberikan gambar yang sesuai dengan penerangan yang ringkas.
1.5 Cara-cara menggunakan Wakelet.
1. Taip Wakelet di kotak carian Google. Pilih Wakelet - Save, organize and share
content sebagai carian utama.
4
2. Sign in Wakelet dengan menggunakan akaun Apple, Google, Microsoft atau Facebook
anda. Masukkan Email atau Username dan masukkan kata kunci (password).
Kemudian, pilih Log in. Anda juga boleh pilih Sign up dengan menggunakan Email.
3. Home Page bagi Wakelet. Di bahagian ini, pengguna boleh edit profil mereka dan
masukkan data.
5
Boleh edit
4. Di ruangan ini, pengguna boleh memilih di sub tajuk untuk memilih sama ada pergi ke
Search, Explore, Classroom atau Home. Bila pilih Classroom, pengguna boleh
mencipta kelas melalui Google Classroom, Microsoft dan Clever.
5. Dibawah adalah contoh Classroom yang dicipta.
6
6. Di Home Page Wakelet, pilih + untuk mencipta Space. Anda boleh mencipta satu
Space khas bagi satu kelas. Kemudian, tekan Space setting untuk Publish Profile.
7. Dibawah merupakan contoh Home Page Space yang dicipta bagi satu kelas.
7
8. Di bahagian ini, pengguna boleh pilih ‘create a new collection’ dan masukkan data.
9. Kemudian, pengguna boleh tekan share dan memilih sama ada menyimpan koleksi
sebagai private, public atau unlisted. Pengguna boleh share koleksi dengan
menggunakan link, QR code atau melalui media sosial seperti Teams, Classroom,
Facebook, Twitter, Remind, Reddit atau Notify.
8
10. Pengguna boleh tekan share dan invite collaborators melalui link, kod, nama atau
Email.
11. Pengguna boleh tekan username untuk pergi ke Public Profile. Di bawah
merupakan contoh Public Profile Space.
9
12. Yang terakhir ialah ruangan untuk Logout pada muka depan Home Page dan
Public Profile.
10
5.0 RUJUKAN
Bimmerle, J., Zavala Jr, C., Fahey, S., Saarinen, J., West, P., Titmas, S., Sampson, R. &
Moura, K. (n.d.). The official guide to Wakelet [online] available from
https://drive.google.com/file/d/1yrBZX-0VQmVpiQd2-pqLN-tWniSFlxmH/view
[Accessed 7 January 2022].